Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

August 22, 2019

SAYANG TUHAN ATAU SAYANG ALLAH


Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Maaidah 5:73)

Apakah kelakuan kita hari ini tidak mempengaruhi pegangan anak-cucu kita esok?

Apa yang terjadi apabila anak-anak yang kurang diberi pendidikan, mereka akan percaya bahawa tuhan dan Allah ialah dua yang berlainan. Apa yang mungkin terjadi kepada anak-anak yang sukakan tolak-ansur apabila mereka memahami bahawa tuhan orang Islam ialah Allah, tuhan orang kristien ialah Yesus dan tuhan orang hindu ialah Krishna.

Mungkinkah kesungguhan kita mempertahankan Allah tetapi tidak mempertahankan Tuhan yang sekian lama difitnah boleh menyebabkan kekeliruan faham seolah-olah ada perbezaan iaitu Allah ialah tuhan untuk orang Islam, manakala ada tuhan-tuhan lain yang disembah oleh orang lain.

Perhatikan pula dua jenis ucapan pengakuan yang diamalkan oleh orang islam iaitu “tiada tuhan melainkan Allah” dan “tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah”. Ucapan pertama mengakui hanya ada satu sahaja tuhan manakala ucapan kedua boleh disalah tafsir sebagai pengakuan bahawa tuhan aku ialah Allah, tuhan orang kristien ialah Yesus dan tuhan orang hindu ialah Krishna.

Jika kita tidak setuju mereka mengatakan Yesus ialah Allah, adakah kita setuju mereka mengatakan Yesus ialah Tuhan? Jika kita tidak setuju, mengapa kita boleh membiarkan seolah-olah tiada apa-apa berlaku, tetapi tiba-tiba kita sayangkan Tuhan. Atau sebenarnya kita hanya sayangkan Allah tetapi tidak sayangkan tuhan?

Kepada tuhan kami berserah dan mohon pertolongan.



Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.