Press "Enter" to skip to content

ENTAH KENAPA PERKATAAN JAWO, KELING DAN RIAU JADI PENTING

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya mohan jutaan kemaafan daripada pembaca kerana akan menulis isu begini.  Bagaimana akan saya menyatakan apa yang terbuku di hati supaya difahami dengan baik dan tidak mengeruhkan keadaan.

BAB 1

Tidak dapat dinafi bahawa kisah sejarah tanah melayu dipelopori suatu bangsa “melayu” yang saya lihat seolah-olah bukan bangsa melayu tetapi “keling”.  Kenapa istilah keling digunakan bukan india. Bagaimana untuk saya membezakan perkataan ini dalam keadaan yang lebih baik.

Sungguh, pengetahuan kita menjadi bercelaru kerana berbeza kefahaman, dan masing-masing saling mempengaruhi antara satu sama lain. Benarkah keling bermaksud india. Apabila saya rujuk wikipedia, didapati keling ialah filipina, tetapi sebelum ini saya ingat india. Tetapi apa yang saya maksudkan keling di sini ialah bangsa yang mendakwa dirinya melayu juga. Bangsa ini, saya lihat seperti mendominasi pentadbiran tanah melayu semenjak dahulu lagi. Persoalannya kenapa????

Dan kenapa ada pepetah yang mengatakan “jika jumpa ular dan keling, lebih baik katok keling dulu”

Dan kenapa bangsa melayu ini banyak terdapat di dua negeri iaitu melaka dan pulau pinang.

BAB 2

Saya orang kelantan. Dari apa yang saya selalu dengar, dikatakan orang kelantan tidak berapa ngam dengan orang jawo. Entah kenapa, dituduh bangsa kelantan tidak ngam dengan jawo sedangkan beberapa kajian orang kelantan, mereka mengatakan bangsa jawo ada hubungan darah dengan orang kelantan. Malah kami berkongsi adat yang sama iaitu wayang kulit dan kain batik.

Jawo dan riau, walaupun kedua-duanya indonesia, mereka bukanlah satu bangsa, biasa orang jawo kata riau sebagai melayu seperti orang melayu di tanah melayu sedangkan saya tidak merasakan riau bangsa saya.  Pakaian orang riau berbeza dengan jawo, dikatakan pakaian tradisional riau sama seperti pakaian tradisional melayu tetapi saya lihat datok-nenek saya tidak memakai pakaina seperti mereka malah saya lihat lebih hampir kepada jawo.

Kenapa ada ungkapan ini, “orang Jawa totok mengaku bahawa mereka tak tahu siapa Patih Gajah Mada ini, tetapi sombong tak mahu mengaku dia ni orang Kelantan”

BAB 3

Kita sudah ketahui, bangsa johor adalah keturunan bangsa riau. Keturunan bangsa inilah yang membentuk keturunan di pantai barat di selangor dan negeri sembilan. Entah kenapa saya merasakan bangsa inilah yang cuba menjajah tanah melayu dengan alasan mereka juga orang malaysia. Pengaruh riau begitu kuat dirasakan di pantai barat sehingga keluarga saya ingat inilah keturunan kita, Inilah melayu yang sebenar semenjak dahulu lagi.

Bagaimana saya boleh menjadi faham bahawa budaya ini budaya nenek-moyang saya sedangkan, semenjak dulu lagi mereka bercerita kisah wayang kulit dan memakai kain batik jawo.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.