Press "Enter" to skip to content

ORANG YANG TAAT PERINTAH NEGARA IALAH MUKMIN

Masih terjadi hingga sekarang bahawa bani israel menganggap agama merekalah agama paling mulia. Mereka menamakan agama mereka yahudi. Mereka meletakkan syarat itu semua untuk bani mereka sahaja. Apa kaitannya dengan orang yang taat perintah negara ialah mukmin.

Hari ini, terbit satu lagi bangsa yang menganggap agama mereka sahaja yang benar. Tetapi sayangnya agama mereka bukan berasal dari bangsa mereka.

Ah! saya minta maaf kerana memulakan tulisan ini dengan ayat-ayat yang boleh jadi menimbulkan tidak tenteram di dalam hati.

Ini yang ingin saya kongsi dengan anda. Saya melihat banyak terma telah ingin dijadikan hak milik kumpulan sendiri. Sehinggakan nama “KEDAI KOPI” pun  ingin dijenamakan.

Saya lihat banyak nama-nama yang baik yang ingin dijadikan hak milik yang akibatnya orang lain merasa janggal menggunakan nama itu. Begitu juga nama-nama yang orang-orang tua kita jadikan jenama hinggakan kita anggap nama-nama itu adalah hak milik kumpulan kita sahaja. Sesiapa yang hendak guna nama-nama itu hendaklah mendaftar menjadi ahli.

Seolah-olah orang sedang mengejar kulit supaya dilihat orang, lihatlah saya ada kulit yang licin dan bersinar. Tetapi diri sendiri pun tidak peduli apa isi kandungannya. Seolah-olah buih-buih yang indah.

Apa kaitannya tajuk dan cerita. Tidak. Cerita ini tidak mampu menyampaikan apakah makna tajuk itu kerana ada terlalu banyak tajuk seperti itu yang isi kandungannya serupa dengan cerita ini.

Sila andaikan perkataan mukmin ialah perkataan umum. Seperti orang biasa menggunakan perkataan baik, atau orang baik. Kemudian sekali lagi kita memahami mukmin sebagai orang patuh. Orang boleh katakan begini orang baik ialah orang yang patuh.

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.