Press "Enter" to skip to content

KISAH PENYEMBELIHAN ANAK NABI IBRAHIM – MENURUT QURAN

(As-Saaffaat 37:100 – 113)

  • ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
  • Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
  • Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar“.
  • Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
  • Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!
  • “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
  • Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
  • Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
  • Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
  • “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.
  • Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
  • Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
  • Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
  • Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.

 

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.