• blog juga
    Cara Hidup

    DOA ORANG YANG DISAYANGI TUHAN BELUM TENTU DITERIMA

    Kenapa Doa Orang Yang Disayangi Tuhan Belum Tentu Diterima. Apa yang menjadi syarat penting menyebabkan tuhan menerima doa seseorang. Atau ada yang masih menganggap semua doa orang pilihan tuhan diterima asalkan dia berdoa. Boleh jadi orang mengatakan doanya tidak diterima kerana harapkan doa dari orang pilihan tuhan tetapi sebenarnya mereka bukan orang begitu. Ketika yang lain, ada juga yang mengirimkan doa kepada tuhan melalui orang tertentu kerana merasakan dirinya hina sehingga tuhan mungkin tidak akan tunaikan doanya jika dia berdoa. Benarkah semua doa orang kesayangan tuhan, doanya diterima tambahan lagi berdoa di tempat mulia. Kelihatannya seperti bukan siapa dan di mana orang berdoa yang menjadi sebab utama diterima. Kita dapat…

  • blog juga
    Cara Hidup

    BENARKAH CINTA ADALAH SEGALA-GALANYA

    Sehingga saat ini, perkataan cinta masih menjadi suatu misteri yang menimbulkan banyak anggapan. Ada yang merasakan telah mengetahuinya, ada yang melarikan diri darinya, ada yang masih mencari apa ertinya, ada yang sedang menikmatinya, ada yang sedang menderita kerananya dan seribu satu perkara. Benarkah cinta adalah segala-galanya. Dari hari ke sehari, saya lihat orang sedang mengajak mencari cinta yang abadi, mencari cinta yang sebenar dan mereka mengatakan cinta yang paling agong ialah cinta kepada tuhan. Benarkah begitu. Saya sudah melihat kerana cinta, orang membuat kesyirikan, kerana cinta orang menikmati murka tuhan, kerana cinta orang melakukan dosa. Seolah-olah cinta benar-benar mampu membuat orang menjadi buta. Adakah kerana saya ungkapan cinta dengan begitu…

  • Cara Hidup

    APA YANG DILAKUKAN OLEH NABI IBRAHIM MENYEBABKAN TUHAN MENYAYANGINYA

    Hari ini saya lihat orang berlumba-lumba ingin mencintai tuhan kerana menganggap itulah cinta yang paling agong. Setiap masa orang mengajak supaya jadilah orang yang mencintai tuhan lebih dari segalanya. Benarkah mengajak cintai tuhan adalah ajakan yang paling benar atau masih ada seruan lain yang lebih mulia. Apa yang berlaku ialah orang sudah mulai menganggap mencintai tuhan bermaksud bertaqwa kepada tuhan. Tetapi lihatlah, ada ramai orang yang mencintai tuhan tetapi akhirnya syirik. Kenapa ini terjadi, adakah kerana cinta sebenarnya buta. Atau cinta yang mendalam boleh akibatkan buta. Lihatlah bagaimana nabi ibrahim mencari cintanya. Tetapi cintanya menyebabkan dia menjadi celik, malah dicintai tuhan. Ketika yang sama, dia dipertikai oleh orang kampong dan…

  • blog juga
    Cara Hidup

    MEREKA MELAKUKAN ATAS NAMA CINTA YANG SEJATI

    Atas nama cinta, telah berlaku dua perkara iaitu kebaikan dan keburukan. Adakah kita boleh menafikan apabila ia punca terjadinya keburukan, ia bukan cinta. Sehinggakan saya tidak menganggap cinta bukanlah yang utama walaupun ketika ia hadir, hati menjadi tertumpu kepadanya sahaja. Siapa yang menjamin, apabila adanya cinta yang dipupuk, akhirnya akan menjadi suatu kebaikan atau keburukan, walaupun ramai yang berharap ia menjadi baik. Apa yang berlaku suatu ketika dahulu selepas nabi isa pergi meninggalkan pengikutnya, mereka mula dihimpit rasa cinta dan rindu sehinggakan kemana sahaja mereka pergi, mereka mengungkapkan istilah-istilah cinta yang mendalam kepada rasul. Setelah masa berlalu, pengikut kepada pengikut terus mengulang yang sama, iaitu menanam rasa cinta yang mendalam…

  • blog juga
    Cara Hidup

    ORANG YANG TAAT PERINTAH NEGARA IALAH MUKMIN

    Masih terjadi hingga sekarang bahawa bani israel menganggap agama merekalah agama paling mulia. Mereka menamakan agama mereka yahudi. Mereka meletakkan syarat itu semua untuk bani mereka sahaja. Apa kaitannya dengan orang yang taat perintah negara ialah mukmin. Hari ini, terbit satu lagi bangsa yang menganggap agama mereka sahaja yang benar. Tetapi sayangnya agama mereka bukan berasal dari bangsa mereka. Ah! saya minta maaf kerana memulakan tulisan ini dengan ayat-ayat yang boleh jadi menimbulkan tidak tenteram di dalam hati. Ini yang ingin saya kongsi dengan anda. Saya melihat banyak terma telah ingin dijadikan hak milik kumpulan sendiri. Sehinggakan nama “KEDAI KOPI” pun  ingin dijenamakan. Saya lihat banyak nama-nama yang baik yang…

