Kadang-kadang aku rasa seperti ada bau-bau bacang perangai kita dan mereka. Cuba perhatikan petikan ini.. “…. Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Tuhan supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka • Read More »
Tiba-tiba teringat kisah-kisah benar yang diceritakan oleh mereka yang diberi hidayat oleh pencipta yang maha berkuasa.. Iaitu kisah orang yang tinggal bersama-sama, berkenalan dan berkongsi cerita, berkongsi twiter dan facebook. Tetapi akhirnya menemui kesudahan yang berbeza. Perhatikan kata-kata ini, iaitu “(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), • Read More »
Apabila akhirnya semua orang hanya menunggu kehadiran seseorang untuk menyelamatkan dunianya dan mahkotanya (agama). Apabila semua yang pandai dan berilmu menunggu siapa lagi yang datang mengadapnya untuk menuntut ilmu yang dipelajarinya. Apabila mereka yang berlainan pendapat dianggap membawa perpecahan. Apabila pendajjal berjaya mendajjal dan ramai pengikutnya kerana percaya sedang menuju syurga. Apabila mereka yang rosak • Read More »
Ketika masih hangat diperkatakan bahawa Yahudi dan Israel sebagai mereka yang tidak boleh dijadikan kawan, ketika ini juga orang Islam menunggu kehadiran orang berbangsa itu. Setengah golongan sangat bersemangat membela bumi Palestin dari pencerobohan orang kafir walaupun bumi itu jugalah yang telah dijanjikan oleh Tuhan sebagai bumi mereka (yahudi). Kalau dulu, merekalah yang tertindas kerana • Read More »
Peristiwa pembunuhan dan penyaliban Nabi Isa a.s adalah suatu peristiwa yang sangat memberi kesan kepada tamadun manusia hingga hari ini. Sudah menjadi akidah mereka yang beriman bahawa Nabi Isa a.s tidak disalib dan dibunuh. Walaubagaimanapun isu ini terus menjadi pertikaian seluruh umat manusia. Salah satu cara yang paling mudah untuk melepaskan diri ialah biarkan sahaja • Read More »
Apa gunanya aku bercerita kisah yang akan berlaku esok, pertama kerana kita tidak tahu, kedua sudah tentu sia-sia sahaja bercerita kisah yang tidak pasti. Bukankah lebih baik menghadapi apa yang sedang berlaku. Semoga kita bukanlah dajjal itu!. Semoga bukan kita yang menyebarkan berita-berita yang kononnya untuk syurga tetapi sebenarnya mengajak ke neraka. Apa, menyampaikan berita-berita • Read More »
Kesah ini ialah mengenai seorang mulia yang pernah hidup di bumi palastin. Namanya telah dicemari oleh ramai penduduk dunia. Namanya terlalu diagong-agongkan orang sehingga menyamai tuhannya. Sungguh sedih apabila teringatkan beliau. Ketika kita berusaha menyelamatkan bumi tanah tumpah darahnya, kita terlupa membersihkan namanya dari fitnah orang-orang yang sesat. Bukanlah niatku untuk bercerita kisah-kisah akan datang, • Read More »
Sungguh sedih apabila ada manusia yang sanggup menjaja nama orang-orang budiman sebagai orang yang membuat kerosakan atau orang-orang aneh. Salah seorang yang dijadikan bahan untuk mengukuhkan puak masing-masing ialah tabii yang dikenali sebagai Uwais. Macam-macam cerita direka untuk membenarkan kepentingan masing-masing. Yang lebih sedih lagi ialah apabila ada orang yang kritis pemikirannya, lalu menghina orang • Read More »
Cuba periksa hadis Sahih Muslim no. 2542 ini yang dijumpai di halaman : Kisah Uwais bin ‘Amar ini yang dijumapai : Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2542,Bab Menyempurnakan Syarat syarat Dalam Perkahwinan ini yang dijumpai di: No. 2542 – Hadith ini telah disampaikan kepada pihak berkuasa Ibrahim b. Tahman dengan rantaian perawi yang sama • Read More »
Beberapa hari ini aku teringatkan kisah-kisah pengalaman Rasul Tuhan yang bernama Muhammad s.a.w. Bagaimana kisahnya ketika peristiwa pengkhianatan orang-orang di Mekah yang melanggar perjanjian dan alasan-alasan yang diberikan oleh orang-orang “A’raab” kerana tidak ingin berjuang bersama-sama rasul dengan beralasan menjaga keselamatan harta dan anak isteri dan lain-lain… Tiba-tiba hari ini, semasa sibuk search di internet, • Read More »