Press "Enter" to skip to content

BACALAH

BACAAN
Untuk Peringatan
Terjemahan al-Qur’an
Othman Ali

Surah 1
PEMBUKAAN

1:1. Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

1:2. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.

1:3. Yang Pemurah, Yang Pengasih.

1:4. Merajai Hari Agama (Pengadilan).

1:5. Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami mohon pertolongan.

1:6. Tunjukkan kami jalan lurus,

1:7. Jalan orang-orang yang ke atas mereka Engkau rahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang sesat.

Surah 2
LEMBU

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

2:1. Alif Lam Mim.

2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan),

2:3. Yang percayai yang ghaib, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) sebahagian daripada apa Kami rezekikan mereka,

2:4. Yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, dan mereka yakin akan akhirat.

2:5. Mereka itu di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka, dan mereka itulah orang-orang beruntung.

2:6. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai.

2:7. Allah letak penutup pada hati mereka dan pada pendengaran mereka, dan penudung pada penglihatan mereka, dan bagi mereka, azab yang besar.

2:8. Dan sebahagian manusia ada yang berkata, “Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir” tetapi mereka bukan orang-orang mukmin (yang percayai).

2:9. Mereka hendak tipu Allah dan orang-orang yang percaya, tapi hanya diri-diri mereka sendiri mereka tipu, dan mereka tidak sedar.

2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka, dan bagi mereka azab yang pedih kerana mereka dustakan.

2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, “Jangan kamu buat kerosakan di bumi”, mereka berkata, “Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan.”

2:12. Sesungguhnya merekalah orang-orang yang buat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.

2:13. Apabila dikatakan kepada mereka, “Percayalah sebagaimana manusia percaya”, mereka berkata, “Adakah kami akan percayai sebagaimana orang-orang bodoh percaya?” Sesungguhnya, merekalah orang-orang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.

2:14. Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, “Kami percaya”, tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, “Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang berolok-olok.”

2:15. Allah akan memperolok-olokkan mereka, dan memandu mereka merayau-rayau membabi buta dalam kelampauan batas mereka,

2:16. Mereka itu, orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka perdagangan mereka tidak menguntungkan mereka, dan mereka bukan orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.

2:17. Persamaan mereka seperti persamaan orang yang nyalakan api. Apabila ia menerangi di sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya mereka, dan tinggalkan mereka dalam kegelapan, dengan tidak melihat.

2:18. Pekak, bisu, buta; maka mereka tidak akan kembali.

2:19. Atau seperti awan hujan dari langit, di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat. Mereka letak jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir kerana takut akan mati; dan Allah meliputi orang-orang tidak percaya (kafir).

2:20. Kilat hampir-hampir sambar penglihatan mereka; setiap kali ia beri mereka cahaya, mereka berjalan di dalamnya, dan apabila menjadi gelap ke atas mereka, mereka berhenti, dan sekiranya Allah hendak tentu Dia hilangkan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:21. Wahai manusia, sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa,

2:22. Yang buatkan bagi kamu bumi sebagai sofa, dan langit, bangunan, dan turunkan dari langit, air, dengannya Dia keluarkan buah-buahan untuk rezeki kamu. Maka jangan adakan rakan-rakan bagi Allah dengan mengetahuinya.

2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

2:24. Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang tidak percaya.

2:25. Dan beri berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, “Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu” bahawa mereka didatangkan yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:26. Allah tidak malu buat persamaan, walaupun dengan seekor agas, atau apa yang lebih rendah. Bagi orang-orang yang percaya, mereka tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, tetapi bagi orang-orang tidak percaya, mereka berkata, “Apakah yang Allah hendaki dengan ini sebagai satu persamaan?” Dengannya Dia sesatkan ramai, dan dengannya Dia beri petunjuk kepada ramai, dan dengannya Dia tidak sesatkan kecuali orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan),

2:27. Orang-orang yang pecahkan perjanjian Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi. Merekalah orang-orang yang rugi.

2:28. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?

2:29. Dia yang ciptakan untuk kamu semua yang di bumi, kemudian Dia beranjak ke langit dan mendatarkannya tujuh langit, dan Dia tahu segala sesuatu.

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, “Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti).” Mereka berkata, “Adakah Engkau letak di dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?” Dia berkata, “Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.”
2:31. Dan Dia ajar Adam nama-nama, kesemuanya, kemudian Dia kemukakan kepada para malaikat. Dia berkata, “Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata benar.”

2:32. Mereka berkata, “Engkau disanjung! Kami tidak ada pengetahuan melainkan apa yang Engkau ajar kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.”

2:33. Dia berkata, “Wahai Adam, beritahu mereka nama-namanya”, maka setelah dia beritahu mereka nama-namanya, Dia berkata, “Tidakkah Aku kata kepada kamu bahawa Aku tahu perkara-perkara yang ghaib di langit dan bumi, dan Aku tahu apa yang kamu nampakkan dan apa yang kamu sembunyikan?”

2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi antara orang-orang tidak percaya (kafir).

2:35. Dan Kami berkata, “Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim.”

2:36. Kemudian syaitan gelincirkan mereka daripadanya, dan keluarkan mereka dari dalam apa mereka berada, dan Kami berkata, “Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu.”

2:37. Lalu Adam terima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia terima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:38. Kami berkata, “Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa ikut petunjuk-Ku, tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:39. Dan, orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.”

2:40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan tepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.

2:41. Dan percayalah kepada apa yang Aku turunkan, mengesahkan apa yang bersama kamu, dan jangan jadi yang pertama tidak percaya kepadanya, dan jangan jual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit, dan kamu takutilah Aku.

2:42. Dan jangan campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.

2:43. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.

2:44. Adakah kamu suruh manusia berlaku taat, dan lupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu baca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?

2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang rendah hati,

2:46. Yang menyangka mereka akan temui Pemelihara mereka, dan bahawa kepada-Nya mereka kembali.

2:47. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam,

2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

2:49. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka kenakan kamu azab yang jahat, mereka korbankan anak-anak lelaki kamu, dan biarkan hidup perempuan-perempuan kamu, dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

2:50. Dan apabila Kami belah laut untuk kamu, dan Kami selamatkan kamu, dan tenggelamkan keluarga Firaun, sedang kamu perhatikan.

2:51. Dan apabila Kami menemujanji dengan Musa empat puluh malam, kemudian kamu ambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.

2:52. Kemudian Kami maafkan kamu setelah itu, supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

2:53. Dan apabila Kami beri Musa al-Kitab, dan Pembeza, supaya kamu dapat petunjuk.

2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan ambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan terima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.”

2:55. Dan apabila kamu berkata, “Wahai Musa, kami tidak akan percayai kamu sehingga kami lihat Allah dengan nyata” lalu halilintar ambil kamu, sedang kamu perhatikan.

2:56. Kemudian Kami bangkitkan kamu setelah kamu mati supaya kamu berterima kasih.

2:57. Dan Kami bentangkan awan untuk teduhkan kamu, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada kamu, “Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu.” Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

2:58. Dan apabila Kami berkata, “Masuklah bandaraya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu hendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan bersujud, dan katakan, ‘Tidak membebankan’, Kami akan ampunkan kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik.”

2:59. Kemudian orang-orang buat kezaliman tukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka, maka Kami turunkan kepada orang-orang buat kezaliman kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka.

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, “Pukullah batu dengan tongkat kamu” lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. “Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan jangan kamu buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.”

2:61. Dan apabila kamu berkata, “Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu macam, serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan – herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya.” Dia berkata, “Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir, kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya.” Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.

2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:63. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung, “Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami beri kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa.”

2:64. Kemudian kamu berpaling sesudah itu. Jika tidak kerana pemberian dan pengasihan Allah kepada kamu, tentu kamu termasuk orang-orang yang rugi.

2:65. Dan sesungguhnya kamu tahu orang-orang antara kamu yang mencabuli Sabat, dan Kami berkata kepada mereka, “Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat.”

2:66. Dan Kami membuatnya hukuman contoh bagi yang lepas, dan bagi yang terkemudian, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.

2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Sesungguhnya Allah, Dia perintah kamu, hendaklah kamu korbankan seekor lembu.” Mereka berkata, “Adakah kamu ambil kami sebagai buah ejekan?” Dia berkata, “Aku berlindung pada Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh.”

2:68. Mereka berkata, “Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami supaya Dia jelaskan kepada kami yang manakah ia?” Dia berkata, “Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang tidak tua, dan tidak juga dara, yang pertengahan di antara yang demikian itu; maka buatlah apa yang kamu diperintah.”

2:69. Mereka berkata, “Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia jelaskan kepada kami apakah warnanya?” Dia berkata, “Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang keemasan, terang warnanya, menggembirakan orang-orang yang memandang.”

2:70. Mereka berkata, “Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia jelaskan kepada kami yang manakah ia; lembu serupa sahaja bagi kami, dan jika Allah hendaki, tentu kami akan dapat petunjuk.”

2:71. Dia berkata, “Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya.” Mereka berkata, “Sekarang kamu sudah datangkan yang benar.” Lalu mereka korbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.

2:72. Dan apabila kamu bunuh sesuatu jiwa, dan bertentangan di dalamnya, lalu Allah keluarkan apa yang kamu sembunyikan,

2:73. Maka Kami berkata, “Pukullah dia dengan sebahagiannya.” Begitulah Allah hidupkan orang-orang yang mati, dan Dia perlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu faham.

2:74. Kemudian hati kamu jadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:75. Adakah kamu sangat inginkan bahawa mereka akan percayai kamu, memandangkan ada segolongan daripada mereka yang mendengarkan perkataan (kalam) Allah, kemudian mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.

2:76. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, “Kami percaya” dan apabila mereka menyendiri kepada satu sama lain, mereka berkata, “Adakah kamu ceritakan kepada mereka apa yang Allah bukakan kepada kamu supaya mereka dengannya berdebat dengan kamu di sisi Pemelihara kamu? Tidakkah kamu faham?”

2:77. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan?

2:78. Dan antara mereka yang ummiy (yang tidak diberi Kitab), tidak tahu al-Kitab melainkan hanya dengan khayalan, dan semata-mata sangkaan.

2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, “Ini daripada Allah,” supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka tulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.

2:80. Dan mereka berkata, “Api tidak akan sentuh kami kecuali beberapa hari yang terhitung.” Katakanlah, “Sudahkah kamu ambil satu perjanjian sehingga Allah tidak akan mungkiri perjanjian-Nya, atau kamu katakan terhadap Allah apa yang tidak kamu tahu?”

2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itu penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, mereka itu penghuni-penghuni Taman, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:83. Dan apabila Kami ambil perjanjian Bani Israil: “Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan buat baik kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan katakan yang baik kepada manusia, dan lakukan solat, dan berikan zakat.” Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu palingkan.

2:84. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, bahawa jangan kamu tumpahkan darah kamu sendiri, dan jangan juga usir diri-diri kamu sendiri daripada tempat-tempat tinggal kamu, kemudian kamu setuju, dan kamu sendiri saksikan.

2:85. Kemudian kamu ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:86. Mereka itu orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat. Bagi mereka azab tidak diringankan, dan tidak juga mereka ditolong.

2:87. Dan Kami beri Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan Kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci), dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu dustakan, dan sebahagian kamu bunuh.

2:88. Dan mereka berkata, “Hati kami tidak dikhatan.” Tidak, tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang percayai.

2:89. Apabila datang kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah, mengesahkan apa yang bersama mereka, dan mereka sebelum itu telah minta kemenangan terhadap orang-orang tidak percaya, maka apabila datang kepada mereka apa yang mereka kenali, mereka mengingkarinya; maka laknat Allah ke atas orang-orang tidak percaya.

2:90. Buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada apa yang Allah turunkan, menyalahi bahawa Allah turunkan pemberian-Nya kepada siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan atas kemurkaan, dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Percayalah kepada apa yang Allah turunkan”, mereka berkata, “Kami percayai apa diturunkan kepada kami”, dan mereka tidak percaya kepada apa sesudah itu, sedang ia yang benar, mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, “Mengapa pula kamu bunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?”

2:92. Dan Musa datang kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian kamu ambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.

2:93. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung: “Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami beri kamu, dan dengarlah.” Mereka berkata, “Kami dengar dan kami tentang”, dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, “Buruknya apa yang iman kamu perintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin.”

2:94. Katakanlah, “Jika tempat kediaman akhir di sisi Allah itu khas untuk kamu, dan tidak untuk manusia lain, maka inginkanlah kematian jika kamu berkata benar.”

2:95. Tetapi mereka tidak akan inginkannya selama-lamanya, kerana apa yang tangan-tangan mereka telah dahulukan; Allah tahu orang-orang zalim.

2:96. Dan kamu dapati mereka, manusia yang paling inginkan kehidupan, dan daripada orang-orang yang sekutukan, ada seorang daripada mereka beringinkan bahawa dia diberi umur seribu tahun; namun begitu, dia dengan dipanjangkan umur, tidak akan menyingkirnya daripada azab. Allah lihat apa mereka buat.

2:97. Katakanlah, “Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin.”

2:98. Sesiapa yang menjadi musuh bagi Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Jibril, dan Mikail, maka sesungguhnya Allah, musuh bagi orang-orang tidak percaya.

2:99. Dan Kami turunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang fasiq.

2:100. Mengapa, setiap kali mereka buat perjanjian, segolongan daripada mereka lemparkan perjanjiannya? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak percayai.

2:101. Apabila datang kepada mereka seorang Rasul daripada Allah, mengesahkan apa yang bersama mereka, segolongan daripada mereka yang diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang punggung mereka, seolah-olah mereka tidak tahu.

2:102. Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, “Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir).” Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka tahu.

2:103. Dan sekiranya mereka percaya dan bertakwa, satu ganjaran daripada Allah adalah lebih baik, jika mereka tahu.

2:104. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu berkata, “Awasilah kami” tetapi katakanlah, “Perhatikanlah kami”, dan dengarlah; bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih.
2:105. Orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang sekutukan, tidak inginkan bahawa sebarang kebaikan diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, tetapi Allah pilih untuk pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; Allah mempunyai pemberian yang besar.

2:106. Dan apa sahaja ayat yang Kami hapuskan, atau jadikan lupa, Kami datangkan yang lebih baik, atau yang serupa dengannya. Tidakkah kamu tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu?

2:107. Tidakkah kamu tahu bahawa kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan bahawa kamu tidak ada, selain daripada Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong?

2:108. Atau, adakah kamu hendak tanya Rasul kamu seperti Musa ditanya dahulu? Sesiapa yang tukar keimanan dengan ketidakpercayaan, sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.

2:109. Kebanyakan daripada ahli Kitab ingin sekiranya mereka dapat kembalikan kamu sebagai orang-orang tidak percaya setelah keimanan kamu kerana dengki dalam jiwa mereka sesudah yang benar menjadi jelas bagi mereka. Namun begitu, kamu maafkanlah, dan ketepikanlah, sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:110. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah lihat apa kamu buat.

2:111. Dan mereka berkata, “Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi atau Kristian.” Demikian khayalan mereka. Katakanlah, “Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar.”

2:112. Ia, sesiapa yang tundukkan wajahnya (mukanya/kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:113. Orang-orang Yahudi berkata, “Orang-orang Kristian tiada sesuatu”, dan orang-orang Kristian berkata, “Orang-orang Yahudi tiada sesuatu”; dan mereka baca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak tahu berkata, serupa ucapan mereka. Allah akan hakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

2:114. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang halangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar.

2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu palingkan di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.

2:116. Dan mereka berkata, “Allah ambil kepada-Nya seorang anak.” Dia disanjung! Tidak, kepunyaan-Nya apa yang di langit dan bumi, semuanya patuh kepada-Nya.

2:117. Pencipta langit dan bumi, dan apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, “Jadilah”, maka jadilah ia.

2:118. Dan orang-orang yang tidak tahu berkata, “Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada kami? Mengapa satu ayat (isyarat) tidak datang kepada kami?” Demikian berkata orang-orang sebelum mereka, seperti ucapan mereka ini, hati mereka serupa. Namun demikian, Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.

2:119. Kami utus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira, dan pemberi amaran. Kamu tidak akan ditanya mengenai penghuni-penghuni Jahim.

2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, “Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.” Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

2:121. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka percayainya, dan sesiapa tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.

2:122. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku, yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam.

2:123. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

2:124. Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia tunaikannya, Dia berkata, “Sesungguhnya Aku buat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia.” Berkatalah dia, “Dan daripada keturunanku?” Dia berkata, “Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang zalim.”

2:125. Dan apabila Kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, “Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat.” Dan Kami buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, “Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.”

2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, “Pemeliharaku, buatkan ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka.” Dia berkata, “Sesiapa tidak percaya Aku akan berikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan paksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!”

2:127. Dan apabila Ibrahim dan Ismail bersamanya menaikkan dasar-dasar Rumah, “Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,

2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau, dan perlihatkan kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan bacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan sucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”

2:130. Maka siapakah yang mengundur diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang membodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih (baik).

2:131. Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, “Tunduk patuhlah”, dia berkata, “Aku tundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam.”

2:132. Dan Ibrahim wasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, “Wahai anak-anakku, Allah telah pilih untuk kamu agama; maka jangan kamu mati kecuali dalam kemusliman.”

2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia berkata kepada anak-anaknya, “Apakah kamu akan sembah sesudahku?” Mereka berkata, “Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim.”

2:134. Itu umat yang telah berlalu; baginya apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu usahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa mereka buat.

2:135. Dan mereka berkata, “Hendaklah kamu jadi Yahudi atau Kristian, dan kamu akan dapat petunjuk.” Katakanlah, “Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang sekutukan.”

2:136. Katakanlah, “Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan apa diberi kepada Musa dan Isa, dan apa diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.”

2:137. Jika mereka percaya kepada yang serupa dengan kepadanya kamu percaya, maka sungguh mereka dapat petunjuk yang benar; tetapi jika mereka berpaling, maka mereka hanya dalam perpecahan; Allah mencukupi bagi kamu terhadap mereka, dan Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

2:138. Celupan Allah, dan siapakah yang mencelup lebih baik daripada Allah? Dia kami sembah.

2:139. Katakanlah, “Adakah kamu berdebat dengan kami mengenai Allah, dan Dia, Pemelihara kami dan Pemelihara kamu? Bagi kami amalan-amalan (perbuatan) kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; kepada-Nya kami tuluskan.

2:140. Atau, adakah kamu kata, ‘Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak – mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian’?” Katakanlah, “Adakah kamu yang lebih tahu, atau Allah? Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang sembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.”

2:141. Itu umat yang telah berlalu; baginya apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu usahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa mereka buat.

2:142. Orang-orang bodoh antara manusia akan berkata, “Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka hadap dahulu?” Katakanlah, “Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.”

2:143. Demikian Kami buat kamu satu umat di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan Kami tidak tentukan kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa ikut Rasul, dan siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.

2:144. Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.

2:145. Namun begitu, jika kamu datangkan kepada orang-orang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan ikut kiblat kamu; kamu bukan pengikut kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang zalim.

2:146. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab, mereka kenalinya seperti mereka kenali anak-anak lelaki mereka, dan sesungguhnya segolongan daripada mereka sembunyikan yang benar, sedang mereka mengetahuinya.

2:147. Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu, maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

2:148. Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia palingkan; maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan datangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang buat kezaliman antara mereka, dan jangan takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku sempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu dapat petunjuk.

2:151. Sebagaimana juga Kami utus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk sucikan kamu, dan untuk ajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.

2:152. Maka ingatlah pada-Ku, Aku akan ingat padamu, dan berterimakasihlah kepada-Ku, dan jangan kamu tidak percaya kepada-Ku.

2:153. Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

2:154. Dan jangan katakan terhadap orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, “Mereka sudah mati”, bahkan mereka hidup, tetapi kamu tidak sedar.

2:155. Sungguh, Kami akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan, dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

2:156. Orang-orang yang, apabila mereka ditimpa penderitaan, berkata, “Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami kembali.”

2:157. Mereka itu, ke atas mereka adalah salawat (keberkatan), dan pengasihan daripada Pemelihara mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.

2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidak salah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya, dan sesiapa kerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri (Berterima Kasih), Mengetahui.

2:159. Orang-orang yang sembunyikan bukti-bukti yang jelas dan petunjuk yang Kami turunkan, setelah Kami jelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,

2:160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka, Aku akan terima taubat; Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:161. Tetapi orang-orang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya,

2:162. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada tangguh akan diberi kepada mereka.

2:163. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah turunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang faham.

2:165. Tetapi ada manusia yang ambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang buat kezaliman dapat lihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.

2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka lihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.

2:167. Dan orang-orang yang ikut berkata, “Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami.” Begitulah Allah akan lihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.

2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:169. Ia hanya suruh kamu pada kejahatan, dan kesumbangan, dan supaya kamu katakan terhadap Allah apa yang kamu tidak tahu.

2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Ikutlah apa yang Allah turunkan”, mereka berkata, “Tidak, kami akan ikut apa yang kami dapati bapa-bapa kami buat.” Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak faham sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?

2:171. Persamaan orang-orang tidak percaya seperti persamaan orang yang teriak kepada apa yang tidak mendengar, kecuali satu panggilan dan seruan; pekak, bisu, buta – mereka tidak faham.

2:172. Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah.

2:173. Hanya benda-benda ini Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidak berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:174. Orang-orang yang sembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah turunkan kepada mereka dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka itulah yang tidak makan melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak juga sucikan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

2:175. Mereka itulah orang-orang yang beli kesesatan dengan petunjuk, dan azab dengan ampunan; betapa sabarnya mereka menahan Api!

2:176. Itu adalah kerana Allah turunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh.

2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa dengan benar.

2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh – orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan, dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

2:179. Dalam pembalasan (qisas) ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang empunya minda, supaya kamu bertakwa.

2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia tinggalkan kebaikan (harta), supaya buat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik – suatu kewajipan kepada orang-orang bertakwa.

2:181. Sesiapa tukar setelah mendengarnya, dosanya adalah kepada orang-orang yang menukarnya. Sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

2:182. Jika seseorang takut akan penyimpangan, atau dosa, daripada orang yang berwasiat itu, lalu dia membetulkan antara mereka, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.

2:184. Pada hari-hari yang terhitung, dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang buat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur’an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa, dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu, dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia berseru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:188. Dan jangan kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, dan kamu menawarkannya kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat makan, dengan dosa, sebahagian daripada harta manusia yang lain sedang kamu mengetahuinya.

2:189. Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, “Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji.” Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, tetapi ketaatan adalah untuk jadi bertakwa; maka datangilah rumah-rumah dari pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

2:190. Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan jangan kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.

2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan jangan memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya.

2:192. Tetapi, jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

2:195. Dan nafkahkanlah di jalan Allah, dan jangan lemparkan diri-diri kamu dengan tangan-tangan kamu sendiri ke dalam kebinasaan, tetapi buat baik; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.

2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang tetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh buat fasiq, dan tidak boleh berbantahan semasa dalam Haji. Dan apa-apa kebaikan kamu buat, Allah mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi bekal paling baik ialah takwa; maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang empunya minda.

2:198. Tidak salah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia beri petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang sesat.

2:199. Kemudian bertolaklah dari mana manusia bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, “Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia” dan tiada baginya bahagian di akhirat.

2:201. Dan antara manusia ada yang berkata, “Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah kami daripada azab Api.”

2:202. Mereka itu, mereka akan dapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan Allah cepat buat hitungan.

2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidak berdosa baginya, dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukan satu dosa padanya, jika dia bertakwa. Dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

2:204. Dan antara manusia, ada yang ucapannya terhadap kehidupan dunia menarik hati kamu, dan dia bersaksikan Allah atas apa yang di dalam hatinya, padahal dialah yang paling degil dalam pertengkaran.

2:205. Dan apabila dia berpaling, dia berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya, dan untuk musnahkan tanaman, dan anak-anak pokok; dan Allah tidak suka kerosakan.

2:206. Dan apabila dikatakan kepadanya, “Takutilah Allah”, kemuliaan mengambilnya dalam dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahanam – betapa buruknya buaian!

2:207. Dan antara manusia ada yang jual diri-diri mereka kerana inginkan kepuasan hati Allah, dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.

2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:209. Tetapi jika kamu tergelincir, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada kamu, maka ketahuilah bahawa Allah Perkasa, Bijaksana.

2:210. Apakah mereka nanti-nantikan, melainkan bahawa Allah akan datang kepada mereka dalam lindungan awan, dan malaikat-malaikat? Perkara telah diputuskan, dan kepada Allah semua perkara dikembalikan.

2:211. Tanyalah Bani Israil berapa banyaknya bukti-bukti yang jelas yang Kami beri mereka. Sesiapa tukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

2:212. Dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya (kafir) ialah kehidupan dunia, dan mereka ejek orang-orang yang percaya; tetapi orang-orang bertakwa adalah di atas mereka pada Hari Kiamat; dan Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan.

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan. Hanya orang-orang yang diberinya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.

2:214. Atau, adakah kamu sangka kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh musibah dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga Rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat.

2:215. Mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah, “Apa sahaja kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

2:216. Dituliskan (ditetapkan) bagi kamu berperang, walaupun ia adalah kebencian bagi kamu, dan mungkin kamu benci sesuatu yang lebih baik bagi kamu, dan mungkin kamu suka sesuatu yang lebih buruk bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, “Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah dan tidak percaya kepada-Nya dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah, dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan.” Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat, dan mereka itu penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:218. Tetapi orang-orang yang percaya dan orang-orang yang hijrah, dan berjuang di jalan Allah, merekalah yang mempunyai harapan daripada pengasihan Allah; dan Allah Pengampun, Pengasih.

2:219. Mereka tanya kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, “Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” Dan mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah, “Yang berlebihan.” Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan.

2:220. Dunia dan akhirat. Mereka tanya kamu mengenai anak yatim. Katakanlah, “Untuk membetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu. Allah tahu benar orang yang buat kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia menyulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.”

2:221. Jangan kahwin perempuan-perempuan yang sekutukan sehingga mereka percayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan jangan kahwin orang-orang lelaki yang sekutukan sehingga mereka percayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman dan ampunan dengan izin-Nya, dan Dia jelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat.

2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, “Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu.” Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.

2:223. Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti kamu hendaki, dan dahulukanlah untuk diri kamu; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

2:224. Jangan buat Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan bertakwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.

2:225. Allah tidak pertanggungjawabkan kamu atas sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia pertanggungjawabkan kamu atas apa yang hati-hati kamu usahakan; dan Allah Pengampun, Penyantun.

2:226. Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri daripada perempuan-perempuan mereka, mereka tunggu empat bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:227. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan tunggu sendiri selama tiga haid, dan tidak halal bagi mereka untuk sembunyikan apa yang Allah cipta di dalam rahim mereka jika mereka percayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk kembalikan mereka jika mereka hendak membetulkan. Bagi mereka ada hak yang baik seperti ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, atau lepaskan dengan baik. Tidak halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri kepada mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat lakukan had-had (hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat lakukan had-had Allah, maka tidak salah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah, jangan mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itu orang-orang zalim.

2:230. Jika dia ceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia kahwin suami lain. Kemudian jika dia (suami baru) ceraikannya, maka tidak salah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka sangka mereka akan lakukan had-had Allah. Itu had-had Allah; Dia jelaskannya bagi kaum yang tahu.

2:231. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik; jangan tahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa buat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Jangan ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia turunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu segala sesuatu.

2:232. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

2:233. Para ibu akan susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang hendak sempurnakan susuan. Adalah atas bapa untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya hendak, dengan persetujuan bersama dan rundingan, untuk tidak susukan, maka tidak ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu hendak cari penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu asal sahaja kamu serah apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah lihat apa kamu buat.

2:234. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, mereka akan tunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka sampai tempoh mereka, maka tiada kesalahan ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah sedar apa kamu buat.

2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu tawari, atau sembunyikan di dalam diri kamu. Allah tahu bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi jangan berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu ucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu putuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah tahu apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.

2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu ceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum sentuh mereka, dan tidak juga tetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, berilah peruntukan untuk mereka – orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya – satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang buat baik.

2:237. Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka, dan kamu sudah pun tetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka (berilah) setengah daripada apa kamu telah tetapkan, kecuali jika mereka maafkan, atau dia maafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu maafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Jangan lupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah lihat apa kamu buat.

2:238. Peliharalah salawat (doa mohon ampun), dan solat di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah.

2:239. Jika kamu dalam ketakutan, maka sambil berjalan kaki, atau menunggang. Apabila kamu telah aman, ingatlah akan Allah sebagaimana Dia telah ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.

2:240. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka buat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidak salah ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana.

2:241. Bagi wanita-wanita yang diceraikan, (diberi) peruntukan dengan baik sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang bertakwa.

2:242. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya bagi kamu supaya kamu faham.

2:243. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang keluar dari tempat tinggal mereka, beribu-ribu ramainya, kerana takut akan mati? Allah berkata kepada mereka, “Matilah!” Kemudian Dia hidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

2:244. Maka berperanglah di jalan Allah, dan ketahuilah bahawa Allah Mendengar, Mengetahui.

2:245. Siapakah dia yang akan pinjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, dan Dia akan gandakan untuknya dengan banyak? Allah menggenggam dan menjulurkan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

2:246. Tidakkah kamu renungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, “Bangkitkan untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah.” Dia berkata, “Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?” Mereka berkata, “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?” Maka, apabila perang dituliskan bagi mereka, mereka berpaling kecuali sedikit antara mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.

2:247. Kemudian Nabi mereka berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah bangkitkan Thalut bagi kamu sebagai raja.” Mereka berkata, “Bagaimanakah patut bagi dia menjadi raja kepada kami, yang lebih berhak daripadanya pada kerajaan, memandangkan dia tidak diberi harta yang banyak?” Dia berkata, “Sesungguhnya Allah memilihnya di atas kamu, dan menambahkannya dengan luas dalam pengetahuan dan tubuh. Allah beri kerajaan kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.”

2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, “Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun tinggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu jika kamu orang-orang mukmin.”

2:249. Dan apabila Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, “Allah uji kamu dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa yang tidak rasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang ceduk seceduk dengan tangannya.” Tetapi mereka minum daripadanya, kecuali sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya bersamanya, mereka berkata, “Kami tidak ada kekuatan pada hari ini terhadap Jalut dan tenteranya.” Berkata orang-orang yang sangka akan temui Allah, “Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah kalahkan satu golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.”

2:250. Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir).”

2:251. Dan mereka kalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud bunuh Jalut; dan Allah beri kepadanya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia ajarnya apa yang Dia hendaki. Sekiranya Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.

2:252. Ini adalah ayat-ayat Allah Kami bacakan kamu dengan benar, dan sesungguhnya kamu adalah daripada para utusan.

2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan Kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.

2:254. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang tidak percaya, merekalah orang-orang zalim.

2:255. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal. Mengantuk tidak mengambil-Nya, dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Nya, kecuali dengan izin-Nya? Dia tahu apa yang sebelum mereka, dan apa sesudah mereka, dan mereka tidak tahu sesuatu daripada pengetahuannya, kecuali apa Dia hendaki. Takhta-Nya merangkumi langit dan bumi, dan Dia tidak rasa tertekan menjaga keduanya; Dia Yang Tinggi, Yang Agung.

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada pemegang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

2:257. Allah ialah Wali (Pelindung) orang-orang yang percaya; Dia keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang tidak percaya, wali mereka ialah Thagut, yang keluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan; mereka itu penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

2:258. Tidakkah kamu renungkan orang yang debat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah beri kepadanya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, “Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan.” Berkata, “Aku menghidupkan dan mematikan!” Ibrahim berkata, “Allah datangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!” Lalu orang tidak percaya tercengang. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandaraya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, “Bagaimanakah Allah hidupkan ini setelah ia mati?” Maka Allah matikannya seratus tahun, kemudian Dia bangkitkannya kembali, dengan berkata, “Berapa lamakah kamu tinggal?” Dia berkata, “Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari.” Berkatalah Dia, “Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihat pada makanan dan minuman kamu – ia tidak basi, dan lihat pada keledai kamu. Begitulah Kami buat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihat pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan susunkannya, dan kemudian kelubunginya dengan daging.” Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, “Saya tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu.”

2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, “Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau hidupkan orang-orang yang mati.” Dia berkata, “Kenapa, tidakkah kamu percayai?” Dia berkata, “Ia, tetapi supaya hatiku tenteram.” Berkatalah Dia, “Ambil empat ekor burung, dan jinakkan mereka kepada kamu, kemudian letak sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian serulah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu tahu bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?”

2:261. Persamaan orang-orang yang nafkahkan harta mereka di jalan Allah seperti persamaan sebutir biji yang tumbuhkan tujuh tangkai bijirin. Pada tiap-tiap tangkai bijirin, ada seratus biji. Maka Allah gandakan kepada sesiapa Dia hendaki; Allah Merangkumi, Mengetahui.

2:262. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka di jalan Allah, kemudian tidak ikut apa yang mereka nafkahkan dengan celaan dan gangguan, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:263. Ucapan yang baik, dan ampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya, Penyantun.

2:264. Wahai orang-orang yang percaya, jangan batalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang nafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan tinggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka usahakan. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.

2:265. Tetapi persamaan orang-orang yang nafkahkan harta mereka dengan inginkan kepuasan hati Allah, dan untuk teguhkan diri mereka, adalah seperti persamaan sebuah kebun di atas bukit; hujan lebat menimpanya, dan ia berikan hasilnya dua kali ganda. Jika tiada hujan lebat menimpanya, namun demikian, embun; dan Allah lihat apa kamu buat.

2:266. Adakah sesiapa antara kamu beringinkan mempunyai sebuah kebun (jannah) palma dan anggur, dengan sungai-sungai mengalir dari bawahnya, dan segala macam buah-buahan di dalamnya untuknya. Kemudian umur tua menimpanya, dan dia mempunyai keturunan, tetapi lemah. Kemudian angin puyuh yang mengandungi api menimpanya, dan ia terbakar. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan.

2:267. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada benda-benda yang baik yang kamu usahakan, dan daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan jangan bermaksud yang buruk-buruk daripadanya untuk kamu nafkahkan, sedang kamu tidak akan mengambilnya sendiri melainkan kamu picingkan sebelah mata padanya; dan ketahuilah bahawa Allah Kaya, Terpuji.

2:268. Syaitan janjikan kamu kemiskinan dan suruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah janjikan kamu ampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

2:269. Dia beri Kebijaksanaan (Hikmah) kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa diberi Kebijaksanaan, dia diberi banyak kebaikan, dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.

2:270. Dan apa sahaja nafkah kamu nafkahkan, atau apa sahaja nazar kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang zalim.

2:271. Jika kamu nampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itu lebih baik bagi kamu, dan akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah sedar apa kamu buat.

2:272. Bukan atas kamu jadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki. Dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kerana demikian kamu nafkahkan, hanya inginkan Wajah Allah; dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan akan dibayar kepada kamu sepenuhnya, dan kamu tidak akan dizalimi.

2:273. Bagi orang-orang fakir yang terkepung di jalan Allah, dan yang tidak boleh berpergian di bumi; orang bodoh sangka mereka kaya kerana mereka tidak meminta-minta, tetapi kamu kenali mereka dengan tanda mereka; mereka tidak minta kepada manusia dengan mendesak, dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

2:274. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka, malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu kerana mereka kata, “Jual beli adalah serupa dengan riba.” Allah halalkan jual beli dan haramkan riba. Sesiapa didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itu penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

2:276. Allah hapuskan riba, tetapi sedekah Dia besarkan. Allah tidak suka setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.

2:277. Orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, dan lakukan solat dan beri zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:278. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkan riba yang belum diselesaikan jika kamu orang-orang mukmin.

2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan Rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat harta kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.

2:280. Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang, tetapi jika kamu sedekahkan, itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu tahu.

2:281. Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah usahakan, dan mereka tidak dizalimi.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu jalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakan saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan jangan, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak dapati seorang penulis, maka adakan satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu percayai sebahagian lain, hendaklah orang yang dipercayai tunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan sembunyikan kesaksian, dan sesiapa sembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah tahu apa kamu buat.

2:284. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di bumi. Sama ada kamu nampakkan apa yang di dalam diri kamu, atau kamu sembunyikan, Allah akan hitungkannya kepada kamu. Dia ampun siapa Dia hendaki, dan azab siapa Dia hendaki; Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:285. Rasul percaya kepada apa diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. “Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya.” Mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan.”

2:286. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia usahakan, dan ke atasnya apa yang ia usahakan. “Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir).”

Surah 3
KELUARGA IMRAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

3:1. Alif Lam Mim.

3:2. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal.

3:3. Dia turunkan kepada kamu al-Kitab dengan yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan Dia turunkan Taurat dan Injil,

3:4. Sebelumnya, sebagai petunjuk bagi manusia, dan Dia turunkan Pembeza. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka azab yang keras; dan Allah Perkasa, Pendendam.

3:5. Sesungguhnya ke atas Allah, tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi dan tidak juga di langit.

3:6. Dia yang bentuk kamu di dalam rahim seperti Dia hendaki. Tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

3:7. Dia yang turunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itu ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang di dalam hati mereka menyimpang, mereka ikut yang mutasyabihat daripadanya untuk inginkan pertikaian, dan inginkan interpretasinya. Tiada yang tahu interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang dalam dalam pengetahuan berkata, “Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami”; dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.

3:8. “Wahai Pemelihara kami, janganlah simpangkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berikan kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

3:9. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang kumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu.”

3:10. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, harta benda mereka tidak berguna bagi mereka, dan tidak juga anak-anak mereka sedikit pun terhadap Allah, dan mereka itu, mereka menjadi bahan bakar untuk Api.

3:11. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka, yang dustakan ayat-ayat Kami; Allah ambil mereka disebabkan kesalahan-kesalahan mereka; Allah keras dalam balasan-Nya.

3:12. Katakanlah kepada orang-orang tidak percaya, “Kamu akan dikalahkan, dan dikumpulkan ke dalam Jahanam – sebuah buaian yang buruk!”

3:13. Telah pun ada satu ayat bagi kamu pada dua golongan yang bertemu. Segolongan berperang di jalan Allah, dan satu lagi tidak percaya. Mereka melihat mereka dua kali sebanyak mereka, seperti mata melihat, tetapi Allah kukuhkan dengan pertolongan-Nya siapa Dia hendaki. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang empunya penglihatan.

3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itu kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik.

3:15. Katakanlah, “Bolehkah aku beritahu kamu yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang bertakwa, di sisi Pemelihara mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan kepuasan hati Allah. Dan Allah lihat hamba-hamba-Nya.”

3:16. Orang-orang yang berkata, “Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api.”

3:17. Orang-orang yang sabar, dan orang-orang yang benar, dan orang-orang yang patuh, dan orang-orang yang nafkahkan, dan orang-orang yang minta ampun pada waktu sebelum dinihari.

3:18. Allah saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang diberi al-Kitab tidak berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana angkuh antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.

3:20. Maka jika mereka debat kamu, katakanlah, “Aku tundukkan wajahku (mukaku/kehendakku) kepada Allah, dan sesiapa yang ikut aku.” Dan katakan kepada orang-orang diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), “Sudahkah kamu tunduk patuh?” Jika mereka tunduk patuh, mereka dapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka bagi kamu hanya untuk sampaikan; dan Allah lihat hamba-hamba-Nya.

3:21. Orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.

3:22. Mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong.

3:23. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia hakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka palingkan.

3:24. Itu kerana mereka kata, “Api tidak akan sentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung.” Apa yang mereka ada-adakan menipu mereka dalam agama mereka.

3:25. Tetapi bagaimanakah nanti apabila Kami kumpul mereka untuk satu hari yang padanya tiada keraguan, dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia usahakan dan mereka tidak dizalimi?

3:26. Katakanlah, “Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau beri kerajaan kepada siapa Engkau hendaki, dan lucutkan kerajaan daripada siapa Engkau hendaki, dan Engkau muliakan siapa Engkau hendaki, dan Engkau hinakan siapa Engkau hendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

3:27. Engkau jadikan malam masuk ke dalam siang, dan Engkau jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa Engkau hendaki tanpa hitungan.”

3:28. Janganlah orang-orang mukmin ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali selain daripada orang-orang mukmin, kerana sesiapa buat demikian, tiada kepunyaan Allah sesuatu melainkan kamu ada yang ditakuti daripada mereka, Allah mengingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya, dan kepada Allah kepulangan.

3:29. Katakanlah, “Sama ada kamu sembunyikan apa yang di dalam dada kamu, atau kamu nampakkannya, Allah mengetahuinya, dan Dia tahu apa yang di langit dan apa yang di bumi; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.”

3:30. Pada hari tiap-tiap jiwa dapati apa yang ia buat daripada kebaikan dihadapkan, dan apa yang ia buat daripada kejahatan; ia akan inginkan sekiranya antara ia dan hari itu ada ruang yang jauh. Allah ingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.

3:31. Katakanlah, “Jika kamu cintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan cintai kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih.”

3:32. Katakanlah, “Taatlah kepada Allah, dan Rasul.” Tetapi jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang tidak percaya.

3:33. Allah telah pilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam.

3:34. Keturunan satu sama lain; Allah Mendengar, Mengetahui.

3:35. Apabila isteri Imran berkata, “Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.”

3:36. Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, “Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang perempuan.” Allah sangat-sangat tahu apa yang dia lahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti perempuan, “Dan aku namakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam.”

3:37. Pemeliharanya terima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia dapati rezekinya. Dia berkata, “Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?” Dia berkata, “Daripada Allah.” Sesungguhnya Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan.

3:38. Di sana Zakaria seru Pemeliharanya, dengan berkata, “Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau dengar seruan.”

3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, “Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih.”

3:40. Dia berkata, “Pemeliharaku, bagaimanakah aku boleh mempunyai seorang anak lelaki memandangkan aku seorang yang tua dan isteriku mandul?” Allah berkata, “Begitulah, Allah buat apa Dia hendaki.”

3:41. Dia berkata, “Pemeliharaku, buatkan untukku satu ayat (tanda).” Dia berkata, “Ayat kamu ialah bahawa kamu tidak berkata-kata, kecuali dengan isyarat, kepada manusia selama tiga hari, dan ingatlah Pemelihara kamu dengan banyak, dan sanjunglah pada waktu petang dan awal pagi hari.”

3:42. Dan ketika malaikat-malaikat berkata, “Wahai Mariam, Allah pilih kamu, dan bersihkan kamu, dan Dia pilih kamu di atas semua perempuan di semua alam.

3:43. Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, sujudlah, dan tunduklah, bersama orang-orang yang tunduk.”

3:44. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu; kerana kamu tidak berada dengan mereka, ketika mereka lemparkan pena-pena mereka, siapa antara mereka yang akan jaga Mariam; kamu tidak berada di sisi mereka ketika mereka bertengkar.

3:45. Ketika malaikat-malaikat berkata, “Wahai Mariam, Allah beri kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan.

3:46. Dia akan berkata-kata kepada manusia dalam buaian, dan dewasa, dan akan jadi seorang yang salih.”

3:47. Dia berkata, “Pemeliharaku, bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki memandangkan tiada manusia telah sentuh aku?” Berkatalah Dia, “Begitulah, Allah cipta apa yang Dia hendaki. Apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, ‘Jadilah’, maka jadilah ia.

3:48. Dan Dia mengajarnya al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil,

3:49. Untuk menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, ‘Aku datang kepada kamu dengan satu ayat (mukjizat) daripada Pemelihara kamu. Aku ciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku hembus ke dalamnya, dan ia jadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku sembuhkan orang buta, dan penyakit kusta, dan aku juga hidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku beritahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

3:50. Dan mengesahkan Taurat sebelumku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang diharamkan kepada kamu. Aku datang kepada kamu dengan satu ayat daripada Pemelihara kamu; maka kamu takutilah Allah, dan kamu taatlah kepadaku.

3:51. Sesungguhnya Allah Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu; maka sembahlah Dia. Inilah jalan lurus.'”

3:52. Dan apabila Isa sedari ketidakpercayaan mereka, dia berkata, “Siapakah yang akan jadi penolong-penolongku untuk Allah?” Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, “Kami akan jadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.

3:53. Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau turunkan, dan kami ikut Rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang saksikan.”

3:54. Dan mereka buat tipu daya, dan Allah buat tipu daya, dan Allah adalah yang terbaik daripada pembuat-pembuat tipu daya.

3:55. Apabila Allah berkata, “Wahai Isa, Aku akan matikan kamu, dan naikkan kamu kepada-Ku, dan Aku bersihkan kamu daripada orang-orang tidak percaya. Aku akan buatkan orang-orang yang ikut kamu di atas orang-orang tidak percaya hingga Hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku akan hakimkan antara kamu mengenai apa yang padanya kamu selisihkan.

3:56. Bagi orang-orang tidak percaya, Aku akan azab mereka dengan azab yang keras di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong-penolong.

3:57. Bagi orang-orang yang percaya yang buat kerja-kerja baik, Dia akan bayar sepenuhnya upah mereka; dan Allah tidak suka orang-orang zalim.”

3:58. Itu yang Kami bacakan kamu adalah daripada ayat-ayat dan Peringatan yang bijaksana.

3:59. Sesungguhnya persamaan Isa di sisi Allah seperti persamaan Adam. Dia ciptanya daripada tanah, kemudian Dia berkata padanya, “Jadilah”, maka jadilah dia.

3:60. Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu, maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

3:61. Dan sesiapa debat kamu mengenainya, setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka katakanlah, “Marilah, hendaklah kita seru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita mohon dengan rendah hati dan letakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta.”

3:62. Ini cerita benar. Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

3:63. Dan jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tahu orang-orang yang buat kerosakan.

3:64. Katakanlah, “Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan jangan sebahagian kita ambil sebahagian lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah.” Dan jika mereka berpaling, katakanlah, “Saksilah bahawa kami adalah muslim.”

3:65. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu berdebat mengenai Ibrahim? Taurat tidak diturunkan dan tidak juga Injil melainkan selepas dia. Apa, tidakkah kamu faham?

3:66. Inilah kamu, kamu berdebat mengenai pengetahuan yang ada pada kamu; mengapa pula kamu berdebat mengenai apa yang kamu tiada pengetahuan padanya? Allah tahu dan kamu tidak tahu.

3:67. Tidak, Ibrahim sebenarnya bukan seorang Yahudi dan bukan juga seorang Kristian, tetapi dia seorang Muslim dan seorang yang lurus, dan dia bukan daripada orang-orang yang sekutukan.

3:68. Sesungguhnya manusia paling dekat dengan Ibrahim ialah mereka yang mengikutinya, dan Nabi ini, dan orang-orang yang percaya; dan Allah Wali (Pelindung) orang-orang mukmin.

3:69. Ada segolongan daripada ahli Kitab menginginkan untuk menyesatkan kamu, tetapi tiada yang mereka sesatkan melainkan diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.

3:70. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah yang kamu sendiri saksikan?

3:71. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan kamu sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya?

3:72. Ada segolongan daripada ahli Kitab berkata, “Percayalah kepada apa diturunkan kepada orang-orang yang percaya pada permulaan siang, dan jangan percaya pada akhirnya, supaya mereka kemudian kembali,

3:73. Dan jangan percayai sesiapa kecuali orang yang ikut agama kamu.” Katakanlah, “Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah, diberi kepada sesiapa yang serupa dengan apa kamu diberi”, atau debat kamu di sisi Pemelihara kamu, katakanlah, “Sesungguhnya pemberian adalah di tangan Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki, dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

3:74. Dia pilih untuk pengasihan-Nya siapa Dia hendaki, dan Allah mempunyai pemberian yang besar.”

3:75. Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu percayakan dengan satu timbunan, dia akan kembalikan kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu percayakan dengan satu dinar, dia tidak akan kembalikan kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas (menagih) dia. Itu kerana mereka berkata, “Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu Arab).” Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.

3:76. Tidak, tetapi sesiapa yang tepati perjanjiannya, dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.

3:77. Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit, mereka itu tidak dapat bahagian mereka di akhirat; Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak pandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga sucikan mereka; dan bagi mereka, azab yang pedih.

3:78. Dan antara mereka, ada segolongan yang putarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu sangka ia daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukan daripada al-Kitab; dan mereka berkata, “Ia daripada Allah”, tetapi ia bukan daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.

3:79. Tiada bagi seseorang manusia bahawa Allah berikannya al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah.” Tetapi, “Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu tahu al-Kitab, dan dengan sebab kamu pelajarinya.”

3:80. Dia tidak akan suruh kamu ambil malaikat-malaikat dan Nabi-Nabi sebagai Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia suruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu muslim?

3:81. Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, “Bahawa Aku beri kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah kamu setuju?” Dia berkata, “Dan, adakah kamu ambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?” Mereka berkata, “Kami setuju.” Dia berkata, “Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi.”

3:82. Kemudian, sesiapa berpaling sesudah itu, merekalah orang-orang fasiq.

3:83. Apa, adakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa di langit dan di bumi, dengan rela atau benci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?

3:84. Katakanlah, “Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa diberi kepada Musa dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.”

3:85. Sesiapa mencari agama selain daripada Islam, ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi.

3:86. Bagaimanakah Allah akan beri petunjuk kepada kaum tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan saksikan bahawa Rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

3:87. Mereka itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia, kesemuanya.

3:88. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada tangguh akan diberi kepada mereka.

3:89. Tetapi orang-orang yang bertaubat sesudah itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

3:90. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itu orang-orang sesat.

3:91. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, dan mati dengan tidak percaya, maka tidak akan diterima daripada seseorang pun antara mereka emas sepenuh bumi, jika dia tebus dirinya dengannya; bagi mereka azab yang pedih, dan mereka tidak ada penolong-penolong.

3:92. Kamu tidak akan capai ketaatan sehingga kamu nafkahkan daripada apa kamu cintakan, dan apa sahaja kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil haramkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, “Datangkan Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar.”

3:94. Sesiapa yang ada-adakan dusta terhadap Allah setelah itu, mereka itu orang-orang zalim.

3:95. Katakanlah, “Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang sekutukan.”

3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah di Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam.

3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas – medan Ibrahim, dan sesiapa masukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh buat jalannya ke sana. Dan orang tidak percaya – maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.

3:98. Katakanlah, “Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah? Allah saksi atas apa kamu buat.”

3:99. Katakanlah, “Wahai ahli Kitab, mengapa kamu halangi jalan Allah orang yang percaya, dan inginkannya jadi bengkok, dan kamu sendiri saksi-saksi? Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.”

3:100. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati segolongan daripada orang-orang diberi al-Kitab, mereka akan kembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang tidak percaya.

3:101. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.

3:102. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan jangan kamu mati melainkan dalam kemusliman.

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.

3:104. Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itu orang-orang beruntung.

3:105. Jangan jadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka azab yang besar,

3:106. Pada hari apabila beberapa muka jadi hitam, dan beberapa muka jadi putih. Bagi orang-orang yang muka-muka mereka jadi hitam, “Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu? Maka rasalah azab kerana kamu tidak percaya.”

3:107. Tetapi bagi orang-orang yang muka-muka mereka jadi putih, mereka berada dalam pengasihan Allah, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

3:108. Ini adalah ayat-ayat Allah Kami bacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak hendak sebarang kezaliman bagi semua alam.

3:109. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi, dan kepada Allah semua perkara dikembalikan.

3:110. Kamu adalah umat terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar, dan kamu percayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentu itu lebih baik bagi mereka; antara mereka, orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

3:111. Mereka tidak akan mudaratkan kamu, melainkan dengan sedikit gangguan; dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan palingkan kepada kamu belakang mereka, kemudian mereka tidak akan ditolong.

3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikian itu kerana mereka melakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.

3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.

3:114. Mereka percayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar, dan mereka bersegera dalam kebajikan; mereka itu orang-orang salih.

3:115. Dan apa sahaja kebaikan kamu buat, tidaklah kamu akan dinafikan; dan Allah tahu orang-orang bertakwa.

3:116. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, harta benda mereka tidak akan berguna bagi mereka, dan tidak juga anak-anak mereka sedikit pun terhadap Allah; mereka itu penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

3:117. Persamaan apa yang mereka nafkahkan dalam kehidupan dunia ini seperti persamaan angin yang sangat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menzalimi diri-diri mereka sendiri, lalu ia musnahkannya; Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

3:118. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak hancurkan kamu; mereka ingin untuk deritakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka sembunyikan adalah lebih besar. Maka Kami jelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham.

3:119. Beginilah kamu ini; kamu suka mereka, dan mereka tidak suka kamu; kamu percayai Kitab, semuanya, dan apabila mereka berjumpa dengan kamu, mereka berkata, “Kami percaya”, tetapi apabila mereka menyendiri, mereka gigit jari-jari mereka kerana marah pada kamu. Katakanlah, “Matilah dalam kemarahan kamu; sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada.”

3:120. Jika kamu disentuh yang baik, ia sakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa yang buruk, mereka gembira dengannya. Namun begitu, jika kamu sabar, dan bertakwa, muslihat mereka tidak akan mudaratkan kamu sedikit pun; sesungguhnya Allah meliputi apa mereka buat.

3:121. Apabila kamu berangkat pada pagi hari daripada keluarga kamu untuk menempatkan orang-orang mukmin di tempat-tempat untuk berperang – Allah Mendengar, Mengetahui.

3:122. Apabila dua golongan daripada kamu bermaksud untuk berkecut hati walaupun Allah Wali mereka – dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal (mempercayakan).

3:123. Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu di Badar, tatkala kamu hina. Maka takutilah Allah, dan supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

3:124. Ketika kamu kata kepada orang-orang mukmin, “Adakah tidak mencukupi bagi kamu bahawa Pemelihara kamu membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan kepada kamu?

3:125. Ia, jika kamu sabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan bantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas.”

3:126. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira bagi kamu, dan supaya hati kamu tenteram dengannya, dan pertolongan hanya daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

3:127. Supaya Dia potong sebahagian orang-orang tidak percaya, atau kecewakan mereka supaya mereka balik dengan kecewa.

3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia terima taubat mereka, atau azab mereka, kerana mereka adalah orang-orang zalim.

3:129. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Dia ampun siapa Dia hendaki, dan azab siapa Dia hendaki; Allah Pengampun, Pengasih.

3:130. Wahai orang-orang yang percaya, jangan makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

3:131. Dan takutilah Api yang disediakan untuk orang-orang tidak percaya.

3:132. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul supaya kamu dikasihani.

3:133. Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan kepada sebuah taman yang luasnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang bertakwa,

3:134. Yang nafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, dan tahan kemarahan mereka, dan maafkan manusia; dan Allah suka orang-orang buat baik,

3:135. Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya.

3:136. Mereka itu, balasan mereka ialah ampunan daripada Pemelihara mereka, dan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; dan alangkah sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!

3:137. Berbagai-bagai sunnah (resam) telah berlalu sebelum kamu, maka mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.

3:138. Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.

3:139. Jangan lemah, dan jangan sedih; kamu akan jadi yang lebih tinggi, jika kamu orang-orang mukmin.

3:140. Jika luka sentuh kamu, maka luka yang serupa telah pun sentuh kaum itu, dan harinya itu Kami gilirkan antara manusia, dan supaya Allah tahu orang-orang yang percaya, dan Dia ambil saksi-saksi daripada kalangan kamu; dan Allah tidak suka orang-orang zalim.

3:141. Dan supaya Allah buktikan orang-orang yang percaya, dan hapuskan orang-orang tidak percaya.

3:142. Atau, adakah kamu sangka kamu patut masuk Taman tanpa Allah tahu orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tanpa Dia tahu orang-orang yang sabar?

3:143. Kamu inginkan kematian sebelum kamu temuinya; sungguh kamu telah melihatnya dan kamu perhatikan.

3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang Rasul; Rasul-Rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan balik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang balik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan mudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan balas orang-orang berterima kasih.

3:145. Tiada sesuatu jiwa akan mati, kecuali dengan izin Allah, pada waktu yang telah dikitabkan (ditetapkan). Sesiapa hendak ganjaran dunia, Kami berikannya daripadanya, dan sesiapa hendak ganjaran akhirat, Kami berikannya daripadanya; dan Kami akan balas orang-orang berterima kasih.

3:146. Dan berapa ramainya Nabi yang bersamanya ramai telah berperang, dan mereka yang ber-Pemelihara tidak jadi lemah kerana apa yang timpa mereka di jalan Allah, dan tidak lemah, dan tidak juga tunduk; dan Allah suka orang-orang yang sabar.

3:147. Tiada lain yang mereka kata kecuali ucapan mereka, “Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya.”

3:148. Dan Allah beri mereka ganjaran dunia, dan sebaik-baik ganjaran akhirat, dan Allah suka orang-orang buat baik.

3:149. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati orang-orang tidak percaya, mereka akan kembalikan kamu di atas tumit-tumit kamu, dan kamu balik sebagai orang-orang yang rugi.

3:150. Tidak, tetapi Allah Pelindung kamu, dan Dia yang terbaik daripada penolong-penolong.

3:151. Kami akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat, sebab mereka sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa; tempat menginap mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang zalim!

3:152. Allah telah benar dalam janji-Nya kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya; sehingga kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan, dan mengingkari, setelah Dia perlihatkan kepada kamu apa yang kamu sukai. Antara kamu ada yang hendak dunia, dan antara kamu ada yang hendak akhirat. Kemudian Dia palingkan kamu daripada mereka, supaya Dia uji kamu; dan sesungguhnya Dia maafkan kamu; dan Allah mempunyai pemberian kepada orang-orang mukmin.

3:153. Ketika kamu naik ke atas dengan tidak menoleh-noleh kepada seseorang, dan Rasul menyeru kamu dari belakang kamu, lalu Dia ganjari kamu dengan kesedihan atas kesedihan, supaya kamu tidak sedih kerana apa yang terlepas daripada kamu, dan tidak juga kerana apa yang menimpa kamu; dan Allah sedar apa kamu buat.

3:154. Kemudian Dia turunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah sangka, dengan berkata, “Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?” Katakanlah, “Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya.” Mereka sembunyikan di dalam diri-diri mereka apa yang mereka tidak nampakkan kepada kamu, dengan berkata, “Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini.” Katakanlah, “Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir”; dan supaya Allah uji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia buktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah tahu apa yang di dalam dada.

3:155. Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan gelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka usahakan, tetapi Allah maafkan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Penyantun.

3:156. Wahai orang-orang yang percaya, jangan jadi seperti orang-orang tidak percaya, yang berkata kepada saudara-saudara mereka apabila mereka adakan perjalanan di bumi, atau mereka dalam ekspedisi perang, “Sekiranya mereka bersama kita, tentu mereka tidak mati, dan tidak dibunuh,” – supaya Allah buatkan yang demikian itu suatu penyesalan di dalam hati mereka. Dan Allah menghidupkan dan Dia mematikan; dan Allah lihat apa kamu buat.

3:157. Jika kamu terbunuh, atau mati di jalan Allah, ampunan dan pengasihan daripada Allah adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.

3:158. Sesungguhnya jika kamu mati, atau terbunuh, kepada Allah kamu dikumpulkan.

3:159. Adalah dengan pengasihan Allah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka, dan sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari sekeliling kamu. Maka maafkan mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam urusan. Apabila kamu sudah putuskan, tawakallah kepada Allah; sesungguhnya Allah suka orang-orang yang tawakal (mempercayakan).

3:160. Jika Allah tolong kamu, tiada yang dapat kalahkan kamu, dan jika Dia abaikan kamu, maka siapakah pula yang dapat tolong kamu sesudah-Nya? Maka kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.

3:161. Tiada bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia usahakan, dan mereka tidak dizalimi.

3:162. Apa, adakah orang yang ikut kepuasan hati Allah itu sama seperti orang dipenuhi beban kemurkaan Allah, yang tempat menginapnya Jahanam? Satu kepulangan yang buruk!

3:163. Mereka adalah berdarjat-darjat di sisi Allah, dan Allah lihat apa mereka buat.

3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia bangkitkan antara mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, untuk bacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan sucikan mereka, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.

3:165. Mengapa, apabila penderitaan menimpa kamu, dan kamu telah menimpakan dua kali yang serupa dengannya, kamu berkata, “Bagaimanakah ini?” Katakanlah, “Ini adalah daripada diri kamu sendiri; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.”

3:166. Dan apa yang menimpa kamu pada hari dua kumpulan bertemu adalah dengan izin Allah, dan supaya Dia tahu orang-orang mukmin.

3:167. Dan supaya Dia tahu orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah berperang di jalan Allah, atau tangkislah.” Mereka berkata, “Sekiranya kami tahu bagaimana hendak berperang, tentu kami ikut kamu.” Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat-sangat tahu apa yang mereka sembunyikan.

3:168. Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka dan mereka sendiri duduk, “Sekiranya mereka taati kita, tentu mereka tidak terbunuh.” Katakanlah, “Maka tolaklah kematian itu daripada diri-diri kamu jika kamu berkata benar.”

3:169. Jangan sangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah sebagai sudah mati, tetapi hidup di sisi Pemelihara mereka, diberi rezeki oleh-Nya.

3:170. Mereka gembira dengan pemberian yang Allah beri mereka, dan gembira dengan orang-orang yang tinggal di belakang yang belum turut bersama mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

3:171. Mereka gembira dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, dan sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang mukmin.

3:172. Dan orang-orang yang sahut Allah dan Rasul-Nya setelah luka timpa mereka – bagi orang-orang antara mereka yang buat baik dan bertakwa adalah upah yang besar.

3:173. Orang-orang yang kepada mereka manusia berkata, “Manusia telah berkumpul terhadap kamu, kerana itu takutilah mereka”; tetapi ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka berkata, “Cukuplah Allah bagi kami. Wakil yang sangat baik!”

3:174. Maka mereka balik dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, tidak disentuh keburukan; mereka ikut kepuasan hati Allah; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

3:175. Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka jangan takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin.

3:176. Jangan mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan; mereka tidak mudaratkan Allah sedikit pun. Allah tidak hendak adakan bagi mereka satu bahagian di akhirat, dan bagi mereka, azab yang besar.

3:177. Orang-orang yang beli ketidakpercayaan dengan keimanan, mereka tidak mudaratkan Allah sedikit pun, dan bagi mereka, azab yang pedih.

3:178. Dan jangan orang-orang tidak percaya sangka pertangguhan yang Kami beri mereka itu lebih baik bagi diri mereka; Kami beri mereka tangguh hanya supaya mereka bertambah dalam dosa, dan bagi mereka, azab yang hina.

3:179. Allah tidak tinggalkan orang-orang mukmin dalam keadaan yang kamu sedang berada, sehingga Dia pisahkan yang buruk daripada yang baik, dan Allah tidak akan beritahu kamu yang ghaib; tetapi Allah pilih daripada Rasul-Rasul-Nya siapa Dia hendaki. Maka percayalah kamu kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan jika kamu percayai dan bertakwa, maka bagi kamu upah yang besar.

3:180. Tetapi orang-orang yang kikir dengan pemberian yang Allah beri mereka, jangan mereka sangka itu lebih baik bagi mereka; tidak, ia adalah lebih buruk bagi mereka. Apa yang mereka kikir dengannya akan digantung pada leher-leher mereka pada Hari Kiamat; dan kepunyaan Allah warisan langit dan bumi; dan Allah sedar apa kamu buat.

3:181. Sesungguhnya Allah dengar ucapan orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya Allah fakir (memerlukan), dan kami kaya.” Kami akan tulis apa mereka kata, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan Kami berkata, “Rasalah azab yang membakar.”

3:182. Itu adalah kerana apa yang tangan-tangan kamu dahulukan, dan bahawa Allah bukan penganiaya hamba-hamba-Nya.

3:183. Orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya Allah telah buat perjanjian dengan kami supaya kami tidak percayai mana-mana Rasul sehingga dia datangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api.” Katakanlah, “Rasul-Rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu kata. Mengapa pula kamu bunuh mereka jika kamu berkata benar?”

3:184. Tetapi jika mereka dustakan kamu, maka telah didustakan Rasul-Rasul sebelum kamu, yang datang dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur, dan Kitab yang memberi cahaya.

3:185. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan dapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada melainkan kesenangan yang memperdayakan.

3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan dengar daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang sekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu sabar, dan bertakwa – sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.

3:187. Dan apabila Allah ambil perjanjian orang-orang diberi Kitab, “Hendaklah kamu jelaskannya kepada manusia, dan jangan sembunyikannya.” Tetapi mereka melemparnya ke belakang punggung mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit – alangkah buruknya apa yang mereka jual!

3:188. Jangan sangka orang-orang yang gembira dengan apa yang mereka datangkan, dan suka dipuji atas apa yang mereka tidak buat; jangan kamu sangka mereka aman daripada azab; dan bagi mereka, azab yang pedih.

3:189. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

3:190. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan dalam pergantian malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang empunya minda,

3:191. Yang mengingati Allah berdiri dan duduk dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, “Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau cipta ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.

3:192. Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang Engkau masukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau aibkannya; dan orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong.

3:193. Wahai Pemelihara kami, kami dengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, ‘Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.’ Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.

3:194. Wahai Pemelihara kami, berikan kami apa yang Engkau telah janjikan kami pada Rasul-Rasul Engkau, dan janganlah Engkau aibkan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak mungkiri janji temu.”

3:195. Dan Pemelihara mereka sahut mereka, “Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai”; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.

3:196. Jangan ia menipu kamu, bahawa orang-orang tidak percaya berulang-alik di dalam negeri,

3:197. Sedikit kesenangan, kemudian tempat menginap mereka ialah Jahanam; sebuah buaian yang buruk!

3:198. Tetapi orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka, bagi mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya sebagai satu sajian daripada Allah; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang taat.

3:199. Dan daripada ahli Kitab ada yang percayai Allah, dan apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan kepada mereka; mereka rendah hati kepada Allah, tidak jual ayat-ayat Allah untuk harga yang sedikit. Mereka itu, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.

3:200. Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

Surah 4
PEREMPUAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

4:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia ciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim; sesungguhnya Allah menjagai kamu.

4:2. Berikan anak-anak yatim harta mereka, dan jangan tukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.

4:3. Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak buat aniaya.

4:4. Dan berikan perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat.

4:5. Tetapi jangan kamu beri orang-orang bodoh harta mereka yang Allah lantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan pakaian mereka daripadanya, dan ucaplah kepada mereka perkataan yang baik.

4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu lihat mereka berfikiran waras, serahkan kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka sudah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkan dia makan dengan baik. Apabila kamu serah kepada mereka harta mereka, adakan saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah jadi penghitung.

4:7. Bagi lelaki, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, sama ada ia sedikit atau banyak, sebahagian yang ditetapkan.

4:8. Dan apabila pembahagian itu dihadiri sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, maka berilah rezeki untuk mereka daripadanya, dan ucaplah kepada mereka perkataan yang baik.

4:9. Dan hendaklah takut, orang-orang yang, jika mereka tinggalkan di belakang mereka keturunan yang lemah, berasa takut terhadap mereka, dan hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan ucaplah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran.

4:10. Orang-orang yang makan harta anak yatim dengan kezaliman, hanyalah makan Api di dalam perut mereka, dan sungguh, akan dipanggang di dalam yang Menyala.

4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak tahu siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikian ketentuan Allah; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu tinggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka tinggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat mereka wasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa kamu tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu tinggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat kamu wasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang yang mudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.

4:13. Itu adalah had-had (hudud) Allah, dan sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Dia akan masukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya, dan mencabuli had-had-Nya, dialah yang Dia akan masukkan ke Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina.

4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka, atau Allah adakan bagi mereka satu jalan.

4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya. Sesungguhnya Allah Yang Menerima Taubat, Pengasih.

4:17. Allah hanya terima taubat orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan terima taubat mereka, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang lakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, “Sesungguhnya sekarang saya bertaubat”, dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami sediakan azab yang pedih.

4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga halangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu telah beri mereka, kecuali apabila mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu benci mereka, mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak kebaikan.

4:20. Dan jika kamu hendak tukar seorang isteri di tempat isteri lain dan jika kamu sudah beri seorang satu timbunan, jangan ambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara fitnah, dan dosa yang nyata?

4:21. Bagaimanakah kamu akan mengambilnya, sedang masing-masing kamu sudah berhubungan rapat dengan yang lain, dan mereka telah ambil daripada kamu perjanjian yang kukuh.

4:22. Dan jangan kahwin perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah kahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.

4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu sudah masuk – tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu – dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.

4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Demikian Allah kitabkan (tetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak salah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling setuju dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.

4:26. Allah hendak jelaskan kepada kamu, dan untuk beri petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang sebelum kamu, dan untuk terima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:27. Dan Allah hendak terima taubat kamu, tetapi orang-orang yang ikut hawa nafsu (syahwat), mereka hendak supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.

4:28. Allah hendak ringankan kamu kerana manusia dicipta lemah.

4:29. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan bunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.

4:30. Tetapi sesiapa buat yang demikian itu dalam permusuhan, dan kezaliman, dialah yang Kami pasti akan panggang di Api, dan itu bagi Allah adalah mudah.

4:31. Jika kamu jauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang daripadanya, Kami akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Kami masukkan kamu melalui pintu yang mulia.

4:32. Dan jangan kamu ingini apa yang Allah lebihkan pemberian kepada sebahagian kamu di atas sebahagian lain. Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.

4:33. Dan bagi tiap-tiap orang, Kami lantik waris-waris daripada apa yang ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, dan orang-orang yang terikat dengan sumpah kamu, maka beri mereka bahagian mereka; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan jadi derhaka, tegurkan mereka, dan asingkan mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka jangan mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.

4:35. Jika kamu takut akan perpecahan antara keduanya, bangkitkan seorang pendamai daripada keluarga lelaki, dan daripada keluarga perempuan, seorang pendamai. Jika mereka hendak membetulkan, Allah akan selesaikan pertelingkahan mereka; sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

4:36. Sembahlah Allah, dan jangan sekutukan sesuatu dengan-Nya. Buat baik kepada ibu bapa, dan kepada sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran yang kerabat, dan jiran yang jauh (bukan kerabat), dan teman di sebelah kamu, dan musafir, dan apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong, membanggakan diri,

4:37. Orang-orang yang kikir, dan suruh manusia jadi kikir, dan mereka sendiri sembunyikan pemberian yang Allah beri mereka, Kami sediakan untuk orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

4:38. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dan mereka tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.

4:39. Apakah bagi mereka, sekiranya mereka percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan nafkahkan daripada apa yang Allah rezekikan mereka? Allah tahu mereka.

4:40. Sesungguhnya Allah tidak akan zalimkan sebanyak seberat sebiji zarah (atom) pun, dan jika ia yang baik, Dia akan gandakannya, dan beri daripada sisi-Nya upah yang besar.

4:41. Bagaimanakah pula ia, apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan apabila Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka?

4:42. Pada hari itu orang-orang tidak percaya, orang-orang ingkari Rasul, akan inginkan supaya bumi didatarkan dengan mereka; dan mereka tidak akan sembunyikan daripada Allah sesuatu hadis (kejadian).

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, jangan dekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.

4:44. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab membeli kesesatan, dan hendak kamu juga sesat daripada jalan?

4:45. Allah sangat-sangat tahu musuh-musuh kamu, dan cukuplah Allah sebagai wali (pelindung), dan cukuplah Allah sebagai penolong.

4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, “Kami dengar dan kami tentang”, dan “Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar”, dan “Peliharalah kami”, memutarbalikkan lidah mereka dan mencela agama. Sekiranya mereka kata, “Kami dengar dan kami taat”, dan “Dengarlah”, dan “Perhatikan kami”, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak percayai kecuali sedikit.

4:47. Wahai orang-orang diberi al-Kitab, percayalah kepada apa yang Kami turunkan, mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami hapuskan muka-muka, dan pusingkannya di atas belakangnya, atau laknat mereka sebagaimana Kami laknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat.

4:48. Allah tidak ampun apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki. Sesiapa sekutukan Allah, sungguh dia ada-adakan dosa besar.

4:49. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri mereka? Tidak, hanya Allah sucikan siapa Dia hendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.

4:50. Perhatikan bagaimana mereka ada-adakan dusta terhadap Allah, dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata.

4:51. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab percayai Jibti dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang tidak percaya bahawa mereka lebih dapat petunjuk pada jalan daripada orang-orang yang percaya.

4:52. Mereka itu, orang-orang yang Allah laknat, dan sesiapa Allah laknati, kamu tidak akan dapati baginya sebarang penolong.

4:53. Atau, adakah bagi mereka sebahagian dalam kerajaan? Jika demikian, mereka tidak beri manusia satu bintit pun.

4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah beri mereka? Sungguh, Kami beri keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan Kami beri mereka kerajaan yang besar.

4:55. Maka antara mereka ada yang percaya, dan antara mereka ada yang halangi daripadanya, dan cukuplah Jahanam sebagai yang Menyala.

4:56. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan panggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya, Kami tukar dengan kulit-kulit lain, supaya mereka rasakan azab. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

4:57. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, Kami akan masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya. Di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan Kami masukkan mereka ke tempat teduh yang teduhnya berlimpah.

4:58. Allah perintahkan kamu untuk sampaikan amanat kepada empunya; dan apabila kamu hakimkan antara manusia, maka hendaklah kamu putuskan dengan adil. Adalah sangat baik teguran yang Allah beri kamu dengannya; sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

4:59. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikan ia kepada Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; itu lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik.

4:60. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dakwa bahawa mereka percaya kepada apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, hendak berhakim kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak percayainya, tetapi syaitan hendak sesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.

4:61. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah kepada apa yang Allah turunkan, dan Rasul”, kemudian kamu lihat orang-orang munafik halangi kamu dengan halangan yang keras.

4:62. Bagaimanakah ia, apabila mereka ditimpa penderitaan kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, kemudian mereka datang kepada kamu, bersumpah dengan Allah, “Kami hanya hendak yang baik dan pendamaian”?

4:63. Mereka itu, orang-orang yang Allah tahu apa yang di dalam hati mereka. Berpalinglah kamu daripada mereka dan tegurkan mereka, dan ucaplah kepada mereka perkataan-perkataan yang menusuk jiwa mereka.

4:64. Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dia patut ditaati, dengan izin Allah. Jika, apabila mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, mereka datang kepada kamu, dan minta ampun kepada Allah, dan Rasul minta ampun untuk mereka, tentu mereka dapati Allah, Menerima Taubat, Pengasih.

4:65. Tetapi tidak, demi Pemelihara kamu! Mereka tidak akan percayai sehingga mereka jadikan kamu hakim terhadap perselisihan faham antara mereka, kemudian mereka dapati di dalam diri-diri mereka tiada halangan pada apa yang kamu putuskan, tetapi akan tunduk dalam ketundukan sepenuhnya.

4:66. Tetapi, sekiranya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka, “Bunuhlah diri-diri kamu”, atau “Keluarlah dari tempat-tempat tinggal kamu”, tentu mereka tidak akan lakukannya, kecuali sedikit daripada mereka; dan jika mereka lakukan seperti apa yang mereka ditegur, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk teguhkan mereka.

4:67. Dan kemudian, pasti Kami beri mereka, daripada sisi Kami, upah yang besar,

4:68. Dan beri mereka petunjuk pada jalan lurus.

4:69. Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi (syahid), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!

4:70. Itu pemberian daripada Allah, dan cukuplah Allah sebagai Yang mengetahuinya.

4:71. Wahai orang-orang yang percaya, ambillah kewaspadaan kamu; kemudian pergilah dalam kumpulan-kumpulan, atau pergilah kesemuanya bersama-sama.

4:72. Antara kamu ada orang yang berlengah-lengah; kemudian, jika penderitaan timpa kamu, dia berkata, “Allah rahmati aku kerana aku bukan seorang saksi bersama mereka.”

4:73. Tetapi jika pemberian daripada Allah timpa kamu, tentu dia kata seakan-akan tidak pernah ada kasih sayang antara kamu dan dia, “Sekiranya aku berada bersama mereka, tentu aku dapat kemenangan dengan kemenangan yang besar.”

4:74. Maka hendaklah mereka berperang di jalan Allah, yang jual kehidupan dunia dengan akhirat, dan sesiapa berperang di jalan Allah dan dibunuh, atau mereka kalahkan, kelak Kami akan berikannya upah yang besar.

4:75. Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan dan kanak-kanak yang dihina, yang berkata, “Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandaraya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong.”

4:76. Orang-orang yang percaya berperang di jalan Allah, dan orang-orang tidak percaya berperang di jalan Thagut. Maka perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya muslihat syaitan lemah.

4:77. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, “Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukan solat, dan berikan zakat”? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau lebih takut, dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, mengapa Engkau tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?” Katakanlah, “Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun.”

4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan dapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik timpa mereka, mereka berkata, “Ini daripada Allah”; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka berkata, “Ini daripada kamu.” Katakanlah, “Semuanya daripada Allah.” Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak faham sebarang hadis (pembicaraan).

4:79. Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi.

4:80. Sesiapa taati Rasul, sesungguhnya dia taati Allah; dan sesiapa berpaling, maka Kami tidak utus kamu untuk jadi penjaga kepada mereka.

4:81. Mereka berkata, “Ketaatan”; tetapi apabila mereka pergi dari sisi kamu, segolongan daripada mereka memikirkan pada malam hari dengan yang selain kamu kata. Dan Allah tulis apa yang mereka fikirkan; maka berpalinglah daripada mereka, dan tawakallah kepada Allah; dan cukuplah Allah sebagai wakil.

4:82. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur’an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan.

4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka siarkannya; tetapi jika mereka kembalikannya kepada Rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk selidikinya, tentu akan ketahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan ikut syaitan, kecuali sedikit.

4:84. Maka berperanglah kamu di jalan Allah; kamu tidak dibebankan kecuali dengan diri kamu sendiri. Dan gesalah orang-orang mukmin, mudah-mudahan Allah akan tahan kekuatan orang-orang tidak percaya, dan Allah adalah lebih kuat dalam kekuatan, lebih keras dalam hukuman.

4:85. Sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang baik, akan terima sebahagian daripadanya, dan sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang buruk, dia akan pikul yang serupa dengannya; Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.

4:86. Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu.

4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan kumpul kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah lebih benar hadisnya daripada Allah?

4:88. Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai orang-orang munafik, dan Allah gulingkan mereka kerana apa yang mereka usahakan? Apa, adakah kamu hendak beri petunjuk kepada orang yang Allah sesatkan? Sesiapa Allah sesatkan, kamu tidak akan dapati baginya suatu jalan.

4:89. Mereka inginkan kamu jadi tidak percaya, sebagaimana mereka tidak percaya, dan kemudian kamu jadi sama dengan mereka; maka jangan ambil untuk kamu wali-wali (sahabat-sahabat) daripada mereka, sehingga mereka hijrah di jalan Allah. Kemudian, jika mereka berpaling, ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka, dan jangan ambil untuk kamu sesiapa daripada mereka sebagai wali atau penolong,

4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada satu kaum yang berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang kepada kamu dengan dada berasa sesak daripada memerangi kamu, atau memerangi kaum mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia beri mereka kuasa terhadap kamu, kemudian pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka undur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan lemparkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak beri sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.

4:91. Kamu akan dapati yang lain, hendakkan aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak lemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak tahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka; terhadap mereka, Kami beri kamu satu kuasa yang nyata.

4:92. Tiada bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan silap, dan sesiapa bunuh seorang mukmin dengan silap, maka hendaklah dia merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka sedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan merdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak dapatkan, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut – taubat Allah; Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatnya, dan sediakan bagi mereka azab yang besar.

4:94. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah, telitilah kamu, dan jangan kata kepada orang yang lemparkan kepada kamu “Salam”, “Kamu bukan orang mukmin”, kerana cari keuntungan kehidupan dunia. Di sisi Allah rampasan perang yang banyak. Demikian kamu dahulunya tetapi Allah berbudi baik kepada kamu. Maka telitilah kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

4:95. Orang-orang mukmin yang duduk di rumah, kecuali mereka ada kecederaan, adalah tidak sama dengan orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan harta benda mereka dan jiwa mereka. Allah lebihkan dalam darjat orang-orang yang berjuang dengan harta benda mereka dan jiwa mereka di atas orang-orang yang duduk di rumah; namun begitu, masing-masing Allah janjikan yang paling baik; dan Allah lebihkan orang-orang yang berjuang di atas orang-orang yang duduk di rumah, dengan upah yang besar,

4:96. Dalam darjat-darjat di sisi-Nya, dan ampunan, dan pengasihan; Allah Pengampun, Pengasih.

4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, “Bagaimanakah kamu?” Mereka berkata, “Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi.” Mereka berkata, “Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu hijrah di dalamnya?” Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam – satu kepulangan yang buruk!

4:98. Kecuali lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dalam keadaan terhina, tidak dapat rancang sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk pada jalan.

4:99. Mudah-mudahan bagi mereka, Allah akan maafkan; Allah Pemaaf, Pengampun.

4:100. Dan sesiapa hijrah di jalan Allah, dia akan dapati di bumi banyak tempat perlindungan, dan keluasan. Dan sesiapa keluar dari rumahnya sebagai seorang penghijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian mendapatkannya, maka upahnya dijatuhkan kepada Allah; Allah Pengampun, Pengasih.

4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak salah ke atas kamu untuk pendekkan solat, jika kamu takut orang-orang tidak percaya akan aniaya kamu; orang-orang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.

4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

4:103. Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah berdiri dan duduk dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

4:104. Jangan lemah dalam mengejar kaum itu. Jika kamu derita sakit, mereka juga derita sakit, sebagaimana kamu derita sakit, tapi kamu harapkan daripada Allah apa yang mereka tidak dapat harapkan; Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:105. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu hakimkan antara manusia dengan apa yang Allah perlihatkan kepada kamu. Maka jangan kamu jadi pembela pengkhianat-pengkhianat.

4:106. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

4:107. Dan jangan berdebat untuk orang-orang yang khianati diri mereka sendiri; sesungguhnya Allah tidak suka pengkhianat yang berdosa.

4:108. Mereka sembunyikan diri mereka daripada manusia, tetapi tidak sembunyikan daripada Allah; kerana Dia berserta mereka ketika mereka memikirkan pada waktu malam ucapan yang Dia tidak puas hati; Allah meliputi apa mereka buat.

4:109. Beginilah kamu, kamu berdebat bagi pihak mereka dalam kehidupan dunia; tetapi siapakah yang akan debat Allah bagi pihak mereka pada Hari Kiamat, atau siapakah yang akan jadi wakil bagi mereka?

4:110. Sesiapa buat jahat, atau menzalimkan dirinya sendiri, dan kemudian minta ampunan Allah, dia akan dapati Allah Pengampun, Pengasih.

4:111. Dan sesiapa usahakan dosa, hanyalah dia usahakan bagi dirinya sendiri; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:112. Dan sesiapa usahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingnya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia pikul fitnahan, dan dosa yang nyata.

4:113. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu segolongan daripada mereka bermaksud untuk sesatkan kamu, tetapi mereka hanya sesatkan diri-diri mereka sendiri; mereka tidak mudaratkan kamu sedikit pun. Allah turunkan kepada kamu Kitab dan Kebijaksanaan, dan Dia ajar kamu apa yang kamu tidak tahu; pemberian Allah kepada kamu adalah besar.

4:114. Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bicara rahsia mereka, melainkan bagi orang yang suruh beri sedekah, atau apa yang baik, atau membetulkan antara manusia. Sesiapa buat demikian itu dengan inginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami akan berikannya upah yang besar.

4:115. Tetapi sesiapa melawan Rasul setelah petunjuk jadi jelas baginya, dan ikut jalan selain daripada orang-orang mukmin, Kami palingkan dia kepada apa yang dia kuasai, dan Kami pasti akan panggang dia di Jahanam – satu kepulangan yang buruk!

4:116. Allah tidak ampun apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa sekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

4:117. Tiada yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan, dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,

4:118. Yang dilaknati Allah. Ia berkata, “Sungguh, aku akan ambil untukku sebahagian yang ditetapkan daripada hamba-hamba-Mu,

4:119. Dan sungguh, aku akan sesatkan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan suruh mereka dan mereka akan potong telinga binatang ternak; aku akan suruh mereka dan mereka akan ubah ciptaan Allah.” Sesiapa yang ambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.

4:120. Ia janjikan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiada yang syaitan janjikan mereka melainkan tipuan.

4:121. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan mereka akan dapati tiada tempat lari daripadanya.

4:122. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, merekalah yang Kami akan masukkan ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Janji Allah benar, dan siapakah lebih benar dalam ucapan daripada Allah?

4:123. Ia bukan khayalan kamu, dan bukan juga khayalan ahli Kitab. Sesiapa buat jahat akan dibalas dengannya, dan tidak akan dapati baginya, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

4:124. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.

4:125. Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang tundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan ikut agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat.

4:126. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan yang di bumi, dan Allah meliputi segala sesuatu.

4:127. Mereka minta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, “Allah putuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak beri apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin kahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindas, dan supaya kamu tegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidak salah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu buat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

4:129. Kamu tidak akan boleh buat adil antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali; maka jangan kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu tinggalkannya seperti tergantung. Jika kamu betulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

4:130. Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan beri kecukupan kepada masing-masing daripada keluasan-Nya, dan Allah Merangkumi, Bijaksana.

4:131. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Kami telah wasiatkan kepada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan kepada kamu, “Takutilah Allah.” Jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Allah Kaya, Terpuji.

4:132. Dan kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.

4:133. Jika Dia hendak, Dia hapuskan kamu, wahai manusia, dan datangkan yang lain; Allah adalah berkuasa atas yang demikian itu.

4:134. Sesiapa hendak ganjaran dunia, maka di sisi Allah ganjaran dunia dan akhirat; Allah Mendengar, Melihat.

4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang tegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan Kitab yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab Dia turunkan sebelumnya. Sesiapa tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

4:137. Orang-orang yang percaya, kemudian tidak percaya, kemudian percaya, kemudian tidak percaya, kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), Allah tidak akan ampun mereka, dan tidak juga beri petunjuk kepada mereka pada sebarang jalan.

4:138. Beri berita gembira kepada orang-orang munafik bahawa bagi mereka azab yang pedih.

4:139. Orang-orang yang ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin, adakah mereka cari kemuliaan di sisi mereka? Tetapi kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah.

4:140. Dia turunkan kepada kamu di dalam Kitab, “Apabila kamu dengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, jangan duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (bicara) lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka.” Allah akan kumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang tidak percaya kesemuanya di dalam Jahanam.

4:141. Orang-orang yang menunggu-nunggu terhadap kamu, jika kemenangan datang kepada kamu daripada Allah, mereka berkata, “Bukankah kami berserta kamu?” tetapi jika orang-orang tidak percaya dapat sebahagian, mereka berkata, “Tidakkah kami menguasai kamu, dan tidakkah kami pertahankan kamu daripada orang-orang mukmin?” Allah akan hakimkan antara kamu pada Hari Kiamat, dan Allah tidak akan adakan bagi orang-orang tidak percaya sebarang jalan terhadap orang-orang mukmin.

4:142. Orang-orang munafik hendak tipu Allah, tetapi Allah, Dia yang tipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingati Allah, kecuali sedikit.

4:143. Mereka adalah dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian, tidak kepada ini dan tidak kepada itu; dan sesiapa Allah sesatkan, kamu tidak akan dapati baginya jalan.

4:144. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin; atau, adakah kamu hendak beri Allah terhadap kamu satu kuasa yang nyata?

4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian paling bawah di Api, dan kamu tidak dapati bagi mereka sebarang penolong.

4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.

4:147. Apakah yang Allah buat dengan mengazab kamu, jika kamu bersyukur (berterima kasih), dan kamu percaya? Allah Mensyukuri, Mengetahui.

4:148. Allah tidak suka kelantangan ucapan yang jahat kecuali orang yang dizalimi; Allah Mendengar, Mengetahui.

4:149. Jika kamu nampakkan kebaikan yang kamu buat, atau rahsiakannya, atau maafkan kejahatan, maka sesungguhnya Allah Pemaaf, Berkuasa.

4:150. Orang-orang tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan hendak buat perbezaan antara Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan berkata, “Kami percayai sebahagian, dan kami tidak percaya kepada sebahagian” dan hendak ambil di antara ini dan itu, satu jalan.

4:151. Mereka itulah orang-orang tidak percaya (kafir) yang sebenarnya; dan Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

4:152. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan mereka tidak beza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan beri mereka upah mereka; Allah Pengampun, Pengasih.

4:153. Ahli Kitab minta kepada kamu supaya kamu turunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah minta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, “Perlihatkan kepada kami Allah dengan nyata”, lalu halilintar ambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka ambil untuk mereka Anak Lembu setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami maafkan mereka yang itu dan Kami beri Musa kuasa yang nyata.

4:154. Dan Kami naikkan di atas mereka Gunung, ambil perjanjian mereka, dan Kami kata kepada mereka, “Masuklah pintu gerbang dengan bersujud”, dan Kami kata kepada mereka, “Jangan cabuli Sabat”; dan Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh.

4:155. Maka kerana pemecahan perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, “Hati kami tidak dikhatan”; tidak, tetapi Allah telah tutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak percayai, kecuali sedikit.

4:156. Dan kerana ketidakpercayaan mereka, dan ucapan mereka terhadap Mariam, satu fitnah yang besar.

4:157. Dan kerana ucapan mereka, “Kami telah bunuh al-Masih, Isa putera Mariam, Rasul Allah.” Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali ikut sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.

4:158. Allah naikkan dia kepada-Nya, dan Allah Perkasa, Bijaksana.

4:159. Dan tiada seorang pun daripada ahli Kitab melainkan benar-benar percayainya sebelum kematiannya, dan pada Hari Kiamat, dia jadi saksi ke atas mereka.

4:160. Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan mereka beberapa benda yang baik-baik yang dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka halangi ramai daripada jalan Allah.

4:161. Dan kerana ambilan riba mereka, yang mereka telah dilarang daripadanya, dan makan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.

4:162. Tetapi orang-orang antara mereka yang dalam dalam pengetahuan, dan orang-orang mukmin yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, dan orang-orang yang lakukan solat, dan orang-orang yang beri zakat, dan orang-orang yang mukmin kepada Allah dan Hari Akhir, mereka itu Kami pasti akan beri upah yang besar.

