PARTI MAKNANYA PECAH

Terlebih dahulu mohon 1 juta kemaafan dari anda kerana sengaja membangkit tajuk begini. Diharapkan anda dapat berlapang dada membaca tulisan ini. Jika menyebabkan tercalit sesuatu di hati, silalah luahkan juga sebagaimana kami meluahkan.

Setelah memerhati dari luar sekian lama dan membaca sejarah-sejarah penubuhan parti politik di Malaysia dan di luar sana. Didapati parti politiklah yang memecah-belahkan rakyat.

Cubalah kemukan cara bagaimana parti potilit boleh satukan rakyat, dan bagaiman cara perpaduan boleh berlaku jika tanpa parti potilik.

Ada parti politik yang mengamalkan individu tidak penting sebaliknya kekuatan terletak apabila kuatnya suatu parti itu, yang menyebakan mereka yang tidak berkualiti berlumba-lumba untuk merebut jawatan.

Ada juga individu yang mempunyai patriotik dan jati diri yang baik, tetapi tidak dipilih menjawab jawatan penting kerana tidak selaras dengan kehendak dan kepentingan parti.

Silalah perhatikan, apabila wujud sekurang-kurangnya 2 parti yang berebut 1 jawatan untuk mentadbir kerajaan. Adakah mungkin mereka akan bekerjasama untuk memberikan jawatan tersebut kepada parti lawan yang lebih layak? Selagi ia bergelar parti politik, tidak mungkin (?) kata sepakat begitu berjaya.

Semua ucapan-ucapan ahli parti ialah hanya untuk memenangkan parti mereka dan merosakkan parti lawan dengan apa cara tektik sekalipun.

Perpaduan apakah yang boleh dicapai? Selagi perpaduan yang dicadangkan adalah dari parti politik, perpaduan tersebut boleh dianggap tektik untuk merosakkan parti lawan dan membenar parti mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, sebagai hamba Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, marilah kita semua tidak putus ada mengharapkan pertolonganNya.


Leave a Reply