Cara Hidup

KITA TELAH MENGGUNAKAN KUASA

Tuhan telah beri kita kuasa, kita telah menggunakan kuasa untuk memilih wakil rakyat (wakil kita) samada ke Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negara. Lihatlah siapa yang kita pilih. Mampukah mereka menasihati raja-raja. Atau mereka sebagai pengampu-pengampu yang selesa bernaung di bawah raja yang lemah dan tersembunyi seribu isu supaya mudah diugut.

Adakah wakil-wakil rakyat jelata yang kita pilih ialah sebenarnya wakil-wakil kita ke dewan-dewan di bawah naungan raja-raja untuk menjalankan tugas-tugasnya mentadbir dan menjaga Negara dan rakyat ke suatu destinasi yang kita ingin atau kita telah memilih tuan yang akan menjadikan kita hamba-hamba sebagaimana pernah terjadi suatu ketika dahulu.

Jika dahulu, raja memilih siapa wakil-wakil raja untuk menjadi mata dan telinganya. Hari ini ceritanya telah berubah, setelah kuasa raja beku, dibekukan oleh penjajah, kita bergembira berada di bawah naungan patung raja. Siapa yang paling gembira? Sungguh seronok menjadi wakil rakyat yang tidak perlu lagi patuh kepada raja kerana pada ketika itu merekalah raja.

Apa tidak benarkah, kita bukan memilih wakil rakyat, tetapi kita memilih tuan yang kuasanya seolah-olah raja. Lihatlah raja-raja yang ada. Apalah sahaja peranannya, selain seribu cerita yang tidak ingin diceritakan sehingga lebih selesa diam dari berbicara.

Siapa yang menyebabkan raja menjadi lemah? Bukankah tikus akan menjadi raja apabila kucing berjaya diberi makan friskies. Tikus tidak lagi takut kepada kucing dan kucing tidak peduli apa terjadi kepada tikus kerana dia sudah seronok dilayan sedemikiian rupa.

Mengapa nak salahkan dia atau mereka, salahkan diri sendiri kerana seronok dibuai mimpi, kerana seronok dilayan oleh tuan yang kita pilih.



    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.