Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

July 22, 2019

Rahsia Yang Semua Orang Tak Tahu


Awak tahu ke?

Ketika saya berkunjung ke kedai buku di Kuching, terpandang sebuah buku yang bertajuk “JANGAN BACA BUKU INI”. Saya berkata dalam hati, bodoh apa penulis buku ini, peliknya orang yang sanggup beli dan baca.

Rupa-rupanya inilah cara menarik orang beli dan baca atau sekurang-kurangnya beli dan simpan.  Kerana yang lebih penting ialah laris, tak baca pun tak apa.  Tetapi hati ini ingin membacanya!

Nampaknya, inilah satu-satunya buku yang menyebabkan saya tetarik untuk membacanya tetapi kerana ego, saya tidak beli.  Banyak lagi buku-buku lain yang saya belum baca.

Tetapi apa yang ditulis tadi bukan ada kaitan dengan tajuk tulisan ini.  Tak ada apa yang boleh dinyatakan mengenai tajuk itu, awak tak tahu, saya pun tak tahu. Entah ya entah tidak.  Kepada pencipta kita berserah dan mohon pertolongan.

Sekian.



    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    Tags: , ,