Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

July 22, 2019

POLITIK


bLog Juga memahami kekeruhan yang berlaku hari ini sebagai iblis yang perdaya manusia. Lalu sedikit-demi-sedikit manusia yang terpedaya membawa pandangan masing-masing yang bertentangan dengan perintah tuhan sehingga kita saling salah-menyalahkan sesama manusia.

Keghairahan kita melebelkan seseorang ke dalam puak-puak mengikut anggapan puak kita akan menjarakkan lagi jurang perpecahan ini. Padahal, tiap-tiap seorang dari kita mempunyai pandangan masing-masing yang amat berguna antara satu sama lain.

Tetapi kerana dipisahkan oleh label-label yang sengaja ditampal dalam hati kita oleh syaitan untuk mengasing-asingkan kita. Sehingga kita merasa yakin bahawa kawan-kawan yang di hadapan di fb ini sebagai musuh yang wajib diperangi, sebagai orang yang tidak boleh dipercayai, sebagai orang sesat yang hendak dijauhi dan apa-apa yang pasti akan menjarakkan kita selain bertemu untuk bertengkar.

Syak yang dizahirkan dengan tuduhan demi tuduhan silih berganti adalah salah satu jalan-jalan untuk memisahkan manusia supaya masing-masing bertambah yakin bahawa puak sendirilah yang benar.

Kekeliruan yang sengaja diada-adakan sengaja disebarkan seluas mungkin sehingga ada yang sudah terpedaya lalu berkongsi saham turut menyebarkan tanpa pengetahuan kerana percaya melakukan perkara benar.

Marilah kita kembali. Kepada tuhan kami berserah dan mohon pertolongan.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.