Press "Enter" to skip to content

KISAH NABI ISA DALAM QURAN -1

5:109.     Pada hari apabila Allah kumpul Rasul-Rasul, dan berkata, “Apakah sahutan yang kamu diberi?” Mereka berkata, “Kami tidak ada pengetahuan; sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui yang ghaib.”

5:110.     Ketika Allah berkata, “Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, ‘Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.’

5:111.     Dan ketika Aku wahyukan pengikut-pengikut yang setia, ‘Percayalah kepada-Ku, dan Rasul-Ku’; mereka berkata, ‘Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.’”

5:112.     Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, “Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu turunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?” Dia berkata, “Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.”

5:113.     Mereka berkata, “Kami hendak makan daripadanya, dan hati kami jadi tenteram, supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.”

5:114.     Berkata Isa putera Mariam, “Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.”

5:115.     Allah berkata, “Sesungguhnya Aku turunkannya kepada kamu; sesiapa antara kamu sesudah itu yang tidak percaya, sungguh Aku akan azab dia dengan azab yang dengannya Aku azab tiada seseorang daripada semua alam.”

5:116.     Dan apabila Allah berkata, “Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu kata kepada manusia, ‘Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah’?” Dia berkata, “Kepada Engkau sanjungan! Tiada bagiku untukku kata apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku katakannya, Engkau ketahuinya, dengan ketahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak ketahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.

5:117.     Aku hanya kata kepada mereka apa yang Engkau perintahkan aku dengannya: ‘Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.’ Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau matikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu.

5:118.     Jika Engkau azab mereka, mereka adalah hamba-hamba Engkau; jika Engkau ampun mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”

5:119.     Allah berkata, “Inilah harinya di mana orang-orang yang benar dimanfaatkan dengan kebenaran mereka. Bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; itulah kemenangan yang besar.”

5:120.     Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa-apa di dalamnya, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.