4:163. Kami wahyukan kamu sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan Kami beri Daud, Zabur.

4:164. Dan Rasul-Rasul yang Kami ceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Rasul-Rasul yang Kami tidak ceritakan kepada kamu, dan kepada Musa, Allah telah berkata-kata secara langsung.

4:165. Rasul-Rasul sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran supaya manusia tidak ada hujah terhadap Allah selepas Rasul-Rasul; Allah Perkasa, Bijaksana.

4:166. Tetapi Allah saksikan dengan apa yang Dia turunkan kepada kamu; Dia turunkannya dengan pengetahuan-Nya; dan malaikat-malaikat juga saksikan; dan cukuplah Allah menjadi saksi.

4:167. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya dan halangi jalan Allah, mereka sesat dalam kesesatan yang jauh.

4:168. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya dan buat zalim, Allah tidak akan ampun mereka, dan tidak juga beri mereka petunjuk pada jalan,

4:169. Kecuali jalan ke Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya, dan itu bagi Allah adalah mudah.

4:170. Wahai manusia, seorang Rasul telah datang kepada kamu dengan yang benar daripada Pemelihara kamu, maka percayalah; itu lebih baik bagi kamu. Dan jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di bumi; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:171. Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu kata terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah Rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia lemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan jangan kata, “Tiga.” Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung – bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.

4:172. Al-Masih tidak akan pandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah, dan tidak juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa pandang rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombong, Dia pasti akan kumpulkan mereka kepada-Nya, kesemua mereka.

4:173. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, Dia akan bayar kepada mereka sepenuhnya upah mereka, dan Dia tambahkan mereka daripada pemberian-Nya; dan bagi orang-orang yang pandang rendah dan menyombong, merekalah yang Dia akan azab dengan azab yang pedih, dan mereka tidak akan dapati bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

4:174. Wahai manusia, satu bukti telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan Kami turunkan kepada kamu satu cahaya yang terang.
4:175. Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya, sungguh, Dia akan masukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan pemberian, dan beri mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.

4:176. Mereka minta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, “Allah putuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia terima separuh daripada apa dia tinggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka terima dua per tiga daripada apa dia (lelaki) tinggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki terima serupa dengan bahagian dua perempuan. Allah jelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah tahu segala sesuatu.”

Surah 5
MEJA HIDANGAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternakan, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah tetapkan hukum apa sahaja Dia hendaki.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu sudah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:4. Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, “Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.”

5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
5:7. Dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan perjanjian-Nya yang Dia buat dengan kamu apabila kamu berkata, “Kami dengar, dan kami taat.” Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada.

5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Jangan kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

5:9. Allah janjikan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka ampunan dan upah yang besar.

5:10. Dan orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni-penghuni Jahim.

5:11. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka, dan Dia tahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.

5:12. Allah telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami bangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, “Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu lakukan solat, dan beri zakat, dan percaya kepada Rasul-Rasul-Ku, dan teguhkan mereka, dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul.”

5:13. Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami laknat mereka, dan jadikan hati mereka keras. Mereka kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkan mereka dan ketepikan; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.

5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, “Kami adalah orang-orang Kristian,” Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan. Maka Kami timbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan beritahu mereka apa yang mereka kerjakan.

5:15. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.

5:16. Allah beri petunjuk kepada siapa ikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.

5:17. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, “Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam.” Katakanlah, “Siapakah pula yang akan batalkan Allah dalam apa jua jika Dia hendak musnahkan al-Masih putera Mariam, dan ibunya, dan kesemua di bumi? Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa di antara keduanya, dengan mencipta apa Dia hendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu.”

5:18. Dan berkata orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, “Kami adalah anak-anak Allah, dan kekasih-kekasih-Nya.” Katakanlah, “Mengapa pula Dia azab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk daripada ciptaan-Nya; Dia ampun siapa Dia hendaki, dan Dia azab siapa Dia hendaki.” Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa di antara keduanya; kepada-Nya kepulangan.

5:19. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, “Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran.” Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu.

5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia lantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia lantik kamu jadi raja-raja, dan Dia beri kamu yang Dia tidak beri seseorang pun di semua alam.

5:21. Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu, dan jangan kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk balik sebagai orang-orang yang rugi.”

5:22. Mereka berkata, “Wahai Musa, di dalamnya ada kaum yang gagah perkasa, dan kami tidak akan masuk sehingga mereka keluar darinya. Jika mereka keluar darinya, kami akan masuk.”

5:23. Berkata dua orang lelaki antara orang-orang yang takut kepada Allah, yang Allah rahmati, “Masuklah temui mereka melalui pintu gerbang. Apabila kamu masuk, kamulah orang-orang yang mengalahkan, dan tawakallah (percayakanlah) kepada Allah, jika kamu orang-orang mukmin.”

5:24. Mereka berkata, “Wahai Musa, kami tidak akan masuk selama-lamanya, selagi mereka berada di dalamnya. Pergilah, kamu dan Pemelihara kamu, dan berperanglah; kami akan duduk di sini.”

5:25. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku tidak menguasai sesiapa kecuali diriku dan saudaraku. Pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).”

5:26. Berkatalah Dia, “Maka ia diharamkan kepada mereka selama empat puluh tahun sedang mereka merayau-rayau di bumi; maka jangan kamu dukacita terhadap kaum yang fasiq.”

5:27. Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, “Sungguh, aku akan bunuh kamu,” Berkata yang lain, “Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa.

5:28. Sungguh, jika kamu menjulurkan tangan kamu kepadaku, untuk membunuhku, aku tidak akan menjulurkan tanganku kepada kamu untuk membunuh kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.

5:29. Aku hendak supaya kamu dibebankan dengan dosaku dan dosa kamu, dan jadi penghuni-penghuni Api; itulah balasan ke atas orang-orang zalim.”

5:30. Kemudian jiwanya mendorongnya untuk membunuh saudaranya, dan dia membunuhnya, dan jadi antara orang-orang yang rugi.

5:31. Kemudian Allah kirim seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk perlihatkan kepada dia bagaimana dia akan sembunyikan mayat saudaranya yang aib. Dia berkata, “Celakalah aku! Tidakkah aku mampu jadi seperti burung gagak ini, untuk aku sembunyikan mayat saudaraku yang aib?” Dan dia jadi antara orang-orang yang menyesal.

5:32. Oleh kerana itu, Kami tuliskan (tetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa bunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia hidupkan manusia kesemuanya. Rasul-Rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.

5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan – mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.

5:34. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.

5:35. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan carilah jalan untuk dekat dengan-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya agar kamu beruntung.

5:36. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, walaupun bagi mereka kesemua yang di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, untuk tebus diri mereka daripada azab Hari Kiamat dengannya, ia tidak akan diterima daripada mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

5:37. Mereka hendak keluar dari Api, dan mereka tidak akan keluar darinya; bagi mereka, azab yang kekal.

5:38. Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana.

5:39. Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan terima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:40. Tidakkah kamu tahu bahawa kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi? Dia azab siapa Dia hendaki, dan ampun siapa Dia hendaki; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, “Kami percaya”, tetapi hati mereka tidak percayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang dengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan berkata, “Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberi, maka berhati-hatilah kamu.” Sesiapa yang Allah hendak mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak hendak bersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,

5:42. Yang dengar yang dusta, dan makan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu, hakimkan antara mereka, atau berpaling daripada mereka; jika kamu berpaling daripada mereka, mereka tidak akan mudaratkan kamu sedikit pun; dan jika kamu hakimkan, maka putuskan dengan adil antara mereka; sesungguhnya Allah suka orang yang adil.

5:43. Dan bagaimanakah mereka angkat kamu jadi hakim sedang mereka ada Taurat, di dalamnya terdapat Putusan Allah, kemudian sesudah itu mereka berpaling? Mereka bukan orang-orang mukmin.

5:44. Sesungguhnya Kami telah turunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang tundukkan diri hakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi, seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka jangan kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan jangan jual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itu orang-orang tidak percaya (kafir).

5:45. Dan di dalamnya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan (qisas), tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu tebusan. Dan sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itu orang-orang zalim.

5:46. Dan Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami beri kepadanya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.

5:47. Maka hendaklah ahli Injil hakimkan menurut apa yang Allah turunkan di dalamnya. Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itu orang-orang fasiq.

5:48. Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka untuk abaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami tentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi supaya Dia uji kamu dalam apa Dia beri kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya, dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan.

5:49. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak goda kamu daripada sebarang apa yang Allah turunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah hanya hendak timpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.

5:50. Adakah putusan jahiliah mereka inginkan? Dan siapakah lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?

5:51. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian sebagai wali (sahabat); mereka adalah wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabatnya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

5:52. Kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit bersegera kepada mereka, dengan berkata, “Kami takut giliran buruk timpa kami.” Mudah-mudahan Allah datangkan kemenangan, atau perintah daripada-Nya, dan kemudian mereka dapati diri-diri mereka, kerana apa yang mereka rahsiakan di dalam diri mereka, penuh sesal.

5:53. Dan orang-orang yang percaya akan berkata, “Adakah ini orang-orang yang bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka berserta kami?” Amalan-amalan mereka jadi sia-sia; mereka jadi orang-orang yang rugi.

5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

5:55. Wali (sahabat) kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya yang melakukan solat, dan mereka beri zakat, dan mereka tunduk.

5:56. Sesiapa jadikan Allah sahabatnya, dan Rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya, maka golongan Allah, merekalah orang-orang yang menang.

5:57. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil sebagai wali-wali kamu daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang tidak percaya, yang ambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.

5:58. Dan jika kamu panggil kepada solat, mereka ambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.

5:59. Katakanlah, “Wahai ahli Kitab, adakah kamu dendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?”

5:60. Katakanlah, “Bolehkah aku beritahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa Allah laknatkan, dan padanya Dia murka, dan jadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut – mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul.”

5:61. Apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami percaya”; tetapi mereka masuk dengan ketidakpercayaan, dan mereka keluar dengannya; Allah sangat-sangat tahu apa yang mereka sembunyikan.

5:62. Kamu lihat kebanyakan daripada mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka makan yang haram; buruknya apa mereka buat!

5:63. Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) tidak larang mereka daripada ucapan dosa, dan makan yang haram? Buruknya apa yang mereka kerjakan!

5:64. Orang-orang Yahudi berkata, “Tangan Allah terbelenggu.” Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia nafkahkan sebagaimana Dia hendaki. Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan daripada mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami lempar di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka nyalakan api untuk perang, Allah padamkannya. Mereka berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya; dan Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.

5:65. Tetapi sekiranya ahli Kitab percaya dan bertakwa, tentu Kami lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan tentu Kami masukkan mereka ke Taman Kebahagiaan.

5:66. Sekiranya mereka lakukan Taurat dan Injil, dan apa diturunkan kepada mereka daripada Pemelihara mereka, tentu mereka akan makan apa yang di atas mereka, dan apa yang di bawah kaki mereka. Antara mereka adalah umat yang adil, tetapi kebanyakan antara mereka, adalah jahat apa mereka buat.

5:67. Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu sampaikan Mesej-Nya. Allah lindung kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.

5:68. Katakanlah, “Wahai ahli Kitab, kamu tiada di atas sesuatu, sehingga kamu lakukan Taurat dan Injil, dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu.” Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan daripada mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; maka jangan dukacita terhadap kaum tidak percaya.

5:69. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Sabiin, dan orang-orang Kristian, sesiapa yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik, maka tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

5:70. Dan Kami telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami utus Rasul-Rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang Rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak inginkan, segolongan mereka dustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.

5:71. Dan mereka sangka tidak akan jadi cubaan; mereka jadi buta, dan jadi pekak. Kemudian Allah terima taubat mereka; kemudian mereka jadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka jadi pekak; dan Allah lihat apa mereka buat.

5:72. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, “Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam.” Berkata al-Masih, “Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa sekutukan Allah, Allah akan haramkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong.”

5:73. Orang-orang tidak percayalah yang berkata, “Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga.” Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa mereka kata, tentu akan sentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.

5:74. Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah, dan minta ampunan-Nya? Allah Pengampun, Pengasih.

5:75. Al-Masih putera Mariam, hanyalah seorang Rasul; Rasul-Rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikan bagaimana Kami jelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikan bagaimana mereka berpaling.

5:76. Katakanlah, “Adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak boleh mudaratkan, atau manfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.”

5:77. Katakanlah, “Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan jangan ikut keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan sesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul.”

5:78. Telah dilaknati orang-orang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka.

5:79. Mereka tidak saling melarang daripada sebarang kemungkaran yang mereka lakukan; sungguh buruk apa mereka buat!

5:80. Kamu lihat kebanyakan daripada mereka jadikan orang-orang tidak percaya sebagai sahabat-sahabat mereka. Buruknya apa yang mereka dahulukan untuk diri-diri mereka sendiri, kerana kemurkaan Allah kepada mereka, dan dalam azab mereka tinggal selama-lamanya.

5:81. Sekiranya mereka percayai Allah, dan Nabi, dan apa diturunkan kepada mereka, tentu mereka tidak ambil mereka sebagai wali-wali (sahabat-sahabat); tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.

5:82. Sungguh, kamu dapati manusia paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang sekutukan; dan sungguh kamu dapati mereka paling dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang yang berkata, “Kami adalah orang-orang Kristian”; itu kerana sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak sombong.

5:83. Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar. Mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, kami percaya, maka tuliskanlah kami antara para saksi.

5:84. Tidakkah kami patut percayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan inginkan supaya Pemelihara kami masukkan kami berserta kaum yang salih?”

5:85. Dan Allah ganjari mereka kerana apa mereka kata, dengan taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang buat baik.

5:86. Tetapi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni-penghuni Jahim.

5:87. Wahai orang-orang yang percaya, jangan haramkan benda-benda yang baik yang Allah halalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.

5:88. Makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

5:89. Allah tidak pertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia pertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu beri keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau merdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak dapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itu penebus bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih.

5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.

5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?

5:92. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas Rasul Kami hanya untuk sampaikan yang jelas.

5:93. Tidak salah ke atas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan buat baik; Allah suka orang-orang buat baik.

5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah uji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah tahu siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa dia bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah, atau penebus, memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.

5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu dikumpulkan.

5:97. Allah buatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu tahu bahawa Allah tahu semua yang di dalam langit, dan semua di dalam bumi, dan bahawa Allah tahu segala sesuatu.

5:98. Ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya, dan bahawa sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:99. Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan, dan Allah tahu apa yang kamu nampakkan, dan apa yang kamu sembunyikan.

5:100. Katakanlah, “Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu.” Maka takutilah Allah, wahai orang-orang empunya minda agar kamu beruntung.

5:101. Wahai orang-orang yang percaya, jangan tanya sesuatu yang, jika ia dinampakkan kepada kamu, akan sakitkan hati kamu; namun begitu, jika kamu tanya mengenainya ketika al-Qur’an sedang diturunkan, akan dinampakkan kepada kamu. Allah maafkannya; dan Allah Pengampun, Penyantun.

5:102. Satu kaum sebelum kamu telah bertanyakannya, kemudian jadilah mereka orang-orang tidak percaya (kafir).

5:103. Allah tidak tentukan Bahirah, dan tidak juga Saaibah, dan tidak juga Wasilah, dan tidak juga Haam, tetapi orang-orang tidak percaya ada-adakan dusta terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak faham.

5:104. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah kepada apa yang Allah turunkan, dan Rasul,” mereka berkata, “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami.” Apa? Meskipun bapa-bapa mereka tidak tahu sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?

5:105. Wahai orang-orang yang percaya, jagalah jiwa kamu sendiri. Orang sesat tidak mudaratkan kamu jika kamu dapat petunjuk yang benar. Kepada Allah kamu kembali, kesemuanya, dan Dia akan beritahu kamu apa kamu buat.

5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang empunya keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut timpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: “Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan sembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa.”

5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: “Kesaksian kami adalah lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang zalim.”

5:108. Maka ia lebih dekat bahawa mereka akan datangkan kesaksian yang sebenarnya, atau mereka takut bahawa sesudah sumpah mereka, sumpah akan dikembalikan. Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.

5:109. Pada hari apabila Allah kumpul Rasul-Rasul, dan berkata, “Apakah sahutan yang kamu diberi?” Mereka berkata, “Kami tidak ada pengetahuan; sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui yang ghaib.”

5:110. Ketika Allah berkata, “Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, ‘Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.’

5:111. Dan ketika Aku wahyukan pengikut-pengikut yang setia, ‘Percayalah kepada-Ku, dan Rasul-Ku’; mereka berkata, ‘Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'”

5:112. Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, “Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu turunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?” Dia berkata, “Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.”

5:113. Mereka berkata, “Kami hendak makan daripadanya, dan hati kami jadi tenteram, supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.”

5:114. Berkata Isa putera Mariam, “Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.”

5:115. Allah berkata, “Sesungguhnya Aku turunkannya kepada kamu; sesiapa antara kamu sesudah itu yang tidak percaya, sungguh Aku akan azab dia dengan azab yang dengannya Aku azab tiada seseorang daripada semua alam.”

5:116. Dan apabila Allah berkata, “Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu kata kepada manusia, ‘Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah’?” Dia berkata, “Kepada Engkau sanjungan! Tiada bagiku untukku kata apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku katakannya, Engkau ketahuinya, dengan ketahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak ketahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.

5:117. Aku hanya kata kepada mereka apa yang Engkau perintahkan aku dengannya: ‘Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.’ Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau matikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu.

5:118. Jika Engkau azab mereka, mereka adalah hamba-hamba Engkau; jika Engkau ampun mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”

5:119. Allah berkata, “Inilah harinya di mana orang-orang yang benar dimanfaatkan dengan kebenaran mereka. Bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; itulah kemenangan yang besar.”

5:120. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa-apa di dalamnya, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Surah 6
BINATANG TERNAK

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

6:1. Segala puji bagi Allah yang cipta langit dan bumi, dan buatkan gelap dan cahaya; kemudian orang-orang tidak percaya setarakan Pemelihara mereka.

6:2. Dia yang cipta kamu daripada tanah liat, kemudian tentukan satu tempoh, dan satu tempoh dinyatakan dengan-Nya; kemudian kamu ragu-ragu.

6:3. Dia, Allah di langit dan di bumi; Dia tahu rahsia-rahsia kamu, dan apa yang kamu umumkan, dan Dia tahu apa yang kamu usahakan.

6:4. Tiada satu ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka datang kepada mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.

6:5. Mereka dustakan yang benar apabila ia datang kepada mereka; kelak akan datang kepada mereka berita daripada apa yang mereka olok-olokkan.

6:6. Tidakkah mereka renungkan bagaimana Kami musnahkan sebelum mereka banyak generasi yang Kami telah teguhkan di bumi, yang Kami tidak teguhkan untuk kamu, dan bagaimana Kami utus langit kepada mereka dengan hujan lebat, dan buatkan sungai-sungai mengalir di bawah mereka? Kemudian Kami musnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tumbuhkan sesudah mereka generasi lain.

6:7. Sekiranya Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab di kertas, lalu mereka sentuh ia dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang tidak percaya berkata, “Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.”

6:8. Mereka berkata, “Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya?” Sekiranya Kami turunkan seorang malaikat, tentu perkara itu akan diputuskan, dan kemudian, tiada tangguh akan diberi kepada mereka.

6:9. Dan sekiranya Kami buat dia seorang malaikat, tentu Kami buat dia seorang lelaki, dan kelirukan mereka mengenai apa yang mereka sendiri kekeliruan.

6:10. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah diperolok-olokkan sebelum kamu; tetapi orang-orang yang ejek mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

6:11. Katakanlah, “Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.”

6:12. Katakanlah, “Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan bumi?” Katakanlah, “Kepunyaan Allah. Dia telah tuliskan (tetapkan) ke atas diri-Nya pengasihan. Dia kumpul kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak percayai.”

6:13. Dan kepunyaan-Nya apa sahaja yang mendiami pada malam dan siang hari; dan Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

6:14. Katakanlah, “Adakah aku akan ambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang beri makan, dan tidak diberi makan?” Katakanlah, “Aku diperintah supaya jadi yang pertama orang yang tunduk patuh: ‘Jangan kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.'”

6:15. Katakanlah, “Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.”

6:16. Daripada sesiapa ia dipalingkan pada hari itu, Dia kasihaninya; itulah kemenangan yang nyata.

6:17. Dan jika Allah sentuh kamu dengan mudarat, tiada yang dapat hilangkannya melainkan Dia; dan jika Dia sentuh kamu dengan kebaikan, Dia berkuasa atas segala sesuatu.

6:18. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya, dan Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.

6:19. Katakanlah, “Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?” Katakanlah, “Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur’an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?” Katakanlah, “Aku tidak saksikan.” Katakanlah, “Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan.”

6:20. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab, mereka kenalinya sebagaimana mereka kenali anak-anak lelaki mereka. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak percayai.

6:21. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang zalim.

6:22. Dan pada hari Kami kumpul mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, “Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu dakwakan?”

6:23. Kemudian tiada pertikaian mereka melainkan mereka berkata, “Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang sekutukan.”

6:24. Perhatikan bagaimana mereka berdusta terhadap diri-diri mereka sendiri, dan bagaimana apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.

6:25. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, dan Kami letak penudung pada hati mereka, supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka lihat sebarang ayat pun, mereka tidak percayainya, supaya apabila mereka datang kepada kamu, mereka bantah kamu. Orang-orang tidak percaya berkata, “Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala.”

6:26. Dan mereka melarangnya, dan menjauhkan daripadanya, dan ia hanyalah diri-diri mereka sendiri yang mereka musnahkan, tetapi mereka tidak sedar.

6:27. Jika kamu dapat lihat ketika mereka diberhentikan di hadapan Api, dan mereka berkata, “Aduhai, sekiranya kami dapat dikembalikan, dan kami tidak dustakan ayat-ayat Pemelihara kami supaya kami jadi antara orang-orang mukmin.”

6:28. Tidak, apa yang mereka sembunyikan sebelumnya telah nyata sekarang bagi mereka, dan sekiranya mereka dikembalikan, tentu mereka akan ulangi lagi pada apa yang mereka telah dilarang daripadanya; merekalah pendusta-pendusta yang sebenarnya.

6:29. Dan mereka berkata, “Ada hanya kehidupan dunia kita, dan kita bukan orang-orang yang dibangkitkan.”

6:30. Jika kamu dapat lihat ketika mereka diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka; Dia berkata, “Bukankah ini yang benar?” Mereka berkata, “Ia benar, demi Pemelihara kami!” Dia berkata, “Maka rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu.”

6:31. Sungguh rugi orang-orang yang dustakan pertemuan dengan Allah, sehingga apabila Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata, “Aduhai, sesalnya kami, bahawa kami melalaikannya!” Di atas punggung mereka, mereka pikul beban mereka; alangkah buruknya apa yang mereka pikul!

6:32. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?

6:33. Sesungguhnya Kami tahu bahawa ia sedihkan kamu, apa mereka kata; namun begitu, bukan kamu yang mereka dustakan, tetapi orang-orang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka sangkal.

6:34. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah didustakan sebelum kamu. Mereka sabar atas apa yang mereka didustakan, dan disakiti, sehingga pertolongan Kami datang kepada mereka. Kata-Kata Allah tidak dapat ditukar; dan telah pun datang kepada kamu sebahagian berita para utusan.

6:35. Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh cari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk datangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) – tetapi, sekiranya Allah hendak, tentu Dia kumpulkan mereka pada petunjuk; maka jangan kamu jadi antara orang-orang bodoh.

6:36. Yang sahut hanyalah orang-orang yang dengar; bagi orang-orang yang mati, Allah akan bangkitkan mereka, kemudian kepada-Nya mereka dikembalikan.

6:37. Mereka juga berkata, “Mengapa tiada ayat (mukjizat) diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?” Katakanlah, “Sesungguhnya Allah berkuasa untuk turunkan satu ayat, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.”

6:38. Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan.

6:39. Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami adalah pekak dan bisu, dalam kegelapan. Sesiapa Allah hendak, Dia sesatkan, dan sesiapa Dia hendak, Dia letakkannya di atas jalan lurus.

6:40. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu seru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata benar?”

6:41. Tidak, hanya kepada Dia kamu seru, dan Dia akan hilangkan apa yang kamu seru kepada-Nya jika Dia hendak, dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan.

6:42. Sesungguhnya Kami telah utus kepada umat-umat sebelum kamu, dan Kami ambil mereka dengan musibah dan kesusahan supaya mereka merendah diri.

6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka rendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan nampakkan indah bagi mereka apa mereka buat.

6:44. Maka, apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala sesuatu, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang mereka diberi, Kami ambil mereka dengan tiba-tiba; maka ketika itu, mereka adalah orang-orang yang berputus asa.

6:45. Sisa terakhir kaum yang buat zalim dipotong. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam!

6:46. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika Allah ambil pendengaran kamu, dan penglihatan kamu, dan letak penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah yang datangkannya kembali kepada kamu?” Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.

6:47. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?”

6:48. Kami tidak utus para utusan kecuali untuk beri berita gembira, dan beri amaran. Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan – tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

6:49. Tetapi orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, merekalah yang azab akan sentuh kerana mereka buat fasiq.

6:50. Katakanlah, “Aku tidak kata kepada kamu, ‘Aku mempunyai perbendaharaan Allah’. Aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, ‘Aku seorang malaikat’; aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku.” Katakanlah, “Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu fikirkan?”

6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.

6:52. Dan jangan usir orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana hendakkan wajah-Nya. Tidak ada sama sekali hitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali hitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut usir mereka, dan jadi antara orang-orang zalim.

6:53. Begitulah Kami uji sebahagian mereka dengan sebahagian lain supaya mereka berkata, “Inikah orang-orang yang Allah berbudi baik kepada mereka antara kita?” Bukankah Allah sangat-sangat tahu orang-orang berterima kasih?

6:54. Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, “Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu).” Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

6:55. Demikian Kami jelaskan ayat-ayat, supaya jalan orang-orang yang berdosa jadi nyata.

6:56. Katakanlah, “Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah.” Katakanlah, “Aku tidak ikut keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang dapat petunjuk.”

6:57. Katakanlah, “Aku adalah di atas satu bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan kamu dustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan dengannya; putusan hanya bagi Allah. Dia ceritakan yang benar, dan Dia yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan.”

6:58. Katakanlah, “Jika apa yang kamu minta disegerakan ada padaku, tentu perkara antara aku dan kamu telah diputuskan, dan Allah sangat-sangat tahu orang-orang zalim.”

6:59. Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang ketahuinya melainkan Dia. Dia tahu apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan Dia ketahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda, segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas.

6:60. Dia yang matikan kamu pada malam hari, dan Dia tahu apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan disempurna; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia beritahu kamu apa kamu buat.

6:61. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia utus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, Rasul-Rasul Kami matikan dia, dan mereka tidak lalai.

6:62. Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar. Ketahuilah, bagi-Nya putusan, dan Dia penghitung yang paling cepat.

6:63. Katakanlah, “Siapakah yang selamatkan kamu daripada kegelapan darat dan laut?” Kamu seru kepada-Nya dengan rendah diri dan dengan berahsia, “Sungguh, jika Engkau selamatkan daripada ini, kami akan jadi di kalangan orang-orang yang bersyukur (berterima kasih).”

6:64. Katakanlah, “Allah selamatkan kamu daripadanya, dan daripada segala kecemasan; kemudian kamu sekutukan.”

6:65. Katakanlah, “Dia berkuasa untuk kirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk kelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk rasakan kepada kamu bencana satu sama lain.” Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka faham.

6:66. Kaum kamu dustakannya, padahal ia adalah yang benar. Katakanlah, “Aku bukan seorang wakil kepada kamu.”

6:67. Tiap-tiap berita ada masa ketetapannya, dan pasti kamu akan ketahuinya.

6:68. Apabila kamu lihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (bicara) lain; dan, jika syaitan jadikan kamu lupa, jangan duduk setelah mengingatkan bersama kaum yang zalim.

6:69. Tidak ada sama sekali hitungan mereka ke atas orang-orang bertakwa, tetapi hanya mengingatkan supaya mereka bertakwa (takut kepada Tuhan).

6:70. Dan tinggalkan orang-orang yang ambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Ingatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia usahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia tebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itu orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka usahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.

6:71. Katakanlah, “Adakah kita akan seru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga mudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah beri petunjuk kepada kita? Seperti orang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, ‘Datanglah kepada kami!'” Katakanlah, “Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,

6:72. Dan lakukan solat, dan takuti Dia; Dia yang kepada-Nya kamu dikumpulkan.”

6:73. Dia yang cipta langit dan bumi dengan benar pada hari Dia berkata, “Jadilah”, lalu jadilah ia. Ucapan-Nya benar, dan bagi-Nya Kerajaan pada hari trompet ditiup; Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.

6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, “Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata.”

6:75. Demikian Kami lihatkan kepada Ibrahim dominion langit dan bumi, supaya dia jadi antara orang-orang yang yakin.

6:76. Apabila malam menutupi di atasnya, dia lihat satu bintang dan berkata, “Ini Pemeliharaku.” Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, “Aku tidak suka yang terbenam.”

6:77. Apabila dia lihat bulan terbit, dia berkata, “Ini Pemeliharaku.” Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, “Jika Pemeliharaku tidak beri petunjuk kepada aku, tentu aku jadi daripada kaum yang sesat.”

6:78. Apabila dia lihat matahari terbit, dia berkata, “Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!” Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, “Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan.

6:79. Aku hadapkan wajahku kepada Dia yang mulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang sekutukan.”

6:80. Kaumnya mendebatnya. Dia berkata, “Adakah kamu hendak debat aku mengenai Allah, dan Dia beri petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada apa yang kamu sekutukan dengan-Nya, kecuali jika Pemeliharaku hendak sesuatu. Pemeliharaku merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya; tidakkah kamu ingatinya?

6:81. Bagaimanakah aku boleh takut pada apa yang kamu sekutukan, sedang kamu tidak takut sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kepada kamu sebarang kuasa? Manakah antara dua golongan yang lebih berhak dengan keamanan jika kamu tahu?”

6:82. Orang-orang yang percaya, dan tidak campuradukkan iman mereka dengan kezaliman; bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.

6:83. Itu hujah Kami yang Kami beri Ibrahim terhadap kaumnya. Kami naikkan darjat siapa yang Kami hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.

6:84. Dan Kami beri dia Ishak, dan Yaakub – masing-masing Kami beri petunjuk. Dan Nuh, Kami beri petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun – begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

6:85. Dan Zakaria, Yahya, Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih.

6:86. Dan Ismail, Alyasa, Yunus, dan Lut; masing-masing Kami lebihkan di atas semua alam.

6:87. Dan daripada bapa-bapa mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami pilih mereka, dan Kami beri mereka petunjuk pada jalan lurus.

6:88. Itu petunjuk Allah; Dia beri petunjuk dengannya kepada siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang sekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa mereka buat.

6:89. Mereka itu orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab, dan Putusan, dan Kenabian. Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami amanahkannya kepada suatu kaum yang bukan orang-orang tidak percaya kepadanya.

6:90. Mereka itu orang-orang yang Allah beri petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah, “Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya; ia hanya satu peringatan untuk semua alam.”

6:91. Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar ketika mereka berkata, “Allah tidak turunkan sesuatu kepada mana-mana manusia.” Katakanlah, “Siapakah yang turunkan Kitab yang Musa datangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia? Kamu letakkannya di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan sembunyikan kebanyakannya; dan kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapa-bapa kamu.” Katakanlah, “Allah.” Kemudian tinggalkan mereka bersendiri bermain-main permainan terjunan mereka.

6:92. Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, diberkati, dan mengesahkan apa yang sebelumnya, dan supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka.

6:93. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, “Kepada aku ia diwahyukan”; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, “Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan”? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, “Keluarkan jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya.”

6:94. “Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali pertama, dan kamu tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu dakwa jadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan sudah sesat (hilang) daripada kamu.”

6:95. Sesungguhnya Allah membelah biji biji-bijian, dan biji kurma, keluarkan yang hidup daripada yang mati; Dia keluarkan juga yang mati daripada yang hidup. Demikian itulah Allah; maka bagaimanakah kamu dipalingkan?

6:96. Dia membelah pagi, dan buatkan malam satu kerehatan, dan matahari dan bulan untuk hitungan. Itu ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui.

6:97. Dia yang buatkan untuk kamu bintang-bintang supaya dengannya kamu dapat petunjuk dalam kegelapan darat dan laut. Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.

6:98. Dia yang tumbuhkan kamu daripada jiwa yang satu, dan kemudian sebuah tempat menginap, dan kemudian tempat simpanan. Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang faham.

6:99. Dia yang turunkan dari langit, air; dan dengannya Kami keluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami keluarkan daun-daun hijau, dan keluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa sesamanya dan tidak mutasyabihat (serupa) sesamanya. Perhatikan pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

6:100. Namun begitu, mereka adakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang cipta mereka. Mereka andaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya Dia di atas apa mereka terangkan.

6:101. Pencipta langit dan bumi; bagaimanakah Dia boleh mempunyai seorang anak lelaki sedang Dia tiada isteri, dan Dia yang cipta segala sesuatu, dan Dia tahu segala sesuatu?

6:102. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu. Maka sembahlah Dia, dan Dia Wakil atas segala sesuatu.

6:103. Penglihatan tidak dapat mencapai-Nya, tetapi Dia dapat capai penglihatan; Dia Yang Halus, Yang Menyedari.

6:104. Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku bukan penjaga kamu.

6:105. Begitulah Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka berkata, “Kamu sudah pelajarinya”; dan supaya Kami jelaskannya bagi kaum yang tahu.

6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.

6:107. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak jadi orang-orang yang sekutukan; dan Kami tidak lantik kamu sebagai penjaga kepada mereka, dan kamu bukan wakil mereka.

6:108. Jangan mencaci-maki orang-orang yang mereka seru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikian Kami nampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia beritahu mereka apa mereka buat.

6:109. Mereka bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa jika satu ayat (mukjizat) datang kepada mereka, mereka akan percayainya. Katakanlah, “Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah.” Apakah yang akan buat kamu sedar bahawa, apabila ia datang, mereka tidak akan percayai?

6:110. Kami terbalikkan hati mereka, dan penglihatan mereka, sebagaimana mereka tidak percayainya pada kali pertama; dan Kami tinggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.

6:111. Walaupun Kami turunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami kumpulkan kepada mereka segala sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan percayai, kecuali jika Allah hendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.

6:112. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

6:113. Dan supaya hati orang-orang tidak percayai akhirat condong kepadanya, dan supaya mereka sangat puas hati dengannya, dan supaya mereka peroleh apa yang mereka perolehkan.

6:114. Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

6:116. Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan.

6:117. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu siapa yang sesat daripada jalan-Nya; Dia sangat-sangat tahu orang yang dapat petunjuk yang benar.

6:118. Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.

6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul.

6:120. Tinggalkan dosa yang nampak, dan yang tersembunyi; sesungguhnya orang-orang yang usahakan dosa akan dibalas dengan apa yang mereka perolehkan.

6:121. Dan jangan makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang sekutukan.

6:122. Adakah orang yang sudah mati, dan Kami hidupkannya, dan buatkannya satu cahaya untuk berjalan dengannya di tengah-tengah manusia, seperti orang yang persamaannya berada di dalam kegelapan, dan tidak dapat keluar darinya? Maka dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya (kafir) apa mereka buat.

6:123. Dan begitulah Kami adakan di tiap-tiap bandaraya, pembesar-pembesar, orang-orangnya yang berdosa, untuk buat tipu daya di dalamnya; tetapi mereka perdayakan hanya diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.

6:124. Dan apabila satu ayat datang kepada mereka, mereka berkata, “Kami tidak akan percayai sehingga kami diberi yang serupa dengan apa Rasul-Rasul Allah diberi.” Allah sangat-sangat tahu di mana hendak letak Mesej-Nya; dan kehinaan pada pandangan Allah akan menimpa orang-orang yang berdosa, dan azab yang keras, kerana mereka memperdayakan.

6:125. Sesiapa Allah hendak beri petunjuk, Dia lapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa Dia hendak disesatkan, Dia buatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah letak kotoran kepada orang-orang tidak percayai.

6:126. Inilah jalan Pemelihara kamu, yang lurus; sesungguhnya Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengingati.

6:127. Bagi mereka tempat kediaman sejahtera di sisi Pemelihara mereka, dan Dia Wali (Pelindung) mereka, kerana apa mereka buat.

6:128. Pada hari Dia kumpul mereka kesemuanya: “Wahai golongan jin, kamu telah banyak ambil daripada manusia.” Kemudian wali-wali mereka di kalangan manusia berkata, “Wahai Pemelihara kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan daripada sebahagian lain, dan kami sampai tempoh yang Engkau tentukan bagi kami.” Dia berkata, “Apilah tempat tinggal kamu, di dalamnya tinggal selama-lamanya”; kecuali seperti yang Allah hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.

6:129. Maka Kami jadikan orang-orang zalim sahabat-sahabat satu sama lain, kerana apa yang mereka usahakan.

6:130. “Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu sendiri yang ceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan beri amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?” Mereka berkata, “Kami saksikan terhadap diri-diri kami sendiri.” Mereka ditipu kehidupan dunia, dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.

6:131. Itu adalah kerana Pemelihara kamu tidak akan musnahkan bandaraya-bandaraya dengan kezaliman sedang penduduknya lalai.

6:132. Bagi semua, ada darjat mengikut apa mereka buat. Pemelihara kamu tidak lalai daripada apa mereka buat.

6:133. Pemelihara kamu ialah Yang Kaya, Berpengasihan. Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan sesudah kamu, untuk menggantikan kamu, apa yang Dia hendaki, sebagaimana Dia tumbuhkan kamu daripada keturunan kaum lain.

6:134. Apa yang kamu dijanjikan, itu pasti datang; bukanlah kamu orang-orang yang mengandaskan.

6:135. Katakanlah, “Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan tahu siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung.”

6:136. Mereka tentukan bagi Allah sebahagian daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia cipta, dengan berkata, “Ini untuk Allah” – demikian mereka dakwa – “dan ini untuk sekutu-sekutu kami.” Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka putuskan!

6:137. Demikian sekutu-sekutu mereka nampakkan indah bagi kebanyakan orang yang sekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk binasakan mereka, dan untuk kelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

6:138. Mereka berkata, “Binatang ternak dan tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan makan kecuali siapa yang kami hendaki” – demikian mereka dakwa – “Dan binatang ternak yang punggungnya diharamkan, dan binatang ternak mereka tidak mengingati (menyebut) nama Allah padanya”; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia akan balas mereka atas apa yang mereka ada-adakan.

6:139. Dan mereka berkata, “Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya.” Sungguh, Dia akan balas mereka atas anggapan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.

6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka haramkan apa yang Allah rezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak dapat petunjuk yang benar.

6:141. Dia yang tumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila mereka berbuah, dan berikan haknya (yang patut diberi) pada hari memetiknya, dan jangan membazir; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir.

6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

6:143. Lapan pasangan; dua biri-biri, dan kambing, dua. Katakanlah, “Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Beritahu aku pengetahuannya jika kamu berkata benar.”

6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, “Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah wasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia sesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.”

6:145. Katakanlah, “Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi – itu adalah kotoran – atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih.”

6:146. Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala haiwan yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami haramkan mereka lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau usus, atau apa yang bercampur dengan tulang; bahawa Kami balas mereka kerana keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar.

6:147. Maka, jika mereka dustakan kamu, katakanlah, “Pemelihara kamu, dalam pengasihan merangkumi, dan bencana-Nya tidak dapat dikembalikan daripada kaum yang berdosa.”

6:148. Orang-orang yang sekutukan akan berkata, “Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak jadi orang-orang yang sekutukan, dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan sesuatu.” Begitulah orang-orang sebelum mereka dustakan sehingga mereka rasakan bencana Kami. Katakanlah, “Adakah kamu sebarang pengetahuan untuk kamu keluarkan kepada kami? Kamu hanya ikut sangkaan, semata-mata dugaan.”

6:149. Katakanlah, “Bagi Allah hujah muktamad; sekiranya Dia hendak, tentu Dia beri petunjuk kepada kamu semua.”

6:150. Katakanlah, “Bawalah saksi-saksi kamu, orang-orang yang saksikan bahawa Allah haramkan ini.” Kemudian, jika mereka saksikan, jangan saksikan bersama mereka; dan jangan ikut keinginan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan yang tidak percayai akhirat, dan setarakan Pemelihara mereka.

6:151. Katakanlah, “Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.

6:152. Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat. Dan tepatilah perjanjian Allah. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat.

6:153. Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan jangan ikut jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak pecah belahkan kamu daripada jalan-Nya. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa.”

6:154. Kemudian Kami beri Musa al-Kitab, yang sempurna bagi orang buat baik, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan, supaya mereka percayai pertemuan dengan Pemelihara mereka.

6:155. Ini ialah sebuah Kitab Kami turunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia, dan bertakwalah supaya kamu dikasihani.

6:156. Supaya kamu tidak berkata, “Kitab diturunkan hanya kepada dua golongan sebelum kami, dan kami adalah orang-orang yang lalai daripada pengajiannya.”

6:157. Atau, supaya kamu tidak berkata, “Jika Kitab diturunkan kepada kami, tentu kami lebih dapat petunjuk daripada mereka.” Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah lebih zalim daripada orang yang dustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling daripadanya? Sungguh, Kami akan balas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.

6:158. Apa, adakah mereka menanti-nanti supaya malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau supaya Pemelihara kamu datang, atau satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang? Pada hari satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang, ia tidak akan bermanfaat kepada sesuatu jiwa untuk beriman, yang tidak pernah percaya sebelumnya, atau mengusahakan sedikit kebaikan pada imannya. Katakanlah, “Lihat dan tunggulah; kami juga menunggu.”

6:159. Orang-orang yang buat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu bukan daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanya kepada Allah, kemudian Dia akan beritahu mereka apa mereka buat.

6:160. Sesiapa yang datangkan satu yang baik, akan dapati sepuluh yang serupa dengannya; dan sesiapa yang datangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang serupa dengannya; mereka tidak dizalimi.

6:161. Katakanlah, “Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukan orang yang sekutukan.”

6:162. Katakanlah, “Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.

6:163. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintah, dan aku yang pertama muslim.”

6:164. Katakanlah, “Adakah aku cari satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?” Tiap-tiap jiwa tidak usahakan melainkan terhadapnya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan.

6:165. Dia yang lantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan naikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian lain, supaya Dia uji kamu pada apa yang Dia beri kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya, dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

Surah 7
BENTENG

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

7:1. Alif Lam Mim Sad.

7:2. Sebuah Kitab diturunkan kepada kamu, maka jangan ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk beri amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin.

7:3. Ikutlah apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan jangan ikut wali-wali (sahabat-sahabat) selain daripada Dia; sedikit sekali kamu mengingati.

7:4. Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari.

7:5. Tidak ada seruan mereka, apabila bencana Kami datang kepada mereka, melainkan mereka berkata, “Kami adalah orang-orang zalim.”

7:6. Maka Kami akan tanya orang-orang yang kepada mereka diutus, dan Kami akan tanya para utusan,

7:7. Dan Kami akan ceritakan kepada mereka dengan pengetahuan; sesungguhnya tidaklah Kami tidak hadir.

7:8. Penimbangan pada hari itu adalah benar; orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang beruntung.

7:9. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri kerana menzalimkan ayat-ayat Kami.

7:10. Kami teguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya buatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.

7:11. Kami cipta kamu, kemudian Kami bentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukan daripada orang-orang yang sujud.

7:12. Berkatalah Dia, “Apakah yang halangi kamu daripada sujud ketika Aku perintahkan kamu?” Berkata, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat.”

7:13. Berkata, “Turunlah kamu, keluar darinya; tiada bagi kamu untuk menyombong di dalamnya, maka keluarlah; sesungguhnya kamu adalah di kalangan orang-orang direndahkan.”

7:14. Berkata, “Tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan.”

7:15. Berkata, “Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan.”

7:16. Berkata, “Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,

7:17. Kemudian aku datang kepada mereka dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka berterima kasih.”

7:18. Berkata, “Keluarlah kamu darinya, terhina dan terbuang. Orang-orang antara mereka yang ikut kamu – sungguh Aku akan penuhi Jahanam dengan kamu semua.”

7:19. “Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang zalim.”

7:20. Kemudian syaitan bisik kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, “Pemelihara kamu larang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu jadi malaikat-malaikat, atau kamu jadi makhluk-makhluk yang hidup selama-lamanya.”

7:21. Dan ia bersumpah kepada mereka, “Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat.”

7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka panggil mereka, “Tidakkah Aku telah larang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, ‘Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata’?”

7:23. Mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan kasihani kami, tentu kami jadi antara orang-orang yang rugi.”

7:24. Berkata, “Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu.”

7:25. Berkata, “Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya kamu akan dikeluarkan.”

7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah turunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa, itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.

7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk perlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang tidak percayai.

7:28. Dan apabila mereka lakukan kesumbangan, mereka berkata, “Kami dapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah perintah kami dengannya.” Katakanlah, “Allah tidak perintah kesumbangan; apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?”

7:29. Katakanlah, “Pemeliharaku perintahkan supaya buat keadilan. Tegakkan muka-muka di setiap masjid, dan serulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia mulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan.

7:30. Segolongan Dia beri petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka ambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk.”

7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi jangan kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir.

7:32. Katakanlah, “Siapakah yang haramkan perhiasan Allah yang Dia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?” Katakanlah, “Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini.” Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.

7:33. Katakanlah, “Pemeliharaku hanya haramkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu.”

7:34. Bagi tiap-tiap umat, ada satu tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan undurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.

7:35. Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu Rasul-Rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

7:36. Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan sombong terhadapnya, mereka itu jadi penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

7:37. Siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata, “Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?” Mereka berkata, “Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami”, dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.

7:38. Berkata, “Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api.” Setiap kali sesuatu umat masuk, ia laknatkan saudaranya sehingga, apabila mereka semua telah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, “Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda daripada Api.” Berkata, “Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak tahu.”

7:39. Yang pertama daripada mereka berkata kepada yang terakhir, “Kamu tidak ada kelebihan di atas kami, maka rasalah azab kerana apa yang kamu usahakan.”

7:40. Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan sombong terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami balas orang-orang yang berdosa.

7:41. Jahanam jadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami balas orang-orang zalim.

7:42. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik – Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya; mereka itu penghuni-penghuni Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

7:43. Kami cabut perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; dan di bawah mereka mengalir sungai-sungai, dan mereka berkata, “Segala puji bagi Allah yang beri kami petunjuk kepada ini; sekiranya Allah tidak beri petunjuk kepada kami, tentu kami tidak akan dapat petunjuk. Sesungguhnya Rasul-Rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar.” Dan diumumkan, “Inilah Taman yang kamu diwariskan kerana apa kamu buat.”

7:44. Penghuni-penghuni Taman memanggil penghuni-penghuni Api, “Kami dapati apa yang Pemelihara kami janjikan kami adalah benar. Adakah kamu dapati apa yang Pemelihara kamu janjikan kamu itu benar?” Mereka berkata, “Ia.” Dan kemudian seorang penyeru antara mereka menyeru, “Laknat Allah adalah ke atas orang-orang zalim,

7:45. Yang menghalangi jalan Allah, dan inginkan ia jadi bengkok, dan tidak percaya kepada akhirat.”

7:46. Dan di antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil penghuni-penghuni Taman, “Salamun alaikum!” Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya.

7:47. Dan apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah penghuni-penghuni Api, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau letak kami bersama kaum yang zalim.”

7:48. Dan penghuni Benteng memanggil lelaki-lelaki tertentu yang mereka kenal dengan tanda mereka, dengan berkata, “Apa yang kamu kumpulkan tidak berguna, dan tidak juga apa yang kamu sombongkan.”

7:49. “Adakah ini orang-orang yang kamu bersumpah bahawa Allah tidak akan sampai dengan pengasihan? Masuklah ke Taman; tiada ketakutan pada kamu, dan tidaklah kamu bersedih.”

7:50. Penghuni-penghuni Api memanggil penghuni-penghuni Taman, “Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah rezekikan kamu!” Mereka berkata, “Allah haramkan mereka kepada orang-orang tidak percaya,

7:51. Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka.” Maka pada hari ini, Kami lupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka sangkal ayat-ayat Kami.

7:52. Dan Kami telah datangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami jelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang percayai.

7:53. Adakah mereka menanti-nanti hanya interpretasinya? Pada hari interpretasinya datang, orang-orang sebelumnya yang telah melupakannya berkata, “Sungguh, Rasul-Rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar. Adakah bagi kami pengantara-pengantara untuk mengantara bagi kami, atau adakah kami akan dikembalikan untuk buat selain daripada apa yang kami telah buat?” Sesungguhnya mereka telah merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.

7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!

7:55. Serulah Pemelihara kamu dengan merendah diri dan dengan berahsia; Dia tidak suka orang-orang yang mencabuli.

7:56. Jangan buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan, dan serulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang buat baik.

7:57. Dia yang utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya sehingga apabila ia membawa awan yang berat, Kami halau ia ke tanah yang mati, dan dengannya turunkan air, dan keluarkan dengannya segala buah-buahan. Begitulah Kami keluarkan orang yang mati supaya kamu mengingati.

7:58. Dan tanah yang baik, tanamannya keluar dengan izin Pemeliharanya, dan yang rosak, ia keluarkan hanya sedikit. Begitulah Kami ulang-ulangi ayat-ayat bagi kaum yang berterima kasih.

7:59. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.”

7:60. Berkata pembesar-pembesar kaumnya, “Kami lihat kamu dalam kesesatan yang nyata.”

7:61. Berkata, “Wahai kaumku, tidak ada kesesatan padaku; tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam.

7:62. Aku sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku nasihatkan kamu, kerana aku tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu.

7:63. Adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia beri amaran kepada kamu, dan kamu jadi bertakwa supaya dikasihani.”

7:64. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang bersama dia di dalam kapal, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta.

7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?”

7:66. Berkata pembesar-pembesar yang tidak percaya daripada kaumnya, “Kami lihat kamu dalam kebodohan, dan kami sangka kamu adalah daripada pendusta-pendusta.”

7:67. Berkata, “Wahai kaumku, tidak ada kebodohan padaku; tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam.

7:68. Aku sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia.

7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung.”

7:70. Mereka berkata, “Adakah kamu datang kepada kami supaya kami sembah Allah satu-satunya, dan supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar.”

7:71. Berkatalah dia, “Kotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu debat aku mengenai nama-nama kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak turunkan kuasa padanya? Maka lihat dan tunggulah, aku bersama kamu melihat dan menunggu.”

7:72. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukan orang-orang mukmin (yang percayai).

7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkan ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil azab yang pedih.

7:74. Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan jangan buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.”

7:75. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong kepada orang-orang antara mereka yang percaya, yang dianggap orang-orang hina, “Adakah kamu tahu bahawa Salleh seorang utusan daripada Pemeliharanya?” Mereka berkata, “Pada apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin.”

7:76. Berkata orang-orang yang sombong, “Bagi kami, kami tidak percaya kepada apa yang kamu percaya.”

7:77. Maka mereka melukai unta betina, dan mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan mereka berkata, “Wahai Salleh, datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu seorang utusan.”

7:78. Lalu gempa bumi ambil mereka. Pagi, dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

7:79. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, “Wahai kaumku, aku telah sampaikan kepada kamu Mesej Pemeliharaku, dan nasihatkan kamu, tetapi kamu tidak suka orang-orang yang beri nasihat.”

7:80. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, “Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam lakukannya sebelum kamu?

7:81. Kamu datangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan).”

7:82. Dan tiada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, “Keluarkan mereka dari bandaraya kamu ini; sesungguhnya mereka, orang-orang yang bersihkan diri.”

7:83. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal.

7:84. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.

7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, mengancam dan halangi jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dan inginkannya jadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia lipatgandakan kamu, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang buat kerosakan.

7:87. Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan tidak percayai, maka sabarlah kamu sehingga Allah hakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim.”

7:88. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong, “Sungguh, kami akan usir kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada bandaraya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami.” Dia berkata, “Apa, walaupun kami membencinya?

7:89. Sungguh, kami akan ada-adakan dusta terhadap Allah jika kami kembali kepada anutan kamu, setelah Allah selamatkan kami daripadanya. Tiada bagi kami untuk kembali kepadanya, melainkan jika Allah, Pemelihara kami, hendak. Pemelihara kami merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya. Kepada Allah kami tawakal. Wahai Pemelihara kami, bukakanlah satu keputusan yang benar antara kami dan kaum kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi keputusan.”

7:90. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang tidak percaya, “Sungguh, jika kamu ikut Shuaib, jika demikian, tentu kamu orang-orang yang rugi.”

7:91. Lalu gempa bumi ambil mereka. Pagi, dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

7:92. Orang-orang yang dustakan Shuaib, seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya. Orang-orang yang dustakan Shuaib, merekalah orang-orang yang rugi.

7:93. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, “Wahai kaumku, aku telah sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan nasihatkan kamu; bagaimanakah aku boleh berdukacita terhadap kaum tidak percaya?”

7:94. Kami tidak utus Nabi ke mana-mana bandaraya melainkan bahawa Kami ambil penduduknya dengan musibah dan kesusahan supaya mereka merendah diri.

7:95. Kemudian Kami tukar tempat yang buruk dengan yang baik, sehingga mereka membiak, dan mereka berkata, “Kesusahan dan kesenangan telah sentuh bapa-bapa kami.” Maka Kami ambil mereka dengan tiba-tiba, tanpa mereka sedari.

7:96. Namun begitu, sekiranya penduduk bandaraya-bandaraya percaya dan bertakwa, tentu Kami bukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi; tetapi mereka dustakan, maka Kami ambil mereka kerana apa yang mereka usahakan.

7:97. Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur?

7:98. Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?

7:99. Adakah mereka berasa aman dengan tipu daya Allah? Tiada yang berasa aman terhadap tipu daya Allah kecuali kaum yang rugi.

7:100. Tidakkah ia satu petunjuk bagi orang-orang yang mewarisi bumi selepas orang-orang yang mendudukinya bahawa, sekiranya Kami hendaki, tentu Kami timpa mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dengan menutupi hati mereka supaya mereka tidak dengar?

7:101. Bandaraya-bandaraya itu yang Kami ceritakan kepada kamu beritanya; Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka bukan yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan dahulu; demikian Allah tutup hati orang-orang tidak percaya.

7:102. Kami dapati tiada perjanjian pada kebanyakan mereka; sesungguhnya Kami dapati kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

7:103. Kemudian Kami bangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan.

7:104. Musa berkata, “Wahai Firaun, aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam,

7:105. Sewajarnya, aku tidak kata terhadap Allah kecuali yang benar. Aku datang dengan satu bukti yang jelas kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka utuskanlah bersamaku Bani Israil.”

7:106. Berkatalah dia, “Jika kamu datang dengan satu ayat, kemukakan ia jika kamu berkata benar.”

7:107. Maka dia lempar tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata.

7:108. Dan dia keluarkan tangannya, dan tiba-tiba ia adalah putih bagi orang-orang yang melihat.

7:109. Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, “Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),

7:110. Yang hendak usir kamu daripada bumi kamu; apakah yang kamu perintahkan?”

7:111. Mereka berkata, “Tangguhkan dia dan saudaranya seketika, dan utuslah ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan,

7:112. Untuk datangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim.”

7:113. Dan ahli-ahli sihir datang kepada Firaun, dengan berkata, “Kami akan benar-benar dapat upah, jika kami orang-orang yang menang?”

7:114. Dia berkata, “Ia, dan kamu akan jadi antara yang berkedudukan dekat.”

7:115. Mereka berkata, “Wahai Musa, adakah kamu akan lempar, atau adakah kami orang-orang yang melemparkan?”

7:116. Dia berkata, “Lemparlah kamu.” Dan apabila mereka lempar, mereka menyihir mata-mata manusia, dan menjadikan takut pada mereka, yang mendatangkan sihir yang besar.

7:117. Dan Kami wahyukan Musa, “Lemparlah tongkat kamu.” Maka tiba-tiba ia telanapa yang mereka palsukan.

7:118. Lalu terjadilah yang benar, dan palsulah apa mereka buat.

7:119. Maka mereka dikalahkan di sana, dan mereka balik, menjadi rendah.

7:120. Dan ahli-ahli sihir lemparkan diri, bersujud.

7:121. Mereka berkata, “Kami percaya kepada Pemelihara semua alam,

7:122. Pemelihara Musa dan Harun.”

7:123. Berkatalah Firaun, “Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu. Sesungguhnya ini satu tipu daya yang kamu perdayakan di kota supaya kamu mengusir penduduknya daripadanya. Sekarang kamu akan tahu!

7:124. Sungguh, aku akan potong tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu berselang-seli, kemudian aku akan salib kamu kesemuanya.”

7:125. Mereka berkata, “Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik.

7:126. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman.”

7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, “Adakah kamu akan tinggalkan Musa dan kaumnya untuk buat kerosakan di bumi, dan tinggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?” Berkata, “Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!”

7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, “Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan sabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia wariskannya kepada siapa Dia hendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahan adalah bagi orang-orang bertakwa.”

7:129. Mereka berkata, “Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami.” Berkata, “Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan musnahkan musuh kamu, dan Dia jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia perhatikan bagaimana kamu buat.”

7:130. Kemudian Kami ambil keluarga Firaun dengan beberapa tahun bekalan yang tidak mencukupi, dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka ingat.

7:131. Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, “Ini ialah kerana kami”; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka ramalkan yang buruk kerana Musa dan orang-orang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
7:132. Dan mereka berkata, “Apa sahaja ayat kamu datangkan kepada kami, untuk menyihir kami dengannya, kami tidak akan mukmin kepada kamu.”

7:133. Maka Kami utus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah – ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang berdosa.

7:134. Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, “Wahai Musa, serulah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia janjikan kamu. Jika kamu hilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan percayai kamu, dan kami akan utus bersama kamu Bani Israil.”

7:135. Tetapi apabila Kami hilangkan daripada mereka kemurkaan hingga satu tempoh mereka akan datang kepadanya, tiba-tiba mereka mungkiri ketaatan mereka.

7:136. Maka Kami lepaskan dendam kepada mereka, dan tenggelamkan mereka di dalam laut kerana mereka dustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya.

7:137. Dan Kami wariskan kaum yang dihina, semua yang di timur dan barat bumi yang Kami berkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka sabar; dan Kami binasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka bangunkan.

7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, “Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada.” Berkatalah dia, “Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.

7:139. Sesungguhnya itu yang mereka di dalamnya akan dibinasakan, dan batallah apa mereka buat.”

7:140. Berkata, “Apa, adakah aku akan cari satu tuhan untuk kamu selain daripada Allah, Dia yang lebihkan kamu di atas semua alam?”

7:141. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami sempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, “Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan jangan ikut jalan orang-orang yang buat kerosakan.”

7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami tetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku, supaya aku dapat lihat Engkau.” Berkatalah Dia, “Kamu tidak akan melihat Aku, tetapi perhatikan gunung itu, jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan lihat Aku.” Dan apabila Pemeliharanya nampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, “Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin.”

7:144. Berkata, “Wahai Musa, Aku pilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku beri kamu, dan jadilah daripada orang-orang berterima kasih.”

7:145. Dan Kami tuliskan untuknya pada Papan-Papan segala sesuatu teguran, dan satu penjelasan bagi segala sesuatu, “Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah kaum kamu ambil yang paling baik daripadanya. Aku akan lihatkan kepada kamu tempat tinggal orang-orang fasiq.

7:146. Aku akan palingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang sombong di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka lihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan percayainya, dan jika mereka lihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka lihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu kerana mereka dustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya.”

7:147. Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?

7:148. Dan kaum Musa ambil untuk mereka selepasnya, daripada perhiasan-perhiasan mereka, Anak Lembu, yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tidakkah mereka lihat bahawa ia tidak berkata-kata kepada mereka, dan tidak juga beri mereka petunjuk pada sebarang jalan? Namun begitu, mereka mengambilnya untuk mereka, dan merekalah orang-orang zalim.

7:149. Dan apabila mereka pukul tangan-tangan mereka (menyesal), dan lihat bahawa mereka sudah sesat, mereka berkata, “Jika Pemelihara kami tidak kasihani kami, dan tidak ampunkan kami, sungguh, kami akan jadi orang-orang yang rugi.”

7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, “Buruknya yang kamu lakukan untuk gantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?” Dan dia lempar Papan-Papan, dan dia ambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata “Anak ibuku, sesungguhnya kaum itu telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Jangan buatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan letak aku di kalangan kaum yang zalim.”

7:151. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan.”

7:152. Sesungguhnya orang-orang yang mengambil untuk mereka Anak Lembu, kemurkaan akan sampai kepada mereka daripada Pemelihara mereka, dan kehinaan dalam kehidupan dunia ini; begitulah Kami balas orang-orang yang mengada-adakan.

7:153. Dan orang-orang yang kerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.

7:154. Dan apabila kemarahan Musa menjadi reda padanya, dia ambil Papan-Papan; dan dalam prasastinya terdapat petunjuk dan pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun kepada Pemelihara mereka.

7:155. Dan Musa pilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi ambil mereka, dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau hendak, tentu Engkau musnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan musnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanya cubaan Engkau, dengannya Engkau sesatkan siapa yang Engkau hendaki, dan beri petunjuk siapa yang Engkau hendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.

7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau.” Berkatalah Dia, “Azab-Ku, Aku timpakan dengannya siapa yang Aku hendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan tuliskannya untuk orang-orang bertakwa, dan mereka beri zakat, dan orang-orang yang benar-benar percayai ayat-ayat Kami.”

7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang keji, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya, merekalah orang-orang beruntung.

7:158. Katakanlah, “Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat petunjuk.”

7:159. Antara kaum Musa, ada umat yang beri petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka jalankan keadilan.

7:160. Dan Kami potong mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami wahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, “Pukullah dengan tongkat kamu batu itu”; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. Dan Kami bentangkan awan untuk teduhkan mereka, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada mereka. “Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu.” Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

7:161. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Tinggallah di bandaraya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu hendaki; dan katakan, ‘Tidak membebankan’; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan ampun kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik.”

7:162. Kemudian orang-orang buat kezaliman antara mereka tukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami utus kepada mereka kemurkaan dari langit kerana perbuatan zalim mereka.

7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandaraya di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami uji mereka kerana kefasiqan mereka.

7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata, “Mengapa kamu tegurkan satu kaum yang Allah akan musnahkan, atau mengazab dengan azab yang keras?” Mereka berkata, “Sebagai alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa.”

7:165. Maka apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada buat jahat, dan Kami ambil orang-orang buat kezaliman dengan azab yang jahat kerana kefasiqan mereka.

7:166. Apabila mereka memandang rendah pada apa yang mereka telah dilarang, Kami kata kepada mereka, “Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat.”

7:167. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan bahawa Dia akan bangkitkan terhadap mereka, sampai Hari Kiamat, orang-orang yang akan kenakan mereka azab yang jahat. Sesungguhnya Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya; sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

7:168. Dan Kami potong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami uji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.

7:169. Dan menggantilah sesudah mereka pengganti-pengganti yang mewarisi Kitab, dengan mengambil keuntungan daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata, “Kami akan diampunkan”; dan jika keuntungan yang serupa dengan itu datang kepada mereka, mereka akan mengambilnya. Bukankah perjanjian Kitab telah diambil daripada mereka, bahawa mereka tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar? Dan mereka pelajari apa yang di dalamnya, bahawa tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Tidakkah kamu faham?

7:170. Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat – sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang-orang yang membetulkan.

7:171. Dan apabila Kami goncangkan gunung di atas mereka, seakan-akan ia langit-langit, dan mereka sangka ia akan jatuh kepada mereka. “Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami beri kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa.”

7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan jadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, “Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?” Mereka berkata, “Ia, kami saksikan”; supaya kamu tidak kata pada Hari Kiamat, “Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini.”

7:173. Atau, supaya kamu tidak kata, “Bapa-bapa kami adalah orang-orang yang sekutukan dari dahulu, dan kami, keturunan sesudah mereka. Apa, adakah Engkau akan musnahkan kami kerana perbuatan orang-orang yang ikut yang palsu?”

7:174. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat; dan supaya mereka kembali.

7:175. Dan bacakan kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami beri ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia jadi antara orang-orang yang bersalah.

7:176. Dan sekiranya Kami hendak, tentu Kami naikkan dia dengannya, tetapi dia kekal (cenderung) kepada bumi, dan ikut keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itu persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka fikirkan.

7:177. Satu persamaan yang buruk ialah persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami, dan diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

7:178. Sesiapa Allah beri petunjuk, dialah orang yang dapat petunjuk yang benar; dan siapa Dia sesatkan, maka merekalah orang-orang yang rugi.

7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

7:180. Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkan orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat.

7:181. Antara orang-orang yang Kami ciptakan terdapat umat yang beri petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka buat keadilan.

7:182. Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dari arah mereka tidak tahu.

7:183. Dan Aku tangguhkan mereka; sesungguhnya muslihat-Ku teguh.

7:184. Tidakkah mereka berfikir, tiada kegilaan pada teman mereka; dia tidak lain hanya seorang pemberi amaran yang jelas.

7:185. Tidakkah mereka renungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah mereka, sesudah ini, akan percayai?

7:186. Sesiapa Allah sesatkan, tiada yang beri petunjuk kepadanya; Allah tinggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.

7:187. Mereka tanya kamu mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah, “Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan dedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka tanya kamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, “Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.”

7:188. Katakanlah, “Aku tidak ada kuasa untuk manfaatkan diriku atau mudaratkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Sekiranya aku tahu yang ghaib, tentu aku ambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan sentuh aku. Aku hanya seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang percayai.”

7:189. Dia yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya isterinya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, “Jika Engkau beri kami anak yang salih, sungguh kami akan jadi daripada orang-orang berterima kasih.”

7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan!

7:191. Apa, adakah mereka sekutukan apa yang tidak cipta sesuatu, sedang mereka sendiri diciptakan,

7:192. Dan apa yang tiada kuasa untuk menolong mereka, dan tidak juga mereka boleh menolong diri-diri mereka sendiri?

7:193. Jika kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan ikut kamu; sama sahaja kepada kamu, sama ada kamu seru mereka, atau kamu diam.

7:194. Orang-orang yang kepada mereka kamu seru, selain daripada Allah, ialah hamba-hamba yang serupa dengan kamu; serulah mereka dan hendaklah mereka sahut kamu, jika kamu berkata benar.

7:195. Apa, adakah mereka mempunyai kaki yang dengannya mereka berjalan, atau adakah mereka mempunyai tangan yang dengannya mereka pegang, atau adakah mereka mempunyai mata yang dengannya mereka lihat, atau adakah mereka mempunyai telinga yang dengannya mereka dengar? Katakanlah, “Serulah kamu kepada sekutu-sekutu kamu, kemudian lakukan muslihat kamu kepada aku, dan jangan beri aku tangguh.

7:196. Waliku (Pelindungku) ialah Allah yang turunkan Kitab, dan Dia ambil ke dalam perlindungan-Nya orang-orang salih.”

7:197. Dan orang-orang yang kamu seru, selain daripada Dia, tidak boleh tolong kamu, dan tidak juga mereka menolong diri-diri mereka sendiri.

7:198. Jika kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak dengar; dan kamu lihat mereka memandang kepada kamu, dengan tidak melihat.

7:199. Maafkanlah, dan suruhlah apa yang baik, dan berpalinglah daripada orang-orang bodoh.

7:200. Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui.
7:201. Orang-orang bertakwa, apabila kunjungan syaitan sentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat.

7:202. Dan saudara-saudara mereka yang mereka pandu ke dalam kesalahan, kemudian mereka tidak berhenti-henti.

7:203. Dan apabila kamu tidak datangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, “Mengapa kamu tidak pilih sendiri?” Katakanlah, “Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai.”

7:204. Dan apabila al-Qur’an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani.

7:205. Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa (diri) kamu, dengan rendah diri, dan rasa takut, dan ucapan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang. Jangan kamu jadi di kalangan orang-orang yang lalai.

7:206. Sesungguhnya orang-orang di sisi Pemelihara kamu tidak sombong untuk menyembah-Nya; mereka lafazkan sanjungan-Nya, dan kepada-Nya mereka sujud.

Surah 8
RAMPASAN PERANG

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

8:1. Mereka tanya kamu mengenai rampasan perang. Katakanlah, “Rampasan perang adalah kepunyaan Allah dan Rasul; maka kamu takutilah Allah, dan betulkanlah antara kamu, dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu orang-orang mukmin.”

8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal,

8:3. Orang-orang yang melakukan solat, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka,

8:4. Mereka itu sebenarnya orang-orang mukmin; bagi mereka darjat-darjat di sisi Pemelihara mereka, dan ampunan, dan rezeki yang mulia.

8:5. Semasa Pemelihara kamu keluarkan kamu dari rumah kamu dengan yang benar, dan segolongan orang-orang mukmin membencinya,

8:6. Dengan membantah kamu mengenai yang benar setelah ia jadi jelas, seakan-akan mereka dihalau kepada kematian dengan mata-mata mereka terbuka luas.

8:7. Dan apabila Allah menjanjikan kamu bahawa salah satu daripada dua golongan itu adalah untuk kamu, dan kamu inginkan yang tidak mempunyai perlengkapan senjata untuk kamu; tetapi Allah hendak membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, dan memotong orang-orang tidak percaya hingga sisa terakhir,

8:8. Dan supaya Dia membenarkan yang benar, dan membatalkan yang palsu, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.

8:9. Apabila kamu mohon kepada Pemelihara kamu untuk pertolongan, dan Dia sahut kamu, “Aku akan bantu kamu dengan seribu malaikat yang datang di belakang kamu.”

8:10. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira, dan supaya hati kamu tenteram dengannya; pertolongan hanya daripada Allah; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana,

8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan turunkan kepada kamu air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan untuk hilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk kuatkan hati kamu, dan untuk teguhkan kaki kamu dengannya.

8:12. Apabila Pemelihara kamu wahyukan para malaikat, “Aku bersama kamu, maka teguhkanlah orang-orang yang percaya. Aku akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat; maka pukullah di atas leher, dan pukullah tiap-tiap jari mereka.”

8:13. Itu kerana mereka melawan Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa melawan Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

8:14. Itu bagi kamu, maka rasalah ia; dan bahawa azab Api adalah bagi orang-orang tidak percaya.

8:15. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya maju untuk berperang, jangan kamu palingkan belakang kamu kepada mereka.

8:16. Sesiapa yang palingkan belakangnya pada hari itu kepada mereka, kecuali berundur untuk berperang lagi, atau beralih untuk bergabung dengan pasukan lain, dia dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan tempat menginapnya ialah Jahanam – satu kepulangan yang buruk!

8:17. Kamu tidak bunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka; dan apabila kamu baling, bukan kamu yang baling tetapi Allah yang membaling, supaya Dia uji orang-orang mukmin dengan ujian yang baik; sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

8:18. Itu bagi kamu; dan bahawa Allah melemahkan muslihat orang-orang tidak percaya.

8:19. Jika kamu minta kemenangan, kemenangan telah datang kepada kamu; dan jika kamu berhenti, ia lebih baik bagi kamu. Tetapi jika kamu kembali, Kami akan kembali, dan golongan kamu tidak akan berguna bagi kamu sedikit pun, walaupun ia ramai; dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang mukmin.

8:20. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan jangan berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar.

8:21. Dan jangan jadi seperti orang-orang yang berkata, “Kami dengar”, tetapi mereka tidak dengar.

8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak faham.

8:23. Jika Allah tahu sebarang kebaikan pada mereka, tentu Dia jadikan mereka mendengar; dan jika Dia jadikan mereka mendengar, tentu mereka berpaling, dan mereka palingkan.

8:24. Wahai orang-orang yang percaya, sahutlah Allah dan Rasul, apabila Dia seru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu; dan ketahuilah bahawa Allah berdiri di antara seorang lelaki dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

8:25. Dan takutilah satu cubaan yang tidak akan timpa hanya orang-orang buat kezaliman antara kamu; dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.

8:26. Dan ingatlah ketika kamu sedikit dan hina di bumi, dan takut-takut manusia akan sambar kamu; tetapi Dia beri kamu perlindungan dan Dia kukuhkan kamu dengan pertolongan-Nya, dan rezekikan kamu dengan benda-benda yang baik, supaya kamu berterima kasih.

8:27. Wahai orang-orang yang percaya, jangan khianati Allah dan Rasul, dan jangan kamu khianati amanat-amanat kamu sedang kamu mengetahuinya.

8:28. Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak-anak kamu adalah cubaan, dan sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar.

8:29. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan untuk kamu satu Pembeza, dan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan ampunkan kamu; Allah mempunyai pemberian yang besar.

8:30. Dan apabila orang-orang tidak percaya buat tipu daya terhadap kamu, untuk menahan kamu, atau membunuh kamu, atau mengusir kamu, dan buat tipu daya, dan Allah buat tipu daya; dan Allah yang terbaik daripada pembuat-pembuat tipu daya.

8:31. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, mereka berkata, “Kami telah pun dengar; jika kami hendaki, tentu kami dapat berkata yang serupa dengan yang ini. Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala.”

8:32. Dan apabila mereka berkata, “Ya Allah, jika ini yang benar daripada Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkan kepada kami azab yang pedih.”

8:33. Tetapi Allah tidak akan azab mereka sedang kamu berada di kalangan mereka, dan Allah tidak akan azab mereka sedang mereka meminta ampun.

8:34. Tetapi, apakah mereka ada, bahawa Allah tidak akan azab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukan wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

8:35. Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!

8:36. Orang-orang tidak percaya nafkahkan harta-harta mereka untuk menghalangi jalan Allah, dan mereka masih akan nafkahkannya, hingga ia adalah satu penyesalan bagi mereka, kemudian dikalahkan; dan orang-orang tidak percaya dikumpulkan di dalam Jahanam,

8:37. Supaya Allah pisahkan yang buruk daripada yang baik, dan supaya Dia letak yang buruk, sebahagiannya di atas sebahagian lain, lalu Dia longgokkan mereka kesemuanya, dan letakkan mereka di dalam Jahanam; mereka itu orang-orang yang rugi.

8:38. Katakanlah kepada orang-orang tidak percaya, jika mereka berhenti, Dia akan ampunkan mereka atas apa yang telah lalu; tetapi jika mereka mengulangi, sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu!

8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah lihat apa mereka buat.

8:40. Tetapi jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa Allah ialah Pelindung kamu – Pelindung yang sangat baik, Penolong yang sangat baik!

8:41. Ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu ambil, satu per limanya kepunyaan Allah, dan kepunyaan Rasul, dan kepunyaan sanak saudara yang dekat, dan kepunyaan anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, dan musafir, jika kamu percaya kepada Allah dan apa Kami turunkan kepada hamba Kami pada Hari Pembeza, hari dua kumpulan bertemu; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

8:42. Ketika kamu di pinggir lembah yang dekat, dan mereka di pinggir lembah yang jauh, dan rombongan besar yang berkuda di bawah kamu; dan sekiranya kamu adakan janji temu bersama, tentu kamu berselisih dalam janji temu itu; tetapi supaya Allah memutuskan satu urusan yang telah dibuat, bahawa sesiapa yang binasa akan binasa dengan satu bukti yang jelas, dan dengan satu bukti yang jelas, hiduplah orang yang hidup; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

8:43. Apabila Allah perlihatkan kepada kamu mereka sebagai sedikit dalam tidur kamu; dan sekiranya Dia perlihatkan mereka banyak kepada kamu, tentu kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan; tetapi Allah selamatkan – Dia tahu apa yang di dalam dada.

8:44. Apabila Allah perlihatkan kepada kamu mereka sebagai sedikit di mata kamu, apabila kamu bertemu, dan buatkan kamu sedikit di mata mereka, supaya Allah memutuskan satu urusan yang telah dibuat; dan kepada Allah segala urusan dikembalikan.

8:45. Wahai orang-orang yang percaya, apabila sahaja kamu bertemu satu pasukan, maka berdiriteguhlah kamu, dan ingatlah akan Allah dengan banyak agar kamu beruntung.

8:46. Dan taatlah kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan jangan berbalahan, lalu kamu berkecut hati dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

8:47. Jangan jadi seperti orang-orang yang keluar dari tempat-tempat tinggal mereka dengan berasa angkuh untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan halangi jalan Allah; dan Allah meliputi apa mereka buat.

8:48. Dan apabila syaitan nampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, “Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu.” Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, “Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku lihat apa yang kamu tidak lihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam balasan-Nya.”

8:49. Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, berkata, “Agama mereka telah menipu mereka”; tetapi sesiapa tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

8:50. Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat mematikan orang-orang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, “Rasalah azab yang membakar,

8:51. Itu adalah kerana apa yang tangan-tangan kamu telah dahulukan, dan kerana Allah bukan penganiaya hamba-hamba-Nya.”

8:52. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah; Allah ambil mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka. Sesungguhnya Allah Kuat, keras dalam balasan-Nya.

8:53. Itu adalah kerana Allah tidak akan ubah rahmat-Nya yang Dia anugerahkan satu kaum sehingga mereka ubah apa yang ada pada diri-diri mereka sendiri; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

8:54. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang dustakan ayat-ayat Pemelihara mereka, lalu Kami musnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun; dan semuanya adalah orang-orang zalim.

8:55. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang tidak percaya, yang tidak akan percayai,

8:56. Orang-orang yang kamu telah buat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka langgar perjanjian mereka setiap kali, dengan tidak bertakwa.

8:57. Maka, jika kamu jumpa mereka di mana-mana dalam peperangan, hamburkanlah orang-orang di belakang mereka, supaya mereka mengingati.

8:58. Dan jika kamu takut akan pengkhianatan daripada satu kaum, maka lemparlah kepada mereka yang sama; sesungguhnya Allah tidak suka pengkhianat-pengkhianat.

8:59. Dan jangan kamu sangka orang-orang tidak percaya akan mendahului Kami; sesungguhnya mereka tidak dapat mengandaskan.

8:60. Siapkanlah untuk mereka apa sahaja kekuatan dan barisan-barisan kuda yang kamu dapat, untuk menakutkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu, dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak tahu. Allah tahu mereka. Dan apa sahaja kamu nafkahkan di jalan Allah akan dibayar kepada kamu sepenuhnya; kamu tidak dizalimi.

8:61. Dan jika mereka condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong kepadanya, dan kamu tawakallah kepada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

8:62. Dan jika mereka hendak menipu kamu, maka cukuplah Allah bagi kamu; Dia kukuhkan kamu dengan pertolongan-Nya, dan dengan orang-orang mukmin.

8:63. Dan Dia menyatukan hati mereka. Sekiranya kamu nafkahkan kesemua yang di dalam bumi, tentu kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka; tetapi Allah menyatukan antara mereka; sesungguhnya Dia Perkasa, Bijaksana.

8:64. Wahai Nabi, cukuplah Allah bagi kamu, dan orang-orang mukmin yang ikut kamu.

8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan kalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan kalahkan seribu orang tidak percaya kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.

8:66. Sekarang Allah ringankan untuk kamu, dengan mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan. Jika ada seratus antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan kalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seribu, mereka akan kalahkan dua ribu, dengan izin Allah; Allah berserta orang-orang yang sabar.

8:67. Tidak patut bagi seseorang Nabi untuk mempunyai tawanan, sehingga dia membunuh beramai-ramai di bumi, kerana kamu hendak keuntungan dunia, dan Allah hendakkan akhirat; dan Allah Perkasa, Bijaksana.

8:68. Sekiranya tidak kerana satu ketetapan (kitab) yang terdahulu daripada Allah, tentu telah menyentuh kamu, kerana apa yang kamu ambil, satu azab yang besar.

8:69. Makanlah daripada apa kamu ambil sebagai rampasan perang, yang halal, yang baik; dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

8:70. Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu, “Jika Allah tahu sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan beri kamu yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan ampun kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih.”

8:71. Dan jika mereka hendakkan pengkhianatan terhadap kamu, mereka telah khianati Allah sebelumnya; tetapi Dia beri kamu kuasa terhadap mereka; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

8:72. Orang-orang yang percaya, dan hijrah, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan – mereka itu adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain. Dan orang-orang yang percaya tetapi belum lagi hijrah, maka kamu tidak ada kewajipan persahabatn untuk lindungi mereka sedikit pun, sehingga mereka hijrah; namun begitu, jika mereka minta pertolongan kepada kamu, demi agama, maka adalah atas kamu untuk tolong mereka, kecuali terhadap kaum yang antara kamu dan mereka ada perjanjian; dan Allah lihat apa kamu buat.

8:73. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka adalah wali-wali satu sama lain. Jika kamu tidak buat ini, akan jadilah penganiayaan di bumi, dan kerosakan yang besar.

8:74. Dan orang-orang yang percaya dan hijrah dan berjuang di jalan Allah, dan orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan, mereka itu sebenarnya orang-orang mukmin, dan bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.

8:75. Dan orang-orang yang percaya kemudian dan hijrah dan berjuang bersama kamu, mereka itu adalah daripada kamu; tetapi orang-orang empunya pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain di dalam Kitab Allah; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.

Surah 9
TAUBAT

9:1. Satu kebebasan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada orang-orang yang sekutukan yang dengan mereka kamu telah buat perjanjian.

9:2. “Berpergianlah di bumi selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah, dan sesungguhnya Allah mengaibkan orang-orang tidak percaya.”

9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, “Allah berlepas diri, dan Rasul-Nya, daripada orang-orang yang sekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah.” Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang tidak percaya dengan azab yang pedih,

9:4. Kecuali orang-orang yang sekutukan yang dengan mereka kamu telah buat perjanjian, kemudian mereka tidak kurangkan kamu sedikit pun, dan tidak juga sokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkan mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:6. Dan jika seseorang daripada orang-orang yang sekutukan minta perlindungan kamu, berilah dia perlindungan sehingga dia dengar perkataan-perkataan Allah; kemudian kamu sampaikan dia di tempat yang aman baginya. Itu kerana mereka adalah kaum yang tidak tahu.

9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang sekutukan satu perjanjian dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu buat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.

9:8. Bagaimanakah, jika mereka atasi kamu, mereka tidak akan endahkan sebarang pertalian atau perjanjian dengan kamu? Mereka menyenangkan hati kamu dengan mulut mereka, tetapi di dalam hati mereka menolak, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

9:9. Mereka jual ayat-ayat Allah untuk harga yang sedikit, dan menghalangi daripada jalan-Nya; sesungguhnya amatlah jahat apa mereka buat.

9:10. Mereka tidak endahkan pertalian, dan tidak juga perjanjian terhadap orang mukmin; mereka itu, merekalah orang-orang yang mencabul.

9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan lakukan solat, dan beri zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.

9:12. Tetapi jika mereka mungkiri sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan mencela agama kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang tidak percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti.

9:13. Tidakkah kamu akan perangi kaum yang mungkiri sumpah-sumpah mereka, dan bermaksud untuk mengusir Rasul, memulakan pada kali pertama terhadap kamu? Adakah kamu takut pada mereka? Adalah lebih baik bagi kamu untuk menakuti Allah, jika kamu orang-orang mukmin.

9:14. Perangilah mereka, dan Allah akan azab mereka di tangan kamu, dan aibkan mereka, dan Dia akan tolong kamu terhadap mereka, dan datangkan penyembuhan bagi dada kaum yang mukmin.

9:15. Dan Dia hilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa Dia hendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:16. Adakah kamu sangka kamu akan dibiarkan sedang Allah belum tahu orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tidak ambil, selain daripada Allah, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, sebagai sahabat karib? Allah sedar apa kamu buat.

9:17. Tidak patut bagi orang-orang yang sekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.

9:18. Yang akan makmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang dapat petunjuk.

9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidak sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

9:20. Orang-orang yang percaya dan hijrah dan berjuang di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwa mereka, adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.

9:21. Pemelihara mereka beri mereka berita gembira dengan pengasihan daripada-Nya, dan kepuasan hati; bagi mereka, taman-taman yang di dalamnya kebahagiaan yang kekal.

9:22. Di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar.

9:23. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih suka ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.

9:24. Katakanlah, “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugian, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati – jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.”

9:25. Allah telah pun menolong kamu di banyak medan peperangan dan pada hari Hunain ketika ramainya kamu menakjubkan kamu, tetapi ia tidak berguna kepada kamu sedikit pun, dan bumi dengan segala keluasannya terasa sempit kepada kamu, dan kamu berpaling, dengan berundur.

9:26. Kemudian Allah turunkan kepada Rasul-Nya ketenangan-Nya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Dia turunkan tentera yang kamu tidak lihat, dan Dia azab orang-orang tidak percaya; dan itulah balasan ke atas orang-orang tidak percaya.

9:27. Kemudian Allah sesudah itu menerima taubat siapa Dia hendaki; Allah Pengampun, Pengasih.

9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang sekutukan adalah najis (kotor); maka jangan benarkan mereka dekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan cukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:29. Perangilah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak haramkan apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka beri ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.

9:30. Orang-orang Yahudi berkata, “Uzair ialah putera Allah”; orang-orang Kristian berkata, “Al-Masih ialah putera Allah.” Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?

9:31. Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan.

9:32. Mereka hendak padamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah tidak mahu melainkan untuk sempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang tidak percaya membencinya.

9:33. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.

9:34. Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan halangi jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak nafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.

9:35. Pada hari mereka dipanaskan di dalam api Jahanam, di mana dahi mereka, dan lambungan mereka, dan punggung mereka, akan dicap, “Inilah apa yang kamu simpan untuk diri-diri kamu; maka rasalah apa yang kamu simpan.”

9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram. Itu agama yang betul, maka jangan zalimkan diri-diri kamu (sesama sendiri) padanya. Dan perangilah orang-orang yang sekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

9:37. Menundakan (bulan) adalah satu tambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak sucikannya satu tahun, tapi mereka persucikannya pada tahun lain, untuk sesuaikan dengan bilangan yang Allah sucikan. Maka mereka tidak sucikan apa yang Allah sucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.

9:38. Wahai orang-orang yang percaya, mengapa kamu apabila dikatakan kepada kamu, “Berperanglah di jalan Allah”, kamu menyerap dengan berat kepada bumi? Adakah kamu sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini daripada akhirat? Namun begitu, kesenangan kehidupan dunia ini, dibandingkan dengan akhirat, adalah suatu yang sedikit.

9:39. Jika kamu tidak pergi, Dia akan azab kamu dengan azab yang pedih, dan Dia akan tukar kamu dengan kaum lain; dan kamu tidak akan mudaratkan-Nya sedikit pun, kerana Allah berkuasa atas segala sesuatu.

9:40. Jika kamu tidak menolongnya, maka Allah telah pun menolongnya, apabila orang-orang tidak percaya mengusirnya, ketika orang kedua daripada dua orang, apabila kedua-duanya di dalam gua, apabila dia berkata kepada temannya, “Jangan sedih; sesungguhnya Allah berserta kita.” Kemudian Allah turunkan kepadanya ketenangan-Nya, dan Dia kukuhkan dia dengan tentera yang kamu tidak lihat, dan buatkan kata orang-orang tidak percaya paling rendah dan kata Allah yang tertinggi; Allah Perkasa, Bijaksana.

9:41. Pergilah, dengan ringan dan berat! Berjuanglah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu.

9:42. Sekiranya ia satu keuntungan yang dekat diperolehi, dan satu perjalanan yang mudah, tentu mereka ikut kamu; tetapi jarak perjalanan yang dituju itu jauh bagi mereka. Mereka masih bersumpah dengan Allah, “Sekiranya kami boleh, tentu kami keluar bersama kamu”, maka mereka musnahkan diri-diri mereka; dan Allah, Dia tahu bahawa mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

9:43. Allah maafkan kamu. Mengapa kamu izinkan mereka sehingga ia jadi jelas bagi kamu orang-orang yang berkata benar, dan kamu tahu pendusta-pendusta?

9:44. Orang-orang yang percayai Allah dan Hari Akhir, tidak minta izin kepada kamu untuk berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka; dan Allah tahu orang-orang bertakwa.

9:45. Mereka yang minta izin kepada kamu hanyalah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, orang-orang yang hati mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke sana sini.

9:46. Jika mereka hendak keluar, tentu mereka sudah siapkan persiapan untuk itu, tetapi Allah benci kebangkitan mereka, lalu Dia tahan mereka, dan dikatakan kepada mereka, “Duduklah kamu bersama orang-orang yang duduk.”

9:47. Sekiranya mereka keluar bersama kamu, tentu mereka hanya menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu, dengan mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.

9:48. Mereka telah pun mencari-cari akan pertikaian sebelumnya, dan mereka terbalikkan urusan-urusan untuk kamu, sehingga datang yang benar, dan tampil perintah Allah, walaupun mereka membencinya.

9:49. Antara mereka ada orang berkata, “Izinkan aku, dan jangan goda aku.” Tidakkah mereka sudah jatuh ke dalam penganiayaan? Dan sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang tidak percaya.

9:50. Jika yang baik menimpa kamu, ia menyakitkan hati mereka; tetapi jika kamu ditimpa penderitaan, mereka berkata, “Kami telah ambil keputusan kami sebelumnya”, dan mereka berpaling, dan mereka gembira.

9:51. Katakanlah, “Tiada yang akan menimpa kami melainkan apa yang Allah telah tuliskan bagi kami; Dia Pelindung kami, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.”

9:52. Katakanlah, “Adakah kamu menunggu-nunggu supaya tidak datang kepada kami melainkan salah satu daripada dua ganjaran yang paling baik? Kami juga menunggu untuk kamu supaya Allah menimpakan kamu dengan azab daripada-Nya, atau dengan tangan kami. Maka tunggulah; kami sedang menunggu bersama kamu.”

9:53. Katakanlah, “Nafkahkanlah dengan rela, atau dengan membencinya; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq.”

9:54. Dan tiada yang menghalangi daripada nafkah mereka diterima daripada mereka, kecuali kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka tidak datangkan solat melainkan dengan malas, dan mereka tidak nafkahkan tanpa mereka membencinya.

9:55. Maka jangan harta-harta mereka, dan anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya hendak dengannya untuk mengazab mereka dalam kehidupan dunia ini, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang sedang mereka orang-orang tidak percaya (kafir).

