• Cara Hidup

    TIBA-TIBA RASA SEDIH

    Janji ditepati.  Ada beberapa perkara yang isunya melerek-lerek bermula dengan lagu Janji Ditepati. Sebenarnya aku suka menikmati lirik lagu begitu, sehingga timbul keinginan mencari apa?. Pertama, oh! itulah lagu tema sambutan kemerdekaan negara untuk tahun ini. Kemudian dikhabarkan pulak lagu itu diciplak dari lagu lain sebelum itu. Ada satu lagi ceritanya, iaitu lagu itu juga dikatakan hampir-hampir sama dengan lirik lagu rohani kristien. Lalu aku menyalin lagu tersebut yang kandungannya adalah begini; Tuhanku maha besar, Tuhanku maha kuasa, Raja segala raja. Dia tak kan tergoyahkan, Dia tak kan terkalahkan, Dia hidup dan berkuasa. Reff : Serukan namaNya, Yesus Tuhan raja, S’gala kuasa tunduk dalam namaNya, Dia luar biasa, perkasa mulia,…

  • blog juga
    Cara Hidup

    SIAPA YANG KETGA

    Pilihan di tangan masing-masing, samada ingin pilih jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai atau jalan seperti orang yang dibiarkan sesat. Nampaknya seperti ada 3 jalan sahaja. Kemudian aku dapati sebenarnya hanya ada dua sahaja iaitu jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai oleh Tuhan Pentadbir Tunggal bagi seluruh alam ini. Mengapa aku katakan jalan yang sesat tidak termasuk dalam pilihan bagi mereka yang memilih?. Aku katakan demikian kerana aku dapati mereka yang tersalah pilihlah yang dengan tidak sengaja terjerumus ke jalan kesesatan. Ini yang bahayanya, ingin memilih jalan benar tetapi tersesat! bagi yang sesat kerana memilih jalan dimurkai, sama sahaja, kerana kedua-duanya bukannya jalan yang benar. Bolehkan tuan bersetuju dengan…

  • blog juga
    Cara Hidup

    HARI GIGIT TANGAN

    Semoga kita dijauhkan dari termasuk dalam golongan mereka yang gigit tangan kerana menyesal setelah terlambat… Mari kita perhatikan petikan ini “.. Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? “Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! “Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)”. Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. ..” Suka(0)Tak Suka(0) Is…

  • blog juga
    Cara Hidup

    SIAPA KITA KETIKA ITU

    Tiba-tiba teringat kisah-kisah benar yang diceritakan oleh mereka yang diberi hidayat oleh pencipta yang maha berkuasa.. Iaitu kisah orang yang tinggal bersama-sama, berkenalan dan berkongsi cerita, berkongsi twiter dan facebook. Tetapi akhirnya menemui kesudahan yang berbeza. Perhatikan kata-kata ini, iaitu “(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di…

  • Cara Hidup

    OH PALESTIN – BAHAGIAN 2

    Apa gunanya aku bercerita kisah yang akan berlaku esok, pertama kerana kita tidak tahu, kedua sudah tentu sia-sia sahaja bercerita kisah yang tidak pasti. Bukankah lebih baik menghadapi apa yang sedang berlaku. Semoga kita bukanlah dajjal itu!. Semoga bukan kita yang menyebarkan berita-berita yang kononnya untuk syurga tetapi sebenarnya mengajak ke neraka. Apa, menyampaikan berita-berita yang tidak pasti (disahkan) oleh pihak berkuasa (bidangnya) walaupun dengan niat baik seperti kisah-kisah haramnya suatu makanan, akan membawa ke syurga atau menyebarkan fitnah yang menjerumus ke neraka? Terlalu banyak khabar-khabar berkumandang di udara yang tidak disahkan, yang terus disebarkan pula oleh pencari-pencari syurga. Apa, masih tidak sedarkah mereka. Sudah tentu masih ramai yang tidak…