• blog juga
    Cara Hidup

    DIANTARA SYURGA DAN NERAKA ADA TEMBOK

    Bukankah kita telah digambarkan bahawa pada hari akhirat nanti setiap orang hendaklah melintasi titian panjang lagi halus melintasi neraka menuju syurga.  Ketika itu ada yang terjatuh, ada yang masuk syurga dengan susah payah dan ada yang senang masuk syurga. Kenapa kisah-kisah tersebut bercanggah dengan apa yang dijelaskan di dalam quran. Perhatikan dengan hati dan akal yang sihat bagaimana tuhan menjelaskan hal ini. Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok “Al-A’raaf “(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A’raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): “Salaamun Alaikum”…

  • blog juga
    Cara Hidup

    MAAF TERKASAR BAHASA

    Pembunuh! Siapa nak mengaku apabila dituduh pembunuh. Ramai juga di kalangan kita yang tidak sedar bahawa mereka yang memfitnah juga sedang melakukan pembunuhan. Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan orang yang mengaku berugama islam memfitnah sesama sendiri dan dengan bangganya memfitnah dan sudah tidak merasa seperti membunuh orang apabila menfitnah. Dengan macam-macam alasan diberikan kepada orang lain untuk menegakkan benangnya bahawa mereka tidak bersalah. Bahawa mereka sedang menyatakan yang benar. Untuk kepentingan puak-puak mereka, biar dunia tahu bahawa merekalah di pihak yang benar. Tanpa disedari kegilaan ini menjadi bertambah enak. Bencana ciptaan tangan-tangan munafik terasa seperti merangkul anugerah sebuah syurga. Masing-masing menunggu dan berusaha memartabatkan puak masing-masing seolah-olah sedang bekerja untuk…

  • blog juga
    Cara Hidup

    PELIK DAN SERUPA

    Kadang-kadang aku rasa seperti ada bau-bau bacang perangai kita dan mereka. Cuba perhatikan petikan ini.. “…. Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu). [24] Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung”. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan… “ ooo.. sebab itulah kita juga rasa…

  • blog juga
    Cara Hidup

    SIAPA KITA KETIKA ITU

    Tiba-tiba teringat kisah-kisah benar yang diceritakan oleh mereka yang diberi hidayat oleh pencipta yang maha berkuasa.. Iaitu kisah orang yang tinggal bersama-sama, berkenalan dan berkongsi cerita, berkongsi twiter dan facebook. Tetapi akhirnya menemui kesudahan yang berbeza. Perhatikan kata-kata ini, iaitu “(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di…

  • Cara Hidup

    OH PALESTIN – BAHAGIAN 2

    Apa gunanya aku bercerita kisah yang akan berlaku esok, pertama kerana kita tidak tahu, kedua sudah tentu sia-sia sahaja bercerita kisah yang tidak pasti. Bukankah lebih baik menghadapi apa yang sedang berlaku. Semoga kita bukanlah dajjal itu!. Semoga bukan kita yang menyebarkan berita-berita yang kononnya untuk syurga tetapi sebenarnya mengajak ke neraka. Apa, menyampaikan berita-berita yang tidak pasti (disahkan) oleh pihak berkuasa (bidangnya) walaupun dengan niat baik seperti kisah-kisah haramnya suatu makanan, akan membawa ke syurga atau menyebarkan fitnah yang menjerumus ke neraka? Terlalu banyak khabar-khabar berkumandang di udara yang tidak disahkan, yang terus disebarkan pula oleh pencari-pencari syurga. Apa, masih tidak sedarkah mereka. Sudah tentu masih ramai yang tidak…