Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

– ARTIKEL RAWAK –

KISAH ORANG TAK PERCAYA BERI MAKAN ORANG PUASA
Apabila lihat orang tidak islam beri makan dan minum kepada orang islam, saya teringat kisah orang-orang arab yang beri makan…
Continue reading »

RSS Feed

March 19, 2019

MENGAPA DIHALANG SEDANGKAN TIDAK MENGAJAK




Kadang-kadang saya terfikir, mengapa kita bertanya mengapa orang murtad? kemudian kita ingin menyalahkah sesiapa di sekitar kita, atau menyalahkah sistem yang tidak baik. Kemudian saya dapati, mengapa kita perlu mengambil tahu mengapa mereka hendak murtad, malahan saya lebih suka jika mereka diberikan keberanian untuk menyatakan telah berpaling tadah dengan ugama yang pernah dianutinya.

Saya lebih setuju jika kerajaan membenarkan siapa yang ingin menukar agamanya. Tetapi dengan syarat iaitu sesiapa sahaja juga boleh mempromosi kebaikan ugama masing-masing kepada sesiapa sahaja. Siapa yang dianggap bersalah?, samada yang berdakwah atau mereka yang bercakap bohong dan memfitnah sehingga menimbulkan huru-hara yang menjejas keamanan masyarakat.

Apa sudikah saudara menyimpan duri dalam daging semata-mata kerana takut kawan-kawan seugama menukar agamanya (menzahirkannya) walaupun secara tidak sedar mereka telah sedia murtad? Berkesankan seruan tuan kepada kawan yang tidak memakai tudung supaya menutup aurat sedangkan dia sebenarnya tidak percaya dengan hari bertemu Tuhan.

Siapa sebenarnya yang engkar suruhan Tuhan Yang Maha Bijaksana apabila melarang manusia menukar agama yang disukainya sedangkan Tuhan Yang Maha Mengetahui telah beri kebebasan kepada sesiapa yang ingin memilih ugamanya. Siapa yang engkar perintah Tuhan Yang Maha Menghakimi apabila ada pihak melarang manusia menyatakan yang mana benar dan yang mana salah (berdakwah) sedangkan Tuhan Penguasa Seluruh Alam menyuruh hambanya mengajak sesama sendiri berbuat kebaikan dan melarang perkara mungkar.

Adakah apabila ada suruhan supaya menyampaikan walaupun satu ayat, itu bermakna hanya orang-orang tertentu yang diberi kuasa sahaja layak menyampaikannya. Apa pula peranan kita sebagai orang yang mengaku beriman dan beramal soleh yang bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Mengapa disalahkah mereka yang ingin murtad sedangkan suara kita begitu mahal dan berdaulat untuk mencemar duli berjumpa rakyat jelata.

Salam hormat, semoga Tuhan meredha perbuatan dan percakapanku.

Rujukanku:

*http://www.hilalazmi.com/2011/08/kenapa-orang-murtad.html

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.