• Cara Hidup

    7 TEORI MENJADI ORANG SUSAH YANG BIJAK

    7 Teori Menjadi Orang Susah Yang Paling Bijak. Siapa yang ingin jadi orang susah. Tetapi apa yang orang rancang kepada kita ada kalanya boleh menyebabkan kita susah. Di sini ada 7 Teori Menjadi Orang Susah Yang Bijak. Mudah-mudahan kesusahan yang kita alami bertukar menjadi peluang untuk berbakti kepada masyarakat dan akhirnya menjadi hamba tuhan yang paling taat. Contoh : Putu Halba Musim Tengkujuh Apabila harga tepong ubi kayu menjadi mahal kerana kena beli dari orang siam. Bukan kerana mereka nak jual dengan harga mahal tetapi kerana duit kita yang murah sangat. Mulai hari ini kita kena beritahu semua orang kampong yang ada tanah sekangkang kera, selepas habis musim hujan ni,…

  • blog juga
    Cara Hidup

    DOA ORANG YANG DISAYANGI TUHAN BELUM TENTU DITERIMA

    Kenapa Doa Orang Yang Disayangi Tuhan Belum Tentu Diterima. Apa yang menjadi syarat penting menyebabkan tuhan menerima doa seseorang. Atau ada yang masih menganggap semua doa orang pilihan tuhan diterima asalkan dia berdoa. Boleh jadi orang mengatakan doanya tidak diterima kerana harapkan doa dari orang pilihan tuhan tetapi sebenarnya mereka bukan orang begitu. Ketika yang lain, ada juga yang mengirimkan doa kepada tuhan melalui orang tertentu kerana merasakan dirinya hina sehingga tuhan mungkin tidak akan tunaikan doanya jika dia berdoa. Benarkah semua doa orang kesayangan tuhan, doanya diterima tambahan lagi berdoa di tempat mulia. Kelihatannya seperti bukan siapa dan di mana orang berdoa yang menjadi sebab utama diterima. Kita dapat…

  • Cara Hidup

    MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 2

    Benar nama Keturah adalah nama yang misteri. Kenapa nama tersebut tiba-tiba muncul saat nabi Ibrahim dijemput tuhannya. Apakah rahsianya, adakah kerana kebencian bani israel kepada keturunan Keturah atau sengaja diada-adakah untuk menyembunyikan keturunan Hagar. Benarkah Keturah wujud atau hanya nama lain untuk Hagar. jika Keturah sebenarnya tidak wujud, adakah ia akan merubah kisah bangsa melayu dari keturunan nabi Ibrahim? Samada ia datang dari isteri yang bernama Keturah atau Hagar, ia tidak akan merubah sejarah kita kerana biasanya keturunan manusia diukur melalui bapa. Tambahan lagi Hagar adalah bangsa mesir yang masih ada hubungan dengan melayu. Mudah-mudahan saya diberikan masa untuk membuktikannya. Bahagian 1 ini mari kita lihat dari sudut nama. Kita lihat empat nama…

  • Cara Hidup

    TUHANKU PERKENANKAN PERMOHONAN ORANG YANG BERDOA

    Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka: sesungguhnya Aku sentiasa hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Al-Baqarah 2:186 Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

  • Cara Hidup

    FAHAM KE TIDAK

    Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri. Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu, dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata: “Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir”. Lihatlah bagaimana…

  • Cara Hidup

    SIAPAKAH DUA GOLONGAN YANG TIDUR 300 TAHUN ITU

    Salam hormat, Sebelum AMBO bicarakan siapakah dua golongan yang tidur sehingga 300 tahun, ambo ingin menyatakan bilakah mereka tidur. Adakah SEBELUM kehadiran nabi Isa atau SELEPAS. Nampaknya, kita boleh bersetuju bahawa mereka bangkit selepas zaman nabi Isa. Ambo membahagikan tahun kebangkitan mereka kepada dua iaitu antara tahun ke-30 hingga 330 tahun dan tahun 300 ke atas sebelum kelahiran nabi Muhamad. Apa yang berlaku antara tahun 30 hingga 330? Dari bukti sejarah, penyebaran agama selain agama anutan rom yang menyembah 3 dewa iaitu bapa, ibu dan anak termasuk ajaran yang disampaikan oleh nabi Isa tidaklah memberangsangkan. Bukan rom sahaja yang tidak bersetuju dengan ajaran lain, agama yahudi juga tidak menerima agama lain. Ketika…

