Pembunuh!
Siapa nak mengaku apabila dituduh pembunuh. Ramai juga di kalangan kita yang tidak sedar bahawa mereka yang memfitnah juga sedang melakukan pembunuhan.
Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan orang yang mengaku berugama islam memfitnah sesama sendiri dan dengan bangganya memfitnah dan sudah tidak merasa seperti membunuh orang apabila menfitnah. Dengan macam-macam alasan diberikan kepada orang lain untuk menegakkan benangnya bahawa mereka tidak bersalah. Bahawa mereka sedang menyatakan yang benar. Untuk kepentingan puak-puak mereka, biar dunia tahu bahawa merekalah di pihak yang benar. Tanpa disedari kegilaan ini menjadi bertambah enak. Bencana ciptaan tangan-tangan munafik terasa seperti merangkul anugerah sebuah syurga. Masing-masing menunggu dan berusaha memartabatkan puak masing-masing seolah-olah sedang bekerja untuk tuhan yang mereka sembah.
Maaf, aku bukannya menuduh sesiapa di antara anda. Apa nak dikatakan lagi kepada mereka yang hanyut dalam dunia fitnah… mereka sudah buta untuk melihat cahaya, mereka sudah tidak mampu lagi untuk faham. Sama sahaja kepada mereka, seperti anjing, yang akan tetap juga menjelirkan lidahnya.
Yang paling menyedihkan ialah mereka yang inginkan syurga, tetapi sesat dalam perjalanan kerana terpedaya oleh keindahan bahasa dan bukti yang dilempakran oleh penfitnah yang tidak takuk dan gerun dengan penderitaan sekiranya mendapat balasan di neraka.