PILIH

Tibalah masanya kita bincang tajuk pilih pulak. Kita biasa diberi pilihan, nak pilih yang itu atau yang ini, nak kena pilih la pulak… Kadang-kadang kita diberi pilihan sekadar untuk menguji sahaja. “Awak kena pilih satu di antara dua ini…”, terperangkaplah kita dalam dilema rekaan mereka? -Pilih kaya atau bahagia, -pilih mengutamakan keluarga atau mengutama kerjaya, -pilih dia atau aku.

Ha, apa pilihan anda? pilih, jangan tak pilih. Kadang-kadang memilih akibatkan kepala jadi pening, jadi serba-salah tapi tidak jadi serba benar?

Tapi bila difikir-fikir, benarkah kita sentiasa dalam suasana kena memilih?, samakah suasana kita apabila berlaku situasi kena memilih? Oleh kerana suasana kita sentiasa berlainan, mungkin pilihan yang dibuat tidak sama. Jadi, apa masalahnya jika pilihan kita tidak sama kerana sebab yang tidak sama.

Cuma yang jadi persoalan lagi ialah, mengapa kena pilih dari dua suasana yang berbeza, contohnya kaya dan bahagia? bukankah kedua-duanya mampu diperolehi bersama, kaya pun dapat, bahagia pun boleh dirasai. Alasan apa kita kena pilih? Pilihan anda ialah… baca hingga habis, tahniah dan terima kasih. Komen: Balqis Said On 09-05-2010 saya taknak pilih bleh? heee =D Bh Said On 09-05-2010 buat pilihan adalah elemen tunjang berfikir.. hehe.. pilih yang terbaik mesti melalui proses yang teliti.. teliti tak bermakna kena berfikir panjang kan? hehe Kaizen Said On 17-05-2010 kadangkalau kita perlu memilih sebab itulah kita dijadikan sebagai manusia kita diberikan banyak pilihan… kengkadang ada pilihan yang memang xkan boleh disatukan… sebab itu di sebut pilihan… kaya dan bahagia… atau bahagia dan kaya? 2 benda berbeza lagi.. btw nice entry… uhoh!


Leave a Reply