9:56. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka adalah daripada kamu, tetapi mereka bukan daripada kamu; mereka adalah kaum yang takut.

9:57. Jika mereka boleh dapati satu tempat perlindungan, atau gua-gua, atau tempat untuk merangkak ke dalamnya, tentu mereka akan berpaling, dan berlari dengan pantas kepadanya.

9:58. Antara mereka cari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat puas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, mereka menjadi marah.

9:59. Sekiranya mereka sangat puas hati dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya beri mereka, dengan berkata, “Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan beri kami daripada pemberian-Nya, dan Rasul-Nya; kepada Allah kami harapkan.”

9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan merdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:61. Dan sebahagian daripada mereka menyakiti Nabi, dengan berkata, “Dia telinga!” Katakanlah, “Telinga yang baik bagi kamu; dia percayai Allah, dan percayai orang-orang mukmin, dan dia adalah satu pengasihan bagi orang-orang yang percaya antara kamu. Orang-orang yang menyakiti Rasul Allah, bagi mereka, azab yang pedih.”

9:62. Mereka bersumpah kepada kamu dengan Allah, untuk menyenangkan hati kamu; tetapi Allah dan Rasul-Nya – adalah lebih berhak untuk mereka menyenangkan hati-Nya, jika mereka orang-orang mukmin.

9:63. Tidakkah mereka tahu bahawa sesiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka baginya api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya? Itu kerendahan yang besar.

9:64. Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang beritahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah, “Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan keluarkan apa yang kamu takuti.”

9:65. Dan jika kamu tanya mereka, maka mereka akan berkata, “Kami hanya terjun dan bermain-main.” Katakanlah, “Adakah Allah kamu memperolok-olokkan, dan ayat-ayat-Nya, dan Rasul-Nya?”

9:66. Jangan kamu beralasan. Kamu tidak percaya setelah keimanan kamu. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu, Kami akan azab segolongan lain, kerana mereka adalah orang-orang yang berdosa.

9:67. Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada yang mungkar dan melarang daripada yang baik, dan mereka genggamkan tangan-tangan mereka; mereka lupakan Allah, dan Dia lupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq.

9:68. Allah janjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah laknat mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.

9:69. Seperti orang-orang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka ambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu ambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu – kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

9:72. Allah janjikan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, dengan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, tinggal selama-lamanya di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal yang baik di Taman-Taman (Jannah) Adn; dan yang lebih besar, kepuasan hati Allah; itulah kemenangan yang besar.

9:73. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang tidak percaya, dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam – satu kepulangan yang buruk!

9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan Rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.

9:75. Dan antara mereka ada yang buat perjanjian dengan Allah, “Jika Dia beri kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih.”

9:76. Tetapi apabila Dia beri mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.

9:77. Maka akibatnya, Dia letak kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka temui-Nya, kerana mereka mungkiri Allah pada apa yang mereka janjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.

9:78. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah tahu rahsia mereka, dan bicara rahsia mereka, dan bahawa Allah tahu yang ghaib?

9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang yang tidak dapati sesuatu melainkan usaha mereka, mereka memperolok-olokkan – Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

9:80. Mintalah ampun bagi mereka, atau kamu tidak minta ampun bagi mereka; jika kamu mintakan ampunan untuk mereka tujuh puluh kali pun, Allah tidak akan ampunkan mereka; itu kerana mereka tidak percaya kepada Allah, dan Rasul-Nya. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.

9:81. Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang Rasul Allah, dan benci berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, “Jangan pergi dalam panas terik.” Katakanlah, “Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka faham.”

9:82. Oleh kerana itu biarlah mereka ketawa sedikit, dan menangis banyak, sebagai balasan ke atas apa yang mereka usahakan.

9:83. Maka, jika Allah kembalikan kamu kepada satu golongan daripada mereka, dan mereka minta izin kepada kamu untuk keluar, katakanlah, “Kamu tidak akan keluar bersamaku selama-lamanya, dan kamu tidak akan memerangi bersamaku sebarang musuh. Kamu sangat puas hati untuk duduk pada kali pertama, maka sekarang duduklah bersama orang-orang yang tinggal.”

9:84. Dan jangan kamu rahmati selama-lamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq.

9:85. Dan jangan harta-harta mereka, dan anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya hendak dengannya untuk mengazab mereka di dunia, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang sedang mereka orang-orang tidak percaya.

9:86. Dan apabila sebuah surah diturunkan, “Percayalah kepada Allah, dan berjuanglah bersama Rasul-Nya”, orang-orang yang mewah antara mereka minta izin kepada kamu, dengan berkata, “Tinggalkan kami bersama orang-orang yang duduk.”

9:87. Mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak faham.

9:88. Tetapi Rasul, dan orang-orang yang percaya bersama dia, berjuang dengan harta mereka, dan jiwa mereka; dan mereka itu, bagi merekalah yang baik-baik; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.

9:89. Allah sediakan bagi mereka taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

9:90. Dan orang-orang Arab datang dengan alasan mereka, supaya mereka diizinkan; orang-orang yang berdusta kepada Allah dan Rasul-Nya duduk; kelak akan timpa orang-orang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.

9:91. Tidak salah ke atas orang-orang yang lemah, dan ke atas orang-orang yang sakit, dan ke atas orang-orang yang tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan, jika mereka jujur kepada Allah dan kepada Rasul-Nya. Tidak ada jalan terhadap orang-orang buat baik; Allah Pengampun, Pengasih.

9:92. Dan tidak juga kepada orang-orang yang, apabila mereka datang kepada kamu, supaya kamu bawa mereka, kamu berkata, “Aku tidak dapati sesuatu untuk bawa kamu di atasnya”; mereka berpaling, dan mata-mata mereka mencucurkan air mata daripada kesedihan, kerana mereka tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan.

9:93. Jalan hanya kepada orang-orang yang minta izin kepada kamu, padahal mereka orang-orang kaya; mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal; Allah letak satu penutup pada hati mereka, maka mereka tidak tahu.

9:94. Mereka kemukakan alasan kepada kamu, apabila kamu kembali kepada mereka. Katakanlah, “Jangan kamu kemukakan alasan; kami tidak akan percayai kamu. Allah telah pun beritahu kami berita mengenai kamu. Sungguh, Allah lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, kemudian kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat.”

9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam – satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan.

9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu sangat puas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat puas hati terhadap mereka, sungguh, Allah tidak puas hati terhadap kaum yang fasiq.

9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak tahu had-had (hudud) yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:98. Antara orang-orang Arab ambil apa yang mereka nafkahkan sebagai denda dan menunggu-nunggu akan giliran yang buruk kepada kamu. Bagi merekalah giliran yang buruk; Allah Mendengar, Mengetahui.

9:99. Dan antara orang-orang Arab percayai Allah dan Hari Akhir, dan mereka ambil apa yang mereka nafkahkan untuk pemberian sebagai mendekatkan mereka dengan Allah, dan salawat (doa mohon ampun) Rasul. Sesungguhnya itu satu pemberian untuk mereka, dan Allah akan masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:100. Dan orang-orang yang mendahului, yang terawal daripada penghijrah-penghijrah (muhajirin), dan penolong-penolong (ansar), dan orang-orang yang ikut mereka dalam buat baik – Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; dan Dia sediakan bagi mereka taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.

9:101. Dan antara orang-orang Arab di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota jadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak tahu mereka, tetapi Kami tahu mereka, dan Kami akan azab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah campuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan terima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk bersihkan mereka, dan untuk sucikan mereka dengannya, dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.

9:104. Adakah mereka tahu bahawa Allah Dialah yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia ambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?

9:105. Katakanlah, “Beramallah, dan Allah pasti akan lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat.”

9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia azab mereka, atau terima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:107. Dan orang-orang yang ambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, “Kami tidak hendak sesuatu melainkan kebaikan”; dan Allah saksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta.

9:108. Jangan berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.

9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunannya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti jadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur’an; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada yang mungkar, dan orang-orang yang menjaga had-had (hudud) Allah – dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

9:113. Tidak patut bagi Nabi dan orang-orang yang percaya minta ampun bagi orang-orang yang sekutukan, walaupun mereka sanak saudara yang dekat, setelah jadi jelas bagi mereka bahawa mereka akan jadi penghuni-penghuni Jahim.

9:114. Ibrahim tidak minta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia janjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.

9:115. Allah tidak akan sesatkan satu kaum setelah Dia beri mereka petunjuk, sehingga Dia jelaskan kepada mereka apa yang mereka patut takwakan; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.

9:116. Sesungguhnya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan, dan kamu tidak ada, selain daripada Allah, sama ada wali (pelindung) atau penolong.

9:117. Allah terima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia terima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.

9:118. Dan kepada tiga orang yang ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka sangka tidak ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia terima taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

9:119. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan jadilah bersama orang-orang yang benar.

9:120. Tiada bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang Rasul Allah, dan untuk lebih suka diri mereka daripada diri dia; itu kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka pijak sebarang pijakan yang menimbulkan kemarahan orang-orang tidak percaya, dan mereka tidak juga peroleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih; sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.

9:121. Dan tidak juga mereka nafkahkan sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah, melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah balas mereka dengan yang terbaik daripada apa mereka buat.

9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara mereka tidak pergi jadi arif dalam agama, dan untuk beri amaran kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?

9:123. Wahai orang-orang yang percaya, perangilah orang-orang tidak percaya yang dekat dengan kamu, dan hendaklah mereka dapati pada kamu ketegasan; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

9:124. Setiap kali sebuah surah diturunkan kepada kamu, sebahagian daripada mereka berkata, “Siapakah antara kamu yang bertambah dalam keimanan dengan ini?” Bagi orang-orang yang percaya, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka gembira.

9:125. Tetapi bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kotoran pada kotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang tidak percaya.

9:126. Tidakkah mereka lihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.

9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, “Adakah seseorang melihat kamu?” Kemudian mereka berpaling. Allah palingkan hati mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.

9:128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada diri-diri kamu sendiri; terasa berat baginya apa yang kamu terderitakan; dia sangat inginkan terhadap kamu, lembut terhadap orang-orang mukmin, pengasih.

9:129. Maka jika mereka berpaling, katakanlah, “Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku tawakal (mempercayakan). Dia Pemelihara Arasy yang besar.”

Surah 10
YUNUS

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

10:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang bijaksana.

10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami wahyukan seorang lelaki antara mereka, “Berilah amaran kepada manusia, dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka”? Orang-orang tidak percaya berkata, “Ini seorang ahli sihir yang nyata.”

10:3. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, mengarah segala urusan. Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya. Itu Allah, Pemelihara kamu, maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu mengingati?

10:4. Kepada-Nya kamu kembali, kesemuanya. Janji Allah benar. Dia memulakan ciptaan, kemudian Dia kembalikannya semula supaya Dia balas orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan adil. Dan orang-orang tidak percaya, bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih dan azab yang pedih kerana mereka tidak percaya.

10:5. Dia yang buatkan matahari satu sinaran, dan bulan satu cahaya, dan tetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan, supaya kamu tahu bilangan tahun dan hitungan. Allah tidak ciptakan itu melainkan dengan benar; Dia jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.

10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah cipta di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum bertakwa.

10:7. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, dan yang sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami,

10:8. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka usahakan.

10:9. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, Pemelihara mereka akan beri petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan.

10:10. Seruan mereka di dalamnya, “Engkau disanjung, ya Allah”, dan salam hormat mereka, “Salam”, dan akhir seruan mereka, “Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.”

10:11. Jika Allah segerakan kejahatan bagi manusia seperti menyegerakan kebaikan, tempoh mereka pasti akan diputuskan kepada mereka. Tetapi Kami tinggalkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.

10:12. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami hilangkan mudarat daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah seru Kami atas mudarat yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa mereka buat.

10:13. Kami musnahkan generasi-generasi sebelum kamu apabila mereka buat zalim , dan Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tidak mahu percayai; maka Kami balas kaum yang berdosa.

10:14. Kemudian Kami lantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi selepas mereka supaya Kami perhatikan bagaimana kamu buat.

10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, “Datangkanlah al-Qur’an selain yang ini, atau tukarlah ia.” Katakanlah, “Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.”

10:16. Katakanlah, “Sekiranya Allah hendak, tentu aku tidak bacakannya kepada kamu, dan tidak juga Dia beritahunya kepada kamu; aku telah tinggal bersama kamu sepanjang masa sebelumnya – tidakkah kamu faham?”

10:17. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.

10:18. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan mereka dan tidak juga manfaatkan mereka, dan mereka berkata, “Mereka ini pengantara-pengantara kami di sisi Allah.” Katakanlah, “Adakah kamu beritahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?” Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

10:19. Manusia hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, pasti ia telah diputuskan antara mereka mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan.

10:20. Mereka berkata, “Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?” Katakanlah, “Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah, kemudian lihat dan tunggulah; aku bersama kamu, melihat dan menunggu.”

10:21. Apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, setelah kesusahan sentuh mereka, tiba-tiba mereka ada suatu tipu daya terhadap ayat-ayat Kami. Katakanlah, “Allah lebih cepat dalam tipu daya; sesungguhnya Rasul-Rasul Kami tulis apa yang kamu perdayakan.”

10:22. Dia yang menjalankan kamu di darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka dengan angin yang baik, dan mereka gembira dengannya; lalu datang kepada mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap tempat, dan mereka sangka mereka diliputi olehnya; mereka menyeru (doa) kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, “Jika Engkau selamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di kalangan orang-orang berterima kasih.”

10:23. Maka apabila Dia selamatkan mereka, tiba-tiba mereka angkuh di bumi, tanpa patut. Wahai manusia, keangkuhan kamu hanyalah terhadap diri kamu sendiri; kesenangan kehidupan dunia ini, kemudian kepada Kami kamu kembali, kemudian Kami beritahu kamu apa kamu buat.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah ambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya sangka mereka sudah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

10:25. Dan Allah menyeru ke tempat kediaman sejahtera; Dia beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki pada jalan lurus.

10:26. Bagi orang-orang buat baik adalah yang paling baik, dan tambahan; tiada kegelapan, dan tiada juga kehinaan akan menutupi muka-muka mereka. Mereka itu penghuni-penghuni Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

10:27. Dan orang-orang yang usahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan tiada yang lindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itu penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

10:28. Dan pada hari Kami kumpul mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, “Pergilah ke tempat kamu, kamu dan sekutu-sekutu kamu!” Kemudian Kami pisahkan mereka, dan sekutu-sekutu mereka berkata, “Bukan kami kamu sembah,

10:29. Allah adalah saksi yang mencukupi, antara kami dan kamu, bahawa kami lalai daripada penyembahan kamu.”

10:30. Di sana tiap-tiap jiwa akan tunjukkan apa yang telah didahulukan; dan mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.

10:31. Katakanlah, “Siapakah yang beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang miliki pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengarah urusan?” Mereka akan berkata, “Allah.” Kemudian katakanlah, “Tidakkah kamu bertakwa?”

10:32. Itu Allah, Pemelihara kamu Yang Benar; apakah ia, sesudah yang benar, melainkan kesesatan? Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?

10:33. Demikianlah, kata Pemelihara kamu telah wajar terhadap orang-orang fasiq, bahawa mereka tidak percayai.

10:34. Katakanlah, “Adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya?” Katakanlah, “Allah, Dia yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula. Bagaimanakah kamu dipalingkan?”

10:35. Katakanlah, “Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang beri petunjuk pada yang benar?” Katakanlah, “Allah, Dia beri petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti – orang yang beri petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak beri petunjuk kecuali dia dapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu hakimkan?”

10:36. Dan kebanyakan mereka hanya ikut sangkaan, dan sangkaan tidak berguna sedikit pun terhadap yang benar. Sesungguhnya Allah tahu apa mereka buat.

10:37. Al-Qur’an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.

10:38. Atau mereka berkata, “Dia mengada-adakannya.” Katakanlah, “Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan serulah (panggil) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar.”

10:39. Tidak, tetapi mereka dustakan apa yang mereka tidak tahu pengetahuannya, dan yang interpretasinya belum datang kepada mereka. Begitulah orang-orang sebelum mereka telah dustakan, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang zalim.

10:40. Dan sebahagian daripada mereka percayainya, dan sebahagian tidak percayainya. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu orang-orang yang buat kerosakan.

10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, “Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat.”

10:42. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu; apa, adakah kamu akan jadikan orang yang pekak mendengar, walaupun mereka tidak faham?

10:43. Dan antara mereka melihat kepada kamu; apa, adakah kamu beri petunjuk kepada orang yang buta, walaupun mereka tidak melihat?

10:44. Sesungguhnya Allah tidak menzalimkan manusia sedikit pun, tetapi diri-diri mereka sendiri manusia zalimkan.

10:45. Dan pada hari Dia kumpul mereka, seakan-akan mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari; mereka saling berkenalan antara mereka; rugilah orang-orang yang dustakan pertemuan dengan Allah, dan mereka bukan orang-orang yang dapat petunjuk.

10:46. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, kepada Kami mereka kembali; kemudian Allah saksi atas apa mereka buat.

10:47. Tiap-tiap umat ada Rasulnya; kemudian apabila Rasul mereka datang, dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.

10:48. Mereka berkata, “Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?”

10:49. Katakanlah, “Aku tidak ada kuasa untuk mudaratkan diriku sendiri, atau manfaatkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan undurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.”

10:50. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?

10:51. Apa, apabila ia terjadi, adakah kamu kemudiannya akan percaya kepadanya? Sekarang, setelah kamu minta disegerakan!”

10:52. Kemudian dikatakan kepada orang-orang buat kezaliman, “Rasalah azab yang kekal; tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu usahakan?”

10:53. Mereka tanya kamu untuk beritahu mereka, “Adakah ia benar?” Katakanlah, “Ia, demi Pemeliharaku! Ia sungguh benar; kamu bukan orang-orang yang mengandaskan.”

10:54. Jika tiap-tiap jiwa yang buat zalim mempunyai semua yang ada di bumi, tentu ia tebus dirinya dengannya; dan mereka akan rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.

10:55. Ingatlah, bahawa kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan bumi. Ingatlah, bahawa janji Allah benar; tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

10:56. Dia menghidupkan dan mematikan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

10:57. Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu satu teguran daripada Pemelihara kamu, dan satu penyembuhan bagi apa yang di dalam dada, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi orang-orang mukmin.

10:58. Katakanlah, “Dengan pemberian Allah dan pengasihan-Nya – dengan yang demikian hendaklah mereka gembira; itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”

10:59. Katakanlah, “Adakah kamu fikirkan rezeki yang Allah turunkan untuk kamu, dan kamu buat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?” Katakanlah, “Adakah Allah izinkan kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?”

10:60. Apakah yang mereka sangka, yang ada-adakan dusta terhadap Allah, pada Hari Kiamat? Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu baca sebarang daripada al-Qur’an, dan tidak juga kamu buat sebarang amalan, melainkan Kami saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu lakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.

10:62. Sesungguhnya wali-wali (sahabat) Allah – tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

10:63. Orang-orang yang percaya dan bertakwa,

10:64. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan dunia, dan di akhirat. Tidak ada pertukaran bagi kata-kata Allah; itulah kemenangan yang besar.

10:65. Dan jangan ucapan mereka menyedihkan kamu; kemuliaan kepunyaan Allah kesemuanya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

10:66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; mereka ikut, yang menyeru sekutu-sekutu selain daripada Allah – mereka tidak ikut apa-apa, kecuali sangkaan, semata-mata dugaan.

10:67. Dia yang buatkan bagi kamu malam untuk berehat padanya, dan siang untuk melihat; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

10:68. Mereka berkata, “Allah ambil kepada-Nya seorang anak.” Dia disanjung! Dia Yang Kaya, kepunyaan-Nya segala apa yang di langit dan di bumi; kamu tidak mempunyai kuasa untuk ini. Apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang tidak kamu tahu?

10:69. Katakanlah, “Orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.”

10:70. Sedikit kesenangan di dunia, kemudian kepada Kami mereka kembali, kemudian Kami merasakan kepada mereka azab yang keras kerana mereka tidak percaya.

10:71. Dan bacakan kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku tawakal; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian jangan hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan jangan beri aku tangguh.

10:72. Kemudian jika kamu berpaling, aku tidak minta kepada kamu sebarang upah. Upahku, tidak lain, hanya daripada Allah, dan aku diperintah untuk menjadi antara orang-orang yang muslim.”

10:73. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia dan orang-orang bersama dia di dalam kapal, dan Kami lantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang diberi amaran.

10:74. Kemudian Kami bangkitkan selepas dia Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka bukan orang-orang yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan sejak dahulu. Begitulah Kami tutup hati orang-orang yang mencabul.

10:75. Kemudian Kami bangkitkan selepas mereka Musa dan Harun kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya dengan ayat-ayat Kami, tetapi mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang berdosa.

10:76. Maka apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami, mereka berkata, “Sesungguhnya ini sihir yang nyata.”

10:77. Musa berkata, “Adakah kamu kata ini kepada yang benar apabila ia datang kepada kamu? Adakah ini sihir? Tetapi ahli-ahli sihir tidak beruntung.”

10:78. Mereka berkata, “Adakah kamu datang kepada kami untuk palingkan kami daripada apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami, dan bahawa penguasaan di bumi adalah kepunyaan kamu berdua? Kami bukan orang-orang mukmin pada kamu berdua.”

10:79. Firaun berkata, “Datangkan kepadaku tiap-tiap ahli sihir yang alim (mahir).”

10:80. Kemudian, apabila ahli-ahli sihir datang, Musa berkata kepada mereka, “Lemparlah kamu apa yang kamu akan lempar.”

10:81. Kemudian, setelah mereka lempar, Musa berkata, “Apa yang kamu datangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan batalkannya. Sesungguhnya Allah tidak betulkan amalan orang-orang yang buat kerosakan.”

10:82. Allah membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.

10:83. Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan aniaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).

10:84. Musa berkata, “Wahai kaumku, jika kamu percaya kepada Allah, kepada-Nya kamu tawakal jika kamu muslim.”

10:85. Mereka berkata, “Kepada Allah kami tawakal. Pemelihara kami, janganlah Engkau buat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim,

10:86. Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum tidak percaya.”

10:87. Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, “Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin.”

10:88. Musa berkata, “Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih.”

10:89. Berkata, “Seruan (doa) kamu disahuti; maka hendaklah kamu berlaku lurus, dan jangan ikut jalan orang-orang yang tidak tahu.”

10:90. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, “Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim.”

10:91. “Adakah sekarang? Dan sejak dahulu kamu mengingkari, dan termasuk orang-orang yang buat kerosakan.

10:92. Maka pada hari ini Kami selamatkan kamu dengan badan kamu, supaya kamu jadi satu ayat bagi orang-orang sesudah kamu. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada ayat-ayat Kami.”

10:93. Dan Kami tempatkan Bani Israil di sebuah penempatan yang sebenar, dan Kami rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik; maka mereka tidak berselisih sehingga pengetahuan datang kepada mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

10:94. Maka, jika kamu dalam keraguan terhadap apa yang Kami turunkan kepada kamu, tanyalah orang-orang yang baca Kitab sebelum kamu. Yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

10:95. Jangan juga kamu jadi antara orang-orang yang dustakan ayat-ayat Allah, lalu jadi antara orang-orang yang rugi.

10:96. Orang-orang yang kata Pemelihara kamu telah wajar ke atas mereka, mereka tidak akan percayai,

10:97. Walaupun tiap-tiap ayat datang kepada mereka, sehingga mereka melihat azab yang pedih.

10:98. Mengapakah tidak ada sebuah bandaraya yang percaya, dan imannya bermanfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus; apabila mereka percaya, Kami hilangkan daripada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan mereka untuk suatu waktu.

10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu hendaki, sesiapa yang di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu akan paksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang mukmin?

10:100. Tiada bagi sesuatu jiwa untuk percayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia letak kotoran ke atas orang-orang yang tidak faham.

10:101. Katakanlah, “Perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi!” Tetapi tidaklah ayat-ayat, dan tidak juga amaran-amaran berguna kepada kaum yang tidak percayai.

10:102. Maka adakah mereka melihat dan menunggu akan tiada melainkan yang serupa dengan hari-hari orang-orang yang telah berlalu sebelum mereka? Katakanlah, “Lihat dan tunggulah; aku bersama kamu, melihat dan menunggu.”

10:103. Kemudian Kami selamatkan Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya; seperti itulah kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang mukmin.

10:104. Katakanlah, “Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak sembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.

10:105. Dan, ‘Tegakkan wajah (muka/kehendak) kamu kepada agama, seorang yang lurus, dan jangan kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.

10:106. Dan jangan seru selain daripada Allah apa yang tidak manfaatkan kamu, dan tidak juga mudaratkan kamu, kerana jika kamu buat, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang zalim.

10:107. Dan jika Allah sentuh kamu dengan mudarat, tiada yang dapat hilangkannya melainkan Dia; dan jika Dia hendak sebarang kebaikan kepada kamu, tiada yang dapat tolak pemberian-Nya; Dia timpakannya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya.’ Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih.”

10:108. Katakanlah, “Wahai manusia, yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa dapat petunjuk, hanya dapat petunjuk bagi dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanya terhadap dirinya sendiri. Aku bukan wakil kepada kamu.

10:109. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan sabarlah kamu, sehingga Allah hakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim.”

Surah 11
HUD

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

11:1. Alif Lam Ra. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya menentukan, dan kemudian dijelaskan, daripada yang Bijaksana, Menyedari.

11:2. “Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah. Aku, kepada kamu, adalah seorang pemberi amaran daripada-Nya, dan seorang pembawa berita gembira.

11:3. Dan, hendaklah kamu minta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan beri kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia beri daripada pemberian-Nya kepada setiap orang empunya kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.

11:4. Kepada Allah kamu kembali; Dia berkuasa atas segala sesuatu.”

11:5. Lihat, mereka tutup dada mereka untuk sembunyikannya daripada-Nya; lihat, waktu mereka selimutkan diri mereka dengan pakaian mereka, Dia tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan; sesungguhnya Dia tahu apa yang di dalam dada.

11:6. Tiada makhluk yang merayap di bumi melainkan atas Allah rezekinya, dan Dia tahu tempat menginapnya, dan tempat simpanannya, semuanya di dalam Kitab yang jelas.

11:7. Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak uji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, “Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu”, orang-orang tidak percaya berkata, “Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.”

11:8. Dan jika Kami tangguhkan azab daripada mereka hingga waktu (umat) hitungannya, mereka akan berkata, “Apakah yang menahannya?” Sesungguhnya, pada hari ia datang kepada mereka, ia tidak akan dipalingkan daripada mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

11:9. Dan jika Kami merasakan kepada seseorang manusia dengan pengasihan daripada Kami, dan kemudian Kami merampasnya daripada dia, dia berputus asa, tidak percaya (kafir).

11:10. Tetapi jika Kami rasakan kemakmuran setelah kesusahan sentuh dia, dia akan berkata, “Keburukan telah pergi daripadaku”; tiba-tiba dia sangat gembira dan banggakan diri.

11:11. Kecuali orang-orang yang sabar, dan buat kerja-kerja baik; bagi mereka, ampunan dan upah yang besar.

11:12. Boleh jadi kamu tinggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepada kamu, dan dada kamu jadi sempit dengannya, kerana mereka berkata, “Mengapa harta simpanan tidak diturunkan kepadanya, atau malaikat tidak datang bersama dia?” Kamu hanyalah seorang pemberi amaran; dan Allah Wakil atas segala sesuatu.

11:13. Atau mereka berkata, “Dia mengada-adakannya”? Katakanlah, “Datangkanlah sepuluh surah yang serupa dengannya, yang diada-adakan itu, dan serulah (panggillah) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar.”

11:14. Kemudian, jika mereka tidak sahut kamu, ketahuilah bahawa ia diturunkan dengan pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka sudahkah kamu muslim?

11:15. Sesiapa hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan bayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya.

11:16. Mereka itu orang-orang yang tiada bagi mereka di akhirat kecuali Api, dan usaha mereka menjadi sia-sia di dalamnya, dan palsulah kerja-kerja mereka.

11:17. Dan bagaimanakah dengan orang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu percayainya, tetapi sesiapa tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka jangan kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

11:18. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi berkata, “Mereka itulah orang-orang yang berdusta terhadap Pemelihara mereka.” Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang zalim,

11:19. Orang-orang yang halangi jalan Allah, dan inginkannya jadi bengkok, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.

11:20. Mereka tidak boleh mengandaskan-Nya di bumi, dan mereka tidak ada wali (pelindung) selain daripada Allah. Bagi mereka azab akan dilipatgandakan; mereka tidak dapat mendengar, dan tidak juga mereka melihat.

11:21. Mereka itulah yang merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.

11:22. Mereka, tidak syak lagi, adalah orang-orang paling rugi di akhirat.

11:23. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan merendahkan diri kepada Pemelihara mereka, mereka itu jadi penghuni-penghuni Taman; di dalamnya tinggal selama-lamanya.

11:24. Persamaan dua golongan itu seperti orang buta dan pekak, dengan orang yang melihat dan mendengar; adakah mereka sama dalam persamaan? Tidakkah kamu mengingati?

11:25. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, “Aku, bagi kamu, adalah seorang pemberi amaran yang jelas.

11:26. Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah. Aku takut untuk kamu akan azab hari yang pedih.”

11:27. Maka berkatalah pembesar-pembesar, orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, “Kami tidak lihat kamu selain daripada seorang manusia yang serupa dengan kami, dan kami tidak lihat mana-mana yang ikut kamu melainkan yang paling hina antara kami, dengan tanpa pertimbangan. Kami tidak lihat kamu mempunyai terhadap kami sebarang kelebihan; tidak, tetapi kami sangka kamu adalah pendusta-pendusta.”

11:28. Dia berkata, “Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku berada di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya, dan ia dibutakan kepada kamu? Adakah kami akan paksa kamu sedang kamu benci padanya?

11:29. Wahai kaumku, aku tidak minta harta kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanya daripada Allah, dan aku tidak akan usir orang-orang yang percaya; sesungguhnya mereka akan temui Pemelihara mereka. Tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh.

11:30. Wahai kaumku, siapakah yang akan menolongku terhadap Allah, jika aku usir mereka? Apakah kamu tidak mengingati?

11:31. Aku tidak kata kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah, aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata, aku seorang malaikat. Tidak juga aku kata kepada orang-orang yang mata-mata kamu keji, Allah tidak akan beri mereka sebarang kebaikan. Allah sangat-sangat tahu apa di dalam diri-diri mereka. Sesungguhnya aku, jika begitu, tentu termasuk orang-orang zalim.”

11:32. Mereka berkata, “Wahai Nuh, kamu telah berbantah dengan kami, dan buat banyak bantahan terhadap kami. Maka datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar.”

11:33. Berkata, “Allah akan datangkannya kepada kamu jika Dia hendaki, dan kamu tidak dapat mengandaskan.

11:34. Dan nasihatku tidak bermanfaat kepada kamu jika aku hendak beri nasihat kepada kamu, jika Allah hendak buat kamu bersalah; Dia Pemelihara kamu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.”

11:35. Atau mereka berkata, “Dia mengada-adakannya.” Katakanlah, “Jika aku mengada-adakannya, maka atas akulah dosaku, dan aku berlepas diri daripada dosa-dosa yang kamu buat.”

11:36. Dan diwahyukan kepada Nuh, “Tiada seorang pun daripada kaum kamu akan percayai, kecuali orang yang telah percaya; jangan kamu dukacita dengan apa mereka buat.

11:37. Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan jangan kamu ucapkan kepada Aku mengenai orang-orang buat kezaliman; mereka akan ditenggelamkan.”

11:38. Dan dia buat kapal; dan setiap kali pembesar-pembesar kaumnya melaluinya, mereka mengejeknya. Berkata, “Jika kamu ejek kami, sungguh, kami akan ejek kamu sebagaimana kamu ejek,

11:39. Dan kamu akan tahu kepada siapa akan datang azab yang aibkannya, dan kepada siapa turun azab yang kekal.”

11:40. Sehingga, apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, Kami berkata, “Bawalah di dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan, dan sesiapa yang percaya.” Dan tidak ada yang percaya bersamanya melainkan sedikit.

11:41. Dia berkata, “Naiklah ke dalamnya; dengan nama Allah pelayaran dan pelabuhannya. Sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih.”

11:42. Maka ia berlayar dengan mereka di tengah-tengah gelombang yang seperti gunung-gunung; dan Nuh panggil anak lelakinya yang berdiri terpisah, “Wahai anakku, naiklah bersama kami, dan jangan kamu berada bersama orang-orang tidak percaya.”

11:43. Berkata, “Aku akan cari perlindungan di gunung, yang akan menjagaku daripada air.” Berkata, “Pada hari ini, tidak ada pelindung daripada perintah Allah, selain daripada orang Dia kasihani.” Dan gelombang-gelombang tiba di antara keduanya, dan dia adalah antara orang-orang ditenggelamkan.

11:44. Dan dikatakan, “Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!” Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, “Nyahlah kaum yang zalim!”

11:45. Dan Nuh panggil Pemeliharanya, dan berkata, “Wahai Pemeliharaku, anak lelakiku adalah daripada keluargaku, dan janji Engkau benar. Engkau yang paling adil antara para hakim.”

11:46. Berkatalah Dia, “Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu tidak jadi antara orang-orang bodoh.”

11:47. Berkata, “Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak tanya Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak ampuni aku, dan tidak kasihani aku, tentu aku jadi antara orang-orang yang rugi.”

11:48. Dikatakan, “Wahai Nuh, turunlah kamu dengan sejahtera daripada Kami, dan keberkatan ke atas kamu, dan ke atas umat-umat bersama kamu; dan umat-umat, Kami akan beri kesenangan mereka, kemudian akan sentuh mereka, daripada Kami, azab yang pedih.”

11:49. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu; kamu tidak mengetahuinya, dan tidak juga kaum kamu sebelum ini. Maka sabarlah; kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang bertakwa.

11:50. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; kamu, tidak lain, hanyalah mengada-adakan.

11:51. Wahai kaumku, aku tidak minta upah kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanya atas Yang memulakan aku. Tidakkah kamu faham?

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan utus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan tambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan jangan kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa.”

11:53. Mereka berkata, “Wahai Hud, kamu tidak datangkan kepada kami satu bukti yang jelas, dan kami tidak akan tinggalkan tuhan-tuhan kami kerana apa yang kamu ucapkan; kami bukan orang-orang mukmin pada kamu.

11:54. Tiadalah kami kata melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpa kamu dengan kejahatan.” Berkata, “Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan,

11:55. Selain daripada Dia; maka lakukanlah muslihat kamu terhadapku, kesemuanya, kemudian jangan kamu beri aku tangguh.

11:56. Sesungguhnya aku tawakal kepada Allah, Pemeliharaku dan Pemelihara kamu; tidak ada makhluk yang merayap melainkan Dia mengambilnya daripada ubun-ubun. Sesungguhnya Pemeliharaku adalah di atas jalan lurus.

11:57. Tetapi jika kamu berpaling, aku telah sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan jadikan satu kaum yang selain daripada kamu, pengganti-pengganti; kamu tidak akan mudaratkan-Nya sedikit pun. Pemeliharaku Penjaga atas segala sesuatu.”

11:58. Dan apabila perintah Kami datang, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan selamatkan mereka daripada azab yang keras.

11:59. Itu Ad; mereka sangkal ayat-ayat Pemelihara mereka, dan mengingkari Rasul-Rasul-Nya, dan mereka ikut perintah tiap-tiap penguasa yang degil.

11:60. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat, “Sesungguhnya Ad tidak percaya kepada Pemelihara mereka; maka nyahlah Ad, kaum Hud.”

11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang tumbuhkan kamu daripada bumi dan tetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti.”

11:62. Mereka berkata, “Wahai Salleh, kamu sampai sekarang jadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu larang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami, dengan bimbang.”

11:63. Berkata, “Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya? Siapakah yang akan tolong aku terhadap Allah jika aku mengingkari-Nya? Tiadalah kamu, bagiku, melainkan menambahkan kerugianku.

11:64. Wahai kaumku, ini unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkan ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil azab yang dekat.”

11:65. Tetapi mereka melukainya; dan dia berkata, “Gembiralah kamu di dalam tempat tinggal kamu selama tiga hari. Itu janji yang tidak didustakan.”

11:66. Dan apabila perintah Kami datang, Kami selamatkan Salleh, dan orang-orang yang percaya bersama dia, dengan pengasihan daripada Kami, dan daripada kerendahan hari itu; sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Kuat, Yang Perkasa.

11:67. Dan orang-orang buat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi dapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak,

11:68. Seolah-olah mereka tidak tinggal di dalamnya. “Sesungguhnya Tsamud tidak percaya kepada Pemelihara mereka, maka nyahlah Tsamud!”

11:69. Rasul-Rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, “Salam!” Dia berkata, “Salam”; dan sebentar kemudian, dia datangkan seekor anak lembu panggang.

11:70. Apabila dia lihat tangan-tangan mereka tidak sampai padanya, dia memandang aneh pada mereka, dan dia sangsi terhadap mereka, dan berasa takut. Mereka berkata, “Jangan takut; kami diutus kepada kaum Lut.”

11:71. Dan isterinya sedang berdiri dekat; dia tertawa, maka Kami beri kepadanya berita gembira dengan Ishak, dan selepas Ishak, Yaakub.

11:72. Berkata, “Celakalah aku! Adakah aku akan beranak padahal aku perempuan tua, dan suamiku ini seorang yang tua? Sesungguhnya ini sesuatu yang ajaib.”

11:73. Mereka berkata, “Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Cemerlang.”

11:74. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut.

11:75. Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan.

11:76. “Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan.”

11:77. Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan berasa cemas untuk mereka, dan dia berkata, “Inilah hari yang amat berat.”

11:78. Dan kaumnya datang kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka buat jahat. Dia berkata, “Wahai kaumku, ini anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan jangan aibkan aku pada tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran waras?”

11:79. Mereka berkata, “Kamu tahu bahawa kami tidak patut terhadap anak-anak perempuan kamu, dan kamu tahu benar apa yang kami hendaki.”

11:80. Dia berkata, “Sekiranya aku ada kekuatan terhadap kamu, atau aku berlindung di sebuah tonggak yang kuat!”

11:81. Mereka berkata, “Wahai Lut, kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu. Mereka tidak akan sampai kepada kamu; maka berjalanlah, kamu dengan keluarga kamu, pada sebahagian malam, dan jangan seseorang daripada kamu berpaling ke belakang, kecuali isteri kamu; dia akan ditimpa dengan apa yang menimpa mereka. Waktu mereka dijanjikan ialah subuh (pagi); bukankah subuh sudah dekat?”

11:82. Maka apabila perintah Kami datang, Kami terbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan hujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar, bertubi-tubi,

11:83. Ditanda di sisi Pemelihara kamu, dan ia tidak jauh daripada orang-orang zalim.

11:84. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dan jangan kurangkan sukatan dan timbangan. Aku lihat kamu baik (makmur); dan aku takut untuk kamu akan azab hari yang meliputi.

11:85. Wahai kaumku, tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan jangan buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.

11:86. Sisa Allah adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin. Dan aku bukan penjaga kepada kamu.”

11:87. Mereka berkata, “Wahai Shuaib, adakah solat kamu suruh kamu supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah, atau untuk buat seperti yang kami hendaki dengan harta-harta kami? Kamu penyantun, berfikiran waras.”

11:88. Dia berkata, “Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia rezekikan aku dengan rezeki yang baik daripada-Nya; dan aku tidak hendak menentang kamu pada apa yang aku larang kamu; aku hanya hendak membetulkan, sebarang yang aku boleh, dan pertolonganku hanya dengan Allah. Kepada-Nya aku tawakal (mempercayakan), dan kepada-Nya aku berkesesalan.

11:89. Wahai kaumku, jangan perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.

11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang.”

11:91. Mereka berkata, “Wahai Shuaib, kami tidak banyak memahami apa yang kamu kata. Sesungguhnya kami lihat kamu lemah antara kami; tetapi, jika tidak kerana kumpulan kamu, tentu kami rejam kamu, dan kamu tidaklah kuat terhadap kami.”

11:92. Dia berkata, “Wahai kaumku, adakah kumpulanku lebih kuat terhadap kamu daripada Allah? Dan Dia, adakah kamu ambil Dia sebagai sesuatu yang dilemparkan ke belakang kamu? Pemeliharaku meliputi apa kamu buat.

11:93. Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal, dan sungguh kamu akan tahu kepada siapa datang azab yang aibkannya, dan siapa dia pendusta. Dan berjaga-jagalah; aku bersama kamu, menjagai.”

11:94. Dan apabila perintah Kami datang, Kami selamatkan Shuaib dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan orang-orang buat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi dapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

11:95. Seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya, “Maka nyahlah Madyan, sebagaimana Tsamud telah hapus.”

11:96. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan kuasa yang nyata,

11:97. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya; tetapi mereka ikut perintah Firaun, dan perintah Firaun adalah tidak waras.

11:98. Dia mendahului kaumnya pada Hari Kiamat, dan memimpin mereka turun ke Api – buruknya tempat pengairan untuk diturunkan!

11:99. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat – buruknya tawaran yang ditawarkan!

11:100. Itu adalah daripada berita bandaraya-bandaraya yang Kami ceritakan kepada kamu; ada yang masih berdiri, dan ada yang jadi tunggul.

11:101. Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah, sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan.

11:102. Demikian itulah ambilan Pemelihara kamu, apabila Dia mengambil bandaraya-bandaraya yang zalim; sesungguhnya pengambilan-Nya pedih, keras.

11:103. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi orang yang takut akan azab akhirat; itulah satu hari di mana manusia dikumpulkan, satu hari untuk menyaksikan.

11:104. Dan Kami tidak akan tangguhkannya, kecuali ke satu tempoh hitungannya.

11:105. Pada hari ia datang, sesuatu jiwa tidak berkata-kata kecuali dengan izin-Nya; sebahagian mereka sengsara, dan sebahagian berbahagia.

11:106. Bagi orang-orang yang sengsara, mereka berada di dalam Api, di dalamnya bagi mereka keluhan, dan erangan.

11:107. Di dalamnya tinggal selama-lamanya, selagi ada langit dan bumi, kecuali seperti yang Pemelihara kamu hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu sempurnakan apa yang Dia hendaki.

11:108. Dan bagi yang berbahagia, mereka berada di dalam Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya, selagi ada langit dan bumi, kecuali seperti yang Pemelihara kamu hendaki; sebagai kurnia yang tidak putus-putus.

11:109. Maka jangan kamu berada dalam keraguan mengenai apa yang mereka ini sembah; mereka hanya sembah seperti bapa-bapa mereka sembah dari dahulu; dan sesungguhnya Kami akan bayar kepada mereka sepenuhnya bahagian mereka tanpa dikurangi.

11:110. Dan Kami beri Musa Kitab; lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

11:111. Sesungguhnya masing-masing mereka, Pemelihara kamu akan bayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka; Dia menyedari apa mereka buat.

11:112. Maka hendaklah kamu berlaku lurus, sebagaimana kamu diperintah, dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu; dan jangan kamu melampaui batas; sesungguhnya Dia lihat apa kamu buat.

11:113. Dan jangan cenderung kepada orang-orang buat kezaliman supaya Api menyentuh kamu; kamu tidak ada pelindung selain daripada Allah, dan kemudian kamu tidak akan ditolong.

11:114. Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.

11:115. Dan sabarlah kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.

11:116. Mengapakah tidak ada daripada generasi-generasi sebelum kamu, orang-orang dari peninggalan yang melarang kerosakan di bumi – kecuali sedikit daripada orang-orang yang Kami telah selamatkan; tetapi orang-orang buat kezaliman ikut kesenangan yang mereka diberi untuk bersukaria, dan menjadi orang-orang yang berdosa.

11:117. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak musnahkan bandaraya-bandaraya dengan kezaliman, sedang penduduknya membetulkan.

11:118. Sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu Dia buat manusia satu umat, tetapi mereka tidak berhenti-henti berselisih,

11:119. Kecuali orang-orang yang kepada mereka Pemelihara kamu kasihani. Untuk itulah Dia cipta mereka, dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu, “Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.”

11:120. Dan semua itu Kami ceritakan kepada kamu daripada berita Rasul-Rasul; dengannya Kami teguhkan hati kamu; dalam ini telah datang kepada kamu yang benar, dan satu teguran dan peringatan, bagi orang-orang mukmin.

11:121. Dan katakan kepada orang-orang tidak percayai, “Beramallah kamu menurut tempat kamu; kami sedang beramal.
11:122. Dan lihat dan tunggulah; kami juga melihat dan menunggu.”

11:123. Kepunyaan Allah keghaiban di langit dan bumi, dan kepada-Nya seluruh perkara dikembalikan; maka sembahlah Dia, dan tawakallah kepada-Nya. Pemelihara kamu tidak lalai daripada apa kamu buat.

Surah 12
YUSUF

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

12:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.

12:2. Kami turunkannya sebagai sebuah Qur’an bahasa Arab, supaya kamu faham.

12:3. Kami ceritakan kepada kamu cerita paling baik dalam apa Kami wahyukan kamu, al-Qur’an ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai.

12:4. Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, “Ayah, saya lihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya lihat mereka sujud kepada saya.”

12:5. Dia berkata, “Wahai anakku, jangan ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.

12:6. Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu, dan Dia ajar kamu interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakub, sebagaimana Dia sempurnakan sebelum itu ke atas kedua bapa-bapa kamu, Ibrahim dan Ishak; sesungguhnya Pemelihara kamu Mengetahui, Bijaksana.”

12:7. Pada Yusuf dan saudara-saudaranya adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang bertanya.

12:8. Apabila mereka berkata, “Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata.

12:9. Bunuhlah Yusuf, atau buanglah dia ke mana-mana bumi, supaya muka bapa kamu bebas kepada kamu, dan setelah itu kamu jadi satu kaum yang salih.”

12:10. Seorang daripada mereka berkata, “Tidak, jangan bunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu lakukan.”

12:11. Mereka berkata, “Ayah, apakah sebabnya kamu tidak percayai kami dengan Yusuf? Sesungguhnya kami penasihat-penasihatnya.

12:12. Utuslah dia bersama kami esok untuk bersuka-suka dan bermain-main, dan sungguh, kami akan menjaganya.”

12:13. Dia berkata, “Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya.”

12:14. Mereka berkata, “Jika serigala makan dia, sedang kami sekumpulan, maka kamilah orang-orang yang rugi!”

12:15. Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, lalu Kami wahyukannya, “Kamu akan beritahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak sedar.”

12:16. Dan mereka datang kepada bapa mereka pada waktu isyak; mereka menangis.

12:17. Mereka berkata, “Ayah, kami pergi berlumba lari, dan tinggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan jadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar.”

12:18. Dan mereka datangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia berkata, “Tidak, tetapi jiwa kamu hasut kamu lakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu terangkan.”

12:19. Kemudian datang pengembara-pengembara, dan mereka utus seorang daripada mereka, seorang pengambil air, yang menurunkan timbanya. Berkata, “Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda.” Maka mereka rahsiakan dia sebagai barang dagangan; dan Allah tahu apa mereka buat.

12:20. Kemudian mereka menjualnya dengan harga yang murah, beberapa dirham yang dihitung, kerana mereka tidak menghargainya.

12:21. Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, “Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita ambil dia untuk anak sendiri.” Maka Kami teguhkan Yusuf di bumi, dan supaya Kami mengajarnya interpretasi hadis (mimpi). Allah memenangi dalam urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

12:22. Dan apabila dia dewasa, Kami beri dia putusan dan pengetahuan. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

12:23. Dan perempuan yang di dalam rumahnya dia digoda, menutup pintu-pintu. Dia (perempuan) berkata, “Marilah kepadaku!” Dia berkata, “Pada Allah berlindung! Sesungguhnya pemeliharaku (tuanku) telah beri aku tempat tinggal yang baik. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung.”

12:24. Dan sungguh dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami palingkan daripadanya kejahatan dan kesumbangan; dia adalah antara hamba-hamba Kami yang tulus.

12:25. Dan kedua-duanya berlumba ke pintu; dan dia (perempuan) mengoyakkan bajunya dari belakang. Mereka dapati ketua mereka di depan pintu. Dia (perempuan) berkata, “Apakah balasan bagi orang yang hendakkan kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?”

12:26. Berkata (Yusuf), “Dia yang goda diriku”; dan seorang saksi daripada keluarganya saksikan, “Jika bajunya dikoyakkan daripada depan, maka dia (perempuan) telah berkata benar, dan dia termasuk orang-orang yang dusta,

12:27. Tetapi jika bajunya dikoyakkan daripada belakang, maka dia telah berdusta, dan dia (Yusuf) termasuk orang-orang yang benar.”

12:28. Apabila dia lihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, “Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar.

12:29. Yusuf, berpalinglah daripada ini; dan kamu (perempuan) mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang bersalah.”

12:30. Perempuan-perempuan tertentu di kota berkata, “Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda diri pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami lihat dia dalam kesesatan yang nyata.”

12:31. Apabila dia dengar bisikan-bisikan licik mereka, dia utus kepada mereka, dan sediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia beri tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau, dan dia berkata, “Keluarlah kepada mereka.” Dan apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka potong tangan-tangan mereka, dengan berkata, “Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia.”

12:32. Berkata, “Inilah dia yang kamu cela aku dengannya. Benar, aku telah goda diri dia, tetapi dia tolak. Dan jika dia tidak buat apa yang aku perintahkan, dia akan dipenjara, dan jadi antara orang-orang direndahkan.”

12:33. Berkata (Yusuf), “Pemeliharaku, penjara lebih aku suka untukku daripada apa yang mereka seru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak palingkan daripadaku muslihat mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku jadi antara orang-orang bodoh.”

12:34. Maka Pemeliharanya menyahutnya, dan Dia palingkan daripadanya muslihat mereka; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

12:35. Kemudian nyatalah bagi mereka, setelah mereka melihat ayat-ayat, bahawa mereka patut penjarakannya untuk satu waktu.

12:36. Dan masuk penjara bersama dia, dua orang pemuda. Berkata seorang daripada mereka, “Aku lihat (bermimpi) bahawa aku memerah arak (anggur).” Berkata yang lain, “Aku lihat bahawa aku membawa di atas kepalaku roti, yang burung-burung makan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya; kami lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik.”

12:37. Dia berkata, “Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia datang kepada kamu, aku akan beritahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah tinggalkan anutan kaum yang tidak percayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.

12:38. Dan aku ikut anutan bapa-bapaku, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub. Tiada bagi kami untuk sekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.

12:39. Manakah lebih baik, wahai rakan-rakanku yang sepenjara, banyak pemelihara yang berselisih, atau Allah Yang Satu, Yang Menakluki?

12:40. Apa yang kamu sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan nama-nama yang kamu sendiri namakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak turunkan kuasa mengenai mereka. Putusan hanya kepunyaan Allah. Dia perintahkan bahawa kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia. Itu agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

12:41. Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan tuangkan minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan disalib, dan burung makan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang kamu minta keputusan kepadaku.”

12:42. Kemudian dia berkata kepada orang yang dia sangka akan diselamatkan antara keduanya, “Sebutlah aku kepada pemelihara kamu.” Tetapi syaitan jadikan dia lupa untuk menyebutnya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.

12:43. Dan raja berkata, “Aku lihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus makan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi.”

12:44. Mereka berkata, “Mimpi yang dicampur baur, dan kami tidak tahu langsung interpretasi mimpi.”

12:45. Kemudian berkata orang yang telah diselamatkan, teringat setelah beberapa waktu (umat), “Aku sendiri akan beritahu kamu interpretasinya; maka utuslah aku.”

12:46. “Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus makan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering; supaya aku kembali kepada manusia, supaya mereka tahu.”

12:47. Berkata, “Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkan ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.

12:48. Kemudian sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang makan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.

12:49. Kemudian sesudah itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.”

12:50. Raja berkata, “Datangkan dia kepadaku.” Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia berkata, “Kembalilah kepada pemelihara kamu, dan tanya dia, ‘Bagaimanakah dengan perempuan-perempuan yang memotong tangan mereka?’ Sesungguhnya Pemeliharaku tahu muslihat mereka.”

12:51. Dia berkata, “Apakah urusan kamu apabila kamu goda diri Yusuf?” Mereka berkata, “Dijauhkan Allah! Kami tidak tahu kejahatan padanya.” Isteri al-aziz berkata, “Sekarang yang benar akhirnya jadi nyata; aku goda dirinya; dialah orang yang benar.

12:52. Itu, supaya dia tahu bahawa aku tidak khianatinya secara rahsia, dan bahawa Allah tidak beri petunjuk kepada muslihat pengkhianat-pengkhianat.

12:53. Dan aku tidak kata bahawa jiwaku tidak bersalah; sesungguhnya jiwa menyuruh pada kejahatan, kecuali sebanyak apa yang Pemeliharaku kasihani; sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih.”

12:54. Raja berkata, “Datangkan dia kepadaku. Aku akan dekatkannya dengan diriku.” Kemudian, apabila dia telah berkata-kata dengannya, dia berkata, “Pada hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan kami.”

12:55. Berkata, “Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang alim (berpengetahuan).”

12:56. Maka Kami teguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia hendaki, dan Kami tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.

12:57. Namun begitu, upah akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang percaya, dan bertakwa.

12:58. Dan saudara-saudara Yusuf datang, dan mereka masuk kepadanya, dan dia kenal mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya.

12:59. Apabila dia sudah siapkan bekal mereka dengan bekal mereka, dia berkata, “Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu lihat bahawa aku tepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu?

12:60. Tetapi jika kamu tidak datangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan bagi kamu denganku, dan tidak juga kamu mendekatiku.”

12:61. Mereka berkata, “Kami akan memujuknya daripada bapa kami; itu kami akan buat.”

12:62. Berkata kepada budak-budak suruhannya, “Letakkan barang-barang mereka ke dalam pundi-pundi mereka supaya mereka kenalinya apabila mereka balik kepada keluarga mereka, supaya mereka kembali.”

12:63. Maka, apabila mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, “Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami; maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami dapat sukatan itu; sesungguhnya kami akan menjaganya.”

12:64. Dia berkata, “Dan adakah aku akan percayai kamu kepadanya seperti aku percayai kamu kepada saudaranya dahulu? Maka Allah adalah penjaga yang paling baik, dan Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan.”

12:65. Dan apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, “Ayah, apakah yang kita inginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita dapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan jaga saudara kita; kita akan dapat tambahan sukatan seekor unta. Itu sukatan yang mudah.”

12:66. Berkata, “Aku tidak akan utuskannya bersama kamu sehingga kamu beri aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan datangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi. Apabila mereka sudah beri janji mereka, dia berkata, “Allah jadi Wakil atas apa yang kami ucapkan.”

12:67. Dan berkata, “Wahai anak-anakku, jangan masuk dari satu pintu gerbang, masuklah dari pintu-pintu yang berlainan. Namun begitu, aku tidak berguna kepada kamu sedikit pun terhadap Allah; putusan hanya bagi Allah. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya hendaklah semua tawakal, orang-orang yang tawakal.”

12:68. Dan apabila mereka masuk dari arah yang bapa mereka perintahkan mereka, walaupun ia tidak berguna kepada mereka sedikit pun terhadap Allah, tetapi ia adalah satu hajat di dalam jiwa Yaakub yang dia hendak tunaikan. Sesungguhnya dia mempunyai suatu pengetahuan kerana apa yang Kami telah mengajarnya; tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

12:69. Dan apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia ambil saudaranya kepadanya. Berkata, “Aku saudara kamu; maka jangan kamu dukacita terhadap apa mereka buat.”

12:70. Kemudian, apabila dia siapkan untuk mereka persiapan mereka, dia letak gelas minumannya ke dalam pundi saudaranya. Kemudian orang yang menyeru berseru, “Hai kafilah, kamu adalah pencuri-pencuri!”

12:71. Mereka berkata, sambil mendekati mereka, “Apakah yang kamu hilang?”

12:72. Mereka berkata, “Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan dapat beban seekor unta; itu aku jamin.”

12:73. Mereka berkata, “Demi Allah, kamu tahu bahawa kami tidak datang untuk buat kerosakan di bumi. Kami bukan pencuri.”

12:74. Mereka berkata, “Apakah balasannya jika kamu pendusta-pendusta?”

12:75. Mereka berkata, “Balasannya – dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah Kami balas orang-orang zalim.”

12:76. Maka dia mulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia keluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami buat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh ambil saudaranya menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah hendak. Sesiapa Kami hendaki, Kami naikkan darjat; di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan, ialah Yang tahu.

12:77. Mereka berkata, “Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu.” Tetapi Yusuf rahsiakan di dalam dirinya, dan tidak nampakkannya kepada mereka, dengan berkata, “Kedudukan kamu lebih buruk; Allah sangat-sangat tahu apa yang kamu terangkan.”

12:78. Mereka berkata, “Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik.”

12:79. Berkata, “Allah tegah bahawa kami patut ambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami dapati barang kami padanya, kerana jika kami buat demikian, tentu kami jadi orang-orang zalim.”

12:80. Apabila mereka berputus asa daripadanya, mereka berbincang secara sulit, berjauhan. Berkata yang tertua antara mereka, “Tidakkah kamu tahu bagaimana ayah kamu telah mengambil janji daripada kamu dengan Allah, dan sebelum itu kamu sia-siakan Yusuf? Aku tidak akan tinggalkan bumi ini sehingga ayahku izinkan aku, atau Allah hakimkan untuk memihak kepadaku; Dia yang paling baik daripada para hakim.

12:81. Kembalilah kamu semua kepada bapa kamu, dan katakan, ‘Ayah, anak kamu telah mencuri; kami tidak saksikan kecuali apa yang kami tahu; kami bukan penjaga yang ghaib.

12:82. Tanyalah bandaraya yang kami berada di dalamnya, dan kafilah yang kami datang bersama di sana; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar.'”

12:83. Dia berkata, “Tidak! Tetapi jiwa kamu hasut kamu untuk buat sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah akan datangkan mereka kesemuanya kepadaku; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.”

12:84. Dan dia berpaling daripada mereka, dan berkata, “Aduhai, dukacitaku untuk Yusuf!” Dan kedua-dua matanya jadi putih kerana kesedihan yang mencekiknya di dalam dirinya.

12:85. Mereka berkata, “Demi Allah, kamu tidak berhenti-henti mengingati Yusuf sehingga kamu hilang tenaga dan jadi kurus kering kerana kesedihan, atau termasuk orang-orang yang binasa.”

12:86. Berkata, “Aku mengadu penderitaanku dan kesedihanku kepada Allah; aku tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu.

12:87. Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Jangan berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum tidak percaya (kafir).”

12:88. Maka apabila mereka masuk kepadanya, mereka berkata, “Wahai al-aziz, mudarat telah sentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah balas orang-orang yang bersedekah.”

12:89. Berkata, “Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?”

12:90. Mereka berkata, “Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?” Dia berkata, “Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan sabar, maka sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.”

12:91. Mereka berkata, “Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih suka kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah.”

12:92. Berkata, “Tidak ada celaan pada hari ini kepada kamu; Allah ampunkan kamu; Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan.

12:93. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lempar ia kepada muka ayahku, dan dia akan peroleh kembali penglihatannya; kemudian datangkan kepadaku keluarga kamu kesemuanya.”

12:94. Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, “Sesungguhnya aku dapati bau Yusuf, melainkan kamu tuduh aku nyanyuk.”

12:95. Mereka berkata, “Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu.”

12:96. Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan lemparkan ke mukanya, dia kembali (murtad) dapat melihat. Berkata, “Tidakkah aku kata kepada kamu bahawa aku tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?”

12:97. Mereka berkata, “Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah.”

12:98. Berkata, “Sungguh, aku akan minta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.”

12:99. Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia ambil kedua ibu bapanya kepadanya, dengan berkata, “Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah hendaki, dalam keadaan aman.”

12:100. Dan dia naikkan kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, “Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia keluarkan saya dari penjara, dan Dia datangkan kamu dari gurun setelah syaitan selisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa Dia hendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

12:101. Wahai Pemeliharaku, Engkau telah beri aku untuk memerintah, dan Engkau telah ajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukan aku dengan orang-orang salih.”

12:102. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu, dan kamu tidak berada dengan mereka ketika mereka bersetuju dalam urusan mereka, dengan membuat tipu daya.

12:103. Walaupun kamu sangat inginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (percayai).

12:104. Kamu tidak minta upah untuknya; ia tidak lain hanyalah peringatan bagi semua alam.

12:105. Berapa banyaknya ayat yang ada di langit dan di bumi mereka melalui, dengan berpaling daripadanya!

12:106. Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan mereka sekutukan-Nya.

12:107. Adakah mereka berasa aman, bahawa akan datang kepada mereka tiada yang menutupi daripada azab Allah; atau, bahawa Saat akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar?

12:108. Katakanlah, “Ini jalanku. Aku seru Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa ikut aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang sekutukan.”

12:109. Kami tidak utus seseorang sebelum kamu melainkan lelaki-lelaki yang Kami wahyukan mereka daripada penduduk yang tinggal di bandaraya-bandaraya. Tidakkah mereka mengembara di bumi? Tidakkah mereka lihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Sesungguhnya tempat kediaman akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?

12:110. Sehingga, apabila Rasul-Rasul berputus asa, dengan berpendapat bahawa mereka telah dianggap pendusta-pendusta, pertolongan Kami datang kepada mereka, dan sesiapa Kami hendaki, diselamatkan. Bencana Kami tidak dikembalikan daripada kaum yang berdosa.

12:111. Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang empunya minda; ia bukan hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai.

Surah 13
GURUH

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

13:1. Alif Lam Mim Ra. Inilah ayat-ayat Kitab; dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

13:2. Allah ialah Dia yang naikkan langit tanpa tiang yang kamu dapat lihat, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga satu tempoh yang dinyatakan. Dia mengarah urusan; Dia jelaskan ayat-ayat supaya kamu yakin akan pertemuan dengan Pemelihara kamu.

13:3. Dia yang bentangkan bumi dan letak di dalamnya gunung-gunung dan sungai-sungai, dan daripada tiap-tiap buah-buahan, Dia membuatnya dua jenis; menutupi siang dengan malam. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

13:4. Dan di bumi, terdapat kawasan-kawasan yang berjiran, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan ladang-ladang yang sudah disemai, dan palma-palma yang berpasang, dan palma-palma yang tunggal, diairi air yang satu; dan Kami lebihkan sebahagian di atas sebahagian lain dalam hasilnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

13:5. Jika kamu terhairan-hairan, sungguh yang menghairankan ialah ucapan mereka, “Apabila kami jadi tanah, adakah kami akan dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?” Mereka itu orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka; mereka itu, pada leher mereka ada belenggu; mereka itu jadi penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

13:6. Mereka minta kepada kamu supaya disegerakan keburukan sebelum yang baik, walaupun telah berlalu sebelum mereka contoh-contoh. Pemelihara kamu adalah Pengampun kepada manusia atas kezaliman mereka, dan Pemelihara kamu keras dalam balasan-Nya.

13:7. Orang-orang tidak percaya berkata, “Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?” Kamu hanyalah seorang pemberi amaran, dan seorang pemberi petunjuk bagi tiap-tiap kaum.

13:8. Allah tahu apa yang tiap-tiap perempuan bawa, dan kekecutan dan pengembangan rahim-rahim; segala sesuatu di sisi-Nya ada ukurannya.

13:9. Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Besar, Yang Tinggi.

13:10. Sama sahaja antara kamu – dia yang rahsiakan ucapannya, dan dia yang umumkannya, dan dia yang sembunyikan diri pada malam hari, dan dia yang berjalan-jalan siang hari.

13:11. Baginya pengiring, di depan dan di belakang, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri. Dan jika Allah hendakkan keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung.

13:12. Dia yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan menumbuhkan awan yang berat.

13:13. Guruh menyanjung dengan memuji-Nya, dan para malaikat, dalam ketakutan kepada-Nya. Dia utus halilintar, dan menimpa dengannya sesiapa Dia hendaki; namun begitu, mereka berbantah-bantah mengenai Allah; Dia yang kuat dalam kuasa.

13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak sahut mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Seruan (doa) orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

13:15. Kepada Allah sujud Segala di langit dan bumi, dengan rela atau benci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

13:16. Katakanlah, “Siapakah Pemelihara langit dan bumi?” Katakanlah, “Allah.” Katakanlah, “Adakah kamu ambil untuk kamu yang lain selain daripada Dia sebagai wali (pelindung) kamu yang tidak berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan diri-diri mereka sendiri?” Katakanlah, “Adakah orang yang buta dengan orang yang boleh lihat sama, atau adakah gelap dengan cahaya sama?” Atau, adakah mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu yang cipta seperti ciptaan-Nya supaya ciptaan itu serupa kepada mereka? Katakanlah, “Allah Pencipta segala sesuatu, dan Dia Yang Satu, Yang Menakluki.”

13:17. Dia turunkan dari langit air, dan wadi-wadi mengalir dengan masing-masing menurut ukurannya, dan arus membawa buih yang gelembung; dan daripada apa yang padanya mereka nyalakan api, demi inginkan perhiasan atau kesenangan, keluar dari itu buih yang serupa dengan itu. Demikian Allah buat yang benar dan yang palsu. Maka buihnya hilang seperti barang buangan, dan apa yang bermanfaat kepada manusia menetap di bumi. Begitulah Allah buat persamaan-persamaannya.

13:18. Bagi orang-orang yang sahut Pemelihara mereka adalah yang paling baik; dan orang-orang yang tidak menyahut-Nya – sekiranya bagi mereka kesemua yang di dalam bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan tebus diri mereka dengannya. Mereka itu, bagi mereka hitungan yang jahat, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam – sebuah buaian yang buruk!

13:19. Apa, adakah orang yang tahu bahawa apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu itulah yang benar seperti orang yang buta? Hanya orang-orang empunya minda mengingati,

13:20. Yang tepati perjanjian Allah, dan tidak melanggar perjanjian,

13:21. Yang menghubungkan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan takut kepada Pemelihara mereka, dan mereka takut akan hitungan yang jahat.

13:22. Orang-orang yang sabar, dengan inginkan Wajah Pemelihara mereka, lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang tolak kejahatan dengan yang baik – bagi merekalah tempat kediaman muktamad,

13:23. Taman-Taman Adn mereka masuk, dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka, dan para malaikat masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu,

13:24. “Salamun alaikum, kerana kamu telah sabar.” Sangat baiknya tempat kediaman muktamad.

13:25. Dan orang-orang yang pecahkan perjanjian setelah diikat dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi – bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.

13:26. Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki. Mereka gembira dengan kehidupan dunia ini; dan kehidupan dunia ini, di samping akhirat, hanyalah kesenangan sementara.

13:27. Orang-orang tidak percaya berkata, “Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?” Katakanlah, “Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada-Nya semua yang berkesesalan.”

13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan Peringatan Allah – dengan Peringatan Allah, hati jadi tenteram.

13:29. Orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.

13:30. Demikian Kami utus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, “Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya aku bertaubat.”

13:31. Sekiranya sebuah Qur’an di mana gunung-gunung diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang kepada mereka dapat berkata-kata – tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan kesemuanya. Tidakkah orang-orang yang percaya tahu bahawa, jika Allah hendak, tentu Dia beri petunjuk kepada manusia kesemuanya? Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti ditimpa dengan suatu yang mengetukkan kerana apa yang mereka kerjakan, atau ia turun dekat dengan tempat tinggal mereka, sehingga janji Allah datang; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu.

13:32. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah diperolok-olokkan sebelum kamu, dan Aku tangguhkan orang-orang tidak percaya; kemudian Aku ambil mereka – dan bagaimanakah dengan balasan-Ku?

13:33. Apa, Dia yang berdiri atas setiap jiwa dengan apa yang ia usahakan? Namun begitu, mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah, “Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan beritahu-Nya apa yang Dia tidak tahu di bumi, atau dengan ucapan yang nyata?” Tidak, tetapi dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya, tipu daya mereka; dan mereka halang jalan Allah; dan sesiapa Allah sesatkan, tiada yang beri petunjuk kepadanya.

13:34. Bagi mereka, azab dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih berat; mereka tidak ada sesiapa untuk pertahankan mereka daripada Allah.

13:35. Persamaan Taman yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa – di bawahnya mengalir sungai-sungai, hasilnya kekal, dan lindungannya. Itu kesudahan orang-orang bertakwa; dan kesudahan orang-orang tidak percaya, Api!

13:36. Dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab gembira dengan apa diturunkan kepada kamu; dan daripada golongan-golongan, ada yang nafi sebahagiannya. Katakanlah, “Aku hanya diperintah untuk sembah Allah, dan tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya. Kepada-Nya aku seru, dan kepada-Nya tempat kembali.”

13:37. Begitulah Kami turunkan sebagai satu kehukuman dalam bahasa Arab. Dan jika kamu ikut keinginan mereka, setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung) terhadap Allah, dan tidak ada yang mempertahankan.

13:38. Dan Kami telah utus Rasul-Rasul sebelum kamu, dan Kami beri mereka isteri-isteri, dan keturunan; dan tiada bagi seseorang Rasul untuk datangkan satu ayat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap tempoh ada Kitab.

13:39. Allah hapuskan, dan Dia tetapkan apa sahaja Dia hendaki; dan di sisi-Nya ialah Ibu Kitab.

13:40. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka bagi kamu hanya untuk sampaikan, dan bagi Kami menghitungkan.

13:41. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke bumi dengan mengurangkan tepi-tepinya? Allah menghakimkan; tiada yang dapat menolak putusan-Nya; Dia cepat buat hitungan.

13:42. Orang-orang sebelum mereka telah buat tipu daya, tetapi bagi Allah tipu daya kesemuanya. Dia tahu apa yang tiap-tiap jiwa usahakan. Orang-orang tidak percaya pasti akan tahu untuk siapakah tempat kediaman muktamad.

13:43. Orang-orang tidak percaya berkata, “Kamu bukan seorang utusan.” Katakanlah, “Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu, dan orang empunya pengetahuan Kitab.”

Surah 14
IBRAHIM

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

14:1. Alif Lam Ra. Sebuah Kitab Kami turunkan kepada kamu supaya kamu keluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Pemelihara mereka ke jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

14:2. Allah, yang kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan kecelakaanlah bagi orang-orang tidak percaya kerana azab yang keras,

14:3. Orang-orang yang lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat, dan halangi jalan Allah, dan inginkannya jadi bengkok; mereka adalah dalam kesesatan yang jauh.

14:4. Dan Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dengan lisan (bahasa) kaumnya supaya dia menjelaskan kepada mereka; kemudian Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

14:5. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, “Keluarkan kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah.” Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih).

14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

14:7. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan, ‘Jika kamu berterima kasih, sungguh Aku akan tambahkan kepada kamu, dan jika kamu tidak berterima kasih (kafir), azab-Ku sungguh keras.'”

14:8. Dan Musa berkata, “Jika kamu tidak berterima kasih (kafir), kamu dan sesiapa yang di bumi kesemuanya, namun begitu, sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji.”

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu – kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka – tiada yang tahu mereka kecuali Allah. Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, “Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang.”

14:10. Rasul-Rasul mereka berkata, “Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?” Mereka berkata, “Kamu tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu hendak halang kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkan kepada kami satu kuasa yang nyata.”

14:11. Rasul-Rasul mereka berkata kepada mereka, “Kami tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kamu; tetapi Allah berbudi baik kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Tiada bagi kami untuk datangkan kepada kamu satu kuasa melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.

14:12. Dan mengapakah kami tidak akan tawakal kepada Allah memandangkan Dia telah beri kami petunjuk pada jalan-jalan kami? Sungguh, kami akan sabar atas apa sahaja yang kamu sakitkan kami; dan kepada Allah hendaklah semua tawakal, orang-orang yang tawakal.”

14:13. Orang-orang tidak percaya berkata kepada Rasul-Rasul mereka, “Sungguh, kami akan usir kamu daripada bumi kami, atau kamu kembali kepada anutan kami.” Kemudian Pemelihara mereka wahyukan mereka, “Sungguh, Kami akan musnahkan orang-orang zalim,

14:14. Dan sungguh Kami akan tempatkan kamu di bumi selepas mereka; itu adalah bagi orang yang takut akan medan-Ku, dan takut akan ancaman-Ku.”

14:15. Mereka mohon satu putusan; kemudian kecewalah semua penguasa yang degil.

14:16. Di belakangnya Jahanam, dan dia diberi minum air nanah,

14:17. Yang dia hirup, dan hampir-hampir dia tidak boleh menelannya, dan kematian datang kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak boleh mati; dan di belakangnya, azab yang keras.

14:18. Persamaan orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka: amalan-amalan mereka seperti abu, di mana angin meniupnya dengan kuat pada hari musim angin kencang. Mereka tidak berkuasa sedikit pun daripada apa yang mereka usahakan – itulah kesesatan yang jauh.

14:19. Tidakkah kamu lihat bahawa Allah cipta langit dan bumi dengan benar? Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan datangkan ciptaan yang baru,

14:20. Dan tidaklah itu sukar bagi Allah.

14:21. Mereka pergi kepada Allah, kesemuanya; kemudian berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong, “Kami adalah pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna sedikit pun kepada kami terhadap azab Allah?” Mereka berkata, “Jika Allah beri petunjuk kepada kami, tentu kami beri petunjuk kepada kamu. Sama sahaja bagi kita; sama ada kita tidak boleh tahan, atau kita sabar – kita tidak ada tempat lari.”

14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, “Sesungguhnya Allah telah janjikan kamu satu janji yang benar, dan aku janjikan kamu, kemudian aku mungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku seru kamu, dan kamu sahut aku. Maka jangan kamu cela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat tolong kamu, dan tidak juga kamu dapat tolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu.” Bagi orang-orang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.

14:23. Tetapi bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik dimasukkan ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, “Salam!”

14:24. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah buat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik – akarnya teguh, dan cabangnya di langit,

14:25. Ia memberi hasilnya setiap masa dengan izin Pemeliharanya. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan bagi manusia supaya mereka mengingati.

14:26. Dan persamaan kata yang buruk seperti pokok yang buruk – membantun di atas bumi, tanpa kestabilan.

14:27. Allah meneguhkan orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; dan Allah sesatkan orang-orang zalim; dan Allah buat apa Dia hendaki.

14:28. Tidakkah kamu lihat orang-orang yang menukar rahmat Allah dengan ketidakpercayaan (kekafiran), dan menempatkan kaum mereka di tempat tinggal kebinasaan?

14:29. Jahanam, di dalamnya mereka dipanggang; buruknya satu kestabilan!

14:30. Dan mereka adakan rakan-rakan bagi Allah supaya mereka menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, “Maka gembiralah kamu ! Kepulangan kamu ialah Api.”

14:31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan.

14:32. Allah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan dari langit, air; dengannya Dia keluarkan buah-buahan untuk menjadi rezeki kamu. Dan Dia tundukkan untuk kamu kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintah-Nya; dan Dia tundukkan sungai-sungai untuk kamu.

14:33. Dan Dia tundukkan untuk kamu matahari dan bulan, yang sentiasa beredar, dan Dia tundukkan untuk kamu, malam dan siang.

14:34. Dan Dia beri kamu segala yang kamu minta kepada-Nya. Jika kamu hitung rahmat Allah, kamu tidak dapat jumlahkannya; sesungguhnya manusia sangat aniaya, berdegil dalam ketidakpercayaan.

14:35. Dan apabila Ibrahim berkata, “Wahai Pemeliharaku, buatkan tanah (negeri) ini aman, dan jauhkan aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.

14:36. Wahai Pemeliharaku, mereka sudah sesatkan ramai manusia. Maka sesiapa ikut aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.

14:37. Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.

14:38. Wahai Pemelihara kami, Engkau tahu apa yang kami sembunyikan, dan apa yang kami siarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.

14:39. Segala puji bagi Allah yang beri aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar seruan (doa).

14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah seruanku (doaku).

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila hitungan didirikan.”

14:42. Jangan sangka Allah lalai daripada apa yang orang-orang zalim buat; Dia hanya beri tangguh kepada mereka hingga satu hari apabila mata-mata menatap dengan tajam,

14:43. Apabila mereka berlari dengan menjulurkan leher, dan kepala tercancang, gerlingan mereka tidak kembali kepada mereka, dan hati mereka kosong.

14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka, dan orang-orang buat kezaliman berkata, “Wahai Pemelihara kami, tangguhkan kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan sahut seruan Engkau, dan ikut Rasul-Rasul.” “Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?

14:45. Dan kamu tinggal di tempat-tempat tinggal orang-orang yang menzalimi diri-diri mereka sendiri, dan menjadi jelas bagi kamu bagaimana Kami lakukan terhadap mereka, dan bagaimana Kami adakan persamaan-persamaan bagi kamu.”

14:46. Mereka buat tipu daya dengan tipu daya mereka, dan tipu daya mereka adalah di sisi Allah, walaupun tipu daya mereka yang dapat mengalihkan gunung-gunung.

14:47. Maka jangan sangka Allah mungkiri janji-Nya kepada Rasul-Rasul-Nya; sesungguhnya Allah Perkasa, Pendendam.

14:48. Pada hari bumi ditukar kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.

14:49. Dan kamu lihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama dalam belenggu.

14:50. Daripada gala-gala adalah baju-baju mereka, muka (wajah) mereka ditutupi oleh Api.

14:51. Kerana Allah akan balas tiap-tiap jiwa atas usahanya; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.

14:52. Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka tahu bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang empunya minda mengingati.

Surah 15
AL-HIJR

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

15:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur’an yang jelas.

15:2. Boleh jadi orang-orang tidak percaya inginkan bahawa mereka adalah muslim.

15:3. Tinggalkan mereka untuk makan, dan untuk mereka gembira, dan untuk dipesongkan dengan angan-angan; kelak mereka akan tahu.

15:4. Kami tidak musnahkan sebuah bandaraya melainkan ada baginya kitab (ketentuan) yang diketahui.

15:5. Dan tiada umat mendahului tempohnya, dan tidak juga mengundurkannya.

15:6. Mereka berkata, “Kamu, yang Peringatan diturunkan, kamu sesungguhnya telah dirasuk.

15:7. Mengapa kamu tidak datangkan malaikat-malaikat kepada kami, jika kamu berkata benar?”

15:8. Kami tidak turunkan malaikat-malaikat melainkan dengan benar; kemudian mereka tidak ditangguhkan.

15:9. Kamilah yang turunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.

15:10. Sesungguhnya Kami telah utus sebelum kamu, di kalangan golongan-golongan orang dahulu kala,

15:11. Dan seseorang Rasul tidak datang kepada mereka melainkan mereka memperolok-olokkannya.

15:12. Begitulah Kami susupkan ke dalam hati orang-orang yang berdosa.

15:13. Mereka tidak percayainya, walaupun sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu.

15:14. Walaupun Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu di langit, dan mereka terus naik ke dalamnya,

15:15. Tentu mereka berkata, “Mata (penglihatan) kami telah dikaburkan; tidak, kami adalah kaum yang kena sihir!”

15:16. Kami letak di langit gugusan bintang, dan nampakkannya indah bagi orang-orang yang memandang.

15:17. Dan jaga mereka daripada tiap-tiap syaitan yang direjam.

15:18. Kecuali yang mendengar dengan curi, dan dia diikuti api yang nyata.

15:19. Dan bumi, Kami bentangkannya, dan lemparkan di atasnya gunung-gunung, dan Kami tumbuhkan di dalamnya segala sesuatu yang ditimbang dengan patut.

15:20. Di dalamnya buatkan untuk kamu penghidupan, dan untuk mereka yang kamu tidak beri rezeki.

15:21. Tiada sesuatu melainkan perbendaharaannya adalah di sisi Kami, dan Kami tidak turunkannya melainkan dengan ukuran yang diketahui.

15:22. Kami utus angin untuk menyuburkan, dan Kami turunkan dari langit air, kemudian Kami berikannya kepada kamu untuk minum, dan kamu bukan bendahari-bendaharinya.

15:23. Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah pewaris-pewaris.

15:24. Kami tahu orang-orang antara kamu yang mendahului, dan Kami tahu orang-orang yang ketinggalan di belakang.

15:25. Dan Pemelihara kamu, Dia yang mengumpul mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.

15:26. Sesungguhnya Kami cipta manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk.

15:27. Dan jin, Kami cipta sebelumnya daripada api yang membakar.

15:28. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, “Sesungguhnya, Aku cipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk,

15:29. Apabila Aku sudah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu bersujud kepadanya.

15:30. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya.

15:31. Kecuali Iblis; ia enggan menjadi antara orang-orang yang sujud.

15:32. Berkatalah Dia, “Wahai Iblis, apakah sebabnya kamu tidak bersama orang-orang yang sujud?”

15:33. Berkata, “Aku tidak akan sujud kepada makhluk yang Engkau cipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk.”

15:34. Berkata Dia, “Maka keluarlah kamu darinya; kamu adalah direjam,

15:35. Ke atas kamu laknat hingga Hari Agama (Pengadilan).”

15:36. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan.”

15:37. Berkata Dia, “Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,

15:38. Hingga hari, waktu yang diketahui.”

15:39. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah buat aku bersalah, aku akan nampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan buat mereka bersalah, kesemuanya,

15:40. Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus.”

15:41. Berkata Dia, “Ini, bagi-Ku, adalah jalan lurus,

15:42. Kepada hamba-hamba-Ku, kamu tidak ada kuasa, kecuali orang-orang yang ikut kamu, yang bersalah.

15:43. Jahanam jadi janji temu mereka, kesemuanya.

15:44. Baginya tujuh pintu, dan ke dalam tiap-tiap pintu, satu bahagian yang sudah ditentukan daripada mereka.”

15:45. Tetapi orang-orang bertakwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.

15:46. “Masuklah ke dalamnya, dengan sejahtera, aman!”

15:47. Kami cabut perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; seperti bersaudara, mereka berada di atas sofa-sofa berhadapan muka.

15:48. Keletihan tidak sentuh mereka di dalamnya, dan tidak juga mereka akan dikeluarkan darinya.

15:49. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih,

15:50. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.

15:51. Dan beritahu mereka mengenai tetamu-tetamu Ibrahim,

15:52. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, “Salam!” Dia berkata, “Sesungguhnya kami takut pada kamu.”

15:53. Mereka berkata, “Jangan takut; sesungguhnya kami beri kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim.”

15:54. Berkata, “Apa, adakah kamu beri aku berita gembira walaupun umur tua telah menyentuhku? Dengan apakah kamu beri aku berita gembira?”

15:55. Mereka berkata, “Kami beri kamu berita gembira yang benar. Jangan kamu termasuk orang-orang yang berputus asa.”

15:56. Berkata, “Dan siapakah yang berputus asa daripada pengasihan Pemeliharanya, melainkan orang-orang sesat?”

15:57. Berkata, “Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?”

15:58. Mereka berkata, “Kami diutus kepada kaum yang berdosa,

15:59. Kecuali keluarga Lut; mereka akan kami selamatkan kesemuanya,

15:60. Kecuali isterinya; kami tentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang yang tinggal.”

15:61. Maka, apabila para utusan datang kepada keluarga Lut,

15:62. Dia berkata, “Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal.”

15:63. Mereka berkata, “Tidak, tetapi kami datangkan kepada kamu mengenai apa yang mereka ragui.

15:64. Kami datang kepada kamu dengan yang benar, dan sesungguhnya kami berkata benar.

15:65. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian malam, dan ikutlah di belakang mereka, dan jangan seseorang daripada kamu berpaling ke belakang; dan bertolaklah ke tempat yang kamu diperintah.”

15:66. Dan Kami tentukan kepadanya perintah itu, bahawa sisa-sisa terakhir mereka dipotong pada waktu pagi.

15:67. Dan penduduk kota itu datang, mereka gembira.

15:68. Berkata, “Mereka ini tetamuku; jangan malukan aku.

15:69. Dan takutilah Allah, dan jangan aibkan aku.”

15:70. Mereka berkata, “Tidakkah kami telah larang kamu daripada semua alam?”

15:71. Berkata, “Mereka ini anak-anak perempuanku, jika kamu mahu lakukan.”

15:72. Demi umur kamu, mereka merayau-rayau membabi buta dalam kekaburan mereka,

15:73. Dan Teriakan ambil mereka pada waktu matahari terbit,

15:74. Dan Kami terbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan hujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar.

15:75. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang menandakan.

15:76. Sesungguhnya ia adalah di satu jalan yang masih berada.

15:77. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin.

15:78. Sesungguhnya penduduk Aikah (hutan belukar) adalah orang-orang zalim.

15:79. Dan Kami lepaskan dendam kepada mereka. Kedua-dua mereka adalah di atas imam (jalan) yang nyata.

15:80. Penduduk al-Hijr mendustakan para utusan.

15:81. Kami beri mereka ayat-ayat Kami, tetapi mereka berpaling daripadanya.

15:82. Mereka memahat gunung-gunung menjadi rumah-rumah yang aman.

15:83. Dan Teriakan ambil mereka pada waktu pagi.

15:84. Apa yang mereka usahakan tidak berguna bagi mereka.

15:85. Kami tidak ciptakan langit dan bumi dan apa-apa di antara keduanya melainkan dengan benar. Sesungguhnya Saat pasti datang; maka kamu maafkanlah dengan permaafan yang manis.

15:86. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.

15:87. Kami beri kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur’an yang besar.

15:88. Jangan kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami beri untuk bersenang pasangan-pasangan antara mereka, dan jangan kamu sedih terhadap mereka, dan rendahkanlah sayap kamu terhadap orang-orang mukmin.

15:89. Dan katakan, “Sesungguhnya aku ialah pemberi amaran yang jelas.”

15:90. Maka Kami turunkannya kepada orang-orang yang membahagi-bahagi,

15:91. Yang memecahkan al-Qur’an kepada bahagian-bahagian.

15:92. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan tanya mereka kesemuanya.

15:93. Mengenai apa yang mereka buat.

15:94. Maka berterus-teranglah dengan apa yang kamu diperintah, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.

15:95. Kami adalah mencukupi bagi kamu terhadap orang-orang yang memperolok-olokkan,

15:96. Orang-orang yang adakan berserta Allah tuhan lain. Sungguh mereka akan tahu.

15:97. Sesungguhnya Kami tahu bahawa dada kamu jadi sempit dengan apa mereka kata.

15:98. Dan sanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu, dan jadilah antara orang-orang yang sujud,

15:99. Dan sembahlah Pemelihara kamu sehingga yang Yakin datang kepada kamu.

Surah 16
LEBAH

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

16:1. Perintah Allah pasti datang; maka jangan minta disegerakan. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

16:2. Dia turunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya, “Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!”

16:3. Dia cipta langit dan bumi dengan benar; tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

16:4. Dia cipta manusia daripada setitis mani; dan tiba-tiba, dia jadi penentang yang nyata.

16:5. Dan binatang ternak, Dia ciptakan untuk kamu; padanya kehangatan, dan pelbagai manfaat, dan daripadanya kamu makan.

16:6. Dan terdapat kecantikan padanya bagi kamu, apabila kamu membawanya pulang untuk merehatkan, dan apabila kamu melepaskannya keluar.

16:7. Dan mereka angkut beban-beban kamu ke sebuah negeri yang kamu tidak akan sampai padanya, melainkan dengan banyak kesusahan diri. Sesungguhnya Pemelihara kamu Lembut, Pengasih.

16:8. Dan kuda, dan baghal, dan keledai, untuk kamu tunggangi mereka, dan sebagai perhiasan; dan Dia cipta apa yang kamu tidak tahu.

16:9. Atas Allah untuk tunjukkan jalan, dan sebahagian ada yang menyimpang daripadanya. Jika Dia hendaki, tentu Dia beri petunjuk kepada kamu kesemuanya.

16:10. Dia yang turunkan kepada kamu dari langit, air, untuk kamu minum daripadanya, dan daripadanya pokok-pokok, untuk kamu biarkan ternakan kamu makan.

16:11. Dan dengannya Dia tumbuhkan untuk kamu tanaman, dan zaitun, dan palma, dan anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.

16:12. Dan Dia tundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

16:13. Dan apa yang Dia cipta untuk kamu di bumi yang bermacam-macam warnanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mengingati.

16:14. Dia yang tundukkan untuk kamu laut, supaya kamu makan daripadanya daging yang segar, dan keluarkan daripadanya perhiasan-perhiasan untuk kamu pakai; dan supaya kamu lihat kapal-kapal membelahinya; dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu berterima kasih.

16:15. Dan Dia lemparkan di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan sungai-sungai, dan jalan-jalan, supaya kamu dapat petunjuk.

16:16. Dan tanda-tanda jalan; dan dengan bintang-bintang mereka dapat petunjuk.

16:17. Adakah Yang mencipta sama dengan yang tidak mencipta? Tidakkah kamu mengingati?

16:18. Jika kamu hitung rahmat Allah, kamu tidak dapat jumlahkannya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

16:19. Dan Allah tahu apa yang kamu rahsiakan, dan apa yang kamu siarkan.

16:20. Dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Allah, tidak cipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan,

16:21. Sudah mati, tidak hidup, dan tidak sedar bila mereka akan dibangkitkan.

16:22. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu. Dan orang-orang tidak percayai akhirat, hati mereka menafikan, dan mereka sombong.

16:23. Tidak syaklah bahawa Allah tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan; sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang sombong.

16:24. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Apakah yang Pemelihara kamu turunkan?” Mereka berkata, “Dongeng orang-orang dahulu kala.”

16:25. Supaya mereka bawa beban mereka dengan genap pada Hari Kiamat, dan sebahagian beban orang-orang yang mereka sesatkan tanpa sebarang pengetahuan. Alangkah buruknya apa yang mereka dibebankan!

16:26. Orang-orang sebelum mereka buat tipu daya; kemudian Allah datang kepada bangunan mereka dari dasar-dasarnya, lalu bumbungnya jatuh kepada mereka dari atas mereka, dan azab datang kepada mereka dari tempat mereka tidak sedar.

16:27. Kemudian pada Hari Kiamat, Dia aibkan mereka, dengan berkata, “Di manakah sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?” Orang-orang diberi pengetahuan berkata, “Kerendahan hari ini, dan keburukan, adalah ke atas orang-orang tidak percaya,

16:28. Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri.” Kemudian mereka lemparkan ketundukan, “Kami tidak buat jahat.” “Tidak, tetapi sesungguhnya Allah tahu apa kamu buat,

16:29. Maka masuklah pintu-pintu Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya.” Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!

