Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

September 20, 2019

JANJI DITEPATI


Ada seseorang berkata “janji ditepati” bukanlah suatu kenyataan HANYA untuk Islam SAHAJA, tetapi ia adalah suatu kenyataan “universal”. Ia hendaklah dilaksanakan oleh semua orang.

Ada banyak lagi kenyataan yang ada dalam Islam yang universal sifatnya. Hanya menunggu lagi siapa orang berpengaruh yang akan menyebutnya untuk memperkenalkan kepada seluruh manusia. Pada zaman dahulu, silih berganti, hadir orang terpilih untuk menyatakan dan mempraktikkan sebagai contoh dan tauladan.

Apabila penganut suatu agama merasakan perintah-perintah tuhannya hanya untuk puaknya sahaja, untuk amalan pengikut-pengikut yang membuat aku janji sahaja, atau “Untuk Ahli Sahaja”, banyak istilah-istilah universal yang dikhazanahkan dan tidak dihebohkan kepada manusia. Seolah-olah, siapa yang nak tahu, kenalah jadi ahli dulu.

Hudud. Jika diizinkan oleh tuhan yang menjadikan diri ini dan segala sesuatu, apa salahnya rakyat biasa ini yang dikatakan tidak ahlinya akan memperkatakannya dalam artikel seterusnya.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.