Kisah Orang Buta dan Gajah Bahagian 2
Ini adalah sambungan kisah orang buta dan gajah. Selepas tersebar dengan meluasnya kisah macamana beberapa orang buta cuba mengambarkan rupa gajah apabila mereka diberi peluang merasa dengan tangan sendiri suatu ketika dahulu.
Maka hari ini, kisah itu juga telah juga terus tersebar kepada orang-orang zaman sekarang, bermacam-macamlah ulasan yang keluar dari mulut pendengar mengikut kecerdasan akal masing-masing.
Berita komentar para pendengar, akhirnya sampai juga kepada jemaah orang-orang buta yang telah terlanjur membuat fatwa macamana rupa gajah. Akhirnya dengan izin tuhan yang maha agong, dipertemukan kembali jemaah tersebut untuk menilai semula apa yang mereka perkatakan suatu ketika dahulu. Setelah berbincang dan mengemukakan hujah masing-masing, mereka telah membuat kata putus yang baru dengan izin tuhan yang sama juga iaitu penguasa bagi seluruh alam.
Dengan kemudahan yang diterima pakai oleh kebanyakan manusia zaman sekarang seperti yang telah tuhan khabarkan semenjak dari dahulu lagi iaitu kemudahan internet. Dengan kuasa tuhan yang maha bijak lagi maha adil, pada suatu hari, seorang pengunjung dari beberapa pengunjung blog orang buta! Telah dengan bangganya cuba memperbaiki kesilapan orang buta dengan menceritakan bentuk sebenar gajah. Katanya rupa gajah adalah begini-begini… dan janganlah begini sahaja…
Dipendekkan cerita, dengan segera orang buta menjawab, ya, saya telah sedar begitu, kami telah sepakat begitu. Kemudian orang buta pula berkata. “Nampaknya kita semua telah sepakat bahawa rupa gajah adalah begini-begini, pertanyaan saya pula ialah, adakah tuan pernah merasa dengan tangan sendiri akan gajah itu?, adakah tuan pernah merasa apa yang kami rasa semasa menghampiri gajah dalam keadaan tidak melihat? .. bla.. bla…” Ops… —
Pernah mendengar cerita tentang gajah dan orang buta? Jika tak, maka sekarang aku ceritakan.
Di seberang Ghor ada sebuah kota. Semua penduduknya buta. Seorang raja dengan pengikutnya lewat dekat kota itu; ia membawa tentara dan memasang tenda di gurun. Ia mempunyai seekor gajah perkasa, yang dipergunakannya untuk berperang dan menimbulkan ketakjuban rakyat.
Penduduk kota itu ingin sekali melihat gajah tersebut, dan beberapa di antara orang-orang buta itupun berlari-lari bagaikan badut-badut tolol berusaha mendekatinya. Karena sama sekali tidak mengetahui bentuk dan wujud gajah, mereka pun meraba-raba sekenanya, mencuba membayangkan gajah dengan menyentuh bahagian tubuhnya. Masing-masing berfikir telah mengetahui sesuatu, sebab telah menyentuh bahagian tubuh tertentu.
Ketika mereka kembali ke tengah-tengah kaumnya, orang-orang pun berkerumun di sekeliling mereka. Orang-orang itu keliru mencari tahu tentang kebenaran dari rakan-rakannya sendiri yang sebenarnya telah tersesat.
Kerumunan orang itu bertanya tentang bentuk dan wujud gajah: dan mendengarkan segala yang diberitahukan kepada mereka.
Orang yang tangannya menyentuh telinga gajah ditanya tentang bentuk gajah. Jawabnya, “Gajah itu lebar, kasar, besar, dan luas, seperti babut.”
Dan orang yang meraba belalainya berkata, “Saya tahu keadaan sebenarnya. Gajah itu bagai paip lurus dan kosong, dahsyat dan suka menghancurkan.”
Orang yang menyentuh kakinya berkata, “Gajah itu perkasa kukuh, bagaikan tiang.”
Masing-masing telah meraba satu bahagian saja. Masing-masing telah keliru menangkapnya.
Tidak ada fikiran yang mengetahui segala: pengetahuan bukanlah sahabat Si Buta. Semuanya membayangkan sesuatu, yang sama sekali keliru.