• blog juga
    Cara Hidup

    SIAPA YANG KETGA

    Pilihan di tangan masing-masing, samada ingin pilih jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai atau jalan seperti orang yang dibiarkan sesat. Nampaknya seperti ada 3 jalan sahaja. Kemudian aku dapati sebenarnya hanya ada dua sahaja iaitu jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai oleh Tuhan Pentadbir Tunggal bagi seluruh alam ini. Mengapa aku katakan jalan yang sesat tidak termasuk dalam pilihan bagi mereka yang memilih?. Aku katakan demikian kerana aku dapati mereka yang tersalah pilihlah yang dengan tidak sengaja terjerumus ke jalan kesesatan. Ini yang bahayanya, ingin memilih jalan benar tetapi tersesat! bagi yang sesat kerana memilih jalan dimurkai, sama sahaja, kerana kedua-duanya bukannya jalan yang benar. Bolehkan tuan bersetuju dengan…

  • blog juga
    Cara Hidup

    SIAPA KITA KETIKA ITU

    Tiba-tiba teringat kisah-kisah benar yang diceritakan oleh mereka yang diberi hidayat oleh pencipta yang maha berkuasa.. Iaitu kisah orang yang tinggal bersama-sama, berkenalan dan berkongsi cerita, berkongsi twiter dan facebook. Tetapi akhirnya menemui kesudahan yang berbeza. Perhatikan kata-kata ini, iaitu “(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di…