  • Cara Hidup

    BERKATA DIAM

    Saya pernah juga bertanyakan mengapa orang mengatakan lebih baik diam sedangkan diri yang berkata juga berkata-kata.   Atau ada yang mengatakan diam ialah emas, dan berkata ialah perak, tetapi memilih perak dengan mengatakannya. Samada difahami atau disalah ertikan, kita tidak mampu menyebabkan orang faham, kita hanya berusaha supaya orang boleh faham apa yang kita tuturkan. Jalan yang saya pilih ialah sebagaimana tuhan kata iaitu apabila berkata-kata, ucapkan perkataan yang lebih baik. Semoga ucapan itu berguna kepada sesiapa yang ingin dan juga boleh mengikat tali silaturahim. Jika kita memilih diam, bagaimana kita melatih diri untuk mengucapkan perkataan yang lebih baik, adakah ia terjadi seperti magik, tiba-tiba kita jadi orang yang petah.…

  • Cara Hidup

    YANG DIKANDUNG TERCICIR

    Siapa yang ingin jika yang dikandungnya tercicir dalam perjalanan, lebih menyedihkan, yang dikejar juga tak dapat. Eh, cerita apa pulak kali ini?. Semenjak beberapa hari ini, saya selalu teringat kepada kata ‘Dunia dan Akhirat Harus Seimbang’. Kemudian saya bertanya kepada beberapa orang kawan, mereka juga tidak pasti dari mana asal usul perkataan ini. Kemudia saya cari dalam internet yang dimudahkan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana. Ini yang saya ingin berkongsi dengan sesiapa yang ditakdirkan membaca tulisan saya ini. Ops.. terlupa pula mendoakan kesejahteraan saudara. Semoga selamat sejahtera dan dimurahkan rezeki. Saya harap saudara juga boleh merujuk kepada tulisan kawan-kawan yang lain untuk membandingkan dengan tulisan saya dan sudah tentu, pandangan…

  • Cara Hidup

    TIBA-TIBA RASA SEDIH

    Janji ditepati.  Ada beberapa perkara yang isunya melerek-lerek bermula dengan lagu Janji Ditepati. Sebenarnya aku suka menikmati lirik lagu begitu, sehingga timbul keinginan mencari apa?. Pertama, oh! itulah lagu tema sambutan kemerdekaan negara untuk tahun ini. Kemudian dikhabarkan pulak lagu itu diciplak dari lagu lain sebelum itu. Ada satu lagi ceritanya, iaitu lagu itu juga dikatakan hampir-hampir sama dengan lirik lagu rohani kristien. Lalu aku menyalin lagu tersebut yang kandungannya adalah begini; Tuhanku maha besar, Tuhanku maha kuasa, Raja segala raja. Dia tak kan tergoyahkan, Dia tak kan terkalahkan, Dia hidup dan berkuasa. Reff : Serukan namaNya, Yesus Tuhan raja, S’gala kuasa tunduk dalam namaNya, Dia luar biasa, perkasa mulia,…

  • Cara Hidup

    PARTI POLITIK – Bahagian 3

    Mungkin, suatu hari nanti, para pemimpin negara terdiri kumpulan-kumpulan pemimpin yang dibina oleh parti-parti berlainan dan dipilih oleh rakyat bermula dari sebagai ketua kampong (ketua masyarakat), seterusnya sebagai wakil rakyat dan wakil negara. Sebagai ketua kampong, mereka berperanan sebagai pemimpin dan wakil rakyat yang membela nasib dan keperluan rakyat. Sebagai balasannya, rakyat berhak memilih siapa yang benar-benar diperlukan untuk memimpin kampong mereka, untuk diketengahkan sebagai calon dan bakal pemimpin di masa hadapan. Perjuangan pemimpin begitu bukannya untuk parti sebaliknya untuk kepentingan rakyat yang memilihnya dan negaranya dan tuhannya. Sebagai pemimpin yang mengenang budi, diharapkan mereka tidak melupakan parti-parti yang mengasuh mereka menjadi orang berguna. Walau macamanapun, kepimpinan mereka lebih menyerlah…

