Q1- Surah 96 – DADIH DARAH [Al-‘Alaq]
Dengan nama Al-Lah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
[96:1] Bacalah [ikrar] dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta, [96:2] Dia cipta manusia daripada dadih darah. [96:3] Bacalah [ikrar], dan Pemelihara kamu Yang Mulia, [96:4] Yang mengajar dengan pena, [96:5] Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu. [96:6] Tidak sekali-kali! Sesungguhnya manusia melampaui batas, [96:7] Kerana dia memandang dia serba cukup. [96:8] Sesungguhnya kepada Pemelihara kamu Pengembalian.
[96:9] Apa pendapat kamu? Orang yang melarang, [96:10] Seorang hamba apabila dia menyembah [solat].
996:11] Apa pendapat kamu? Jika dia di atas petunjuk, [96:12] Atau menyuruh supaya bertakwa.
[96:13] Apa pendapat kamu? Jika dia mendustakan, dan berpaling. [96:14] Tidakkah dia tahu bahawa Al-Lah melihat?
[96:15] Tidak sekali-kali! Sungguh, jika dia tidak berhenti, Kami akan heret dia daripada ubun-ubun, [96:16] Ubun-ubun yang berdusta, bersalah.
[96:17] Maka hendaklah dia seru majlisnya! [96:18] Kami akan seru Zabaniyah.
[96:19] Tidak sekali-kali! Jangan kamu taatinya, dan sujudlah, dan dekatkanlah.