Press "Enter" to skip to content

MEREKA MELAKUKAN ATAS NAMA CINTA YANG SEJATI

Atas nama cinta, telah berlaku dua perkara iaitu kebaikan dan keburukan.

Adakah kita boleh menafikan apabila ia punca terjadinya keburukan, ia bukan cinta. Sehinggakan saya tidak menganggap cinta bukanlah yang utama walaupun ketika ia hadir, hati menjadi tertumpu kepadanya sahaja.

mereka melakukan atas nama cinta yang sejati

Siapa yang menjamin, apabila adanya cinta yang dipupuk, akhirnya akan menjadi suatu kebaikan atau keburukan, walaupun ramai yang berharap ia menjadi baik.

Apa yang berlaku suatu ketika dahulu selepas nabi isa pergi meninggalkan pengikutnya, mereka mula dihimpit rasa cinta dan rindu sehinggakan kemana sahaja mereka pergi, mereka mengungkapkan istilah-istilah cinta yang mendalam kepada rasul.

Setelah masa berlalu, pengikut kepada pengikut terus mengulang yang sama, iaitu menanam rasa cinta yang mendalam kepada yang dirindui walaupun sudah ramai yang tidak kenal kerana zaman telah berlalu. Tetapi kerana rasa cinta yang dipupuk sedemikian rupa, ia menjadi pengabdian cinta.

Akhirnya, apabila raja rom yang menyembah 3 dewa melihat kehebatan cinta orang yang merindui rasul seolah-olah merindui tuhan. Apabila dia istiharkan beragama sebagai agama mereka, kehadiran raja disambut dengan hati yang bangga kerana akhirnya dunia menerima kecintaan mereka. Mereka menjadi satu yang menyembah 3 yang mereka yakin tetap 1.

Kerana rasa cinta yang amat mendalam, apa-apa yang disebut ada kaitan dengan yang dicintai, lebih tinggi diangkat, menjadikan pencita lebih merasa bangga. Dan akhirnya pencinta-pencinta itu menuhankan nabi isa.

 


 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.