Q3 – Surah 73 – YANG BERSELIMUT [Al-Muzzammil]
Surah 73 YANG BERSELIMUT [Al-Muzzammil]
Dengan nama Al-Lah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
[73:1] Wahai kamu yang berselimut, [73:2] Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit, [73:3] Separuh daripadanya, atau kurangkan sedikit, [73:4] Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.
[73:5] Sesungguhnya Kami akan lemparkan kepada kamu ucapan yang berat. [73:6] Sesungguhnya bahagian pertama malam lebih berat dalam pijakan, dan lebih tegak dalam ucapan. [73:7] Sesungguhnya pada siang hari kamu ada pekerjaan yang panjang.
[73:8] Dan ingatlah nama Pemelihara kamu, dan abdilah kepada-Nya dengan pengabdian yang bersungguh-sungguh. [73:9] Pemelihara Timur dan Barat; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka ambillah Dia sebagai Wakil. [73:10] Dan sabarlah kamu terhadap apa mereka kata, dan tinggalkan mereka dengan tinggalan yang manis. [73:11] Tinggalkan Aku dengan orang-orang yang dustakan, yang mewah, dan tangguhkan mereka sedikit, [73:12] Kerana di sisi Kami ada belenggu-belenggu, dan Jahim, [73:13] Dan makanan yang mencekik kerongkong, dan azab yang pedih, [73:14] Pada hari apabila bumi dan gunung-gunung bergentar, dan gunung-gunung jadi timbunan pasir yang tercurah.
[73:15] Sesungguhnya Kami utus kepada kamu seorang Rasul sebagai saksi ke atas kamu, sebagaimana Kami utus kepada Firaun seorang Rasul. [73:16] Tetapi Firaun menentang Rasul itu, maka Kami ambil dia dengan ambilan yang kejam. [73:17] Maka, jika kamu tidak percaya, bagaimanakah kamu akan bertakwa (menjaga diri) daripada satu hari yang buatkan kanak-kanak beruban? [73:18] Kerananya langit terbelah, dan janji-Nya dilakukan.
[73:19] Sesungguhnya ini Peringatan; maka sesiapa hendak, akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan. [73:20] Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang bersama kamu. Dan Al-Lah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Al-Lah, dan yang lain berperang di jalan Al-Lah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Al-Lah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Al-Lah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Al-Lah; sesungguhnya Al-Lah Pengampun, Pengasih.