16:30. Dan dikatakan kepada orang-orang bertakwa, “Apakah yang Pemelihara kamu turunkan?” Mereka berkata, “Baik!” Bagi orang-orang buat baik di dunia, baik; dan sungguh, tempat kediaman akhirat adalah lebih baik; sangat baiknya tempat tinggal orang-orang bertakwa,

16:31. Taman-Taman Adn, mereka masuk ke dalamnya, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya mereka dapati apa yang mereka hendak. Begitulah Allah balas orang-orang bertakwa,

16:32. Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, “Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa kamu buat.”

16:33. Adakah mereka menanti-nanti, melainkan bahawa malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau datang perintah Pemelihara kamu? Begitulah orang-orang sebelum mereka buat, dan Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

16:34. Maka kejahatan-kejahatan yang mereka buat menimpa mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

16:35. Orang-orang yang sekutukan berkata, “Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak sembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan, selain daripada Dia, sesuatu.” Begitulah orang-orang sebelum mereka buat; tiada atas Rasul-Rasul, melainkan untuk sampaikan yang jelas.

16:36. Sesungguhnya Kami telah bangkitkan dalam tiap-tiap umat seorang Rasul, “Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut.” Kemudian antara mereka ada yang Allah beri petunjuk, dan antara mereka wajar dengan kesesatan. Maka mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.

16:37. Walaupun kamu sangat inginkan untuk beri petunjuk kepada mereka, Allah tidak beri petunjuk kepada orang-orang Dia sesatkan; mereka tidak ada penolong-penolong.

16:38. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa Allah tidak akan bangkitkan orang yang mati; tidak, ia adalah satu janji yang mengikat-Nya tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

16:39. Supaya Dia jelaskan kepada mereka apa yang mereka selisihkan, dan supaya orang-orang tidak percaya tahu bahawa mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

16:40. Hanya perkataan-perkataan yang Kami kata kepada sesuatu, apabila Kami hendakinya, ialah bahawa Kami ucapkan padanya, “Jadilah”, maka jadilah ia.

16:41. Dan orang-orang yang hijrah kerana Allah setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan tempatkan mereka di dunia di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah lebih besar jika mereka tahu,

16:42. Orang-orang yang sabar, dan tawakal (mempercayakan) kepada Pemelihara mereka.

16:43. Kami tidak utus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami wahyukan. Tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak tahu.

16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami turunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka fikirkan.

16:45. Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang buat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan buatkan bumi telan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak sedar?

16:46. Atau, bahawa Dia tidak akan ambil mereka dalam ulang-alik mereka, dan mereka tidak dapat mengandaskan-Nya?

16:47. Atau, bahawa Dia tidak ambil mereka, sedikit demi sedikit, dengan menghancurkan mereka? Sesungguhnya Pemelihara kamu Lembut, Pengasih.

16:48. Tidakkah mereka renungkan segala sesuatu yang Allah ciptakan yang menebarkan bayangnya ke kanan dan ke kiri, bersujud kepada Allah dengan merendah diri?

16:49. Kepada Allah sujud Segala di langit, dan tiap-tiap makhluk yang merayap di bumi, dan para malaikat. Mereka tidak sombong.

16:50. Mereka takut kepada Pemelihara mereka yang di atas mereka, dan mereka buat apa yang mereka diperintah.

16:51. Allah berkata, “Jangan ambil untuk kamu dua tuhan. Dia hanyalah Tuhan Yang Satu; maka kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.”

16:52. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; untuk-Nya agama yang kekal. Maka adakah kepada selain daripada Allah kamu bertakwa?

16:53. Apa sahaja rahmat yang ada pada kamu, ia adalah daripada Allah; kemudian apabila mudarat sentuh kamu, kepada-Nya kamu melaung-laung.

16:54. Kemudian, apabila Dia hilangkan mudarat daripada kamu, tiba-tiba segolongan antara kamu sekutukan Pemelihara mereka,

16:55. Kerana mereka tidak percaya kepada apa yang Kami beri mereka. Maka gembiralah kamu ; kelak kamu akan tahu.

16:56. Dan mereka buatkan sebahagian daripada apa yang Kami rezekikan mereka kepada apa yang mereka tidak tahu. Demi Allah, kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu ada-adakan.

16:57. Dan mereka adakan bagi Allah anak-anak perempuan; Dia disanjung! Bagi mereka apa yang mereka inginkan.

16:58. Dan apabila seseorang daripada mereka diberi berita gembira dengan seorang (anak) perempuan, mukanya jadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya,

16:59. Sambil dia sembunyikan diri daripada kaum kerana keburukan berita gembira yang diberi kepadanya; sama ada dia akan peliharanya dengan hina, atau dia injakkannya ke dalam tanah. Alangkah jahat apa yang mereka putuskan!

16:60. Orang-orang tidak percayai akhirat, baginya persamaan yang buruk; bagi Allah persamaan yang tinggi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

16:61. Jika Allah pertanggungjawabkan manusia kerana kezaliman mereka, tidaklah Dia tinggalkan di atasnya satu makhluk yang merayap; tetapi Dia tangguhkan mereka ke satu tempoh yang dinyatakan; dan apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan undurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.

16:62. Mereka adakan bagi Allah apa yang mereka benci; dan lidah mereka terangkan dusta bahawa yang paling baik adalah bagi mereka. Tidak syaklah bahawa bagi mereka ialah Api, dan bahawa merekalah orang-orang yang segera dimasukkan.

16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah utus kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan nampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.

16:64. Dan Kami tidak turunkan kepada kamu Kitab melainkan supaya kamu menjelaskan kepada mereka apa yang padanya mereka selisihkan, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang percayai.

16:65. Dan Allah turunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar.

16:66. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, antara kotoran dan darah, susu yang tulen, enak bagi peminum-peminum.

16:67. Dan daripada buah-buahan palma dan anggur, kamu ambil daripadanya minuman yang memabukkan, dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang faham.

16:68. Dan Pemelihara kamu wahyukan lebah, “Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka bangunkan.

16:69. Kemudian makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang kepergiannya.” Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.

16:70. Allah cipta kamu; kemudian Dia matikan kamu; dan antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur paling hina, bahawa setelah tahu sesuatu, mereka tidak tahu apa-apa; sesungguhnya Allah Mengetahui, Berkuasa.

16:71. Dan Allah lebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan serah rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki supaya mereka jadi sama. Apa, dan adakah mereka sangkal rahmat Allah?

16:72. Allah buatkan untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia buatkan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia rezekikan kamu daripada benda-benda yang baik. Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan adakah mereka tidak percaya kepada rahmat Allah?

16:73. Dan mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak ada kuasa untuk memberi rezeki kepada mereka sedikit pun dari langit dan bumi, dan tidak boleh buat apa-apa?

16:74. Maka jangan buat persamaan bagi Allah; sesungguhnya Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

16:75. Allah buat satu persamaan: seorang hamba yang dimiliki tuannya yang tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan orang yang Kami rezekikan daripada Kami Sendiri dengan rezeki yang baik, dan dia nafkahkan daripadanya secara rahsia dan terang-terangan. Adakah mereka sama? Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

16:76. Allah buat satu persamaan: dua lelaki, seorang daripada mereka bisu, tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan dia menjadi beban kepada tuannya – di mana sahaja dia hadapkannya, dia tidak datangkan kebaikan. Adakah dia sama dengan orang yang menyuruh pada keadilan, dan berada di atas jalan lurus?

16:77. Kepunyaan Allah keghaiban di langit dan bumi. Dan urusan Saat seperti sekelip mata, atau lebih dekat. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

16:78. Lalu Allah keluarkan kamu dengan tidak tahu sesuatu dari rahim ibu-ibu kamu, dan Dia buatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati, supaya kamu berterima kasih.

16:79. Tidakkah mereka renungkan burung-burung yang ditundukkan di udara di langit? Tiada yang menahannya melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

16:80. Dan Allah buatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan buatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu dapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.

16:81. Dan Allah buatkan untuk kamu lindungan daripada apa dia cipta, dan Dia buatkan untuk kamu, daripada gunung-gunung, tempat perlindungan dan Dia buatkan untuk kamu baju-baju untuk melindungi kamu daripada panas, dan baju-baju untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri. Begitulah Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu supaya kamu tunduk patuh.

16:82. Maka, jika mereka berpaling, bagi kamu hanya untuk sampaikan yang jelas.

16:83. Mereka mengenali rahmat Allah, kemudian mereka menafikannya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang tidak percaya (kafir).

16:84. Dan pada hari Kami bangkitkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, kemudian bagi orang-orang tidak percaya tidak diizinkan, dan tidak juga mereka diredai.

16:85. Dan apabila orang-orang buat kezaliman melihat azab, ia tidak diringankan untuk mereka, dan tiada tangguh akan diberi kepada mereka.

16:86. Dan apabila orang-orang yang sekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami seru selain daripada Engkau.” Mereka lemparkan kembali kepada mereka ucapan, “Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta.”

16:87. Dan mereka lemparkan kepada Allah ketundukan pada hari itu, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.

16:88. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, merekalah yang Kami tambahkan azab di atas azab kerana mereka buat kerosakan.

16:89. Dan pada hari Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi ke atas mereka daripada diri-diri mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu. Dan Kami turunkan kepada kamu al-Kitab, penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, dan sebagai berita gembira, bagi orang-orang muslim.

16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh buat keadilan, dan buat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.

16:91. Tepatilah perjanjian Allah apabila kamu buat perjanjian, dan jangan langgar sumpah-sumpah setelah kukuhkannya, dan kamu buat Allah penjamin kamu; sesungguhnya Allah tahu apa kamu buat.

16:92. Dan jangan jadi seperti perempuan yang memutuskan benangnya, setelah ia ditenun dengan kuat, kepada serabut, dengan mengambil sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, kerana kamu umat yang lebih ramai daripada umat lain. Allah hanya menguji kamu dengannya; dan sungguh Dia akan menjelaskan kepada kamu pada Hari Kiamat apa yang kamu padanya kamu selisihkan.

16:93. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi Dia sesatkan siapa Dia hendaki, dan beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki; dan sungguh, kamu akan ditanya mengenai apa kamu buat.

16:94. Jangan jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, supaya kaki tidak tergelincir setelah ia berdiri teguh, dan kamu akan rasakan keburukan kerana kamu halangi jalan Allah, dan bagi kamu, azab yang besar.

16:95. Dan jangan jual perjanjian Allah untuk harga yang sedikit; sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.

16:96. Apa yang ada pada kamu akan habis, tetapi apa yang ada di sisi Allah kekal; dan sungguh Kami akan balas orang-orang yang sabar dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa mereka buat.

16:97. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan balas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa mereka buat.

16:98. Apabila kamu baca al-Qur’an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

16:99. Ia tidak ada kuasa terhadap orang-orang yang percaya, dan tawakal kepada Pemelihara mereka.

16:100. Kuasanya adalah terhadap orang-orang yang jadikannya sahabat mereka, dan orang-orang yang sekutukan.

16:101. Dan apabila Kami tukar satu ayat pada tempat ayat lain, dan Allah sangat-sangat tahu apa yang Dia turunkan, mereka berkata, “Kamu hanya mengada-adakan!” Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

16:102. Katakanlah, “Roh Qudus (Suci) turunkannya daripada Pemelihara kamu dengan benar, dan untuk meneguhkan orang-orang yang percaya, dan menjadi satu petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang muslim.”

16:103. Dan Kami tahu bahawa mereka berkata, “Hanya seorang manusia yang mengajar dia.” Lisan (bahasa) orang yang padanya mereka cerca bukanlah Arab, sedang yang ini adalah dalam bahasa Arab yang jelas.

16:104. Orang-orang tidak percayai ayat-ayat Allah, Allah tidak beri petunjuk; bagi mereka, azab yang pedih.

16:105. Mereka hanya ada-adakan dusta, yang tidak percayai ayat-ayat Allah, dan mereka itu, merekalah pendusta-pendusta.

16:106. Sesiapa tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya – kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya – tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.

16:107. Itu kerana mereka lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat, dan bahawa Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.

16:108. Mereka itu, Allah letak penutup pada hati mereka, dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

16:109. Tidak syak, di akhirat merekalah orang-orang yang rugi.

16:110. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi orang-orang yang hijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang dan sabar, sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu, Pengampun, Pengasih.

16:111. Pada hari tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi.

16:112. Allah buat satu persamaan: sebuah bandaraya yang aman, tenteram, rezekinya datang kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya (kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan ketakutan kerana apa yang mereka kerjakan.

16:113. Sesungguhnya telah datang kepada mereka seorang Rasul daripada kalangan mereka, tetapi mereka dustakannya; maka mereka diambil oleh azab sedang mereka orang-orang zalim.

16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.

16:115. Hanya benda-benda ini Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

16:116. Dan jangan kata apa yang lidah kamu terangkan dengan dusta, “Ini halal, dan ini haram,” supaya kamu ada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.

16:117. Sedikit kesenangan, kemudian bagi mereka, azab yang pedih.

16:118. Dan orang-orang Yahudi, Kami telah haramkan mereka apa yang Kami ceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.

16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu – bagi orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan – sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.

16:120. Sesungguhnya Ibrahim ialah satu umat yang patuh kepada Allah, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan.

16:121. Yang mensyukuri (berterima kasih) akan rahmat-Nya; Dia memilihnya, dan Dia berikannya petunjuk pada jalan lurus.

16:122. Dan Kami beri dia di dunia yang baik, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang salih.

16:123. Kemudian Kami wahyukan kamu, “Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan.”

16:124. Sabat hanya dibuat ke atas orang-orang yang berselisih padanya; sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.

16:126. Dan jika kamu membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang kamu dibalas (ditimpa), dan sesungguhnya jika kamu sabar, ia yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

16:127. Dan sabarlah; kesabaran kamu hanya dengan (pertolongan) Allah. Dan jangan sedih terhadap mereka, dan jangan kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka perdayakan.

16:128. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang bertakwa, dan orang-orang buat baik.

Surah 17
BANI ISRAIL

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

17:1. Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

17:2. Kami beri Musa Kitab, dan membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, “Jangan ambil untuk kamu sebarang wakil selain daripada Aku.”

17:3. Keturunan orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh; dia seorang hamba yang berterima kasih.

17:4. Dan Kami telah tentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, “Kamu akan buat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar.”

17:5. Maka, apabila janji yang pertama daripada keduanya datang, Kami bangkitkan terhadap kamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang sangat, dan mereka menggeledah melintasi tempat-tempat tinggal, dan itu, satu janji yang dilakukan.

17:6. Kemudian Kami kembalikan kepada kamu giliran terhadap mereka, dan Kami bantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan Kami buat kamu satu kumpulan yang lebih besar.

17:7. “Jika kamu buat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu buat baik, dan jika kamu buat jahat, ia adalah kepadanya yang serupa.” Kemudian, apabila janji yang akhir datang, untuk memburuk-burukkan muka-muka kamu, dan untuk masuk masjid sebagaimana mereka masuk pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan kebinasaan, apa yang mereka meninggikan.

17:8. Mudah-mudahan Pemelihara kamu kasihani kamu; tetapi jika kamu kembali, Kami akan kembali; dan Kami buatkan Jahanam sebuah penjara bagi orang-orang tidak percaya.

17:9. Sesungguhnya al-Qur’an ini beri petunjuk pada jalan paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar,

17:10. Dan bahawa orang-orang tidak percayai akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih.

17:11. Manusia seru untuk kejahatan seperti dia seru untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa.

17:12. Kami buatkan malam dan siang sebagai dua ayat; kemudian Kami hapuskan ayat malam, dan Kami buatkan ayat siang untuk melihat supaya kamu cari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu tahu bilangan tahun, dan hitungan; dan segala sesuatu Kami jelaskan dengan cukup jelas.

17:13. Dan tiap-tiap manusia, Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami keluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia temuinya terbuka.

17:14. “Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu.”

17:15. Sesiapa dapat petunjuk, dia hanya dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanya baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak pikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami bangkitkan seorang Rasul.

17:16. Dan apabila Kami hendak musnahkan sebuah bandaraya, Kami perintahkan orang-orangnya yang hidup mewah, lalu mereka lakukan kefasiqan di dalamnya, kemudian wajarlah Ucapan ke atasnya, dan Kami binasakannya sama sekali.

17:17. Berapa banyaknya generasi yang Kami musnahkan selepas Nuh! Cukuplah Pemelihara kamu sebagai yang menyedari dan melihat kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya.

17:18. Sesiapa hendak kesegeraan (dunia ini), Kami segerakan baginya di dalamnya apa yang Kami hendaki kepada sesiapa Kami hendaki; kemudian Kami berikannya Jahanam, di dalamnya dia dipanggang, dengan terkutuk, terbuang.

17:19. Dan sesiapa hendak akhirat, dan berusaha untuknya dengan usahanya yang sebenar, sedang dia seorang mukmin – mereka itu, usaha mereka disyukuri.

17:20. Masing-masing Kami bantu, mereka ini dan mereka itu, daripada kurnia Pemelihara kamu; dan kurnia Pemelihara kamu tidak terbatas.

17:21. Perhatikan bagaimana Kami lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian lain! Dan sesungguhnya akhirat adalah lebih besar darjatnya, lebih besar kelebihannya.

17:22. Jangan adakan berserta Allah tuhan lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan.

17:23. Pemelihara kamu tentukan bahawa kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia, dan buat baik kepada ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka sampai umur tua di sisi kamu, maka jangan berkata kepada mereka, “Cis!”, dan jangan juga herdik mereka, tetapi ucaplah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.

17:24. Dan rendahkanlah kepada mereka sayap rendah diri daripada pengasihan, dan katakan, “Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka pelihara aku semasa aku kecil.”

17:25. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu apa yang di dalam jiwa kamu jika kamu orang-orang salih (baik); sesungguhnya Dialah Pengampun kepada orang-orang yang kesal.

17:26. Dan berikan sanak saudara haknya, dan orang-orang miskin, dan musafir; dan jangan boros, memboroskan.

17:27. Orang-orang yang boros adalah saudara syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.

17:28. Tetapi jika kamu berpaling daripada mereka, untuk inginkan pengasihan daripada Pemelihara kamu yang kamu harapkan, maka ucaplah kepada mereka perkataan-perkataan yang lemah lembut.

17:29. Dan jangan buatkan tangan kamu terbelenggu pada leher kamu, dan jangan juga menjulurkannya dengan segala huluran, atau kamu akan duduk tercela, menyesal.

17:30. Sesungguhnya Pemelihara kamu menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.

17:31. Dan jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami beri rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.

17:32. Dan jangan dekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.

17:33. Dan jangan bunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa dibunuh dengan tidak adil, Kami beri walinya (warisnya) kuasa; tetapi jangan dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.

17:34. Dan jangan dekati harta anak yatim melainkan dengan cara paling baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah perjanjian; sesungguhnya perjanjian ditanya.

17:35. Dan tepatilah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus; itu lebih baik, dan lebih baik kesudahannya.

17:36. Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati – semua itu ditanya.

17:37. Dan jangan berjalan di bumi dengan sangat gembira; sesungguhnya kamu tidak dapat pecah belahkan bumi, dan kamu tidak akan sampai ketinggian gunung-gunung.

17:38. Semuanya itu, kejahatannya dibenci di sisi Pemelihara kamu.

17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu wahyukan kamu; jangan adakan berserta Allah tuhan lain, atau kamu dilempar ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.

17:40. Apa, adakah Pemelihara kamu pilihkan untuk kamu anak-anak lelaki, dan Dia ambil untuk-Nya daripada para malaikat perempuan? Ia adalah satu yang besar kamu ucapkan.

17:41. Kami mengulang-ulangi di dalam al-Qur’an ini, supaya mereka ingat; tetapi ia menambahkan mereka hanya dalam pelarian.

17:42. Katakanlah, “Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka kata, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy.”

17:43. Dia disanjung! Tingginya Dia dengan ketinggian besar daripada apa mereka kata!

17:44. Tujuh langit dan bumi dan sesiapa di dalamnya menyanjung-Nya; tiada sesuatu melainkan menyanjung dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak faham sanjungan mereka. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun.

17:45. Apabila kamu baca al-Qur’an, Kami letak antara kamu dan orang-orang tidak percayai akhirat, satu tabir yang mengadang,

17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur’an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.

17:47. Kami sangat-sangat tahu bagaimana mereka mendengarkannya, apabila mereka mendengarkan kamu, dan apabila mereka berbicara rahsia, apabila orang-orang zalim berkata, “Kamu hanya ikut seorang lelaki yang kena sihir.”

17:48. Perhatikan bagaimana mereka buat persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh dapatkan jalan.

17:49. Mereka berkata, “Apa, apabila kami jadi tulang-tulang dan benda-benda yang hancur, adakah kami benar-benar dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?”

17:50. Katakanlah, “Jadilah kamu batu, atau besi,

17:51. Atau, suatu ciptaan yang lebih dahsyat menurut fikiran kamu!” Kemudian mereka berkata, “Siapakah yang akan kembalikan kami?” Katakanlah, “Dia yang memulakan kamu pada kali pertama.” Kemudian mereka menggelengkan kepala mereka kepada kamu, dan mereka berkata, “Bilakah ia?” Katakanlah, “Boleh jadi ia sudah dekat,

17:52. Pada hari Dia seru kamu, lalu kamu sahut dengan memuji-Nya, dan kamu sangka kamu tidak tinggal melainkan sebentar sahaja.”

17:53. Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan buat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

17:54. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu mengenai kamu; jika Dia hendaki, Dia kasihani kamu, atau jika Dia hendaki, Dia azab kamu. Kami tidak utus kamu jadi wakil kepada mereka.

17:55. Dan Pemelihara kamu sangat-sangat tahu semua yang di langit dan bumi; dan Kami telah lebihkan sebahagian Nabi di atas sebahagian lain; dan Kami beri Daud Zabur.

17:56. Katakanlah, “Serulah orang-orang yang kamu dakwa selain daripada Dia; mereka tidak berkuasa untuk menghilangkan mudarat daripada kamu, dan tidak juga untuk memindahkannya.”

17:57. Mereka itu, orang-orang yang mereka seru, mereka sendiri mencari jalan kepada Pemelihara mereka, siapa antara mereka yang lebih dekat; mereka mengharapkan pengasihan-Nya, dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu ditakuti.

17:58. Tiada sesebuah bandaraya, melainkan Kami musnahkannya sebelum Hari Kiamat, atau Kami mengazabnya dengan azab yang keras; itu adalah di dalam Kitab yang tertulis.

17:59. Tiada yang halangi Kami daripada mengutus ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah mendustakannya; dan Kami beri Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya. Dan Kami tidak utus ayat-ayat melainkan untuk menakut-nakutkan.

17:60. Dan apabila Kami berkata kepada kamu, “Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia”, dan Kami buatkan visi yang Kami lihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam al-Qur’an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan batas yang besar.

17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, “Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?”

17:62. Berkata, “Apakah pendapat Engkau? Yang ini Engkau muliakan di atas aku – jika Engkau beri tangguh kepadaku hingga Hari Kiamat, sungguh aku akan menguasai keturunannya, kecuali sedikit.”

17:63. Berkatalah Dia, “Pergilah! Orang-orang antara mereka yang ikut kamu – sesungguhnya Jahanamlah balasan kamu, satu balasan yang cukup!

17:64. Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!” Tetapi syaitan tidak janjikan mereka kecuali tipuan.

17:65. “Sesungguhnya kepada hamba-hamba-Ku kamu tidak ada kuasa.” Cukuplah Pemelihara kamu sebagai wakil.

17:66. Pemelihara kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut supaya kamu mencari pemberian-Nya; sesungguhnya Dia adalah Pengasih terhadap kamu.

17:67. Dan apabila mudarat sentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima kasih (kafir).

17:68. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan buat darat telankamu, atau utus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu dapati tiada wakil bagi kamu?

17:69. Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan kembalikan kamu ke dalamnya pada kali kedua, dan Dia utus kepada kamu angin taufan, dan tenggelamkan kamu kerana ketidakpercayaan kamu, kemudian kamu dapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?

17:70. Kami muliakan Bani Adam dan bawa mereka di darat dan laut, dan rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan lebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.

17:71. Pada hari Kami seru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka akan baca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.

17:72. Dan sesiapa yang buta di sini jadi buta di akhirat, dan dia jadi lebih jauh sesat daripada jalan.

17:73. Sungguh, mereka hampir-hampir goda kamu daripada apa yang Kami wahyukan kamu, supaya kamu mengada-adakan terhadap Kami yang selain daripadanya, dan kemudian tentu mereka akan ambil kamu sebagai sahabat.

17:74. Dan sekiranya Kami tidak meneguhkan kamu, sungguh, kamu hampir cenderung sedikit kepada mereka dengan sesuatu.

17:75. Kemudian tentu Kami akan merasakan kepada kamu dua kali ganda dalam kehidupan, dan dua kali ganda daripada kematian; dan kemudian kamu tentu dapati tiada sesiapa yang menolong kamu terhadap Kami.

17:76. Sungguh, mereka hampir mengejutkan kamu daripada bumi, untuk keluarkan kamu darinya, dan kemudian mereka tidak akan tinggal di belakang kamu melainkan sebentar,

17:77. Sunnah (resam) orang-orang yang Kami utus sebelum kamu, daripada Rasul-Rasul Kami, dan kamu akan dapati tiada perubahan pada sunnah Kami.

17:78. Lakukan solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur’an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

17:79. Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu bangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.

17:80. Dan katakan, “Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkan bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku.”

17:81. Dan katakan, “Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap.”

17:82. Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.

17:83. Dan apabila Kami rahmati manusia, dia berpaling dan jauhkan diri ke tepi, tetapi apabila kejahatan sentuh dia, dia berputus asa.

17:84. Katakanlah, “Tiap-tiap orang buat menurut caranya sendiri; tetapi Pemelihara kamu sangat-sangat tahu siapa dia yang lebih dapat petunjuk pada jalan.”

17:85. Mereka tanya kamu mengenai Roh. Katakanlah, “Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit.”

17:86. Jika Kami hendaki, Kami hilangkan apa yang Kami telah wahyukan kamu, kemudian kamu dapati tiada daripada itu untuk mewakili kamu terhadap Kami,

17:87. Kecuali dengan pengasihan Pemelihara kamu; sesungguhnya pemberian-Nya kepada kamu besar.

17:88. Katakanlah, “Jika manusia dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur’an ini, mereka tidak akan dapat datangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain.”

17:89. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur’an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

17:90. Mereka berkata, “Kami tidak akan percayai kamu sehingga kamu pancarkan mata air daripada bumi untuk kami,

17:91. Atau, sehingga kamu mempunyai kebun (jannah) palma dan anggur, dan kamu jadikan sungai-sungai memancar berlimpah-limpah di celah-celahnya,

17:92. Atau, sehingga kamu jatuhkan langit, sebagaimana kamu dakwa, kepada kami dalam serpihan-serpihan, atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat sebagai satu jaminan,

17:93. Atau, sehingga kamu mempunyai sebuah rumah daripada perhiasan (emas), atau sehingga kamu naik ke langit; dan kami tidak akan percayai kenaikan kamu sehingga kamu turunkan kepada kami sebuah kitab supaya kami membacanya.” Katakanlah, “Pemeliharaku disanjung! Tidakkah aku hanya seorang manusia, seorang Rasul?”

17:94. Dan tiada yang halang manusia daripada percaya apabila petunjuk datang kepada mereka melainkan mereka berkata, “Adakah Allah bangkitkan seorang manusia sebagai Rasul?”

17:95. Katakanlah, “Sekiranya ada di bumi malaikat-malaikat yang berjalan-jalan dengan tenteram, tentu Kami turunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai Rasul.”

17:96. Katakanlah, “Cukuplah Allah sebagai saksi, antara aku dan kamu; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.”

17:97. Sesiapa Allah beri petunjuk, dia dapat petunjuk yang benar; dan sesiapa Dia sesatkan, kamu tidak akan dapati bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan kumpul mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami tambahkan bagi mereka yang Menyala.

17:98. Itu balasan mereka kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, dan berkata, “Apa, apabila kami jadi tulang-tulang dan benda-benda yang hancur, adakah kami benar-benar dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?”

17:99. Tidakkah mereka lihat bahawa Allah, yang cipta langit dan bumi, berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Dia tentukan bagi mereka satu tempoh, yang tiada keraguan padanya; namun begitu, orang-orang zalim menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

17:100. Katakanlah, “Jika kamu miliki perbendaharaan pengasihan Pemeliharaku, jika demikian, tentu kamu menahannya kerana takut menafkahkannya; dan manusia selamanya kedekut.”

17:101. Dan Kami beri Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, “Wahai Musa, aku sangka kamu orang yang kena sihir.”

17:102. Berkata, “Sesungguhnya kamu tahu bahawa tiada yang turunkan ini semua, melainkan Pemelihara langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang nyata; dan Firaun, aku sangka kamu dibinasakan.”

17:103. Dia hendak mengejutkan mereka daripada bumi; dan Kami tenggelamkan dia dan orang-orang bersama dia, kesemuanya.

17:104. Dan Kami berkata kepada Bani Israil selepas dia, “Tinggallah di bumi; dan apabila janji akhirat datang, Kami datangkan kamu sebagai khalayak ramai.”

17:105. Dengan yang benar Kami turunkannya, dan dengan yang benar ia turun; dan Kami tidak utus kamu melainkan sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

17:106. Dan sebuah al-Qur’an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan.

17:107. Katakanlah, “Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,

17:108. Dan berkata, ‘Pemelihara kami disanjung! Janji Pemelihara kami dilakukan.’

17:109. Dan mereka jatuh di atas dagu-dagu mereka, menangis; dan ia menambahkan mereka dalam kerendahan hati mereka.”

17:110. Katakanlah, “Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik.” Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

17:111. Dan katakan, “Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri.” Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.

Surah 18
GUA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

18:1. Segala puji bagi Allah yang turunkan kepada hamba-Nya Kitab, dan tidak buatkan padanya sebarang kebengkokan,

18:2. Yang betul, untuk beri amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik, bahawa bagi mereka upah yang baik,

18:3. Di dalamnya menetap selama-lamanya.

18:4. Dan untuk beri amaran kepada orang-orang yang berkata, “Allah ambil kepada-Nya seorang anak.”

18:5. Mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, mereka dan tidak juga bapa-bapa mereka; dahsyatnya kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak kata melainkan dusta.

18:6. Boleh jadi, jika mereka tidak percayai hadis ini, kamu binasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka.

18:7. Kami buatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami uji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.

18:8. Dan sungguh Kami buatkan segala yang di atasnya debu tanah yang tandus.

18:9. Atau, kamu sangka penghuni Gua, dan Ar-Raqim, adalah antara ayat-ayat Kami yang mengagumkan?

18:10. Apabila pemuda-pemuda mencari perlindungan di dalam gua, dengan berkata, “Wahai Pemelihara kami, berikan kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam urusan kami.”

18:11. Kemudian Kami tutup telinga mereka selama berbilang tahun di dalam gua.

18:12. Kemudian Kami bangkitkan mereka supaya Kami tahu manakah antara dua golongan yang menghitung lebih tepat bagi tempoh yang lama mereka tinggal.

18:13. Kami ceritakan kepada kamu berita mereka dengan benar. Mereka adalah pemuda-pemuda yang percaya kepada Pemelihara mereka, dan Kami tambahkan mereka dalam petunjuk.

18:14. Dan Kami kuatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, “Pemelihara kami ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak seru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami, jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.

18:15. Mereka ini, kaum kami, mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Dia. Sekiranya mereka datangkan kuasa yang jelas mengenai mereka! Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah?”

18:16. “Maka apabila kamu tinggalkan mereka dan apa yang mereka sembah, melainkan Allah, carilah tempat perlindungan di dalam gua, dan Pemelihara kamu akan bukakan untuk kamu pengasihan-Nya, dan Dia sediakan kamu dengan suatu yang mudah daripada urusan kamu.”

18:17. Dan kamu lihat matahari, apabila ia naik, condong dari gua mereka ke kanan, dan apabila ia membenam, meninggalkan mereka di sebelah kiri, sedang mereka berada di rekahan yang luas. Itu adalah satu daripada ayat-ayat Allah; sesiapa Allah beri petunjuk, dia dapat petunjuk yang benar, dan sesiapa Dia sesatkan, kamu tidak akan dapati baginya seorang wali untuk menunjukkan.

18:18. Kamu sangka mereka jaga, sedang mereka tidur, sementara Kami membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, dan anjing mereka menjulurkan lengannya di ambang. Sekiranya kamu lihat mereka, tentu kamu berpaling daripada mereka, melarikan diri, dan dipenuhi ketakutan yang amat sangat terhadap mereka.

18:19. Dan demikian Kami bangkitkan mereka supaya mereka saling bertanya antara mereka. Seorang daripada mereka berkata, “Berapa lamakah kamu tinggal?” Mereka berkata, “Kami tinggal selama sehari atau sebahagian hari.” Mereka berkata, “Pemelihara kamu sangat-sangat tahu berapa lama kamu tinggal. Hantarlah salah seorang antara kamu dengan duit perak ini ke kota, dan hendaklah dia perhatikan siapa antara mereka yang mempunyai makanan paling suci, dan datangkan kepada kamu rezeki daripadanya; hendaklah dia bersopan santun, dan jangan beritahu seorang pun mengenai kamu.

18:20. Jika mereka tahu mengenai kamu, mereka akan rejam kamu, atau kembalikan kamu kepada anutan mereka, kemudian kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.”

18:21. Dan begitulah Kami serempakkan mereka, supaya mereka tahu bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa Saat itu tidak ada keraguan padanya. Apabila mereka berbalahan antara mereka dalam urusan mereka, maka mereka berkata, “Binalah di atas mereka satu bangunan; Pemelihara mereka sangat-sangat tahu mengenai mereka.” Berkata orang-orang yang menguasai atas urusan mereka, “Kami akan ambil (bina) di atas mereka sebuah masjid.”

18:22. Mereka akan berkata, “Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka.” Dan mereka berkata, “Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka”, dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, “Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka.” Katakanlah, “Pemeliharaku sangat-sangat tahu bilangan mereka, dan tiada yang mengetahuinya, kecuali sedikit.” Maka jangan berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan jangan tanya seseorang pun antara mereka atas satu keputusan.

18:23. Dan jangan berkata terhadap sesuatu, “Aku akan buat itu esok”,

18:24. Tetapi hanya, “Jika Allah hendak”; dan ingatlah akan Pemelihara kamu apabila kamu lupa, dan katakan, “Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini.”

18:25. Dan mereka tinggal di dalam gua selama tiga ratus tahun, dan ditambah sembilan.

18:26. Katakanlah, “Allah sangat-sangat tahu berapa lama mereka tinggal. Kepunyaan-Nya keghaiban di langit dan di bumi. Betapa terangnya Dia melihat! Betapa tajamnya Dia mendengar! Mereka tidak ada wali (pelindung), selain daripada Dia, dan Dia tidak bersekutu dalam putusan-Nya dengan sesiapa pun.”

18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan.

18:28. Dan sabarkan diri kamu dengan orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan hendakkan wajah (sokongan)-Nya, dan jangan mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan dunia; dan jangan taati orang yang hatinya Kami lalaikan daripada peringatan Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.

18:29. Katakanlah, “Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang hendak, percaya; dan hendaklah sesiapa yang hendak, tidak percaya.” Sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka minta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka – betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!

18:30. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang yang amalannya baik.

18:31. Mereka itu, bagi mereka Taman-Taman Adn, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mereka dipakaikan pakaian hijau daripada sutera dan broked, di dalamnya bersandar di atas sofa yang indah – betapa sangat baiknya ganjaran! Dan betapa baiknya tempat istirahat!

18:32. Dan buatlah bagi mereka satu persamaan: dua lelaki – bagi seorang daripada mereka, Kami beri dua kebun anggur, dan kelilingkan keduanya dengan pohon-pohon palma, dan di antara keduanya, Kami adakan sebuah ladang yang sudah disemai.

18:33. Masing-masing daripada dua kebun itu memberikan hasilnya, dan tidak menzalimkan daripadanya sedikit pun; dan Kami pancarkan di celah-celahnya sebuah sungai.

18:34. Maka dia mempunyai buah-buahan; dan dia berkata kepada temannya, sedang dia berbual-bual dengannya, “Aku mempunyai lebih banyak harta daripada kamu, dan kumpulan yang lebih gagah.”

18:35. Dan dia masuk kebunnya, dengan menzalimi dirinya sendiri; dia berkata, “Aku tidak sangka ini akan binasa selama-lamanya,

18:36. Aku tidak sangka Saat akan datang; dan jika aku benar-benar dikembalikan kepada Pemeliharaku, aku pasti akan dapati tempat balik yang lebih baik daripada ini.”

18:37. Berkata temannya sedang dia berbual-bual dengannya, “Adakah kamu tidak percaya (kafir) kepada Dia yang cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian membentukkan kamu sebagai seorang lelaki?

18:38. Tetapi aku, Dia Allah, Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa pun.

18:39. Kenapa, apabila kamu masuk kebun kamu, kamu tidak kata, ‘Seperti yang Allah hendaki; tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah’ jika kamu lihat aku lebih sedikit daripada kamu dalam harta dan anak-anak,

18:40. Namun begitu, mudah-mudahan Pemeliharaku akan beri aku yang lebih baik daripada kebun kamu, dan utus kepadanya hitungan (halilintar) dari langit, supaya pada waktu pagi ia jadi cerun berdebu tanah,

18:41. Atau, pada waktu pagi airnya resap supaya kamu tidak boleh dapatinya.”

18:42. Dan buah-buahannya diliputi semuanya, dan pada waktu pagi dia memulas-mulas tangan-tangannya, kerana apa yang dia nafkahkan (belanjakan) padanya, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya, dan dia berkata, “Aduhai, sekiranya aku tidak sekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa jua!”

18:43. Dan tidak ada golongan untuk menolongnya, selain daripada Allah, dan dia tanpa pertolongan.

18:44. Di sana perlindungan hanya kepunyaan Allah, Yang Benar; Dia yang paling baik mengganjar, dan yang paling baik dalam balasan.

18:45. Dan buatlah bagi mereka persamaan kehidupan dunia: ia seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya; dan pada waktu pagi, ia jadi jerami yang angin terbangkan; dan Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.

18:46. Harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia, tetapi yang kekal, kerja-kerja baik – adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan.

18:47. Dan pada hari Kami menjalankan gunung-gunung, dan kamu lihat bumi menjadi rata, dan Kami kumpul mereka, lalu Kami tidak tinggalkan sebanyak seorang pun antara mereka di belakang.

18:48. Dan mereka dikemukakan di hadapan Pemelihara mereka dalam barisan-barisan. “Kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami cipta kamu pada kali pertama; tidak, kamu dakwa Kami tidak buatkan kamu satu janji temu.”

18:49. Dan Kitab diletakkan; dan kamu lihat orang-orang yang berdosa ketakutan pada apa yang di dalamnya, dan berkata, “Celakalah kami! Bagaimanakah dengan Kitab ini, bahawa ia tidak tinggalkan sesuatu di belakang, kecil atau besar, tetapi ia jumlahkannya?” Dan mereka dapati apa yang mereka telah buat hadir, dan Pemelihara kamu tidak menzalimkan sesiapa pun.

18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam” maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia lakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu ambil ia dan keturunannya menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!

18:51. Aku tidak jadikan mereka saksi-saksi dalam ciptaan langit dan bumi, dan tidak juga dalam ciptaan diri-diri mereka sendiri; Aku tidak akan selamanya ambil orang-orang yang menyesatkan yang lain sebagai pembantu-pembantu-Ku.

18:52. Dan pada hari Dia berkata, “Panggillah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa”; kemudian mereka seru mereka, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan Kami adakan tempat kebinasaan antara mereka.

18:53. Kemudian orang-orang yang berdosa melihat Api, dan sangka mereka akan jatuh ke dalamnya, dan mereka dapati tiada tempat untuk berpaling daripadanya.

18:54. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur’an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia adalah sesuatu yang paling banyak membantah.

18:55. Dan tiada yang halang manusia daripada percaya apabila petunjuk datang kepada mereka, dan minta ampun kepada Pemelihara mereka, melainkan bahawa sunnah (resam) orang-orang dahulu kala akan datang kepada mereka, atau bahawa azab datang kepada mereka berhadapan muka.

18:56. Dan Kami tidak utus para utusan melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Namun begitu, orang-orang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka sangkal yang benar dengannya. Mereka ambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan sebagai olok-olokan.

18:57. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya dahulukan? Sesungguhnya Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan dapat petunjuk selama-lamanya.

18:58. Tetapi Pemelihara kamu Pengampun, penuh dengan pengasihan. Jika Dia pertanggungjawabkan mereka atas apa yang mereka usahakan, tentu Dia segerakan kepada mereka azab; tetapi mereka ada satu janji temu, yang daripadanya mereka akan dapati tiada tempat lari.

18:59. Dan bandaraya-bandaraya itu, Kami musnahkan mereka apabila mereka buat zalim , dan adakan untuk kebinasaan mereka, satu janji temu.

18:60. Dan apabila Musa berkata kepada budak suruhannya, “Aku tidak akan berhenti sehingga aku sampai di pertemuan dua laut, walaupun aku terus berjalan dalam masa yang panjang.”

18:61. Kemudian, apabila mereka sampai di pertemuan mereka, mereka lupa ikan mereka, dan ia ambil jalannya ke laut, dengan mengorek lubang.

18:62. Apabila mereka telah melewati, dia berkata kepada budak suruhannya, “Berikan kami sarapan kami; sesungguhnya kami menemu keletihan daripada perjalanan kami ini.”

18:63. Berkata, “Apa pendapat kamu? Tatkala kita ambil perlindungan di batu, lalu aku lupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang buat aku lupakannya, supaya aku tidak ingatkannya; dan ia ambil jalannya ke laut dengan cara menakjubkan.”

18:64. Berkata, “Inilah yang kita cari!” Maka mereka kembali (murtad) kepada kesan-kesan jejak mereka, dengan mengikutinya.

18:65. Kemudian mereka dapati seorang hamba daripada hamba-hamba Kami yang kepadanya Kami beri pengasihan daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya pengetahuan daripada sisi Kami.

18:66. Musa berkata kepadanya, “Bolehkah aku ikut kamu supaya kamu ajar aku, daripada apa kamu telah diajar, putusan yang betul?”

18:67. Berkata, “Sesungguhnya kamu tidak akan boleh sabar dengan aku.

18:68. Dan bagaimanakah kamu akan sabar dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu?”

18:69. Berkata, “Kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, sabar; dan aku tidak akan tentang kamu dalam urusan.”

18:70. Berkata, “Jika kamu ikut aku, maka jangan tanya aku sesuatu sehingga aku sendiri kemukakan sebutan mengenainya kepada kamu.”

18:71. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka naik di atas kapal, dia melubanginya. Berkata, “Apa, adakah kamu melubanginya untuk tenggelamkan ahlinya? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang buruk.”

18:72. Berkata, “Tidakkah aku kata bahawa kamu tidak akan boleh sabar dengan aku?”

18:73. Berkata, “Jangan kamu pertanggungjawabkan aku kerana aku lupa, dan jangan juga paksa aku untuk buat sesuatu perkara yang amat sukar.”

18:74. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata, “Apa, adakah kamu bunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat.”

18:75. Berkata, “Tidakkah aku kata kepada kamu bahawa kamu tidak akan boleh sabar dengan aku?”

18:76. Berkata, “Jika aku tanya kamu sesuatu selepas ini, maka jangan temani aku lagi; kamu sudah cukup beri alasan kepadaku.”

18:77. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandaraya, mereka minta makanan daripada penduduknya, tetapi mereka tolak mereka sebagai tetamu. Kemudian mereka dapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia tegakkannya. Berkata, “Sekiranya kamu hendak, tentu kamu ambil upah untuk itu.”

18:78. Berkata, “Inilah perpisahan antara aku dan kamu. Sekarang aku akan beritahu kamu interpretasi apa yang kamu tidak boleh sabar dengannya.

18:79. Mengenai kapal, ia kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut; dan aku hendak merosakkannya kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil tiap-tiap kapal dengan paksa.

18:80. Mengenai anak lelaki muda, ibu bapanya orang mukmin; dan kami takut dia akan paksa mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan.

18:81. Maka kami hendak supaya Pemelihara mereka beri mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia, dalam zakat (kesucian), dan lebih dekat dalam kasih sayang.

18:82. Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu hendak supaya mereka sampai dewasa dan kemudian keluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak lakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh sabar dengannya.”

18:83. Mereka tanya kamu mengenai Zul-Karnain (yang mempunyai dua tanduk). Katakanlah, “Aku akan bacakan kamu Peringatan mengenainya.”

18:84. Kami teguhkan dia di bumi, dan Kami beri dia jalan bagi segala sesuatu.

18:85. Dan dia ikut satu jalan,

18:86. Sehingga apabila dia sampai di tempat terbenam matahari (barat), dia dapati ia membenam ke dalam mata air yang berlumpur, dan dia dapati di situ satu kaum. Kami berkata, “Wahai Zul-Karnain, sama ada kamu azab mereka, atau kamu ambil terhadap mereka satu jalan kebaikan.”

18:87. Dia berkata, “Bagi orang buat kezaliman, dialah yang kami akan azab, kemudian dia dikembalikan kepada Pemeliharanya, dan Dia akan mengazabnya dengan azab yang dahsyat.

18:88. Tetapi orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, maka baginya balasan paling baik, dan kami akan kata kepadanya daripada perintah kami, yang mudah.”

18:89. Kemudian dia ikut satu jalan,

18:90. Sehingga apabila dia sampai di terbit matahari (timur), dia dapatinya terbit pada satu kaum yang Kami tidak buatkan sebarang penutup bagi mereka.

18:91. Begitulah; dan Kami meliputi pengetahuan yang ada padanya.

18:92. Kemudian dia ikut satu jalan,

18:93. Sehingga apabila dia sampai di antara dua benteng, dia dapati di bahagian sini mereka, satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.

18:94. Mereka berkata, “Wahai Zul-Karnain, sesungguhnya Yajuj dan Majuj buat kerosakan di bumi; maka adakah kami adakan bagi kamu satu ufti, untuk kamu buatkan satu benteng di antara kami dan mereka?”

18:95. Berkata, “Apa yang Pemeliharaku teguhkan di dalamnya adalah lebih baik, maka bantulah aku dengan kekuatan, dan aku akan buatkan satu benteng di antara kamu dan mereka.

18:96. Berikan aku jongkong-jongkong besi.” Sehingga, apabila dia telah buat separas antara dua tebing yang tinggi, dia berkata, “Tiuplah!” Sehingga, apabila dia telah membuatnya api, dia berkata, “Berikan aku, supaya aku tuangkan leburan tembaga kuning di atasnya.”

18:97. Maka mereka tidak boleh, sama ada untuk mendakinya, atau menebuknya.

18:98. Berkata, “Ini adalah satu pengasihan daripada Pemeliharaku. Tetapi apabila janji Pemeliharaku datang, Dia jadikannya debu; dan janji Pemeliharaku adalah benar.”

18:99. Pada hari itu, Kami biarkan mereka menyerbu satu sama lain, dan trompet ditiup, dan Kami kumpulkan mereka berkumpul-kumpul.

18:100. Dan pada hari itu, Kami kemukakan Jahanam kepada orang-orang tidak percaya yang berpaling dengan jelas,

18:101. Yang mata mereka ditudung daripada Peringatan-Ku, dan mereka tidak boleh mendengar.

18:102. Apa, adakah orang-orang tidak percaya sangka mereka boleh ambil hamba-hamba-Ku sebagai wali (pelindung), selain daripada Aku? Kami sediakan Jahanam untuk sajian orang-orang tidak percaya.

18:103. Katakanlah, “Bolehkah kami beritahu kamu siapakah yang jadi paling rugi dalam amalan mereka?

18:104. Orang-orang yang usahanya jadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka mereka buat perbuatan baik.

18:105. Mereka itu, orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak tegakkan bagi mereka sebarang timbangan.

18:106. Itu balasan mereka – Jahanam, kerana mereka tidak percaya, dan mereka ambil ayat-ayat-Ku, dan Rasul-Rasul-Ku sebagai olok-olokan.

18:107. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik – Taman Firdaus jadi sajian mereka,

18:108. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan inginkan tidak berpindah keluar darinya.”

18:109. Katakanlah, “Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentu laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami datangkan pengisian semula yang serupa dengan itu.”

18:110. Katakanlah, “Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun.”

Surah 19
MARIAM

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

19:1. Kaf Ha Ya Ain Sad.

19:2. Ingatkanlah pengasihan Pemelihara kamu kepada hamba-Nya, Zakaria.

19:3. Apabila dia panggil Pemeliharanya dengan panggilan yang berahsia.

19:4. Dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah jadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam seruan (doa) kepada Engkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara.

19:5. Dan aku takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris),

19:6. Yang akan jadi warisku, dan yang jadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat memuaskan hati.”

19:7. “Wahai Zakaria, Kami beri kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki, namanya Yahya. Tiada yang Kami buatkan nama seperti ini sebelumnya.”

19:8. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, bagaimanakah aku akan mempunyai seorang anak lelaki sedangkan isteriku mandul, dan aku telah sampai umur yang sangat tua?”

19:9. Berkatalah Dia, “Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, ‘Itu mudah bagi-Ku, memandangkan Aku telah cipta kamu sebelum itu, sedang kamu sama sekali tiada.'”

19:10. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, buatkan untukku satu ayat (tanda).” Berkatalah Dia, “Ayat kamu ialah bahawa kamu tidak berkata-kata kepada manusia dalam keadaan tanpa cacat, selama tiga malam.”

19:11. Maka dia keluar kepada kaumnya dari mihrab (bilik ibadat), lalu dia wahyukan mereka, “Kamu sanjunglah pada waktu awal pagi dan petang.”

19:12. “Wahai Yahya, ambillah Kitab itu dengan kekuatan”; dan Kami beri Putusan semasa kanak-kanak lagi,

19:13. Dan rasa belas kasihan daripada sisi Kami, dan zakat (kesucian), dan dia bertakwa,

19:14. Dan seorang yang taat kepada ibu bapanya, dan dia tidak sombong, ingkar.

19:15. Sejahtera ke atas dia, pada hari dia diberanakkan, dan hari dia mati, dan hari dia dibangkitkan hidup.

19:16. Dan ingatlah di dalam Kitab, Mariam, apabila dia berundur daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur.

19:17. Dan dia ambil satu hijab (tabir), menjauhkan daripada mereka; kemudian Kami utus kepadanya Roh Kami yang menyerupai di hadapannya seperti seorang manusia dengan tanpa cacat.

19:18. Berkata, “Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa!”

19:19. Dia berkata, “Aku hanya seorang Rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk beri kamu seorang anak lelaki yang suci.”

19:20. Berkata, “Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun sentuh aku, dan bukan juga aku seorang perempuan jalang?”

19:21. Dia berkata, “Begitulah, Pemelihara kamu telah berkata, ‘Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami buat dia satu ayat bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang sudah ditentukan.'”

19:22. Lalu dia membawanya (mengandungnya), dan berundur dengannya ke suatu tempat yang jauh.

19:23. Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia berkata, “Aduhai, sekiranya aku sudah mati sebelum ini, dan jadi sesuatu yang dilupakan!”

19:24. Tetapi apa yang di bawahnya memanggilnya, “Tidak, jangan kamu sedih; sesungguhnya Pemelihara kamu adakan di bawah kamu sebuah anak sungai.

19:25. Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak.

19:26. Maka makan dan minumlah, dan gembiralah (berdingin mata); dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, ‘Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'”

19:27. Kemudian dia datangkan kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, “Wahai Mariam, sesungguhnya kamu datangkan sesuatu yang aneh!

19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukan seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu seorang perempuan jalang.”

19:29. Maka dia menunjuk kepadanya; tetapi mereka berkata, “Bagaimanakah kami berkata-kata kepada orang yang masih dalam buaian, seorang anak kecil?”

19:30. Berkata, “Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia beri aku al-Kitab, dan jadikan aku seorang Nabi.

19:31. Dia buat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia wasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,

19:32. Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak buat aku sombong, sengsara.

19:33. Sejahtera ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup.”

19:34. Itu Isa putera Mariam, dengan ucapan yang benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu.

19:35. Tiada bagi Allah untuk mengambil kepada-Nya seorang anak. Dia disanjung! Apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, “Jadilah”, maka jadilah ia.

19:36. Sesungguhnya Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu; maka sembahlah Dia. Ini jalan lurus.

19:37. Tetapi golongan-golongan berselisih sesama mereka, kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang tidak percaya kerana senario hari yang besar.

19:38. Alangkah terangnya mereka dengar dan lihat pada hari mereka datang kepada Kami! Tetapi orang-orang zalim hingga hari ini adalah dalam kesesatan yang nyata.

19:39. Berilah mereka amaran dengan Hari Penyesalan apabila perkara diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian, dan tidak percayai.

19:40. Sesungguhnya Kami akan mewarisi bumi, dan semua di atasnya, dan kepada Kami mereka akan dikembalikan.

19:41. Dan ingatlah di dalam Kitab, Ibrahim; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.

19:42. Apabila dia berkata kepada bapanya, “Ayah, mengapa kamu sembah apa yang tidak mendengar dan tidak melihat, dan tidak juga berguna kepada kamu sedikit pun?

19:43. Ayah, telah datang kepadaku pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan beri petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.

19:44. Ayah, jangan sembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.

19:45. Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan sentuh kamu supaya kamu jadi wali (sahabat) syaitan.”

19:46. Berkatalah dia, “Apa, adakah kamu undurkan diri daripada tuhanku, wahai Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak berhenti, aku akan rejam kamu; maka tinggalkan aku untuk beberapa waktu.”

19:47. Dia berkata, “Sejahtera ke atas kamu! Aku akan minta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.

19:48. Dan aku akan jauhkan diri daripada kamu, dan apa kamu seru selain daripada Allah; aku seru Pemeliharaku, mudah-mudahan aku tidak menjadi, dalam seruanku (doaku) kepada Pemeliharaku, sengsara.”

19:49. Maka, apabila dia jauhkan diri daripada mereka, dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, Kami beri dia Ishak dan Yaakub, dan masing-masing Kami jadikan Nabi.

19:50. Dan Kami beri mereka daripada pengasihan Kami, dan Kami buat mereka lisan (lidah) yang benar, amat tinggi.

19:51. Dan ingatlah di dalam Kitab, Musa; dia tulus, dan dia seorang Rasul, seorang Nabi.

19:52. Kami memanggilnya dari sebelah kanan gunung, dan Kami dekatkannya dalam perhubungan.

19:53. Dan Kami beri dia, saudaranya Harun, daripada pengasihan Kami, seorang Nabi.

19:54. Dan ingatlah di dalam Kitab, Ismail; dia benar dengan janjinya, dan dia seorang Rasul, seorang Nabi.

19:55. Dia menyuruh keluarganya supaya bersolat dan zakat, dan dia memuaskan hati Pemeliharanya.

19:56. Dan ingatlah di dalam Kitab, Idris; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.

19:57. Kami naikkan dia ke tempat yang tinggi.

19:58. Mereka itu orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka – para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.

19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang sia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan temui kesalahan,

19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,

19:61. Taman-Taman Adn, apa Yang Pemurah janjikan hamba-hamba-Nya dengan yang ghaib; janji-Nya pasti datang.

19:62. Di dalamnya, mereka tidak dengar percakapan sia-sia, tetapi hanya, “Salam”, dan di dalamnya, mereka dapat rezeki mereka pada awal pagi dan petang.

19:63. Itu Taman yang Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang bertakwa.

19:64. Kami tidak turun kecuali dengan perintah Pemelihara kamu. Kepunyaan-Nya apa yang di hadapan kami, dan apa di belakang kami, dan apa di antara demikian itu. Dan Pemelihara kamu bukan pelupa.

19:65. Pemelihara langit dan bumi, dan apa di antara keduanya. Maka sembahlah Dia, dan sabarlah kamu dalam penyembahan kepada-Nya; adakah kamu tahu sesiapa yang boleh dinamakan dengan nama-Nya?

19:66. Manusia berkata, “Apa, apabila aku sudah mati, adakah aku akan dikeluarkan hidup?”

19:67. Tidakkah manusia ingat bahawa Kami telah menciptanya dari dahulu sedang dia sama sekali tiada?

19:68. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan kumpul mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami arakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut.

19:69. Kemudian Kami tarik keluar daripada tiap-tiap golongan sesiapa antara mereka yang sangat keras dalam memandang rendah kepada Yang Pemurah.

19:70. Kemudian Kami sangat-sangat tahu orang-orang yang paling patut dipanggang di dalamnya.

19:71. Tiada seorang pun daripada kamu, melainkan dia akan turun kepadanya; itu, bagi Pemelihara kamu, adalah sesuatu yang sudah ditentukan, diputuskan.

19:72. Kemudian Kami selamatkan orang-orang bertakwa; dan orang-orang zalim, Kami tinggalkan di dalamnya, sambil melutut.

19:73. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, “Yang manakah antara dua golongan yang lebih baik medannya, dan lebih baik dalam majlisnya?”

19:74. Dan berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka yang lebih baik peralatan rumah dan pengunjukan luarnya!

19:75. Katakanlah, “Sesiapa dalam kesesatan, Yang Pemurah panjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang, sehingga apabila mereka lihat apa yang mereka dijanjikan, sama ada azab atau Saat, mereka pasti akan tahu siapa lebih buruk tempatnya, dan yang lebih lemah tenteranya.”

19:76. Dan Allah akan tambahkan kepada orang-orang yang dapat petunjuk dalam petunjuk, dan yang kekal, kerja-kerja baik, adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik pengembaliannya.

19:77. Adakah kamu lihat orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, berkata “Sungguh, aku akan diberi harta dan anak-anak”?

19:78. Apa, adakah dia melihat yang ghaib, atau adakah dia telah ambil perjanjian dengan Yang Pemurah?

19:79. Tidak sekali-kali! Kami akan tulis apa mereka kata, dan Kami akan panjangkan baginya azab, dengan panjang.

19:80. Dan Kami mewarisi daripada dia apa yang dia kata, dan dia datang kepada Kami bersendirian.

19:81. Dan mereka ambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Allah, supaya mereka dapatkan bagi mereka kekuatan.

19:82. Tidak sekali-kali! Kelak mereka akan tidak mempercayakan penyembahan mereka, dan mereka akan jadi musuh mereka yang berlawanan.

19:83. Tidakkah kamu lihat bagaimana Kami utus syaitan-syaitan terhadap orang-orang tidak percaya untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?

19:84. Maka jangan kamu tergesa-gesa terhadap mereka; Kami hanya hitung untuk mereka, dengan satu hitungan.

19:85. Pada hari Kami kumpul orang-orang bertakwa kepada Yang Pemurah dengan kedatangan (sambutan) kebesaran,

19:86. Dan menghalau orang-orang yang berdosa ke Jahanam, dalam keadaan dahaga,

19:87. Dengan tanpa kuasa syafaat (pengantaraan), kecuali orang-orang yang telah ambil dengan Yang Pemurah perjanjian.

19:88. Dan mereka berkata, “Yang Pemurah ambil kepada-Nya seorang anak.”

19:89. Sesungguhnya kamu telah datangkan sesuatu yang sangat buruk!

19:90. Hampir-hampir langit pecah kerananya, dan bumi terpecah belah, dan gunung-gunung jatuh kehancuran,

19:91. Bahawa mereka serukan (dakwakan) bagi Yang Pemurah seorang anak,

19:92. Dan tidak patut bagi Yang Pemurah ambil kepada-Nya seorang anak.

19:93. Tiada sesuatu di langit dan di bumi melainkan ia datang kepada Yang Pemurah sebagai hamba.

19:94. Sesungguhnya Dia jumlahkan mereka, dan Dia hitung mereka dengan hitungan.

19:95. Setiap seorang daripada mereka datang kepada-Nya pada Hari Kiamat bersendirian.

19:96. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, kepada mereka Yang Pemurah akan letak rasa kasih sayang.

19:97. Sesungguhnya Kami mudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu beri berita gembira dengannya kepada orang-orang bertakwa, dan beri amaran kepada kaum paling degil.

19:98. Dan berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka! Adakah kamu lihat sebanyak seorang pun daripada mereka, atau dengar daripada mereka satu bisikan?

Surah 20
THA HA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

20:1. Tha Ha.

20:2. Kami tidak turunkan al-Qur’an kepada kamu supaya kamu jadi sengsara,

20:3. Tetapi hanya sebagai peringatan bagi orang yang takut.

20:4. Satu penurunan daripada-Nya yang mencipta bumi dan langit yang tinggi.

20:5. Yang Pemurah, duduk di atas Arasy,

20:6. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit, dan apa yang di dalam bumi, dan semua di antara keduanya, dan semua yang di bawah tanah.

20:7. Kamu lantangkanlah ucapan kamu; namun demikian, sesungguhnya Dia tahu rahsia, dan apa yang lebih tersembunyi.

20:8. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama paling baik.

20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis (cerita) Musa?

20:10. Apabila dia melihat api, dan berkata kepada keluarganya, “Tetaplah kamu di sini; aku lihat api. Mudah-mudahan aku datangkan kepada kamu sepotong kayu yang bernyala, atau aku dapati di api, petunjuk.”

20:11. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, “Wahai Musa,

20:12. Sesungguhnya Akulah Pemelihara kamu; tanggalkan kasut kamu; kamu adalah di lembah suci, Thuwa.

20:13. Aku Sendiri telah pilih kamu; maka dengarlah apa yang diwahyukan.

20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku.

20:15. Saat pasti datang; Aku hampir-hampir rahsiakannya, supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa ia usahakan.

20:16. Jangan sesiapa halangi kamu daripadanya, yang tidak percayainya dan ikut keinginannya, atau kamu akan binasa.

20:17. Apakah itu di tangan kanan kamu, wahai Musa?”

20:18. Berkata, “Ia tongkatku; aku bersandar padanya, dan dengannya aku memukul pokok untuk daun-daun kambingku, dan keperluan lain juga aku dapati padanya.”

20:19. Berkatalah Dia, “Lemparlah ia, wahai Musa!”

20:20. Maka dia melemparnya, dan tiba-tiba ia jadi ular yang merayap.

20:21. Berkata, “Ambillah ia, dan jangan takut; Kami akan kembalikan kepada keadaannya yang pertama.

20:22. Dan kepitkan tangan kamu pada sayap (ketiak) kamu; ia akan keluar putih, tanpa keburukan. Itu adalah ayat kedua,

20:23. Untuk Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat Kami yang terbesar.

20:24. Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya dia melampaui batas.”

20:25. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku,

20:26. Dan mudahkanlah untukku urusanku.

20:27. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku),

20:28. Supaya mereka faham ucapanku.

20:29. Lantikkanlah untukku, daripada keluargaku, seorang wazir,

20:30. Harun, saudaraku.

20:31. Dengan dia, teguhkanlah kekuatanku,

20:32. Dan sekutukanlah dia dengan aku dalam urusanku,

20:33. Supaya kami sanjung Engkau dengan banyak,

20:34. Dan mengingati Engkau dengan banyak.

20:35. Sesungguhnya Engkaulah yang melihat pada kami.”

20:36. Berkatalah Dia, “Kamu diberi, wahai Musa, rayuan kamu.

20:37. Pada kali lain, Kami telah pun berbudi baik kepada kamu,

20:38. Apabila Kami wahyukan apa yang diwahyukan kepada ibumu,

20:39. ‘Lemparlah dia ke dalam tabut (peti), dan lemparlah dia ke laut, dan biarlah laut melemparnya ke tebing. Seorang musuh-Ku dan musuhnya akan mengambilnya.’ Dan Aku lemparkan kepada kamu kasih sayang daripada-Ku, dan supaya kamu dibentuk di bawah mata-Ku (pengawasan-Ku).

20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, ‘Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?’ Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia gembira, dan tidak sedih. Kemudian kamu bunuh satu jiwa, dan Kami selamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami uji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.

20:41. Aku telah pilih kamu untuk diri-Ku,

20:42. Pergilah kamu dan saudara kamu dengan ayat-ayat-Ku, dan jangan lalai untuk mengingati-Ku.

20:43. Pergilah kamu berdua kepada Firaun; sesungguhnya dia melampaui batas.

20:44. Namun begitu, ucaplah dengan lemah lembut kepadanya; mudah-mudahan dia mengingati, atau dia takut.”

20:45. Keduanya berkata, “Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami takut bahawa dia bersegera menyeksa kami, atau melampaui batas.”

20:46. Berkatalah Dia, “Jangan takut. Sesungguhnya Aku berserta kamu, mendengar dan melihat.

20:47. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan katakan, ‘Kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami Bani Israil dan jangan azab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat daripada Pemelihara kamu, dan sejahtera ke atas orang yang ikut petunjuk!

20:48. Telah diwahyukan kepada kami bahawa azab adalah kepada orang yang dustakan dan berpaling.'”

20:49. Berkata, “Siapakah Pemelihara kamu, wahai Musa?”

20:50. Berkata, “Pemelihara kami ialah Dia yang beri segala sesuatu ciptaannya, kemudian berikannya petunjuk.”

20:51. Berkata, “Dan bagaimanakah dengan generasi-generasi dahulu?”

20:52. Berkata, “Pengetahuan mengenai mereka adalah di sisi Pemeliharaku di dalam Kitab; Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa.

20:53. Dia yang buatkan bumi untuk menjadi buaian bagi kamu, dan di dalamnya menyelitkan jalan-jalan untuk kamu dengan beberapa jalan, dan turunkan air dari langit, dan dengannya Kami keluarkan bermacam-macam jenis tumbuhan.

20:54. Makanlah kamu, dan biarkanlah binatang ternak kamu makan! Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang empunya pengertian.

20:55. Daripadanya Kami cipta kamu, dan kepadanya Kami kembalikan kamu, dan keluarkan kamu darinya pada kali kedua.”

20:56. Maka Kami lihatkan kepadanya semua ayat-ayat Kami, tetapi dia dustakan, dan dia tolak.

20:57. Berkata, “Adakah kamu datang kepada kami untuk mengusir kami daripada bumi kami dengan sihir kamu, wahai Musa?

20:58. Sungguh, kami akan datangkan kepada kamu sihir yang serupa dengannya; maka buatlah satu janji temu antara kami dan kamu di suatu tempat yang disetujui bersama, dan kami tidak mungkirinya, dan tidak juga kamu.”

20:59. Berkata, “Janji temu kamu ialah Hari Perhiasan. Hendaklah manusia dikumpulkan pada waktu duha (pagi).”

20:60. Firaun berpaling, dan kumpulkan muslihatnya. Kemudian dia datang.

20:61. Musa berkata kepada mereka, “Celakalah! Jangan ada-adakan dusta terhadap Allah supaya Dia tidak binasakan kamu dengan azab. Kecewalah orang yang mengada-adakan.”

20:62. Dan mereka berbalahan dalam urusan mereka antara mereka, dan berbicara secara rahsia.

20:63. Mereka berkata, “Dua orang ini adalah ahli-ahli sihir, dan mereka hendak usir kamu daripada bumi kamu dengan sihir mereka, dan untuk hilangkan tarekat (jalan) kamu yang terutama.

20:64. Maka kumpulkan muslihat kamu, kemudian datanglah dalam barisan-barisan. Sesiapa pada hari ini yang di atas, sungguh beruntung.”

20:65. Mereka berkata, “Wahai Musa, adakah kamu yang akan lempar, atau kamikah yang pertama melemparkan?”

20:66. Berkata, “Tidak, kamu lemparlah!” Dan tiba-tiba ia, seolah-olah nampak kepadanya, daripada sihir mereka, tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka merayap,

20:67. Dan Musa berasa takut di dalam dirinya.

20:68. Kami berkata, “Jangan takut; sesungguhnya kamulah yang tinggi,

20:69. Lemparlah apa yang di tangan kanan kamu, dan ia akan telan apa mereka buat; mereka hanya buat tipu muslihat ahli sihir, dan ahli sihir tidak beruntung di mana sahaja dia datang.”

20:70. Dan ahli-ahli sihir lemparkan diri-diri mereka, bersujud. Mereka berkata, “Kami percaya kepada Pemelihara Harun dan Musa.”

20:71. Berkata, “Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu! Sesungguhnya dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sungguh, aku akan potong berselang-seli tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan salib kamu pada batang pohon-pohon palma; kamu pasti akan tahu siapa antara kita yang lebih keras dalam azab, dan lebih kekal.”

20:72. Mereka berkata, “Kami tidak akan lebih suka kamu daripada bukti-bukti yang jelas yang datang kepada kami, dan tidak juga daripada Dia yang memulakan kami. Maka putuskan apa yang kamu akan putuskan; kamu hanya boleh memutuskan mengenai kehidupan dunia ini.

20:73. Kami percaya kepada Pemelihara kami supaya Dia ampunkan kami atas pelanggaran-pelanggaran kami dan sihir yang kamu paksa kami lakukan; Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal.”

20:74. Sesiapa datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup.

20:75. Dan sesiapa datang kepada-Nya sebagai seorang mukmin, setelah buat kerja-kerja baik, maka mereka itu, bagi mereka darjat yang tertinggi.

20:76. Taman-Taman Adn, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang yang menyucikan diri.

20:77. Kami wahyukan Musa, “Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkan untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan.”

20:78. Firaun ikut mereka dengan tenteranya, tetapi mereka ditutupi oleh laut, mereka ditutup.

20:79. Dan Firaun telah sesatkan kaumnya, dan tidak beri petunjuk.

20:80. Wahai Bani Israil, Kami telah selamatkan kamu daripada musuh kamu, dan Kami menemujanji dengan kamu di sebelah kanan gunung, dan turunkan kepada kamu manna dan salwa.

20:81. “Makanlah benda-benda yang baik yang Kami rezekikan kamu, tetapi jangan melampaui batas padanya, atau kemurkaan-Ku akan turun kepada kamu; dan sesiapa diturunkan kepadanya kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah dia.

20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan akhirnya dapat petunjuk.”

20:83. “Mengapa kamu bercepat-cepat daripada kaum kamu, wahai Musa?”

20:84. Berkata, “Mereka adalah di atas jejakku; aku bercepat-cepat, wahai Pemeliharaku, hanya supaya aku memuaskan hati Engkau.”

20:85. Berkatalah Dia, “Sungguh, Kami uji kaum kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri sesatkan mereka.”

20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, “Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu janjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu hendak kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu mungkiri janji temu kamu denganku?”

20:87. Mereka berkata, “Kami tidak mungkiri janji temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami dibebankan oleh beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami lemparkan mereka, seperti demikian Samiri lemparkan mereka, ke dalam api.”

20:88. Kemudian dia keluarkan bagi mereka Anak Lembu yang hanya berjasad, berbunyi seperti lembu; dan mereka berkata, “Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa.”

20:89. Apa, tidakkah mereka lihat bahawa ia tidak kembalikan ucapan kepada mereka, dan tidak juga ada sebarang kuasa untuk mudaratkan atau manfaatkan mereka?

20:90. Namun begitu, Harun sebelumnya telah berkata kepada mereka, “Wahai kaumku, kamu hanya diuji dengannya; sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Yang Pemurah; maka ikutlah aku, dan taatlah kepada perintahku.”

20:91. Mereka berkata, “Kami akan tetap bertekun padanya sehingga Musa kembali kepada kami.”

20:92. Berkata, “Apakah yang halangi kamu, wahai Harun, apabila kamu lihat mereka sesat,

20:93. Supaya kamu tidak ikut aku? Adakah kamu ingkar akan perintahku?”

20:94. Berkata, “Wahai anak ibuku, jangan ambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut kamu akan berkata, ‘Kamu sudah pecahkan Bani Israil, dan kamu tidak endahkan ucapanku.'”

20:95. Berkata, “Dan kamu, Samiri, apakah urusan kamu?”

20:96. Berkata, “Aku lihat apa yang mereka tidak lihat, dan aku ambil segenggam debu daripada jejak Rasul, dan melemparnya ke dalam benda itu. Demikian jiwaku menghasutku.”

20:97. Berkata, “Pergilah! Bagi kamu dalam seluruh kehidupan dunia ini adalah untuk berkata, ‘Jangan sentuh aku!’, dan selepas itu ada janji temu bagi kamu yang kamu tidak mungkir. Lihat pada tuhan kamu, yang kamu tetap bertekun padanya! Sungguh, kami akan membakarnya dan taburkan abunya ke dalam laut, bertaburan.

20:98. Tuhan kamu hanyalah Allah; tidak ada tuhan, melainkan Dia sahaja, yang dalam pengetahuan-Nya merangkumi segala sesuatu.”

20:99. Demikian Kami ceritakan kepada kamu berita-berita daripada apa yang telah berlalu, dan Kami beri kamu peringatan daripada sisi Kami.

20:100. Sesiapa berpaling daripadanya, pada Hari Kiamat, dia akan memikul beban,

20:101. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; betapa buruknya pada Hari Kiamat beban itu untuk mereka!

20:102. Pada hari trompet ditiup; dan Kami kumpul orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat,

20:103. Mereka berbisik-bisik kepada satu sama lain, “Kamu tinggal hanya sepuluh.”

20:104. Kami sangat-sangat tahu apa mereka kata, apabila yang terutama daripada mereka pada tarekat (jalan) berkata, “Kamu tinggal hanya sehari.”

20:105. Mereka tanya kamu mengenai gunung-gunung. Katakanlah, “Pemelihara aku akan taburkan mereka, bertaburan,

20:106. Kemudian Dia tinggalkan mereka menjadi lubang yang rata,

20:107. Di mana kamu lihat tiada yang bengkok, dan tiada juga sebarang yang lengkok.”

20:108. Pada hari itu, mereka ikut penyeru yang padanya tiada kebengkokan, dan suara-suara direndahkan kepada Yang Pemurah supaya kamu dengar tiada, kecuali bisikan.

20:109. Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah izinkan, dan ucapannya Dia sangat puas hati.

20:110. Dia tahu apa di hadapan mereka, dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahuinya dalam pengetahuan.

20:111. Dan muka-muka tunduk kepada Yang Hidup, Yang Kekal; dan kecewalah orang yang bebannya kezaliman.

20:112. Tetapi sesiapa buat kerja-kerja baik, sedang dia seorang mukmin, dia tidak takut akan kezaliman, dan tidak juga ketidakadilan.

20:113. Begitulah Kami turunkannya sebagai sebuah al-Qur’an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.

20:114. Maka, tingginya Allah, Raja yang benar! Dan jangan bercepat-cepat dengan al-Qur’an, sebelum wahyunya disempurnakan kepada kamu, dan katakan, “Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan.”

20:115. Dan Kami telah buat perjanjian dengan Adam sebelumnya, tetapi dia lupa, dan Kami dapati padanya tiada tekad yang kuat.

20:116. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan.

20:117. Kemudian Kami berkata, “Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka jangan ia keluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu jadi sengsara.

20:118. Sesungguhnya bagi kamu, tidaklah kamu kelaparan di dalamnya, dan tidak juga kamu bertelanjang,

20:119. Dan tidak juga kamu berasa dahaga di dalamnya, dan tidak juga kepanasan.”

20:120. Kemudian syaitan bisik kepadanya, dengan berkata, “Wahai Adam, bolehkah aku tunjukkan kepada kamu Pokok Yang Berkekalan, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?”

20:121. Maka kedua mereka makan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.

20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan terima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.

20:123. Berkata, “Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa ikut petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia jadi sengsara.

20:124. Tetapi, sesiapa berpaling daripada Peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami bangkitkan dia buta.”

20:125. Dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa Engkau bangkitkan aku buta, padahal aku seorang yang boleh melihat?”

20:126. Berkata, “Demikianlah, ayat-ayat Kami telah datang kepada kamu, dan kamu lupakannya; dan demikianlah, pada hari ini kamu dilupakan.”

20:127. Begitulah Kami balas orang yang membazir (berlebihan), dan yang tidak percayai ayat-ayat Pemeliharanya; dan azab akhirat lebih keras, dan lebih kekal.

20:128. Tidakkah ia satu petunjuk bagi mereka bahawa berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, yang di tempat-tempat tinggal mereka, mereka berjalan? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang empunya pengertian.

20:129. Dan sekiranya tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, dan satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia telah mengikat.

20:130. Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat berpuas hati.

20:131. Jangan kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami beri untuk bersenang pasangan-pasangan antara mereka, dengan bunga kehidupan dunia, supaya Kami uji mereka dengannya, dan rezeki Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan lebih kekal.

20:132. Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan sabarlah kamu padanya; Kami tidak minta daripada kamu rezeki, tetapi Kamilah yang beri rezeki kepada kamu. Dan kesudahan adalah bagi orang takwa.

20:133. Mereka berkata, “Mengapa dia tidak datangkan kepada kami satu ayat daripada Pemeliharanya?” Tidakkah telah datang kepada mereka bukti yang jelas daripada apa yang di dalam naskhah-naskhah gulungan yang pertama (dahulu)?

20:134. Sekiranya Kami binasakan mereka dengan satu azab sebelumnya, tentu mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, mengapa Engkau tidak utus kepada kami seorang Rasul supaya kami ikut ayat-ayat Engkau, sebelum itu kami dihina dan direndahkan?”

20:135. Katakanlah, “Masing-masing sedang menunggu; maka tunggulah, dan sesungguhnya kamu akan tahu siapakah pengembara di atas jalan yang datar, dan siapa yang dapat petunjuk.”

Surah 21
NABI-NABI

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

21:1. Telah dekat dengan manusia hitungan mereka, sedang mereka dalam kelalaian dan berpaling.

21:2. Tiada Peringatan daripada Pemelihara mereka datang kepada mereka yang baru, melainkan mereka mendengarkannya dengan bermain-main,

21:3. Menghiburkan hati mereka. Orang-orang buat kezaliman berbicara secara rahsia dengan satu sama lain, “Tidakkah ini hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu? Apa, adakah kamu terima sihir dengan mata-mata kamu terbuka?”

21:4. Dia berkata, “Pemeliharaku tahu apa yang diucapkan di langit dan bumi, dan Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.”

21:5. Tidak, tetapi mereka berkata, “Mimpi-mimpi yang bercampur baur! Tidak, dia mengada-adakannya; tidak, dia seorang penyair! Maka hendaklah dia datangkan kepada kita satu ayat sebagaimana orang-orang dahulu kala diutus.”

21:6. Tidak ada sebuah bandaraya yang Kami binasakan sebelum mereka yang percaya; maka, adakah mereka tidak mahu percayai?

21:7. Dan Kami tidak utus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami wahyukan; tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak tahu,

21:8. Tidak juga Kami buat mereka jasad-jasad yang tidak makan makanan; dan tidak juga mereka makhluk yang hidup selama-lamanya.

21:9. Kemudian Kami jadikan benar janji yang Kami beri mereka, dan Kami selamatkan mereka, dan sesiapa Kami hendaki; dan Kami binasakan orang-orang yang membazir (berlebihan).

21:10. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu faham?

21:11. Berapa banyaknya bandaraya yang zalim yang Kami jadikan berkecai, dan Kami tumbuhkan selepasnya kaum lain!

21:12. Kemudian, apabila mereka sedar akan bencana Kami, tiba-tiba mereka lari dengan tidak berhati-hati, keluar darinya.

21:13. “Jangan lari! Kembalilah kamu kepada kesenangan yang kamu berada di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu ditanya.”

21:14. Mereka berkata, “Celakalah kami! Kami adalah orang-orang zalim.”

21:15. Maka itulah seruan mereka yang tidak berhenti-henti, sehingga Kami buat mereka seperti tunggul, senyap dan kaku.

21:16. Kami tidak ciptakan langit dan bumi, dan apa-apa di antara keduanya, seperti bermain-main.

21:17. Sekiranya Kami hendak ambil kepada Kami suatu hiburan, tentu Kami ambilnya kepada Kami daripada sisi Kami Sendiri, jika Kami hendak membuatnya.

21:18. Tidak, tetapi Kami lemparkan yang benar kepada yang palsu, dan ia mengatasinya, lalu tiba-tiba ia lenyap. Maka kecelakaanlah bagi kamu kerana apa yang kamu terangkan!

21:19. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi, dan mereka yang di sisi-Nya tidak sombong untuk menyembah-Nya, dan tidak juga berasa letih.

21:20. Mereka menyanjung-Nya malam dan siang, tidak berhenti.

21:21. Atau, adakah mereka ambil tuhan-tuhan daripada bumi yang dapat menghidupkan?

21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!

21:23. Dia tidak ditanya mengenai apa yang Dia buat, tetapi mereka ditanya.

21:24. Atau, adakah mereka ambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya? Katakanlah, “Kemukakan buktimu! Inilah Peringatan bagi orang-orang bersamaku, dan Peringatan orang-orang sebelumku.” Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu yang benar, lalu mereka berpaling.

21:25. Dan Kami tidak utus seorang Rasul sebelum kamu melainkan bahawa Kami wahyukannya, “Tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku.”

21:26. Mereka berkata, “Yang Pemurah ambil kepada-Nya seorang anak.” Dia disanjung! Tidak, tetapi mereka adalah hamba-hamba yang dimuliakan,

21:27. Yang tidak mendahului-Nya dalam ucapan, dan yang buat seperti Dia perintah.

21:28. Dia tahu apa di hadapan mereka, dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengantara kecuali kepada orang yang Dia relai, dan mereka ketakutan dalam takuti-Nya.

21:29. Jika sesiapa antara mereka berkata, “Aku tuhan, selain daripada Dia”, maka dialah yang Kami balas dengan Jahanam; begitulah Kami balas orang-orang zalim.

21:30. Tidakkah orang-orang tidak percaya melihat bahawa langit dan bumi adalah satu massa yang berpadu, kemudian Kami pisahkan mereka; dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup; tidakkah mereka percayai?

21:31. Dan Kami letak di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang dengan mereka, dan Kami adakan di dalamnya jurang-jurang sebagai jalan-jalan supaya mereka dapat petunjuk.

21:32. Dan Kami buat langit sebagai satu bumbung yang terjaga; namun begitu, daripada ayat-ayat-Nya mereka berpaling.

21:33. Dia yang mencipta malam dan siang, dan matahari dan bulan, masing-masing berenang dalam falak (orbit).

21:34. Kami tidak buat sesuatu makhluk sebelum kamu untuk hidup kekal; maka, jika kamu mati, adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

21:35. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; dan Kami uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.

21:36. Apabila orang-orang tidak percaya melihat kamu, mereka hanya ambil kamu untuk ejekan, “Inikah orang yang menyebut-nyebut tuhan-tuhan kamu?” sedang mereka, kepada Peringatan Yang Pemurah adalah orang-orang tidak percaya.

21:37. Manusia dicipta bersifat tergesa-gesa. Sungguh, Aku akan lihatkan kepada kamu ayat-ayat-Ku; maka jangan kamu minta disegerakan.

21:38. Mereka berkata, “Dan bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?”

21:39. Sekiranya orang-orang tidak percaya tahu, waktu mereka tidak dapat menahan Api daripada muka-muka mereka, dan tidak juga daripada punggung-punggung mereka, dan tidak juga mereka ditolong!

21:40. Tidak, tetapi ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, dengan mencengangkan mereka, dan mereka tidak boleh kembalikannya, dan tidak juga mereka diberi tangguh.

21:41. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah diperolok-olokkan sebelum kamu, tetapi orang-orang yang ejek mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

21:42. Katakanlah, “Siapakah yang akan lindung kamu pada waktu malam dan siang hari daripada Yang Pemurah?” Tidak, tetapi daripada Peringatan Pemelihara mereka, mereka berpaling.

21:43. Atau, adakah bagi mereka tuhan-tuhan yang akan pertahankan mereka, selain daripada Kami? Mereka tidak boleh tolong diri-diri mereka sendiri, dan tidak juga mereka dijaga daripada Kami.

21:44. Tidak, tetapi Kami Sendiri beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga umur mereka menjadi panjang kepada mereka. Apa, tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke bumi, dengan mengurangkan tepi-tepinya? Atau, adakah mereka orang-orang yang menang?

21:45. Katakanlah, “Aku hanya beri amaran kepada kamu dengan wahyu” tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.

21:46. Jika satu hembusan daripada azab Pemelihara kamu sentuh mereka, mereka tentu akan berkata, “Celakalah kami! Kami adalah orang-orang zalim.”

21:47. Dan Kami letak timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami datangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung.

21:48. Kami beri Musa dan Harun, Pembeza, Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang bertakwa,

21:49. Orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan ketakutan kerana Saat.

21:50. Dan ini adalah Peringatan yang diberkati, yang Kami turunkan; maka adakah kamu sekarang menafikannya?

21:51. Kami beri Ibrahim sebelum itu kelurusan hatinya kerana Kami tahu dia,

21:52. Apabila dia berkata kepada bapa dan kaumnya, “Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?”

21:53. Mereka berkata, “Kami dapati bapa-bapa kami sembah mereka.”

21:54. Berkata, “Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata.”

21:55. Mereka berkata, “Apa, adakah kamu datang kepada kami dengan yang benar, atau kamu antara orang-orang yang bermain-main?”

21:56. Berkata, “Tidak, tetapi Pemelihara kamu ialah Pemelihara langit dan bumi, yang memulakan mereka, dan aku adalah antara orang-orang yang saksikan atas yang demikian.

21:57. Dan, demi Allah, sungguh aku akan buat tipu muslihat terhadap patung-patung kamu, setelah kamu pergi memalingkan belakang kamu.”

21:58. Lalu dia pecahkan mereka kepada kepingan-kepingan kecil, kesemuanya, kecuali sebuah yang besar mereka ada, supaya mereka kembali kepadanya.

21:59. Mereka berkata, “Siapakah yang lakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk orang-orang zalim.”

21:60. Mereka berkata, “Kami dengar seorang pemuda yang menyebut-nyebut mereka, dan dia dikatakan Ibrahim.”

21:61. Mereka berkata, “Datangkan dia ke hadapan mata manusia supaya mereka saksikan.”

21:62. Mereka berkata, “Adakah kamu yang lakukan ini kepada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?”

21:63. Berkata, “Tidak, yang besar ini antara mereka yang melakukannya. Tanyalah mereka, jika mereka boleh berkata-kata.”

21:64. Maka mereka kembali kepada diri-diri mereka sendiri, dan mereka berkata, “Sesungguhnya kamulah orang-orang zalim.”

21:65. Kemudian kepala mereka ditundukkan, “Sesungguhnya kamu tahu bahawa ini semua tidak berkata-kata.”

21:66. Berkata, “Apa, adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak bermanfaat kepada kamu sedikit pun, dan tidak juga mudaratkan kamu?

21:67. Cis, kepada kamu, dan apa kamu sembah selain daripada Allah! Tidakkah kamu faham?”

21:68. Mereka berkata, “Bakarlah dia, dan tolonglah tuhan-tuhan kamu, jika kamu hendak lakukan.”

21:69. Kami berkata, “Wahai api, jadilah dingin dan keselamatan untuk Ibrahim!”

21:70. Mereka hendak buat tipu muslihat terhadapnya; maka Kami buat mereka orang-orang yang lebih rugi.

21:71. Dan Kami selamatkan dia, dan Lut, ke bumi yang Kami berkati bagi semua alam.

21:72. Dan Kami beri dia Ishak dan Yaakub, sebagai lebihan, dan masing-masing Kami jadikan orang salih,

21:73. Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah.

21:74. Dan Lut, kepadanya Kami beri Putusan, dan pengetahuan; dan Kami selamatkan dia daripada bandaraya yang buat pekerjaan keji; mereka adalah kaum yang jahat, fasiq.

21:75. Dan Kami masukkan dia ke dalam pengasihan Kami; dia termasuk orang-orang salih (baik).

21:76. Dan Nuh, apabila dia panggil sebelum itu, lalu Kami menyahutinya, dan Kami selamatkan dia dan keluarganya daripada kecemasan yang besar.

21:77. Dan Kami menolongnya terhadap kaum yang dustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami tenggelamkan mereka kesemuanya.

21:78. Dan Daud dan Sulaiman, ketika mereka hakimkan mengenai tanaman, apabila kambing kaum merosakinya, dan Kami saksikan putusan mereka.

21:79. Dan Kami buat Sulaiman memahaminya, dan masing-masing Kami beri putusan, dan pengetahuan. Dan bersama Daud, Kami tundukkan gunung-gunung untuk menyanjung, dan burung-burung, dan Kamilah yang membuatnya.

21:80. Dan Kami mengajarnya membuat baju besi untuk kamu, untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri; maka adakah kamu bersyukur (berterima kasih)?

21:81. Dan kepada Sulaiman, angin yang berhembus dengan kencang, yang mengalir atas perintahnya ke bumi yang Kami berkati; dan Kami tahu segala sesuatu.

21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam untuknya dan buat amalan lain di samping itu; dan Kamilah yang jaga mereka.

21:83. Dan Ayub, apabila dia panggil Pemeliharanya, “Sesungguhnya, mudarat telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan.”

21:84. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami hilangkan mudarat yang ada padanya, dan Kami beri dia keluarganya, dan yang serupa dengan mereka bersama mereka; pengasihan daripada Kami, dan peringatan bagi orang-orang yang menyembah.

21:85. Dan Ismail, dan Idris, dan Zulkifli; masing-masing termasuk orang-orang yang sabar.

21:86. Dan Kami masukkan mereka ke dalam pengasihan Kami; mereka termasuk orang-orang salih.

21:87. Dan Zul-Nun, apabila dia pergi dalam keadaan marah, dan sangka Kami tidak berkuasa terhadapnya, kemudian dia panggil dalam kegelapan, “Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkau disanjung! Sesungguhnya aku termasuk orang-orang zalim.”

21:88. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami selamatkan dia daripada kesedihan; begitulah Kami selamatkan orang-orang mukmin.

21:89. Dan Zakaria, apabila dia panggil Pemeliharanya, “Wahai Pemeliharaku, janganlah tinggalkan aku sendirian, dan Engkau yang terbaik daripada pewaris-pewaris.”

21:90. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami beri dia Yahya, dan Kami betulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka bersegera kepada kebajikan, dan seru Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka rendah hati kepada Kami.

