Ketika masih hangat diperkatakan bahawa Yahudi dan Israel sebagai mereka yang tidak boleh dijadikan kawan, ketika ini juga orang Islam menunggu kehadiran orang berbangsa itu.
Setengah golongan sangat bersemangat membela bumi Palestin dari pencerobohan orang kafir walaupun bumi itu jugalah yang telah dijanjikan oleh Tuhan sebagai bumi mereka (yahudi). Kalau dulu, merekalah yang tertindas kerana ketaksuban mereka sendiri. Tetapi kini mereka begitu kuat dan menindas pula orang palestin, seolah-olah orang palestin pula menjadi yahudi.
Kononnya di tapak pembinaan peninggalan nabi Sulaiman a.s di Palestin terdapat banyak rahsia-rahsia yang menjadi rebutan golongan tertentu. Atas alasan apa pula orang-orang islam juga begitu berkepentingan untuk merebutnya dengan alasan menyelamatkan orang islam di sana yang diceroboh kerana perbuatannya sendiri seperti tradisi orang di situ yang suka bergaduh sesama sendiri.
Bukannya satu kehinaan apabila nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya meninggalkan tanah air apabila ditindas oleh penguasa di situ. Sebaliknya hijrah ke Madinah menjadi kekuatan untuk menakluki semula Mekah. Adakah kita masih boleh dianggap mengikut sunahnya apabila kita suka bergaduh dan berlawan walaupun tanpa persediaan dan kekuatan.