MUKADIMAH

TEGUR



Tegur. Menegur, teguran dan tegur-menegur menggunakan kata dasar yang sama tetapi menyatakan maksud yang berlainan. Terlebih dahulu aku minta maaf jika tulisan ini akan menyatakan maksud yang salah dan bersedia untuk menerima teguran. Semoga budaya tegur-menegur akan membina tamadun bangsa kepada yang lebih baik lagi.

Ada orang kata, tegur membawa maksud kata-kata yang diucapkan untuk menyapa orang lain untuk diajak berbual. Teguran atau menegur juga boleh bermaksud memberi peringatan atau amaran. Sudah tentu perkataan tegur-menegur boleh mengambarkan kedua-duanya, samada sapaan dan beri peringatan.

Ada orang yang mudah tersinggun bila ditegur tapi dalam masa yang sama suka jika ada orang menegurnya. Begitulah kadang-kadang kita mudah terkeliru dengan bahasa kita sendiri. Tapi cubalah fahami bahawa aku sebenarnya ingin menegur (menyapa) untuk berbicara.

Jika ada juga perasaan ingin menegur (beri peringatan), walaupun aku sendiri perlu diberi peringatan, itu adalah lumrah yang patut diterima kehadirannya yang tidak patut ditolak kerana ingat-meperingati adalah suatu nilai yang murni. Nilai inilah yang akan membina kecemerlangan diri masing-masing akhirnya. Kita tidak perlu menjadi sempurna untuk menegur (beri peringatan) orang lain, asalkan kita juga bersedia diberi peringatan. Mungkin suatu yang kita sangka baik kepada kita sebenarnya suatu yang buruk, ini akan boleh disedari bila berlaku aktiviti tegur-menegur (kita tegur orang kerana kita rasa dia buat tidak betul, rupa-rupanya kita yang salah menilai) dan jika kita tidak cuba beri peringatan, kita tidak akan tahu dengan pasti yang mana betul dan yang mana salah.

Jangan jaga tepi kain orang? opssss

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.