21:91. Dan dia (perempuan) yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya Roh Kami, dan Kami buat dia dan anaknya satu ayat bagi semua alam.

21:92. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku.

21:93. Tetapi mereka pecahkan urusan mereka antara mereka; semua akan kembali kepada Kami.

21:94. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik, sedang dia seorang mukmin, maka tiada ketiadaan terima kasih bagi usahanya; Kami Sendiri yang menulis untuknya.

21:95. Satu pengharaman ke atas sesebuah bandaraya yang Kami telah binasakan; mereka tidak akan kembali,

21:96. Sehingga apabila Yajuj dan Majuj dibukakan, dan mereka melongsor turun dari tiap-tiap lereng,

21:97. Dan telah dekat janji yang benar, dan tiba-tiba, mata orang-orang tidak percaya menatap dengan tajam, “Celakalah kami! Kami lalai daripada yang ini; tidak, kami adalah orang-orang zalim.”

21:98. “Sesungguhnya kamu, dan apa kamu sembah selain daripada Allah, adalah bahan bakar untuk Jahanam; kamu akan turun kepadanya.”

21:99. Sekiranya mereka itu tuhan-tuhan, tentu mereka tidak turun kepadanya; dan tiap-tiap seorang, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

21:100. Di dalamnya keluhan untuk mereka, dan mereka tidak dengar.

21:101. Bagi orang-orang yang terlebih dahulu dibalas dengan yang paling baik daripada Kami, mereka dijauhkan daripadanya.

21:102. Mereka tidak juga dengar sesuatu bisikannya, dan mereka tinggal selama-lamanya dalam apa yang jiwa mereka inginkan.
21:103. Ketakutan yang terbesar tidak menyedihkan mereka, dan penerima-penerima (malaikat-malaikat) menerima mereka, “Inilah hari kamu yang kamu dijanjikan.”

21:104. Pada hari apabila Kami gulung langit seperti naskhah gulungan digulung untuk kitab-kitab; sebagaimana Kami memulakan ciptaan yang pertama, begitulah Kami kembalikannya semula sebagai satu janji daripada Kami; sesungguhnya Kami akan buat.

21:105. Sesungguhnya Kami telah tuliskan di dalam Zabur, sesudah Peringatan, “Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih.”

21:106. Sesungguhnya di dalam ini adalah satu penyampaian bagi kaum yang menyembah.

21:107. Kami tidak utus kamu melainkan sebagai satu pengasihan kepada semua alam.

21:108. Katakanlah, “Diwahyukan kepadaku hanya bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka adakah kamu muslim?”

21:109. Kemudian, jika mereka berpaling, katakanlah, “Aku telah menyatakan kepada kamu semua dengan sama, walaupun aku tidak tahu sama ada dekat atau jauh apa yang kamu dijanjikan.

21:110. Sesungguhnya Dia tahu ucapan yang dilantangkan dan Dia tahu apa yang kamu sembunyikan.

21:111. Aku tidak tahu, boleh jadi ia adalah cubaan bagi kamu, dan satu kesenangan untuk satu waktu.”

21:112. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah, tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu terangkan.”

Surah 22
HAJI

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

22:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu! Sesungguhnya kegoncangan Saat adalah satu hal yang besar.

22:2. Pada hari apabila kamu melihatnya, tiap-tiap perempuan yang menyusui melupakan apa yang dia susukan, dan tiap-tiap yang mengandung menggugurkan kandungannya, dan kamu lihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah adalah keras.

22:3. Dan antara manusia ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan ikut setiap syaitan yang derhaka.

22:4. Kepadanya dituliskan bahawa sesiapa yang mengambilnya sebagai sahabat, dialah yang ia sesatkan, dan ia memberinya petunjuk pada azab yang Menyala.

22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami jelaskan kepada kamu. Dan Kami tetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami hendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur paling hina hingga mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui apa-apa. Dan kamu lihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami turunkan air kepadanya, ia bergetar dan gelembung, dan tumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.

22:6. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan Dia hidupkan yang mati, dan berkuasa atas segala sesuatu.

22:7. Dan kerana Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah bangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur.

22:8. Dan antara manusia, ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, atau petunjuk, atau sebuah Kitab yang memberi cahaya,

22:9. Dengan memalingkan lambungannya untuk menyesatkan daripada jalan Allah; baginya kerendahan di dunia, dan pada Hari Kiamat, Kami akan merasakan kepadanya azab yang membakar.

22:10. “Itu adalah kerana apa yang tangan-tangan kamu telah dahulukan, dan sesungguhnya Allah bukan penganiaya hamba-hamba-Nya.”

22:11. Dan antara manusia ada orang yang menyembah Allah di atas pinggir. Jika kebaikan menimpanya, dia tenteram padanya, tetapi jika penganiayaan menimpanya, dia balik di atas mukanya (sepenuhnya); dia rugi dunia dan akhirat; itu sebenarnya kerugian yang nyata.

22:12. Dia seru, selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan dia, dan yang tidak manfaatkannya sedikit pun; itu sebenarnya kesesatan yang jauh.

22:13. Dia seru seorang yang mudaratnya lebih dekat daripada kemanfaatannya; sungguh buruknya pelindung, dan buruknya kawan!

22:14. Sesungguhnya Allah akan masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; sesungguhnya Allah buat apa Dia hendaki.

22:15. Sesiapa yang menyangka Allah tidak akan menolongnya di dunia ini, dan di akhirat, maka hendaklah dia menghulurkan tali ke langit, kemudian hendaklah dia memotongnya, dan perhatikan sama ada muslihatnya dapat menghilangkan apa yang menerbitkan marahnya.

22:16. Demikian Kami turunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki.

22:17. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang sekutukan – Allah akan bezakan antara mereka pada Hari Kiamat; sesungguhnya Allah saksi atas segala sesuatu.

22:18. Tidakkah kamu lihat bagaimana kepada Allah sujud segala di langit, dan segala di bumi, dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-gunung, dan pokok-pokok, dan haiwan-haiwan, dan ramai daripada manusia? Dan ramai, wajarlah azab ke atas mereka; dan sesiapa yang Allah hinakan, maka tiada yang muliakannya. Sesungguhnya Allah buat apa sahaja Dia hendaki.

22:19. Inilah dua penyangkal yang bertengkar mengenai Pemelihara mereka. Bagi orang-orang tidak percaya, bagi mereka, pakaian-pakaian daripada api yang dipotongkan, dan dicurahkan ke atas kepala mereka, air yang mendidih,

22:20. Yang dengannya, apa sahaja di dalam perut mereka dan kulit-kulit mereka dicairkan.

22:21. Bagi mereka pencangkuk-pencangkuk besi.

22:22. Setiap kali mereka hendak, dalam sengsara mereka, keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan, “Rasalah azab yang membakar!”

22:23. Sesungguhnya Allah masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mutiara-mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah daripada sutera.

22:24. Dan mereka diberi petunjuk pada ucapan yang baik, dan mereka diberi petunjuk pada jalan Yang Terpuji.

22:25. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami buatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa tidak hendak hormatinya dengan kezaliman, Kami akan rasakan kepadanya azab yang pedih.

22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, “Jangan kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.

22:27. Dan serulah manusia kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam,

22:28. Supaya mereka saksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka, “Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara.”

22:29. Kemudian hendaklah mereka hilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka tepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.

22:30. Demikianlah, dan sesiapa muliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,

22:31. Sebagai seorang yang lurus kepada Allah, tidak sekutukan-Nya; kerana sesiapa sekutukan Allah, ia seakan-akan dia jatuh dari langit dan burung-burung menyambarnya, atau angin terbangkannya ke dalam sebuah tempat yang jauh.

22:32. Demikianlah, dan sesiapa muliakan tanda-tanda Allah, itu adalah daripada ketakwaan hati.

22:33. Padanya beberapa manfaat kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan; kemudian tempat korbannya adalah di sekitar Rumah Tua.

22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,

22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang sabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.

22:36. Dan binatang-binatang korban – Kami buatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.

22:37. Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu agungkan Allah atas petunjuk yang Dia beri kamu. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang buat baik.

22:38. Sesungguhnya Allah bela orang-orang yang percaya; sesungguhnya Allah tidak suka setiap pengkhianat, yang tidak berterima kasih (kafir).

22:39. Diizinkan kepada orang-orang yang memerangi kerana mereka dizalimi; sesungguhnya Allah berkuasa untuk menolong mereka,

22:40. Orang-orang yang diusir daripada tempat-tempat tinggal mereka dengan tanpa patut, melainkan mereka berkata, “Pemelihara kami ialah Allah.” Sekiranya Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian lain, tentu dirobohkan biara-biara, dan gereja-gereja, dan salawat (tempat-tempat sembahyang Yahudi), dan masjid-masjid, yang di dalamnya nama Allah disebut dengan banyak. Sungguh, Allah akan tolong orang yang menolong-Nya; sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

22:41. Orang-orang yang, jika Kami teguhkan mereka di bumi, lakukan solat, dan beri zakat, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; dan kepada Allah kesudahan segala urusan.

22:42. Jika mereka dustakan kamu, sesungguhnya sebelum mereka, kaum Nuh telah dustakan, dan Ad, dan Tsamud,

22:43. Dan kaum Ibrahim, dan kaum Lut,

22:44. Dan penduduk Madyan; dan Musa didustakan juga. Dan Aku tangguhkan orang-orang tidak percaya, kemudian Aku ambil mereka; dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku?

22:45. Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi runtuhan, dan istana yang tinggi!

22:46. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati untuk memahami dengannya, atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.

22:47. Dan mereka minta kepada kamu supaya disegerakan azab! Allah tidak akan mungkiri janji-Nya; dan sesungguhnya sehari dengan Pemelihara kamu seperti seribu tahun daripada hitungan kamu.

22:48. Berapa banyaknya bandaraya yang Aku telah tangguhkan yang dalam keadaan zalim; kemudian Aku ambil mereka, dan kepada-Ku kepulangan.

22:49. Katakanlah, “Wahai manusia, aku bagi kamu hanya seorang pemberi amaran yang jelas.”

22:50. Orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.

22:51. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami, untuk membatalkannya, mereka menjadi penghuni-penghuni Jahim.

22:52. Kami tidak utus seseorang Rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan lemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah hapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah tentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana.

22:53. Supaya Dia buatkan, apa yang syaitan lemparkan, satu cubaan bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.

22:54. Dan supaya orang-orang diberi pengetahuan tahu bahawa ia yang benar daripada Pemelihara kamu, dan percayainya, dan hati mereka merendahkan kepada-Nya; dan sesungguhnya Allah selamanya beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada jalan lurus.

22:55. Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti menjadi dalam keraguan padanya, sehingga Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, atau datang kepada mereka azab hari yang tandus.

22:56. Kerajaan pada hari itu kepunyaan Allah, dan Dia akan hakimkan antara mereka. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, mereka berada di dalam Taman-Taman Kebahagiaan.

22:57. Tetapi orang-orang tidak percaya, yang dustakan ayat-ayat Kami, bagi mereka azab yang hina.

22:58. Dan orang-orang yang hijrah di jalan Allah dan dibunuh atau mati, Allah pasti akan beri rezeki kepada mereka dengan rezeki yang baik; dan sesungguhnya Allah, Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.

22:59. Dia akan masukkan mereka melalui satu pintu yang sangat memuaskan hati mereka; dan sesungguhnya Allah Mengetahui, Penyantun.

22:60. Demikianlah, dan sesiapa membalas dengan yang serupa apa dibalas (ditimpa) kepadanya, dan kemudian disalahi lagi, sungguh, Allah akan menolongnya; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.

22:61. Itu adalah kerana Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

22:62. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan bahawa apa yang mereka seru, selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.

22:63. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan pada waktu pagi, bumi menjadi hijau? Sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.

22:64. Kepunyaan-Nya apa yang di langit, dan apa yang di dalam bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

22:65. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah tundukkan untuk kamu segala yang di bumi, dan kapal-kapal yang berlayar di laut dengan perintah-Nya, dan Dia tahan langit supaya ia tidak jatuh ke atas bumi, kecuali dengan izin-Nya? Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.

22:66. Dia yang hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu. Sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir).

22:67. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan mereka korbankan. Jangan mereka bertengkar dengan kamu dalam urusan, dan kamu serulah Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas petunjuk yang lurus.

22:68. Dan jika mereka bantah kamu, maka katakanlah, “Allah sangat-sangat tahu apa kamu buat.

22:69. Allah akan hakimkan antara kamu pada Hari Kiamat mengenai apa yang padanya kamu selisihkan.”

22:70. Tidakkah kamu tahu bahawa Allah tahu semua yang di langit dan di bumi? Sesungguhnya itu adalah di dalam Kitab; sesungguhnya itu bagi Allah mudah.

22:71. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang padanya Dia tidak turunkan kuasa, dan apa yang mengenainya mereka tidak ada pengetahuan; dan bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong.

22:72. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu kenali pada muka orang-orang tidak percaya akan penolakan (kemungkaran); hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami. Katakanlah, “Bolehkah aku beritahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada itu? Api – Allah janjikannya kepada orang-orang tidak percaya – satu kepulangan yang buruk!”

22:73. Wahai manusia, satu persamaan dijadikan, maka dengarlah padanya. Sesungguhnya orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, tidak akan dapat cipta seekor lalat, walaupun mereka berkumpul untuknya, dan jika seekor lalat merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat selamatkannya daripada ia. Lemahlah sungguh yang mencari, dan yang dicari!

22:74. Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar; sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

22:75. Allah pilih daripada para malaikat Rasul-Rasul, dan daripada manusia; sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

22:76. Dia tahu segala di hadapan mereka, dan di belakang mereka, dan kepada Allah segala urusan dikembalikan.

22:77. Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu – Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

Surah 23
ORANG-ORANG MUKMIN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

23:1. Beruntunglah orang-orang mukmin,

23:2. Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati;

23:3. Dan yang daripada percakapan sia-sia, mereka berpaling;

23:4. Dan yang pada zakat, mereka lakukan;

23:5. Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;

23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, lalu mereka tidak tercela;

23:7. Tetapi sesiapa yang cari lebih daripada itu, mereka itu derhaka;

23:8. Dan yang amanat mereka, dan perjanjian mereka, mereka awasi;

23:9. Dan yang pada solat mereka, mereka jagai;

23:10. Mereka itu pewaris-pewaris,

23:11. Yang mewarisi Firdaus, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

23:12. Kami cipta manusia daripada sari tanah liat,

23:13. Kemudian Kami buat dia setitis mani di dalam satu bekas yang kukuh,

23:14. Kemudian Kami ciptakan daripada setitis mani, dadih darah; kemudian Kami ciptakan daripada dadih darah, seketul daging yang kecil; kemudian Kami ciptakan daripada seketul daging yang kecil, tulang; kemudian Kami kelubungkan tulang dengan daging; kemudian Kami tumbuhkan dia sebagai ciptaan lain. Berkatnya Allah, pencipta paling baik!

23:15. Kemudian sesudah itu kamu pasti mati.

23:16. Kemudian pada Hari Kiamat, kamu akan dibangkitkan.

23:17. Dan Kami ciptakan di atas kamu tujuh tarekat (jalan), dan Kami tidak lalai terhadap ciptaan.

23:18. Dan Kami turunkan dari langit air, menurut ukuran, dan Kami tempatkan ia di dalam bumi; dan Kami berkuasa untuk hilangkannya.

23:19. Kemudian Kami tumbuhkan untuk kamu dengannya kebun-kebun palma dan anggur, di dalamnya terdapat banyak buah-buahan untuk kamu, dan daripadanya kamu makan.

23:20. Dan pokok yang keluar dari Gunung Sinai, menghasilkan minyak dan bumbu (penyedap makanan) untuk semua yang makan.

23:21. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, dan banyak manfaat pada mereka kepada kamu, dan daripadanya kamu makan,

23:22. Dan di atasnya, dan di atas kapal, kamu dibawa.

23:23. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa?”

23:24. Berkata pembesar-pembesar, orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, “Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang hendak jadi lebih tinggi daripada kamu, dan jika Allah hendaki, tentu Dia turunkan malaikat-malaikat. Kami tidak pernah dengar yang ini pada bapa-bapa kami yang terdahulu.

23:25. Dia tidak lain hanya seorang lelaki yang gila; maka tunggulah padanya untuk satu waktu.”

23:26. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka dustakan aku.”

23:27. Kemudian Kami wahyukannya, “Kamu buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan kemudian apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, masukkan ke dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan antara mereka; dan jangan berucap kepada-Ku mengenai orang-orang buat kezaliman; mereka akan ditenggelamkan.

23:28. Kemudian, apabila kamu sudah duduk di dalam kapal, dan orang-orang bersama kamu, katakanlah, ‘Segala puji bagi Allah yang selamatkan kami daripada kaum yang zalim.’

23:29. Dan katakan, ‘Wahai Pemeliharaku, labuhkan aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan.'”

23:30. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat, dan sesungguhnya Kami uji.

23:31. Kemudian sesudah mereka, Kami tumbuhkan generasi lain,

23:32. Dan Kami utus di kalangan mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, “Sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Tidakkah kamu bertakwa?”

23:33. Berkata pembesar-pembesar, orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, yang dustakan pertemuan di akhirat, dan kepadanya Kami beri kesenangan dalam kehidupan dunia, “Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang makan apa kamu makan, dan minum apa kamu minum.

23:34. Jika kamu taati manusia yang serupa dengan kamu, maka kamulah orang-orang yang rugi.

23:35. Apa, adakah dia janjikan kamu bahawa apabila kamu sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan?

23:36. Jauh, jauh, dengan apa kamu dijanjikan!

23:37. Tidaklah ia melainkan kehidupan dunia kita; kita mati, dan kita hidup, dan kita tidak akan dibangkitkan.

23:38. Dia tidak lain hanya seorang lelaki yang ada-adakan dusta terhadap Allah, dan kami tidak mukmin kepadanya.”

23:39. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka dustakan aku.”

23:40. Berkatalah Dia, “Dalam sedikit waktu, mereka akan jadi penuh sesal.”

23:41. Dan Teriakan ambil mereka dengan patut, dan Kami buat mereka seperti sampah kering; maka nyahlah kaum yang zalim!

23:42. Kemudian sesudah mereka, Kami tumbuhkan generasi-generasi lain.

23:43. Tiada umat mendahului tempohnya, dan tidak juga mereka melambatkannya.

23:44. Kemudian Kami utus Rasul-Rasul Kami berturut-turut. Setiap kali Rasulnya datang kepada satu umat, mereka dustakannya, maka Kami jadikan sebahagian mereka mengikuti sebahagian lain, dan Kami buat mereka hadis (buah tutur); maka nyahlah kaum yang tidak percayai!

23:45. Kemudian Kami utus Musa dan saudaranya Harun dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,

23:46. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang tinggi.

23:47. Dan mereka berkata, “Apa, adakah kita akan percayai dua manusia yang serupa dengan kita, yang kaumnya hamba-hamba kita?”

23:48. Maka mereka dustakan keduanya, dan mereka termasuk orang-orang dimusnahkan.

23:49. Dan Kami beri Musa Kitab supaya mereka dapat petunjuk.

23:50. Dan Kami buat putera Mariam dan ibunya menjadi satu ayat, dan Kami beri mereka perlindungan di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air.

23:51. “Wahai Rasul-Rasul, makanlah benda-benda yang baik, dan buatlah kerja-kerja baik; sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu kerjakan,

23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku.”

23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan gembira dengan apa di sisi mereka.

23:54. Maka tinggalkan mereka dalam kekusutan mereka untuk satu waktu.

23:55. Apa, adakah mereka sangka bahawa Kami bantu mereka dengan harta dan anak-anak,

23:56. Kami bersegera dalam kebajikan untuk mereka? Tidak, tetapi mereka tidak sedar.

23:57. Sesungguhnya orang-orang yang ketakutan dalam takuti Pemelihara mereka,

23:58. Dan orang-orang yang percayai ayat-ayat Pemelihara mereka,

23:59. Dan orang-orang yang tidak sekutukan Pemelihara mereka,

23:60. Dan orang-orang yang beri apa yang mereka beri, dan hati mereka gementar bahawa mereka akan kembali kepada Pemelihara mereka,

23:61. Mereka itu bersegera dalam kebajikan dengan mendahuluinya.

23:62. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan mereka tidak akan dizalimi.

23:63. Tidak, tetapi hati mereka dalam kekusutan mengenai ini, dan mereka mempunyai amalan-amalan yang selain itu, yang mereka beramal.

23:64. Sehingga, apabila Kami ambil dengan azab orang-orang antara mereka yang hidup mewah, tiba-tiba mereka melaung-laung.

23:65. “Jangan melaung-laung pada hari ini; sesungguhnya kamu tidak akan ditolong daripada Kami.

23:66. Ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepada kamu, tetapi di atas tumit-tumit kamu, kamu berundur,

23:67. Dengan sombong terhadapnya, bercakap-cakap percakapan kosong pada waktu malam.”

23:68. Tidakkah mereka renungkan ucapan, atau telah datang kepada mereka apa yang tidak datang kepada bapa-bapa mereka yang dahulu kala?

23:69. Atau, tidakkah mereka kenal pada Rasul mereka, lalu menafikannya?

23:70. Atau mereka berkata, “Dia gila”? Tidak, dia datangkan kepada mereka yang benar, tetapi kebanyakan mereka benci pada yang benar.

23:71. Sekiranya yang benar ikut keinginan mereka, langit dan bumi dan apa sahaja di dalamnya tentu rosak. Tidak, Kami datangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka, mereka berpaling.

23:72. Atau kamu minta kepada mereka ufti? Ufti daripada Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.

23:73. Sesungguhnya kamu seru mereka ke jalan lurus,

23:74. Dan sesungguhnya orang-orang tidak percayai akhirat menyimpang daripada jalan.

23:75. Sekiranya Kami kasihani mereka, dan hilangkan mudarat yang ada bersama mereka, tentu mereka berterusan dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.

23:76. Kami telah pun ambil mereka dengan azab, tetapi mereka tidak tunduk kepada Pemelihara mereka, dan tidak juga mereka rendahkan diri,

23:77. Sehingga, apabila Kami bukakan kepada mereka pintu azab yang keras, tiba-tiba mereka berputus asa padanya.

23:78. Dia yang tumbuhkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit kesyukuran (terima kasih) kamu tunjukkan.

23:79. Dia yang kembangbiakkan kamu di bumi, dan kepada-Nya kamu dikumpulkan.

23:80. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan bagi-Nya pergantian malam dan siang; apa, tidakkah kamu faham?

23:81. Tidak, tetapi mereka mengatakan yang serupa dengan apa orang-orang dahulu kala berkata.

23:82. Mereka berkata, “Apa, apabila kami sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?

23:83. Kami dan bapa-bapa kami telah dijanjikan yang ini dari dahulu; tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala.”

23:84. Katakanlah, “Kepunyaan siapakah bumi dan sesiapa di dalamnya, jika kamu tahu?”

23:85. Mereka akan berkata, “Kepunyaan Allah.” Katakanlah, “Tidakkah kamu mengingati?”

23:86. Katakanlah, “Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?”

23:87. Mereka akan berkata, “Kepunyaan Allah.” Katakanlah, “Tidakkah kamu bertakwa?”

23:88. Katakanlah, “Di tangan siapakah dominion segala sesuatu; Dia melindungi dan Dia Sendiri tidak dilindungi, jika kamu tahu?”

23:89. Mereka akan berkata, “Kepunyaan Allah.” Katakanlah, “Bagaimanakah pula kamu disihir?”

23:90. Tidak, tetapi Kami datangkan kepada mereka yang benar, dan mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.

23:91. Allah tidak ambil kepada-Nya sebarang anak, dan tidak juga ada tuhan bersama-Nya; jika demikian, tentu tiap-tiap tuhan pergi dengan apa ia cipta, dan sebahagian mereka tentu meninggi terhadap sebahagian lain; Allah disanjung, di atas apa mereka terangkan.

23:92. Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

23:93. Katakanlah, “Wahai Pemeliharaku, jika Engkau lihatkan kepadaku apa yang mereka dijanjikan,

23:94. Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau letak aku di kalangan kaum yang zalim.”

23:95. Sesungguhnya Kami berkuasa untuk perlihatkan kepada kamu apa yang Kami janjikan mereka.

23:96. Tangkislah kejahatan dengan apa yang lebih baik. Kami Sendiri sangat-sangat tahu apa yang mereka terangkan.

23:97. Dan katakan, “Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan,

23:98. Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku.”

23:99. Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku,

23:100. Supaya aku buat kerja-kerja baik yang aku telah tinggalkan.” Tidak, ia hanya satu kata yang dia ucapkan; dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan.

23:101. Maka apabila trompet ditiup, pada hari itu tidak akan ada pertalian keluarga lagi antara mereka, dan mereka tidak saling bertanya.

23:102. Kemudian orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang beruntung.

23:103. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri; di dalam Jahanam tinggal selama-lamanya.

23:104. Api bakar muka-muka mereka semasa mereka pandang dengan marah di dalamnya.

23:105. “Apa, tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu dustakannya?”

23:106. Mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, kesusahan kami telah mengalahkan kami; kami adalah kaum yang sesat.

23:107. Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami darinya! Jika kami mengulanginya, sungguh, kami akan jadi orang-orang zalim.”

23:108. Berkata, “Selinaplah kamu ke dalamnya, dan jangan berkata-kata kepada-Ku.

23:109. Ada segolongan hamba-hamba-Ku berkata, ‘Wahai Pemelihara kami, kami percaya; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan.’

23:110. Tetapi kamu ambil mereka untuk buah ejekan sehingga mereka buat kamu lupakan Peringatan-Ku, dengan ketawakan mereka.

23:111. Maka pada hari ini, Aku balas mereka kerana kesabaran mereka; merekalah orang-orang yang menang.”

23:112. Berkata, “Berapa lamakah kamu tinggal di bumi, dengan bilangan tahun?”

23:113. Mereka berkata, “Kami tinggal sehari, atau sebahagian hari; tanyalah orang-orang yang menghitung!”

23:114. Berkata, “Tidaklah kamu tinggal melainkan sebentar, sekiranya kamu tahu.

23:115. Apa, adakah kamu sangka Kami cipta kamu hanya untuk bermain-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

23:116. Maka tingginya Allah, Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.

23:117. Dan sesiapa menyeru tuhan yang lain bersama Allah, yang dengannya dia tidak ada bukti, hitungannya adalah dengan Pemeliharanya; sesungguhnya orang-orang tidak percaya tidak beruntung.

23:118. Dan katakan, “Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah, dan kasihanilah; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan.”

Surah 24
CAHAYA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

24:1. Sebuah surah yang Kami turunkan dan tetapkan; dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, supaya kamu mengingati.

24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, jangan kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan orang-orang mukmin saksikan azab mereka.

24:3. Lelaki yang berzina tidak kahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang sekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang kahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang sekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.

24:4. Dan orang-orang yang membaling kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak datangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan jangan terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

24:6. Dan orang-orang yang membaling kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar.

24:7. Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk antara pendusta-pendusta.

24:8. Ia akan hindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia saksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah antara pendusta-pendusta.

24:9. Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar.

24:10. Dan kalau tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Menerima Taubat, Bijaksana!

24:11. Orang-orang yang datang dengan fitnah adalah satu kumpulan daripada kamu; jangan sangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia usahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.

24:12. Mengapa tidak, apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri bersangka baik, dan berkata, “Ini fitnah yang nyata”?

24:13. Mengapa mereka tidak datangkan empat saksi terhadapnya? Oleh kerana mereka tidak datangkan saksi-saksi, maka pada pandangan Allah, merekalah pendusta-pendusta.

24:14. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya di dunia dan di akhirat, tentu kamu disentuh kerana rungutan-rungutan kamu, dengan azab yang besar.

24:15. Apabila kamu terimanya dengan lidah kamu, dan kamu kata dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan, tetapi di sisi Allah ia adalah satu yang besar.

24:16. Dan mengapa, apabila kamu mendengarnya, kamu tidak berkata, “Tidak patut bagi kami mengatakan mengenai ini; Engkau disanjung! Ini fitnah yang besar”?

24:17. Allah menegurkan kamu, bahawa kamu jangan kembali kepada yang serupa dengannya lagi selama-lamanya, jika kamu orang-orang mukmin.

24:18. Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

24:19. Orang-orang yang suka bahawa kesumbangan disebarkan mengenai orang-orang yang percaya, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

24:20. Dan kalau tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Lembut, Pengasih.

24:21. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ikut langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu jadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa Dia hendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

24:22. Janganlah orang-orang antara kamu yang mempunyai pemberian dan keluasan bersumpah untuk tidak memberi sanak saudara, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang hijrah di jalan Allah; tetapi hendaklah mereka maafkan dan ketepikan. Tidakkah kamu suka bahawa Allah akan ampun kamu? Allah Pengampun, Pengasih.

24:23. Sesungguhnya orang-orang yang membalingnya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar.

24:24. Pada hari apabila lidah mereka, dan tangan mereka, dan kaki mereka, menyaksikan terhadap mereka mengenai apa mereka buat.

24:25. Pada hari itu, Allah bayar mereka sepenuhnya pembalasan mereka yang sebenar, dan mereka tahu bahawa Allah, Dia adalah jelasnya Yang Benar (Hak).

24:26. Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka inilah yang terlepas daripada apa mereka kata; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.

24:27. Wahai orang-orang yang percaya, jangan masuk rumah-rumah selain daripada rumah kamu, sehingga kamu minta izin dahulu dan beri salam kepada penghuninya; itu lebih baik bagi kamu supaya kamu mengingati.

24:28. Dan jika kamu tidak dapati seseorang di dalamnya, jangan masuk sehingga diizinkan kepada kamu. Dan jika dikatakan kepada kamu, “Kembalilah”, maka kembalilah kamu; itu lebih suci bagi kamu; dan Allah tahu apa kamu buat.

24:29. Tidak salah ke atas kamu bahawa kamu masuk rumah-rumah yang tidak didiami, yang di dalamnya ada kesenangan bagi kamu. Allah tahu apa yang kamu nampakkan, dan apa yang kamu sembunyikan.

24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah sedar apa yang mereka kerjakan.

24:31. Dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan jangan juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

24:32. Kahwinlah orang-orang yang tidak berkahwin di kalangan kamu, dan hamba-hamba lelaki kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.

24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu miliki yang inginkan kitab (pembebasan), maka adakan perjanjian dengan mereka, jika kamu tahu ada kebaikan pada mereka; dan berikan mereka daripada harta Allah yang Dia beri kamu. Dan jangan kamu paksa hamba-hamba pemudi kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.

24:34. Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.

24:35. Allah ialah Cahaya langit dan bumi; persamaan Cahaya-Nya seperti sebuah ruang di dalam dinding yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita di dalam kaca. Kaca seakan-akan bintang berkilauan dinyalakan daripada pokok yang diberkati, zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat. Minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas Cahaya. Allah beri petunjuk kepada Cahaya-Nya siapa Dia hendaki. Dan Allah buat persamaan-persamaan untuk manusia, dan Allah tahu segala sesuatu.

24:36. Di dalam rumah-rumah yang Allah izinkan untuk dinaikkan, dan nama-Nya disebut di dalamnya; di dalamnya menyanjung-Nya, pagi dan petang,

24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.

24:38. Supaya Allah balas mereka kerana pekerjaan mereka yang paling baik, dan tambahkan kepada mereka daripada pemberian-Nya; dan Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan.

24:39. Dan orang-orang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia dapatinya tiada sama sekali; dan dia dapati Allah di sisinya, dan Dia bayar hitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat buat hitungan.

24:40. Atau, mereka seperti kegelapan di laut yang gelap, ditutupi gelombang besar yang di atasnya gelombang besar, dan di atasnya awan, kegelapan bertindih satu di atas yang lain; apabila dia keluarkan tangannya, hampir-hampir dia tidak dapat melihatnya. Dan kepada sesiapa Allah tidak buatkan cahaya, tiadalah cahaya baginya.

24:41. Tidakkah kamu lihat bagaimana segala di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing, Dia tahu solatnya, dan sanjungannya; dan Allah tahu apa mereka buat.

24:42. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan kepada-Nya kepulangan.

24:43. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah menjalankan awan, kemudian kumpulkan mereka, kemudian buat mereka satu kelompok, kemudian kamu lihat hujan keluar dari celah-celah mereka? Dan Dia turunkan dari langit, gunung-gunung, di dalamnya hujan batu, supaya Dia timpakan kepada siapa Dia hendaki dengannya, dan palingkan daripada siapa Dia hendaki; hampir-hampir sinar kilat-Nya menghilangkan penglihatan.

24:44. Allah membalik-balikkan siang dan malam; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang empunya penglihatan.

24:45. Allah cipta semua haiwan daripada air, dan sebahagian mereka berjalan di atas perut mereka, dan sebahagian mereka berjalan di atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan di atas empat; Allah cipta apa sahaja Dia hendaki; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

24:46. Maka Kami turunkan ayat-ayat yang menjelaskan; Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.

24:47. Mereka berkata, “Kami percaya kepada Allah dan Rasul, dan kami mentaati.” Kemudian sesudah itu, segolongan daripada mereka berpaling; mereka itu, mereka bukan orang-orang mukmin.

24:48. Apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan antara mereka, tiba-tiba segolongan daripada mereka berpaling.

24:49. Tetapi jika mereka benar, mereka datang kepada dia dengan patuh.

24:50. Apa, adakah penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau adakah mereka takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan Rasul-Nya? Tidak, tetapi mereka itu, merekalah orang-orang zalim.

24:51. Ucapan orang-orang mukmin apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan antara mereka, hanya bahawa mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat”; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.

24:52. Sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah, dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.

24:53. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa jika kamu suruh mereka, mereka pasti akan keluar. Katakanlah, “Jangan bersumpah; ketaatanlah yang baik. Sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.”

24:54. Katakanlah, “Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanya kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu taati dia, kamu akan dapat petunjuk. Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan yang jelas.”

24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bahawa Dia akan sesungguhnya jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia jadikan orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan teguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia relai untuk mereka, dan Dia akan tukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka dengan keamanan. “Mereka menyembah-Ku, mereka tidak sekutukan Aku dengan sesuatu.” Sesiapa tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

24:56. Lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu dikasihani.

24:57. Jangan sangka orang-orang tidak percaya dapat mengandaskan di bumi; tempat menginap mereka ialah Api – satu kepulangan yang buruk.

24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu miliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, minta izin kepada kamu tiga kali – sebelum solat fajar, dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak – tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian lain. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

24:59. Apabila anak-anak kamu sampai cukup umur, hendaklah mereka minta izin seperti orang-orang sebelum mereka meminta izin. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk tanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan, tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masuk rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

24:62. Orang-orang mukmin hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan yang, apabila mereka berada bersama dia berkumpul atas sesuatu urusan, mereka tidak tinggalkan dia sehingga mereka minta izinnya. Sesungguhnya orang-orang yang minta izin kamu, merekalah orang-orang yang percayai Allah dan Rasul-Nya; maka, apabila mereka minta izin kamu kerana beberapa hal mereka sendiri, izinkanlah sesiapa kamu hendaki antara mereka, dan mintalah ampunan Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

24:63. Jangan buat seruan Rasul di kalangan kamu sendiri seperti seruan kamu antara satu sama lain. Allah tahu orang-orang antara kamu yang pergi meninggalkan dengan diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang perintah-Nya takut akan penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau menimpa mereka azab yang pedih.

24:64. Ketahuilah bahawa kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi; Dia tahu keadaan kamu; dan pada hari apabila mereka dikembalikan kepada-Nya, Dia akan beritahu mereka apa mereka buat; dan Allah tahu segala sesuatu.

Surah 25
PEMBEZA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

25:1. Berkatnya Dia yang turunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.

25:2. Yang kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; Dia tidak ambil kepada-Nya seorang anak, Dia tidak ada sekutu dalam kerajaan; dan Dia cipta segala sesuatu, kemudian Dia tentukannya dengan satu penentuan.

25:3. Namun begitu, mereka ambil untuk mereka tuhan-tuhan, selain daripada-Nya, yang tidak cipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan; dan mereka tidak berkuasa atas mudarat atau manfaat kepada diri-diri mereka sendiri; dan mereka tidak berkuasa atas kematian, dan tidak juga kehidupan, dan tidak juga kebangkitan.

25:4. Orang-orang tidak percaya berkata, “Ini tidak lain kecuali fitnah yang dia ada-adakan, dan kaum lain membantunya.” Maka mereka mendatangkan kezaliman dan dusta.

25:5. Mereka berkata, “Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia tulis, diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang.”

25:6. Katakanlah, “Yang turunkannya, yang tahu rahsia di langit dan bumi; sesungguhnya Dialah Pengampun, Pengasih.”

25:7. Dan mereka berkata, “Apakah yang kena dengan Rasul ini, bahawa dia makan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?

25:8. Atau, mengapakah harta simpanan tidak dilemparkan kepadanya, atau kebun (jannah) yang daripadanya dia makan?” Orang-orang zalim berkata, “Kamu hanya ikut seorang lelaki yang kena sihir!”

25:9. Perhatikan bagaimana mereka buat persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh dapatkan jalan!

25:10. Berkatnya Dia yang, jika Dia hendaki, akan buatkan untuk kamu yang lebih baik daripada itu – taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, dan Dia jadikan untuk kamu istana-istana.

25:11. Tidak, tetapi mereka dustakan Saat; dan Kami sediakan bagi orang yang dustakan Saat dengan yang Menyala.

25:12. Apabila ia lihat mereka dari tempat yang jauh, mereka dengar gelegaknya, dan keluhannya.

25:13. Dan apabila mereka dilemparkan, diikat bersama dalam belenggu, ke dalam tempat yang sempit di Api, mereka menyeru di sana untuk kebinasaan.

25:14. “Jangan seru pada hari ini untuk satu kebinasaan, tetapi serulah kebinasaan yang banyak!”

25:15. Katakanlah, “Adakah itu lebih baik, atau Taman Yang Kekal, dijanjikan kepada orang-orang bertakwa, dan ia adalah balasan bagi mereka dan kepulangan?”

25:16. Bagi mereka, di dalamnya apa yang mereka hendaki, tinggal selama-lamanya; ia adalah satu janji yang mengikat Pemelihara kamu, dan hendaklah ditanya.

25:17. Pada hari Dia kumpul mereka, dan apa-apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, dan berkata, “Adakah kamu yang sesatkan mereka ini, hamba-hamba-Ku, atau adakah mereka sendiri yang sesat daripada jalan?”

25:18. Mereka berkata, “Engkau disanjung! Tidak patut bagi kami ambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah beri kesenangan hidup mereka dan bapa-bapa mereka sehingga mereka melupakan Peringatan, dan mereka adalah kaum yang keji.”

25:19. Maka mereka dustakan apa yang kamu kata, dan kamu tidak boleh palingkannya, dan tidak juga dapatkan sebarang pertolongan. Sesiapa antara kamu buat zalim , Kami akan rasakan kepadanya azab yang besar.

25:20. Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka makan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian lain. Mahukah kamu sabar? Pemelihara kamu melihat.

25:21. Berkata orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, “Mengapa malaikat-malaikat tidak diturunkan kepada kita, atau mengapa kita tidak melihat Pemelihara kita?” Mereka sombong di dalam diri-diri mereka, dan jadi penghina, dengan penghinaan yang besar.

25:22. Pada hari mereka melihat malaikat-malaikat, tidak ada berita gembira pada hari itu bagi orang-orang yang berdosa; mereka berkata, “Satu larangan yang terlarang!”

25:23. Kami hadapkan apa-apa amalan yang mereka telah buat, dan membuatnya debu yang bertaburan.

25:24. Penghuni-penghuni Taman pada hari itu adalah lebih baik tempat menginap mereka, lebih baik tempat istirahat mereka.

25:25. Pada hari langit berpecah belah dengan awan-awan, dan malaikat-malaikat turun, dengan penurunan.

25:26. Kerajaan pada hari itu, Kerajaan yang benar, kepunyaan Yang Pemurah, dan ia adalah hari kesukaran bagi orang-orang tidak percaya.

25:27. Pada hari orang zalim menggigit tangan-tangannya, dengan berkata, “Aduhai, sekiranya aku telah ambil jalan bersama Rasul!

25:28. Celakalah aku! Sekiranya aku tidak ambil si polan sebagai sahabat!

25:29. Sesungguhnya dia sesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia.”

25:30. Rasul berkata, “Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur’an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan.”

25:31. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh di kalangan orang-orang yang berdosa; tetapi Pemelihara kamu mencukupi sebagai pemberi petunjuk, dan sebagai penolong.

25:32. Orang-orang tidak percaya berkata, “Mengapakah al-Qur’an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?” Begitulah, supaya Kami teguhkan hati kamu dengannya, dan Kami bacakannya dengan bacaan sebenar.

25:33. Mereka tidak datang kepada kamu dengan sebarang persamaan melainkan Kami datangkan kepada kamu yang benar, dan penjelasan (tafsir) yang lebih baik.

25:34. Orang-orang yang dikumpulkan ke Jahanam di atas muka-muka mereka, mereka berada di tempat yang lebih buruk dan lebih jauh sesat daripada jalan.

25:35. Kami beri Musa al-Kitab, dan melantik bersama dia saudaranya Harun sebagai wazir.

25:36. Dan Kami berkata, “Pergilah kepada kaum yang dustakan ayat-ayat Kami”; kemudian Kami binasakan mereka dengan kebinasaan yang sebenar-benarnya.

25:37. Dan kaum Nuh, apabila mereka dustakan Rasul-Rasul, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami buat mereka menjadi satu ayat bagi manusia; dan Kami sediakan bagi orang-orang zalim, azab yang pedih.

25:38. Dan Ad, dan Tsamud, dan penduduk Ras, dan antara yang demikian, generasi-generasi yang banyak.

25:39. Dan masing-masing Kami jadikan persamaan-persamaan, dan masing-masing Kami binasakan, dengan kebinasaan.

25:40. Sesungguhnya mereka telah datang ke bandaraya yang dihujani hujan yang buruk; apa, tidakkah mereka melihatnya? Tidak, tetapi mereka tidak mengharapkan kebangkitan.

25:41. Dan apabila mereka melihat kamu, mereka hanya ambil kamu dalam ejekan, “Apa, inikah dia yang Allah bangkitkan sebagai seorang Rasul?

25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir sesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita sabar pada mereka.” Kelak mereka akan tahu, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.

25:43. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya menjadi tuhannya? Adakah kamu jadi wakil kepada mereka?

25:44. Atau, kamu sangka kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.

25:45. Tidakkah kamu renungkan Pemelihara kamu, bagaimana Dia menjulurkan bayang-bayang? Sekiranya Dia hendak, tentu Dia membuatnya tetap berdiam. Kemudian Kami buatkan matahari untuk menjadi satu panduan kepadanya.

25:46. Kemudian Kami menariknya kepada Kami, dengan tarikan perlahan-lahan.

25:47. Dia yang buatkan malam bagi kamu untuk menjadi pakaian, dan tidur untuk rehat, dan siang Dia buatkan untuk kebangkitan.

25:48. Dan Dia yang utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya; dan Kami turunkan dari langit air yang bersih,

25:49. Supaya Kami hidupkan tanah yang mati, dan memberi minum daripadanya, daripada apa yang Kami ciptakan, binatang ternak dan manusia yang ramai.

25:50. Sesungguhnya Kami mengulang-ulanginya di kalangan mereka supaya mereka mengingati; namun begitu, kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

25:51. Sekiranya Kami hendak, tentu Kami bangkitkan di tiap-tiap bandaraya, seorang pemberi amaran.

25:52. Maka jangan taati orang-orang tidak percaya, tetapi berjuanglah terhadap mereka dengan perjuangan yang besar.

25:53. Dan Dia yang membiarkan dua laut, yang ini bersih dan enak, rasanya menggembirakan, dan yang ini masin dan pahit, dan Dia letak di antara mereka satu barzakh (tembok), dan satu larangan yang terlarang.

25:54. Dan Dia yang ciptakan daripada air, manusia, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.

25:55. Dan mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak manfaatkan mereka, dan tidak juga mudaratkan mereka; dan orang tidak percaya adalah penyokong menentang Pemeliharanya.

25:56. Dan Kami tidak utus kamu, melainkan sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran.

25:57. Katakanlah, “Aku tidak minta upah kepada kamu untuk ini, ia hanya bagi orang yang hendak akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan.”

25:58. Tawakallah kepada Yang Hidup, Yang Tidak Mati, dan sanjunglah dengan memuji-Nya. Cukuplah dengan Dia menyedari kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya,

25:59. Yang cipta langit dan bumi, dan apa di antara keduanya, dalam enam hari, kemudian duduk di atas Arasy, Yang Pemurah; maka tanyalah yang maklum mengenainya!

25:60. Tetapi apabila dikatakan kepada mereka, “Sujudlah kamu kepada Yang Pemurah”, mereka berkata, “Dan apakah ia Yang Pemurah? Adakah kami akan sujud kepada apa yang kamu perintahkan kami?” Dan ia menambahkan mereka dalam pelarian.

25:61. Berkatnya Dia yang meletakkan di langit gugusan bintang, dan Dia letak pada mereka sebuah lampu, dan bulan yang memberi cahaya.

25:62. Dan Dia yang buatkan malam dan siang silih berganti bagi orang yang hendak mengingati, atau hendak berterima kasih.

25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, “Salam”,

25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri.

25:65. Yang berkata, “Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan paling ngeri,

25:66. Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal.”

25:67. Yang, apabila mereka nafkahkan (belanjakan) tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi di antara yang demikian itu, dengan satu pendirian yang saksama,

25:68. Yang tidak menyeru tuhan lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa buat demikian itu akan temui harga dosa.

25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.

25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat amalan (kerja-kerja) yang baik; bagi mereka, Allah akan tukar kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah Pengampun, Pengasih.

25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan buat kerja-kerja baik, dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.

25:72. Dan orang-orang yang tidak saksikan yang dusta, dan apabila mereka melalui percakapan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan mulia,

25:73. Dan orang-orang yang apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat Pemelihara mereka, tidak jatuh padanya, pekak dan buta,

25:74. Yang berkata, “Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa.”

25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka sabar, dan mereka akan terima di dalamnya salam hormat, “Salam!”

25:76. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; adalah baik sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal.

25:77. Katakanlah, “Pemeliharaku tidak pedulikan kamu sekiranya tiada seruan kamu. Maka sesungguhnya kamu telah dustakan, dan pasti ia akan mengikat.”

Surah 26
PARA PENYAIR

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

26:1. Tha Sim Mim.

26:2. Inilah ayat-ayat al-Kitab yang jelas.

26:3. Boleh jadi kamu akan binasakan diri kamu kerana mereka bukan orang-orang mukmin.

26:4. Jika Kami hendak, Kami akan turunkan kepada mereka satu ayat dari langit, lalu tengkuk-tengkuk mereka akan tetap tunduk kepadanya.

26:5. Tetapi tiada peringatan yang baru datang kepada mereka daripada Yang Pemurah, melainkan mereka berpaling daripadanya.

26:6. Maka mereka dustakan; sesungguhnya berita-berita akan datang kepada mereka daripada apa yang mereka olok-olokkan.

26:7. Apa, tidakkah mereka renungkan bumi, berapa banyaknya di dalamnya yang Kami tumbuhkan daripada tiap-tiap jenis yang mulia.

26:8. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat, namun begitu kebanyakan mereka bukan orang-orang mukmin.

26:9. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

26:10. Dan apabila Pemelihara kamu panggil Musa, “Pergilah kepada kaum yang zalim,

26:11. Kaum Firaun; mengapa tidak mereka bertakwa?”

26:12. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku takut mereka akan dustakan aku,

26:13. Dan dadaku jadi sempit, dan lidahku tidak dapat dilepaskan; maka utuslah kepada Harun.

26:14. Mereka juga ada satu kesalahan yang ada padaku, dan aku takut mereka akan bunuh aku.”

26:15. Berkata, “Tidak sekali-kali! Pergilah kamu berdua dengan ayat-ayat Kami; sesungguhnya Kami bersama kamu, mendengarkan.

26:16. Pergilah kamu kepada Firaun, dan katakan, ‘Sesungguhnya kami adalah Rasul Pemelihara semua alam.

26:17. Maka utuslah bersama kami Bani Israil.'”

26:18. Berkata, “Tidakkah kami yang pelihara kamu di kalangan kami sejak kanak-kanak, dan kamu tinggal bersama kami bertahun-tahun daripada umur kamu?

26:19. Dan kamu lakukan perbuatan kamu yang kamu telah lakukan, dan kamu termasuk orang-orang tidak percaya!”

26:20. Berkata, “Aku lakukannya tatkala aku termasuk orang-orang sesat,

26:21. Maka aku lari daripada kamu, takut pada kamu. Tetapi Pemelihara aku telah beri aku Putusan, dan buat aku antara para utusan.

26:22. Itu adalah satu rahmat yang kamu berbudi kepadaku, bahawa kamu menghambakan Bani Israil.”

26:23. Firaun berkata, “Apakah ia Pemelihara semua alam?”

26:24. Berkata, “Pemelihara langit dan bumi, dan apa-apa di antara keduanya, jika kamu yakin.”

26:25. Berkata kepada orang-orang di sekelilingnya, “Tidakkah kamu dengar?”

26:26. Berkata, “Pemelihara kamu, dan Pemelihara bapa-bapa kamu dahulu kala.”

26:27. Berkata, “Sesungguhnya Rasul kamu yang diutus kepada kamu ialah orang yang dirasuk!”

26:28. Berkata, “Pemelihara Timur dan Barat, dan apa-apa di antara mereka, jika kamu faham.”

26:29. Berkata, “Jika kamu ambil tuhan selain aku, pasti aku akan buat kamu antara orang-orang dipenjarakan.”

26:30. Berkata, “Walaupun aku datangkan kepada kamu sesuatu yang jelas?”

26:31. Berkata, “Datangkanlah ia, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.”

26:32. Maka dia lempar tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata.

26:33. Dan dia keluarkan tangannya, lalu tiba-tiba, ia menjadi putih bagi orang-orang yang melihat.

26:34. Berkata kepada pembesar-pembesar di sekelilingnya, “Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),

26:35. Yang hendak usir kamu daripada bumi kamu dengan sihirnya; apakah yang kamu perintahkan?”

26:36. Mereka berkata, “Tangguhkan dia dan saudaranya seketika, dan kirimlah ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan,

26:37. Untuk datangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim.”

26:38. Maka ahli-ahli sihir dikumpulkan untuk waktu yang ditetapkan, hari yang ditentukan.

26:39. Manusia ditanya, “Adakah kamu akan berkumpul?

26:40. Semoga kita ikut ahli-ahli sihir jika merekalah orang-orang yang menang.”

26:41. Kemudian, apabila ahli-ahli sihir datang, mereka berkata kepada Firaun, “Adakah kami benar-benar dapat upah, jika kami orang-orang yang menang?”

26:42. Berkata, “Ia, benar; dan kamu kemudiannya akan jadi di kalangan yang berkedudukan dekat.”

26:43. Musa berkata kepada mereka, “Lemparlah kamu apa yang kamu akan lempar.”

26:44. Lalu mereka lempar tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka, dan berkata, “Dengan kemuliaan Firaun, pastilah kami orang-orang yang menang.”

26:45. Kemudian Musa lemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia telan apa yang mereka palsukan.

26:46. Maka ahli-ahli sihir lemparkan diri, bersujud.

26:47. Mereka berkata, “Kami percaya kepada Pemelihara semua alam,

26:48. Pemelihara Musa dan Harun.”

26:49. Berkata, “Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu! Dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sekarang kamu akan tahu! Sungguh, aku akan potong, berselang-seli, tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan salib kamu kesemuanya.”

26:50. Mereka berkata, “Tidak ada mudarat; sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik.

26:51. Kami sangat inginkan bahawa Pemelihara kami akan ampunkan kami atas pelanggaran-pelanggaran kami kerana kami yang pertama antara orang-orang mukmin.”

26:52. Dan Kami wahyukan Musa, “Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan diikuti.”

26:53. Kemudian Firaun utus ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan.

26:54. “Sesungguhnya mereka ini kumpulan yang sedikit,

26:55. Dan sesungguhnya mereka buat kita marah,

26:56. Dan kita semua berjaga-jaga.”

26:57. Maka Kami keluarkan mereka dari taman-taman (jannah) dan mata-mata air,

26:58. Dan harta-harta simpanan, dan medan yang mulia.

26:59. Demikianlah, dan Kami wariskannya kepada Bani Israil.

26:60. Kemudian mereka ikut mereka pada waktu matahari terbit.

26:61. Dan apabila kedua-dua kumpulan berlihat-lihatan, teman-teman Musa berkata, “Kitalah orang-orang yang tersusul.”

26:62. Berkata, “Tidak sekali-kali! Sesungguhnya Pemeliharaku bersamaku; Dia akan beri petunjuk kepadaku.”

26:63. Kemudian Kami wahyukan Musa, “Pukullah laut dengan tongkat kamu”; dan ia terbelah, dan tiap-tiap bahagian seperti gunung tinggi yang besar.

26:64. Dan di sana Kami dekatkan yang lain,

26:65. Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang bersama dia, kesemuanya.

26:66. Kemudian Kami tenggelamkan yang lain.

26:67. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukan orang-orang mukmin.

26:68. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

26:69. Dan bacakan kepada mereka berita Ibrahim.

26:70. Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “Apakah yang kamu sembah?”

26:71. Mereka berkata, “Kami sembah patung-patung, dan tetap bertekun padanya.”

26:72. Berkata, “Adakah mereka dengar kamu apabila kamu seru?

26:73. Atau mereka manfaatkan kamu, atau mudaratkan?”

26:74. Mereka berkata, “Tidak, tetapi kami dapati bapa-bapa kami buat seperti yang demikian.”

26:75. Berkata, “Dan, adakah kamu fikirkan apa yang kamu sembah,

26:76. Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?

26:77. Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,

26:78. Yang mencipta aku, dan Dia, Dia Sendiri beri petunjuk kepadaku,

26:79. Dan Dia, Dia Sendiri beri aku makan dan minum,

26:80. Dan setiap kali aku sakit, Dia sembuhkan aku,

26:81. Yang matikan aku, kemudian hidupkan aku,

26:82. Dan yang aku inginkan akan ampunkan aku atas pelanggaranku pada Hari Agama (Pengadilan).

26:83. Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukan aku dengan orang-orang salih,

26:84. Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir.

26:85. Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan,

26:86. Dan ampunkanlah bapaku kerana dia termasuk orang-orang sesat.

26:87. Janganlah aibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan,

26:88. Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat,

26:89. Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih.”

26:90. Dan Taman didekatkan untuk orang-orang bertakwa,

26:91. Dan Jahim dihadapkan kepada orang-orang yang bersalah.

26:92. Dan dikatakan kepada mereka, “Di manakah apa yang kamu sembah,

26:93. Selain daripada Allah? Adakah mereka tolong kamu, atau menolong diri-diri mereka sendiri?”

26:94. Maka mereka dicampakkan ke dalamnya, bersama orang-orang yang bersalah,

26:95. Dan tentera Iblis, kesemuanya.

26:96. Mereka berkata, sedang mereka bertengkar dengan satu sama lain di dalamnya,

26:97. “Demi Allah, kita benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata,

26:98. Apabila kita jadikan kamu sama dengan Pemelihara semua alam.

26:99. Tiadalah ia, melainkan orang-orang yang berdosa yang sesatkan kita.

26:100. Maka kita tidak ada pengantara,

26:101. Dan tiada sahabat, sahabat yang setia,

26:102. Sekiranya bagi kita dapat kembali lagi, dan jadi antara orang-orang mukmin!”

26:103. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukan orang-orang mukmin.

26:104. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

26:105. Kaum Nuh telah dustakan para utusan,

26:106. Apabila saudara mereka Nuh berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?”

26:107. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai.

26:108. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:109. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanya atas Pemelihara semua alam.

26:110. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.”

26:111. Mereka berkata, “Adakah kami akan percayai kamu, yang orang-orang paling hina ikut?”

26:112. Berkata, “Apakah pengetahuan yang aku ada mengenai apa mereka buat?

26:113. Hitungan mereka hanyalah atas Pemeliharaku, jika kamu sedari.

26:114. Aku tidak akan usir orang-orang mukmin,

26:115. Aku, tidak lain, hanya seorang pemberi amaran yang jelas.”

26:116. Mereka berkata, “Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan jadi antara orang-orang direjam.”

26:117. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, kaumku dustakan aku,

26:118. Maka bukakanlah satu keputusan antara aku dan mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang mukmin yang bersamaku.”

26:119. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang bersama dia, di dalam kapal penuh muatan.

26:120. Kemudian selepas itu, Kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal.

26:121. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukan orang-orang mukmin.

26:122. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

26:123. Ad telah dustakan para utusan,

26:124. Apabila saudara mereka Hud berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?

26:125. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai.

26:126. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:127. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanya atas Pemelihara semua alam.

26:128. Apa, adakah kamu bina di tiap-tiap bukit yang tinggi satu ayat (tanda) dengan main-main,

26:129. Dan adakah kamu ambil untuk kamu bangunan-bangunan besar untuk tinggal selama-lamanya?

26:130. Apabila kamu serang, kamu serang seperti orang-orang kejam!

26:131. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku,

26:132. Dan takutilah Dia yang bantu kamu dengan apa yang kamu tahu,

26:133. Bantu kamu dengan binatang ternak dan anak-anak,

26:134. Dan kebun-kebun (jannah), dan mata-mata air.

26:135. Sesungguhnya aku takut bagi kamu akan azab hari yang besar.”

26:136. Mereka berkata, “Sama sahaja bagi kami, sama ada kamu tegurkan, atau kamu bukan daripada orang-orang yang beri teguran.

26:137. Ini, tidak lain, hanya tabiat orang-orang dahulu kala.

26:138. Dan kami tidak akan diazab.”

26:139. Maka mereka dustakan dia; kemudian Kami musnahkan mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukan orang-orang mukmin.

26:140. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

26:141. Tsamud telah dustakan para utusan.

26:142. Apabila saudara mereka Salleh berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?

26:143. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai.

26:144. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:145. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanya atas Pemelihara semua alam.

26:146. Adakah kamu akan dibiarkan dalam apa yang di sini dengan aman,

26:147. Di dalam taman-taman (jannah) dan mata-mata air,

26:148. Dan ladang-ladang yang disemai, dan pohon-pohon palma dengan seludang yang lampai?

26:149. Dan kamu pahat rumah-rumah dengan mahir daripada gunung-gunung?

26:150. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku,

26:151. Dan jangan taati perintah orang-orang yang membazir (berlebihan),

26:152. Yang buat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan.”

26:153. Mereka berkata, “Kamu hanyalah antara orang-orang yang kena sihir,

26:154. Kamu, tidak lain, hanya seorang manusia yang serupa dengan kami; maka datangkan satu ayat, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.”

26:155. Berkata, “Ini seekor unta betina; baginya minuman, dan bagi kamu minuman, pada hari yang diketahui,

26:156. Dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu diambil azab hari yang besar.”

26:157. Tetapi mereka melukainya, dan pada waktu pagi, mereka penuh sesal,

26:158. Dan azab ambil mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukan orang-orang mukmin.

26:159. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

26:160. Kaum Lut telah dustakan para utusan.

26:161. Apabila saudara mereka Lut berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?

26:162. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai,

26:163. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:164. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanya atas Pemelihara semua alam.

26:165. Apa, adakah kamu datangi lelaki daripada semua alam,

26:166. Dengan tinggalkan isteri-isteri kamu yang Pemelihara kamu ciptakan untuk kamu? Tidak, tetapi kamulah kaum yang derhaka.”
26:167. Mereka berkata, “Jika kamu tidak berhenti, wahai Lut, pasti kamu akan jadi antara orang-orang diusir.”

26:168. Berkata, “Sesungguhnya aku adalah pembenci kepada amalan kamu.

26:169. Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku dan keluargaku daripada apa mereka buat.”

26:170. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kesemuanya,

26:171. Kecuali seorang perempuan tua antara orang-orang yang tinggal.

26:172. Kemudian Kami binasakan yang lain.

26:173. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan adalah buruk hujan orang-orang diberi amaran.

26:174. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukan orang-orang mukmin.

26:175. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

26:176. Penduduk Aikah (hutan belukar) telah dustakan para utusan.

26:177. Apabila Shuaib berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?

26:178. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai,

26:179. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:180. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanya atas Pemelihara semua alam.

26:181. Tepatilah sukatan, dan jangan jadi penipu,

26:182. Dan timbanglah dengan timbangan yang lurus,

26:183. Dan jangan kurangkan sesuatu daripada manusia, dan jangan buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.

26:184. Takutilah Dia yang cipta kamu, dan orang-orang dahulu kala.”

26:185. Mereka berkata, “Kamu hanyalah antara orang-orang yang kena sihir,

26:186. Kamu, tidak lain, hanya seorang manusia yang serupa dengan kami; sesungguhnya kami sangka kamu termasuk pendusta-pendusta.

26:187. Maka jatuhkan kepada kami serpihan-serpihan dari langit, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.”

26:188. Berkata, “Pemeliharaku sangat-sangat tahu apa kamu buat.”

26:189. Tetapi mereka dustakan dia; kemudian azab Hari Bayang-Bayang mengambil mereka; sesungguhnya ia adalah azab hari yang besar.

26:190. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukan orang-orang mukmin.

26:191. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

26:192. Sesungguhnya ia adalah satu penurunan Pemelihara semua alam,

26:193. Dibawa turun oleh Roh Amin (yang dipercayai),

26:194. Ke dalam hati kamu supaya kamu jadi antara orang-orang yang beri amaran,

26:195. Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas.

26:196. Sesungguhnya ia adalah di dalam zabur-zabur (kitab-kitab) dahulu.

26:197. Tidakkah ia satu ayat (tanda) bagi mereka bahawa ulama Bani Israil mengetahuinya?

26:198. Jika Kami turunkannya kepada seorang bukan Arab,

26:199. Dan dia bacakan kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin kepadanya.

26:200. Begitulah Kami susupkan ia ke dalam hati orang-orang yang berdosa,

26:201. Yang tidak akan percayainya, sehingga mereka melihat azab yang pedih,

26:202. Yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar,

26:203. Dan mereka berkata, “Adakah kami ditangguhkan?”

26:204. Apa, adakah mereka minta disegerakan azab Kami?

26:205. Apa pendapat kamu, jika Kami beri kesenangan hidup mereka selama beberapa tahun?

26:206. Kemudian datang kepada mereka apa yang mereka dijanjikan,

26:207. Tidak berguna kepada mereka, kesenangan hidup yang diberi,

26:208. Tiada sebuah bandaraya yang Kami musnahkan, melainkan ia ada orang-orang yang beri amaran,

26:209. Untuk satu peringatan, dan tidaklah Kami buat zalim.

26:210. Tidaklah oleh syaitan-syaitan ia dibawa turun,

26:211. Tidak patut bagi mereka, dan tidak juga mereka boleh.

26:212. Sesungguhnya mereka dijauhkan daripada mendengar.

26:213. Maka jangan kamu seru tuhan lain berserta Allah, supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang diazab.

26:214. Dan berilah amaran kepada kerabat kamu, sanak saudara yang terdekat.

26:215. Rendahkanlah sayap kamu kepada orang-orang yang ikut kamu, orang-orang mukmin,

26:216. Kemudian, jika mereka mengingkari kamu, katakanlah, “Aku berlepas diri daripada apa kamu buat.”

26:217. Tawakallah kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengasih,

26:218. Yang lihat kamu apabila kamu berdiri,

26:219. Dan apabila kamu berbalik-balik antara orang-orang yang sujud.

26:220. Sesungguhnya Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

26:221. Bolehkah aku beritahu kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan turun?

26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.

26:223. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta.

26:224. Dan penyair-penyair – orang-orang yang bersalah ikut mereka.

26:225. Tidakkah kamu lihat bagaimana mereka merayau-rayau di tiap-tiap lembah,

26:226. Dan bagaimana mereka kata apa yang mereka tidak buat?

26:227. Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan mereka mengingati Allah dengan banyak, dan menolong diri-diri mereka sendiri setelah dizalimi; dan orang-orang buat kezaliman pasti akan tahu di mana tempat balik yang mereka akan dibalikkan.

Surah 27
SEMUT

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur’an, dan sebuah Kitab yang jelas.

27:2. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin,

27:3. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.

27:4. Orang-orang tidak percayai akhirat, Kami nampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.

27:5. Mereka itu orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang paling rugi di akhirat.

27:6. Kamu menerima al-Qur’an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.

27:7. Apabila Musa berkata kepada keluarganya, “Aku lihat api, dan aku akan datangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan datangkan kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat panaskan diri-diri kamu.”

27:8. Maka apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, “Diberkatilah orang yang di api, dan orang di sekitarnya. Allah disanjung, Pemelihara semua alam!

27:9. Wahai Musa, sesungguhnya ini Aku, Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

27:10. Lemparlah tongkat kamu.” Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. “Wahai Musa, jangan takut; sesungguhnya para utusan tidak takut di hadapan-Ku,

27:11. Kecuali orang buat kezaliman, kemudian sesudah kejahatan, menukarkan kepada kebaikan; sesungguhnya Aku Pengampun, Pengasih.

27:12. Masukkan tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan – antara sembilan ayat kepada Firaun dan kaumnya; mereka adalah kaum yang fasiq.”

27:13. Tetapi apabila ayat-ayat Kami yang dapat dilihat datang kepada mereka, mereka berkata, “Ini sihir yang nyata.”

27:14. Dan mereka meyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada ketinggian diri. Maka perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan!

27:15. Dan Kami beri Daud dan Sulaiman pengetahuan, dan mereka berkata, “Segala puji bagi Allah, yang lebihkan kami di atas kebanyakan daripada hamba-hamba-Nya yang mukmin.”

27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud dan dia berkata, “Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benar pemberian yang nyata.”

27:17. Dan tenteranya dikumpulkan kepada Sulaiman, daripada jin, dan manusia, dan burung, dengan berbaris.

27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkata seekor semut, “Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak sedar.”

27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih.”

27:20. Dan dia periksa burung-burung; kemudian dia berkata, “Bagaimanakah dengan aku, bahawa aku tidak lihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib (tidak hadir)?

27:21. Sungguh, aku akan azab ia dengan azab yang keras, atau aku korbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata.”

27:22. Tetapi ia menetap tidak lama, dan berkata, “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu, dan aku datang dari Sabak kepada kamu dengan berita yang diyakini.

27:23. Aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.

27:24. Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan nampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia halangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak dapat petunjuk,

27:25. Supaya mereka tidak sujud kepada Allah, yang keluarkan yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa kamu siarkan.

27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar.”

27:27. Berkata, “Kami akan lihat sama ada kamu berkata benar, atau kamu termasuk orang-orang yang berdusta.

27:28. Pergilah kamu dengan kitabku (suratku) ini, dan lemparlah ia kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, dan perhatikan apa yang mereka kembalikan.”

27:29. Dia berkata, “Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya sebuah kitab yang mulia telah dilemparkan kepadaku,

27:30. Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah ‘Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

27:31. Jangan kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kemusliman.'”

27:32. Dia berkata, “Wahai pembesar-pembesar, putuskan kepadaku mengenai urusanku; aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu saksikan aku.”

27:33. Mereka berkata, “Kita mempunyai kekuatan, dan kita mempunyai keberanian yang sangat. Urusan terpulanglah kepada kamu; maka perhatikan apa yang kamu akan perintahkan.”

27:34. Dia berkata, “Raja-raja, apabila mereka masuk sebuah bandaraya, merosakinya dan buatkan penduduknya yang perkasa rendah. Begitulah mereka buat.

27:35. Sesungguhnya aku utus satu hadiah kepada mereka, dan lihat apa yang utusan-utusan bawa kembali.”

27:36. Tetapi apabila dia datang kepada Sulaiman, dia berkata, “Apa, adakah kamu bantu aku dengan harta, dan apa yang Allah beri aku adalah lebih baik daripada apa dia beri kamu? Tidak, tetapi kamu gembira dengan hadiah kamu!

27:37. Kembalilah kamu kepada mereka; sungguh, kami akan datang menentang mereka dengan tentera yang mereka tidak ada kuasa untuk hadapinya, dan kami akan usir mereka daripadanya, terhina dan direndahkan.”

27:38. Berkata, “Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan datangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?”

27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, “Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai.”

27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, “Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu.” Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, “Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanya berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa tidak berterima kasih – sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia.”

27:41. Berkata, “Samarkan singgahsananya untuknya, dan kita akan lihat, sama ada dia dapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak dapat petunjuk.”

27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, “Adakah singgahsana kamu seperti ini?” Dia berkata, “Ia nampaknya sama.” “Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.

27:43. Tetapi apa yang dia (wanita) sembah, selain daripada Allah, menghalanginya, kerana dia adalah daripada kaum tidak percaya (kafir).”

27:44. Dikatakan kepada dia, “Masuklah ke dalam istana.” Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, “Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal.” Dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam.”

27:45. Dan Kami utus kepada Tsamud, saudara mereka Salleh, “Sembahlah Allah!” Dan tiba-tiba, mereka jadi dua golongan yang bertengkar dengan satu sama lain.

27:46. Dia berkata, “Wahai kaumku, mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum yang baik? Mengapa kamu tidak minta ampun kepada Allah, supaya kamu dikasihani?”

27:47. Mereka berkata, “Kami meramalkan yang buruk daripada kamu, dan orang-orang bersama kamu.” Berkata, “Ramalan kamu adalah di sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji.”

27:48. Dan di kota, ada sekumpulan sembilan orang yang buat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan.

27:49. Mereka berkata, “Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan Allah, ‘Kita akan menyerangnya dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita kata kepada walinya (pelindungnya), kita tidak saksikan kebinasaan keluarganya; dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'”

27:50. Dan mereka buat tipu daya dengan satu tipu daya, dan Kami sebaliknya buat tipu daya dengan satu tipu daya, sedang mereka tidak sedar.

27:51. Dan perhatikan bagaimana kesudahan tipu daya mereka! Kerana Kami binasakan mereka dan kaum mereka kesemuanya.

27:52. Itu rumah-rumah mereka, semua telah roboh disebabkan mereka buat zalim ; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang tahu.

27:53. Dan Kami selamatkan orang-orang yang percaya dan bertakwa.

27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, “Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?

27:55. Apa, adakah kamu datangi lelaki dengan hawa nafsu (syahwat) bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh.”

27:56. Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, “Usirlah keluarga Lut daripada bandaraya kamu; mereka adalah orang-orang yang bersihkan diri!”

27:57. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; Kami tentukan dia termasuk orang-orang yang tertinggal.

27:58. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang diberi amaran.

27:59. Katakanlah, “Segala puji bagi Allah, dan sejahtera ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia pilih.” Apa, adakah Allah yang lebih baik, atau apa yang mereka sekutukan?

27:60. Atau, siapakah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan untuk kamu dari langit, air; dan Kami tumbuhkan dengannya taman-taman dipenuhi keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat tumbuhkan? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang setarakan-Nya.

27:61. Atau, siapakah yang buatkan bumi sebuah tempat yang tetap, dan letak sungai-sungai di celah-celahnya, dan adakan untuknya gunung-gunung, dan letak satu pemisah di antara dua laut? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

27:62. Atau, siapakah yang sahut orang yang dalam kesulitan apabila dia seru kepada-Nya, dan hilangkan kejahatan, dan lantik kamu jadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.

27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan.

27:64. Atau, siapakah yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, dan beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan selain Allah? Katakanlah, “Kemukakan bukti kamu, jika kamu berkata benar?”

27:65. Katakanlah, “Tiada yang tahu yang ghaib di langit dan bumi melainkan Allah. Dan mereka tidak sedar bila mereka akan dibangkitkan.”

27:66. Pengetahuan mereka tidak sampai mengenai akhirat; tidak, mereka adalah dalam keraguan padanya; tidak, mereka buta padanya.

27:67. Orang-orang tidak percaya berkata, “Apa, apabila kita jadi tanah, dan bapa-bapa kita, adakah kita benar-benar akan dikeluarkan?

27:68. Kita telah dijanjikan yang ini, dan bapa-bapa kita dahulu; tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala.”

27:69. Katakanlah, “Mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.”

27:70. Jangan sedih terhadap mereka, dan jangan juga kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka perdayakan.

27:71. Mereka berkata, “Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?”

27:72. Katakanlah, “Mungkin di belakang kamu sudah pun ada sebahagian apa yang kamu minta disegerakan.”

27:73. Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

27:74. Sesungguhnya Pemelihara kamu tahu apa yang dada mereka sembunyikan, dan apa yang mereka siarkan.

27:75. Dan tiada yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi melainkan di dalam Kitab yang jelas.

27:76. Sesungguhnya al-Qur’an ini menceritakan kepada Bani Israil kebanyakan daripada apa yang mengenainya mereka selisihkan.

27:77. Ia adalah petunjuk, dan pengasihan, kepada orang-orang mukmin.

27:78. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka dengan Putusan-Nya; Dia Yang Perkasa, Yang Mengetahui.

27:79. Maka tawakallah kamu kepada Allah; kamu adalah di atas kebenaran yang nyata.

27:80. Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

27:81. Kamu tidak dapat beri petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu dapat jadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.

27:82. Apabila Ucapan jatuh kepada mereka, Kami keluarkan untuk mereka dari bumi, suatu haiwan yang berkata-kata kepada mereka – manusia tidak yakin akan ayat-ayat Kami.

27:83. Pada hari Kami kumpul daripada tiap-tiap umat, sekumpulan orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dengan berbaris,

27:84. Sehingga, apabila mereka datang, Dia berkata, “Adakah kamu dustakan ayat-ayat-Ku tanpa mengetahuinya dalam pengetahuan kamu, atau apakah yang kamu buat?”

27:85. Dan Ucapan jatuh kepada mereka kerana mereka buat zalim semasa mereka tidak berkata-kata.

27:86. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami buatkan malam bagi mereka untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang percayai.

27:87. Pada hari trompet ditiup, dan terkejutlah sesiapa sahaja di langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah hendaki, dan tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan rendah diri.

27:88. Dan kamu lihat gunung-gunung yang kamu sangka tidak bergerak, melalui seperti awan-awan melalui – hasil pekerjaan Allah, yang mencipta segala sesuatu dengan sangat baik. Dia menyedari apa kamu buat.

27:89. Sesiapa datang dengan yang baik, dia dapat yang lebih baik daripada itu; dan mereka jadi aman daripada kejutan hari itu.

27:90. Dan sesiapa datang dengan kejahatan, wajah (muka) mereka dijerumuskan ke dalam Api: “Tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat?”

27:91. Aku hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah (negeri) ini, yang Dia jadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya jadi antara orang-orang yang muslim,

27:92. Dan untuk baca al-Qur’an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanya dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa sesat, katakanlah, “Aku hanya seorang pemberi amaran.”

27:93. Dan katakan, “Segala puji bagi Allah. Dia akan lihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan kamu akan kenalinya. Pemelihara kamu tidak lalai daripada apa kamu buat.”

Surah 28
CERITA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

28:1. Tha Sin Mim.

28:2. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.

28:3. Kami bacakan kamu sesuatu daripada berita Musa dan Firaun dengan benar untuk kaum yang percayai.

28:4. Sesungguhnya Firaun meninggi di bumi, dan dia pecah belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, menghinakan segolongan antara mereka, mengorbankan anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang buat kerosakan.

28:5. Namun begitu, Kami hendak berbudi baik kepada orang-orang yang dihina di bumi, dan Kami lantik mereka imam-imam, dan Kami buat mereka pewaris-pewaris,

28:6. Dan Kami teguhkan mereka di bumi, dan Kami lihatkan kepada Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, apa yang mereka takuti.

28:7. Maka Kami wahyukan ibu Musa, “Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan jangan takut, dan jangan juga sedih, kerana Kami akan kembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan.”

28:8. Lalu keluarga Firaun memungutnya untuk menjadi musuh, dan kesedihan bagi mereka; sesungguhnya Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, adalah antara orang-orang yang bersalah.

28:9. Berkata isteri Firaun, “Dia akan jadi satu pendingin mata (kegembiraan) bagiku dan bagi kamu. Jangan membunuhnya; mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita, atau kita ambil dia sebagai anak.” Dan mereka tidak sedar.

28:10. Pada paginya, hati ibu Musa jadi kosong, dan dia hampir-hampir nampakkan dia sekiranya Kami tidak kuatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.

28:11. Dan dia berkata kepada saudara perempuannya, “Ikutlah dia”, dan dia melihatnya dari jauh, sedang mereka tidak sedar.

28:12. Dan Kami haramkannya sebelum itu daripada mana-mana perempuan yang menyusukan; maka dia berkata, “Bolehkah aku tunjukkan kamu kepada keluarga daripada seisi rumah yang akan menjaganya untuk kamu, dan mengasuhnya?”

28:13. Maka Kami kembalikan dia kepada ibunya, supaya dia gembira dan tidak sedih, dan supaya dia tahu bahawa janji Allah adalah benar; tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

28:14. Dan apabila dia dewasa, dan dia tegap, Kami beri dia putusan, dan pengetahuan; begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

28:15. Dan dia masuk kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (matikannya), dan berkata, “Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata.”

28:16. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunkanlah aku.” Maka Dia ampunkannya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.

28:17. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, dengan apa yang Engkau rahmati aku, maka aku tidak menjadi penyokong orang-orang yang berdosa.”

28:18. Pada waktu pagi, dia berada di kota, takut-takut dan berjaga-jaga; dan tiba-tiba, orang yang minta pertolongannya kelmarin minta pertolongan kepadanya lagi. Musa berkata kepadanya, “Sesungguhnya kamu adalah orang yang bersalah yang nyata.”

28:19. Tetapi apabila dia hendak menyerang orang yang menjadi musuh kepada mereka berdua, orang itu berkata, “Wahai Musa, adakah kamu hendak bunuh aku sebagaimana kamu bunuh satu jiwa kelmarin? Kamu hanya hendak jadi penindas di bumi; kamu tidak hendak jadi daripada orang-orang yang membetulkan.”

28:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, “Wahai Musa, pembesar mereka sedang bermuafakat untuk membunuh kamu. Keluarlah kamu, aku termasuk penasihat-penasihat kamu.”

28:21. Maka dia keluar darinya, takut-takut dan berjaga-jaga; dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

28:22. Dan apabila dia hadapkan mukanya ke arah Madyan, dia berkata, “Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk kepadaku pada jalan yang betul.”

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia dapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia dapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, “Apakah urusan kamu berdua?” Mereka berkata, “Kami tidak dapat beri minum sehingga gembala-gembala halau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya.”

28:24. Maka dia memberi minum untuk mereka; kemudian dia berpaling ke tempat teduh, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

28:25. Kemudian datang seorang daripada keduanya kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, “Bapaku seru (panggil) kamu supaya dia balas kamu dengan upah kerana kamu beri minum untuk kami.” Maka apabila dia datang kepadanya, dan ceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, “Jangan takut, kamu selamat daripada kaum yang zalim.”

28:26. Berkata seorang daripada keduanya, “Ayah, ambillah upahan dia; sesungguhnya orang paling baik yang anda ambil upahan ialah yang kuat, dipercayai.”

28:27. Berkata, “Aku hendak kahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun. Jika kamu sempurnakan sepuluh, itu adalah daripada kamu; aku tidak hendak beratkan kamu. Kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang salih.”

28:28. Berkata, “Demikian itulah antara aku dan kamu. Yang mana sahaja daripada dua tempoh yang aku tunaikan, ia tidak ada permusuhan padaku; dan Allah wakil atas apa kita kata.”

28:29. Maka apabila Musa telah sempurnakan tempoh, dan dia berpergian dengan keluarganya pada malam hari, dia melihat api di tepi gunung. Dia berkata kepada keluarganya, “Tetaplah kamu di sini; aku lihat api. Mudah-mudahan aku akan datangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat panaskan diri-diri kamu.”

28:30. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, “Wahai Musa, sesungguhnya Aku Allah, Pemelihara semua alam.

28:31. Lemparlah tongkat kamu.” Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. “Wahai Musa, tampillah ke muka, dan jangan takut; sesungguhnya kamu aman.

28:32. Selitkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan; dan dakapkanlah kepada kamu tangan kamu supaya tidak gerun. Maka inilah dua bukti daripada Pemelihara kamu kepada Firaun, dan pembesar-pembesarnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.”

28:33. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku telah membunuh satu jiwa daripada mereka, dan aku takut bahawa mereka akan bunuh aku.

28:34. Dan saudaraku Harun lebih fasih lidahnya (lisannya) daripada aku. Utuslah dia bersama aku sebagai pembantu, dan untuk mengesahkan aku kerana aku takut mereka akan dustakan aku.”

28:35. Berkatalah Dia, “Kami akan kuatkan tangan kamu dengan saudara kamu, dan Kami buatkan kamu satu kuasa supaya mereka tidak sampai kepada kamu kerana ayat-ayat Kami; kamu, dan sesiapa yang ikut kamu, adalah orang-orang yang menang.”

28:36. Maka apabila Musa datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Tiadalah ini, melainkan sihir yang diada-adakan. Kami tidak pernah dengar yang ini di kalangan bapa-bapa kami yang dahulu.”

28:37. Tetapi Musa berkata, “Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk daripada-Nya, dan siapa yang dapat tempat kediaman muktamad; sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung.”

28:38. Dan Firaun berkata, “Wahai pembesar-pembesar, aku tidak tahu bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakan api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkan untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat lihat Tuhan Musa, kerana aku sangka dia termasuk pendusta-pendusta.”

28:39. Dan dia berlaku sombong di bumi, dia dan tenteranya, dengan cara yang salah; dan mereka sangka mereka tidak dikembalikan kepada Kami.

28:40. Lalu Kami ambil dia dan tenteranya, dan lempar mereka ke dalam laut; maka perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang zalim.

28:41. Dan Kami lantik mereka imam-imam yang menyeru ke Api; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak ditolong.

28:42. Dan Kami ikut mereka di dunia ini dengan laknat, dan pada Hari Kiamat, mereka jadi antara yang dibenci.

28:43. Dan Kami beri Musa al-Kitab, setelah Kami musnahkan generasi-generasi yang terdahulu, untuk menjadi bukti-bukti yang nyata, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi manusia supaya mereka mengingati.

28:44. Kamu tidak berada di sebelah barat, ketika Kami tentukan perintah kepada Musa, dan tidak juga kamu antara orang-orang yang saksikan.

28:45. Tetapi Kami tumbuhkan generasi-generasi, dan panjanglah umur mereka. Tidak juga kamu orang yang tinggal di kalangan penduduk Madyan, dengan membacakan mereka ayat-ayat Kami; tetapi Kami utus utusan-utusan.

28:46. Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami panggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati.

28:47. Supaya tidak, apabila penderitaan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, mengapa Engkau tidak utus seorang Rasul kepada kami supaya kami ikut ayat-ayat Engkau, dan jadilah kami antara orang-orang mukmin?”

28:48. Namun begitu, apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami Sendiri, mereka berkata, “Mengapa dia tidak diberi yang serupa dengan apa Musa diberi?” Bukankah mereka tidak percaya kepada apa yang Musa diberi dahulu? Mereka berkata, “Dua ahli sihir yang saling membantu satu sama lain.” Mereka berkata, “Kami tidak percaya kepada kedua-duanya.”

28:49. Katakanlah, “Datangkanlah sebuah Kitab daripada Allah yang lebih beri petunjuk daripada keduanya, dan ikutlah ia, jika kamu berkata benar.”

28:50. Kemudian, jika mereka tidak sahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya ikut keinginan mereka; dan siapakah lebih sesat daripada orang yang ikut keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

28:51. Sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka Ucapan supaya mereka mengingati.

28:52. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab sebelum ini percayainya.

28:53. Dan, apabila ia dibacakan kepada mereka, mereka berkata, “Kami percaya kepadanya; sesungguhnya ia adalah yang benar daripada Pemelihara kami. Sesungguhnya, sebelumnya kami telah muslim.”

28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka sabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.

28:55. Apabila mereka dengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, “Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak inginkan orang-orang bodoh.”

28:56. Kamu tidak dapat beri petunjuk kepada siapa kamu cintai, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.

28:57. Mereka berkata, “Jika kami ikut petunjuk bersama kamu, kami akan disambar daripada bumi.” Tidakkah Kami teguhkan bagi mereka tempat suci yang aman di mana dikumpulkan segala sesuatu buah-buahan, sebagai rezeki daripada sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

28:58. Dan berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan yang kehidupannya bersenang-senang dengan keangkuhan! Itu tempat-tempat tinggal mereka, yang tidak didiami selepas mereka, kecuali sedikit sahaja; Kami Sendiri adalah pewaris-pewaris.

28:59. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak musnahkan bandaraya-bandaraya sehingga Dia bangkitkan di ibu kotanya seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak musnahkan bandaraya-bandaraya melainkan bahawa penduduknya zalim.

28:60. Apa sahaja benda yang kamu diberi adalah kesenangan kehidupan dunia dan perhiasannya; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu faham?

28:61. Apa, adakah orang yang Kami janjikan janji yang baik, dan dia temuinya, sama dengan orang yang kepadanya Kami beri kesenangan kehidupan dunia, kemudian dia pada Hari Kiamat termasuk orang-orang yang dihadapkan?

28:62. Pada hari Dia panggil mereka, dan Dia berkata, “Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa?”

28:63. Orang-orang yang ke atas mereka Ucapan telah wajar, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, mereka inilah orang-orang yang kami buat mereka bersalah; kami buat mereka bersalah sebagaimana kami bersalah. Kami berlepas diri kepada Engkau; ia bukan kami yang mereka sembah.”

28:64. Dikatakan, “Serulah sekutu-sekutu kamu!” Dan mereka menyerunya, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan mereka lihat azab – sekiranya mereka dapat petunjuk!

28:65. Pada hari Dia panggil mereka, dan Dia berkata, “Apakah sahutan yang kamu beri kepada para utusan?”

28:66. Pada hari itu, berita-berita digelapkan kepada mereka, maka mereka tidak saling bertanya.

28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik, mudah-mudahan dia termasuk orang-orang beruntung.

28:68. Pemelihara kamu cipta apa sahaja Dia hendaki, dan Dia pilih; mereka tidak ada pilihan. Allah disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

28:69. Dan Pemelihara kamu tahu apa yang dada mereka sembunyikan, dan apa yang mereka siarkan.

28:70. Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

28:71. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu dengar?”

28:72. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu lihat?

28:73. Daripada pengasihan-Nya, Dia buatkan untuk kamu malam dan siang, untuk kamu berehat padanya, dan untuk mencari pemberian-Nya, supaya kamu berterima kasih.”

28:74. Pada hari Dia panggil mereka, dan Dia berkata, “Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa?”

28:75. Dan Kami keluarkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan Kami berkata, “Kemukakan bukti kamu!” Kemudian mereka tahu bahawa yang benar (hak) kepunyaan Allah, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.

28:76. Sesungguhnya Karun adalah daripada kaum Musa; dia jadi angkuh kepada mereka kerana Kami beri kepadanya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya adalah beban yang sungguh berat untuk sekumpulan orang empunya kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, “Jangan kamu berbangga; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang banggakan diri.

28:77. Tetapi carilah, dengan apa yang Allah beri kamu, tempat kediaman akhir, dan jangan lupakan bahagian kamu di dunia ini; dan buat baik, sebagaimana Allah buat baik kepada kamu. Dan jangan cari untuk buat kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.”

28:78. Dia berkata, “Apa yang aku diberi hanya kerana pengetahuan yang ada padaku.” Apa, tidakkah dia tahu bahawa Allah telah musnahkan sebelum dia, generasi-generasi daripada orang-orang yang lebih kuat daripada dia dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam kumpulan? Dan orang-orang yang bersalah tidak ditanya mengenai dosa-dosa mereka.

28:79. Maka dia keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Orang-orang yang hendak kehidupan dunia berkata, “Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa Karun diberi! Sesungguhnya dia seorang empunya peruntungan yang besar.”

28:80. Tetapi orang-orang yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata, “Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan tiada yang akan terimanya kecuali orang-orang yang sabar.”

28:81. Maka Kami buatkan bumi menelannya dan tempat tinggalnya dan tidak ada golongan yang menolongnya, selain daripada Allah, dan dia tanpa pertolongan.

28:82. Dan pada waktu pagi, orang-orang yang inginkan tempatnya kelmarin berkata, “Aduhai, Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Sekiranya Allah tidak berbudi baik kepada kami, tentu Dia buatkan kami ditelan juga. Aduhai, orang-orang tidak percaya tidak beruntung!”

28:83. Tempat kediaman akhir itu, Kami membuatnya untuk orang-orang yang tidak hendak ketinggian diri di bumi, dan tidak juga kerosakan. Kesudahan adalah bagi orang-orang bertakwa.

28:84. Sesiapa datang dengan yang baik dapat yang lebih baik daripada itu; dan sesiapa datang dengan kejahatan – orang-orang yang buat jahat tidak dibalas melainkan dengan apa mereka buat.

28:85. Dia yang tetapkan al-Qur’an kepada kamu benar-benar akan kembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah, “Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa dalam kesesatan yang nyata.”

28:86. Kamu tidak harapkan bahawa Kitab dilemparkan kepada kamu, melainkan ia sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu; maka jangan kamu jadi penyokong orang-orang tidak percaya.

28:87. Jangan mereka halang kamu daripada ayat-ayat Allah setelah ia diturunkan kepada kamu. Dan serulah kepada Pemelihara kamu, dan jangan kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.

28:88. Dan jangan seru tuhan lain berserta Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala benda akan binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

Surah 29
LABAH-LABAH BETINA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

29:1. Alif Lam Mim.

29:2. Adakah manusia sangka mereka akan dibiarkan untuk berkata, “Kami percaya”, dan tidak akan diuji?

29:3. Sesungguhnya Kami telah uji orang-orang sebelum mereka, dan sungguh, Allah tahu orang-orang yang berkata benar, dan sungguh, Dia tahu pendusta-pendusta.

29:4. Atau, adakah mereka sangka, orang-orang yang buat jahat, bahawa mereka akan mendahului Kami? Jahatnya apa yang mereka putuskan!

29:5. Sesiapa yang mengharapkan untuk bertemu dengan Allah, tempoh Allah pasti datang; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

29:6. Sesiapa berjuang, dia berjuang hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.

