WAKIL KEPADA SIAPA

Ada yang berkata, tidak penting siapa yang menjadi calon pilihanraya, kerana yang penting ialah rakyat memilih parti politik yang paling layak menerajui kerajaan.

Apa kata jika andaian itu sebenarnya tidak benar. Kerosakan boleh berlaku apabila mereka yang tidak berkelayakan pemimpin menjadi ahli dewan negeri atau dewan negara. Samada mereka menjadi tunggangan atau mereka mempunyai kepentingan tertentu untuk dirinya dan keluarganya.

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat dinamakan sebagai “Wakil Rakyat”, tetapi berapa ramai yang benar-benar menjadi wakil kepada rakyat. Kenyataannya ialah rakyat hanya dibenarkan memilih samada dia itu atau dia ini yang sedia telah dipilih oleh parti masing-masing.

Parti yang memilih calon-calon mewakili partinya mempunyai kepentingan tertentu, yang mana ahli-ahli parti yang tidak ada kekuatan untuk memenangkan parti, menjadi tidak layak dicalonkan. Ahli-ahli parti yang mempunyai jati diri dan patriotik belum tentu menjadi calon dalam pilihanraya.

Dalam dunia yang sempit komunikasi tetapi masih luas geografinya, masih ramai rakyat yang tidak mengenali calon pemimpin di kawasanya (benar-benar mengenali) dan juga calon pemimpin yang tidak mengenali siapa yang menjadi rakyatnya.

Inilah yang dikatakan rakyat yang dipaksa memilih orang yang tidak diketahuinya untuk diangkat sebagai wakilnya ke dewan..

Oleh kerana cerita dah jadi tunggang-langgan dan terbalik, kerana rakyat dipaksa memilih siapa yang menjadi “wakil parti”. Dipertanggungjawabkan kepada rakyat untuk menentukannya, maka kerana sebab itulah kita dipaksa berpegang kepada konsep siapa tidak penting, tetapi apa yang penting ialah parti.

Rakyat perlu juga ada pemimpinnya, siapa lagi pilihan lain yang ada? Ketua Kampong!

Rakyat tidak dibenarkan memilih siapa ketua kampong mereka, sebaliknya wakil rakyat yang memilih siapa yang layak menjadi ketua kampong. Apa bezanya ketua kampong yang dipilih oleh rakyat dengan ketua kampong yang dipilih oleh wakil rakyat?

Inilah yang berlaku di kampong-kampong, samada mempunyai 2 ketua kampong atau ketua kampong yang menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh ketuanya, dan ketuanya bukannya rakyat. Lihatlah bagaimana ketua kampong di tempat anda.

Jiwa ketua kampong yang dipilih oleh wakil rakyat adalah setia kepada ketuanya bukan rakyatnya, malahan ada sesetengah ketua kampong yang menganggap rakyat sebagai beban yang terpakasa digalas kerana nak jawatan “ketua Kampong” tetapi sebenarnya wakil kepada wakil rakyat.


Leave a Reply