Press "Enter" to skip to content

BENUA SIAM TAHUN 1294

Ibukota Nanzhao iaitu Dali ditawan pada 7 Jan 1253 oleh Kublai Khan yang diketuai oleh jeneral Sayyed Ajall Shams bin Omar bersama tentera mongol yang majoritinya Islam berbahasa Turkic. Penghijrahan Tai suku Dai dan Tai suku Lao secara besar-besaran berlaku semasa serangan Moghul di Yunnan pada 1257. Mereka sangat setia kepada Dinasti Song sehingga banyak rakyatnya turut membunuh diri ke sungai-sungai kerana tidak mahu tunduk kepada Moghul.

Menglai (Mangrai) menubuhkan Lan-na pada 1261 di kota Chiang Rai. Lan-na dikenali sebagai negeri “lapan ratus menantu perempuan” semasa zaman Yuan kerana menterinya mempunyai gundik sebanyak 800 orang. Lanna bertukar dinasti di antara Dai ke Lao dan kemudiannya Tai Lao menubuhkan Lan Sang dan pernah bergabung dengan Lan-na. Zuo, (丞相, Perdana Menteri) Wanze semasa zaman pemerintah kedua Yuan (1294-1307) memberi galakan kepada Temür Öljeytü Khan untuk menundukkan Lan-na dan menjadikannya sebagai vesel kepada Yunnan. Yuan Shi ada menyebut orang Yi merujuk kepada askar sokongan dari wilayah Lan-na. Penguasaan monghul ke atas Lan-na menyebabkan ia sentiasa mendapat ancaman dari Burma.

Pada 1257, Sayyed Ajall Shams Omar mengetuai 30,000 askar mongol membuat serangan pertama terhadap Dai Viet (Annam) yang setia dengan Song.

Beberapa siri serangan ke atas Dai Viet dilakukan diantara 1272 dengan tentera berkuda moghul Uriyangkhadai (Anak Subutai) dan pada 1282-1284, 1285 dan 1287-1288. Ariq Boke Khan turut terlibat dalam serangan ini. Serangan terakhir dari tentera Toghon (Putera Qubilai Khan yang ke-9) dengan pembantunya iaitu Omar Batur dan Alihaya berjaya menggulingkan Tran Nhan Tong dan mengangkat anaknya Tran Ich Tac sebagai pangganti tahta kerajaan Annam Dai Viet. Nasir al-Din yang mengganti ayahnya di Yunnan menghantar pasukan pemerhati ke Annam.

Serangan tentera moghul melalui Yunnan ke atas Pagan Burma berlaku pada 1271, 1272 dan 1275. Raja Narathihapate akhirnya tunduk pada Jun 1286.

Pada tahun 1294, Siam menerima titah daripada Temür Öljeytü Khan di paseban agung Yuan. Titahnya berbunyi seperti berikut, “Orang Siam dan Melayu dibunuh oleh jiran-jiran lama dan mereka semuanya sudah menyerah. Siam juga telah dititahkan untuk tidak menyakiti Melayu.” (Sumber: Yuan Shi, Volume 210)

Siam (Xian) di utara telah bergabung dengan Lopburi (luo-hu) di Selatan serta negeri-negeri di Semenanjung Melaka membentuk kerajaan campuran Siam dan Melayu dengan nama BENUA SIAM (Xian-luo-hu) yang berpusat di Ayuthaya.

Tentera Chai Rajathirach bersama-sama tentera Turkic melakukan serangan di antara 1547-1548 ke atas Lan-na. Lanna telah ditundukkan dan Chiang Mai berada di bawah Ayuthia (Pinto, Fernão Mendes. 1904. Subsidios para a sua Biografia). Menurut Pinto, ada 7 buah masjid milik Turki dan Arab pada masa itu dan kesuluruhan mereka berjumlah 30,000 orang di bandar besar Ayuthia sahaja.

 

0
0

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *