Cara Hidup

INILAH DUA SITUASI MENGHADAPI KEMATIAN

Kita sudah biasa mendengar banyak kisah-kisah bagaimana seorang manusia ketika menghadapi kematian dan ketika di barzah. Pandangan yang akan disampaikan ini ialah bagaimana saat kematian atau sakratul-maut sebelum dibangkitkan hidup semula.

Perhatikan persamaan dan perbezaan yang akan disampaikan ini dengan kisah-kisah yang telah banyak kita dengar. Tuan boleh hendak percaya atau tidak percaya dengan apa yang akan disampaikan. Jika tuan dapati ada sesuatu yang ingin diperbetulkan, silalah kemukakan.

Berikut adalah dua sempadan bagaimana manusia menghadapi kematian. Sempadan pertama ialah bagaimana orang yang berdosa menghadapi kematian dan sempadan kedua ialah bagaimana orang yang mulia menghadapi mati.

SEMPADAN PERTAMA

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata:

“Telah diberi wahyu kepadaku”, padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya;

dan orang yang berkata:

“Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek):

“Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya”.

Al-An’aam 6:93

SEMPADAN KEDUA

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

A-li’Imraan

Demikianlah dua sempadan kematian yang akan dihadapi. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang mendapat berita baik di dunia dan akhirat, bukan orang-orang yang suka berbohong menggunakan nama-nama yang mulia.

PAUTAN BERKAITAN

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.