Apa gunanya aku bercerita kisah yang akan berlaku esok, pertama kerana kita tidak tahu, kedua sudah tentu sia-sia sahaja bercerita kisah yang tidak pasti. Bukankah lebih baik menghadapi apa yang sedang berlaku.
Semoga kita bukanlah dajjal itu!. Semoga bukan kita yang menyebarkan berita-berita yang kononnya untuk syurga tetapi sebenarnya mengajak ke neraka. Apa, menyampaikan berita-berita yang tidak pasti (disahkan) oleh pihak berkuasa (bidangnya) walaupun dengan niat baik seperti kisah-kisah haramnya suatu makanan, akan membawa ke syurga atau menyebarkan fitnah yang menjerumus ke neraka?
Terlalu banyak khabar-khabar berkumandang di udara yang tidak disahkan, yang terus disebarkan pula oleh pencari-pencari syurga. Apa, masih tidak sedarkah mereka. Sudah tentu masih ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang ditipu oleh pendajjal.
Peranan siapakah untuk menjadi pejuang-pejuang bagi menegakan kebenaran. Apa pula peranan kita yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai orang awam. Tanpa disedari kita juga termasuk dalam aliran pemahaman wujudnya kumpulan agama dan rakyat biasa seperti mereka yang disesatkan oleh syaitan. Tidakkah kita disuruh untuk sentiasa menjadi lebih baik dari sebelumnya.