Press "Enter" to skip to content

7 TEORI MENJADI ORANG SUSAH YANG BIJAK

Siapa yang ingin jadi orang susah. Tetapi apa yang orang rancang kepada kita ada kalanya boleh menyebabkan kita susah. Di sini ada 7 Teori Menjadi Orang Susah Yang Bijak. Mudah-mudahan kesusahan yang kita alami bertukar menjadi peluang untuk berbakti kepada masyarakat dan akhirnya menjadi hamba tuhan yang paling taat.

Contoh : Putu Halba Musim Tengkujuh

  1. Apabila harga tepong ubi kayu menjadi mahal kerana kena beli dari orang siam. Bukan kerana mereka nak jual dengan harga mahal tetapi kerana duit kita yang murah sangat. Mulai hari ini kita kena beritahu semua orang kampong yang ada tanah sekangkang kera, selepas habis musim hujan ni, tanamlah ubi kayu. Tak payah tanam banyak, tanam dua tiga pohon pun tak apa, janji pakat tanam.  Nanti bila tiba musim bah tahun depan, bolehlah longgok tepi jalan dan jual dengan harga murah. Kerja ni bukannya susah, tanam sekali sahaja, akhir tahun baru gali. Bukan kena tanam tiap-tiap hari. Dapat untung sikit pun tak apa, sekurang-kurangnya kita berbudi kepada tanah yang terbiar dan anggaplah ubi kayu harga murah itu sebagai amal jariah je.
  2. Jika kita sepakat hingga ada beratus-ratus orang dalam kampong tanam ubi kayu sedikit seorang, apabila musim menggali tiba. Kampong tersebut dapat mengeluar banyak ubi kayu yang jika dibeli oleh seorang usahawan untuk diproses sebagai bahan mentah utama untuk dijadikan putu halba yang paling sedap. Produk kedua yang dapat dikeluarkan oleh orang kampong ialah putu halba paling sedap berharga murah.
  3. Tidak lama kemudian tentu kampong tersebut akan masyhur dengan produk putu halba paling sedap harga murah. Sudah banyak kampong yang jadi begitu. Kampong Laut dengan serundingnya. Nasi berlauk dengan Nasi Air Dinginnya. Mudah-mudahan tahun depan, kampong ini pula akan terkenal kerana mengeluarkan ubi kayu, tepong ubi kayu dan putu halba. Tambah pula zaman ini, orang tua pun sudah pandai promosi produk menggunakan media sosial.
  4. Amalan sedekah ialah amalan yang mulia. Ramai orang sudah tahu, orang cina dan india pun tahu. Jika begitu, apabila kita menjual putu halba, janganlah jual dengan harga mahal. Bukankah kos bahan mentah sudah murah. Jual lah putu halba dengan harga yang paling murah.  Mudah-mudahan orang-orang miskin pun dapat merasai kerana mampu beli.  Apabila kita sedekah sedikit harga kepada orang miskin dan kaya, mereka juga tidak miskin untuk sedekahkan kita doa yang baik-baik.
  5. Kemudian kita sedekahkan pula masa yang ada dengan tolong promosikan produk-produk orang kita. Ajak kawan-kawan datang dan beli.  Bukan untuk putu halba sahaja, produk-produk lain juga kita beritahu kawan-kawan kita.  Bukan sahaja sedekah tolong promosi, tetapi juga beri cadangan-cadangan yang baik, mudah-mudahan cadangan kita berguna kepada orang yang mengamalkannya seperti tanam ubi kayu. Dengan cara itu, bukan sahaja kita menjadi orang berguna kerana bercakap perkara yang baik-baik. Akibat daripada percakapan kita boleh mengubah tanah yang terbiar menjadi tanah dimanafaat. Orang yang mencari peluang-peluang pekerjaan dapat manafaat jika mereka juga menjadi orang bijak ketika dalam kesusahan dengan cara menjadi pemborong ubi kayu atau pembuat tepong ubi kayu. Semuanya boleh dilakukan dengan harga murah kerana kita bekerja campur dengan kita bersedekah.
  6. Kita bukannya ada modal besar nak beli mesin jika hendak buka kilang proses ubi kayu. Kita jangan lupa, ramai anak dara dan ibu-ibu samada yang tungal atau suaminya kerja di kedai kopi yang sanggup pergi kel el untuk cari nafkah. Masih ada yang tak sanggup tinggalkan tanah air tetapi tak ada orang nak beri kerja depan rupannya.  Kitalah yang ajak makcik-makcik datang rumah kita tolong gonyoh ubi dan tolong peroh jadi tepong ubi.  Jika gaji murah pun tak apa sebab tak payah sewa rumah di kel el dan tak payah bayar tambang bas kilang. Makan pun boleh masak di rumah je sebab tempat kerja dekat rumah. Ada juga yang boleh ambil upah buat itu semua di rumah je.
  7. Jika enam cara itu digunakan untuk kes-kes yang lain. Bukan hanya putu halba sahaja yang boleh dijual dengan harga murah, banyak lagi benda-benda lain yang boleh dijual dengan harga murah. Akibatnya, negeri kita dapat mengeluarkan banyak atau semua produk dengan harga murah.  Jika semua benda boleh dibeli dengan harga murah, dapat gaji sedikit pun tak sera susah serupa gaji mahal di bandar. Nama sahaja gaji mahal tetapi tak cukup. Lebih baik gaji sikit di kampong tetapi boleh pelihara anak sampai jadi doktor.

Sekianlah dulu 7 teori menjadi orang susuah yang bijak. Semoga jumpa lagi.

 

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.