Press "Enter" to skip to content

Kisah Penyaliban Nabi Isa

dan perkataan mereka sesungguhnya kami telah membunuh al masih isa putera maryam rasul allah dan tidak mereka membunuhnya dan tidak mereka menyalibnya akan tetapi diserupakan bagi mereka dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih padanya benar-benar dalam keragu-raguan daripadanya apa bagi mereka dengannya dari keyakinan kecuali mengikut persangkaan dan tidak mereka membunuhnya yakin.

Free Search Engine Submission

Izinkan saya menyatakan apa yang berada di dalam hati ini. Setelah beberapa kali membaca dan merujuk beberapa dokumen yang berkaitan dengan kisah ini, hati saya mengatakan kisah nabi isa ketika peristiwa penyaliban adalah begini:

  • Dia dan beberapa orang yang lain telah merancang supaya dirinya kelihatan mati disalib. Saya akan berkongsi dengan pembaca bagaimana saya memahami ini dalam tulisan yang lain.
  • Apa yang berlaku pada hari peristiwa penyaliban ialah, selepas ditangkap oleh tentera penjajah, pendita-pendita yahudi ingin supaya nabi isa dibunuh.
  • Tetapi setelah disiasat, pihak penjajah tidak menemui sebarang sebab untuk hukum dia. Kemudian dia diserahkan kembali kepada pendita-pendita yahudi supaya mereka sendiri yang menghukum dia mengikut undang-undang agama yahudi. Tetapi mereka menolak, orang yahudi tidak membunuh dan tidak menyalib nabi isa.
  • Mereka menuduh nabi isa lawan raja rom dengan alasan dia mengaku raja. Menyebabkan serba salah pihak penjajah rom untuk melepaskan dia atau hukum. Akhirnya penjajah terpaksa melakukan penyaliban ke atas nabi isa walaupun tanpa sebab yang sah hanya kerana permintaan dari ketua-ketua agama yahudi yang ingin nabi isa disalib dan dibunuh.
  • Ketika di tiang salib, dia meminta minuman, kemudian dalam sekejap masa sahaja mati. Suatu kematian yang sangat singkat sedangkan dua orang lagi yang disalib bersama-sama dia belum mati.
  • Perancangan untuk kelihatan mati ini, tidak diketahui oleh ramai orang yahudi kecuali beberapa orang murid dan pengikut-pengikut rahsianya sahaja. Sebenarnya sudah beberapa kali cubaan menangkap dia telah dilakukan tetapi tidak berjaya kecuali hari ini, iaitu dia dengan sengaja membiarkan dirinya ditangkap pada hari jumaat yang mengandungi sebab yang penting.
  • Kebisaannya, mereka yang disalib, tidak mati dalam masa satu hari, tetapi kerana kebiasaan agama yahudi, ketika menyambut hari sabtu, tidak boleh ada orang yang masih tersalib pada hari sabtu, meraka terpaksa membuhun sesiapa yang belum mati dan cepat-cepat turunkan mayat sebelum hati sabtu. ┬áMereka telah membuhuh dua lagi orang yang disalib bersama-sama dia, tetapi mereka tidak bunuh dia kerana disangka telah mati.
  • Pada petang hari jumaat, dia diturunkan dari salib oleh pengikutnya untuk diletakkan dalam sebuah kubur yang berhampiran dengan tempat itu. Kejadian ini untuk menyakinkan orang ramai bahawa dia telah mati dan telah dikuburkan pada hari yang sama, Walaupun ada yang masih ragu kerana cara kematian yang begitu cepat, kerana perancangan ini dilakukan demikian rupa, mereka menerima saja bahawa mereka telah benar-benar melihat dia mati dan dikuburkan.
  • Inilah perancangan yang kukuh, yang sehingga sekarangpun orang masih belum benar-benar memahami apa yang berlaku ketika itu, termasuk saya, kita semua menyatakan kisah ini dengan bukti-bukti yang sangat sedikit dan berdasarkan kemungkinan-kemungkinan yang paling hampir sahaja.
  • Dengan ini, saya menceritakan kefahaman ini yang saya dapati tidak bersalahan dengan kandungan al-quran yang benar sekadar sebagai perbandingan dengan kefahaman pembaca, mudah-mudahan kita sama-sama perolihi sesuatu yang berguna sebagai jalan hidup ini.

Apabila ada masa yang sesuai, izinkan saya menyatakan kisah yang lain pula. Semoga tuhan tunjukkan jalan yang benar, hanya kepadanya sahaja saya berserah.

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.