Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

August 23, 2019

CORRUPT




Antara punca kejayaan suatu rancangan ialah kerana adanya kerjasama antara ahli-ahli dalam pasukan dan kerjasama antara pasukan di mana mereka berusaha bersungguh-sungguh menjayakan rancangan yang telah diputuskan. Manakala kemusnahan (corrupt), atau lumpuh (corrupt) atau rosak (corrupt) suatu rancangan adalah kerana berlaku hasutan (corrupt) dalam atau antara kumpulan yang dilakukan oleh orang yang curang (corrupt). Jadi, sedarlah kita bahawa ‘corrupt’ atau dikenali sebagai rasuah, mungkin juga tidak melibatkan wang.

Apabila suatu perbincangan dilakukan untuk merancang suatu rancangan, akan ada beberapa ahli yang tidak bersetuju. Kemungkinan yang berlaku ialah kerana samada ketua yang mengarah (menggunakan hak ketua), perbincangan yang tidak dimanafaat kerana ahli-ahli yang tidak berpengetahuan (tidak sedia), ahli yang ada kepentingan sendiri, cadangan rancangan yang tidak praktikal tetapi tidak mampu diperbetulkan kerana beberapa sebab dan lain-lain.

Kebiasaannya ahli mesyuarat lebih suka ambil langkah selamatkan diri sendiri (tidak inging bertanggungjawab) menyebabkan ada yang mengambil formula betul yang dirosakkan seperti lebih baik diam dari bercakap perkara yang tidak diketahui. Jika ‘tidak bersetuju’ berlaku di dalam satu perbincangan, mungkin masih boleh dinilai kemungkinannya, masalah besar akan berlaku jika masih ada ‘tidak’ bersetuju selepas kata putus telah diputuskan.

Pakatan sulit?

Mungkin orang yang suka membangkan di dalam suatu mesyuarat akan jadi orang yang paling tidak disukai. Tetapi macamana pula jika orang itu juga jadi orang yang paling membela kumpulannya apabila melaksanakan rancangan yang telah diputuskan. Orang yang perlu diberi perhatian ialah mereka yang diam seolah-olah setuju tetapi apabila melaksanakan suatu rancangan, mereka tidak melaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengikut beberapa proses seperti yang disetujui, kerana merekalah yang akan menjadi salah satu punca rancangan yang gagal (corrupt).

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.