Press "Enter" to skip to content

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA

Alamak MR.HANAFI…. Aku dah gatal jari menyertai SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA yang dianjurkan oleh Safinah Lamudin.  Alang-alang melangkah, biarlah sampai ke garisan penamat.  Sudah menjadi adat, perjalanan ini akan sampai hujungnya juga.

Apabila sebut pasal perjalanan, teringat pula kisah-kisah perjalanan para rasul.  Perjalanan mereka mengajak kembali kepada tuhan yang esa tidak kenal takut dan letih. Perjalanan mereka bukan kerana upah di dunia melainkan kebaikan di akhirat.

Kita ingin mencontohi mereka, terus melangkah tidak kenal erti putus-asa, dan upah dari orang. Tetapi kita terus melangkah sampai ke hujung, dengan harapan tuhan balas sebaik-baiknya selepas kita hidup semula. Alangkah susahnya jari ini menulis mengenai diri sendiri, seolah-olah tulisan ini adalah yang paling sukar dalam hidupku sepanjang aku menulis semenjak tahun 1990. Tetapi ketika itu aku hanya menulis menggunakan komputer 286 menggunakan perisian wordstar dan tidak online seperti ini.

Ketika remajaku, aku bercita-cita hendak jadi tukang cuci sahaja. Ketika itu aku menulis hanya untuk meluahkan isi hatiku kepada komputer yang hanya aku boleh baca. Tetapi hakikatnya aku belajar menyatakan isi hatiku kepada tuhan supaya aku tahu apakah perkataan itu baik atau menyimpang. Sangkat sukar bagiku menyatakan apa yang terlintas dalam benak ini.

Sebenarnya aku tidak pandai berkata-kata dan menulis. Simpulan dan lurusan kata aku tidak pernah terurus malah mungkin memenatkan orang yang membaca. Tetapi aku ingin mencari erti dalam suatu kata-kata tanpa melihat susunan kata-kata samada berterabur atau tersusun, yang penting kepadaku ialah maksud yang terkandung di dalamnya. Aku menjadi seorang yang terlalu memerhati erti suatu kata walaupun hingga sekarang aku tidak pernah tahu hakikatnya.  Mengertilah aku, hanya tuhan yang mengetahui segala-galanya, dan kepada dia sahajalah aku berserah.

Tengoklah!

Hingga barisan inipun aku tidak mampu nyatakan siapa aku ini. Bagaimana aku boleh menjadi layak menyertai program begini. Dan yang agak merusingkan, seolah-olah program ini adalah untuk kaum hawa kecuali Dedaun Comel yang menjadi teman.

Mungkin ada beberapa tulisanku agak keterlaluan dan terburu-buru. Tetapi setengahnya sengaja ditulis begitu supaya orang tahu bahawa aku tidak sempurna dan memerlukan tunjuk-ajar dari mereka yang lebih tahu. Ada ketikanya aku menegur suatu isu tetapi bukan niatku untuk mempertikaikan orang melainkan mempertikaikan tindakan yang aku nampak perlu dilakukan sesuatu.

Kita bukanlah makhluk yang sempurna. Kerana kekurangan itulah, kita diperintahkan saling ingat-mengingati. Dengan cara itu, kita sama-sama berubah menjadi lebih baik. Ada orang tidak suka ditegur dan kerana sebab itu mereka tidak ingin menegur.  Sedangkan membiarkan orang melakukan yang tidak baik bukanlah perkara baik. Kita tiada pilihan selain tegur-menegur.

Jika anda ingin menyertai segmen ini, silalah klik link di bawah:

Sila klik >> Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia << klik

Jika anda sudah jemu membaca tulisan ini, tidak mengapa untuk berhenti.  Kerana aku tidak pandai berhenti apabila melangkah, kerana terlalu banyak yang ingin keluar tetapi tidak mampu keluar. Kerana aku belum pandai menulis walaupun aku sudah terlalu tua.

 

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.