Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

July 22, 2019

AJAK TAUHIDKAN


Saya melihat larangan tuhan supaya jangan menuduh dan supaya kebencian kita kepada suatu golongan yang lain tidak menyebabkan kita tidak berlaku adil merupakan suatu larangan yang bila-bila masa boleh terkena ke hidung kita sendiri.

Tulisan ini dan tulisan di sini juga akan dianggap begitu apabila kita telah menyangka kefahaman kitalah kefahaman yang sebenar dan sepatutnya diikuti oleh orang lain. Tetapi kenyataan yang saya faham ialah berserah kepada yang esa adalah jalan yang diajar supaya samada mensucikan diri dan tidak menjadi taksub kepada diri atau kumpulan sendiri.

Kebimbangan yang saya rasai ialah bukan syirik yang berlaku di dalam diri, kerana ini bukan keupayaan saya untuk perkatakan apa yang ada dalam dada tuan melainkan untuk diri saya sendiri sahaja, apa yang membimbangkan saya ialah menyenggutukan tuhan kerana memecah-mecahkan kita kepada beberapa bilangan tanpa disedari.

Sedankan kita disuruh supaya menghubungkan apa-apa yang telah diputus-putuskan oleh orang lain. Apabila tuhan konsisten dalam penggunaan istilah ini iaitu :

  • MENYEKUTUKAN = menjadikan satu yang banyak
  • TAUHID = jadikan satu

Saya merasakan ini menyebabkan apabila kita bertindak memecahkan, ia bukanlah pekara yang baik. Dan usaha kita untuk menyatukan, ia adalah usaha yang diredhai. Jika begitu, marilah kita mencari-cari jalan supaya setiap perbuatan dan ucapan kita adalah ke arah menyatukan (tauhid).

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.