• Cara Hidup

    MENCONTOHI MEREKA YANG LAYAK

      [Harap maklum, tulisan ini sebenarnya ditulis semasa berkongsi cerita di halaman dari hati Wardina Saffiayyah, oleh kerana ruangan yang diberikan tidak mampu saya patuhi, terpaksalah saya menulis semula di sini] Semoga saya tidak menyinggung perasaan sesiapa. Assalamualaikum, Terima kasih di atas tulisan pengalaman yang juga memberi pengalaman kepada saya. Sungguh menarik membaca kisah-kisah pengalaman mereka yang pernah menjejaki di tanah itu. Apa yang juga menyentuh hati saya ialah kisah penaklukan Umar Al-Khatab r.a. dan Salahuddin Al Ayubi r.a. Sungguh, cara kepimpinan mereka layak diikuti oleh kita dan pemimpin islam lain, iaitu mereka memerintah dengan adil walaupun kepada bukan puak sendiri. Apa yang menyedihkan ialah, apabila semasa menunjukkan rasa hormat…

  • blog juga
    Cara Hidup

    MAAF TERKASAR BAHASA

    Pembunuh! Siapa nak mengaku apabila dituduh pembunuh. Ramai juga di kalangan kita yang tidak sedar bahawa mereka yang memfitnah juga sedang melakukan pembunuhan. Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan orang yang mengaku berugama islam memfitnah sesama sendiri dan dengan bangganya memfitnah dan sudah tidak merasa seperti membunuh orang apabila menfitnah. Dengan macam-macam alasan diberikan kepada orang lain untuk menegakkan benangnya bahawa mereka tidak bersalah. Bahawa mereka sedang menyatakan yang benar. Untuk kepentingan puak-puak mereka, biar dunia tahu bahawa merekalah di pihak yang benar. Tanpa disedari kegilaan ini menjadi bertambah enak. Bencana ciptaan tangan-tangan munafik terasa seperti merangkul anugerah sebuah syurga. Masing-masing menunggu dan berusaha memartabatkan puak masing-masing seolah-olah sedang bekerja untuk…

  • blog juga
    Cara Hidup

    OH PALESTIN – BAHAGIAN 4

    Ketika masih hangat diperkatakan bahawa Yahudi dan Israel sebagai mereka yang tidak boleh dijadikan kawan, ketika ini juga orang Islam menunggu kehadiran orang berbangsa itu. Setengah golongan sangat bersemangat membela bumi Palestin dari pencerobohan orang kafir walaupun bumi itu jugalah yang telah dijanjikan oleh Tuhan sebagai bumi mereka (yahudi). Kalau dulu, merekalah yang tertindas kerana ketaksuban mereka sendiri. Tetapi kini mereka begitu kuat dan menindas pula orang palestin, seolah-olah orang palestin pula menjadi yahudi. Kononnya di tapak pembinaan peninggalan nabi Sulaiman a.s di Palestin terdapat banyak rahsia-rahsia yang menjadi rebutan golongan tertentu. Atas alasan apa pula orang-orang islam juga begitu berkepentingan untuk merebutnya dengan alasan menyelamatkan orang islam di sana…