29:7. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sungguh, Kami akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami akan balas mereka dengan yang paling baik daripada apa mereka buat.

29:8. Kami wasiatkan manusia supaya dia buat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka jangan taati mereka; kepada Aku kamu kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat.

29:9. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sungguh, Kami akan masukkan mereka di kalangan orang-orang salih.

29:10. Antara manusia, ada yang berkata, “Kami percaya kepada Allah”, tetapi apabila dia disakiti kerana Allah, dia buatkan penganiayaan manusia seperti ia azab Allah; kemudian jika pertolongan datang daripada Pemelihara kamu, mereka berkata, “Kami berserta kamu.” Apa, tidakkah Allah sangat-sangat tahu apa yang di dalam dada semua alam?

29:11. Sesungguhnya Allah tahu orang-orang yang percaya, dan Dia tahu orang-orang munafik.

29:12. Berkata orang-orang tidak percaya kepada orang-orang yang percaya, “Ikutlah jalan kami, dan kami akan pikul pelanggaran-pelanggaran kamu” padahal mereka tidak pikul pelanggaran-pelanggaran mereka sedikitpun; sesungguhnya mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

29:13. Sungguh, mereka akan pikul beban-beban mereka, dan beban-beban lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka ada-adakan.

29:14. Sesungguhnya Kami telah utus Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali lima puluh; maka banjir ambil mereka sedang mereka orang-orang zalim.

29:15. Namun begitu, Kami selamatkan dia dan orang-orang di dalam kapal, dan Kami membuatnya satu ayat bagi semua alam.

29:16. Dan Ibrahim, apabila dia berkata kepada kaumnya, “Sembahlah Allah, dan takutilah Dia; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.

29:17. Kamu hanya sembah, selain daripada Allah, berhala-berhala, dan kamu cipta fitnahan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

29:18. Tetapi, jika kamu dustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah dustakan; dan hanya atas Rasul untuk sampaikan yang jelas.”

29:19. Tidakkah mereka lihat bagaimana Allah memulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula? Sesungguhnya itu, bagi Allah mudah.

29:20. Katakanlah, “Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana Dia memulakan ciptaan; kemudian Allah jadikan pertumbuhan akhir bertumbuh; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu,

29:21. Dengan mengazab siapa Dia hendaki, dan kasihani sesiapa Dia hendaki, dan kepada-Nya kamu akan dibalikkan.

29:22. Kamu tidak dapat mengandaskan-Nya di bumi dan tidak juga di langit, dan kamu tiada, selain daripada Allah, wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

29:23. Dan orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan pertemuan dengan-Nya, mereka berputus asa daripada pengasihan-Ku, dan bagi mereka, azab yang pedih.”

29:24. Maka tiada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, “Bunuhlah dia, atau bakarlah dia!” Kemudian Allah selamatkan dia daripada api; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

29:25. Dan berkata, “Kamu ambil untuk kamu hanyalah berhala-berhala, selain daripada Allah, sebagai tanda kasih sayang antara kamu dalam kehidupan dunia; kemudian pada Hari Kiamat, sebahagian kamu akan tidak percaya kepada sebahagian lain, dan kamu laknatkan satu sama lain, dan tempat menginap kamu ialah Api, dan kamu tidak ada penolong-penolong.”

29:26. Tetapi Lut percaya kepadanya; dan dia berkata, “Aku hijrah kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”

29:27. Dan Kami beri dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami buatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara keturunannya; Kami beri dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih.

29:28. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, “Sesungguhnya kamu lakukan kesumbangan yang tiada seorang pun di semua alam pernah lakukannya sebelum kamu.

29:29. Apa, adakah kamu datangi lelaki dan memotong jalan dan kamu datangkan dalam majlis kamu yang mungkar?” Maka tiada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, “Datangkan kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar.”

29:30. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang buat kerosakan.”

29:31. Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, “Kami akan musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim.”

29:32. Berkata, “Lut di dalamnya.” Mereka berkata, “Kami sangat-sangat tahu siapa di dalamnya. Kami akan selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal.”

29:33. Apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan dia berasa cemas untuk mereka; tetapi mereka berkata, “Jangan takut, dan jangan juga susah, kerana sesungguhnya kami akan selamatkan kamu dan keluarga kamu, kecuali isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.

29:34. Kami akan turunkan kepada penduduk bandaraya ini kemurkaan dari langit kerana mereka buat fasiq.”

29:35. Dan sesungguhnya Kami tinggalkan daripadanya satu ayat, bukti yang jelas, bagi kaum yang faham.

29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan jangan buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.”

29:37. Tetapi mereka dustakan dia; maka gempa bumi ambil mereka, dan pagi dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

29:38. Dan Ad, dan Tsamud – telah jadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan nampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan halangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.

29:39. Dan Karun, dan Firaun, dan Haman; Musa telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka berlaku sombong di bumi; namun begitu, mereka tidak mendahului Kami.

29:40. Masing-masing Kami ambil kerana kesalahannya; dan antara mereka, kepada sebahagian, Kami utus angin ribut yang mengandungi batu, dan sebahagian diambil oleh Teriakan, dan sebahagian Kami buatkan bumi telan mereka, dan sebahagian Kami tenggelamkan; Allah tidak menzalimkan mereka tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.

29:41. Persamaan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Allah, ialah seperti persamaan labah-labah betina yang mengambil untuknya sebuah rumah; dan sesungguhnya yang paling lemah antara rumah-rumah ialah rumah labah-labah betina, jika mereka tahu.

29:42. Allah tahu apa sahaja benda mereka seru selain daripada Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

29:43. Dan persamaan-persamaan itu Kami buatkan untuk manusia, dan tiada yang memahaminya melainkan orang-orang yang tahu.

29:44. Allah cipta langit dan bumi dengan yang benar; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi orang-orang mukmin.

29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Peringatan Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.

29:46. Jangan berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang buat zalim ; dan katakan, “Kami percaya kepada apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim.”

29:47. Begitulah Kami turunkan kepada kamu al-Kitab. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab percayainya; dan sebahagian mereka ini percayainya; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang tidak percaya (kafir).

29:48. Tidak sebelum ini kamu baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentu orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu.

29:49. Tidak, ia adalah ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, di dalam dada orang-orang diberi pengetahuan; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang zalim.

29:50. Mereka berkata, “Mengapa ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?” Katakanlah, “Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.”

29:51. Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami turunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang percayai.

29:52. Katakanlah, “Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia tahu apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.”

29:53. Dan mereka minta kepada kamu supaya disegerakan azab! Jika tidak kerana satu tempoh yang dinyatakan, tentu azab telah datang kepada mereka; tetapi ia datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar.

29:54. Mereka minta kepada kamu supaya disegerakan azab! Sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang tidak percaya.

29:55. Pada hari azab menutupi mereka, dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka, dan Dia berkata, “Rasalah apa yang kamu buat!”

29:56. Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, sesungguhnya bumi-Ku luas; maka Aku hendaklah kamu sembah!

29:57. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.

29:58. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sungguh, Kami akan tempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di Taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,

29:59. Orang-orang yang sabar, dan tawakal (mempercayakan) kepada Pemelihara mereka.

29:60. Berapa banyaknya haiwan yang tidak membawa rezekinya sendiri, tetapi Allah beri rezeki untuknya dan kamu! Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

29:61. Jika kamu tanya mereka, “Siapakah yang cipta langit dan bumi, dan tundukkan matahari dan bulan?” mereka akan berkata, “Allah.” Maka bagaimanakah mereka dipalingkan?

29:62. Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.

29:63. Jika kamu tanya mereka, “Siapakah yang turunkan dari langit air, dan dengannya hidupkan bumi setelah ia mati?” mereka akan berkata, “Allah.” Katakanlah, “Segala puji bagi Allah.” Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak faham.

29:64. Kehidupan dunia ini adalah tiada, melainkan satu hiburan dan satu permainan; sesungguhnya tempat kediaman akhir ialah Kehidupan, jika mereka tahu.

29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka sekutukan,

29:66. Kerana mereka tidak percaya (kafir) kepada apa yang Kami beri mereka, dan mereka gembira; mereka pasti akan tahu!

29:67. Tidakkah mereka lihat bahawa Kami buatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?

29:68. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia dustakan yang benar apabila ia datang kepadanya? Apa, tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang tidak percaya?

29:69. Tetapi orang-orang yang berjuang untuk Kami, sungguh, Kami akan beri petunjuk kepada mereka pada jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang buat baik.

Surah 30
ORANG-ORANG ROM

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

30:1. Alif Lam Mim.

30:2. Orang-orang Rom dikalahkan,

30:3. Di bumi yang dekat; dan, setelah kekalahan mereka, mereka akan mengalahkan,

30:4. Dalam beberapa tahun. Bagi Allah adalah Perintah, sebelum dan sesudah, dan pada hari itu, orang-orang mukmin gembira,

30:5. Dengan pertolongan Allah; Allah tolong sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

30:6. Janji Allah! Allah tidak mungkiri janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

30:7. Mereka tahu bahagian yang lahir daripada kehidupan dunia, tetapi terhadap akhirat, mereka lalai.

30:8. Apa, tidakkah mereka fikirkan di dalam diri-diri mereka? Allah tidak ciptakan langit dan bumi, dan apa di antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan; namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

30:9. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri makmurkan; dan Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

30:10. Kemudian, kesudahan orang-orang yang buat jahat ialah kejahatan, kerana mereka dustakan ayat-ayat Allah, dan memperolok-olokkannya.

30:11. Allah memulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa berputus asa.

30:13. Mereka tidak akan ada pengantara-pengantara di kalangan sekutu-sekutu mereka, dan mereka tidak percaya kepada sekutu-sekutu mereka.

30:14. Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah.

30:15. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, mereka berjalan dengan gembira di padang yang cukup pengairannya.

30:16. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan di akhirat, mereka dihadapkan ke dalam azab.

30:17. Maka Allah disanjung, waktu kamu berpetang, dan waktu kamu berpagi.

30:18. Bagi-Nya segala puji di langit dan di bumi, pada waktu petang dan waktu zuhur kamu.

30:19. Dia keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati; begitulah kamu akan dikeluarkan.

30:20. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia cipta kamu daripada tanah; kemudian tiba-tiba, kamu jadi manusia, bertaburan di merata-rata.

30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia ciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, isteri-isteri, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia adakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang tahu.

30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu inginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia perlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia turunkan dari langit air, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia seru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.

30:26. Dan kepunyaan-Nya sesiapa di langit dan di bumi; semua patuh kepada-Nya.

30:27. Dan Dia yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, dan hal itu amat mudah bagi-Nya. Bagi-Nya persamaan yang tertinggi di langit dan bumi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

30:28. Dia buatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu miliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami rezekikan kamu, supaya kamu jadi sama padanya, dengan kamu takuti mereka seperti kamu takut pada diri-diri (sesama) kamu sendiri? Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang faham.

30:29. Tidak, tetapi orang-orang buat kezaliman ikut keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan beri petunjuk kepada orang yang Allah sesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.

30:30. Maka tegakkan wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus – keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itu agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan jangan jadi daripada orang-orang yang sekutukan,

30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.

30:33. Apabila mudarat sentuh manusia, mereka seru Pemelihara mereka dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia rasakan kepada mereka pengasihan daripada-Nya, tiba-tiba segolongan daripada mereka sekutukan Pemelihara mereka,

30:34. Supaya mereka tidak berterima kasih (kafir) pada apa yang Kami beri mereka. “Gembiralah kamu; sesungguhnya kamu pasti akan tahu.”

30:35. Atau, adakah Kami telah turunkan sebarang kuasa kepada mereka, lalu ia kata apa yang mereka sekutukan dengan-Nya?

30:36. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, mereka gembira dengannya; tetapi jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, tiba-tiba mereka berputus asa.

30:37. Tidakkah mereka lihat bahawa Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

30:38. Maka berikan sanak saudara haknya, dan orang miskin, dan musafir; itu lebih baik bagi orang-orang yang hendak Wajah Allah; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.

30:39. Dan apa yang kamu beri daripada riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu beri daripada zakat, dengan hendakkan wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakan.

30:40. Allah ialah Dia yang cipta kamu, kemudian Dia rezekikan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang buat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri usahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa mereka buat, supaya mereka kembali.

30:42. Katakanlah, “Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang sekutukan.”

30:43. Maka tegakkan muka kamu kepada agama yang betul, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari itu, mereka dipisah-pisahkan.

30:44. Sesiapa tidak percaya, maka atasnyalah ketidakpercayaannya; dan sesiapa buat kerja-kerja baik, maka untuk diri-diri merekalah mereka buat persediaan,

30:45. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik daripada pemberian-Nya; Dia tidak suka orang-orang tidak percaya.

30:46. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia utus angin dengan membawa berita gembira, dan supaya Dia merasakan kepada kamu daripada pengasihan-Nya, dan supaya kapal-kapal berlayar dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari pemberian-Nya; supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

30:47. Sesungguhnya, Kami telah utus sebelum kamu Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami menolong orang-orang mukmin.

30:48. Allah ialah Dia yang mengutus angin, yang menggiatkan awan, dan Dia menjulurkannya di langit sebagaimana Dia hendaki, dan membuatnya berkecai; kemudian kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan apabila Dia timpakan dengannya kepada sesiapa daripada hamba-hamba-Nya Dia hendaki, tiba-tiba mereka gembira,

30:49. Walaupun sebelum ia diturunkan kepada mereka, sebelum itu, mereka telah berputus asa.

30:50. Maka perhatikan bekas-bekas daripada pengasihan Allah, bagaimana Dia hidupkan bumi setelah ia mati; sesungguhnya Dia yang hidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

30:51. Tetapi jika Kami utuskan angin, dan mereka melihatnya jadi kuning, mereka sesudah itu tetap tidak percaya.

30:52. Kamu tidak akan jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

30:53. Kamu tidak akan beri petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu jadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.

30:54. Allah ialah Dia yang cipta kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia buatkan setelah keadaan lemah, kekuatan, kemudian setelah kekuatan, Dia buatkan berkeadaan lemah dan beruban; Dia cipta apa yang Dia hendaki, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Berkuasa.

30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah mereka dipalingkan.

30:56. Tetapi orang-orang diberi pengetahuan dan keimanan berkata, “Kamu telah tinggal menurut Kitab Allah sampai Hari Kebangkitan. Inilah Hari Kebangkitan, tetapi kamu tidak tahu.”

30:57. Maka pada hari itu, alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang buat kezaliman, dan tidaklah mereka diberi keredaan.

30:58. Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur’an ini tiap-tiap macam persamaan, dan jika kamu datangkan kepada mereka satu ayat, orang-orang tidak percaya pasti akan berkata, “Tiadalah kamu, melainkan orang-orang yang buat kepalsuan.”

30:59. Begitulah Allah tutup hati orang-orang yang tidak tahu.

30:60. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar; dan janganlah orang-orang yang tidak yakin gelisahkan kamu.

Surah 31
LUQMAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

31:1. Alif Lam Mim.

31:2. Inilah ayat-ayat al-Kitab yang bijaksana,

31:3. Untuk satu petunjuk dan satu pengasihan bagi orang-orang buat baik,

31:4. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.

31:5. Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itu orang-orang beruntung.

31:6. Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.

31:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombong, seakan-akan dia tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

31:8. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka Taman-Taman Kebahagiaan.

31:9. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya. Janji Allah adalah benar; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

31:10. Dia cipta langit tanpa tiang yang kamu boleh lihat, dan Dia lemparkan di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya bermacam-macam yang merayap. Dan Kami turunkan dari langit air, dan tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang mulia.

31:11. Ini adalah ciptaan Allah; maka perlihatkan kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang zalim adalah dalam kesesatan yang nyata.

31:12. Sesungguhnya Kami beri Luqman kebijaksanaan; “Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji.”

31:13. Dan apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, “Wahai anakku, jangan sekutukan Allah; sekutukan Allah adalah kezaliman yang besar.”

31:14. Dan Kami wasiatkan manusia mengenai ibu bapanya – ibunya membawanya (mengandungnya) dalam kelemahan atas kelemahan, dan susuannya selama dua tahun – “Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.

31:15. Tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan padanya kamu tiada pengetahuan, maka jangan taati mereka. Temanilah mereka dengan baik di dunia, dan ikutlah jalan orang yang berkesesalan kepada Aku. Kemudian kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat.”

31:16. “Wahai anakku, jika ia seberat sebutir biji sawi, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di langit, atau di bumi, Allah akan datangkannya; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.

31:17. Wahai anakku, lakukan solat, dan suruh yang baik, dan larang yang mungkar, dan sabar atas apa sahaja yang timpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.

31:18. Jangan palingkan pipi kamu daripada manusia, dan jangan berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak suka setiap orang yang sombong dan banggakan diri.

31:19. Sederhanakanlah dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah suara keledai.”

31:20. Tidakkah kamu lihat bahawa Allah tundukkan untuk kamu segala di langit dan segala di bumi, dan Dia lebih-lebihkan ke atas kamu rahmat-Nya, yang nampak dan yang tersembunyi? Dan antara manusia ada yang bantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan petunjuk, dan Kitab yang memberi cahaya.

31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Ikutlah apa yang Allah turunkan”, mereka berkata, “Tidak, tetapi kami ikut apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami.” Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?

31:22. Dan sesiapa yang tundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dia berpegang pada pemegang paling kukuh; dan kepada Allah kesudahan segala perkara.

31:23. Dan sesiapa tidak percaya, jangan ketidakpercayaannya sedihkan kamu; kepada Kami mereka kembali, dan Kami beritahu mereka apa mereka buat. Sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada.

31:24. Kepada mereka Kami beri kesenangan sedikit, kemudian Kami paksa dia kepada azab yang keras.

31:25. Jika kamu tanya mereka, “Siapakah yang cipta langit dan bumi?” mereka akan berkata, “Allah.” Katakanlah, “Segala puji bagi Allah.” Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

31:26. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

31:27. Sekiranya semua pokok di bumi adalah pena-pena, dan laut – tujuh laut sesudah itu untuk mengisi semula – namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

31:28. Ciptaan kamu dan kebangkitan kamu hanya seperti jiwa yang satu. Sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

31:29. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan, dan bahawa Allah sedar apa kamu buat?

31:30. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar, dan apa yang mereka seru selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan bahawa Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.

31:31. Tidakkah kamu lihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia perlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

31:32. Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).

31:33. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan bela anaknya, dan tiada juga anak bela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah benar; maka jangan kehidupan dunia menipu kamu, dan jangan sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah.

31:34. Sesungguhnya Allah, Dia mempunyai pengetahuan mengenai Saat; Dia turunkan hujan; Dia tahu apa yang di dalam rahim. Tiada jiwa tahu apa yang ia akan usahakan esok, dan tiada jiwa tahu di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

Surah 32
SUJUD

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

32:1. Alif Lam Mim.

32:2. Penurunan Kitab, di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.

32:3. Atau, adakah mereka berkata, “Dia mengada-adakannya”? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka dapat petunjuk.

32:4. Allah ialah Dia yang cipta langit dan bumi, dan apa di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?

32:5. Dia mengarah urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam satu hari yang ukurannya seribu tahun daripada hitungan kamu.

32:6. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Perkasa, Yang Pengasih,

32:7. Yang mencipta segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia daripada tanah liat,

32:8. Kemudian Dia buatkan keturunannya daripada pati air yang keji,

32:9. Kemudian Dia membentuknya, dan hembus Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia buatkan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.

32:10. Mereka berkata, “Apabila kami telah sesat (lenyap) di dalam bumi, adakah kami akan benar-benar di dalam ciptaan yang baru?” Tidak, tetapi mereka tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

32:11. Katakanlah, “Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan.”

32:12. Dan sekiranya kamu dapat lihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, “Wahai Pemelihara kami, kami telah lihat dan dengar, maka kembalikanlah kami supaya kami buat kerja-kerja baik kerana kami telah yakin.”

32:13. “Sekiranya Kami hendak, tentu Kami beri tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar – ‘Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.’

32:14. Maka rasalah, kerana kamu melupakan pertemuan hari kamu ini! Sesungguhnya Kami melupakan kamu. Rasalah azab yang kekal kerana apa kamu buat!”

32:15. Orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya jatuh bersujud, dan mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak sombong.

32:16. Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil mereka seru Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.

32:17. Tiada jiwa tahu apa pendingin mata (kegembiraan) disediakan untuk mereka, yang dirahsiakan, sebagai balasan ke atas apa mereka buat.

32:18. Apa? Adakah dia yang mukmin sama dengan dia yang fasiq? Mereka tidak sama.

32:19. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka Taman-Taman untuk menginap sebagai sajian kerana apa mereka buat.

32:20. Tetapi bagi orang-orang fasiq, tempat menginap mereka ialah Api; setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya, dan dikatakan kepada mereka, “Rasalah azab Api yang padanya kamu dustakan.”

32:21. Dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar supaya mereka kembali.

32:22. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.

32:23. Sesungguhnya Kami beri Musa al-Kitab; maka jangan kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami buatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.

32:24. Dan Kami lantik daripada kalangan mereka imam-imam yang beri petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka sabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami.

32:25. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia bezakan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka, dalamnya mereka selisihkan.

32:26. Tidakkah ia satu petunjuk bagi mereka bahawa berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, yang di tempat-tempat tinggal mereka, mereka berjalan? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat; apa, tidakkah mereka dengar?

32:27. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami halau air ke bumi yang tandus, dan keluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri makan? Apa, tidakkah mereka lihat?

32:28. Dan mereka berkata, “Bilakah Kemenangan ini, jika kamu berkata benar?”

32:29. Katakanlah, “Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh.”

32:30. Maka berpalinglah kamu daripada mereka, dan tunggulah; mereka juga sedang menunggu.

Surah 33
GOLONGAN BERSEKUTU

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

33:1. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan jangan taati orang-orang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

33:2. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

33:3. Dan kamu tawakallah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil.

33:4. Allah tidak buatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia buatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (berkata “Kamu padaku adalah seperti punggung ibuku”) sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia beri petunjuk pada jalan.

33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.

33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut buat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.

33:7. Dan apabila Kami ambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa putera Mariam; Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,

33:8. Supaya Dia tanya orang-orang yang benar mengenai kebenaran mereka; dan Dia sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih.

33:9. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila tentera datang kepada kamu, dan Kami utus kepada mereka suatu angin, dan tentera yang kamu tidak lihat; dan Allah lihat apa kamu buat.

33:10. Apabila mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari bawah kamu, dan apabila penglihatan kamu menyimpang, dan hati kamu sampai di kerongkongan kamu, sedang kamu menyangka sangkaan-sangkaan terhadap Allah.

33:11. Di sana orang-orang mukmin diuji, dan digoncangkan dengan goncangan yang keras.

33:12. Dan apabila orang-orang munafik, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit berkata, “Allah dan Rasul-Nya menjanjikan kami hanya tipuan.”

33:13. Dan apabila segolongan daripada mereka berkata, “Wahai penduduk Yatrib, tiadalah tempat tinggal di sini untuk kamu, maka kembalilah!” Dan segolongan daripada mereka minta izin kepada Nabi, dengan berkata, “Rumah-rumah kami aurat (terbuka)”, padahal ia tidak aurat; mereka hanya hendak lari.

33:14. Dan jika kemasukan dikenakan terhadap mereka dari segenap penjuru, dan kemudian, jika mereka diminta untuk buat penganiayaan, tentu mereka lakukannya, dan tidak tinggal di dalamnya melainkan sebentar.

33:15. Namun begitu, mereka telah buat perjanjian dengan Allah sebelum itu, bahawa mereka tidak akan berpaling ke belakang; dan perjanjian dengan Allah akan ditanya.

33:16. Katakanlah, “Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit.”

33:17. Katakanlah, “Siapakah dia yang akan lindung kamu daripada Allah jika Dia hendak kejahatan untuk kamu, atau hendak pengasihan untuk kamu?” Mereka akan dapati bagi mereka, selain daripada Allah, tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

33:18. Sesungguhnya Allah tahu orang-orang antara kamu yang menghalangi, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, “Datanglah kepada kami”, dan mereka tidak datangi peperangan kecuali sedikit,

33:19. Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu lihat mereka pandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka cela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk miliki yang baik. Mereka itu tidak pernah percayai; Allah jadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah.

33:20. Mereka sangka golongan bersekutu belum pergi; dan jika golongan bersekutu datang, mereka akan inginkan bahawa mereka adalah yang tinggal di gurun di kalangan orang-orang Arab, dengan menanyai berita mengenai kamu. Sekiranya mereka bersama kamu, mereka akan berperang, kecuali sedikit.

33:21. Kamu ada teladan yang baik pada Rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir, dan mengingati Allah dengan banyak.

33:22. Apabila orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu, mereka berkata, “Inilah apa yang Allah dan Rasul-Nya janjikan kita, dan Allah dan Rasul-Nya berkata benar.” Dan ia hanya menambahkan mereka dalam keimanan dan ketundukan.

33:23. Antara orang-orang mukmin terdapat lelaki-lelaki yang benar terhadap perjanjian mereka dengan Allah; antara mereka telah menunaikan sumpah mereka dengan kematian, dan antara mereka masih menunggu, dan mereka tidak menukarkan dengan sesuatu pertukaran,

33:24. Supaya Allah balas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan azab orang-orang munafik, jika Dia hendaki, atau terima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

33:25. Dan Allah kembalikan orang-orang tidak percaya dalam kemarahan mereka, dan mereka tidak mencapai kebaikan; Allah tahan orang-orang mukmin daripada berperang. Allah Kuat, Perkasa.

33:26. Dan Dia turunkan orang-orang daripada ahli Kitab yang menyokong mereka dari kubu-kubu mereka, dan lemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka; sebahagian kamu bunuh, sebahagian kamu tawan.

33:27. Dan Dia mewariskan kamu bumi mereka, dan tempat tinggal mereka, dan harta benda mereka, dan bumi yang belum kamu pijak. Allah adalah berkuasa atas segala sesuatu.

33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, “Jika kamu hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan beri peruntukan untuk kamu, dan lepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.

33:29. Tetapi jika kamu hendakkan Allah dan Rasul-Nya dan tempat kediaman akhir, sesungguhnya Allah sediakan bagi orang-orang buat baik antara kamu dengan upah yang besar.”

33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang lakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.

33:31. Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan buat kerja-kerja baik, Kami akan beri upahnya dua kali; Kami sediakan untuknya rezeki yang mulia.

33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka jangan hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucaplah perkataan-perkataan yang baik.

33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.

33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.

33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati – bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar.

33:36. Tidak patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah tentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yang nyata.

33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah rahmati, dan kamu telah rahmati, “Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah”, dan kamu sembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah nyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah sempurnakan apa yang dia hendaki daripadanya, maka Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka sudah sempurnakan apa yang mereka hendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.

33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah tetapkan untuknya – sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan.

33:39. Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung.

33:40. Muhammad bukan bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.

33:41. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah Allah dengan banyak,

33:42. Dan sanjunglah Dia pada waktu awal pagi dan petang.

33:43. Dia yang rahmati kamu, dan malaikat-malaikat-Nya, untuk keluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dia adalah Pengasih kepada orang-orang mukmin.

33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka temui-Nya, ialah “Salam!” Dan Dia sediakan bagi mereka upah yang mulia.

33:45. Wahai Nabi, Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

33:46. Dan penyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai sebuah lampu yang memberi cahaya.

33:47. Berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa bagi mereka pemberian yang besar daripada Allah.

33:48. Dan jangan taati orang-orang tidak percaya (kafir), dan orang-orang munafik, dan jangan pedulikan gangguan mereka, dan kamu tawakallah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil.

33:49. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu kahwini perempuan-perempuan mukmin, dan kemudian ceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka, tiadalah tempoh bagi kamu untuk kira terhadap mereka; maka berilah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis.

33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu, yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin lain – Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki – supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.

33:51. Kamu tangguhkan siapa kamu hendaki antara mereka, dan siapa yang kamu hendaki, kamu ambil kepada kamu; dan jika kamu ingini sesiapa yang kamu sudah lepaskan, maka tidak salah ke atas kamu. Demikian itu boleh jadi mereka gembira, dan tidak sedih, dan masing-masing mereka akan sangat puas hati dengan apa yang kamu beri kepadanya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah Mengetahui, Penyantun.

33:52. Sesudah itu, perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh tukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu miliki; Allah menjagai atas segala sesuatu.

33:53. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu, tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiada bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.

33:54. Sama ada kamu nampakkan sesuatu, atau kamu sembunyikannya, maka sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.

33:55. Tidak salah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, dan perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya rahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.

33:57. Orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, merekalah yang Allah laknat di dunia dan akhirat, dan sediakan bagi mereka azab yang hina.

33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka usahakan, mereka memikul fitnahan dan dosa yang nyata.

33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan orang-orang mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah Pengampun, Pengasih.

33:60. Sungguh, jika orang-orang munafik tidak berhenti, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka yang buat kegemparan di kota, pasti Kami akan mendesak kamu untuk menyerang mereka, kemudian tidaklah mereka jadi jiran kamu di situ, kecuali sedikit.

33:61. Mereka dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh.

33:62. Sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu; dan kamu akan dapati tiada pertukaran pada sunnah Allah.

33:63. Manusia tanya kamu mengenai Saat. Katakanlah, “Pengetahuannya hanya di sisi Allah; apakah yang buat kamu tahu, mungkin Saat sudah dekat?”

33:64. Allah laknat orang-orang tidak percaya dan sediakan untuk mereka yang Menyala,

33:65. Di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; mereka dapati tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

33:66. Pada hari apabila muka mereka berbalik-balik di dalam Api, mereka berkata, “Aduhai, sekiranya kami telah taati Allah dan taati Rasul!”

33:67. Mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, kami telah taati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar, dan mereka sesatkan kami daripada jalan.

33:68. Wahai Pemelihara kami, berikan mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!”

33:69. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu jadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, tetapi Allah membebaskannya daripada apa mereka kata, dan dia terhormat di sisi Allah.

33:70. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan ucaplah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran.

33:71. Dia akan membetulkan amalan-amalan kamu untuk kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu. Sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya memenangi satu kemenangan yang besar.

33:72. Kami kemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh.

33:73. Supaya Allah azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan; dan supaya Allah terima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah Pengampun, Pengasih.

Surah 34
SABAK

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

34:1. Segala puji bagi Allah yang kepunyaan-Nya apa yang di langit dan apa yang di bumi. Bagi-Nya segala puji di akhirat; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.

34:2. Dia tahu apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya; Dia Yang Pengasih, Yang Pengampun.

34:3. Orang-orang tidak percaya berkata, “Saat tidak akan datang kepada kami.” Katakanlah, “Ia, demi Pemeliharaku, ia akan datang kepada kamu, oleh-Nya yang tahu yang ghaib; tidaklah seberat satu atom di langit dan di bumi tersembunyi daripada-Nya, dan tidak juga yang lebih kecil daripada itu, atau lebih besar, melainkan ia di dalam Kitab yang jelas,

34:4. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.

34:5. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya – bagi mereka, azab kemurkaan yang pedih.”

34:6. Orang-orang diberi pengetahuan melihat bahawa apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, dan ia beri petunjuk pada jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

34:7. Orang-orang tidak percaya berkata, “Bolehkah kami tunjukkan kamu seorang lelaki yang akan beritahu kamu bahawa apabila kamu sudah hancur berkecai, kamu akan berada dalam ciptaan yang baru?”

34:8. Apa, adakah dia ada-adakan dusta terhadap Allah, atau adakah dia gila? Tidak, tetapi orang-orang tidak percayai akhirat adalah dalam azab dan kesesatan yang jauh.

34:9. Tidakkah mereka lihat pada apa di hadapan mereka, dan apa di belakang mereka dari langit dan bumi? Jika Kami hendaki, tentu Kami buatkan bumi telanmereka, atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi setiap hamba yang berkesesalan.

34:10. Dan Kami beri Daud pemberian daripada Kami, “Wahai gunung-gunung, ulang-ulangilah pujian-Ku bersamanya, dan kamu burung-burung!” Dan Kami melembutkan untuknya besi,

34:11. “Buatlah baju besi yang lebar, dan ukurlah betul-betul gelang-gelang rantai. Dan kamu buatlah kerja-kerja baik; sesungguhnya Aku lihat apa kamu buat.”

34:12. Dan kepada Sulaiman, angin; peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan perjalanan. Dan Kami buatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya. Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya; dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang Menyala.

34:13. Mereka buat untuknya apa sahaja dia hendaki – tempat-tempat ibadat (mihrab), dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. “Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku.”

34:14. Dan apabila Kami tentukan kematian kepadanya, tiada yang tunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang makan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin melihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka tahu yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

34:15. Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka – dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: “Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun.”

34:16. Tetapi mereka berpaling; maka Kami utus kepada mereka Banjir Arim, dan Kami tukar kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.

34:17. Demikian Kami balas mereka kerana ketidakpercayaan mereka; dan tidaklah Kami balas melainkan ke atas orang-orang yang tidak berterima kasih (kafir).

34:18. Dan Kami letak, antara mereka dan bandaraya-bandaraya yang Kami berkati, beberapa buah bandaraya yang kelihatan, dan Kami ukur pengembaraan antara mereka, “Mengembaralah di dalamnya pada malam dan siang hari dengan aman!”

34:19. Tetapi mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami”; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami buat mereka hadis, dan Kami hancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

34:20. Iblis mengesahkan sangkaannya terhadap mereka, dan mereka mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin.

34:21. Dan ia tidak ada kuasa terhadap mereka, melainkan supaya Kami tahu orang yang percayai akhirat daripada orang yang dalam keraguan padanya. Pemelihara kamu Penjaga atas segala sesuatu.

34:22. Katakanlah, “Serulah orang-orang yang kamu dakwa selain daripada Allah; mereka tidak miliki seberat atom pun di langit dan tidak juga di bumi; mereka tidak bersekutu dalam keduanya, dan tidak juga ada bagi-Nya daripada mereka sebarang penyokong.”

34:23. Pengantaraan tidak bermanfaat di sisi-Nya kecuali kepada orang Dia izinkan; sehingga, apabila dihilangkan ketakutan daripada hati mereka, mereka berkata, “Apakah yang dikatakan Pemelihara kamu?” Mereka berkata, “Yang benar, dan Dia Yang Tinggi, Yang Besar.”

34:24. Katakanlah, “Siapakah yang beri rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?” Katakanlah, “Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata.”

34:25. Katakanlah, “Kamu tidak ditanya mengenai dosa-dosa kami dan tidak juga kami ditanya mengenai apa yang kamu buat.”

34:26. Katakanlah, “Pemelihara kita akan kumpulkan kita bersama, kemudian beri keputusan antara kita dengan yang benar. Dia Yang Pemberi Keputusan, Yang Mengetahui.”

34:27. Katakanlah, “Perlihatkan kepadaku orang-orang yang kamu hubungkan dengan-Nya sebagai sekutu-sekutu! Tidak sekali-kali; bahkan Dia Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”

34:28. Kami tidak utus kamu melainkan kepada seluruh manusia sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

34:29. Mereka berkata, “Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?”

34:30. Katakanlah, “Kamu ada janji temu – satu hari yang kamu tidak melambatkannya dengan sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.”

34:31. Orang-orang tidak percaya berkata, “Kami tidak akan percayai al-Qur’an ini, dan tidak juga pada yang sebelumnya.” Dan, jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka, berbalas-balas ucapan antara sebahagian mereka dan sebahagian lain! Orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, “Kalau tidak kerana kamu, tentu kami jadi orang-orang mukmin.”

34:32. Orang-orang yang sombong berkata kepada orang-orang yang hina, “Apa, adakah kami halangi kamu daripada petunjuk setelah ia datang kepada kamu? Tidak, bahkan kamulah orang-orang yang berdosa.”

34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, “Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk adakan rakan-rakan bagi-Nya.” Mereka rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami letak belenggu-belenggu pada leher orang-orang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?”

34:34. Kami tidak utus seorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya melainkan orang-orangnya yang hidup mewah berkata, “Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya.”

34:35. Dan mereka berkata, “Kami lebih banyak dalam harta dan anak-anak, dan kami tidak akan diazab.”

34:36. Katakanlah, “Pemeliharaku menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

34:37. Bukan harta kamu, dan bukan juga anak-anak kamu yang akan mendekatkan kamu dalam kedekatan dengan Kami, kecuali bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik; mereka itu, bagi mereka, balasan dua kali ganda kerana apa mereka buat, dan mereka berada di bilik-bilik yang tinggi, dengan aman sentosa.

34:38. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya – mereka itu dihadapkan ke dalam azab.

34:39. Katakanlah, “Pemeliharaku menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; dan apa sahaja benda kamu nafkahkan, Dia akan menggantinya. Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.”

34:40. Pada hari Dia kumpul mereka kesemuanya, kemudian Dia berkata kepada malaikat-malaikat, “Adakah kamu mereka ini sembah?”

34:41. Mereka berkata, “Engkau disanjung! Engkau Wali (Pelindung) kami, selain daripada mereka; tidak, tetapi mereka sembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka.”

34:42. “Maka pada hari ini, tiada siapa pun daripada kamu yang berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan yang lain.” Dan Kami kata kepada orang-orang buat kezaliman, “Rasalah azab Api yang padanya kamu dustakan!”

34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang hendak halang kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah” dan mereka berkata, “Tiadalah ini, melainkan fitnah yang diada-adakan.” Dan orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, “Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.”

34:44. Kami telah tidak beri mereka Kitab-Kitab untuk dipelajari, dan tidak juga Kami utus kepada mereka sebelum kamu seseorang pemberi amaran.

34:45. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan, dan mereka tidak sampai satu per sepuluh daripada apa yang Kami beri mereka, mereka dustakan Rasul-Rasul-Ku, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

34:46. Katakanlah, “Aku memberi kamu hanya satu teguran, bahawa kamu berdiri kepada Allah berdua-dua, dan satu lepas satu, dan kemudian fikirkanlah; tidaklah ada kegilaan pada teman kamu. Dia tidak lain melainkan seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum azab yang keras.”

34:47. Katakanlah, “Aku tidak minta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanya atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu.”

34:48. Katakanlah, “Pemeliharaku lemparkan yang benar – yang Mengetahui yang ghaib.”

34:49. Katakanlah, “Yang benar telah datang; kepalsuan tidak akan memulai, dan tidak juga akan kembali.”

34:50. Katakanlah, “Jika aku sesat, aku hanya sesat terhadap diriku sendiri; jika aku dapat petunjuk, ia adalah dengan apa yang Pemeliharaku wahyukan aku. Sesungguhnya Dia Mendengar, Dekat.”

34:51. Dan, jika kamu dapat lihat apabila mereka terkejut, dan tidak ada tempat lari, dan mereka diambil dari sebuah tempat yang dekat.

34:52. Dan mereka berkata, “Kami percaya kepadanya”; tetapi bagaimanakah mereka boleh sampai dari sebuah tempat yang jauh,

34:53. Memandangkan mereka tidak percaya kepadanya sebelum itu, dengan menduga-duga yang ghaib dari tempat yang jauh?

34:54. Dan satu penghalang diadakan di antara mereka dan apa yang mereka inginkan, sebagaimana telah dilakukan kepada orang-orang yang segolongan dengan mereka dahulu; mereka adalah dalam keraguan, kebimbangan.

Surah 35
PEMULA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

35:1. Segala puji bagi Allah, Pemula langit dan bumi, yang buatkan malaikat-malaikat sebagai Rasul-Rasul yang mempunyai sayap-sayap, dua, dan tiga, dan empat, dengan menambahkan ciptaan seperti Dia hendaki. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

35:2. Apa sahaja pengasihan yang Allah bukakan kepada manusia, tiada yang dapat menahannya, dan apa sahaja Dia tahan, tiada yang mengutusnya sesudah-Nya. Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

35:3. Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang beri rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling?

35:4. Jika mereka dustakan kamu, Rasul-Rasul sebelum kamu telah didustakan; dan kepada Allah segala urusan dikembalikan.

35:5. Wahai manusia, janji Allah adalah benar; maka jangan kehidupan dunia menipu kamu, dan jangan seorang penipu dapat menipu kamu mengenai Allah.

35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka jadi di kalangan penghuni-penghuni Menyala.

35:7. Orang-orang tidak percaya, bagi mereka azab yang keras; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka adalah ampunan dan upah yang besar.

35:8. Dan apakah dengan orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia memandangnya baik? Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan sesiapa Dia hendaki, Dia beri petunjuk; maka jangan jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas mereka; sesungguhnya Allah tahu apa yang mereka kerjakan.

35:9. Allah ialah Dia yang utus angin, yang menggiatkan awan, kemudian Kami menghalaunya ke tanah yang mati, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Begitulah Kebangkitan.

35:10. Sesiapa hendak kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja baik – Dia naikkannya; tetapi orang-orang yang buat tipu daya yang jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan jadi sia-sia belaka.

35:11. Allah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian Dia buat kamu berpasangan. Tiada perempuan yang mengandung, dan tiada juga yang melahirkan, kecuali dengan pengetahuan-Nya; orang-orang yang diberi umur panjang, tidak dipanjangkan umurnya dan tidak juga dikurangkan umurnya melainkan ia di dalam Kitab. Sesungguhnya itu, bagi Allah, mudah.

35:12. Tidaklah sama antara dua laut; yang ini enak, rasanya menggembirakan, lazat untuk diminum, dan yang ini masin, pahit. Namun begitu, daripada kedua-duanya, kamu makan daging yang segar, dan keluarkan darinya perhiasan-perhiasan yang kamu pakai; dan supaya kamu lihat kapal-kapal membelahinya, supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

35:13. Dia jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Itu Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan, dan orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah, mereka tidak miliki sebanyak kulit sebutir biji kurma pun.

35:14. Jika kamu seru mereka, mereka tidak dengar seruan kamu, dan jika mereka dengar, mereka tidak sahut kamu; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak percayai akan persekutuan kamu. Tiada yang beritahu kamu seperti Yang menyedari.

35:15. Wahai manusia, kamulah yang memerlukan (fakir) Allah, dan Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

35:16. Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan datangkan ciptaan yang baru,

35:17. Tidaklah itu bagi Allah sukar.

35:18. Orang yang memikul beban tidak akan pikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanya menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.

35:19. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat,

35:20. Dan gelap dengan cahaya,

35:21. Dan teduh dengan panas terik.

35:22. Tidaklah sama yang hidup dengan yang mati. Allah jadikan mendengar sesiapa Dia hendaki; kamu tidak dapat jadikan orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar.

35:23. Kamu, tidak lain, hanyalah seorang pemberi amaran.

35:24. Sesungguhnya Kami utus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan tiada sesuatu umat melainkan telah berlalu di dalamnya seorang pemberi amaran.

35:25. Jika mereka dustakan kamu, orang-orang sebelum mereka telah dustakan; Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur, dan Kitab yang memberi cahaya.

35:26. Kemudian Aku ambil orang-orang tidak percaya, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

35:27. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warna? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat.

35:28. Antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun.

35:29. Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia,

35:30. Supaya Dia bayar sepenuhnya upah mereka, dan tambahkan kepada mereka pemberian-Nya; sesungguhnya Dia Pengampun, Berterima Kasih.

35:31. Dan apa yang Kami wahyukan kamu daripada Kitab adalah yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya; sesungguhnya Allah sedar, melihat hamba-hamba-Nya.

35:32. Kemudian Kami wariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.

35:33. Taman-Taman Adn yang mereka akan masuk; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mutiara-mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah daripada sutera.

35:34. Dan mereka berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah hilangkan segala kesedihan daripada kami. Sesungguhnya Pemelihara kami Pengampun, Berterima Kasih,

35:35. Yang daripada pemberian-Nya menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal; di dalamnya tiada keletihan sentuh kami, dan tiada juga kelesuan.”

35:36. Bagi orang-orang tidak percaya, bagi mereka api Jahanam; mereka tidak diakhirkan dan dimatikan, dan tidak juga azabnya diringankan untuk mereka. Begitulah Kami balas setiap orang yang tidak berterima kasih (kafir).

35:37. Di dalamnya mereka menjerit, “Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan buat kerja-kerja baik, selain daripada apa yang kami telah buat.” “Apa, tidakkah Kami beri umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang akan ingat? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong.”

35:38. Allah tahu keghaiban di langit dan bumi; Dia tahu apa yang di dalam dada.

35:39. Dia yang lantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi. Maka sesiapa tidak percaya, atasnyalah ketidakpercayaannya; ketidakpercayaan mereka menambahkan orang-orang tidak percaya hanya dalam kebencian di sisi Pemelihara mereka; ketidakpercayaan mereka menambahkan bagi orang-orang tidak percaya hanya dalam kerugian.

35:40. Katakanlah, “Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?” Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan.

35:41. Allah menahan langit dan bumi supaya mereka tidak beralih; sekiranya mereka beralih, tiada yang dapat menahan mereka selepas Dia. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun.

35:42. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati bahawa jika seorang pemberi amaran datang kepada mereka, tentu mereka lebih dapat petunjuk daripada mana-mana satu umat; tetapi apabila seorang pemberi amaran datang kepada mereka, ia hanya menambahkan mereka dalam pelarian,

35:43. Dengan menyombong di bumi, dan buat tipu daya yang jahat; tetapi tipu daya yang jahat hanya meliputi ahli yang melakukannya. Maka tidakkah mereka menanti-nanti melainkan sunnah (resam) orang-orang dahulu kala? Kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah, dan kamu tidak akan dapati sebarang penyimpangan pada sunnah Allah.

35:44. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan; tetapi Allah – tiada sesuatu di langit, dan tiada juga di bumi yang dapat mengandaskan-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Mengetahui, Berkuasa.

35:45. Sekiranya Allah pertanggungjawabkan manusia kerana apa yang mereka usahakan, tentu Dia tidak tinggalkan di atas muka bumi satu makhluk yang merayap; tetapi Dia tangguhkan mereka ke suatu tempoh yang dinyatakan. Tetapi, apabila tempoh mereka datang, maka sesungguhnya Allah lihat hamba-hamba-Nya.

Surah 36
YA SIN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

36:1. Ya Sin.

36:2. Demi al-Qur’an yang bijaksana.

36:3. Sesungguhnya kamu adalah di kalangan para utusan,

36:4. Di atas jalan lurus.

36:5. Penurunan daripada Yang Perkasa, Yang Pengasih,

36:6. Supaya kamu beri amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka lalai.

36:7. Wajarlah Ucapan ke atas kebanyakan mereka, lalu mereka tidak percayai.

36:8. Sesungguhnya, Kami letak pada leher-leher mereka belenggu-belenggu sampai ke dagu, lalu kepala-kepala mereka ditinggikan,

36:9. Dan Kami letak di hadapan mereka satu benteng, dan di belakang mereka satu benteng; dan Kami tutup mereka, lalu mereka tidak melihat.

36:10. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka atau kamu tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai.

36:11. Kamu hanya beri amaran kepada orang yang ikut Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan ampunan dan upah yang mulia.

36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan tulis apa yang mereka dahulukan, dan apa yang mereka tinggalkan; segala sesuatu Kami jumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata.

36:13. Buatlah bagi mereka satu persamaan – penduduk sebuah bandaraya apabila utusan-utusan datang kepadanya,

36:14. Apabila Kami utus kepada mereka dua orang, tetapi mereka dustakan mereka, maka Kami utus yang ketiga untuk memperkuatkan. Mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah utusan-utusan kepada kamu.”

36:15. Mereka berkata, “Tiadalah kamu, melainkan manusia-manusia yang serupa dengan kami; Yang Pemurah tidak turunkan sesuatu. Tiadalah kamu, melainkan kamu berdusta.”

36:16. Mereka berkata, “Pemelihara kami tahu bahawa kami adalah utusan-utusan kepada kamu,

36:17. Dan atas kami hanya untuk sampaikan yang jelas.”

36:18. Mereka berkata, “Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan rejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih.”

36:19. Mereka berkata, “Ramalan kamu adalah bersama kamu, jika kamu diingatkan, tetapi kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan).”

36:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, “Wahai kaumku, ikutlah utusan-utusan,

36:21. Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.

36:22. Dan mengapakah aku tidak akan sembah Yang memulakan aku, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan?

36:23. Apa, adakah aku akan ambil selain daripada Dia, tuhan-tuhan yang pengantaraannya, jika Yang Pemurah hendak mudarat untukku, tidak berguna bagiku sedikit pun, dan yang tidak selamatkan aku?

36:24. Sesungguhnya aku, jika begitu, adalah dalam kesesatan yang nyata.

36:25. Sesungguhnya, aku percaya kepada Pemelihara kamu; maka dengarlah aku!”

36:26. Dikatakan, “Masuklah ke Taman!” Dia berkata, “Alangkah baiknya sekiranya kaumku tahu,

36:27. Bahawa Pemeliharaku ampunkan aku, dan Dia letak aku di kalangan orang-orang dimuliakan.”

36:28. Dan Kami tidak turunkan kepada kaumnya, selepas dia, sebarang tentera dari langit, dan tidak juga Kami turunkan apa-apa.

36:29. Ia hanya satu Teriakan, dan tiba-tiba, mereka senyap dan kaku.

36:30. Aduhai, sesalnya hamba-hamba itu! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka memperolok-olokkannya.

36:31. Apa, tidakkah mereka lihat berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, dan tiada bagi mereka untuk mereka kembali?

36:32. Mereka, kesemua mereka, akan dihadapkan kepada Kami.

36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami hidupkannya, dan keluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan,

36:34. Dan Kami buatkan di dalamnya kebun-kebun palma dan anggur, dan padanya Kami pancarkan mata air,

36:35. Supaya mereka makan buah-buahannya, dan apa yang tangan-tangan mereka buat. Apa, tidakkah mereka berterima kasih?

36:36. Dia disanjung, yang mencipta semua pasangan daripada apa yang bumi tumbuhkan, dan daripada diri-diri mereka sendiri, dan daripada apa yang mereka tidak tahu.

36:37. Dan satu ayat bagi mereka ialah malam; Kami menanggalkan siang daripadanya, dan tiba-tiba, mereka dalam kegelapan.

36:38. Dan matahari, ia berlayar ke satu tempat rehat yang tetap; itulah ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui.

36:39. Dan bulan, Kami tetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan sehingga ia kembali seperti sebatang dahan palma yang tua.

36:40. Tidak patut bagi matahari memotong bulan, dan tidak juga malam mendahului siang, masing-masing berenang dalam falak (orbit).

36:41. Dan satu ayat bagi mereka ialah bahawa Kami bawa keturunan mereka di dalam kapal yang penuh muatan,

36:42. Dan Kami ciptakan untuk mereka yang serupa dengan apa yang mereka tunggang,

36:43. Dan jika Kami hendaki, Kami tenggelamkan mereka kemudian tidak ada yang kepadanya dimohonkan pertolongan bagi mereka, dan tidak juga mereka diselamatkan,

36:44. Melainkan sebagai satu pengasihan daripada Kami, dan satu kesenangan untuk satu waktu.

36:45. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Takutilah apa yang di hadapan kamu, dan apa yang di belakang kamu supaya kamu dikasihani.”

36:46. Dan tiada sesuatu ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka yang datang kepada mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.

36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Nafkahkanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu”, orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, “Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak, Dia memberinya makan? Kamu hanya dalam kesesatan yang nyata!”

36:48. Dan mereka berkata, “Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?”

36:49. Mereka hanya menanti satu Teriakan untuk mengambil mereka ketika mereka sedang bertengkar,

36:50. Kemudian mereka tidak boleh buat sesuatu wasiat, dan tidak juga mereka kembali kepada keluarga mereka.

36:51. Dan trompet ditiup; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka.

36:52. Mereka berkata, “Celakalah kami! Siapakah yang bangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah janjikan, dan para utusan berkata benar.”

36:53. Ia hanya satu Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami.

36:54. Maka pada hari ini, tiada jiwa dizalimi sedikit pun, dan tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat.

36:55. Sesungguhnya penghuni-penghuni Taman pada hari ini sibuk dalam kegembiraan mereka.

36:56. Mereka dan pasangan-pasangan mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh.

36:57. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka seru.

36:58. “Salam!” ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.

36:59. “Pisahkanlah diri-diri kamu, wahai orang-orang yang berdosa, pada hari ini!

36:60. Tidakkah Aku buat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan – sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,

36:61. Dan bahawa kamu hendaklah menyembah Aku? Inilah jalan lurus.

36:62. Ia telah sesatkan sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu faham?

36:63. Inilah Jahanam yang kamu dijanjikan,

36:64. Pangganglah di dalamnya pada hari ini kerana kamu tidak percaya!”

36:65. Pada hari ini, Kami letak satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka menyaksikan terhadap apa yang mereka telah usahakan.

36:66. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami hapuskan mata mereka, kemudian mereka berlumba-lumba ke jalan, tetapi bagaimanakah mereka lihat?

36:67. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami ubah mereka di mana mereka berada kemudian mereka tidak boleh maju, dan tidak juga mereka dapat kembali.

36:68. Dan kepada sesiapa Kami beri umur yang panjang, Kami lenturkan dia pada ciptaannya (tubuhnya); apa, tidakkah mereka faham?

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidak patut baginya. Ia hanya satu Peringatan, dan sebuah al-Qur’an yang jelas.

36:70. Supaya dia beri amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya Ucapan jadi wajar ke atas orang-orang tidak percaya.

36:71. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami ciptakan untuk mereka daripada apa yang tangan Kami buat, binatang ternak yang mereka miliki?

36:72. Kami tundukkannya untuk mereka, dan sebahagiannya mereka tunggang, dan sebahagiannya mereka makan.

36:73. Manfaat lain juga mereka dapati padanya, dan minuman. Apa, tidakkah mereka berterima kasih?

36:74. Namun begitu, mereka ambil selain daripada Allah tuhan-tuhan supaya mereka ditolong.

36:75. Mereka tidak boleh tolong mereka, walaupun mereka adalah tentera disediakan untuk mereka.

36:76. Maka jangan ucapan mereka menyedihkan kamu; sesungguhnya Kami tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan.

36:77. Sudahkah manusia renungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia jadi penentang yang nyata.

36:78. Dan dia buatkan bagi Kami suatu persamaan dan melupakan ciptaannya; dia berkata, “Siapakah yang hidupkan tulang-tulang apabila ia sudah reput?”

36:79. Katakanlah, “Yang menghidupkannya ialah Yang menumbuhkannya pada kali pertama; Dia tahu segala ciptaan,

36:80. Yang buatkan untuk kamu daripada pokok yang hijau, api, dan tiba-tiba, daripadanya kamu nyalakan api.”

36:81. Tidakkah Dia yang cipta langit dan bumi berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Ia, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.

36:82. Perintah-Nya, apabila Dia hendakkan sesuatu adalah untuk berkata padanya, “Jadilah”, maka jadilah ia.

36:83. Dia disanjung, yang di tangan-Nya dominion segala sesuatu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

Surah 37
YANG BERBARIS

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

37:1. Demi yang berbaris dengan barisan-barisan,

37:2. Dan yang melarang dengan larangan,

37:3. Dan pembaca-pembaca Peringatan,

37:4. Sesungguhnya Tuhan kamu Satu,

37:5. Pemelihara langit dan bumi, dan apa di antara keduanya, Pemelihara Timur-Timur.

37:6. Kami hiasi langit dunia dengan hiasan daripada bintang-bintang,

37:7. Dan untuk jaga daripada setiap syaitan yang derhaka.

37:8. Mereka tidak dapat dengar pembesar-pembesar tertinggi kerana mereka dilempar dari tiap-tiap penjuru,

37:9. Terbuang, dan bagi mereka azab yang kekal,

37:10. Melainkan siapa yang sambar satu bahagian kecil, dan ia diikuti api yang menembus.

37:11. Maka tanyalah mereka untuk satu keputusan; adakah mereka yang lebih kuat pada ciptaan (tubuh), atau apa yang Kami cipta? Kami cipta mereka daripada tanah liat yang melekat.

37:12. Tidak, kamu terhairan-hairan; dan mereka mengejek,

37:13. Dan, apabila mereka diingatkan, mereka tidak ingat,

37:14. Dan, apabila mereka lihat satu ayat, mereka akan mengejek,

37:15. Dan mereka berkata, “Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.

37:16. Apa, apabila kami sudah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?

37:17. Apa, dan bapa-bapa kami, yang dahulu?”

37:18. Katakanlah, “Ia, dan dalam segala kehinaan.”

37:19. Sesungguhnya ia hanya satu teriakan, kemudian tiba-tiba mereka memerhati,

37:20. Dan mereka berkata, “Aduhai, celakalah kami! Inilah Hari Agama (Pengadilan).”

37:21. “Inilah Hari Penetapan yang padanya kamu dustakan.

37:22. Kumpullah orang-orang buat kezaliman, dan isteri-isteri mereka, dan apa mereka sembah,

37:23. Selain daripada Allah, dan tunjukkanlah mereka jalan Jahim!

37:24. Dan berhentikanlah mereka untuk ditanya,

37:25. ‘Kenapa kamu tidak menolong satu sama lain?'”

37:26. Tidak, tetapi pada hari ini, mereka serah diri dalam ketundukan,

37:27. Dan mendekati, sebahagian mereka kepada sebahagian lain, mereka saling bertanya.

37:28. Mereka berkata, “Sesungguhnya kamu datang kepada kami dari kanan.”

37:29. Mereka berkata, “Tidak, bahkan kamu bukan orang-orang mukmin,

37:30. Kami tidak ada kuasa terhadap kamu; tidak, kamulah kaum yang melampaui batas.

37:31. Maka wajarlah Ucapan Pemelihara kita ke atas kita; kita merasakannya.

37:32. Demikian kami buat kamu bersalah, dan kami sendiri adalah orang-orang yang bersalah.”

37:33. Maka mereka semua pada hari itu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.

37:34. Begitulah Kami buat terhadap orang-orang yang berdosa,

37:35. Kerana apabila dikatakan kepada mereka, “Tidak ada tuhan melainkan Allah”, mereka menyombong.

37:36. Dan mereka berkata, “Apa, adakah kami akan tinggalkan tuhan-tuhan kami kerana seorang penyair yang dirasuk?”

37:37. “Tidak, tetapi dia mendatangkan yang benar, dan mengesahkan para utusan.

37:38. Sesungguhnya kamu pasti akan merasakan azab yang pedih,

37:39. Dan kamu tidak dibalas melainkan dengan apa kamu buat.”

37:40. Kecuali bagi hamba-hamba Allah yang tulus,

37:41. Bagi mereka, rezeki yang diketahui,

37:42. Buah-buahan; dan mereka adalah orang-orang yang amat dimuliakan,

37:43. Di dalam Taman-Taman Kebahagiaan,

37:44. Di atas sofa-sofa berada berhadapan muka,

37:45. Sebuah piala dari sebuah mata air dikelilingkan kepada mereka,

37:46. Putih, suatu keseronokan bagi peminum-peminum,

37:47. Padanya tiada kepeningan, dan tiada juga kemabukan,

37:48. Dan di sisi mereka, perawan-perawan bermata besar yang menahan gerlingan mereka,

37:49. Seakan-akan mereka mutiara-mutiara yang tersembunyi.

37:50. Mereka mendekati, sebahagian kepada sebahagian lain, mereka saling bertanya.

37:51. Seorang yang berkata antara mereka berkata, “Aku ada seorang teman yang dipercayai,

37:52. Yang berkata, ‘Adakah kamu orang yang mengesahkan?

37:53. Apa, apabila kami sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan diberi pengadilan?'”

37:54. Dia berkata, “Mahukah kamu lihat ke bawah?”

37:55. Kemudian dia lihat, dan melihatnya di tengah-tengah Jahim.

37:56. Dia berkata, “Demi Allah, hampir-hampir kamu binasakan aku,

37:57. Jika tidak kerana rahmat Pemeliharaku, tentu aku termasuk orang-orang yang dihadapkan.

37:58. Apa, adakah kita tidak mati?

37:59. Melainkan kematian kita yang pertama, dan tidakkah kita diazab?

37:60. Sesungguhnya inilah kemenangan yang besar,

37:61. Dan untuk serupa dengan ini, hendaklah orang-orang yang beramal mengamalkan.”

37:62. Adakah itu lebih baik sebagai satu sajian atau pokok zaqum?

37:63. Kami membuatnya sebagai satu penganiayaan bagi orang-orang zalim.

37:64. Ia adalah pokok yang keluar di akar Jahim,

37:65. Seludang-seludangnya seperti kepala-kepala syaitan,

37:66. Dan mereka memakannya, dan dengannya memenuhkan perut-perut mereka,

37:67. Kemudian di atasnya mereka dapat minuman campuran air yang mendidih,

37:68. Kemudian mereka kembali ke Jahim.

37:69. Mereka dapati bapa-bapa mereka sesat,

37:70. Dan mereka berlari di atas jejak-jejak mereka.

37:71. Sebelum mereka sudah sesat kebanyakan daripada orang-orang dahulu,

37:72. Dan Kami telah utus di kalangan mereka pemberi-pemberi amaran,

37:73. Dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang diberi amaran,

37:74. Kecuali hamba-hamba Allah yang tulus.

37:75. Nuh telah memanggil Kami; dan betapa sangat baiknya Penyahut!

37:76. Dan Kami selamatkannya dan keluarganya daripada kecemasan yang besar,

37:77. Dan Kami buatkan keturunannya orang-orang yang kekal,

37:78. Dan Kami meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir.

37:79. “Sejahtera ke atas Nuh di kalangan semua alam!”

37:80. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik,

37:81. Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.

37:82. Kemudian, selepas itu Kami tenggelamkan yang lain.

37:83. Daripada golongannya ialah Ibrahim,

37:84. Apabila dia datang kepada Pemeliharanya dengan hati yang bersih,

37:85. Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “Apakah yang kamu sembah?

37:86. Adakah yang fitnah, tuhan-tuhan selain daripada Allah, kamu hendak?

37:87. Apakah pula sangkaan kamu terhadap Pemelihara semua alam?”

37:88. Dan dia menghalakan pandangan memandangi bintang-bintang,

37:89. Dan dia berkata, “Sesungguhnya aku sakit.”

37:90. Tetapi mereka berpaling daripada dia, dengan memusingkan belakang mereka.

37:91. Kemudian dia beralih kepada tuhan-tuhan mereka, dan berkata, “Apakah yang kamu makan?

37:92. Kenapa kamu tidak berkata-kata?”

37:93. Kemudian dia beralih kepada mereka, memukul mereka dengan tangan kanannya.

37:94. Kemudian tampil ke muka yang lain kepadanya dengan tergesa-gesa.

37:95. Berkata, “Adakah kamu sembah apa yang kamu ukir,

37:96. Dan Allah cipta kamu, dan apa yang kamu buat?”

37:97. Mereka berkata, “Binalah satu bangunan untuknya, dan lemparlah dia ke dalam Jahim!”

37:98. Mereka hendak buat tipu muslihat terhadapnya; maka Kami buat mereka orang-orang yang lebih rendah.

37:99. Dia berkata, “Aku pergi kepada Pemeliharaku; Dia akan beri petunjuk kepadaku.

37:100. Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih.”

37:101. Kemudian Kami beri dia berita gembira dengan seorang anak lelaki yang penyantun,

37:102. Dan apabila dia sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, “Wahai anakku, aku lihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?” Berkata, “Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar.”

37:103. Apabila mereka sudah tunduk patuh, dan dia mengayunkannya di atas keningnya,

37:104. Kami memanggilnya, “Wahai Ibrahim,

37:105. Kamu telah mengesahkan visi; begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

37:106. Ini benar-benar ujian yang nyata.”

37:107. Dan Kami menebus dia dengan korban yang besar,

37:108. Dan meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir.

37:109. “Sejahtera ke atas Ibrahim!”

37:110. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

37:111. Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.

37:112. Kemudian Kami beri dia berita gembira dengan Ishak, seorang Nabi, termasuk orang-orang yang salih (baik).

37:113. Dan Kami berkatinya, dan Ishak; dan daripada keturunan mereka, sebahagian buat baik, dan sebahagian buat zalim yang nyata terhadap diri-diri mereka sendiri.

37:114. Sesungguhnya Kami telah berbudi baik kepada Musa dan Harun,

37:115. Dan Kami selamatkan mereka, dan kaum mereka daripada kecemasan yang besar.

37:116. Dan Kami tolong mereka supaya mereka menjadi orang-orang yang menang.

37:117. Dan Kami beri mereka Kitab yang jelas,

37:118. Dan beri mereka petunjuk pada jalan lurus,

37:119. Dan tinggalkan keduanya di kalangan orang-orang yang akhir.

37:120. “Sejahtera ke atas Musa dan Harun!”

37:121. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik,

37:122. Mereka adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.

37:123. Sesungguhnya Elias adalah antara para utusan,

37:124. Apabila dia berkata kepada kaumnya, “Tidakkah kamu bertakwa?

37:125. Adakah kamu seru Baal dan tinggalkan pencipta Terbaik?

37:126. Allah, Pemelihara kamu, dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu?”

37:127. Tetapi mereka dustakannya; maka mereka adalah antara yang dihadapkan,

37:128. Kecuali hamba-hamba Allah yang tulus,

37:129. Dan Kami meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir.

37:130. “Sejahtera ke atas Elias!”

37:131. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

37:132. Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.

37:133. Sesungguhnya Lut adalah antara para utusan,

37:134. Apabila Kami selamatkan dia dan keluarganya kesemuanya,

37:135. Kecuali perempuan tua yang tertinggal,

37:136. Kemudian Kami binasakan yang lain,

37:137. Dan kamu melalui mereka pada waktu pagi,

37:138. Dan pada waktu malam; tidakkah kamu faham?

37:139. Sesungguhnya Yunus adalah antara para utusan,

37:140. Apabila dia lari ke kapal yang penuh muatan,

37:141. Dan mencabut undi, dan dia adalah antara yang disangkalkan,

37:142. Kemudian ikan menelannya, dan dia disalahkan.

37:143. Sesungguhnya, jika dia tidak termasuk orang-orang yang menyanjung,

37:144. Tentu dia akan tinggal di dalam perutnya hingga hari mereka dibangkitkan,

37:145. Tetapi Kami lemparkan dia ke tanah yang terbiar, dan dia sakit,

37:146. Dan Kami tumbuhkan untuknya sebatang pokok labu.

37:147. Kemudian Kami utus dia kepada seratus ribu, atau lebih,

37:148. Dan mereka percaya; maka Kami beri kesenangan mereka untuk suatu waktu.

37:149. Maka tanyalah mereka untuk satu keputusan – adakah untuk Pemelihara kamu anak-anak perempuan, dan mereka anak-anak lelaki?

37:150. Atau, Kami cipta malaikat-malaikat itu perempuan, sedang mereka adalah saksi-saksi?

37:151. Ingatlah, sesungguhnya daripada fitnah mereka, mereka berkata,

37:152. “Allah beranak!” dan sesungguhnya mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

37:153. Adakah Dia pilih anak-anak perempuan di atas anak-anak lelaki?

37:154. Mengapakah kamu, bagaimana kamu memutuskan?

37:155. Tidakkah kamu mengingati?

37:156. Atau, adakah kamu satu kuasa yang nyata?

37:157. Datangkanlah kitab kamu jika kamu berkata benar!

37:158. Mereka adakan satu pertalian keluarga antara Dia dan jin; dan jin tahu bahawa mereka akan dihadapkan.

37:159. Allah disanjung, di atas apa yang mereka terangkan,

37:160. Melainkan hamba-hamba Allah yang tulus.

37:161. Tetapi bagi kamu, dan apa yang kamu sembah,

37:162. Tidaklah kamu perdayakan sesuatu terhadap-Nya,

37:163. Melainkan orang yang akan dipanggang di dalam Jahim.

37:164. Tiada antara kami di sana melainkan mempunyai medan yang diketahui.

37:165. Kami adalah yang berbaris-baris,

37:166. Kamilah mereka yang menyanjung.

37:167. Sesungguhnya mereka pasti akan berkata,

37:168. “Sekiranya kami ada Peringatan daripada orang-orang dahulu,

37:169. Tentu kami jadi hamba-hamba Allah yang tulus.”

37:170. Tetapi mereka tidak percaya kepadanya; kelak mereka akan tahu!

37:171. Sesungguhnya Kata Kami telah pun berlalu kepada hamba-hamba Kami, para utusan,

37:172. Sesungguhnya mereka akan ditolong,

37:173. Dan tentera Kami, merekalah yang menang.

37:174. Maka berpalinglah kamu daripada mereka untuk suatu waktu,

37:175. Dan lihatlah mereka; kelak mereka akan lihat!

37:176. Apa, adakah mereka minta disegerakan azab Kami?

37:177. Apabila ia turun di halaman rumah mereka, betapa buruknya pagi bagi orang-orang diberi amaran!

37:178. Maka berpalinglah kamu daripada mereka untuk suatu waktu,

37:179. Dan lihatlah; kelak mereka akan lihat!

37:180. Pemelihara kamu disanjung, Pemelihara Yang Mulia, di atas apa yang mereka terangkan!

37:181. Dan sejahtera ke atas para utusan,

37:182. Dan segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.

Surah 38
SAD

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

38:1. Sad. Demi al-Qur’an yang mengandungi Peringatan.

38:2. Tidak, tetapi orang-orang tidak percaya adalah dalam kemuliaan dan perpecahan.

38:3. Berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, dan mereka memanggil, tetapi bukan masanya untuk melepaskan.

38:4. Dan mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran telah datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, “Ini seorang ahli sihir yang berdusta.

38:5. Apa, adakah dia jadikan tuhan-tuhan Satu Tuhan? Sesungguhnya ini sesuatu yang aneh.”

38:6. Dan pembesar-pembesar mereka bertolak, “Jalanlah! Sabarlah pada tuhan-tuhan kamu; ini sesuatu yang dihendaki.

38:7. Kami belum dengar hal ini dalam anutan yang akhir; sungguh, ini adalah satu rekaan.

38:8. Apa, adakah Peringatan diturunkan kepada dia antara kita semua?” Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan mengenai Peringatan-Ku; tidak, mereka belum lagi merasakan azab-Ku.

38:9. Atau, adakah mereka perbendaharaan pengasihan Pemelihara kamu, Yang Perkasa, Yang Pemberi?

38:10. Atau, adakah kepunyaan mereka kerajaan langit dan bumi, dan apa di antara keduanya? Maka hendaklah mereka menaiki jalan-jalannya!

38:11. Satu tentera golongan-golongan dikalahkan di sana!

38:12. Telah dustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan Ad, dan Firaun daripada pasak-pasak khemah,

38:13. Dan Tsamud, dan kaum Lut, dan penduduk Aikah – mereka itulah golongan-golongan.

38:14. Tiada satu pun yang tidak dustakan Rasul-Rasul, maka wajarlah balasan-Ku.

38:15. Mereka ini hanya menantikan satu Teriakan yang padanya tidak ada tangguh.

38:16. Mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, segerakanlah untuk kami bahagian kami sebelum Hari Perhitungan.”

38:17. Sabarlah atas apa mereka kata, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; dia seorang yang kembali.

38:18. Bersama dia Kami tundukkan gunung-gunung untuk menyanjung pada waktu petang dan matahari terbit,

38:19. Dan burung-burung dalam keadaan berkumpul, masing-masing kembali kepadanya.

38:20. Kami menguatkan kerajaannya, dan beri kepadanya kebijaksanaan, dan ucapan yang menetapkan.

38:21. Sudahkah berita perdebatan datang kepada kamu? Apabila mereka memanjat mihrab (tempat ibadat),

38:22. Apabila mereka masuk kepada Daud, dan dia terkejut dari mereka; dan mereka berkata, “Jangan takut, kami adalah dua orang yang berbantahan, seorang daripada kami menyalahi yang lain, maka hakimkanlah antara kami dengan adil, dan jangan melewati batas, dan tunjukkanlah kami jalan yang betul.”

38:23. “Sesungguhnya ini saudaraku yang mempunyai sembilan puluh sembilan biri-biri betina, dan aku mempunyai seekor biri-biri betina. Lalu dia berkata, ‘Serahlah ia untuk penjagaanku’; dan dia mengalahkan aku dalam ucapan.”

38:24. Berkata, “Sesungguhnya dia menzalimi kamu dengan meminta biri-biri betina kamu untuk menambahkan biri-biri betinanya; dan sesungguhnya, kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik – dan mereka adalah sedikit!” Dan Daud sangka Kami mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan.

38:25. Maka Kami ampunkannya terhadap itu, dan dia mempunyai sebuah tempat yang dekat di sisi Kami, dan tempat kembali yang baik.

38:26. “Wahai Daud, sesungguhnya Kami lantik kamu sebagai khalifah (pengganti) di bumi, maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan jangan ikut keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan.”

38:27. Kami tidak cipta langit dan bumi, dan apa di antara keduanya, dengan sia-sia; demikian sangkaan orang-orang tidak percaya, maka kecelakaanlah bagi orang-orang tidak percaya disebabkan oleh Api!

38:28. Atau, adakah Kami akan buat orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, seperti orang-orang yang buat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan buat orang-orang bertakwa seperti orang-orang jahat?

38:29. Sebuah Kitab Kami turunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang empunya minda renungkan ayat-ayatnya.

38:30. Dan Kami beri Daud, Sulaiman; seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia adalah orang yang kembali.

38:31. Pada waktu petang, ketika dikemukakan kepadanya kuda-kuda yang berdiri dengan satu kaki diangkat sedikit,

38:32. Dia berkata, “Sesungguhnya aku cintai kecintaan pada benda-benda yang baik lebih daripada mengingati Pemeliharaku sehingga tersembunyi di belakang hijab (tabir).

38:33. Kembalikan mereka kepadaku!” Dan dia mula mengusapi betis-betis dan leher-leher mereka.

38:34. Sesungguhnya Kami telah uji Sulaiman, dan Kami lemparkan di atas takhtanya satu jasad; kemudian dia berkesesalan.

38:35. Dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.”

38:36. Maka Kami tundukkan untuknya angin, yang mengalir menurut perintahnya dengan nyaman ke mana sahaja dia timpakan,

38:37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap ahli binaan dan penyelam,

38:38. Dan yang lain juga, diikat bersama dalam belenggu.

38:39. Inilah kurniaan Kami; memberinya, atau menahannya, tanpa hitungan.

38:40. Dan dia mempunyai sebuah tempat yang dekat di sisi Kami, dan tempat kembali yang baik.

38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, apabila dia panggil Pemeliharanya, “Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab.”

38:42. “Hentakkanlah kaki kamu! Ini adalah satu tempat mandi yang dingin, dan satu minuman.”

38:43. Dan Kami beri dia keluarganya, dan yang serupa dengan mereka bersama mereka sebagai satu pengasihan daripada Kami, dan peringatan, bagi orang-orang empunya minda.

38:44. Dan, “Ambillah di tangan kamu seikat rumput, dan pukullah dengannya, dan jangan langgar sumpah kamu.” Sesungguhnya Kami dapati dia seorang yang sabar. Seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia orang yang kembali.

38:45. Dan ingatlah akan hamba-hamba Kami, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub, yang mempunyai tangan (kekuatan) dan pandangan.

38:46. Sesungguhnya Kami tuluskan mereka dengan sesucinya, mengingatkan Tempat Tinggal,

38:47. Dan di sisi Kami, mereka adalah daripada orang-orang pilihan, yang terbaik.

38:48. Dan ingatlah akan Ismail, Alyasa, dan Zulkifli; masing-masing adalah daripada orang-orang yang terbaik.

38:49. Ini adalah Peringatan; dan bagi orang-orang bertakwa, tempat kembali yang baik,

38:50. Taman-Taman Adn, di mana pintu-pintunya dibuka untuk mereka,

38:51. Di dalamnya mereka bersandar, dan di dalamnya mereka seru banyak buah-buahan, dan minuman,

38:52. Dan di sisi mereka, perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang sebaya.

38:53. “Inilah apa yang kamu dijanjikan pada Hari Perhitungan,

38:54. Sesungguhnya ini adalah rezeki Kami yang tidak akan habis.”

38:55. Semua ini; tetapi bagi orang-orang yang melampaui batas, tempat kembali yang buruk,

38:56. Jahanam, di mana mereka dipanggang – satu buaian yang buruk!

38:57. Semua ini; maka mereka merasainya – air yang mendidih dan nanah,

38:58. Dan seksaan lain yang serupa jenisnya berpasangan.

38:59. “Ini adalah satu kumpulan yang menyerbu masuk bersama kamu; tidak ada Selamat Datang bagi mereka; mereka akan dipanggang di dalam Api.”

38:60. Mereka berkata, “Tidak, kamulah yang tiada Selamat Datang; kamu mendahulukannya untuk kami; maka buruknya suatu kestabilan!”

38:61. Mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang dahulukan ini untuk kami berilah dia azab dua kali ganda di dalam Api!”

38:62. Mereka berkata, “Bagaimanakah dengan kami, bahawa kami tidak lihat orang-orang lelaki yang kami hitung di kalangan orang-orang jahat?

38:63. Apa, adakah kami ambil mereka untuk buah ejekan? Atau, adakah penglihatan kami menyimpang daripada mereka?”

38:64. Sesungguhnya itu benar – pertengkaran penghuni-penghuni Api.

38:65. Katakanlah, “Aku hanya seorang pemberi amaran. Tidak ada sesuatu tuhan melainkan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki,

38:66. Pemelihara langit dan bumi, dan apa di antara keduanya, Yang Perkasa, Yang Pengampun.”

38:67. Katakanlah, “Ia adalah satu berita besar,

38:68. Yang daripadanya kamu berpaling.

38:69. Aku tidak ada pengetahuan mengenai pembesar-pembesar tertinggi apabila mereka bertengkar.

38:70. Hanya ini diwahyukan kepadaku, bahawa aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.”

38:71. Apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku cipta seorang manusia daripada tanah liat.

38:72. Apabila Aku telah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu sujud kepadanya!”

38:73. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya,

38:74. Kecuali Iblis; dia sombong, dan termasuk orang-orang tidak percaya.

38:75. Berkata, “Wahai Iblis, apakah yang halangi kamu daripada sujud kepada apa yang Aku cipta dengan tangan-Ku Sendiri? Adakah kamu menyombong, atau kamu termasuk orang-orang yang tinggi?”

38:76. Berkata, “Aku lebih baik daripadanya; Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat.”

38:77. Berkata, “Maka keluarlah kamu darinya; kamu direjam.

38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga Hari Agama (Pengadilan).”

38:79. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan.”

38:80. Berkata, “Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,

38:81. Hingga hari, waktu yang diketahui.”

38:82. Berkata, “Maka, demi kemuliaan Engkau, aku akan buat mereka bersalah, kesemuanya,

38:83. Kecuali hamba-hamba Engkau antara mereka yang tulus.”

38:84. Berkatalah Dia, “Maka yang benar, Aku mengatakan yang benar,

38:85. Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan kamu, dan dengan sesiapa antara mereka yang ikut kamu, kesemuanya.”

38:86. Katakanlah, “Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya, dan tidak juga aku termasuk orang-orang yang melakukan mengikut kehendak mereka sendiri.

38:87. Ia, tidak lain, melainkan Peringatan bagi semua alam,

38:88. Dan sungguh, kamu akan tahu beritanya selepas suatu waktu.”

Surah 39
KUMPULAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

39:1. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

39:2. Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar; maka sembahlah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya.

39:3. Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia – “Kami hanya sembah mereka supaya mereka dekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah” – sesungguhnya Allah akan hakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka selisihkan. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan.

39:4. Sekiranya Allah hendak ambil kepada-Nya seorang anak, tentu Dia pilih apa yang Dia hendaki daripada apa Dia cipta. Dia disanjung! Dia Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.

39:5. Dia cipta langit dan bumi dengan benar, menutupi malam dengan siang, dan menutupi siang dengan malam; dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Tidakkah Dia, Yang Perkasa, Yang Pengampun?

39:6. Dia cipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia buatkan pasangannya; dan Dia turunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia cipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?

39:7. Jika kamu tidak percaya, Allah Kaya daripada kamu, dan Dia tidak merelai ketidakpercayaan hamba-hamba-Nya; tetapi jika kamu berterima kasih, Dia akan merelai kamu. Dan orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat. Dia tahu apa yang di dalam dada.

39:8. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia kurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia lupa apa yang dia seru sebelumnya, dan adakan rakan-rakan bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, “Gembiralah sedikit dengan ketidakpercayaan kamu; kamu jadi di kalangan penghuni-penghuni Api.”

39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya? Katakanlah, “Adakah mereka sama – orang-orang yang tahu dengan orang-orang yang tidak tahu?” Hanya orang-orang empunya minda mengingati.

39:10. Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, takutilah Pemelihara kamu. Bagi orang-orang buat baik di dunia ini baik, dan bumi Allah luas. Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa hitungan.”

39:11. Katakanlah, “Aku diperintah supaya menyembah Allah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya,

39:12. Dan aku diperintah supaya jadi yang pertama antara orang-orang yang muslim.”

39:13. Katakanlah, “Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.”

39:14. Katakanlah, “Allah aku sembah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya.

39:15. Maka sembahlah apa yang kamu hendaki selain daripada Dia.” Katakanlah, “Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka, dan keluarga-keluarga mereka pada Hari Kiamat; tidakkah itu kerugian yang nyata?

39:16. Di atas mereka, mereka dapati lindungan-lindungan daripada Api, dan di bawah mereka lindungan-lindungan; demikianlah, dengan itu Allah menakut-nakutkan hamba-hamba-Nya, ‘Wahai hamba-hamba-Ku, takutilah Aku!'”

39:17. Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut, dan berkesesalan kepada Allah, bagi mereka berita gembira. Maka kamu berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku,

39:18. Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itu, orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda.

39:19. Orang yang ke atasnya kata azab telah wajar – adakah kamu akan selamatkan dia keluar dari Api?

39:20. Tetapi orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka, bagi mereka, bilik-bilik yang tinggi, di atasnya dibinakan bilik-bilik yang tinggi, di bawahnya mengalir sungai-sungai – janji Allah; Allah tidak mungkiri janji temu.

39:21. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan menyelitkan ia sebagai mata-mata air di bumi, kemudian Dia keluarkan dengannya tanaman-tanaman yang bermacam-macam warna, kemudian jadi kering, dan kamu melihatnya jadi kuning, kemudian Dia membuatnya jerami yang hancur? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang-orang empunya minda.

39:22. Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap Peringatan Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

39:23. Allah turunkan hadis paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.

39:24. Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang zalim, “Rasalah apa yang kamu telah usahakan!”

39:25. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan, kemudian azab datang kepada mereka dari tempat mereka tidak sedar.

39:26. Maka Allah merasakan kepada mereka kerendahan dalam kehidupan dunia ini; dan azab akhirat adalah sungguh lebih besar jika mereka tahu.

39:27. Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur’an ini tiap-tiap macam persamaan supaya mereka mengingati.

39:28. Sebuah al-Qur’an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.

39:29. Allah buat satu persamaan: seorang lelaki yang sekutu-sekutu berselisih padanya, dan seorang lelaki yang kepunyaan penuh seorang lelaki. Adakah keduanya sama dalam persamaan? Segala puji bagi Allah! Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

39:30. Kamu akan mati, dan mereka akan mati,

39:31. Kemudian pada Hari Kiamat, di hadapan Pemelihara kamu, kamu bertengkar.

39:32. Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, dan dustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang tidak percaya?

39:33. Dan orang yang datang dengan kebenaran dan mengesahkannya, mereka itu, merekalah orang-orang bertakwa.

39:34. Mereka dapati apa sahaja mereka hendaki di sisi Pemelihara mereka; itulah balasan ke atas orang-orang buat baik,

39:35. Supaya Allah lepaskan daripada mereka yang paling jahat mereka telah buat, dan balas mereka dengan upah paling baik daripada apa yang mereka telah buat.

39:36. Bukankah Allah mencukupi bagi hamba-Nya, walaupun mereka menakut-nakutkan kamu dengan orang-orang selain daripada Allah? Dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.

39:37. Tetapi sesiapa Allah beri petunjuk, maka tiada yang menyesatkannya; tidakkah Allah Perkasa, Pendendam?

39:38. Jika kamu tanya mereka, “Siapakah yang cipta langit dan bumi?” mereka akan berkata, “Allah.” Katakanlah, “Apa pendapat kamu mengenai apa yang kamu seru selain daripada Allah – jika Allah hendak mudarat untukku, adakah mereka akan hilangkan mudarat-Nya? Atau, jika Dia hendak pengasihan untukku, adakah mereka akan tahan mudarat-Nya?” Katakanlah, “Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nya semua orang yang bertawakal tawakal.

39:39. Katakanlah, “Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal; dan kelak kamu akan tahu,

39:40. Kepada siapa yang akan datang azab yang aibkannya, dan kepada siapa diturunkan azab yang kekal.”

39:41. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu Kitab untuk manusia dengan yang benar. Sesiapa dapat petunjuk hanya dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanya terhadapnya sendiri; kamu bukan seorang wakil bagi mereka.

39:42. Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah tentukan kematian, tetapi Dia utus yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

39:43. Atau, adakah mereka ambil pengantara-pengantara selain daripada Allah? Katakanlah, “Apa, walaupun mereka tidak berkuasa sesuatu pun, dan tidak memahami?”

39:44. Katakanlah, “Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.”

39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira.

39:46. Katakanlah, “Ya Allah, Pemula langit dan bumi, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang hakimkan antara hamba-hamba-Mu mengenai apa yang mereka padanya mereka selisihkan.”

39:47. Sekiranya orang-orang buat kezaliman mempunyai semua yang ada di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan tebus diri mereka dengannya daripada kejahatan azab Hari Kiamat; dan nyatalah bagi mereka daripada Allah yang tidak pernah mereka jangkakan,

39:48. Dan nyatalah bagi mereka kejahatan-kejahatan yang mereka telah usahakan, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka, padanya mereka olok-olokkan.

39:49. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami; kemudian, apabila Kami kurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, “Aku diberi hanya kerana satu pengetahuan.” Tidak, ia adalah satu cubaan, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

39:50. Demikian ucapan orang-orang sebelum mereka; tetapi apa yang mereka usahakan tidak berguna bagi mereka.

39:51. Kejahatan-kejahatan yang mereka usahakan menimpa mereka. Orang-orang buat kezaliman daripada mereka ini, mereka juga akan ditimpa dengan kejahatan-kejahatan daripada apa yang mereka telah usahakan; mereka tidak dapat mengandaskannya.

39:52. Adakah mereka tahu bahawa Allah menjulur dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa Dia hendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

39:53. Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang membazir ke atas diri-diri kamu sendiri, jangan berputus asa daripada pengasihan Allah; sesungguhnya Allah ampunkan kesalahan-kesalahan, kesemuanya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.

39:54. Berkesesalanlah kepada Pemelihara kamu, dan tunduk patuhlah kepada-Nya, sebelum azab datang kepada kamu, kemudian kamu tidak akan ditolong.

39:55. Dan ikutlah yang paling baik daripada apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, sebelum azab datang kepada kamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak sedar.”

39:56. Supaya sesuatu jiwa tidak berkata, “Aduhai, sesalnya aku atas apa yang aku melalaikan dalam kewajipanku kepada Allah, dan aku adalah orang yang mengejek.”

39:57. Atau ia berkata, “Sekiranya Allah beri petunjuk kepadaku, tentu aku termasuk orang-orang bertakwa.”

39:58. Atau ia berkata, apabila ia melihat azab, “Sekiranya aku dapat kembali lagi, dan jadi antara orang-orang buat baik.”

39:59. “Ia benar! Ayat-ayat-Ku telah datang kepada kamu, tetapi kamu dustakannya, dan kamu menyombong, dan kamu termasuk orang-orang tidak percaya (kafir).”

39:60. Dan pada Hari Kiamat, kamu lihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka jadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang sombong?

39:61. Tetapi Allah selamatkan orang-orang bertakwa dalam keamanan mereka; keburukan tidak sentuh mereka, dan tidak juga mereka bersedih.

39:62. Allah Pencipta segala sesuatu; Dia Wakil atas segala sesuatu.

39:63. Bagi-Nya kepunyaan kunci-kunci langit dan bumi. Dan orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.

39:64. Katakanlah, “Adakah kepada selain daripada Allah yang kamu suruh aku sembah, wahai kamu orang-orang bodoh?”

39:65. Telah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum kamu, “Jika kamu sekutukan, amalan kamu akan jadi sia-sia, dan kamu jadi antara orang-orang yang rugi.”

39:66. Tidak, tetapi Allah yang hendaklah kamu sembah; dan jadilah kamu di kalangan orang-orang berterima kasih.

39:67. Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar. Bumi kesemuanya berada dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat, dan langit digulung di tangan kanan-Nya. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

39:68. Dan trompet ditiup, dan sesiapa sahaja di langit, dan sesiapa sahaja di bumi akan pengsan, kecuali siapa yang Allah hendaki. Kemudian ia ditiup sekali lagi, dan tiba-tiba, mereka berdiri memerhatikan.

39:69. Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan para Nabi dan para saksi didatangkan, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.

39:70. Tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat; dan Dia sangat-sangat tahu apa mereka buat.

39:71. Kemudian orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, “Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?” Mereka berkata, “Ia, benar” tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya.

39:72. Dikatakan, “Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya.” Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!

39:73. Kemudian orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, “Salamun alaikum! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya.”

39:74. Dan mereka berkata, “Segala puji bagi Allah yang benar dalam janji-Nya kepada kami, dan Dia mewariskan kami bumi sebagai tempat tinggal di mana sahaja kami hendaki di Taman.” Sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!

39:75. Dan kamu akan lihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan, “Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.”

Surah 40
ORANG YANG MUKMIN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

40:1. Ha Mim.

40:2. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Mengetahui,

40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam balasan-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.

40:4. Tiada, kecuali orang-orang tidak percaya mendebatkan ayat-ayat Allah; maka jangan kamu tertipu dengan ulang-alik mereka di dalam negeri.

40:5. Kaum Nuh, sebelum mereka, telah dustakan, dan golongan-golongan selepas mereka; tiap-tiap umat bermaksud terhadap Rasul mereka, untuk mengambilnya, dan mereka membantah dengan yang palsu untuk menyangkal yang benar dengannya. Kemudian Aku ambil mereka; dan bagaimanakah dengan balasan-Ku!

