KULI PILIHAN

Apa pandangan dan pendapat tuan mengenai kisah yang akan diceritakan nanti. Katakan seorang pemilik sebuah syarikat yang mempunyai beberapa orang pekerja yang sama jawatan iaitu operator pengeluaran yang mengeluarkan suatu produk.

Kepada setiap pekerjanya, disediakan garis panduan pelaksanaan kerja-kerja pengeluaran bermula dari waktu bekerja, panduan kerja, peraturan-peraturan kerja, melapor hasil kerja dan sebagainya. Tiap-tiap orang telah diberikan taklimat yang sama.

Dalam taklimat utama, mereka diberitahu bahawa kedudukan mereka semuanya adalah sama sahaja, walaubagaimanapun pekerja yang berkerjasama dan menurut semua perintah-perintah adalah pekjerja yang baik. Pekerja yang paling baik ialah yang mencapai target atau boleh mengatasi target yang ditetapkan.

Semua pencapaian atau apa-apa keputusan akan dinilai semasa para pekerja menghantar laporan pada keesokkan harinya. Sesiapa yang boleh mengeluarkan laporan yang paling kemas, tersusun dan kandungan yang mengikut format adalah pelapor yang paling disukai. Berikut adalah jadual kerja yang perlu dipatuhi iaitu oleh semua pekerja: 8.00 pagi – persiapan menyediakan laporan aktiviti semalam. 8.30 pagi – melaporkan kepada pengurus. 9.30 pagi – mula bekerja mengeluarkan produk. 1.00 tengahari – rehat 2.00 petang – sambung kerja 5.00 petang – kumpul semua rekod-rekod hasil kerja 5.15 petang – bersihkan tempat bekerja 5.30 petang – bersurai

Oleh kerana para pekerja adalah berlainan cara kerana begitulah sifatnya manusia, maka tindakan-tindakan yang diambil oleh para pekerja adalah berlainan seperti berikut:

Kumpulan 1

Bekerja bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan produk paling banyak walaupun melanggar beberapa peraturan-peraturan seperti kurangkan rehat, waktu penyediaan laporan diguna untuk bekerja, waktu mengumpul rekod hasil kerja diguna untuk teruskan bekerja, menyebabkan hanya mempunyai sedikit sahaja waktu menyediakan laporan dan mempersembahan laporan kerja yang tidak begitu kemas tetapi dapat menyatakan pencapaian yang tinggi. Mereka sangat berharap untuk mendapat gelaran pekerja paling baik.

Kumpulan 2

Bekerja mengikut sahaja seperti jadual yang disediakan oleh pemilik syarikat, yang penting kepada mereka ialah mematuhi semua peraturan-peraturan dan waktu kerja. Tidak berani melanggar apa-apa peraturan yang ditetapkan. Pada pendapat mereka, menjadi pekerja yang baik sudah mencukupi.

Kumpulan 3

Kumpulan ini ingin menjadi pekerja yang disukai. Mereka mula menyediakan laporan hasil kerja lebih awal sebelum pukul lapan lagi. Mereka ingin mengambil masa yang lama untuk membuat laporan yang baik, kadang-kadang mereka menggunakan waktu bekerja untuk membuat laporan, menyemak laporan, mengubah-cantikkan lagi laporan. Mereka menyediakan laporan yang paling cantik, paling panjang dengan ayat-ayat yang indah didengar. Kadang-kadang mereka sempat mengulas beberapa laporan orang lain yang kurang baik. Apabila waktu melapor kepada pengurus, mereka mengambil masa yang lebih panjang sehingga kadang-kadang sampai pukul 10.00 pagi baru siap semua laporan dibentangkan. Mereka sangat berharap pemilik kedai menyukai laporan yang mereka sediakan.

Kumpulan 4

Kumpulan keempat adalah mereka yang berada diantara kumpulan-kumpulan tadi, ada yang terlebih dan ada yang terkurang.

Pada pendapat tuan, siapakah yang kelihatan paling cerdik, paling rajin dan paling betul. Cerita ini adalah rekaan semata-mata, diharap tidak menyinggung perasaan sesiapa yang membaca.


Leave a Reply