• blog juga
    Cara Hidup

    DIANTARA SYURGA DAN NERAKA ADA TEMBOK

    Bukankah kita telah digambarkan bahawa pada hari akhirat nanti setiap orang hendaklah melintasi titian panjang lagi halus melintasi neraka menuju syurga.  Ketika itu ada yang terjatuh, ada yang masuk syurga dengan susah payah dan ada yang senang masuk syurga. Kenapa kisah-kisah tersebut bercanggah dengan apa yang dijelaskan di dalam quran. Perhatikan dengan hati dan akal yang sihat bagaimana tuhan menjelaskan hal ini. Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok “Al-A’raaf “(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A’raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): “Salaamun Alaikum”…

  • Cara Hidup

    PERNIAGAAN YANG BOLEH MENYELAMATKAN KAMU DARI AZAB SEKSA

    Wahai orang–orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya).…

  • blog juga
    Cara Hidup

    MAAF TERKASAR BAHASA

    Pembunuh! Siapa nak mengaku apabila dituduh pembunuh. Ramai juga di kalangan kita yang tidak sedar bahawa mereka yang memfitnah juga sedang melakukan pembunuhan. Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan orang yang mengaku berugama islam memfitnah sesama sendiri dan dengan bangganya memfitnah dan sudah tidak merasa seperti membunuh orang apabila menfitnah. Dengan macam-macam alasan diberikan kepada orang lain untuk menegakkan benangnya bahawa mereka tidak bersalah. Bahawa mereka sedang menyatakan yang benar. Untuk kepentingan puak-puak mereka, biar dunia tahu bahawa merekalah di pihak yang benar. Tanpa disedari kegilaan ini menjadi bertambah enak. Bencana ciptaan tangan-tangan munafik terasa seperti merangkul anugerah sebuah syurga. Masing-masing menunggu dan berusaha memartabatkan puak masing-masing seolah-olah sedang bekerja untuk…

  • blog juga
    Cara Hidup

    SIAPA KITA KETIKA ITU

    Tiba-tiba teringat kisah-kisah benar yang diceritakan oleh mereka yang diberi hidayat oleh pencipta yang maha berkuasa.. Iaitu kisah orang yang tinggal bersama-sama, berkenalan dan berkongsi cerita, berkongsi twiter dan facebook. Tetapi akhirnya menemui kesudahan yang berbeza. Perhatikan kata-kata ini, iaitu “(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di…

  • Cara Hidup

    OH PALESTIN – BAHAGIAN 2

    Apa gunanya aku bercerita kisah yang akan berlaku esok, pertama kerana kita tidak tahu, kedua sudah tentu sia-sia sahaja bercerita kisah yang tidak pasti. Bukankah lebih baik menghadapi apa yang sedang berlaku. Semoga kita bukanlah dajjal itu!. Semoga bukan kita yang menyebarkan berita-berita yang kononnya untuk syurga tetapi sebenarnya mengajak ke neraka. Apa, menyampaikan berita-berita yang tidak pasti (disahkan) oleh pihak berkuasa (bidangnya) walaupun dengan niat baik seperti kisah-kisah haramnya suatu makanan, akan membawa ke syurga atau menyebarkan fitnah yang menjerumus ke neraka? Terlalu banyak khabar-khabar berkumandang di udara yang tidak disahkan, yang terus disebarkan pula oleh pencari-pencari syurga. Apa, masih tidak sedarkah mereka. Sudah tentu masih ramai yang tidak…