  • Cara Hidup

    PARTI POLITIK – Bahagian 2

    Salah satu perbezaan Parti Politik dengan pertubuhan lain ialah parti politik ditubuhkan untuk bertanding dalam pilihanraya bagi memerintah negara. Kebiasaanya, hanya ada 2 puak sahaja yang akan bertarung dalam merebut jawatan samada pihak A atau pihak B. Jika ada juga puak lain yang berkecuali, tidak ingin berpihak kepada puak A atau puak B, ini hanyalah kecil sahaja. Sudah tiada lagi perjuangan menuntut kemerdekaan, sebaliknya perjuangan parti politik ialah untuk memerintah negara. Jika semua parti-parti politik bergabung, jika bergabung, err jika semua parti politik di Malaysia bergabung, errr… Katakanlah, tidak bergabung sehingga menjadi 1, sekurang-kurangnya ada dua puak yang hebat yang akan memperjuangkan pegangan masing-masing dan untuk memastikan puak mereka sahaja…

  • Cara Hidup

    KEJAR WANG

    Samada kita sedang kejar wang atau kejar dunia. Itulah persoalan yang selalu diajukan kepada kita, seolah-olah apa-apa perbuatan yang diusahakan digambarkan sebagai sedang mengejar… Di sinilah perbezaan orang yang melakukan sesuatu kerana kehendak dirinya dengan seorang yang melakukan segala sesuatu kerana ingin menurut perintah-perintah tuan yang menguasai dan mentadbir alam ini. Tiada had tertentu apabila seseorang ingin berusaha menunaikan segala perintah-perintah bagi memakmurkan bumi yang fana ini. Apa yang ditegah hanyalah yang mengakibatkan kerosakkan dan ketidak adilan, semuanya terkandung di dalam ayat-ayat yang tertulis jelas dan nyata. Katakanlah setiap ayat-ayat yang tertulis nyata itu telah diselongkar oleh setiap manusia yang percaya. Apakah masih akan ada lagi ucapan-ucapan ‘mengejar dunia’ dituduh…

  • Cara Hidup

    PEMIMPIN

    Ada yang berkata, tidak penting siapa yang menjadi calon pilihanraya, kerana yang penting ialah rakyat memilih parti politik yang paling layak menerajui kerajaan. Apa kata jika andaian itu sebenarnya tidak benar. Kerosakan boleh berlaku apabila mereka yang tidak berkelayakan pemimpin menjadi ahli dewan negeri atau dewan negara. Samada mereka menjadi tunggangan atau mereka mempunyai kepentingan tertentu untuk dirinya dan keluarganya. Pemimpin yang dipilih oleh rakyat dinamakan sebagai “Wakil Rakyat”, tetapi berapa ramai yang benar-benar menjadi wakil kepada rakyat. Kenyataannya ialah rakyat hanya dibenarkan memilih samada dia itu atau dia ini yang sedia telah dipilih oleh parti masing-masing. Parti yang memilih calon-calon mewakili partinya mempunyai kepentingan tertentu, yang mana ahli-ahli parti…

  • Cara Hidup

    PARTI POLITIK – Bahagian 1

    Terlebih dahulu mohon 1 juta kemaafan dari anda kerana saya sengaja membangkit tajuk begini. Diharapkan anda dapat berlapang dada membaca tulisan ini. Jika menyebabkan tercalit sesuatu di hati, silalah luahkan juga sebagaimana kami meluahkannya. Setelah memerhati dari luar sekian lama dan membaca sejarah-sejarah penubuhan parti politik di Malaysia dan di luar sana. Didapati parti politiklah yang memecah-belahkan rakyat. Cubalah kemukan cara bagaimana parti potilit boleh satukan rakyat, dan bagaiman cara perpaduan boleh berlaku jika tanpa parti potilik. Ada parti politik yang mengamalkan individu tidak penting sebaliknya kekuatan terletak apabila kuatnya suatu parti itu, yang menyebakan mereka yang tidak berkualiti berlumba-lumba untuk merebut jawatan. Ada juga individu yang mempunyai patriotik dan…

  • blog juga
    Cara Hidup

    JANGAN SOMBONG

    Mengingati tuhan tapi tak kena gaya… Oleh itu marilah kita taat kepada semua perintah dan larangannya. Cuba perhatikan petikan ini “..(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!” Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!” Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu…