Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

August 17, 2019

BUKAN AHLI MENULIS MENGENAI UNDANG-UNDANG


Aneh, satu negara mempunyai banyak undang-undang. Puak tertentu kena patuhi undang-undang tertentu, manakala puak lain terlepas walaupun tinggal dalam satu negara yang sama.

Perhatikan petikan ini : rujuk 4:58 – Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Selayaknya, satu jenis kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam negara yang sama, dijatuhi hukuman sama apabila telah disabitkan. Mengapa ada perbezaan hanya kerana mereka berlainan kepercayaan. Kecualilah kesalahan atas dasar agama seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya, terpulang kepada agama masing-masing menentukan jenis hukuman.

Kesalahan-kesalahan umum seperti rompak, curi, rogol, bunuh tiada lesen dan sebagainya, tidak memerlukan undang-undang berbeza. Cukuplah satu sahaja hukuman yang adil kepada semua.

Apa kata pengamal undang-undang dan mereka yang terlibat secara langsung seperti peguam, hakim, polis, penjara dan sebagainya. Apakah ordinan, enakmen, akta yang ada masih boleh dipinda? Sudah tentu masih boleh. Apa belum terbukakah di hati pengamal undang-undang yang katanya percaya kepada kebesaran tuhan yang maha mengetahui lagi hakim yang adil, untuk menyemak semula akta, ordinan, enakmen dll kepada yang lebih baik.

Ketengahkan kepada awam buruk dan baiknya jenis hukuman yang ada sekarang, biarkan rakyat mengetahui sesuatu. Penjara!. apa, hukuman penjarakah satu-satunya jenis hukuman terbaik, macamana dengan keburukan dan tanggungan kerajaan kerananya?

Malaysia pernah menghadapi satu pengalaman yang berguna. Suatu ketika dahulu, tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pindaan hukuman kepada pengedar dadah. Hukuman bunuh kepada pengedar tertentu. Ketika negara-negara lain membantah, dengan keyakinan dan harga diri, kita meneruskannya. Apa, perkara begitu tidak mahu diulangikah?

Marilah semua rakyat yang perihatin, berganding-bahu selongkar segala cerita, kemukakan segala pandangan dan pendapat, kumpul segala pengalaman. Biar manusia mengetahui potong tangan, pancong, rotan, rejam dan sebagainya, hukuman yang nyatakan oleh tuhan yang maha berkuasa adalah hukuman yang benar dan adil. Agar mereka tahu tuhanlah tuhan yang sebenar.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.