• Cara Hidup

    MARI MENGENALI SIFAT SABAR

    Mari mengenali sifat sabar seperti yang terkandung di dalam al-quran. Berikut adalah 82 yang menyebut sifat sabar. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. 2:45 Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. 2:153 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: 2:155 Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka…

  • Cara Hidup

    TIBA-TIBA RASA SEDIH

    Janji ditepati.  Ada beberapa perkara yang isunya melerek-lerek bermula dengan lagu Janji Ditepati. Sebenarnya aku suka menikmati lirik lagu begitu, sehingga timbul keinginan mencari apa?. Pertama, oh! itulah lagu tema sambutan kemerdekaan negara untuk tahun ini. Kemudian dikhabarkan pulak lagu itu diciplak dari lagu lain sebelum itu. Ada satu lagi ceritanya, iaitu lagu itu juga dikatakan hampir-hampir sama dengan lirik lagu rohani kristien. Lalu aku menyalin lagu tersebut yang kandungannya adalah begini; Tuhanku maha besar, Tuhanku maha kuasa, Raja segala raja. Dia tak kan tergoyahkan, Dia tak kan terkalahkan, Dia hidup dan berkuasa. Reff : Serukan namaNya, Yesus Tuhan raja, S’gala kuasa tunduk dalam namaNya, Dia luar biasa, perkasa mulia,…

  • Cara Hidup

    KEJAR WANG

    Samada kita sedang kejar wang atau kejar dunia. Itulah persoalan yang selalu diajukan kepada kita, seolah-olah apa-apa perbuatan yang diusahakan digambarkan sebagai sedang mengejar… Di sinilah perbezaan orang yang melakukan sesuatu kerana kehendak dirinya dengan seorang yang melakukan segala sesuatu kerana ingin menurut perintah-perintah tuan yang menguasai dan mentadbir alam ini. Tiada had tertentu apabila seseorang ingin berusaha menunaikan segala perintah-perintah bagi memakmurkan bumi yang fana ini. Apa yang ditegah hanyalah yang mengakibatkan kerosakkan dan ketidak adilan, semuanya terkandung di dalam ayat-ayat yang tertulis jelas dan nyata. Katakanlah setiap ayat-ayat yang tertulis nyata itu telah diselongkar oleh setiap manusia yang percaya. Apakah masih akan ada lagi ucapan-ucapan ‘mengejar dunia’ dituduh…