• blog juga
    Cara Hidup

    BENARKAH CINTA ADALAH SEGALA-GALANYA

    Sehingga saat ini, perkataan cinta masih menjadi suatu misteri yang menimbulkan banyak anggapan. Ada yang merasakan telah mengetahuinya, ada yang melarikan diri darinya, ada yang masih mencari apa ertinya, ada yang sedang menikmatinya, ada yang sedang menderita kerananya dan seribu satu perkara. Benarkah cinta adalah segala-galanya. Dari hari ke sehari, saya lihat orang sedang mengajak mencari cinta yang abadi, mencari cinta yang sebenar dan mereka mengatakan cinta yang paling agong ialah cinta kepada tuhan. Benarkah begitu. Saya sudah melihat kerana cinta, orang membuat kesyirikan, kerana cinta orang menikmati murka tuhan, kerana cinta orang melakukan dosa. Seolah-olah cinta benar-benar mampu membuat orang menjadi buta. Adakah kerana saya ungkapan cinta dengan begitu…

  • blog juga
    Cara Hidup

    PAKAIAN FIZIKAL TIDAK PERNAH LEBIH BAIK DARIPADA PAKAIAN TAQWA

    Saya tidak ingin pertikaikan bagaimanakah kamu dan isteri kamu berpakaian asalkan menutup aurat. Ternyata dan sangat jelas bahawa wanita dan lelaki hari ini sedang berlumba-lumba menutup badannya dengan pakaian. Kecuali hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang tidak kisah orang melihat bentuk tubuhnya. Saya hanya ingin menyatakan bahawa pakaian yang mereka berlumba-lumba tampilkan hari ini tidak pernah lebih baik daripada pakaian taqwa. Saya percaya bahawa kita tahu apa maksud taqwa, tetapi apa salahnya saya nyatakan lagi di sini. Mudah-mudahan pengtahuan kita diverifikasikan secara nyata. Boleh jadi saya sangka telah tahu tetapi rupa-rupanya tidak benar. Taqwa bunyinya seperti takut, tetapi orang melayu ada banyak tanggapan berkaitan dengan takut. Biarlah ini menjadi…

  • blog juga
    Cara Hidup

    SIAPA YANG KETGA

    Pilihan di tangan masing-masing, samada ingin pilih jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai atau jalan seperti orang yang dibiarkan sesat. Nampaknya seperti ada 3 jalan sahaja. Kemudian aku dapati sebenarnya hanya ada dua sahaja iaitu jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai oleh Tuhan Pentadbir Tunggal bagi seluruh alam ini. Mengapa aku katakan jalan yang sesat tidak termasuk dalam pilihan bagi mereka yang memilih?. Aku katakan demikian kerana aku dapati mereka yang tersalah pilihlah yang dengan tidak sengaja terjerumus ke jalan kesesatan. Ini yang bahayanya, ingin memilih jalan benar tetapi tersesat! bagi yang sesat kerana memilih jalan dimurkai, sama sahaja, kerana kedua-duanya bukannya jalan yang benar. Bolehkan tuan bersetuju dengan…