  • blog juga
    Cara Hidup

    PAKAIAN FIZIKAL TIDAK PERNAH LEBIH BAIK DARIPADA PAKAIAN TAQWA

    Saya tidak ingin pertikaikan bagaimanakah kamu dan isteri kamu berpakaian asalkan menutup aurat. Ternyata dan sangat jelas bahawa wanita dan lelaki hari ini sedang berlumba-lumba menutup badannya dengan pakaian. Kecuali hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang tidak kisah orang melihat bentuk tubuhnya. Saya hanya ingin menyatakan bahawa pakaian yang mereka berlumba-lumba tampilkan hari ini tidak pernah lebih baik daripada pakaian taqwa. Saya percaya bahawa kita tahu apa maksud taqwa, tetapi apa salahnya saya nyatakan lagi di sini. Mudah-mudahan pengtahuan kita diverifikasikan secara nyata. Boleh jadi saya sangka telah tahu tetapi rupa-rupanya tidak benar. Taqwa bunyinya seperti takut, tetapi orang melayu ada banyak tanggapan berkaitan dengan takut. Biarlah ini menjadi…

  • Cara Hidup

    LIRIK LAGU PERMATA UNTUK SUAMI

    Inginku tinggal di satu daerah paling sunyi Dalam hati untuk kau takluki sebagai suami Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang lelaki Untuk kau beri erti dengan kelembutan Untuk kau hargai dengan kasih sayang Ku ingin kau jadi lelaki mulia Yang tahu harga budi dan hati Seorang perempuan bernama isteri Kerana engkau suami Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini Tak semudah yang kau janjikan Yang kita janjikan Kerana kau suamiku Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

  • blog juga
    Cara Hidup

    SIAPAKAH YANG DIANGGAP PATUH PERINTAH AYAHNYA

    Apakah pendapatmu tentang ini: Seorang ayah mempunyai dua orang anak lelaki. Ia pergi kepada anak yang sulung dan berkata, Anakku, pergi dan bekerjalah hari ini dalam kebun buah. Jawab anak itu, Baik, bapa. Tetapi ia tidak pergi. Kemudian bapa itu pergi kepada anak yang kedua dan berkata demikian juga. Dan anak itu menjawab, Aku tidak mau. Tetapi kemudian ia menyesal lalu pergi juga. Siapakah di antara kedua orang itu yang melakukan kehendak ayahnya?   Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

  • blog juga
    Cara Hidup

    BENARKAH MURID NABI ISA SEMPAT BERJUMPA NABI MUHAMAD

    Tahukah tuan dari mana saya mendapat berita bahawa ada dikalangan 12 murid nabi isa yang sempat berjumpa nabi muhamad sedangkan perbezaan masa antara mereka adalah 500 tahun lebih. Benarkah murid nabi isa sempat berjumpa nabi muhamad. Ini petikan kata-kata nabi isa kepada 12 murid-muridnya sebelum peristiwa penyaliban berlaku iaitu; Injil Matius 16:(28) Ketahuilah! Dari antara kalian di sini ada yang tidak akan mati, sebelum melihat Anak Manusia datang sebagai Raja. Ini yang berlaku kepada salah seorang murid nabi isa beberapa tahun selepas nabi isa pergi. Simon Petrus atau Kefas yang bermaksud batu. Nama yang tidak berbeza jauh dengan maksud gua yang disebut Kahfi. Setelah dia hilang dari penjara ketika zaman…

  • Cara Hidup

    ANDA PENDENGAR YANG BAGAIMANA

    Adalah seorang penabur keluar untuk menabur.  Pada waktu ia menabur, sebagian benih itu jatuh di pinggir jalan, lalu datanglah burung dan memakannya sampai habis. Sebagian jatuh di tanah yang berbatu-batu, yang tidak banyak tanahnya, lalu benih itupun segera tumbuh, karena tanahnya tipis. Tetapi sesudah matahari terbit, layulah ia dan menjadi kering karena tidak berakar. Sebagian lagi jatuh di tengah semak duri, lalu makin besarlah semak itu dan menghimpitnya sampai mati. Dan sebagian jatuh di tanah yang baik lalu berbuah, ada yang seratus kali lipat, ada yang enam puluh kali lipat, ada yang tiga puluh kali lipat. Ini hanyalah perumpamaan bagaimana keadaan seorang pendengar apabila menerima suatu pengajaran.  Untuk mengetahui apakah makna…