Beberapa hari ini aku teringatkan kisah-kisah pengalaman Rasul Tuhan yang bernama Muhammad s.a.w. Bagaimana kisahnya ketika peristiwa pengkhianatan orang-orang di Mekah yang melanggar perjanjian dan alasan-alasan yang diberikan oleh orang-orang “A’raab” kerana tidak ingin berjuang bersama-sama rasul dengan beralasan menjaga keselamatan harta dan anak isteri dan lain-lain…
Tiba-tiba hari ini, semasa sibuk search di internet, terjumpa pula kisah seorang anak muda yang kononya rindu kepada rasul, tetapi apabila tiba di madinah untuk berjumpa rasul yang dirinduinya, apabila dikhabarkan rasul sedang berjuang di medan perang.. tiba-tiba juga dia terpaksa pulang segera ke kampong halaman untuk menjaga ibunya yang sakit….
Apabila diteruskan mencari di internet, didapati kisah pemuda tersebut mempunyai 2 versi berlainan;
1) Pemudah tanpan yang rindu berjumpa rasul, tetapi apabila didapati rasul sedang berperang, terus pulang ke kampong untuk menjaga ibu yang sakit.
2) Pemuda berpenyakit yang tidak mampu membawa ibunya ke mekah kerana tidak mampu menyediakan khemah di atas unta, tetapi membawa ibunya dengan mengusung tanpa teduhan. Rujukan: * * *