40:6. Begitulah, Kata Pemelihara kamu telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya bahawa merekalah penghuni-penghuni Api.

40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya, menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan percayai-Nya, dan mereka minta ampun untuk orang-orang yang percaya, “Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan, maka ampunkanlah orang-orang yang bertaubat, dan ikut jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.

40:8. Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau janjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

40:9. Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa yang Engkau lindung daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar.”

40:10. Diumumkan kepada orang-orang tidak percaya, “Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri-diri (sesama) kamu, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya.”

40:11. Mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar?”

40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.

40:13. Dia yang memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan turunkan kepada kamu dari langit, rezeki; namun begitu, tiada yang mengingati kecuali orang yang berkesesalan.

40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang tidak percaya membencinya.

40:15. Yang naikkan darjat, Yang mempunyai Arasy, lemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia beri amaran kepada mereka mengenai Hari Pertemuan,

40:16. Pada hari mereka pergi, dan tiada daripada kepunyaan mereka tersembunyi daripada Allah. “Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?” “Kepunyaan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.

40:17. Pada hari ini tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa ia usahakan; tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.”

40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.

40:19. Dia tahu pengkhianatan mata, dan apa yang dada sembunyikan.

40:20. Allah memutuskan dengan adil, dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak memutuskan sesuatu pun. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.

40:21. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan, dan mereka tinggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, Allah ambil mereka dengan kesalahan-kesalahan mereka, dan mereka tidak ada sesiapa untuk pertahankan mereka daripada Allah.

40:22. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka tidak percaya, maka Allah ambil mereka. Sesungguhnya Dia Kuat, keras dalam balasan-Nya.

40:23. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,

40:24. Kepada Firaun, dan Haman, dan Karun; mereka berkata, “Seorang ahli sihir yang dusta!”

40:25. Dan apabila dia datangkan kepada mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, “Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka.” Tetapi muslihat orang-orang tidak percaya adalah dalam kesesatan.

40:26. Dan Firaun berkata, “Biarlah aku bunuh Musa, dan hendaklah dia menyeru Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan tukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi.”

40:27. Dan Musa berkata, “Aku berlindung pada Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu, daripada setiap orang yang menyombong, dan tidak percayai Hari Perhitungan.”

40:28. Kemudian berkata seorang lelaki mukmin daripada keluarga Firaun yang sembunyikan keimanannya, “Apa, adakah kamu akan bunuh seorang lelaki kerana dia berkata, ‘Pemeliharaku ialah Allah’ walaupun dia datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya, tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.

40:29. Wahai kaumku, hari ini kerajaan kepunyaan kamu, yang berkuasa di bumi. Tetapi siapakah yang menolong kita terhadap bencana Allah, jika ia datang kepada kita?” Firaun berkata, “Aku hanya lihatkan kepada kamu apa yang aku lihatkan; aku hanya beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus.”

40:30. Kemudian berkata orang yang percaya, “Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan yang serupa dengan hari golongan-golongan,

40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang sesudah mereka; dan Allah tidak hendak zalimkan hamba-hamba-Nya.

40:32. Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan Hari Panggil-Memanggil,

40:33. Pada hari kamu berpaling, berundur, dengan tanpa yang melindungi kamu daripada Allah; dan sesiapa Allah sesatkan, tidak ada baginya yang beri petunjuk.

40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, ‘Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas dia.’ Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu.”

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya; demikian Allah tutup setiap hati yang sombong, bongkak.

40:36. Firaun berkata, “Wahai Haman, binalah untukku sebuah menara yang tinggi supaya aku sampai di tali-tali,

40:37. Tali-tali langit, dan lihat Tuhan Musa; kerana aku sangka dia seorang pendusta.” Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalang daripada jalan, dan muslihat Firaun hanya dalam kebinasaan.

40:38. Kemudian berkata orang yang percaya, “Wahai kaumku, ikutlah aku, dan aku akan beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus.

40:39. Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang berlalu; sesungguhnya akhiratlah tempat kediaman yang stabil.

40:40. Sesiapa buat jahat, ia tidak dibalas melainkan dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa buat satu kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin – mereka itu akan masuk Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa hitungan.

40:41. Wahai kaumku, bagaimanakah dengan aku, bahawa aku seru kamu kepada keselamatan, dan kamu seru aku ke Api?

40:42. Kamu menyeru aku supaya aku tidak percaya kepada Allah, dan untuk sekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada pengetahuan, sedang aku menyeru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun.

40:43. Tidak syaklah bahawa kamu menyeru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah penghuni-penghuni Api.

40:44. Kamu akan ingat apa yang aku kata kepada kamu. Aku serahkan urusanku kepada Allah; sesungguhnya Allah lihat hamba-hamba-Nya.”

40:45. Maka Allah melindunginya daripada kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat,

40:46. Api, yang kepadanya mereka dikemukakan pagi dan petang; dan pada hari apabila Saat datang, “Masukkanlah keluarga Firaun ke dalam azab paling keras!”

40:47. Dan apabila mereka berdebat-debatan di dalam Api, dan orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang sombong, “Sesungguhnya kami pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna kepada kami terhadap mana-mana bahagian daripada Api?”

40:48. Orang-orang yang sombong berkata, “Kita semua di dalamnya; sesungguhnya Allah telah memutuskan antara hamba-hamba-Nya.”

40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, “Serulah kepada Pemelihara kamu untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!”

40:50. Mereka berkata, “Tidakkah Rasul-Rasul kamu datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas?” Mereka berkata, “Ia, benar.” Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi seruan orang-orang tidak percaya hanya dalam kesesatan.

40:51. Sesungguhnya Kami akan tolong Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya, di dalam kehidupan dunia, dan pada hari apabila saksi-saksi bangkit,

40:52. Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang jahat.

40:53. Dan Kami beri Musa petunjuk, dan Kami wariskan Bani Israil, Kitab,

40:54. Untuk satu petunjuk, dan satu peringatan, bagi orang-orang empunya minda.

40:55. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi.

40:56. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, di dalam dada mereka hanyalah kebanggaan yang mereka tidak akan capai. Maka kamu berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

40:57. Sungguh, ciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada ciptaan manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

40:58. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan orang yang buat jahat. Sedikit sekali kamu mengingati.

40:59. Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

40:60. Pemelihara kamu berkata, “Serulah kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina.”

40:61. Allah yang buatkan untuk kamu malam, untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (berterima kasih).

40:62. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, Pencipta segala sesuatu; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?

40:63. Begitulah dipalingkan orang-orang yang sangkal ayat-ayat Allah.

40:64. Allah yang buatkan untuk kamu, bumi, sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan baik, dan rezekikan kamu dengan benda-benda yang baik. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara semua alam.

40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.

40:66. Katakanlah, “Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam.”

40:67. Dia yang cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian Dia keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian supaya kamu sampai dewasa, supaya kemudian kamu jadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.

40:68. Dia yang menghidupkan dan mematikan; apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, “Jadilah”, dan jadilah ia.

40:69. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, bagaimana mereka dipalingkan?

40:70. Orang-orang yang dustakan Kitab, dan apa yang dengannya Kami utus Rasul-Rasul Kami – kelak mereka akan tahu!

40:71. Apabila belenggu dan rantai berada pada leher mereka, dan mereka diheret,

40:72. Ke dalam air yang mendidih, kemudian di dalam Api mereka dibakar,

40:73. Kemudian dikatakan kepada mereka, “Di manakah mereka yang kamu sekutukan,

40:74. Selain daripada Allah?” Mereka berkata, “Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi tiada sama sekali yang kami seru dahulu.” Begitulah Allah sesatkan orang-orang tidak percaya.

40:75. “Itu adalah kerana kamu gembira di bumi tanpa patut, dan kamu sangat girang.

40:76. Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya.” Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!

40:77. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka kepada Kami, mereka akan dikembalikan.

40:78. Kami telah utus Rasul-Rasul sebelum kamu; antara mereka, Kami ceritakan kepada kamu, dan antara mereka, Kami tidak ceritakan kepada kamu. Tiada bagi seseorang Rasul untuk datangkan satu ayat melainkan dengan izin Allah. Apabila perintah Allah datang, dengan adil perkara diputuskan, kemudian rugilah di sana orang-orang yang ikut yang palsu.

40:79. Allah yang buatkan untuk kamu binatang ternak, sebahagian mereka untuk ditunggangi, dan daripada sebahagiannya, kamu makan.

40:80. Manfaat lain juga kamu dapati pada mereka; dan supaya kamu mencapai satu hajat yang di dalam dada kamu, dan di atas mereka dan di atas kapal, kamu dibawa.

40:81. Dan Dia perlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; maka ayat-ayat Allah yang manakah kamu nafikan?

40:82. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka adalah lebih ramai daripada mereka sendiri, dan lebih dalam kekuatan, dan mereka tinggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, apa yang mereka usahakan tidak berguna bagi mereka.

40:83. Maka apabila Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka, dengan bukti-bukti yang jelas, mereka gembira dengan pengetahuan yang mereka ada, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

40:84. Kemudian, apabila mereka lihat bencana Kami, mereka berkata, “Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya.”

40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka – sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak percaya di sana.

Surah 41
YANG DIJELASKAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

41:1. Ha Mim.

41:2. Satu penurunan daripada Yang Pemurah, Yang Pengasih.

41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur’an bahasa Arab bagi kaum yang tahu,

41:4. Pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak dengar.

41:5. Mereka berkata, “Hati kami ditudung daripada apa kamu seru kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!”

41:6. Katakanlah, “Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang sekutukan,

41:7. Yang tidak beri zakat, dan tidak percaya kepada akhirat.

41:8. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dapat upah yang tidak putus-putus.”

41:9. Katakanlah, “Apa, adakah kamu tidak percaya kepada-Nya yang mencipta bumi dalam dua hari, dan adakah kamu adakan rakan-rakan bagi-Nya? Itu Pemelihara semua alam.

41:10. Dan Dia letak di dalamnya gunung-gunung di atasnya, dan Dia memberkatinya, dan Dia tentukan di dalamnya makanan dan minumannya dalam empat hari, sama bagi orang-orang yang bertanya.

41:11. Kemudian Dia beranjak ke langit sedang ia adalah asap, dan Dia berkata padanya dan kepada bumi, ‘Datanglah dengan rela, atau benci!’ Mereka berkata, ‘Kami datang dengan rela.’

41:12. Maka Dia tentukan mereka sebagai tujuh langit dalam dua hari, dan Dia wahyukan perintahnya di tiap-tiap langit.” Dan Kami hiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan untuk menjaganya; itulah ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui.

41:13. Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, “Aku beri amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud.”

41:14. Apabila Rasul-Rasul datang kepada mereka dari hadapan mereka dan dari belakang mereka, “Jangan sembah siapa pun melainkan Allah”, mereka berkata, “Sekiranya Pemelihara kami hendak, tentu Dia turunkan malaikat-malaikat; maka kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya.”

41:15. Bagi Ad, mereka menyombong di bumi tanpa patut, dan mereka berkata, “Siapakah lebih kuat daripada kami dalam kekuatan?” Apa, tidakkah mereka lihat bahawa Allah, yang mencipta mereka, Dia lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan? Dan mereka sangkal ayat-ayat Kami.

41:16. Kemudian Kami utus kepada mereka angin yang sangat bising pada hari-hari yang malang, supaya Kami merasakan kepada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih rendah lagi, dan mereka tidak ditolong.

41:17. Bagi Tsamud, Kami beri mereka petunjuk, tetapi mereka lebih suka kebutaan daripada petunjuk, maka halilintar daripada azab yang menghinakan ambil mereka kerana apa yang mereka usahakan.

41:18. Dan Kami selamatkan orang-orang yang percaya, dan bertakwa.

41:19. Pada hari apabila musuh-musuh Allah dikumpulkan ke Api, berbaris,

41:20. Sehingga apabila mereka datang kepadanya, pendengaran mereka, dan mata mereka, dan kulit-kulit mereka, menyaksikan terhadap mereka, mengenai apa mereka buat,

41:21. Dan mereka berkata kepada kulit-kulit mereka, “Mengapa kamu saksikan terhadap kami?” Berkata, “Allah beri kami percakapan sebagaimana Dia beri segala sesuatu percakapan. Dia cipta kamu pada kali pertama, dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”

41:22. Kamu tidak dapat tutup diri kamu, supaya pendengaran kamu, dan mata kamu, dan kulit kamu, tidak menyaksikan terhadap kamu; tetapi kamu sangka Allah tidak tahu kebanyakan daripada apa kamu buat.

41:23. Yang demikian itu adalah sangkaan yang kamu sangka terhadap Pemelihara kamu, yang membinasakan kamu, maka kamu dapati diri kamu jadi di kalangan orang-orang yang rugi.

41:24. Kemudian jika mereka sabar (berterusan), Apilah jadi tempat tinggal bagi mereka; dan jika mereka minta diredakan, mereka tidaklah termasuk orang-orang diredai.

41:25. Dan Kami tentukan bagi mereka teman-teman yang dipercayai, dan mereka nampakkan indah bagi mereka apa di hadapan mereka, dan di belakang mereka. Maka wajarlah ke atas mereka Ucapan mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; sesungguhnya merekalah orang-orang yang rugi.

41:26. Orang-orang tidak percaya berkata, “Jangan dengarkan al-Qur’an ini, dan cakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat kalahkan.”

41:27. Maka Kami akan rasakan kepada orang-orang tidak percaya azab yang keras, dan Kami akan balas mereka dengan yang paling buruk daripada apa mereka telah buat.

41:28. Itu balasan ke atas musuh-musuh Allah – Api, di dalamnya mereka dapati Tempat Tinggal Berkekalan sebagai balasan, kerana mereka sangkal ayat-ayat Kami.

41:29. Dan orang-orang tidak percaya berkata, “Wahai Pemelihara kami, perlihatkan kepada kami mereka yang sesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan letak mereka di bawah kaki kami supaya mereka jadi antara orang-orang yang lebih rendah.”

41:30. Orang-orang yang berkata, “Pemelihara kami Allah”, kemudian mereka meluruskan (teguhkan) pendirian, kepada mereka malaikat-malaikat turun, dengan berkata, “Jangan takut, dan jangan sedih; gembiralah dengan Taman yang kamu dijanjikan.

41:31. Kamilah wali-wali (sahabat-sahabat) kamu dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; di dalamnya kamu dapati semua yang jiwa kamu inginkan, dan apa yang kamu seru,

41:32. Sebagai sajian daripada yang Pengampun, Pengasih.”

41:33. Dan siapakah lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah, dan buat kerja-kerja baik, dan berkata, “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim”?

41:34. Tidak sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam permusuhan jadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat), sahabat yang setia.

41:35. Namun begitu, tiada yang terimanya kecuali orang yang sabar; tiada yang terimanya kecuali orang empunya peruntungan yang besar.

41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Jangan kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

41:38. Dan jika mereka menyombong, mereka yang di sisi Pemelihara kamu menyanjung-Nya malam dan siang, dan mereka tidak jadi letih.

41:39. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa kamu lihat bumi tunduk; kemudian, apabila Kami turunkan air kepadanya ia bergetar dan gelembung. Sesungguhnya yang menghidupkannya ialah Yang menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

41:40. Orang-orang yang mencercai ayat-ayat Kami tidak tersembunyi daripada Kami. Apa, adakah orang yang dilempar ke dalam Api lebih baik, atau orang yang datang pada Hari Kiamat dengan aman? Buatlah apa yang kamu hendaki; sesungguhnya Dia lihat apa kamu buat.

41:41. Orang-orang tidak percaya kepada Peringatan apabila ia datang kepada mereka – dan sesungguhnya ia adalah Kitab yang perkasa.

41:42. Kepalsuan tidak datang kepadanya dari hadapannya, dan tidak juga dari belakangnya; satu penurunan daripada yang Bijaksana, Terpuji.

41:43. Tiada dikatakan kepada kamu melainkan apa yang telah dikatakan kepada Rasul-Rasul sebelum kamu. Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai ampunan, dan mempunyai balasan yang pedih.

41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur’an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, “Mengapa ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?” Katakanlah, “Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang tidak percayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh.”

41:45. Dan Kami beri Musa Kitab, lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

41:46. Sesiapa buat kerja-kerja baik, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buat jahat, ia adalah terhadapnya sendiri. Pemelihara kamu tidak buat aniaya terhadap hamba-hamba-Nya.

41:47. Kepada-Nya dikembalikan pengetahuan mengenai Saat. Tiada satu buah-buahan keluar daripada kelopaknya, tiada perempuan yang mengandung dan tiada juga yang melahirkannya, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Pada hari Dia panggil mereka, “Di manakah sekutu-sekutu-Ku?” mereka berkata, “Kami nyatakan kepada Engkau bahawa tidak ada seorang saksi di kalangan kami.”

41:48. Kemudian apa yang mereka seru sebelumnya sesat (hilang) daripada mereka, dan mereka sangka mereka tidak ada tempat lari.

41:49. Manusia tidak jadi letih menyeru (doa) untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan sentuh dia, maka jemulah dia, berputus asa.

41:50. Dan jika Kami merasakan kepada dia pengasihan daripada Kami, sesudah kesusahan sentuh ia, tentu dia berkata, “Ini kepunyaanku; aku tidak sangka Saat akan datang. Jika aku dikembalikan kepada Pemeliharaku, sesungguhnya yang paling baik di sisi-Nya adalah bagiku.” Kemudian Kami akan beritahu orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah buat, dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang keras.

41:51. Dan apabila Kami rahmati manusia, dia berpaling, dan jauhkan diri ke tepi; tetapi apabila kejahatan sentuh dia, dia mempunyai seruan (doa) yang tidak putus-putus.

41:52. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, kemudian kamu tidak percaya kepadanya? Siapakah lebih sesat daripada orang yang dalam perpecahan yang jauh?”

41:53. Kami akan lihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di horizon, dan di dalam diri-diri mereka, sehingga jelas bagi mereka bahawa ia adalah yang benar. Tidakkah cukup dengan Pemelihara kamu bahawa Dia saksi atas segala sesuatu?

41:54. Tidakkah mereka dalam keraguan mengenai pertemuan dengan Pemelihara mereka? Tidakkah Dia meliputi segala sesuatu?

Surah 42
PERUNDINGAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

42:1. Ha Mim.

42:2. Ain Sin Qaf.

42:3. Demikian diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum kamu; Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

42:4. Kepunyaan-Nya apa yang di langit, dan apa yang di bumi; dan Dia Yang Tinggi, Yang Agung.

42:5. Langit hampir pecah di atas mereka, apabila malaikat-malaikat menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan minta ampun untuk orang-orang di bumi. Ingatlah, sesungguhnya Allah, Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih.

42:6. Dan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia – Allah Pengawas mereka; kamu bukan seorang wakil kepada mereka.

42:7. Dan demikian Kami wahyukan kamu sebuah Qur’an bahasa Arab, supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya, dan supaya kamu beri amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya – segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

42:8. Jika Allah hendak, tentu Dia buatkan mereka satu umat, tetapi Dia masukkan sesiapa Dia hendaki ke dalam pengasihan-Nya, dan orang-orang zalim dapati tiada wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

42:9. Atau, adakah mereka ambil untuk mereka wali-wali selain daripada Dia? Tetapi Allah – Dia Wali, dan Dia hidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

42:10. Dan dalam apa sahaja kamu selisihkan, putusannya kepada Allah. Demikian itulah Allah, Pemeliharaku; kepada-Nya aku tawakal (mempercayakan), dan kepada-Nya aku berkesesalan.

42:11. Pemula langit dan bumi; Dia buatkan untuk kamu, daripada diri-diri kamu, pasangan-pasangan, dan pasangan-pasangan daripada binatang ternak, di dalamnya jadikan kamu berkembang. Tidak ada yang serupa dengan-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.

42:12. Bagi-Nya kepunyaan kunci-kunci langit dan bumi. Dia menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki; sesungguhnya Dia tahu segala sesuatu.

42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: “Lakukanlah agama, dan jangan berpecah belah di dalamnya.” Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana angkuh antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

42:15. Oleh kerana itu, kamu serulah, dan berlakuluruslah sebagaimana kamu diperintah; jangan ikut keinginan mereka, dan katakan, “Aku percaya kepada mana-mana Kitab yang Allah turunkan; aku diperintah supaya berlaku adil antara kamu. Allah Pemelihara kami, dan Pemelihara kamu. Bagi kami amalan-amalan kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu; Allah akan kumpul kita bersama, dan kepada-Nya kepulangan.”

42:16. Dan orang-orang yang berdebat mengenai Allah setelah sahutan dibuat kepada-Nya, perdebatan mereka tidak sah di sisi Pemelihara mereka; kepada mereka kemurkaan, dan bagi mereka, azab yang keras.

42:17. Allah yang turunkan Kitab dengan yang benar, dan Timbangan. Dan apakah yang buat kamu tahu, mungkin Saat sudah dekat?

42:18. Orang-orang tidak percayainya minta disegerakan; tetapi orang-orang yang percaya adalah dalam ketakutan padanya, dengan mengetahui bahawa ia adalah yang benar. Sesungguhnya orang-orang yang ragu-ragu mengenai Saat, benar-benar dalam kesesatan yang jauh.

42:19. Allah Halus kepada hamba-hamba-Nya, dengan beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki. Dia Yang Kuat, Yang Perkasa.

42:20. Sesiapa hendak tanaman akhirat, Kami akan tambahkan tanamannya; dan sesiapa hendak tanaman dunia, Kami akan berikannya daripadanya, tetapi di akhirat, baginya tidak ada bahagian.

42:21. Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang zalim, azab yang pedih.

42:22. Kamu lihat orang-orang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah usahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja mereka hendaki, mereka dapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.

42:23. Itu berita gembira yang Allah beri hamba-hamba-Nya yang percaya, dan buat kerja-kerja baik. Katakanlah, “Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini, melainkan kasih sayang untuk sanak saudara”; dan sesiapa perolehkan yang baik, Kami tambahkan dengan kebaikan padanya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Berterima Kasih.

42:24. Atau mereka berkata, “Dia ada-adakan dusta terhadap Allah”? Tetapi jika Allah hendak, Dia letak satu penutup pada hati kamu; dan Allah hapuskan yang palsu, dan benarkan yang benar dengan kata-kata-Nya; Dia tahu apa yang di dalam dada.

42:25. Dia yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan maafkan kejahatan-kejahatan; Dia tahu apa kamu buat.

42:26. Dan Dia sahut orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, dan Dia tambahkan kepada mereka pemberian-Nya. Dan orang-orang tidak percaya – bagi mereka, azab yang keras.

42:27. Sekiranya Allah menjulurkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentu mereka angkuh di bumi; tetapi Dia turunkan menurut ukuran apa sahaja Dia hendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.

42:28. Dan Dia yang turunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Dia bukakan pengasihan-Nya; Dia Yang Wali (Pelindung), Yang Terpuji.

42:29. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan apa yang merayap, Dia taburkan di merata-rata pada keduanya; dan Dia berkuasa untuk kumpulkan mereka bila sahaja Dia hendaki.

42:30. Apa sahaja penderitaan yang menimpa kamu adalah kerana apa yang tangan-tangan kamu usahakan; dan Dia maafkan banyak.

42.31. Kamu tidak dapat mengandaskan-Nya di bumi; dan, selain daripada Allah, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

42:32. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah kapal-kapal yang berlayar di laut, yang seperti tanda-tanda perjalanan,

42:33. Dan jika Dia hendaki, Dia tenangkan angin, dan mereka tetap tidak bergerak di atas punggungnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, berterima kasih.

42:34. Atau Dia binasakan mereka kerana apa yang mereka usahakan; dan Dia maafkan banyak.

42:35. Dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat Kami tahu bahawa tidak ada bagi mereka tempat lari.

42:36. Apa sahaja benda kamu diberi ialah kesenangan kehidupan dunia; tetapi apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal bagi orang-orang yang percaya, dan tawakal kepada Pemelihara mereka.

42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka ampunkan,

42:38. Dan orang-orang yang sahut Pemelihara mereka, dan lakukan solat, dan urusan mereka adalah dengan rundingan antara mereka, dan mereka nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka,

42:39. Dan yang, apabila keangkuhan menimpa mereka, menolong (membela) diri mereka sendiri.

42:40. Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa dengannya; tetapi sesiapa maafkan, dan betulkan, maka upahnya adalah atas Allah; sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang zalim.

42:41. Dan sesiapa yang menolong dirinya sendiri setelah dia dizalimi – terhadap mereka tidak ada jalan.

42:42. Jalan hanya terhadap orang-orang yang menzalimkan manusia, dan mereka angkuh di bumi dengan cara yang salah; bagi mereka, azab yang pedih.

42:43. Tetapi sesungguhnya orang yang sabar, dan mengampunkan – sesungguhnya itu urusan yang patut ditekadkan.

42:44. Sesiapa Allah sesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah itu; dan kamu akan lihat orang-orang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka akan berkata, “Adakah sebarang jalan untuk kembali?”

42:45. Dan kamu akan lihat mereka, ketika mereka dikemukakan kepadanya, hina dalam kerendahan hati, melihat dengan gerlingan yang tersembunyi; dan orang-orang yang percaya berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka sendiri, dan keluarga-keluarga mereka, pada Hari Kiamat; sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam azab yang kekal.

42:46. Mereka tidak ada wali (pelindung) untuk menolong mereka selain daripada Allah, dan sesiapa Allah sesatkan, maka tiada jalan baginya.”

42:47. Sahutlah Pemelihara kamu, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari kamu tidak ada tempat perlindungan, tiada penafian.

42:48. Tetapi jika mereka berpaling, Kami tidak utus kamu jadi penjaga kepada mereka. Atas kamu hanya untuk menyampaikan. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan daripada Kami, dia gembira dengannya; tetapi, jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, maka sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir).

42:49. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia cipta apa yang Dia hendaki; Dia beri siapa Dia hendaki perempuan, dan Dia beri siapa Dia hendaki anak-anak lelaki,

42:50. Atau Dia jodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia buat siapa Dia hendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa.

42:51. Tiada bagi seseorang manusia, bahawa Allah berkata-kata kepadanya, melainkan dengan wahyu, atau dari belakang tabir, atau Dia utus seorang Rasul, dan dia wahyukan apa sahaja Dia hendaki dengan izin-Nya; sesungguhnya Dia Tinggi, Bijaksana.

42:52. Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus,

42:53. Jalan Allah, yang kepunyaan-Nya segala di langit, dan segala di bumi. Ingatlah, kepada Allah semua perkara pulang.

Surah 43
PERHIASAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

43:1. Ha Mim.

43:2. Demi Kitab yang jelas,

43:3. Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur’an bahasa Arab supaya kamu faham.

43:4. Dan sesungguhnya ia adalah di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana.

43:5. Adakah Kami akan ketepikan Peringatan daripada kamu, kerana kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)?

43:6. Berapa banyaknya Nabi yang Kami telah utus di kalangan orang-orang dahulu kala?

43:7. Tetapi tiada seorang Nabi datang kepada mereka, tanpa mereka memperolok-olokkannya.

43:8. Maka Kami musnahkan orang yang lebih kuat daripada mereka dan contoh orang-orang dahulu kala berlalulah.

43:9. Jika kamu tanya mereka, “Siapakah yang cipta langit dan bumi?” mereka akan berkata, “Yang Perkasa, Yang Mengetahui, cipta mereka.”

43:10. Dia yang buatkan bumi untuk menjadi sebuah buaian untuk kamu, dan Dia buatkan jalan-jalan untuk kamu di dalamnya, supaya kamu dapat petunjuk,

43:11. Dan yang turunkan dari langit air menurut ukuran; dan Kami hidupkan dengannya tanah (negeri) yang sudah mati; begitulah kamu akan dikeluarkan,

43:12. Dan yang mencipta pasangan-pasangan, kesemuanya, dan buatkan untuk kamu, kapal dan binatang ternak, seperti yang kamu tunggang,

43:13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya, dan kemudian mengingatkan rahmat Pemelihara kamu apabila kamu duduk di atasnya, dan berkata, “Dia disanjung, yang tundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya,

43:14. Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik.”

43:15. Namun begitu, mereka adakan bagi-Nya sebahagian daripada hamba-hamba-Nya sendiri! Manusia nyatalah tidak berterima kasih (kafir).

43:16. Atau, adakah Dia pilih untuk-Nya, daripada apa dia cipta, anak-anak perempuan, dan Dia memilihkan untuk kamu, anak lelaki?

43:17. Dan apabila salah seorang antara mereka diberi berita gembira dengan apa yang dia samakan dengan Yang Pemurah, mukanya (wajahnya) jadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya.

43:18. Apa, orang yang dibesarkan di tengah-tengah perhiasan, dan bila tiba pertengkaran, tidak kelihatan?

43:19. Dan mereka buatkan malaikat-malaikat, mereka itu sendiri hamba-hamba Yang Pemurah, perempuan. Apa, adakah mereka saksikan ciptaan mereka? Kesaksian mereka akan ditulis, dan mereka akan ditanya.

43:20. Mereka berkata, “Sekiranya Yang Pemurah hendak, tentu kami tidak sembah mereka.” Mereka tidak ada pengetahuan mengenai itu; mereka hanya menduga.

43:21. Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab sebelumnya yang padanya mereka berpegang?

43:22. Tidak, tetapi mereka berkata, “Kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami dapat petunjuk atas bekas-bekas mereka.”

43:23. Begitulah, Kami tidak utus sebelum kamu seseorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya, melainkan bahawa orang-orangnya yang hidup mewah berkata, “Sesungguhnya kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami atas bekas-bekas mereka.”

43:24. Katakanlah, “Apa, walaupun aku datang dengan petunjuk yang lebih baik daripada yang kamu dapati pada bapa-bapa kamu?” Mereka berkata, “Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya.”

43:25. Maka Kami lepaskan dendam kepada mereka; dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.

43:26. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, dan kaumnya, “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sembah,

43:27. Kecuali Yang memulakan aku; dan Dia akan beri petunjuk kepadaku.”

43:28. Dan dia membuatnya satu kata yang kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali.

43:29. Tidak, tetapi Aku beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga yang benar datang kepada mereka, dan Rasul yang jelas.

43:30. Dan apabila yang benar datang kepada mereka, mereka berkata, “Ini sihir, dan kepadanya kami adalah orang-orang tidak percaya.”

43:31. Mereka berkata, “Mengapa al-Qur’an ini tidak diturunkan kepada sesetengah lelaki yang terkemuka di dua bandaraya?”

43:32. Apa, adakah mereka yang membahagikan pengasihan Pemelihara kamu? Kami membahagikan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan naikkan sebahagian mereka di atas sebahagian lain dalam darjat, supaya sebahagian mereka ambil yang lain dalam perhambaan; dan pengasihan Pemelihara kamu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.

43:33. Dan sekiranya manusia bukan umat yang satu, tentu Kami buatkan untuk orang-orang tidak percaya kepada Yang Pemurah, bumbung-bumbung rumah mereka daripada perak, dan tangga-tangga, di atasnya mereka menaiki,

43:34. Dan pintu-pintu rumah mereka, dan sofa-sofa yang di atasnya untuk bersandar,

43:35. Dan perhiasan-perhiasan; sesungguhnya semua ini tiadalah melainkan kesenangan kehidupan dunia, dan akhirat di sisi Pemelihara kamu adalah bagi orang-orang bertakwa.

43:36. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai,

43:37. Dan mereka halangi mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk,

43:38. Sehingga, apabila dia datang kepada Kami, dia berkata, “Aduhai, sekiranya antara aku dan kamu sejauh dua Timur!” Buruknya teman yang dipercayai!

43:39. Ia tidak bermanfaat kepada kamu pada hari ini kerana kamu buat zalim ; kamu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.

43:40. Apa, adakah kamu akan jadikan orang yang pekak mendengar, atau adakah kamu akan beri petunjuk kepada orang yang buta, dan orang yang dalam kesesatan yang nyata?

43:41. Sama ada Kami hilangkan kamu, Kami akan lepaskan dendam kepada mereka,

43:42. Atau, Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, sesungguhnya Kami mempunyai kuasa terhadap mereka.

43:43. Maka berpegangteguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus.

43:44. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya.

43:45. Tanyalah orang-orang daripada Rasul-Rasul Kami yang Kami utus sebelum kamu: adakah Kami buatkan, selain daripada Yang Pemurah, tuhan-tuhan untuk disembah?

43:46. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, dan dia berkata, “Sesungguhnya aku adalah Rasul Pemelihara semua alam.”

43:47. Tetapi apabila dia datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, tiba-tiba mereka ketawakannya.

43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami lihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami ambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.

43:49. Dan mereka berkata, “Wahai ahli sihir, serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami dengan perjanjian yang Dia buat dengan kamu supaya kami benar-benar dapat petunjuk.”

43:50. Tetapi apabila Kami hilangkan daripada mereka azab, tiba-tiba mereka mungkiri ketaatan mereka.

43:51. Dan Firaun umumkan kepada kaumnya, dia berkata, “Wahai kaumku, bukankah kepunyaanku kerajaan Mesir, dan sungai-sungai ini yang mengalir di bawahku? Apa, tidakkah kamu lihat?

43:52. Atau, tidakkah aku lebih baik daripada lelaki ini, yang keji, dan hampir tidak dapat menjelaskan?

43:53. Mengapa pula gelang-gelang emas tidak dilemparkan kepadanya, atau malaikat-malaikat tidak datang bersama dia untuk bergabung?”

43:54. Maka dia menggelisahkan kaumnya, dan mereka mentaatinya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.

43:55. Maka, apabila mereka telah buat Kami murka, Kami lepaskan dendam kepada mereka, dan Kami tenggelamkan mereka kesemuanya,

43:56. Dan buat mereka sesuatu yang telah lalu, dan Kami jadikan mereka satu contoh bagi orang kemudian.

43:57. Dan apabila putera Mariam dijadikan satu contoh, tiba-tiba kaum kamu menghalanginya,

43:58. Dan berkata, “Apa, adakah tuhan-tuhan kami yang lebih baik, atau dia?” Mereka tidak menyebutnya kepada kamu, kecuali untuk membantah; tidak, tetapi mereka adalah kaum yang suka bertengkar.

43:59. Dia hanya seorang hamba yang Kami rahmati, dan Kami buat dia jadi satu contoh bagi Bani Israil.

43:60. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami lantik malaikat-malaikat di kalangan kamu untuk menjadi pengganti-pengganti di bumi.

43:61. Ia adalah pengetahuan mengenai Saat; jangan ragu-ragu mengenainya, dan ikutlah aku. Inilah jalan lurus.

43:62. Jangan syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.

43:63. Dan apabila Isa datang dengan bukti-bukti yang jelas, dia berkata, “Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku menjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu selisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

43:64. Sesungguhnya Allah, Dia Pemeliharaku dan Pemelihara kamu; maka sembahlah Dia; inilah jalan lurus.”

43:65. Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang buat kezaliman kerana azab hari yang pedih.

43:66. Tidaklah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar?

43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu jadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang bertakwa,

43:68. “Wahai hamba-hamba-Ku, pada hari ini tidak ada ketakutan pada kamu, dan tidaklah kamu bersedih.”

43:69. Orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Kami, dan memuslimkan diri-diri mereka,

43:70. “Masuklah ke Taman (Jannah), kamu dan isteri-isteri kamu, berjalan dengan gembira!”

43:71. Dikelilingkan kepada mereka, pinggan-pinggan leper daripada emas, dan piala-piala, dan di dalamnya apa yang jiwa inginkan, dan yang menyeronokkan mata. “Dan di dalamnya kamu tinggal selama-lamanya.

43:72. Inilah Taman yang kamu diwariskan kerana apa kamu buat.

43:73. Di dalamnya kamu dapati buah-buahan yang banyak, dan daripadanya kamu makan.”

43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal selama-lamanya di dalam azab Jahanam,

43:75. Itu tidak diringankan daripada mereka, dan di dalamnya mereka berputus asa.

43:76. Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka sendiri adalah orang-orang zalim.

43:77. Dan mereka memanggil, “Wahai Malik, hendaklah Pemelihara kamu mengakhirkan kepada kami!” Dia berkata, “Sesungguhnya kamu akan menetap.”

43:78. “Kami telah datangkan kepada kamu yang benar, tetapi kebanyakan kamu benci pada yang benar.”

43:79. Atau, adakah mereka fikirkan sesuatu perkara? Kami juga fikirkan.

43:80. Atau, adakah mereka sangka Kami tidak dengar rahsia mereka, dan bicara rahsia mereka? Ia, Rasul-Rasul Kami ada di sisi mereka untuk menuliskannya.

43:81. Katakanlah, “Jika Yang Pemurah mempunyai seorang anak, maka aku yang pertama menyembahnya.

43:82. Pemelihara langit dan bumi disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!”

43:83. Kemudian tinggalkan mereka bersendiri untuk terjun dan bermain-main sehingga mereka menemui hari mereka, yang mereka dijanjikan.

43:84. Dan Dia, di langit Tuhan, dan di bumi Tuhan; Dia Yang Bijaksana, Yang Mengetahui.

43:85. Berkatnya Dia, yang bagi-Nya kepunyaan kerajaan langit dan bumi, dan apa di antara keduanya; di sisi-Nya pengetahuan mengenai Saat, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

43:86. Orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak ada kuasa pengantaraan, kecuali orang yang saksikan pada yang benar, dan mereka tahu.

43:87. Jika kamu tanya mereka, “Siapakah yang cipta kamu?” mereka akan berkata, “Allah.” Bagaimanakah pula mereka dipalingkan?

43:88. Dan ucapannya, “Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya mereka ini adalah kaum yang tidak percayai.”

43:89. Namun begitu, maafkan mereka, dan katakan, “Salam!” Kelak mereka akan tahu.

Surah 44
ASAP

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

44:1. Ha Mim.

44:2. Demi Kitab yang jelas.

44:3. Kami turunkannya pada satu malam yang diberkati; Kami selamanya memberi amaran,

44:4. Di dalamnya segala urusan yang bijaksana ditentukan,

44:5. Sebagai satu urusan daripada Kami; Kami selamanya utus,

44:6. Sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,

44:7. Pemelihara langit dan bumi, dan apa di antara keduanya, jika kamu yakin.

44:8. Tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia menghidupkan dan mematikan; Pemelihara kamu dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu.

44:9. Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan, bermain-main.

44:10. Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit datangkan asap yang jelas,

44:11. Menutupi manusia; ini adalah azab yang pedih.

44:12. “Wahai Pemelihara kami, hilangkanlah azab daripada kami; kami adalah orang-orang mukmin.”

44:13. Bagaimanakah peringatan bagi mereka, sesungguhnya Rasul yang jelas telah datang kepada mereka,

44:14. Kemudian mereka berpaling daripadanya, dan mereka berkata, “Seorang yang diajar, dirasuk!”

44:15. “Sungguh, Kami hilangkan sedikit azab itu; sungguh, kamu mengulangi!”

44:16. Pada hari apabila Kami serang dengan serangan yang besar, kemudian Kami lepaskan dendam Kami.

44:17. Kami telah pun sebelum mereka uji kaum Firaun, dan seorang Rasul yang mulia telah datang kepada mereka,

44:18. “Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah; aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai,”

44:19. Dan, “Jangan kamu meninggi terhadap Allah; sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan satu kuasa yang nyata,

44:20. Dan aku berlindung pada Pemeliharaku dan Pemelihara kamu, khuatir kalau-kalau kamu merejam aku.

44:21. Tetapi jika kamu tidak percayai aku, maka jauhilah aku!”

44:22. Dan dia menyeru Pemeliharanya, “Mereka ini kaum yang berdosa.”

44:23. “Maka berjalanlah kamu dengan hamba-hamba-Ku pada sebahagian malam; sesungguhnya kamu akan diikuti.

44:24. Dan tinggalkan laut itu tenang; merekalah tentera yang ditenggelamkan.”

44:25. Mereka tinggalkan berapa banyaknya taman (jannah), dan mata air,

44:26. Dan ladang-ladang yang telah disemai, dan betapa mulianya medan,

44:27. Dan kemewahan, di dalamnya mereka gembira,

44:28. Begitulah; dan Kami wariskannya kepada kaum lain.

44:29. Langit tidak, dan tidak juga bumi menangis untuk mereka, dan tidak juga mereka ditangguhkan.

44:30. Dan Kami selamatkan Bani Israil daripada azab yang hina,

44:31. Daripada Firaun; sesungguhnya dia tinggi, termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).

44:32. Dan Kami pilih mereka daripada satu pengetahuan di atas semua alam,

44:33. Dan beri mereka ayat-ayat yang di dalamnya ujian yang nyata.

44:34. Mereka ini, benar-benar mereka berkata,

44:35. “Tiadalah ia, melainkan kematian kami yang pertama, dan kami tidak akan dihidupkan.

44:36. Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar!”

44:37. Adakah mereka lebih baik, atau kaum Tubba, dan orang-orang sebelum mereka yang Kami telah musnahkan? Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.

44:38. Kami tidak cipta langit dan bumi dan semua di antara keduanya dengan bermain-main,

44:39. Kami tidak cipta keduanya melainkan dengan benar; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

44:40. Sesungguhnya Hari Ketetapan jadi waktu mereka yang ditetapkan, kesemuanya,

44:41. Hari di mana seorang tuan tidak berguna sedikit pun kepada peliharaannya, dan mereka tidak akan ditolong,

44:42. Kecuali orang yang Allah mengasihani; sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Pengasih.

44:43. Sesungguhnya pokok zaqum,

44:44. Makanan orang yang berdosa,

44:45. Seperti leburan tembaga merah yang menggelegak di dalam perut,

44:46. Seperti air yang mendidih menggelegak.

44:47. “Ambillah dia, dan tolaklah dia sampai di tengah-tengah Jahim,

44:48. Kemudian curah di atas kepalanya azab air yang mendidih!”

44:49. “Rasalah! Sesungguhnya kamu seorang yang perkasa, yang mulia.

44:50. Inilah apa yang mengenainya kamu meragui.”

44:51. Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di sebuah medan yang aman,

44:52. Di dalam taman-taman dan mata-mata air,

44:53. Memakai pakaian sutera dan broked, berada berhadapan muka.

44:54. Begitulah; dan Kami jodohkan mereka dengan pengiring-pengiring yang bermata lebar,

44:55. Di dalamnya mereka seru segala buah-buahan, dengan aman.

44:56. Mereka tidak akan merasakan di dalamnya kematian, kecuali kematian yang pertama. Dan Dia lindung mereka daripada azab Jahim,

44:57. Pemberian daripada Pemelihara kamu; itulah kemenangan yang besar.

44:58. Sesungguhnya Kami memudahkan ia dengan lidah (bahasa) kamu, supaya mereka mengingati.

44:59. Maka berjaga-jagalah; mereka juga berjaga-jaga.

Surah 45
YANG BERLUTUT

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

45:1. Ha Mim.

45:2. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

45:3. Sesungguhnya pada langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin,

45:4. Dan dalam ciptaan kamu dan apa-apa yang merayap yang Dia taburkan di merata-rata adalah ayat-ayat bagi kaum yang yakin,

45:5. Dan pada pergantian malam dan siang, dan rezeki yang Allah turunkan dari langit, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan perkisaran angin, adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, mereka akan percayai?

45:7. Kecelakaanlah bagi tiap-tiap penyamar yang berdosa,

45:8. Yang mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya, kemudian berterusan dalam kesombongan, seakan-akan dia tidak mendengarnya; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

45:9. Dan apabila dia tahu sesuatu daripada ayat-ayat Kami, dia ambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.

45:10. Di belakang mereka Jahanam; dan apa yang mereka telah usahakan tidak akan berguna bagi mereka sedikit pun, dan tidak juga mereka ambil sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah; bagi mereka, azab yang besar.

45:11. Inilah petunjuk; dan orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, bagi mereka, azab kemurkaan yang pedih.

45:12. Allah, Dia yang tundukkan laut untuk kamu supaya kapal-kapal berlayar di atasnya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu cari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

45:13. Dan Dia tundukkan untuk kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi, kesemuanya daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

45:14. Katakanlah kepada orang-orang yang percaya, bahawa mereka ampunkan orang-orang yang tidak mengharapkan hari-hari Allah, supaya Dia balas kaum atas apa yang mereka usahakan.

45:15. Sesiapa buat kerja-kerja baik, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buat jahat, ia adalah terhadapnya sendiri; kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu akan dikembalikan.

45:16. Sesungguhnya Kami beri Bani Israil al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, dan Kami rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan Kami lebihkan mereka di atas semua alam.

45:17. Kami beri mereka bukti-bukti yang nyata daripada Perintah; maka mereka tidak selisihkan, kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

45:18. Kemudian Kami buat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia, dan jangan ikut keinginan orang-orang yang tidak tahu.

45:19. Sesungguhnya mereka tidak berguna bagi kamu sedikit pun terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang zalim adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; Allah adalah wali orang-orang bertakwa.

45:20. Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang yakin.

45:21. Atau, adakah orang-orang yang buat jahat sangka Kami akan buat mereka seperti orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, samakah kehidupan mereka dan kematian mereka? Betapa jahatnya apa yang mereka putuskan!

45:22. Allah cipta langit dan bumi dengan benar, dan supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa ia usahakan, dan mereka tidak akan dizalimi.

45:23. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah sesatkan dia atas satu pengetahuan, dan letak satu penutup pada pendengarannya, dan hatinya, dan letak satu penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan beri petunjuk kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?

45:24. Mereka berkata, “Tiadalah ia, melainkan kehidupan dunia kita; kita mati, dan kita hidup, dan tiada yang musnahkan kita melainkan masa.” Mengenai itu mereka tidak mempunyai pengetahuan; mereka hanya menyangka.

45:25. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, tiada alasan mereka melainkan mereka berkata, “Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar.”

45:26. Katakanlah, “Allah hidupkan kamu, kemudian matikan kamu, kemudian Dia kumpul kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.”

45:27. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. Dan pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, orang-orang yang ikut yang palsu akan rugi.

45:28. Dan kamu akan lihat tiap-tiap umat melutut; tiap-tiap umat diseru (dipanggil) kepada Kitabnya, “Pada hari ini, kamu dibalas dengan apa kamu buat.

45:29. Inilah Kitab Kami, yang berkata-kata terhadap kamu yang benar; Kami catat segala apa kamu buat.”

45:30. Dan bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, Pemelihara masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; itulah kemenangan yang nyata.

45:31. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, “Tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu menyombong, dan kamulah kaum yang berdosa?

45:32. Dan apabila dikatakan, ‘Janji Allah benar, dan Saat, tidak ada keraguan padanya’, kamu berkata, ‘Kami tidak tahu apakah Saat itu; kami menyangkanya hanya satu sangkaan, dan ia bukan yang menyakini.'”

45:33. Dan kejahatan-kejahatan yang mereka buat jadi nyata kepada mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

45:34. Dan dikatakan, “Pada hari ini, Kami melupakan kamu, sebagaimana kamu melupakan pertemuan hari kamu ini; dan tempat menginap kamu ialah Api, dan kamu tidak ada penolong-penolong.

45:35. Itu adalah kerana kamu ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan kehidupan dunia menipu kamu.” Maka pada hari ini, mereka tidak akan dikeluarkan darinya, dan tidak juga mereka diberi keredaan.

45:36. Maka bagi Allah segala puji, Pemelihara langit dan Pemelihara bumi, Pemelihara semua alam.

45:37. Bagi-Nya penguasaan di langit dan bumi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

Surah 46
BUKIT PASIR

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

46:1. Ha Mim.

46:2. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

46:3. Kami tidak cipta langit dan bumi, dan apa di antara keduanya melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang dinyatakan; tetapi orang-orang tidak percaya berpaling daripada amaran yang mereka diberi.

46:4. Katakanlah, “Adakah kamu fikirkan apa yang kamu seru selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta daripada bumi; atau adakah mereka satu sekutu di langit? Datangkanlah kepadaku sebuah Kitab sebelum ini, atau bekas-bekas suatu pengetahuan, jika kamu berkata benar.”

46:5. Dan siapakah lebih sesat daripada orang yang seru selain daripada Allah, yang tidak akan sahut dia hingga Hari Kiamat, dan mereka, pada seruan mereka lalai?

46:6. Dan apabila manusia dikumpulkan, mereka adalah musuh-musuh bagi mereka, dan tidak percaya kepada penyembahan mereka.

46:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar ketika ia datang kepada mereka, “Ini adalah sihir yang nyata.”

46:8. Atau mereka berkata, “Dia mengada-adakannya”? Katakanlah, “Jika aku mengada-adakannya, kamu tidak ada kuasa untuk menolong aku terhadap Allah sedikit pun. Dia sangat-sangat tahu apa yang kamu lakukan padanya; cukuplah Dia sebagai saksi antara aku dan kamu; Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih.”

46:9. Katakanlah, “Aku bukan yang baru antara Rasul-Rasul, dan aku tidak tahu apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.”

46:10. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, dan kamu tidak percaya kepadanya, dan seorang saksi daripada Bani Israil saksikan atas yang serupa dengannya, dan dia percaya, dan kamu menyombong? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.”

46:11. Orang-orang tidak percaya berkata mengenai orang-orang yang percaya, “Jika ia baik, mereka tidak mendahului kami kepadanya.” Dan kerana mereka tidak dapat petunjuk dengannya, tentu mereka berkata, “Ini adalah satu fitnah lama!”

46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk beri amaran kepada orang-orang buat kezaliman, dan berita gembira kepada orang-orang buat baik.

46:13. Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Pemelihara kami Allah” dan kemudian meluruskan (teguhkan), maka tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

46:14. Mereka itu penghuni-penghuni Taman (Jannah), di dalamnya tinggal selama-lamanya, sebagai balasan ke atas apa yang mereka telah buat.

46:15. Kami wasiatkan manusia, bahawa dia buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh).”

46:16. Mereka itu orang-orang yang Kami menerima daripada mereka yang paling baik daripada apa mereka buat, dan Kami maafkan kejahatan mereka. Mereka adalah di kalangan penghuni-penghuni Taman – janji yang benar yang mereka telah dijanjikan.

46:17. Tetapi orang yang berkata kepada bapanya dan ibunya, “Cis, kepada kamu! Adakah kamu janjikan aku bahawa aku akan dikeluarkan (dibangkitkan), padahal generasi-generasi telah pun berlalu sebelum aku?” sedang keduanya mohon pertolongan Allah – “Celakalah kamu! Percayalah, sesungguhnya janji Allah benar”; kemudian dia berkata, “Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala.”

46:18. Mereka itu adalah orang-orang yang wajar ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; merekalah orang-orang yang rugi.

46:19. Dan semua ada darjat mengikut apa mereka buat, dan supaya Dia bayar mereka sepenuhnya kerana amalan-amalan mereka, dan mereka tidak dizalimi.

46:20. Pada hari apabila orang-orang tidak percaya dikemukakan ke Api: “Kamu telah hilangkan benda-benda kamu yang baik dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini, kamu dibalas dengan azab yang hina kerana kamu sombong di bumi tanpa patut, dan kerana kamu buat fasiq.

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia beri amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir – dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -“Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.”

46:22. Mereka berkata, “Adakah kamu datang untuk palingkan kami daripada tuhan-tuhan kami? Maka datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika sungguh kamu berkata benar.”

46:23. Dia berkata, “Pengetahuan hanya di sisi Allah, dan aku sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya; tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh.”

46:24. Kemudian, apabila mereka melihatnya seperti awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, “Inilah awan yang akan beri kami hujan!” “Tidak begitu; bahkan ia apa yang kamu minta disegerakan – angin yang di dalamnya azab yang pedih,

46:25. Membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya.” Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami balas kaum yang berdosa.

46:26. Dan Kami teguhkan mereka apa yang Kami tidak teguhkan pada kamu, dan Kami buatkan untuk mereka pendengaran, dan penglihatan, dan hati; namun begitu, pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan hati mereka, tidak berguna bagi mereka sedikit pun kerana mereka sangkal ayat-ayat Allah, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

46:27. Dan Kami telah musnahkan bandaraya-bandaraya di sekitar kamu, dan Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka kembali.

46:28. Maka mengapa mereka tidak tolong mereka, yang mereka ambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka sudah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah fitnah mereka, dan apa yang mereka ada-adakan.

46:29. Dan apabila Kami palingkan kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur’an; dan apabila mereka menghadirinya, mereka berkata, “Diamlah!” Kemudian, apabila ia telah selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.

46:30. Mereka berkata, “Wahai kaum kami, kami telah dengar sebuah Kitab yang diturunkan selepas Musa, mengesahkan apa yang sebelumnya, beri petunjuk pada yang benar dan pada jalan lurus.

46:31. Wahai kaum kami, sahutlah penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan lindung kamu daripada azab yang pedih.

46:32. Sesiapa yang tidak menyahut penyeru kepada Allah, tidak dapat kandaskan Allah di bumi, dan dia tidak ada wali (pelindung) selain daripada-Nya; mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

46:33. Apa, tidakkah mereka lihat bahawa Allah yang cipta langit dan bumi, dan tidak berasa letih menciptanya, berkuasa untuk menghidupkan yang mati? Ia, sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

46:34. Pada hari apabila orang-orang tidak percaya dikemukakan ke Api: “Tidakkah ini yang benar?” Mereka berkata, “Ia, demi Pemelihara kami!” Dia berkata, “Maka rasalah azab ketidakpercayaan kamu!”

46:35. Maka sabarlah kamu, sebagaimana Rasul-Rasul yang mempunyai tekad bersabar. Jangan minta disegerakan untuk mereka – ia seakan-akan, pada hari mereka lihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiada yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq.

Surah 47
MUHAMMAD

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

47:1. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, Allah sesatkan (hilangkan) amalan-amalan mereka.

47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan percaya kepada apa diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.

47:3. Itu adalah kerana orang-orang tidak percaya ikut yang palsu, dan orang-orang yang percaya ikut yang benar daripada Pemelihara mereka. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan mereka untuk manusia.

47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah hendaki, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji sebahagian kamu dengan sebahagian lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan amalan-amalan mereka.

47:5. Dia akan beri petunjuk kepada mereka, dan membetulkan keadaan mereka,

47:6. Dan Dia masukkan mereka ke Taman yang Dia telah beritahukan mereka.

47:7. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu tolong Allah, Dia akan tolong kamu, dan meneguhkan kaki kamu.

47:8. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, nasib malang bagi mereka, dan Dia sesatkan amalan-amalan mereka.

47:9. Itu kerana mereka benci pada apa yang Allah turunkan, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:10. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Allah binasakan mereka; bagi orang-orang tidak percaya adalah sepertinya.

47:11. Itu adalah kerana Allah Pelindung orang-orang yang percaya, dan bahawa orang-orang tidak percaya tidak ada pelindung bagi mereka.

47:12. Sesungguhnya Allah akan masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka bergembira dan makan sebagaimana binatang ternak makan; dan Api akan jadi tempat tinggal mereka.

47:13. Berapa banyaknya bandaraya yang lebih kuat dalam kekuatan daripada bandaraya kamu yang mengusir kamu yang Kami telah musnahkan! Dan tidak ada penolong bagi mereka.

47:14. Apa, adakah orang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya seperti orang yang amalan-amalannya yang jahat dinampakkan indah baginya, dan mereka ikut keinginan mereka?

47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak – suatu keseronokan bagi peminum-peminum – dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?

47:16. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, sehingga, apabila mereka keluar daripada kamu, mereka berkata kepada orang-orang diberi pengetahuan, “Apakah yang dia kata tadi?” Merekalah orang-orang yang pada hati mereka Allah letak satu penutup, dan mereka ikut keinginan mereka.

47:17. Tetapi orang-orang yang dapat petunjuk dengan benar, bagi mereka, Dia tambahkan dalam petunjuk, dan beri mereka ketakwaan mereka.

47:18. Apakah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba? Sesungguhnya isyarat-isyaratnya telah datang; maka, apabila ia datang kepada mereka, bagaimanakah bagi mereka peringatan mereka?

47:19. Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah tahu ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.

47:20. Orang-orang yang percaya berkata, “Mengapa satu surah tidak diturunkan?” Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang ditutupi kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,

47:21. Ketaatan, dan ucapan yang baik. Kemudian apabila urusan telah diputuskan, dan jika mereka benar kepada Allah, ia adalah yang lebih baik bagi mereka.

47:22. Jika kamu berpaling, adakah kamu akan buat kerosakan di bumi, dan memutuskan hubungan pertalian darah?

47:23. Mereka itu orang-orang yang Allah laknat, lalu jadikan mereka pekak, dan membutakan mata mereka.

47:24. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur’an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?

47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.

47:26. Itu kerana mereka berkata kepada orang-orang yang benci pada apa yang Allah turunkan, “Kami akan taati kamu dalam sebahagian urusan”; dan Allah tahu rahsia-rahsia mereka.

47:27. Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka, memukul muka mereka dan belakang mereka?

47:28. Itu kerana mereka ikut apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan benci kepuasan hati-Nya, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:29. Atau, adakah orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit sangka Allah tidak akan keluarkan kebencian mereka?

47:30. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami lihatkan mereka kepada kamu, kemudian kamu akan mengenali mereka dengan tanda mereka; dan sungguh, kamu akan kenal mereka pada ucapan mereka yang memutarbelitkan; dan Allah tahu amalan-amalan (perbuatan) kamu.

47:31. Dan sungguh, Kami akan uji kamu sehingga Kami tahu orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan uji berita kamu.

47:32. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, dan melawan Rasul setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, mereka tidak akan sedikit pun mudaratkan Allah, dan Dia akan jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:33. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan jangan jadikan amalan-amalan kamu sia-sia.

47:34. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, dan kemudian mati sedang mereka tidak percaya, merekalah yang Allah tidak akan ampunkan.

47:35. Maka jangan lemah, dan seru untuk perdamaian; kamulah yang lebih tinggi, dan Allah berserta kamu, dan tidak akan lucutkan kamu daripada amalan-amalan kamu.

47:36. Tiadalah kehidupan dunia melainkan satu permainan dan satu hiburan; dan jika kamu percayai dan bertakwa, Dia akan beri kamu upah kamu, dan tidak minta kepada kamu harta-harta kamu.

47:37. Jika Dia memintanya kepada kamu, dan mendesak kamu, kamu jadi kikir, dan Dia keluarkan kebencian kamu.

47:38. Hai, kamu ini; kamu diseru untuk nafkahkan di jalan Allah, dan antara kamu ada orang yang kikir. Sesiapa kikir, dia kikir hanya terhadap dirinya sendiri. Allah Yang Kaya, kamu yang fakir (berkeperluan). Jika kamu berpaling, Dia akan tukar kamu dengan kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan kamu.

Surah 48
KEMENANGAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

48:1. Sesungguhnya Kami beri kemenangan kepada kamu dengan kemenangan yang nyata,

48:2. Kerana Allah ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, yang lalu dan yang kemudian, dan menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus,

48:3. Dan Allah akan tolong kamu dengan pertolongan yang kuat.

48:4. Dia yang turunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya mereka menambahkan iman pada keimanan mereka; kepunyaan Allah tentera-tentera langit dan bumi; Allah Mengetahui, Bijaksana,

48:5. Dan supaya Dia masukkan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka; itu, pada pandangan Allah, kemenangan yang besar.

48:6. Dan supaya Dia azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan laknat mereka, dan sediakan untuk mereka Jahanam – satu kepulangan yang buruk!

48:7. Kepunyaan Allah tentera-tentera langit dan bumi; Allah Perkasa, Bijaksana.

48:8. Sesungguhnya Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

48:9. Supaya kamu percayai Allah dan Rasul-Nya, dan teguhkan-Nya, dan muliakan-Nya, dan supaya kamu sanjung-Nya pada awal pagi dan petang.

48:10. Orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya berjanji setia kepada Allah; tangan Allah adalah di atas tangan-tangan mereka. Kemudian, sesiapa mungkiri sumpahnya, hanyalah mungkiri terhadap dirinya sendiri; dan sesiapa tepati perjanjiannya yang dibuat dengan Allah, Allah akan beri kepadanya upah yang besar.

48:11. Orang-orang Arab yang ditinggalkan akan berkata kepada kamu, “Kami disibukkan dengan harta-harta kami dan keluarga-keluarga kami; maka mintalah ampun untuk kami!” Mereka berkata dengan lidah mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka. Katakanlah, “Siapakah yang berkuasa untuk menolong kamu sedikit pun terhadap Allah jika Dia hendak mudarat kepada kamu, atau hendak manfaat kepada kamu? Tidak, tetapi Allah sentiasa menyedari apa kamu buat.

48:12. Tidak, tetapi kamu sangka Rasul dan orang-orang mukmin tidak akan balik kepada keluarga mereka selama-lamanya, dan itu dinampakkan indah di dalam hati kamu, dan kamu sangka dengan sangkaan buruk, dan kamulah kaum yang keji.”

48:13. Sesiapa yang tidak percayai Allah dan Rasul-Nya, Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya, yang Menyala.

48:14. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; sesiapa Dia hendaki Dia ampunkan, dan sesiapa Dia hendaki Dia azabkan; Allah Pengampun, Pengasih.

48:15. Orang-orang yang ditinggalkan akan berkata apabila kamu bertolak kepada rampasan perang, untuk mengambilnya, “Biarlah kami ikut kamu”, dengan hendak menukar perkataan-perkataan Allah. Katakanlah, “Kamu tidak akan ikut kami; begitulah Allah berkata sebelumnya.” Kemudian mereka akan berkata, “Tidak, tetapi kamu dengki kepada kami.” Tidak, tetapi mereka tidak faham kecuali sedikit.

48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab yang ditinggalkan, “Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu taati, Allah akan beri kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling, sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan azab kamu dengan azab yang keras.”

48:17. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit. Dan sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Dia akan masukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; tetapi sesiapa berpaling, dialah yang Dia akan azab dengan azab yang pedih.

48:18. Allah sangat puas hati terhadap orang-orang mukmin apabila mereka berjanji setia kepada kamu di bawah pokok, dan Dia tahu apa yang di dalam hati mereka, maka Dia turunkan ketenangan kepada mereka dan ganjari mereka dengan kemenangan yang dekat,

48:19. Dan banyak rampasan perang untuk diambil; dan Allah Perkasa, Bijaksana.

48:20. Allah menjanjikan kamu rampasan perang yang banyak untuk diambil; ini Dia segerakan kepada kamu, dan tahankan tangan-tangan manusia daripada kamu, dan supaya ia jadi satu ayat bagi orang-orang mukmin, dan untuk beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus,

48:21. Dan yang lain yang kamu tidak dapat menguasainya; sesungguhnya Allah meliputi padanya. Allah adalah berkuasa atas segala sesuatu.

48:22. Jika orang-orang tidak percaya memerangi kamu, tentu mereka berpaling ke belakang, dan kemudian dapati tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

48:23. Sunnah (resam) Allah seperti yang telah berlalu sebelumnya, dan kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah.

48:24. Dia yang tahan tangan-tangan mereka daripada kamu, dan tangan-tangan kamu daripada mereka, di perut Mekah, setelah Dia memenangkan kamu ke atas mereka. Allah lihat apa kamu buat.

48:25. Mereka adalah orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak tahu, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah masukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami azab orang-orang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.

48:26. Apabila orang-orang tidak percaya letak di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah turunkan ketenangan-Nya kepada Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah tahu segala sesuatu.

48:27. Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: “Kamu akan masuk Masjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut.” Dia tahu apa yang kamu tidak tahu, dan buatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.

48:28. Dia yang mengutus Rasul dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama. Cukuplah Allah sebagai saksi.

48:29. Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu lihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itu persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil – seperti sebiji benih yang keluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang tidak percaya. Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan buat kerja-kerja baik, dengan ampunan dan upah yang besar.

Surah 49
BILIK-BILIK

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

49:1. Wahai orang-orang yang percaya, jangan mendahului di hadapan Allah dan Rasul-Nya; dan takutilah Allah. Sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

49:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan naikkan suara-suara kamu di atas suara Nabi, dan jangan kamu melantangkan ucapan kamu kepada dia, seperti kelantangan sebahagian kamu kepada sebahagian lain, supaya tidak jadi sia-sia amalan-amalan kamu, sedang kamu tidak sedar.

49:3. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka di sisi Rasul Allah, mereka itu orang-orang yang hatinya Allah uji untuk takwa; bagi mereka, ampunan dan upah yang besar.

49:4. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari belakang bilik-bilik, kebanyakan mereka tidak faham.

49:5. Dan jika mereka sabar, sehingga kamu keluar kepada mereka, itu lebih baik bagi mereka; dan Allah Pengampun, Pengasih.

49:6. Wahai orang-orang yang percaya, jika orang fasiq datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak timpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian jadi sesal daripada apa kamu buat.

49:7. Dan ketahuilah bahawa Rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah jadikan cinta pada keimanan kepada kamu, nampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia jadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras.

49:8. Pemberian Allah, dan rahmat; Allah Mengetahui, Bijaksana.

49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang adil.

49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.

49:11. Wahai orang-orang yang percaya, jangan sesuatu kaum mengejek kaum lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan diri-diri (sesama) kamu, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan jangan mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

49:13. Wahai manusia, Kami cipta kamu lelaki dan perempuan, dan buat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

49:14. Orang-orang Arab berkata, “Kami percaya.” Katakanlah, “Kamu tidak percayai; tetapi katakanlah, ‘Kami tunduk patuh’; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.”

49:15. Orang-orang mukmin ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.

49:16. Katakanlah, “Apa, adakah kamu akan ajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah tahu apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah tahu segala sesuatu.”

49:17. Mereka mengiranya sebagai satu budi baik kepada kamu bahawa mereka sudah tunduk patuh! Katakanlah, “Jangan kamu mengira bahawa keislaman kamu adalah sebagai satu budi baik kepadaku; tidak, tetapi Allah berbudi baik kepada kamu, dengan Dia beri kamu petunjuk pada keimanan, jika sekiranya kamu orang-orang yang benar.

49:18. Sesungguhnya Allah tahu keghaiban di langit dan bumi; dan Allah lihat apa kamu buat.

Surah 50
QAF

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

50:1. Qaf. Demi al-Qur’an yang cemerlang!

50:2. Tidak, tetapi mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, “Ini adalah sesuatu yang sangat aneh!

50:3. Apa, apabila kami sudah mati dan menjadi tanah? Itu pengembalian yang jauh!”

50:4. Kami tahu apa yang bumi kurangkan daripada mereka; di sisi Kami ada sebuah kitab yang mencatat.

50:5. Tidak, tetapi mereka dustakan yang benar apabila ia datang kepada mereka, maka mereka dalam urusan yang membingungkan.

50:6. Apa, tidakkah mereka perhatikan pada langit di atas mereka, bagaimana Kami membinanya, dan menampakkannya indah, dan ia tidak ada keretakan?

50:7. Dan bumi – Kami bentangkannya, dan lemparkan di atasnya gunung-gunung, dan Kami tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang menggirangkan,

50:8. Untuk suatu pemahaman, dan peringatan, bagi tiap-tiap hamba yang berkesesalan.

50:9. Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkati, dan tumbuhkan dengannya kebun-kebun (jannah), dan tanaman biji-bijian tuaian,

50:10. Dan pohon-pohon palma yang tinggi dengan seludang-seludang berderet rapat,

50:11. Rezeki untuk hamba-hamba, dan dengannya Kami hidupkan tanah yang sudah mati. Begitulah kekeluaran (kebangkitan).

50:12. Telah dustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan penduduk Ras, dan Tsamud,

50:13. Dan Ad, dan Firaun, dan saudara-saudara Lut,

50:14. Dan penduduk Aikah, dan kaum Tubba. Masing-masing dustakan Rasul-Rasul, dan ancaman-Ku menjadi wajar.

50:15. Apa, adakah Kami letih dengan ciptaan pertama? Tidak, tetapi mereka adalah dalam ketidakpastian pada penciptaan yang baru.

50:16. Sesungguhnya Kami cipta manusia; dan Kami tahu apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.

50:17. Apabila dua penerima (malaikat) bertemu, satu duduk di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri,

50:18. Tiada sepatah perkataan yang dia ucapkan melainkan di sisinya ada penjaga yang sedia.

50:19. Sengsara maut datang dengan benar; itulah apa yang kamu jauhkan diri daripadanya!

50:20. Dan trompet ditiup; itulah Hari Ancaman.

50:21. Dan tiap-tiap jiwa datang, bersamanya satu pemandu, dan satu saksi.

50:22. “Kamu adalah dalam kelalaian daripada yang ini; maka Kami hilangkan daripada kamu penudung kamu, lalu penglihatan kamu pada hari ini jadi tajam.”

50:23. Dan teman yang dipercayainya berkata, “Inilah apa yang aku ada, tersedia.”

50:24. “Lemparlah, kamu berdua, ke dalam Jahanam tiap-tiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang degil,

50:25. Tiap-tiap penghalang kebaikan, pencabul, yang ragu-ragu,

50:26. Yang adakan berserta Allah tuhan lain; maka kamu berdua, lemparlah dia ke dalam azab yang keras.”

50:27. Teman yang dipercayainya berkata, “Wahai Pemelihara kami, aku tidak membuatnya melampaui batas, tetapi dialah dalam kesesatan yang jauh.”

50:28. Berkata, “Jangan bertengkar di hadapan-Ku! Kerana Aku telah terlebih dahulu beri ancaman kepada kamu.

50:29. Ucapan tidak akan ditukar di sisi-Ku; Aku tidak buat aniaya terhadap hamba-hamba-Ku.”

50:30. Pada hari Kami berkata kepada Jahanam, “Adakah kamu sudah penuh?” Dan ia berkata, “Apakah ada tambahan?”

50:31. Dan Taman didekatkan dengan orang-orang bertakwa, tidak jauh,

50:32. “Inilah apa yang kamu dijanjikan; ia adalah untuk setiap yang kembali, yang memandang berat.”

50:33. Sesiapa yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib, dan datang dengan hati yang berkesesalan,

50:34. “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera! Inilah Hari Berkekalan.”

50:35. Di dalamnya mereka dapati apa sahaja mereka hendaki; dan di sisi Kami ada tambahan.

50:36. Berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka yang lebih kuat dalam kekuatan daripada mereka, kemudian mereka mencari-cari di negeri-negeri! Apakah ada tempat lari?

50:37. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang empunya hati, atau mendengar sedang dia saksikan.

50:38. Kami cipta langit dan bumi, dan apa di antara keduanya, dalam enam hari, dan kepenatan tidak sentuh Kami.

50:39. Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya,

50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud.

50:41. Dan dengarlah kamu pada hari apabila pemanggil akan memanggil dari sebuah tempat yang dekat.

50:42. Pada hari mereka dengar Teriakan dengan sebenarnya; itulah hari kekeluaran (kebangkitan).

50:43. Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kami kepulangan.

50:44. Pada hari apabila bumi berpecah belah dari atas mereka sambil mereka bercepat-cepat; itu, satu pengumpulan yang mudah bagi Kami.

50:45. Kami sangat-sangat tahu apa mereka kata; kamu tidak paksa mereka. Maka ingatkanlah dengan al-Qur’an kepada orang yang takut akan ancaman-Ku.

Surah 51
YANG MENERBANGKAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

51:1. Demi yang menerbangkan, dengan menerbangkan sepantas-pantasnya,

51:2. Dan pembawa-pembawa beban berat,

51:3. Dan yang berlayar dengan mudah,

51:4. Dan pembahagi-pembahagi dengan perintah,

51:5. Sesungguhnya apa yang kamu dijanjikan adalah benar,

51:6. Dan sesungguhnya Pengadilan hampir terjadi!

51:7. Demi langit dengan semua jalan-jalannya,

51:8. Sesungguhnya ucapan kamu berselisih,

51:9. Dipalingkan daripadanya orang yang dipalingkan.

51:10. Binasalah orang-orang yang menduga-duga,

51:11. Yang kebingungan dalam kekusutan,

51:12. Dengan menanyai, “Bilakah Hari Agama (Pengadilan)?”

51:13. Pada hari mereka diuji di atas Api,

51:14. “Rasalah penganiayaan kamu ini! Inilah apa yang kamu minta disegerakan.”

51:15. Sesungguhnya orang-orang bertakwa di dalam taman-taman dan mata-mata air,

51:16. Ambil apa sahaja yang Pemelihara mereka beri mereka; merekalah orang-orang buat baik sebelum itu.

51:17. Sedikit daripada malam mereka tidur,

51:18. Dan pada waktu sebelum dinihari, mereka minta ampun,

51:19. Dan orang yang meminta-minta, dan orang yang merempat, ada bahagian dalam harta mereka.

51:20. Di bumi ada ayat-ayat bagi orang-orang yang yakin,

51:21. Dan di dalam diri-diri kamu sendiri; apa, tidakkah kamu lihat?

51:22. Dan di langit rezeki kamu, dan apa yang kamu dijanjikan.

51:23. Demi Pemelihara langit dan bumi, sesungguhnya ia benar seperti apa yang kamu ucapkan.

51:24. Sudahkah datang kepada kamu hadis tamu Ibrahim yang mulia?

51:25. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, “Salam!” dia berkata, “Salam! Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal.”

51:26. Kemudian dia beralih kepada keluarganya, dan mendatangkan seekor anak lembu yang gemuk,

51:27. Dan dia letakkannya di hadapan mereka, dengan berkata, “Tidakkah kamu makan?”

51:28. Kemudian dia berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, “Jangan takut!” Dan mereka beri kepadanya berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak).

51:29. Kemudian isterinya tampil ke muka, dalam kebisingan, dan dia memukul mukanya, dan berkata, “Seorang perempuan tua yang mandul!”

51:30. Mereka berkata, “Demikian Pemelihara kamu berkata; sesungguhnya Dialah Yang Bijaksana, Yang Mengetahui.”

51:31. Berkata, “Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?”

51:32. Mereka berkata, “Kami diutus kepada kaum yang berdosa,

51:33. Untuk utus kepada mereka batu-batu daripada tanah liat,

51:34. Yang ditanda di sisi Pemelihara kamu untuk orang-orang yang membazir (berlebihan).”

51:35. Maka Kami keluarkan orang-orang mukmin yang di dalamnya,

51:36. Tetapi Kami tidak dapati di dalamnya kecuali sebuah rumah orang-orang muslim.

51:37. Dan di dalamnya Kami tinggalkan satu ayat bagi orang-orang yang takut akan azab yang pedih.

51:38. Dan pada Musa, apabila Kami mengutusnya kepada Firaun, dengan satu kuasa yang nyata,

51:39. Tetapi dia berpaling, dengan penyokongnya, dengan berkata, “Seorang ahli sihir, atau seorang yang dirasuk!”

51:40. Maka Kami ambil dia dan tenteranya, dan Kami lemparkan mereka ke dalam laut, dan dia disalahkan.

51:41. Dan pada Ad, apabila Kami utus kepada mereka angin yang membinasakan,

51:42. Yang tidak tinggalkan sesuatu apabila ia datang kepadanya, tetapi membuatnya seperti benda yang reput.

51:43. Dan pada Tsamud, apabila dikatakan kepada mereka, “Gembiralah kamu untuk suatu waktu!”

51:44. Kemudian mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, lalu halilintar ambil mereka, dan mereka sendiri perhatikan,

51:45. Dan mereka tidak boleh berdiri, dan tidak ditolong.

51:46. Dan kaum Nuh sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.

51:47. Dan langit – Kami membina ia dengan kekuatan, dan Kami merentangkannya dengan luas.

51:48. Dan bumi – Kami bentangkannya; sangat baiknya yang menghamparkan!

51:49. Dan daripada segala sesuatu Kami cipta dua jenis; supaya kamu mengingati.

51:50. Maka larilah kepada Allah! Aku seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.

51:51. Dan jangan adakan berserta Allah tuhan lain; aku adalah seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.

51:52. Begitulah, tiada seorang Rasul datang kepada orang-orang sebelum mereka, melainkan mereka berkata, “Seorang ahli sihir, atau seorang yang dirasuk!”

51:53. Apa, adakah mereka saling berwasiat dengannya? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang melampaui batas.

51:54. Maka berpalinglah kamu daripada mereka; kamu tidak akan jadi tercela.

51:55. Dan ingatkanlah; peringatan bermanfaat kepada orang-orang mukmin.

51:56. Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk sembah Aku.

51:57. Aku tidak hendak daripada mereka rezeki, dan tidak juga Aku hendak supaya mereka beri Aku makan.

51:58. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Pemberi Rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan, Yang Teguh.

51:59. Orang-orang buat kezaliman dapat bahagian mereka yang serupa dengan bahagian teman-teman mereka; maka jangan mereka minta disegerakan kepada-Ku!

51:60. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang tidak percaya kerana hari mereka itu, yang mereka dijanjikan.

Surah 52
GUNUNG

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

52:1. Demi Gunung,

52:2. Dan sebuah Kitab yang tertulis,

52:3. Dalam kertas kulit bergulung yang terbuka,

52:4. Dan Rumah yang dimakmurkan,

52:5. Dan bumbung yang dinaikkan,

52:6. Dan laut yang melimpah,

52:7. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu hampir terjadi,

52:8. Tidak ada yang menghindarnya.

52:9. Pada hari langit bergoncang, bergoncang-goncang,

52:10. Dan apabila gunung-gunung berjalan, berjalan-jalan,

52:11. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan,

52:12. Orang-orang yang bermain-main dalam penerjunan,

52:13. Pada hari mereka ditolak kepada api Jahanam, ditolak dengan sungguh-sungguh,

52:14. “Inilah ia api yang kamu padanya kamu dustakan!

52:15. Apa, adakah ini sihir, atau adakah kamu yang tidak lihat?

52:16. Pangganglah di dalamnya! Dan sabarlah kamu, atau tidak sabar, sama sahaja bagi kamu; sesungguhnya kamu hanya dibalas dengan apa kamu buat.”

52:17. Sesungguhnya orang-orang bertakwa di dalam taman-taman, dan kebahagiaan,

52:18. Gembira dengan apa yang Pemelihara mereka beri mereka, dan Pemelihara mereka lindung mereka daripada azab Jahim.

52:19. “Makan dan minumlah, dengan puas dan cukup, kerana apa kamu buat.”

52:20. Mereka bersandar di atas sofa-sofa yang berderet dalam barisan-barisan, dan Kami jodohkan mereka dengan pengiring-pengiring yang bermata lebar.

52:21. Dan orang-orang yang percaya, dan keturunan mereka yang ikut mereka dalam keimanan, Kami akan hubungkan keturunan mereka dengan mereka, dan Kami tidak kurangkan mereka sedikit pun daripada amalan-amalan mereka; tiap-tiap orang ditanggungkan dengan apa yang dia usahakan.

52:22. Dan Kami bantu mereka dengan buah-buahan, dan daging, seperti mereka inginkan,

52:23. Sedang mereka mengedarkan sebuah piala kepada satu sama lain, di dalamnya tidak ada percakapan sia-sia, tidak menimbulkan dosa,

52:24. Dan berkeliling di sekitar mereka anak-anak muda, kepunyaan mereka, seakan-akan mereka mutiara-mutiara yang tersembunyi.

52:25. Mereka mendekati, sebahagian dengan sebahagian lain, mereka saling bertanya.

52:26. Mereka berkata, “Kami dahulu, di kalangan keluarga kami, selamanya ketakutan,

52:27. Dan Allah berbudi baik kepada kami, dan lindung kami daripada azab angin yang membakar.

52:28. Kami dahulu menyeru kepada-Nya; sesungguhnya Dialah Yang Buat Kebaikan, Yang Pengasih.”

52:29. Maka ingatkanlah! Dengan rahmat Pemelihara kamu, kamu bukan seorang tukang tilik, dan bukan juga seorang yang dirasuk.

52:30. Atau, adakah mereka berkata, “Seorang penyair yang untuknya kita menunggu nasib yang ragu-ragu (tidak pasti)”?

52:31. Katakanlah, “Tunggulah! Aku menunggu bersama kamu.”

52:32. Atau, adakah intelek mereka yang menyuruh mereka buat yang ini? Atau, adakah mereka kaum yang melampaui batas?

52:33. Atau, adakah mereka berkata, “Dia mengada-adakannya”? Tidak, tetapi mereka tidak percayai.

52:34. Kemudian hendaklah mereka datangkan satu hadis yang serupa dengannya, jika mereka berkata benar.

52:35. Atau, adakah mereka dicipta daripada sesuatu yang tiada? Atau, adakah mereka pencipta-pencipta?

52:36. Atau, adakah mereka yang cipta langit dan bumi? Tidak, tetapi mereka tidak yakin.

52:37. Atau, adakah perbendaharaan Pemelihara kamu dalam jagaan mereka? Atau, adakah mereka pendaftar-pendaftar?

52:38. Atau, adakah mereka sebuah tangga yang dengannya mereka dengarkan? Maka hendaklah sesiapa antara mereka yang dengar datangkan satu kuasa yang nyata.

52:39. Atau, adakah bagi-Nya anak-anak perempuan, dan bagi kamu anak-anak lelaki?

52:40. Atau, adakah kamu minta kepada mereka upah, lalu mereka diberatkan dengan hutang?

52:41. Atau, adakah yang ghaib di sisi mereka, lalu mereka menulisnya?

52:42. Atau, adakah mereka hendak tipu muslihat? Orang-orang tidak percaya, merekalah orang-orang yang kena tipu muslihat.

52:43. Atau, adakah bagi mereka satu tuhan, selain daripada Allah? Allah disanjung, di atas apa mereka sekutukan!

52:44. Sekalipun mereka lihat serpihan-serpihan jatuh dari langit, tentu mereka berkata, “Awan yang berlonggok!”

52:45. Maka tinggalkan mereka sehingga mereka menemui hari mereka yang padanya mereka hairan,

52:46. Hari apabila muslihat mereka tidak berguna kepada mereka sedikit pun, dan mereka tidak ditolong.

52:47. Dan sesungguhnya bagi orang-orang buat kezaliman adalah azab yang lebih daripada itu, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

52:48. Dan sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit,

52:49. Dan lafazlah sanjungan-Nya pada waktu malam, dan pada pengunduran bintang-bintang.

Surah 53
BINTANG

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

53:1. Demi bintang apabila ia menjunam,

53:2. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga bersalah,

53:3. Dan tidak juga berkata-kata daripada keinginannya.

53:4. Ini tidak lain hanya satu wahyu yang diwahyukan,

53:5. Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan,

53:6. Sangat kuat; dia tegak mengambang,

53:7. Di horizon yang tinggi,

53:8. Kemudian mendekati dan turun,

53:9. Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat,

53:10. Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia wahyukan.

53:11. Hatinya tidak berdusta pada apa yang dia lihat.

53:12. Apa, adakah kamu meragui atas apa yang dia lihat?

53:13. Sesungguhnya dia telah melihatnya sekali lagi,

53:14. Di sisi pohon bidara berbatasan,

53:15. Di sisinya taman (jannah) untuk menginap,

53:16. Ketika sesuatu yang menutupi, menutupi pohon bidara,

53:17. Penglihatannya tidak menyimpang, dan tidak juga melampaui batas.

53:18. Sesungguhnya dia telah lihat satu daripada ayat-ayat Pemeliharanya yang paling besar.

53:19. Adakah kamu fikirkan al-Lat, dan al-Uzza?

53:20. Dan Manat yang ketiga, yang lain?

53:21. Apa, adakah bagi kamu lelaki, dan bagi-Nya perempuan?

53:22. Itu, jika demikian, adalah satu pembahagian yang tidak adil.

53:23. Tiadalah ia, melainkan nama-nama yang kamu sendiri namakan, dan bapa-bapa kamu; Allah tidak turunkan kuasa mengenai mereka. Mereka ikut hanya sangkaan, dan apa yang jiwa inginkan; dan sesungguhnya, petunjuk telah datang kepada mereka daripada Pemelihara mereka.

53:24. Atau, dapatkah manusia apa yang dia khayalkan?

53:25. Dan kepunyaan Allah Yang Pertama dan Yang Akhir.

53:26. Berapa banyaknya malaikat di langit yang pengantaraan mereka tidak berguna sedikit pun, kecuali setelah Allah izinkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia puas hati.

53:27. Orang-orang tidak percayai akhirat namakan malaikat-malaikat dengan nama-nama perempuan.

53:28. Mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya; mereka ikut hanya sangkaan, dan sangkaan tidak berguna sedikit pun terhadap kebenaran.

53:29. Maka berpalinglah kamu daripada orang yang berpaling daripada Peringatan Kami, dan hendak hanya kehidupan dunia.

53:30. Itu pencapaian mereka dalam pengetahuan. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.

53:31. Kepunyaan Allah segala apa yang di langit dan segala apa yang di bumi, supaya Dia balas orang-orang yang buat jahat kerana apa yang mereka kerjakan, dan balas orang-orang buat baik dengan yang paling baik.

53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil – sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam ampunan-Nya. Dia sangat-sangat tahu mengenai kamu apabila Dia tumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka jangan menganggap diri kamu suci; Dia sangat-sangat tahu siapa yang bertakwa.

53:33. Adakah kamu fikirkan dia yang berpaling?

53:34. Dan beri sedikit, dan kemudian tidak merelakan?

53:35. Adakah dia mempunyai pengetahuan yang ghaib, lalu dia melihat?

53:36. Atau, tidakkah dia diberitahu daripada apa yang di dalam naskhah-naskhah gulungan Musa,

53:37. Dan Ibrahim, dia yang membayar sepenuhnya?

53:38. Bahawa orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain,

53:39. Dan bahawa tiada bagi manusia melainkan apa yang dia usahakan,

53:40. Dan bahawa usahanya, sungguh akan dilihat,

53:41. Kemudian dibalas kepadanya dengan balasan sepenuhnya,

53:42. Dan bahawa kesudahan adalah kepada Pemelihara kamu,

53:43. Dan bahawa Dialah yang jadikan ketawa, dan jadikan menangis,

53:44. Dan bahawa Dialah yang mematikan, dan yang menghidupkan

53:45. Dan bahawa Dia Sendiri yang mencipta dua jenis, lelaki dan perempuan,

53:46. Daripada setitis mani, apabila ia ditumpahkan,

53:47. Dan bahawa atas-Nya pertumbuhan kedua,

53:48. Dan bahawa Dialah yang beri kekayaan dan yang mencukupkan,

53:49. Dan bahawa Dialah Pemelihara Sirius,

53:50. Dan bahawa Dialah yang musnahkan Ad yang dahulu,

53:51. Dan Tsamud, Dia tidak tinggalkan mereka,

53:52. Dan kaum Nuh sebelum itu – sesungguhnya mereka lebih zalim, dan melampaui batas,

53:53. Dan negeri yang musnah, Dia menjatuhkannya juga,

53:54. Lalu menutupinya dengan yang menutupi.

53:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu meragui?

53:56. Ini seorang pemberi amaran, antara pemberi-pemberi amaran yang terdahulu.

53:57. Yang Dekat sudah dekat,

53:58. Selain daripada Allah, tiada yang menyingkapkannya.

53:59. Maka adakah kamu berasa hairan dengan hadis ini,

53:60. Dan kamu ketawa, dan kamu tidak menangis,

53:61. Sedang kamu keseronokan?

53:62. Maka kamu sujudlah kepada Allah, dan sembahlah!

Surah 54
BULAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

54:1. Saat sudah dekat; bulan terpecah.

54:2. Namun begitu, jika mereka lihat satu ayat, mereka berpaling, dan mereka berkata, “Sihir yang terus menerus!”

54:3. Mereka dustakan, dan ikut keinginan mereka; tetapi tiap-tiap urusan ditetapkan.

54:4. Dan telah datang kepada mereka berita-berita mengandungi satu pencegahan,

54:5. Suatu Kebijaksanaan yang dalam maksudnya; namun begitu, amaran-amaran tidak berguna.

54:6. Maka berpalinglah kamu daripada mereka. Pada hari apabila penyeru berseru kepada sesuatu yang dahsyat,

54:7. Menjatuhkan pandangan mereka, mereka keluar dari makam-makam mereka, seakan-akan
mereka belalang-belalang bertaburan,

54:8. Berlari dengan menjulurkan leher mereka kepada penyeru. Orang-orang tidak percaya berkata, “Ini, hari yang sukar!”

54:9. Kaum Nuh telah dustakan sebelum mereka; mereka dustakan hamba Kami, dan berkata, “Seorang yang dirasuk!” Dan dia dicegah.

54:10. Lalu dia menyeru Pemeliharanya, “Aku dikalahkan; tolonglah aku!”

54:11. Kemudian Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah,

54:12. Dan buatkan bumi pancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.

54:13. Dan Kami bawa dia di atas yang dipapan, dan dipaku,

54:14. Berlayar di bawah pengawasan (mata) Kami – satu balasan ke atas orang yang dinafikan.

54:15. Dan Kami meninggalkannya untuk satu ayat. Adakah sesiapa mengingatinya?

54:16. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:17. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa mengingatinya?

54:18. Ad dustakan. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:19. Kami utus kepada mereka angin yang sangat bising pada satu hari yang malang terus menerus,

54:20. Meregut manusia seakan-akan mereka tunggul-tunggul batang palma yang membantun.

54:21. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:22. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa mengingatinya?

54:23. Tsamud dustakan amaran-amaran,

54:24. Dan berkata, “Apa, adakah kita akan ikut seorang manusia, seorang antara kita? Jika demikian, benar-benarlah kita dalam kesesatan dan kegilaan!

54:25. Adakah Peringatan dilemparkan kepadanya satu-satunya antara kita? Tidak, tetapi dia pendusta yang biadab.”

54:26. “Mereka pasti akan tahu esok siapakah pendusta yang biadab.

54:27. Kami utus unta betina sebagai satu cubaan bagi mereka; maka berjaga-jagalah kamu terhadap mereka, dan sabarlah.

54:28. Dan beritahu mereka bahawa air hendaklah dibahagikan antara mereka, masing-masing minum mengikut giliran.”

54:29. Kemudian mereka memanggil teman mereka, dan dia menangkapnya, dan melukainya.

54:30. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:31. Kami utus kepada mereka satu Teriakan, dan jadilah mereka seperti sasak pembuat kandang binatang ternakan.

54:32. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa mengingatinya?

54:33. Kaum Lut dustakan amaran-amaran.

54:34. Kami utus kepada mereka angin ribut yang mengandungi batu, kecuali keluarga Lut; Kami selamatkan mereka pada waktu sebelum dinihari,

54:35. Satu rahmat daripada Kami; begitulah Kami balas orang yang bersyukur.

