• Cara Hidup

    FAHAM KE TIDAK

    Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri. Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu, dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata: “Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir”. Lihatlah bagaimana…

  • Cara Hidup

    KITA DIBEKAL 3 PILIHAN

    Apabila diperhatikan kehidupan ini, kita sebagai manusia yang menghuni muka bumi telah dibekalkan dengan tiga pilihan.  Apakah pilihan itu?  dan siapa yang menyediakan pilihan? Ada tiga pilihan yang berbeza yang kita hadapi setiap detik, terpulanglah kepada diri sendiri hendak melalui jalan yang mana satu.  Jalan yang pertama ialah jalan yang penyedia pilihan redhai.  Apabila kita menyedari sedang melalui jalan-jalan yang dia redhai sebagaimana juga yang dilalui oleh orang-orang sebelum kita, semoga jalan itu akan bawa pemilihnya ke penyedia pilihan. Dua lagi jalan ialah jalan-jalan yang tidak benar. Iaitu jalan yang penyedia pilihan tidak benarkan kita laluinya demi kebaikan diri sendiri juga.  Padahal jika memilih jalan itu, pemilihnya telah diingatkan bencana…

  • Cara Hidup

    TIBA-TIBA RASA SEDIH

    Janji ditepati.  Ada beberapa perkara yang isunya melerek-lerek bermula dengan lagu Janji Ditepati. Sebenarnya aku suka menikmati lirik lagu begitu, sehingga timbul keinginan mencari apa?. Pertama, oh! itulah lagu tema sambutan kemerdekaan negara untuk tahun ini. Kemudian dikhabarkan pulak lagu itu diciplak dari lagu lain sebelum itu. Ada satu lagi ceritanya, iaitu lagu itu juga dikatakan hampir-hampir sama dengan lirik lagu rohani kristien. Lalu aku menyalin lagu tersebut yang kandungannya adalah begini; Tuhanku maha besar, Tuhanku maha kuasa, Raja segala raja. Dia tak kan tergoyahkan, Dia tak kan terkalahkan, Dia hidup dan berkuasa. Reff : Serukan namaNya, Yesus Tuhan raja, S’gala kuasa tunduk dalam namaNya, Dia luar biasa, perkasa mulia,…

  • blog juga
    Cara Hidup

    MAAF TERKASAR BAHASA

    Pembunuh! Siapa nak mengaku apabila dituduh pembunuh. Ramai juga di kalangan kita yang tidak sedar bahawa mereka yang memfitnah juga sedang melakukan pembunuhan. Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan orang yang mengaku berugama islam memfitnah sesama sendiri dan dengan bangganya memfitnah dan sudah tidak merasa seperti membunuh orang apabila menfitnah. Dengan macam-macam alasan diberikan kepada orang lain untuk menegakkan benangnya bahawa mereka tidak bersalah. Bahawa mereka sedang menyatakan yang benar. Untuk kepentingan puak-puak mereka, biar dunia tahu bahawa merekalah di pihak yang benar. Tanpa disedari kegilaan ini menjadi bertambah enak. Bencana ciptaan tangan-tangan munafik terasa seperti merangkul anugerah sebuah syurga. Masing-masing menunggu dan berusaha memartabatkan puak masing-masing seolah-olah sedang bekerja untuk…

  • blog juga
    Cara Hidup

    SIAPA YANG KETGA

    Pilihan di tangan masing-masing, samada ingin pilih jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai atau jalan seperti orang yang dibiarkan sesat. Nampaknya seperti ada 3 jalan sahaja. Kemudian aku dapati sebenarnya hanya ada dua sahaja iaitu jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai oleh Tuhan Pentadbir Tunggal bagi seluruh alam ini. Mengapa aku katakan jalan yang sesat tidak termasuk dalam pilihan bagi mereka yang memilih?. Aku katakan demikian kerana aku dapati mereka yang tersalah pilihlah yang dengan tidak sengaja terjerumus ke jalan kesesatan. Ini yang bahayanya, ingin memilih jalan benar tetapi tersesat! bagi yang sesat kerana memilih jalan dimurkai, sama sahaja, kerana kedua-duanya bukannya jalan yang benar. Bolehkan tuan bersetuju dengan…