blog juga
Cara Hidup

PAKAIAN FIZIKAL TIDAK PERNAH LEBIH BAIK DARIPADA PAKAIAN TAQWA

Saya tidak ingin pertikaikan bagaimanakah kamu dan isteri kamu berpakaian asalkan menutup aurat. Ternyata dan sangat jelas bahawa wanita dan lelaki hari ini sedang berlumba-lumba menutup badannya dengan pakaian. Kecuali hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang tidak kisah orang melihat bentuk tubuhnya.

Saya hanya ingin menyatakan bahawa pakaian yang mereka berlumba-lumba tampilkan hari ini tidak pernah lebih baik daripada pakaian taqwa.

Saya percaya bahawa kita tahu apa maksud taqwa, tetapi apa salahnya saya nyatakan lagi di sini. Mudah-mudahan pengtahuan kita diverifikasikan secara nyata. Boleh jadi saya sangka telah tahu tetapi rupa-rupanya tidak benar.

Taqwa bunyinya seperti takut, tetapi orang melayu ada banyak tanggapan berkaitan dengan takut. Biarlah ini menjadi lebih nyata iaitu taqwa ialah kita melakukan kerana menunaikan perintah tuhan, mengajak orang melakukan perintah tuhan dan meninggalkan perbuatan yang tuhan larang, melarang orang lain juga.

Apakah sudah nyata kepada kita yang mana larangan-larangan tuhan dan perintah-perintah tuhan. Atau orang melakukan apa-apa mengikut keinginannya sahaja tanpa mengetahui yang mana larangan dan yang mana suruhan.

Saya lihat orang mengatakan orang zaman ini berpakaian tetapi telanjang. Lalu mereka menafsir orang begitu berpakaian seksi atau nipis. Benarkah begitu? Bagi saya orang berpakaian seksi atau berpakaian nipis tetap berpakaian tidak telanjang.

Inginkah tuan ketahui bagaimana kepercayaan saya dalam hal ini. Bagaimana dengan keadaan orang yang berpakaian fizikal, yang kita boleh lihat dengan mata kita sendiri. Lelaki dan perempuan sedang berlumba berpakaian yang paling menutup. Kedai-kedai pakaian sudah menjual semua pakaian menutup aurat. Ada banya fesyen dan gaya hingga semua hati ingin memiliki dan memakainya.

Bagaimana dengan taqwa. Adakah kita menjadikan perkataan taqwa sebagai ucapan rutin kita setiap hari sebagaimana kita memakai pakaian fizikal. Adakah anak-anak kerana telah berpakaian menutup aurat tetapi tidak diperkenalkan dengan maksud taqwa akan menjadi taqwa atau kita akan menjadi orang tua yang menyangka mereka bertaqwa kerana mereka sedang memakai pakaian menutup aurat sedangkan mereka tidak pernah dengar nama taqwa atau mereka menyangka taqwa ialah takut dan orang melayu ada banyak tanggapan mengenai perkataan takut.

Apakah tidak mungkin suatu hari nanti apabila kita telah tiada, ketika anak-anak menjadi ibu-bapa, orang sudah tidak peduli seseorang bertaqwa atau tidak asalkan kelihatan melakukan yang dianggap  tuhan suka. Sedangkan perintah yang mereka perintahkan ialah perintah orang lain. Belajarlah dari pengalaman orang yahudi yang menyangka mereka yang terbaik melakukan perintah tuhan ketika nabi isa melihatnya tidak. Ketika itulah saya memahami mereka berpakaian tetapi telanjang. Pakaian mereka bertambah baik tetapi pakaian taqwa sudah hilang.

Kepada tuhan saya berharap.

 

 

 

 

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.