54:36. Dia telah beri amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui amaran-amaran.

54:37. Dan sesungguhnya, tetamunya mereka goda; maka Kami hapuskan mata-mata mereka, “Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku!”

54:38. Pada awal pagi, datang kepada mereka satu azab yang telah ditetapkan.

54:39. “Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku!”

54:40. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa mengingatinya?

54:41. Amaran-amaran telah datang kepada keluarga Firaun.

54:42. Mereka dustakan ayat-ayat Kami, semuanya, maka Kami ambil mereka dengan ambilan Yang Perkasa, Mempunyai Kuasa.

54:43. Apa, adakah orang-orang tidak percaya daripada kamu lebih baik daripada mereka itu? Atau, adakah bagi kamu kelepasannya dalam zabur-zabur (kitab-kitab)?

54:44. Atau, adakah mereka berkata, “Kami adalah kumpulan yang ditolong”?

54:45. Sesungguhnya kumpulan akan dikalahkan, dan berpaling ke belakang.

54:46. Tidak, tetapi Saat adalah janji temu mereka, dan Saat sangat celaka, dan pahit.

54:47. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah dalam kesesatan, dan kegilaan!

54:48. Pada hari apabila mereka diheret di atas muka-muka mereka ke dalam Api: “Rasalah sekarang sentuhan Saqar!”

54:49. Sesungguhnya Kami cipta segala sesuatu menurut ukuran.

54:50. Perintah Kami hanyalah satu kata, seperti sekelip mata.

54:51. Kami telah musnahkan orang-orang yang segolongan dengan kamu; adakah sesiapa mengingati?

54:52. Segala sesuatu yang mereka buat adalah di dalam zabur-zabur (kitab-kitab),

54:53. Dan segala sesuatu, besar atau kecil, adalah ditulis.

54:54. Sesungguhnya orang-orang bertakwa di dalam taman-taman dan sungai-sungai,

54:55. Di tempat duduk yang sebenar, di sisi Raja Yang Mempunyai Kuasa.

Surah 55
YANG PEMURAH

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

55:1. Yang Pemurah,

55:2. Mengajar al-Qur’an.

55:3. Dia cipta manusia,

55:4. Dan Dia mengajarnya Penjelasan.

55:5. Matahari dan bulan menurut hitungan,

55:6. Dan bintang-bintang dan pokok-pokok bersujud,

55:7. Dan langit – Dia naikkannya, dan letak timbangan.

55:8. Jangan melampaui batas dalam timbangan,

55:9. Dan timbanglah dengan adil, dan jangan kurangkan dalam timbangan.

55:10. Dan bumi – Dia letak untuk semua makhluk,

55:11. Di dalamnya buah-buahan, dan pohon-pohon palma yang mempunyai kelopak,

55:12. Dan biji-bijian di dalam kulit, dan herba yang harum baunya.

55:13. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:14. Dia cipta manusia daripada tanah liat yang kering yang seperti kepunyaan pembuat tembikar,

55:15. Dan Dia cipta jin daripada api yang tiada asap.

55:16. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:17. Pemelihara dua Timur, Pemelihara dua Barat,

55:18. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:19. Dia membiarkan dua laut yang bertemu bersama,

55:20. Antara keduanya ada satu barzakh (tembok) yang keduanya tidak melintasi.

55:21. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:22. Dari keduanya keluar mutiara dan merjan.

55:23. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:24. Bagi-Nya juga kapal-kapal yang berlayar, yang tumbuh di laut seperti tanda-tanda untuk perjalanan.

55:25. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:26. Tiap-tiap sesuatu akan binasa,

55:27. Dan yang kekal, Wajah Pemelihara kamu yang Gemilang, Mulia.

55:28. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:29. Apa sahaja di langit dan di bumi meminta kepada-Nya; setiap hari Dia di atas beberapa hal.

55:30. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:31. Kami akan berurusan dengan kamu, kamu dan kamu timbanglah!

55:32. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:33. Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh tembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah ia! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa.

55:34. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:35. Kepada kamu akan diutus api yang menyala, dan leburan loyang; dan kamu tidak ditolong.

55:36. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:37. Dan apabila langit berpecah belah, dan jadi merah lembayung seperti merah kulit,

55:38. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:39. Pada hari itu, tiada yang akan ditanya mengenai kesalahannya, tidak manusia dan tidak juga jin.

55:40. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:41. Orang-orang yang berdosa dikenali dengan tanda mereka, dan mereka diambil daripada ubun-ubun mereka dan kaki-kaki mereka.

55:42. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:43. Inilah Jahanam yang orang-orang berdosa dustakan.

55:44. Mereka berkeliling di antaranya dan antara air mendidih yang sangat panas.

55:45. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:46. Tetapi bagi orang yang takut akan Medan Pemeliharanya, bagi mereka dua taman (jannah).

55:47. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:48. Mengandungi bermacam jenis,

55:49. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:50. Di dalamnya dua mata air yang airnya mengalir,

55:51. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:52. Di dalamnya daripada tiap-tiap buah-buahan, dua jenis.

55:53. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:54. Bersandar di atas sofa yang dilapik dengan broked, buah-buahan dari taman-taman yang dekat untuk dipetik.

55:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:56. Di dalamnya perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin.

55:57. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:58. Cantik seperti batu delima, jelita seperti merjan.

55:59. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:60. Adakah balasan untuk yang baik selain daripada yang baik?

55:61. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:62. Dan selain yang ini ada dua taman,

55:63. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:64. Yang hijau tua,

55:65. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:66. Di dalamnya dua mata air yang airnya memancut,

55:67. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:68. Di dalamnya buah-buahan, dan pohon-pohon palma, dan delima.

55:69. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:70. Di dalamnya mereka yang baik-baik, cantik-cantik,

55:71. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:72. Pengiring-pengiring yang berpingit di pavilion yang dingin,

55:73. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:74. Yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin,

55:75. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:76. Bersandar di atas kusyen-kusyen hijau, dan hamparan yang indah.

55:77. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?

55:78. Berkatnya nama Pemelihara kamu, Yang Gemilang, Yang Mulia.

Surah 56
PERISTIWA BESAR

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

56:1. Apabila Peristiwa Besar turun,

56:2. Tiada yang dustakan penurunannya,

56:3. Dengan menghinakan, dengan menaikkan,

56:4. Apabila bumi digoyangkan, kegoyangan,

56:5. Dan gunung-gunung dihancurkan, kehancuran,

56:6. Dan jadi debu yang bertaburan,

56:7. Dan kamu jadi tiga golongan.

56:8. Teman Kanan. Siapakah Teman Kanan?

56:9. Teman Kiri. Siapakah Teman Kiri?

56:10. Dan orang-orang Yang Mendahului; Yang Mendahului,

56:11. Mereka itu orang-orang yang didekatkan,

56:12. Di dalam Taman-Taman Kebahagiaan.

56:13. Satu kumpulan yang ramai daripada orang-orang dahulu,

56:14. Dan sedikit sekali daripada orang-orang yang akhir,

56:15. Di atas sofa-sofa disulam emas dan permata,

56:16. Bersandar di atasnya, berhadapan muka,

56:17. Kanak-kanak yang hidup kekal berkeliling di sekitar mereka,

56:18. Dengan gelas-gelas yang berkaki, dan jag-jag, dan sebuah piala dari mata air.

56:19. Tiada kepeningan kepala, tiada kemabukan,

56:20. Dan buah-buahan, seperti apa yang mereka pilih,

56:21. Dan daging burung, seperti mereka inginkan,

56:22. Dan pengiring-pengiring bermata lebar,

56:23. Seperti persamaan mutiara-mutiara yang tersembunyi,

56:24. Satu balasan ke atas apa yang mereka telah buat.

56:25. Di dalamnya mereka tidak dengar percakapan sia-sia, tidak menimbulkan dosa,

56:26. Hanya ucapan, “Salam, Salam!”

56:27. Teman Kanan. Siapakah Teman Kanan?

56:28. Di tengah pohon-pohon bidara yang tidak berduri,

56:29. Dan pohon-pohon akasia yang berdekat-dekatan,

56:30. Dan tempat teduh yang terbentang luas,

56:31. Dan air-air yang tercurah,

56:32. Dan buah-buahan yang banyak,

56:33. Tidak terputus, dan tidak tercegah,

56:34. Dan sofa-sofa yang dinaikkan.

56:35. Sesungguhnya Kami tumbuhkan mereka, dengan penumbuhan,

56:36. Dan Kami buatkan mereka anak-anak dara yang tidak tercemar,

56:37. Penuh cinta, sebaya,

56:38. Untuk Teman Kanan.

56:39. Satu kumpulan yang ramai daripada orang-orang dahulu,

56:40. Dan satu kumpulan yang ramai daripada orang-orang yang akhir.

56:41. Dan Teman Kiri. Siapakah Teman Kiri?

56:42. Di tengah angin yang membakar, dan air yang mendidih,

56:43. Dan bayang asap hitam,

56:44. Tidak dingin, dan tidak juga mulia,

56:45. Dan sebelum itu mereka hidup dalam kemewahan,

56:46. Dan berterusan dalam dosa besar,

56:47. Mereka berkata, “Apa, apabila kami sudah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?

56:48. Apa, dan bapa-bapa kami yang dahulu?”

56:49. Katakanlah, “Orang-orang yang dahulu, dan orang-orang yang akhir,

56:50. Mereka dikumpulkan pada waktu yang ditetapkan, hari yang diketahui.

56:51. Kemudian kamu, wahai orang-orang sesat, kamu yang dustakan,

56:52. Kamu akan makan daripada pokok zaqum,

56:53. Memenuhkan perut-perut kamu dengannya,

56:54. Dan minum di atasnya air yang mendidih,

56:55. Dengan meminumnya seperti unta yang kehausan minum.”

56:56. Inilah yang jadi sajian mereka pada Hari Agama (Pengadilan).

56:57. Kami cipta kamu; maka mengapa kamu tidak mengesahkan?

56:58. Adakah kamu fikirkan benih yang kamu menumpahkan?

56:59. Adakah kamu sendiri yang menciptanya, atau adakah Kami Pencipta-Pencipta?

56:60. Kami tentukan antara kamu dengan kematian; Kami tidak didahului,

56:61. Supaya Kami tukar yang serupa dengan kamu, dan cipta kamu lagi dalam keadaan yang kamu tidak tahu.

56:62. Kamu tahu pertumbuhan pertama; maka mengapa kamu tidak mengingati?

56:63. Adakah kamu fikirkan tanah yang kamu bajak?

56:64. Adakah kamu sendiri yang menyemainya, atau adakah Kami Penyemai-Penyemai?

56:65. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami buat ia jerami yang hancur, dan kamu jadi kepahitan,

56:66. “Kami menanggung hutang,

56:67. Tidak, kami disamun!”

56:68. Adakah kamu fikirkan air yang kamu minum?

56:69. Adakah kamu yang turunkannya dari awan-awan, atau adakah Kami yang turunkannya?

56:70. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami membuatnya masin; maka mengapa kamu tidak berterima kasih?

56:71. Adakah kamu fikirkan api yang kamu nyalakan?

56:72. Adakah kamu yang tumbuhkan pokoknya (kayu), atau adakah Kami yang tumbuhkannya?

56:73. Kami Sendiri yang membuatnya untuk satu peringatan, dan satu kesenangan bagi penduduk padang pasir.

56:74. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.

56:75. Tidak! Aku bersumpah dengan tempat jatuh bintang-bintang,

56:76. Dan ia sesungguhnya adalah sumpah yang besar, sekiranya kamu mengetahuinya,

56:77. Sesungguhnya ia adalah sebuah al-Qur’an yang mulia,

56:78. Dalam Kitab yang tersembunyi,

56:79. Tiada yang sentuh ia kecuali orang-orang yang dibersihkan,

56:80. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam.

56:81. Apa, adakah kamu anggap hadis ini rendah?

56:82. Adakah kamu buatkan ia rezeki kamu untuk berdusta?

56:83. Maka mengapa tidak tatkala telah sampai di halkum,

56:84. Dan waktu itu kamu sedang memerhati.

56:85. Dan Kami lebih dekat dengannya daripada kamu, tetapi kamu tidak lihat.

56:86. Mengapa, jika kamu tidak di bawah pengadilan,

56:87. Kamu tidak kembalikannya, jika kamu berkata benar?

56:88. Kemudian, jika dia daripada orang-orang yang didekatkan,

56:89. Kesenangan, dan kemudahan, dan sebuah Taman Kebahagiaan.

56:90. Dan jika dia Orang Kanan,

56:91. “Sejahtera ke atas kamu, Orang Kanan!”

56:92. Tetapi jika dia antara orang-orang yang dustakan, dan menjadi sesat,

56:93. Maka sajiannya daripada air yang mendidih,

56:94. Dan dipanggang di dalam Jahim.

56:95. Sesungguhnya inilah yang benar, yang diyakini.

56:96. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.

Surah 57
BESI

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

57:1. Segala di langit dan bumi menyanjung Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

57:2. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; Dia menghidupkan dan Dia mematikan, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

57:3. Dia Yang Pertama dan Yang Akhir, Yang Lahir dan Yang Batin (Tersembunyi); Dia tahu segala sesuatu.

57:4. Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia tahu apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah lihat apa kamu buat.

57:5. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; dan kepada-Nya segala urusan dikembalikan.

57:6. Dia jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam. Dia tahu apa yang di dalam dada.

57:7. Percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan nafkahkanlah daripada apa dia buatkan kamu pengganti-penggantinya. Orang-orang yang percaya antara kamu dan nafkahkan, mereka dapat upah yang besar.

57:8. Mengapakah kamu, bahawa kamu tidak percayai Allah padahal Rasul menyeru kamu untuk percayai Pemelihara kamu, dan Dia telah ambil perjanjian kamu, jika kamu orang-orang mukmin?

57:9. Dia yang turunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, supaya Dia keluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Sesungguhnya Allah kepada kamu, Lembut, Pengasih.

57:10. Mengapakah kamu, bahawa kamu tidak nafkahkan di jalan Allah, dan kepunyaan Allah warisan langit dan bumi? Tidak sama orang antara kamu yang nafkahkan, dan yang berperang sebelum kemenangan; mereka itu yang lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang nafkahkan dan berperang sesudahnya; dan masing-masing Allah janjikan yang paling baik; dan Allah sedar apa kamu buat.

57:11. Siapakah dia yang akan meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, dan Dia akan gandakannya untuknya, dan baginya upah yang mulia?

57:12. Pada hari apabila kamu lihat orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka, “Berita gembira untuk kamu pada hari ini! Taman-Taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah ia kemenangan yang besar.”

57:13. Pada hari apabila orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, berkata kepada orang-orang yang percaya, “Tunggulah kami, supaya kami dapat pinjam cahaya kamu!” Dikatakan, “Kembalilah kamu ke belakang, dan carilah cahaya!” Dan sebuah dinding diadakan di antara mereka, yang mempunyai sebuah pintu, di dalamnya pengasihan, dan bertentangan dengan yang di luar di mana terdapat azab.

57:14. Mereka memanggil mereka, “Tidakkah kami bersama kamu?” Mereka berkata, “Ia, benar; tetapi kamu aniayai diri-diri kamu sendiri, dan kamu menunggu-nunggu, dan kamu ragu-ragu, dan khayalan telah menipu kamu sehingga perintah Allah datang, dan penipu telah menipu kamu terhadap Allah.

57:15. Maka pada hari ini tebusan tidak diambil daripada kamu, dan tidak juga daripada orang-orang tidak percaya. Tempat menginap kamu ialah Api, itulah perlindungan kamu – satu kepulangan yang buruk!”

57:16. Tidakkah ia masanya untuk hati orang-orang yang percaya ditundukkan kepada Peringatan Allah, dan yang Benar Dia turunkan, dan mereka tidak jadi seperti orang-orang diberi al-Kitab sebelumnya, dan tempohnya dirasakan terlalu panjang kepada mereka, lalu hati mereka jadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq?

57:17. Ketahuilah bahawa Allah menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya Kami jelaskan bagi kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

57:18. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan mereka meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan untuk mereka, dan bagi mereka upah yang mulia.

57:19. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, merekalah orang-orang yang benar, dan orang-orang yang jadi saksi (syahid) di sisi Pemelihara mereka; bagi mereka adalah upah mereka, dan cahaya mereka. Tetapi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami, merekalah penghuni-penghuni Jahim.

57:20. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang tidak percaya; kemudian ia jadi kering, dan kamu melihatnya jadi kuning, kemudian ia jadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan ampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan.

57:21. Berlumba-lumbalah kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan sebuah Taman (Jannah) yang luasnya luas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

57:22. Tiada penderitaan yang menimpa di bumi, atau pada diri-diri kamu sendiri, melainkan ada di dalam Kitab sebelum Kami menciptanya; itu bagi Allah mudah,

57:23. Supaya kamu tidak berdukacita kerana apa yang terlepas daripada kamu, dan tidak bergembira dengan apa diberi kepada kamu; Allah tidak suka setiap orang yang sombong, membanggakan diri,

57:24. Orang-orang yang kikir, dan menyuruh manusia supaya jadi kikir. Dan sesiapa berpaling, maka sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

57:25. Sesungguhnya Kami utus Rasul-Rasul Kami dengan bukti-bukti yang jelas, dan Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan Timbangan, supaya manusia menegakkan keadilan. Dan Kami turunkan besi, padanya kekuatan yang sangat, dan banyak manfaat kepada manusia, dan supaya Allah tahu siapa yang menolong-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dalam keadaan ghaib. Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

57:26. Dan Kami telah utus Nuh, dan Ibrahim, dan Kami buatkan Kenabian dan al-Kitab untuk menjadi di kalangan keturunan mereka; dan sebahagian daripada mereka dapat petunjuk, dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.

57:27. Kemudian Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Rasul-Rasul Kami, dan Kami utus untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan Kami beri kepadanya Injil. Dan Kami buatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka – Kami tidak tuliskan (tetapkan) untuk mereka – hanya untuk menginginkan kepuasan hati Allah; tetapi mereka tidak awasinya sebagaimana ia patut diawasi. Maka Kami beri orang-orang antara mereka yang percaya upah mereka; dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.

57:28. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan percayalah kepada Rasul-Nya, dan Dia akan beri kamu dua bahagian daripada pengasihan-Nya, dan Dia buatkan untuk kamu satu cahaya yang dengannya kamu akan berjalan, dan ampunkan kamu; Allah Pengampun, Pengasih,

57:29. Supaya ahli Kitab tahu bahawa mereka tidak berkuasa atas sesuatu daripada pemberian Allah, dan bahawa pemberian adalah di tangan Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

Surah 58
YANG BERDEBAT

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

58:1. Allah telah dengar ucapan dia yang berdebat dengan kamu mengenai suaminya, dan mengadu kepada Allah. Allah dengar perbualan kamu berdua; sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

58:2. Orang-orang antara kamu yang menzihar isteri-isteri (berkata kepada isteri-isteri, “Kamu padaku adalah seperti punggung ibuku!”) mereka, mereka bukan ibu-ibu mereka; ibu-ibu mereka hanyalah yang beranakkan mereka, dan mereka benar-benar mengatakan satu ucapan yang mungkar, dan dusta. Namun begitu, sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.

58:3. Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah kata, mereka akan merdekakan seorang hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dengan itu kamu ditegurkan; dan Allah sedar apa kamu buat.

58:4. Tetapi sesiapa yang tidak dapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin – itu, supaya kamu percayai Allah dan Rasul-Nya. Itu had-had (hudud) Allah; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih.

58:5. Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya akan dikecewakan sebagaimana orang-orang sebelum mereka dikecewakan. Sesungguhnya Kami turunkan ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

58:6. Pada hari apabila Allah bangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia beritahu mereka apa yang mereka telah buat. Allah jumlahkannya, dan mereka melupakannya. Allah saksi atas segala sesuatu.

58:7. Tidakkah kamu renungkan bahawa Allah tahu apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Tiga orang tidak berbicara rahsia bersama, melainkan Dia yang keempat antara mereka, dan tidak juga yang lima, melainkan Dia yang keenam antara mereka, dan tidak juga yang kurang daripada itu, dan tidak yang lebih banyak, melainkan Dia bersama mereka, di mana mereka berada; kemudian Dia beritahu mereka apa yang mereka telah buat, pada Hari Kiamat. Sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.

58:8. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dilarang daripada bicara rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari Rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka beri salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata di dalam diri-diri mereka, “Mengapa Allah tidak azab kita kerana apa yang kita kata?” Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang – satu kepulangan yang buruk!

58:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia, maka jangan berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari Rasul, tetapi berbicararahsialah dalam ketaatan dan takwa, dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu dikumpulkan.

58:10. Bicara rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak mudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal (mempercayakan).

58:11. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dikatakan kepada kamu, “Adakanlah ruang dalam perhimpunan”, maka adakanlah ruang, dan Allah akan adakan ruang untuk kamu; dan apabila dikatakan, “Bangunlah kamu”, maka bangunlah, dan Allah akan naikkan darjat orang-orang antara kamu yang percaya, dan diberi pengetahuan. Dan Allah sedar apa kamu buat.

58:12. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia dengan Rasul, maka sebelum bicara rahsia kamu, dahulukanlah dengan satu sedekah; itu lebih baik bagi kamu, dan lebih bersih. Namun begitu, jika kamu tidak dapatkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

58:13. Adakah kamu takut, sebelum bicara rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak kerjakan, dan Allah terima taubat kamu, maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah sedar apa kamu buat.

58:14. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang jadikan sahabat-sahabat satu kaum yang Allah murkai? Mereka bukan daripada kamu, dan bukan juga daripada mereka; dan mereka bersumpah bohong, sedang mereka mengetahuinya.

58:15. Allah sediakan bagi mereka azab yang keras; sesungguhnya mereka, adalah jahat apa mereka buat.

58:16. Mereka ambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, dan halangi jalan Allah; maka bagi mereka, azab yang hina.

58:17. Tidaklah harta benda mereka dan tidak juga anak-anak mereka berguna kepada mereka sedikit pun terhadap Allah; mereka itu, merekalah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

58:18. Pada hari apabila Allah bangkitkan mereka kesemuanya dan mereka bersumpah kepada-Nya, sebagaimana mereka bersumpah kepada kamu, dan sangka mereka berada di atas sesuatu. Sesungguhnya merekalah pendusta-pendusta!

58:19. Syaitan telah menguasai mereka, dan jadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!

58:20. Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka itu antara yang paling hina.

58:21. Allah telah tuliskan (tetapkan), “Aku pasti akan kalahkan, Aku dan Rasul-Rasul-Ku.” Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan di dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.

Surah 59
PENGUMPULAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

59:1. Segala di langit dan di bumi menyanjung Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

59:2. Dia yang keluarkan dari tempat tinggal mereka, orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, pada pengumpulan yang pertama. Kamu tidak sangka mereka akan keluar, dan mereka sangka kubu-kubu mereka dapat mempertahankan mereka terhadap Allah; kemudian Allah datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak jangkakan, dan Dia lemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka sedang mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri, dan tangan orang-orang mukmin; maka ambillah pelajaran, wahai orang-orang empunya mata (penglihatan)!

59:3. Jika tidak kerana Allah tuliskan (tetapkan) penyuraian bagi mereka, tentu Dia akan azab mereka di dunia; dan bagi mereka di akhirat, azab Api.

59:4. Itu kerana mereka melawan Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa melawan Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

59:5. Apa sahaja pohon palma kamu tebang, atau tinggalkannya berdiri di atas akarnya, itu adalah dengan izin Allah, dan supaya Dia aibkan orang-orang fasiq.

59:6. Dan apa sahaja yang Allah beri Rasul-Nya (rampasan perang) daripada mereka, terhadap apa yang kamu memacu yang bukan daripada kuda, dan bukan juga unta; tetapi Allah beri kuasa kepada Rasul-Rasul-Nya terhadap sesiapa Dia hendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu.

59:7. Segala apa yang Allah beri Rasul-Nya (rampasan perang) daripada penduduk bandaraya-bandaraya adalah kepunyaan Allah, dan Rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang Rasul beri kamu, ambillah; apa sahaja yang dia larang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

59:8. Ia adalah untuk penghijrah-penghijrah yang fakir (memerlukan), yang diusir daripada tempat tinggal mereka dan harta benda mereka, untuk mencari pemberian daripada Allah dan kepuasan hati, dan menolong Allah dan Rasul-Nya; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.

59:9. Dan orang-orang yang telah bertempatkan di tempat tinggal, dan dalam keimanan, sebelum mereka, mencintai sesiapa yang hijrah kepada mereka, dengan tidak dapati di dalam dada mereka sebarang hajat (keinginan) terhadap apa yang mereka diberi, dan lebih suka yang lain di atas diri-diri mereka, walaupun kepapaan adalah bahagian mereka. Dan sesiapa dilindungi daripada kehalobaan jiwanya sendiri, mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.

59:10. Dan bagi orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau letak di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.”

59:11. Tidakkah kamu renungkan orang-orang munafik berkata kepada saudara-saudara mereka daripada ahli Kitab yang tidak percaya, “Jika kamu diusir, kami akan keluar bersama kamu, dan untuk kamu, kami tidak akan taati sesiapa pun selama-lamanya. Jika kamu diperangi, kami akan tolong kamu.” Dan Allah saksikan bahawa mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.

59:12. Jika mereka diusir, mereka tidak akan keluar bersama mereka, dan jika mereka diperangi, mereka tidak akan tolong mereka. Sekalipun mereka tolong mereka, tentu mereka akan berpaling ke belakang, kemudian mereka tidak ditolong.

59:13. Sungguh, kamu lebih menggerunkan di dalam dada mereka daripada Allah; itu kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.

59:14. Mereka tidak akan memerangi kamu kesemuanya, kecuali di dalam bandaraya-bandaraya yang berkubu, atau dari belakang tembok-tembok. Keberanian mereka adalah sangat di kalangan mereka; kamu sangka mereka sebagai satu kumpulan, tetapi hati mereka berlainan; itu kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.

59:15. Persamaan orang-orang yang tidak lama sebelum mereka yang merasakan keburukan daripada urusan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

59:16. Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, “Jangan percaya”; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.”

59:17. Kesudahan mereka, kedua-duanya di dalam Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang zalim.

59:18. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah. Hendaklah tiap-tiap jiwa renungkan apa yang ia dahulukan untuk esok. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

59:19. Jangan jadi seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Dia jadikan mereka melupakan diri-diri mereka; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

59:20. Tidak sama penghuni-penghuni Api dengan penghuni-penghuni Taman. Penghuni-penghuni Taman, merekalah orang-orang yang menang.

59:21. Sekiranya Kami turunkan al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah daripada ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami buatkan untuk manusia supaya mereka fikirkan.

59:22. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nyata; Dia Yang Pemurah, Yang Pengasih.

59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera, Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Miliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa mereka sekutukan!

59:24. Dia Allah, Yang Pencipta, Yang Mengadakan, Yang Pembentuk. Bagi-Nya nama-nama paling baik. Segala di langit dan bumi menyanjung-Nya; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

Surah 60
WANITA YANG DIUJI

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

60:1. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil musuh-Ku dan musuh kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka, sesungguhnya mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan mengusir Rasul dan kamu kerana kamu percayai Allah, Pemelihara kamu. Jika kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan inginkan kepuasan hati-Ku, dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat-sangat tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan; dan sesiapa antara kamu buat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.

60:2. Jika mereka jumpa kamu, mereka akan jadi musuh kamu, dan menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka dan lidah-lidah mereka, untuk buat jahat kepada kamu, dan mereka inginkan supaya kamu tidak percaya.

60:3. Tidaklah kerabat kamu daripada pertalian darah, dan tidak juga anak-anak kamu bermanfaat kepada kamu pada Hari Kiamat; Dia akan bezakan antara kamu. Dan Allah lihat apa kamu buat.

60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim ucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan minta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.

60:5. Wahai Pemelihara kami, janganlah buat kami satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya; dan ampunkanlah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”

60:6. Kamu ada teladan yang baik pada mereka bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa berpaling, maka sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

60:7. Mudah-mudahan Allah buatkan, antara kamu dan orang-orang antara mereka yang kamu bermusuhan, rasa kasih sayang. Allah berkuasa; Allah Pengampun, Pengasih.

60:8. Allah tidak larang kamu terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu dalam agama, dan tidak juga mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, supaya kamu buat baik kepada mereka, dan berlaku adil terhadap mereka; sesungguhnya Allah suka orang yang adil.

60:9. Allah hanya larang kamu terhadap orang-orang yang memerangi kamu dalam agama, dan mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, dan menyokong dalam pengusiran kamu, untuk kamu jadikan mereka sahabat-sahabat. Dan sesiapa jadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.

60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila perempuan-perempuan mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka adalah perempuan-perempuan mukmin, jangan kembalikan mereka kepada orang-orang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang tidak percaya halal bagi mereka. Berikan orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan (belanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk kahwini mereka, apabila kamu beri mereka upah mereka. Jangan kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka sudah nafkahkan. Itu putusan Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

60:11. Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari daripada kamu kepada orang-orang tidak percaya, dan kemudian kamu membalas, maka berikan orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah nafkahkan. Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin.

60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan sekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak lakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak datangkan fitnah yang mereka ada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga ingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

60:13. Wahai orang-orang yang percaya, jangan jadikan sahabat suatu kaum yang terhadap mereka Allah memurkai, dan yang berputus asa daripada akhirat, sebagaimana orang-orang tidak percaya berputus asa, daripada penghuni-penghuni kubur.

Surah 61
BARISAN-BARISAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

61:1. Segala di langit dan di bumi menyanjung Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

61:2. Wahai orang-orang yang percaya, mengapa kamu kata apa yang kamu tidak buat?

61:3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu kata apa yang kamu tidak buat.

61:4. Allah suka orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan-barisan, seakan-akan mereka sebuah bangunan yang padu.

61:5. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, mengapa kamu menyakiti aku walaupun kamu tahu bahawa aku adalah Rasul Allah kepada kamu?” Apabila mereka menyimpang Allah menyimpangkan hati mereka; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.

61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”

61:7. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada islam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

61:8. Mereka hendak padamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah akan sempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang tidak percaya membencinya.

61:9. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.

61:10. Wahai orang-orang yang percaya, mahukah Aku tunjukkan kamu perdagangan yang akan selamatkan kamu daripada azab yang pedih?

61:11. Kamu percayai Allah dan Rasul-Nya, dan berjuang di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itu lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.

61:12. Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Taman-Taman Adn; itulah kemenangan yang besar,

61:13. Dan lain yang kamu suka, pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin!

61:14. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, “Siapakah yang akan jadi penolong-penolong aku bagi Allah?” Pengikut-pengikut yang setia berkata, “Kami akan jadi penolong-penolong Allah.” Dan segolongan daripada Bani Israil percaya, dan segolongan tidak percaya. Maka Kami kukuhkan orang-orang yang percaya terhadap musuh mereka, dan mereka menjadi orang-orang yang menguasai.

Surah 62
YANG BERKUMPUL

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

62:1. Segala di langit dan di bumi menyanjung Allah, Raja, Yang Suci, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

62:2. Dia yang bangkitkan pada yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,

62:3. Dan yang lain daripada mereka yang belum turut bersama mereka. Dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

62:4. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada siapa Dia hendaki, dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

62:6. Katakanlah, “Wahai kamu orang-orang Yahudi, jika kamu mendakwa bahawa kamulah wali-wali (sahabat-sahabat) Allah, selain daripada manusia lain, maka inginkanlah kematian, jika kamu berkata benar.”

62:7. Tetapi mereka tidak akan inginkannya selama-lamanya, kerana apa yang tangan-tangan mereka telah dahulukan; Allah tahu orang-orang zalim.

62:8. Katakanlah, “Sesungguhnya kematian, yang daripadanya kamu lari, akan temui kamu; kemudian kamu dikembalikan kepada Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat.”

62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul, bersegeralah kepada mengingati Allah, dan tinggalkan jual beli, itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu.

62:10. Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung.

62:11. Tetapi apabila mereka lihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka tinggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.

Surah 63
ORANG-ORANG MUNAFIK

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami saksikan bahawa kamu benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah tahu bahawa kamu adalah benar-benar Rasul-Nya, dan Allah saksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.

63:2. Mereka ambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, kemudian mereka halangi jalan Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa mereka buat.

63:3. Itu kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak faham.

63:4. Apabila kamu lihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu dengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka sangka tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!

63:5. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah, dan Rasul Allah akan minta ampun untuk kamu”, mereka memaling-malingkan kepala mereka, dan kamu lihat mereka memusingkan muka-muka mereka, dengan sombong.

63:6. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu minta ampun untuk mereka, atau kamu tidak minta ampun untuk mereka, Allah tidak akan ampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.

63:7. Merekalah orang-orang yang berkata, “Jangan kamu nafkahkan kepada mereka yang dengan Rasul Allah, sehingga mereka bersurai”; namun begitu, kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik tidak faham.

63:8. Mereka berkata, “Jika kita kembali ke Kota, orang-orang yang perkasa daripadanya akan usir orang-orang yang lebih hina”; namun begitu, kemuliaan adalah bagi Allah, dan bagi Rasul-Nya, dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik tidak mengetahuinya.

63:9. Wahai orang-orang yang percaya, jangan harta-harta kamu dan jangan juga anak-anak kamu memesongkan kamu daripada Peringatan Allah; sesiapa buat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi.

63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau tangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang salih (baik).”

63:11. Tetapi Allah tidak akan tangguhkan mana-mana jiwa apabila tempohnya datang. Dan Allah sedar apa kamu buat.

Surah 64
TIPU MENIPU

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

64:1. Segala di langit dan bumi menyanjung Allah. Kepunyaan-Nya Kerajaan, dan kepunyaan-Nya puji-pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

64:2. Dia yang cipta kamu. Seorang daripada kamu tidak percaya, dan seorang daripada kamu mukmin; dan Allah lihat apa kamu buat.

64:3. Dia cipta langit dan bumi dengan yang benar, dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan baik; dan kepada-Nya kepulangan.

64:4. Dia tahu apa yang di langit dan bumi, dan Dia tahu apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu siarkan. Allah tahu apa yang di dalam dada.

64:5. Apakah tidak datang kepada kamu berita orang-orang tidak percaya dahulu, kemudian merasakan keburukan daripada urusan mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih?

64:6. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, dan kemudian mereka berkata, “Apa, adakah manusia yang beri petunjuk kepada kami?” Oleh kerana itu mereka tidak percaya, dan berpaling, dan Allah tidak memerlukan mereka. Dan Allah Kaya, Terpuji.

64:7. Orang-orang tidak percaya mendakwa bahawa mereka tidak akan dibangkitkan. Katakanlah, “Ia, demi Pemeliharaku! Kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu diberitahu apa kamu buat. Itu bagi Allah mudah.”

64:8. Maka percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan Cahaya yang Kami turunkan. Dan Allah sedar apa kamu buat.

64:9. Pada hari Dia kumpul kamu untuk Hari Berkumpul; itulah Hari Tipu Menipu. Dan sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik, Allah akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan masukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.

64:10. Dan orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat kami, mereka menjadi penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya – satu kepulangan yang buruk!

64:11. Penderitaan tidak menimpa kecuali dengan izin Allah. Sesiapa percayai Allah, Dia akan beri petunjuk kepada hatinya. Dan Allah tahu segala sesuatu.

64:12. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; tetapi jika kamu berpaling, hanya atas Rasul Kami untuk sampaikan yang jelas.

64:13. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal (mempercayakan).

64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu maafkan, dan ketepikan, dan jika kamu ampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

64:15. Harta kamu dan anak-anak kamu adalah hanya cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar.

64:16. Maka takutilah Allah sejauh yang kamu boleh, dan dengarlah, dan taatlah, dan nafkahlah dengan baik untuk diri-diri kamu. Dan sesiapa dilindungi daripada kehalobaan dirinya sendiri, maka mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.

64:17. Jika kamu pinjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, Dia akan gandakannya untuk kamu, dan ampunkan kamu, Allah Berterima Kasih, Penyantun,

64:18. Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

Surah 65
PERCERAIAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikan mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Jangan keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga biarkan mereka keluar, kecuali mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Itu had-had (hudud) Allah; sesiapa mencabuli had-had Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak tahu mungkin setelah itu Allah adakan perkara yang baru.

65:2. Kemudian, apabila mereka sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakan saksi, dua orang empunya keadilan di kalangan kamu, dan lakukan kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang percayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar,

65:3. Dan Dia beri rezeki kepadanya dari arah dia tidak jangkakan. Dan sesiapa tawakal kepada Allah, Dia akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah laksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah adakan ukuran bagi segala sesuatu.

65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang mengandung, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan buatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.

65:5. Itu perintah Allah yang Dia turunkan kepada kamu. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan Dia memberinya upah yang besar.

65:6. Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu, dan jangan menekan mereka untuk menyempitkan keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka menyusukan untuk kamu, berikan mereka upah mereka, dan bermuafakatlah antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui kesukaran, maka perempuan lain akan menyusukannya.

65:7. Hendaklah orang empunya keluasan nafkahkan menurut keluasannya. Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia nafkahkan daripada apa yang Allah beri kepadanya. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia beri kepadanya. Sungguh, Allah akan buatkan, setelah kesukaran, yang mudah.

65:8. Berapa banyaknya bandaraya yang pandang rendah pada perintah Pemeliharanya dan Rasul-Rasul-Nya, kemudian Kami hitungkannya dengan hitungan yang keras, dan mengazabnya dengan azab yang dahsyat!

65:9. Maka ia merasakan keburukan daripada urusan mereka, dan kesudahan urusannya adalah kerugian.

65:10. Allah sediakan bagi mereka azab yang keras. Maka takutilah Allah, wahai orang-orang empunya minda! Orang-orang yang percaya, Allah telah turunkan kepada kamu Peringatan,

65:11. Seorang Rasul dengan membacakan kamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan, supaya Dia keluarkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dari kegelapan kepada cahaya. Sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik, Dia akan masukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Sesungguhnya Allah sediakan baginya rezeki yang baik.

65:12. Allah yang mencipta tujuh langit, dan daripada bumi yang serupa dengan mereka, di antara mereka Perintah turun, supaya kamu tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa Allah meliputi segala sesuatu dalam pengetahuan.

Surah 66
MENGHARAMKAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.

66:2. Allah menetapkan bagi kamu pembebasan daripada sumpah-sumpah kamu. Allah Pelindung kamu, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

66:3. Dan apabila Nabi beritahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis (berita); dan kemudian, apabila dia (isteri) beritahukannya, dan Allah beritahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) beritahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia beritahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang beritahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”

66:4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu-membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

66:5. Mungkin, jika dia ceraikan kamu, Pemeliharanya akan tukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang menyembah, yang berpergian, yang janda, dan yang dara.

66:6. Wahai orang-orang yang percaya, lindungilah diri-diri kamu dan keluarga kamu daripada Api, bahan bakarnya manusia dan batu, dan di atasnya malaikat-malaikat yang kasar, keras, yang tidak mengingkari Allah pada apa yang Dia perintahkan mereka, dan buat apa yang mereka diperintah.

66:7. “Wahai kamu orang-orang tidak percaya, jangan kemukakan alasan pada hari ini; sesungguhnya kamu hanya dibalas dengan apa kamu buat.”

66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak aibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunkanlah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

66:9. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang tidak percaya dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam – satu kepulangan yang buruk!

66:10. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang tidak percaya – isteri Nuh, dan isteri Lut; kerana mereka adalah di bawah dua daripada hamba-hamba Kami yang salih (baik), tetapi keduanya khianati mereka, maka mereka tidak berguna bagi mereka sedikit pun terhadap Allah; maka dikatakan, “Masuklah kamu berdua ke Api bersama orang-orang yang masuk.”

66:11. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya – isteri Firaun, apabila dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

66:12. Dan Mariam, anak perempuan Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan jadi antara orang-orang yang patuh.

Surah 67
KERAJAAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

67:1. Berkatnya Dia yang di tangan-Nya Kerajaan – Dia berkuasa atas segala sesuatu,

67:2. Yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia uji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun,

67:3. Yang mencipta tujuh langit berlapis-lapis. Kamu tidak lihat pada ciptaan Yang Pemurah sebarang ketidaksempurnaan. Kembalikan pandangan kamu; adakah kamu lihat sebarang rekahan?

67:4. Kemudian kembalikan pandangan kamu lagi, dan lagi, dan pandangan kamu kembali kepada kamu kebingungan, keletihan.

67:5. Dan Kami hiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab yang Menyala.

67:6. Dan bagi orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka ialah azab Jahanam – satu kepulangan yang buruk!

67:7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengarnya mengeluh, sedang ia mendidih,

67:8. Dan hampir-hampir terpecah dengan kemarahan. Setiap kali sekumpulan dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaganya tanya mereka, “Tidakkah datang pemberi amaran kepada kamu?”

67:9. Mereka berkata, “Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami dustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak turunkan sesuatu; kamu hanya dalam kesesatan yang besar.’”

67:10. Dan mereka berkata, “Sekiranya kami mendengarkan, atau memahami, tentu kami tidak jadi penghuni-penghuni Menyala.”

67:11. Lalu mereka mengakui kesalahan-kesalahan mereka. Celakalah penghuni-penghuni Menyala!

67:12. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka yang dalam keadaan ghaib, bagi mereka ampunan dan upah yang besar.

67:13. Rahsiakanlah ucapan kamu, atau umumkanlah ia, Dia tahu apa yang di dalam dada.

67:14. Tidakkah Dia tahu apa yang Dia cipta? Dia Yang Halus, Yang Menyedari.

67:15. Dia yang buatkan bumi patuh untuk kamu; maka berjalanlah di lorong-lorongnya, dan makanlah daripada rezeki-Nya; kepada-Nya Kebangkitan.

67:16. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan buat bumi telankamu sedang ia bergoncang?

67:17. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan utus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu akan tahu bagaimanakah dengan amaran-Ku?

67:18. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan; maka bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

67:19. Tidakkah mereka renungkan burung-burung di atas mereka mengembangkan sayap-sayap mereka, dan mengatupkannya? Tiada yang menahan mereka kecuali Yang Pemurah. Sesungguhnya Dia lihat segala sesuatu.

67:20. Atau, siapakah ini, dia yang akan jadi tentera bagi kamu untuk menolong kamu, selain daripada Yang Pemurah? Orang-orang tidak percaya hanya dalam keadaan tertipu.

67:21. Atau, siapakah ini, yang akan beri rezeki untuk kamu jika Dia menahan rezeki-Nya? Tidak, tetapi mereka berterusan dalam penghinaan dan pelarian.

67:22. Apa, adakah orang yang berjalan terlungkup di atas mukanya (wajahnya) lebih dapat petunjuk daripada orang yang berjalan tegak di atas jalan lurus?

67:23. Katakanlah, “Dia yang tumbuhkan kamu, dan buatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit syukur (terima kasih) kamu tunjukkan!”

67:24. Katakanlah, “Dia yang kembangbiakkan kamu di bumi, dan kepada-Nya kamu dikumpulkan.”

67:25. Mereka berkata, “Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?”

67:26. Katakanlah, “Pengetahuannya hanya di sisi Allah; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.”

67:27. Kemudian, apabila mereka melihatnya dekat, boleh dicapai, muka-muka orang-orang tidak percaya jadi dukacita dan dikatakan, “Inilah apa yang kamu seru!”

67:28. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika Allah musnahkan aku dan orang-orang bersamaku, atau mengasihani kami? Maka siapakah yang melindungi orang-orang tidak percaya daripada azab yang pedih?”

67:29. Katakanlah, “Dia Yang Pemurah. Kami percaya kepada-Nya, dan kepada-Nya kami tawakal. Kamu pasti akan tahu siapa dia yang dalam kesesatan yang nyata.”

67:30. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika pada waktu pagi air kamu resap ke dalam tanah, kemudian siapakah yang akan datangkan kepada kamu air yang mengalir?”

Surah 68
PENA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

68:1. Nun. Demi pena, dan apa yang mereka tulis.

68:2. Kamu bukan, dengan rahmat Pemelihara kamu, seorang yang dirasuk.

68:3. Sesungguhnya kamu dapati upah yang tidak putus-putus.

68:4. Sesungguhnya kamu adalah di atas budi pekerti yang besar.

68:5. Maka kamu akan lihat, dan mereka akan lihat,

68:6. Siapa antara kamu yang diuji.

68:7. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.

68:8. Maka jangan kamu taati orang-orang yang dustakan.

68:9. Mereka inginkan supaya kamu berkompromi, kemudian mereka berkompromi.

68:10. Dan jangan kamu taati setiap orang yang bersumpah, yang keji,

68:11. Pemfitnah yang berjalan-jalan dengan fitnahan,

68:12. Penghalang kebaikan, pencabul yang berdosa,

68:13. Berbudi kasar; tambahan pula, berkelakuan keji,

68:14. Kerana dia mempunyai harta dan anak-anak.

68:15. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berkata, “Dongeng orang-orang dahulu kala!”

68:16. Kami akan beri dia tanda di atas muncung!

68:17. Sesungguhnya Kami uji mereka sebagaimana Kami uji pemilik-pemilik kebun apabila mereka bersumpah bahawa mereka akan memetik pada waktu pagi,

68:18. Dan mereka tidak buat pengecualian.

68:19. Kemudian satu kunjungan daripada Pemelihara kamu mengunjunginya sedang mereka tidur,

68:20. Dan pada waktu pagi, ia adalah seperti kebun yang sudah dipetik.

68:21. Pada waktu pagi, mereka memanggil satu sama lain,

68:22. “Berangkatlah awal ke tanaman kamu, jika kamu hendak memetik!”

68:23. Maka mereka bertolak; mereka saling berbisik,

68:24. “Kepada kamu, tiada orang miskin dibenarkan masuk pada hari ini.”

68:25. Dan mereka berangkat awal, dengan menetapkan tujuan mereka.

68:26. Tetapi apabila mereka melihatnya, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang sesat,

68:27. Tidak, bahkan kami orang-orang disamun!”

68:28. Berkata yang paling tengah daripada mereka, “Tidakkah aku kata kepada kamu, ‘Mengapa kamu tidak sanjung?’”

68:29. Mereka berkata, “Allah disanjung, Pemelihara kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang zalim.”

68:30. Dan mereka mendekati, sebahagian mereka kepada sebahagian lain, menyalahkan satu sama lain.

68:31. Mereka berkata, “Aduhai, celakalah kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang melampaui batas.

68:32. Mudah-mudahan Pemelihara kami tukarkan bagi kami dengan yang lebih baik daripadanya; kepada Pemelihara kami, kami harapkan.”

68:33. Seperti itulah azab; dan azab akhirat adalah lebih besar jika mereka tahu.

68:34. Sesungguhnya bagi orang-orang bertakwa ialah Taman-Taman Kebahagiaan dengan Pemelihara mereka.

68:35. Apa, adakah Kami akan buat orang-orang muslim seperti orang-orang yang berdosa?

68:36. Mengapakah dengan kamu, bagaimanakah kamu hakimkan?

68:37. Atau, adakah kamu sebuah Kitab, di dalamnya kamu pelajari,

68:38. Yang di dalamnya bagi kamu apa yang kamu pilih?

68:39. Atau, adakah bagi kamu sumpah-sumpah daripada Kami sampai Hari Kiamat, bahawa bagi kamu apa sahaja kamu putuskan?

68:40. Tanyalah mereka, siapakah antara mereka yang menjamin terhadap itu!

68:41. Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu? Maka hendaklah mereka datangkan sekutu-sekutu mereka, jika mereka berkata benar.

68:42. Pada hari apabila betis disingkap, dan mereka diseru untuk bersujud, tetapi mereka tidak boleh.

68:43. Pandangan mereka merendah, kehinaan menutupi mereka, kerana mereka telah diseru untuk bersujud sedang mereka sejahtera.

68:44. Maka tinggalkan Aku bersama orang yang dustakan hadis ini! Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak tahu,

68:45. Dan Aku tangguhkan mereka – sesungguhnya muslihat-Ku teguh.

68:46. Atau, adakah kamu minta kepada mereka upah, lalu mereka diberatkan dengan hutang?

68:47. Atau, adakah yang ghaib di sisi mereka, lalu mereka menulisnya?

68:48. Maka sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan jangan jadi seperti Teman Ikan, apabila dia memanggil, tercekik di dalam dirinya.

68:49. Sekiranya tidak kerana rahmat Pemeliharanya, tentu dia dilemparkan ke tanah yang terbiar, dalam keadaan terkutuk.

68:50. Tetapi Pemeliharanya memilihnya, dan Dia letakkannya di kalangan orang-orang salih.

68:51. Orang-orang tidak percaya hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, apabila mereka dengar Peringatan, dan mereka berkata, “Sesungguhnya dia orang yang dirasuk!”

68:52. Dan tiadalah ia, melainkan Peringatan bagi semua alam.

Surah 69
YANG PASTI

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

69:1. Yang Pasti!

69:2. Apakah ia Yang Pasti?

69:3. Dan tahukah kamu apakah ia Yang Pasti?

69:4. Tsamud dan Ad telah dustakan yang Mengetukkan.

69:5. Bagi Tsamud, mereka dimusnahkan dengan bunyi yang keras.

69:6. Dan bagi Ad, mereka dimusnahkan dengan angin yang sangat bising, yang sangat kencang.

69:7. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu lihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh.

69:8. Maka adakah kamu lihat mana yang kekal antara mereka?

69:9. Dan Firaun, dan orang-orang sebelumnya, dan kota-kota yang telah musnah – mereka mendatangkan kesalahan,

69:10. Dan mereka menentang Rasul Pemelihara mereka, dan Dia ambil mereka dengan ambilan yang tiada taranya.

69:11. Sesungguhnya, apabila air naik, Kami bawa kamu di dalam kapal yang berlayar,

69:12. Supaya Kami membuatnya satu peringatan bagi kamu, dan bagi telinga-telinga yang peduli, mempedulikan.

69:13. Maka, apabila trompet ditiup dengan sekali tiupan,

69:14. Dan bumi dan gunung-gunung dibawa, dan dihancurkan dengan satu pukulan,

69:15. Kemudian, pada hari itu, Peristiwa Besar terjadi,

69:16. Dan langit terpecah, kerana pada hari itu ia jadi lemah,

69:17. Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu.

69:18. Pada hari itu, kamu dikemukakan, tiada rahsia daripada kamu tersembunyi.

69:19. Kemudian bagi orang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, “Mari, bacalah kitabku!

69:20. Sesungguhnya aku sangka aku akan temui hitunganku.”

69:21. Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan hati,

69:22. Di dalam Taman yang tinggi,

69:23. Tandan-tandannya dekat untuk dicapai.

69:24. “Makan dan minumlah dengan puas dan cukup kerana apa yang kamu telah dahulukan dahulu pada hari-hari yang lalu.”

69:25. Tetapi bagi orang diberi kitabnya di tangan kirinya, dia akan berkata, “Sekiranya aku tidak diberi kitabku,

69:26. Dan tidak tahu hitunganku!

69:27. Alangkah baiknya jika ia adalah penamat!

69:28. Hartaku tidak berguna bagiku,

69:29. Kuasaku hilang daripadaku.”

69:30. “Ambillah dia, dan belenggukanlah dia,

69:31. Dan kemudian panggangkanlah dia di dalam Jahim,

69:32. Kemudian pada rantai tujuh puluh hasta panjangnya, selitkan dia!

69:33. Sesungguhnya dia tidak pernah percayai Allah Yang Agung,

69:34. Dan dia tidak menggesa untuk memberi makan orang-orang miskin.

69:35. Maka dia, pada hari ini, tidak ada seorang sahabat yang setia di sini,

69:36. Dan tiada juga sebarang makanan kecuali nanah,

69:37. Yang tiada, kecuali orang-orang yang bersalah makan.”

69:38. Tidak! Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat,

69:39. Dan dengan apa yang kamu tidak lihat,

69:40. Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia.

69:41. Ia bukan ucapan seorang penyair; sedikit sekali kamu percayai,

69:42. Dan bukan juga ucapan seorang tukang tilik; sedikit sekali kamu mengingati.

69:43. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam.

69:44. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,

69:45. Tentu Kami ambilnya dengan tangan kanan,

69:46. Kemudian pasti Kami potong urat jantungnya,

69:47. Dan tiada seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.

69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang bertakwa.

69:49. Tetapi Kami tahu bahawa antara kamu ada yang dustakan.

69:50. Sesungguhnya ia adalah satu penyesalan bagi orang-orang tidak percaya,

69:51. Dan sesungguhnya ia adalah yang benar yang diyakini.

69:52. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.

Surah 70
TANGGA-TANGGA NAIK

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

70:1. Seorang penanya tanya mengenai azab yang akan jatuh,

70:2. Untuk orang-orang tidak percaya, di mana tiada sesiapa pun yang menghindarkan,

70:3. Daripada Allah, yang mempunyai tangga-tangga naik.

70:4. Kepada-Nya malaikat-malaikat dan Roh naik dalam sehari yang ukurannya lima puluh ribu tahun.

70:5. Maka sabarlah kamu dengan kesabaran yang manis.

70:6. Sesungguhnya mereka melihatnya seperti ia jauh,

70:7. Tetapi Kami melihatnya dekat.

70:8. Pada hari apabila langit jadi seperti leburan tembaga merah,

70:9. Dan gunung-gunung jadi seperti bulu berjumbai,

70:10. Tiada sahabat setia menanyai sahabat setia,

70:11. Sedang mereka saling melihat antara mereka. Orang yang berdosa inginkan bahawa dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak-anaknya,

70:12. Dan isterinya yang temannya, dan saudaranya,

70:13. Dan keluarganya yang melindunginya,

70:14. Dan sesiapa di bumi, kesemuanya, untuk selamatkannya.

70:15. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya ia sebuah relau,

70:16. Meregutkan kulit kepala,

70:17. Ia menyeru orang yang membelakang dan berpaling,

70:18. Yang menghimpunkan dan menyorokkan.

70:19. Sesungguhnya manusia dicipta selalu risau dan gelisah,

70:20. Apabila kejahatan sentuh dia, dia tidak sabar,

70:21. Apabila kebaikan sentuh dia, dia iri hati,

70:22. Kecuali orang-orang yang menyembah,

70:23. Dan meneruskan solat mereka,

70:24. Orang-orang yang pada harta mereka ada hak yang diketahui,

70:25. Untuk orang yang meminta-minta, dan orang yang merempat,

70:26. Yang mengesahkan Hari Agama (Pengadilan),

70:27. Dan takut akan azab Pemelihara mereka.

70:28. Terhadap azab Pemelihara mereka, tiada sesiapa yang berasa aman.

70:29. Dan jaga kemaluan mereka,

70:30. Kecuali daripada isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, maka mereka tidak tercela,

70:31. Tetapi sesiapa yang mencari lebih daripada itu, merekalah orang-orang yang derhaka,

70:32. Dan yang mengawasi amanat mereka, dan perjanjian mereka,

70:33. Dan yang menegakkan kesaksian mereka,

70:34. Dan yang menjaga solat mereka.

70:35. Mereka itu di dalam Taman, amat dimuliakan.

70:36. Mengapakah dengan orang-orang tidak percaya berlari dengan menjulurkan leher ke arah kamu,

70:37. Di kanan dan di kiri berkelompok-kelompok?

70:38. Apa, adakah setiap lelaki daripada mereka inginkan supaya dimasukkan ke sebuah Taman Kebahagiaan?

70:39. Sekali-kali tidak; kerana Kami cipta mereka daripada apa yang mereka tahu.

70:40. Tidak! Aku bersumpah dengan Pemelihara Timur-Timur dan Barat-Barat, sesungguhnya Kami berkuasa,

70:41. Untuk menukar dengan yang lebih baik daripada mereka; Kami tidak didahului.

70:42. Maka tinggalkan mereka bersendiri untuk terjun dan bermain-main sehingga mereka menemui hari mereka yang mereka dijanjikan,

70:43. Pada hari mereka keluar dari makam-makam dengan cepat, seakan-akan mereka bersegera kepada berhala-berhala mereka,

70:44. Merendahkan pandangan mereka, kehinaan menutupi mereka. Itu hari yang mereka dijanjikan.

Surah 71
NUH

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

71:1. Kami utus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”

71:2. Dia berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,

71:3. ‘Hendaklah kamu sembah Allah, dan takutilah Dia, dan taatlah kepadaku,

71:4. Dan Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke suatu tempoh yang dinyatakan; tempoh Allah, apabila ia datang, tidak boleh ditangguhkan, jika kamu tahu.”

71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah seru kaumku malam dan siang,

71:6. Tetapi seruanku hanya menambahkan mereka dalam pelarian.

71:7. Dan setiap kali aku seru mereka supaya Engkau ampunkan mereka, mereka letak jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombong, sesombong-sombongnya.

71:8. Kemudian sesungguhnya, aku seru mereka dengan terang-terang,

71:9. Kemudian sesungguhnya, aku berbicara secara terbuka kepada mereka, dan aku berbicara kepada mereka secara rahsia,

71:10. Dan aku kata, ‘Mintalah ampun kepada Pemelihara kamu; sesungguhnya Dia adalah Pengampun,

71:11. Dia akan utus langit kepada kamu dengan hujan lebat,

71:12. Dan bantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan buatkan untuk kamu kebun-kebun, dan buatkan untuk kamu sungai-sungai.

71:13. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mengharapkan keagungan pada Allah,

71:14. Memandangkan Dia cipta kamu berperingkat?

71:15. Tidakkah kamu renungkan bagaimana Allah cipta tujuh langit berlapis-lapis,

71:16. Dan buatkan bulan padanya untuk cahaya, dan buatkan matahari untuk lampu?

71:17. Dan Allah tumbuhkan kamu daripada bumi dengan penumbuhan,

71:18. Kemudian Dia kembalikan kamu ke dalamnya, dan keluarkan kamu dengan pengeluaran.

71:19. Dan Allah letak bumi untuk kamu sebagai hamparan,

71:20. Supaya padanya kamu menyeliti jalan-jalan, jurang-jurang.’”

71:21. Nuh berkata, “Wahai Pemeliharaku, mereka menentang aku, dan ikut orang yang hartanya dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya kecuali dalam kerugian,

71:22. Dan buat tipu daya dengan tipu daya yang besar,

71:23. Dan mereka berkata, ‘Jangan tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan tinggalkan Wadd, dan jangan juga Suwaa, Yaghut, Yakuq, dan jangan juga Nasr.’

71:24. Dan mereka sudah sesatkan ramai. Janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim kecuali dalam kesesatan!”

71:25. Disebabkan pelanggaran-pelanggaran mereka, mereka ditenggelamkan, dan dimasukkan ke Api, maka mereka tidak dapati, selain daripada Allah, sesiapa untuk menolong mereka.

71:26. Dan Nuh berkata, “Wahai Pemeliharaku, janganlah tinggalkan di atas bumi orang-orang tidak percaya, walaupun seorang.

71:27. Sesungguhnya jika Engkau tinggalkan mereka, mereka akan sesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.

71:28. Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”

Surah 72
JIN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

72:1. Katakanlah, “Diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah dengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan,

72:2. Ia beri petunjuk pada yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami tidak akan sekutukan Pemelihara kami dengan sesiapa.

72:3. Dan bahawasanya tingginya kebesaran Pemelihara kami! – tidak ambil kepada-Nya sama ada isteri atau anak.

72:4. Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan,

72:5. Dan kami sangka manusia dan jin tidak akan mengatakan dusta terhadap Allah.

72:6. Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian,

72:7. Dan mereka sangka, sebagaimana kamu sangka, bahawa Allah tidak akan bangkitkan sesiapa.

72:8. Dan kami menjulur ke langit, tetapi kami dapati ia dipenuhi dengan penjaga-penjaga yang keras, dan tahi-tahi bintang.

72:9. Kami telah duduk di sana di tempat-tempat duduk untuk mendengar; tetapi sesiapa yang mendengarkan sekarang akan dapati tahi bintang yang menunggunya.

72:10. Maka kami tidak tahu sama ada kejahatan dihendaki bagi orang-orang di bumi, atau sama ada Pemelihara mereka hendak kelurusan bagi mereka.

72:11. Dan sebahagian daripada kami adalah salih, dan sebahagian daripada kami tidak demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan.

72:12. Sesungguhnya kami sangka kami tidak dapat kandaskan Allah di bumi, dan tidak juga mengandaskan-Nya dengan melarikan diri.

72:13. Apabila kami dengar petunjuk, kami percaya kepadanya; dan sesiapa yang percayai Pemeliharanya, dia tidak takut akan pengurangan, dan tidak juga kekejian.

72:14. Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati,

72:15. Tetapi bagi mereka yang menyimpang, mereka jadi kayu api untuk Jahanam!”

72:16. Sekiranya mereka lurus (tegak) di atas jalan (tarekat), tentu Kami beri mereka minum daripada air yang melimpah,

72:17. Supaya Kami uji mereka dengannya. Dan sesiapa berpaling daripada Peringatan Pemeliharanya, Dia mengasakkannya kepada azab yang keras.

72:18. Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka jangan seru, berserta Allah, sesiapa pun.

72:19. Apabila hamba Allah berdiri menyeru-Nya, mereka hampir-hampir mengerumuninya.

72:20. Katakanlah, “Aku hanya seru Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan dengan-Nya sesiapa.”

72:21. Katakanlah, “Sesungguhnya aku tidak miliki kuasa kepada kamu, sama ada untuk mudarat atau untuk kelurusan.”

72:22. Katakanlah, “Daripada Allah, yang melindungi aku tiada sesiapa, dan aku dapati, selain daripada-Nya, tiada perlindungan,

72:23. Melainkan satu Penyampaian daripada Allah, dan Mesej-Mesej-Nya. Dan sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya, baginya api Jahanam; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya.”

72:24. Sehingga, apabila mereka lihat apa yang mereka dijanjikan, maka mereka tahu siapa yang lebih lemah penolong-penolongnya, dan lebih sedikit bilangannya.

72:25. Katakanlah, “Aku tidak tahu sama ada apa yang kamu dijanjikan dekat, atau sama ada Pemeliharaku buatkan untuknya satu tempoh yang panjang.

72:26. Yang Tahu yang ghaib, dan Dia tidak beritahu yang ghaib-Nya kepada sesiapa,

72:27. Melainkan hanya kepada Rasul yang Dia relai dengannya; kemudian Dia susupkan di hadapannya dan di belakangnya pengawas-pengawas,

72:28. Supaya Dia tahu bahawa mereka telah sampaikan Mesej-Mesej Pemelihara mereka; dan Dia meliputi segala apa yang ada pada mereka, dan Dia jumlahkan segala sesuatu dengan bilangan.

Surah 73
YANG BERSELIMUT

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

73:1. Wahai kamu yang berselimut,

73:2. Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit,

73:3. Separuh daripadanya, atau kurangkan sedikit,

73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.

73:5. Sesungguhnya Kami akan lemparkan kepada kamu ucapan yang berat.

73:6. Sesungguhnya bahagian pertama malam lebih berat dalam pijakan, dan lebih tegak dalam ucapan.

73:7. Sesungguhnya pada siang hari kamu ada pekerjaan yang panjang.

73:8. Dan ingatlah nama Pemelihara kamu, dan abdilah kepada-Nya dengan pengabdian yang bersungguh-sungguh.

73:9. Pemelihara Timur dan Barat; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka ambillah Dia sebagai Wakil.

73:10. Dan sabarlah kamu terhadap apa mereka kata, dan tinggalkan mereka dengan tinggalan yang manis.

73:11. Tinggalkan Aku dengan orang-orang yang dustakan, yang mewah, dan tangguhkan mereka sedikit,

73:12. Kerana di sisi Kami ada belenggu-belenggu, dan Jahim,

73:13. Dan makanan yang mencekik kerongkong, dan azab yang pedih,

73:14. Pada hari apabila bumi dan gunung-gunung bergentar, dan gunung-gunung jadi timbunan pasir yang tercurah.

73:15. Sesungguhnya Kami utus kepada kamu seorang Rasul sebagai saksi ke atas kamu, sebagaimana Kami utus kepada Firaun seorang Rasul.

73:16. Tetapi Firaun menentang Rasul itu, maka Kami ambil dia dengan ambilan yang kejam.

73:17. Maka, jika kamu tidak percaya, bagaimanakah kamu akan bertakwa (menjaga diri) daripada satu hari yang buatkan kanak-kanak beruban?

73:18. Kerananya langit terbelah, dan janji-Nya dilakukan.

73:19. Sesungguhnya ini Peringatan; maka sesiapa hendak, akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan.

73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

Surah 74
YANG BERSELUBUNG

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

74:1. Wahai kamu yang berselubung,

74:2. Bangun, dan berilah amaran!

74:3. Dan Pemelihara kamu, agungkanlah,

74:4. Dan pakaian kamu, bersihkan,

74:5. Dan kecemaran, tinggalkanlah!

74:6. Jangan berbudi, dengan mengharapkan pulangan yang lebih banyak,

74:7. Dan sabarlah untuk Pemelihara kamu.

74:8. Kerana apabila trompet dibunyikan,

74:9. Hari itu hari yang besar,

74:10. Bagi orang-orang tidak percaya, tidak mudah.

74:11. Tinggalkan Aku dengan orang yang Aku cipta sendirian,

74:12. Dan buatkan baginya harta yang banyak,

74:13. Dan anak-anak hadir,

74:14. Dan buatkan segalanya licin baginya, selicin-licinnya.

74:15. Kemudian dia inginkan supaya Aku menambahkan.

74:16. Tidak sekali-kali! Dia berdegil terhadap ayat-ayat Kami,

74:17. Dan Aku akan paksa dia kepada satu pendakian yang sukar.

74:18. Sesungguhnya, dia fikirkan dan menetapkan,

74:19. Kematian mengambilnya, bagaimanakah dia menetapkan!

74:20. Lagi, kematian mengambilnya, bagaimanakah dia menetapkan!

74:21. Kemudian dia perhatikan,

74:22. Kemudian dia bermuka masam, dan bertambah masam,

74:23. Kemudian dia berundur, dan menyombong.

74:24. Dia berkata, “Tiadalah ini, melainkan sihir yang direka-reka,

74:25. Tiadalah ini, melainkan ucapan manusia.”

74:26. Sungguh, Aku akan memanggangkan dia di dalam Saqar,

74:27. Dan tahukah kamu apa ia Saqar?

74:28. Ia tidak membiarkan, dan tidak juga meninggalkan seseorang,

74:29. Yang menghanguskan manusia.

74:30. Di atasnya sembilan belas.

74:31. Kami lantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami buatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya, supaya orang-orang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah hendak dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan tiada yang tahu tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan peringatan bagi manusia.

74:32. Tidak sekali-kali! Demi bulan,

74:33. Dan malam apabila ia berundur,

74:34. Dan subuh (pagi) apabila ia menyinari,

74:35. Sesungguhnya ia satu daripada yang paling besar,

74:36. Sebagai satu pemberi amaran bagi manusia,

74:37. Bagi sesiapa antara kamu yang hendak maju atau mundur.

74:38. Tiap-tiap jiwa ditanggungkan dengan apa ia usahakan,

74:39. Melainkan Teman Kanan,

74:40. Di dalam Taman-Taman, mereka saling bertanya,

74:41. Mengenai orang-orang yang berdosa,

74:42. “Apakah yang mengasakkan kamu ke dalam Saqar?”

74:43. Mereka berkata, “Kami tidak termasuk orang-orang yang menyembah,

74:44. Dan kami tidak memberi makan orang-orang miskin,

74:45. Dan kami terjun bersama orang-orang yang terjun,

74:46. Dan kami dustakan Hari Agama (Pengadilan),

74:47. Sehingga yang Yakin datang kepada kami.”

74:48. Kemudian pengantaraan daripada pengantara-pengantara tidak bermanfaat kepada mereka.

74:49. Mengapakah dengan mereka, bahawa mereka berpaling daripada Peringatan,

74:50. Seakan-akan mereka keledai yang terkejut,

74:51. Yang lari di hadapan singa?

74:52. Tidak, tiap-tiap lelaki antara mereka hendak supaya diberi naskhah-naskhah gulungan yang terbuka.

74:53. Tidak sekali-kali! Tetapi mereka tidak takut akan akhirat.

74:54. Tidak sekali-kali! Sesungguhnya ia Peringatan,

74:55. Maka sesiapa yang hendak akan mengingatinya.

74:56. Dan mereka tidak mengingatinya, kecuali apa yang Allah hendaki; Dia yang wajar ditakwakan, dan wajar untuk ampunan.

Surah 75
HARI KIAMAT

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

75:1. Tidak! Aku bersumpah dengan Hari Kiamat.

75:2. Tidak! Aku bersumpah dengan jiwa yang mencela.

75:3. Apa, adakah manusia sangka Kami tidak akan kumpul tulang-tulangnya?

75:4. Ia, Kami berkuasa untuk membentukkan semula jari-jarinya.

75:5. Tidak, tetapi manusia hendak buat jahat di hadapannya,

75:6. Dengan menanyai, “Bilakah Hari Kiamat?”

75:7. Tetapi apabila pandangan jadi keliru,

75:8. Dan bulan digerhanakan (ditelan),

75:9. Dan matahari dan bulan dikumpulkan bersama,

75:10. Pada hari itu, manusia berkata, “Ke mana hendak lari?”

75:11. Tidak sekali-kali! Tidak ada tempat berlindung.

75:12. Pada hari itu, tempat menginap adalah kepada Pemelihara kamu.

75:13. Pada hari itu, manusia diberitahu apa yang dia telah dahulukan, dan yang dia tangguhkan.

75:14. Tidak, manusia jadi satu bukti yang nyata terhadap dirinya,

75:15. Walaupun dia lemparkan alasan-alasannya.

75:16. Jangan menggerakkan lidah kamu dengannya untuk menyegerakannya,

75:17. Atas Kamilah untuk mengumpulkannya, dan untuk membacakannya.

75:18. Maka, apabila Kami membacanya, kamu ikutlah bacaannya.

75:19. Kemudian atas Kamilah untuk menjelaskannya.

75:20. Tidak sekali-kali! Tetapi kamu cintai yang cepat (dunia),

75:21. Dan tinggalkan akhirat.

75:22. Pada hari itu, muka-muka berseri-seri,

75:23. Memandangi Pemelihara mereka,

75:24. Dan pada hari itu, muka-muka masam,

75:25. Kamu sangka kecelakaan akan diperbuatkan kepada mereka.

75:26. Tidak sekali-kali! Apabila ia sampai di tulang-tulang selangka,

75:27. Dan dikatakan, “Siapakah dia penjampi?”

75:28. Dan dia sangka ia adalah perpisahan,

75:29. Dan betis bertaut dengan betis,

75:30. Pada hari itu, kepada Pemelihara kamu penghalauannya.

75:31. Kerana dia tidak mengesahkan, dan tidak menyembah,

75:32. Tetapi dia dustakannya, dan dia berpaling,

75:33. Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong.

75:34. Lebih dekat dengan kamu, dan lebih dekat,

75:35. Kemudian lebih dekat dengan kamu, dan lebih dekat!

75:36. Apa, adakah manusia sangka dia akan dibiarkan berjalan-jalan sewenang-wenangnya?

75:37. Bukankah dia setitis mani yang ditumpahkan?

75:38. Kemudian dia setitik dadih darah, dan Dia ciptakan, dan Dia membentukkan,

75:39. Dan Dia buatkan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.

75:40. Apa, tidakkah Dia berkuasa untuk menghidupkan yang mati?

Surah 76
MANUSIA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

76:1. Bukankah telah datang kepada manusia satu waktu daripada masa apabila ia adalah sesuatu yang tidak diingatkan?

76:2. Kami cipta manusia daripada setitis mani, satu percampuran, mengujinya; dan Kami buatkan dia mendengar, melihat.

76:3. Sesungguhnya Kami memberinya petunjuk pada jalan, sama ada dia berterima kasih, atau tidak berterima kasih (kafir).

76:4. Sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya, rantai-rantai, dan belenggu-belenggu, dan yang Menyala.

76:5. Sesungguhnya orang-orang yang taat akan minum daripada sebuah piala yang campurannya kamfor,

76:6. Sebuah mata air, yang meminumnya hamba-hamba Allah, dengan memancarkannya berlimpah-limpah.

76:7. Mereka tepati nazar mereka, dan takut akan suatu hari yang kejahatannya merata ke mana-mana.

76:8. Mereka memberi makan, kerana mencintai-Nya, kepada orang miskin, dan anak yatim, dan tawanan,

76:9. “Kami memberi makan kepada kamu hanya kerana mengharapkan Wajah Allah; kami tidak hendak balasan daripada kamu, dan tidak juga kesyukuran,

76:10. Kerana kami takut, daripada Pemelihara kami, akan suatu hari yang muram, mendatangkan kecelakaan.”

76:11. Maka Allah lindung mereka daripada kejahatan hari itu, dan dapatkan untuk mereka cahaya dan kegembiraan,

76:12. Dan balas mereka kerana mereka sabar dengan sebuah Taman, dan sutera,

76:13. Di dalamnya mereka bersandar di atas sofa; di dalamnya mereka tidak lihat matahari, dan tidak juga kedinginan yang sangat.

76:14. Dekat mereka tempat teduhnya, dan tandan-tandannya direndahkan serendah-rendahnya,

76:15. Dan dikelilingkan kepada mereka bejana-bejana perak, dan piala-piala kristal,

76:16. Kristal daripada perak mereka ukur dengan suatu ukuran.

76:17. Dan di dalamnya mereka diberi minum dengan sebuah piala yang campurannya halia,

76:18. Di dalamnya sebuah mata air yang dinamakan Salsabil.

76:19. Kanak-kanak yang hidup kekal berkeliling di sekitar mereka; apabila kamu lihat mereka, kamu sangka mereka mutiara-mutiara yang bertaburan,

76:20. Apabila kamu lihat mereka, kamu lihat kebahagiaan dan kerajaan yang besar.

76:21. Bagi mereka adalah pakaian hijau daripada sutera, dan broked; mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang perak, dan Pemelihara mereka beri mereka minum dengan minuman yang bersih.

76:22. “Sesungguhnya inilah balasan untuk kamu, dan usaha kamu disyukuri.”

76:23. Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur’an kepada kamu, satu penurunan,

76:24. Maka sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan jangan taati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya.

76:25. Dan ingatlah (sebutlah) nama Pemelihara kamu pada awal pagi dan petang,

76:26. Dan sebahagian daripada malam; sujudlah kepada-Nya, dan sanjunglah Dia melintasi malam yang panjang.

76:27. Sesungguhnya mereka ini mencintai yang cepat (dunia), dan tinggalkan di belakang mereka satu hari yang berat.

76:28. Kami cipta mereka, dan Kami menguatkan persendian mereka; dan apabila Kami hendaki, Kami tukar dengan yang serupa mereka, dengan pertukaran.

76:29. Sesungguhnya ini Peringatan; maka sesiapa hendak, akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan.

76:30. Tetapi kamu tidak hendaki kecuali Allah hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

76:31. Dia masukkan ke dalam pengasihan-Nya sesiapa Dia hendaki; dan orang-orang zalim, Dia sediakan bagi mereka azab yang pedih.

Surah 77
YANG DIUTUS

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

77:1. Demi yang diutus dengan berturut-turut,

77:2. Dan bertiup dengan kencang,

77:3. Demi yang menaburkan, bertaburan,

77:4. Dan yang memutuskan, seputus-putusnya,

77:5. Dan yang melemparkan Peringatan,

77:6. Alasan atau amaran,

77:7. Sesungguhnya apa yang kamu dijanjikan hampir jatuh!

77:8. Apabila bintang-bintang dihapuskan,

77:9. Apabila langit dibelah,

77:10. Apabila gunung-gunung ditaburkan,

77:11. Dan apabila waktu Rasul-Rasul ditetapkan,

77:12. Hingga hari apakah mereka ditangguhkan?

77:13. Hingga Hari Ketetapan.

77:14. Dan tahukah kamu apakah ia Hari Ketetapan?

77:15. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:16. Tidakkah Kami telah musnahkan orang-orang dahulu kala,

77:17. Dan kemudian mengikutkan mereka dengan orang-orang yang akhir?

77:18. Begitulah Kami buat terhadap orang-orang yang berdosa.

77:19. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:20. Tidakkah Kami cipta kamu daripada air yang keji,

77:21. Yang Kami letak di dalam tempat yang kukuh,

77:22. Hingga satu waktu yang diketahui, ditetapkan?

77:23. Kami tentukan; sangat baiknya penentu ialah Kami.

77:24. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:25. Tidakkah Kami buatkan bumi untuk menjadi tempat berkumpul,

77:26. Bagi yang hidup dan yang mati?

77:27. Tidakkah Kami buatkan padanya gunung-gunung yang tinggi? Beri kamu minum dengan air yang sangat enak?

77:28. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:29. Bertolaklah kepada apa yang kamu telah dustakan!

77:30. Bertolaklah ke lindungan yang mempunyai tiga cabang,

77:31. Tidak meneduhkan terhadap api yang menyala-nyala,

77:32. Yang membalingkan bunga api seperti istana,

77:33. Seolah-olah ia unta-unta keemasan.

77:34. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:35. Inilah hari mereka tidak berkata-kata,

77:36. Dan tidak juga mereka diizinkan, dan beri alasan.

77:37. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:38. “Inilah Hari Ketetapan; Kami kumpul kamu dengan orang-orang dahulu kala.

77:39. Jika kamu ada muslihat, maka tipu muslihatlah Aku!”

77:40. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:41. Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada dalam lindungan dan mata air,

77:42. Dan buah-buahan seperti mereka inginkan.

77:43. “Makan dan minumlah dengan puas dan cukup, kerana apa kamu buat.”

77:44. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

77:45. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:46. “Makan dan gembiralah kamu sedikit; kamulah orang-orang yang berdosa!”

77:47. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:48. Apabila dikatakan kepada mereka, “Tunduklah kamu!”, mereka tidak tunduk.

77:49. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!

77:50. Maka dengan hadis apakah sesudah ini mereka akan percayai?

Surah 78
BERITA

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

78:1. Mengenai apakah mereka saling bertanya?

78:2. Mengenai berita besar,

78:3. Yang mengenainya mereka berselisih.

78:4. Tidak sekali-kali! Kelak mereka akan tahu!

78:5. Kemudian, tidak sekali-kali! Kelak mereka akan tahu!

78:6. Tidakkah Kami buatkan bumi sebagai satu buaian,

78:7. Dan gunung-gunung sebagai pasak?

78:8. Dan Kami cipta kamu berpasangan,

78:9. Dan Kami buatkan tidur kamu untuk satu kerehatan,

78:10. Dan Kami buatkan malam untuk satu pakaian,

78:11. Dan Kami buatkan siang untuk satu penghidupan (mata pencarian).

78:12. Dan Kami membinakan di atas kamu tujuh yang kuat,

78:13. Dan Kami buatkan sebuah lampu yang bersinar,

78:14. Dan turunkan dari awan air yang mencurah,

78:15. Supaya Kami keluarkan dengannya biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,

78:16. Dan kebun-kebun yang subur.

78:17. Sesungguhnya Hari Ketetapan ialah satu waktu yang ditetapkan,

78:18. Pada hari trompet ditiup, dan kamu datang berkumpulan-kumpulan,

78:19. Dan langit dibuka, dan jadi pintu-pintu,

78:20. Dan gunung-gunung diperjalankan, dan jadi fatamorgana.

78:21. Sesungguhnya, Jahanam jadi satu perangkap,

78:22. Bagi orang-orang yang melampaui batas, satu tempat kembali,

78:23. Di dalamnya tinggal dalam masa yang panjang,

78:24. Tidak berasa dingin di dalamnya, dan tiada juga sebarang minuman,

78:25. Kecuali air yang mendidih dan nanah,

78:26. Untuk satu balasan yang setimpal.

78:27. Sesungguhnya mereka tidak mengharapkan suatu hitungan,

78:28. Dan mereka dustakan ayat-ayat Kami dengan pendustaan yang sangat.

78:29. Dan segala sesuatu Kami jumlahkan di dalam sebuah Kitab.

78:30. “Rasalah! Kami tidak tambahkan kamu kecuali dalam azab.”

78:31. Sesungguhnya bagi orang-orang bertakwa tempat yang aman,

78:32. Taman-taman dan kebun-kebun anggur,

78:33. Dan perawan-perawan berdada penuh, sebaya,

78:34. Dan sebuah piala yang melimpah.

78:35. Di dalamnya mereka tidak dengar percakapan sia-sia, tiada yang dusta,

78:36. Untuk satu balasan daripada Pemelihara kamu, satu kurniaan, satu hitungan,

78:37. Pemelihara langit dan bumi, dan semua di antara keduanya; Yang Pemurah, dengan-Nya mereka tidak ada kuasa untuk berucap.

78:38. Pada hari apabila Roh dan malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan; mereka tidak berkata-kata kecuali dia yang kepadanya Yang Pemurah izinkan, dan yang berkata benar.

78:39. Itu hari yang benar; maka sesiapa hendak, ambil kepada Pemeliharanya suatu tempat kembali.

78:40. Sesungguhnya Kami beri amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan lihat apa yang tangan-tangannya telah dahulukan, dan orang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”

Surah 79
YANG MEREGUT

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

79:1. Demi yang meregut dengan hebat,

79:2. Dan yang keluarkan dengan kencang,

79:3. Demi yang berenang dengan tenang,

79:4. Dan yang mendahului dengan tiba-tiba,

79:5. Demi yang mengarah satu urusan!

79:6. Pada hari apabila letupan bergentar,

79:7. Dan yang mengiringi mengikutinya,

79:8. Hati-hati pada hari itu berdebar,

79:9. Dan pandangan mereka merendah,

79:10. Mereka berkata, “Apa, adakah kami akan dikembalikan seperti keadaan yang mula-mula?

79:11. Apa, apabila kami telah jadi tulang-tulang yang lama dan terbuang?”

79:12. Mereka berkata, “Itu, jika demikian, adalah ambilan yang merugikan!”

79:13. Tetapi ia hanya satu teriakan,

79:14. Dan tiba-tiba mereka dijagakan.

79:15. Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa?

79:16. Apabila Pemeliharanya memanggilnya di lembah suci, Thuwa.

79:17. “Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya dia melampaui batas.

79:18. Dan katakan, ‘Adakah bagi kamu untuk menyucikan diri kamu,

79:19. Dan aku beri petunjuk kepada kamu pada Pemelihara kamu supaya kamu takut?’”

79:20. Maka dia perlihatkan kepadanya ayat yang besar,

79:21. Tetapi dia dustakan, dan ingkari,

79:22. Kemudian dia berundur, berusaha,

79:23. Kemudian dia kumpulkan dan umumkan,

79:24. Dan dia berkata, “Aku adalah Pemelihara kamu, Yang Tinggi!”

79:25. Maka Allah ambil dia dengan hukuman contoh Akhir Dunia dan yang Pertama.

79:26. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang yang takut!

79:27. Apa, adakah kamu yang lebih kuat dalam ciptaan, atau langit yang Dia bina?

79:28. Dia naikkan bumbungnya, dan mendatarkannya,

79:29. Dan menggelapkan malamnya, dan keluarkan duhanya (paginya).

79:30. Dan bumi, sesudah itu, Dia bentangkannya,

79:31. Daripadanya keluarkan airnya dan padang rumputnya,

79:32. Dan gunung-gunung, Dia letakkannya kukuh,

79:33. Suatu kesenangan bagi kamu dan binatang ternak kamu.

79:34. Kemudian, apabila Malapetaka Besar datang,

79:35. Pada hari apabila manusia mengingati apa yang dia telah usahakan,

79:36. Dan Jahim dihadapkan kepada sesiapa yang melihat,

79:37. Maka, bagi orang yang melampaui batas,

79:38. Dan lebih suka kehidupan dunia,

79:39. Sesungguhnya Jahim adalah tempat menginap.

79:40. Tetapi bagi orang yang takut akan Medan Pemeliharanya, dan melarang jiwa daripada keinginannya,

79:41. Sesungguhnya Taman ialah tempat menginap.

79:42. Mereka tanya kamu mengenai Saat, bilakah ia berlabuh.

79:43. Dengan apakah kamu mengingatkan?

79:44. Kepada Pemelihara kamu kesudahannya.

79:45. Kamu hanya pemberi amaran kepada orang yang takut padanya.

79:46. Ia seakan-akan, pada hari mereka melihatnya, mereka tidak tinggal melainkan untuk waktu petang, atau duhanya (paginya).

Surah 80
BERMUKA MASAM

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

80:1. Dia bermuka masam, dan berpaling,

80:2. Bahawa seorang buta datang kepadanya,

80:3. Dan tahukah kamu, boleh jadi dia menyucikan diri?

80:4. Atau mengingati, lalu peringatan bermanfaat kepadanya.

80:5. Tetapi orang yang berasa kaya,

80:6. Kepadanya kamu layan,

80:7. Walaupun ia tidaklah atas kamu jika dia tidak menyucikan dirinya.

80:8. Dan orang yang datang kepada kamu dengan bersegera,

80:9. Dan takut-takut,

80:10. Kepadanya kamu tidak pedulikan.

80:11. Tidak sekali-kali! Ia adalah Peringatan,

80:12. Dan sesiapa hendak akan mengingatinya,

80:13. Pada naskhah-naskhah gulungan yang dimuliakan,

80:14. Dinaikkan, dibersihkan,

80:15. Oleh tangan-tangan para jurutulis,

80:16. Yang mulia, yang taat.

80:17. Binasalah manusia! Betapa tidak berterimakasihnya dia!

80:18. Daripada sesuatu apakah Dia menciptanya?

80:19. Daripada setitis mani, Dia menciptanya, dan menentukannya,

80:20. Kemudian jalannya dimudahkan baginya,

80:21. Kemudian mematikannya, dan menanamkannya,

80:22. Kemudian, apabila Dia hendaki, Dia bangkitkannya.

80:23. Tidak sekali-kali! Ia belum menyempurnakan apa yang Dia perintahkannya.

80:24. Hendaklah manusia renungkan makanannya.

80:25. Kami mencurahkan air (hujan) dengan mencurah-curah,

80:26. Kemudian Kami rekahkan bumi dengan rekahan,

80:27. Dan di dalamnya tumbuhkan biji-bijian,

80:28. Dan anggur, dan rumput buluh halus,

80:29. Dan zaitun, dan palma-palma,

80:30. Dan taman-taman yang padat pokoknya,

80:31. Dan buah-buahan, dan rumput-rumputan,

80:32. Suatu kesenangan bagi kamu, dan binatang ternak kamu.

80:33. Dan apabila Letupan datang,

80:34. Pada hari seseorang lari daripada saudaranya,

80:35. Dan ibunya, dan bapanya,

80:36. Dan isterinya, dan anak-anaknya,

80:37. Setiap lelaki, pada hari itu, ada hal yang mencukupi baginya.

80:38. Beberapa muka pada hari itu bersinar,

80:39. Tertawa, gembira.

80:40. Beberapa muka pada hari itu berdebu,

80:41. Ditutupi kegelapan,

80:42. Mereka itu, merekalah orang-orang tidak percaya, jahat.

Surah 81
YANG DIGELAPKAN

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

81:1. Apabila matahari digelapkan,

81:2. Apabila bintang-bintang dijatuhkan,

81:3. Apabila gunung-gunung diperjalankan,

81:4. Apabila unta-unta bunting ditinggalkan,

81:5. Apabila haiwan-haiwan buas dikumpulkan,

81:6. Apabila laut-laut dijadikan mendidih,

81:7. Apabila jiwa-jiwa dijodohkan,

81:8. Apabila bayi perempuan yang dikuburkan ditanya,

81:9. Kerana kesalahan apakah dia dibunuh,

81:10. Apabila naskhah-naskhah gulungan dibukakan,

81:11. Apabila langit dibuka,

81:12. Apabila Jahim dinyalakan,

81:13. Apabila Taman didekatkan,

81:14. Maka jiwa (diri) tahu apa yang ia hasilkan.

81:15. Tidak! Aku bersumpah dengan yang menyelinap,

81:16. Yang beredar, yang tenggelam,

81:17. Demi malam yang hampir habis,
81:18. Demi subuh (pagi) yang mengeluh,

81:19. Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia,

81:20. Mempunyai kekuatan, dengan Yang mempunyai Arasy kukuh,

81:21. Ditaati, dan lagi, dipercayai.

81:22. Teman kamu bukan orang yang dirasuk.

81:23. Sesungguhnya dia melihatnya di horizon yang terang.

81:24. Dia tidak lokek dengan yang ghaib.

81:25. Dan ia bukan ucapan syaitan yang direjam.
81:26. Ke mana pula kamu pergi?

81:27. Tiadalah ia, melainkan Peringatan bagi semua alam,

81:28. Bagi sesiapa antara kamu yang hendak menempuh jalan lurus,

81:29. Tetapi kamu tidak hendaki, kecuali Allah hendaki, Pemelihara semua alam.

Surah 82
YANG TERBELAH

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

82:1. Apabila langit terbelah,

82:2. Apabila bintang-bintang ditaburkan,

82:3. Apabila laut-laut melimpah-limpah,

82:4. Apabila kubur-kubur dibongkar,

82:5. Maka jiwa (diri) tahu apa yang ia dahulukan, dan yang ia tangguhkan.

82:6. Wahai manusia, apakah yang menipu kamu terhadap Pemelihara kamu Yang Mulia?

82:7. Yang mencipta kamu, dan membentuk kamu, dan jadikan kamu seimbang,

82:8. Dan menyusun kamu mengikut bentuk apa yang Dia hendaki?

82:9. Tidak sekali-kali! Bahkan kamu dustakan agama (Pengadilan).

82:10. Sesungguhnya kepada kamu ada penjaga-penjaga,

82:11. Yang mulia, yang menulis,

82:12. Yang tahu apa kamu buat.

82:13. Sesungguhnya orang-orang yang taat berada dalam kebahagiaan,

82:14. Dan orang-orang jahat berada di dalam Jahim,

82:15. Dipanggang di dalamnya pada Hari Agama (Pengadilan),

82:16. Dan tidak juga mereka menghilangkan diri daripadanya.

82:17. Dan tahukah kamu apakah ia Hari Agama?

82:18. Kemudian, tahukah kamu apakah ia Hari Agama?

82:19. Satu hari ap