Tidak ada perpaduan jika ia adalah satu. Perpaduan hanya layak berlaku jika ada lebih dari satu. Apa yang berlaku ialah apabila ada lebih dari satu, samada perpecahan atau perpaduan.
Jika ketika ini, tulisan ini sengaja diceritakan dengan pendirian dan pendapt yang berbeza, ia hanyalah sekadar meramaikan pendapat untuk mencari peluang-peluang supaya perpaduan boleh berlaku. Perpaduan boleh diumpamakan sebagai lima jari yang menggenggam erat membentuk penumbuk. Adakah mungkin perpaduan yang kukuh boleh berlaku jika tanpa salah satu jari?
Perpaduan memerlukan tolak-ansur dan kerjasama kersns berlainan pendapat. Adakah mungkin parti politik mempelopori perpaduan ketika hanya satu parti yang layak dinobatkan sebagai juara. Apabila sesama melayu berpadu, apa kata yang cina dan india. Perpaduan dalam satu parti hanya menyebabkan perpecahan dalam parti lain pula.
Ketika menulis ini, disedari ia mungkin akan mengguris hati parti tertentu dan mendatangkan bahaya pula kepada penulis kerana mereka berkuasa dan berpengaruh untuk bertindak. Kepada Penguasa Seluruh Alam sahajalah penulis berserah diri.