Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

July 22, 2019

MEREKA KATA




Mereka kata, walaupun kita berlainan agama dan berlainan bangsa, kita hendaklah berbangga kerana kita adalah rakyat Malaysia. Mereka yang lain pula berkata, walaupun kita berlainan negara dan bangsa, kita bersyukur kerana kita berugama islam.

Mereka berkata, walaupun kita adalah satu bangsa melayu, tetapi kita akan tetap memperjuangkan aliran politik masing-masing. Mereka yang lain juga berkata, marilah kita bangsa melayu bersatu demi kesejahteraan negara tercinta sehingga mereka lupa bangsa lain juga ingin bersatu demi negaranya.

Dahulu mereka pernah berkata, bangsa kita pernah dijajah, hari ini mereka berkata negara kita pernah dijajah. Kerana dahulu, hanya melayu yang dijajah di sini. Tiba-tiba hari ini, semua rakyat Malysia merasakan mereka semua pernah dijajah.

Aku dilahirkan 10 tahun selepas bangsaku merdeka, aku tidak pernah dijajah. Ramai lagi yang tidak dijajah oleh pendatang asing. Mereka sangat takut jika peristiwa berulang, siapa lagi yang ingin datang menjajah. Siapa lagi yang ada niat untuk menjajah melayu. Adakah musuh dari luar atau musuh yang berada di dalam selimut yang ingin menjajah bangsaku.

Mereka selalu bertanya, bangsa kah atau ugama kah yang perlu dibela dahulu? mereka yang suka bertanya demikian, samada ingin menyimbah minyak atau ingin mencucuh api. Supaya bangsaku terbakar semuanya.

Mereka berkata marilah kita lupakan semua sengketa demi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta ketika hatiku meronta untuk berkata alangkah gembiranya jika mereka berkata, marilah kita semua rakyat malaysia hanya menyembah tuhan yang satu. Semoga tuhan tunjukkan jalan yang benar.

Suka(1)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.