• Cara Hidup

    ORANG JAHAT TIDAK LAYAK JADI TENTERA

    Perkataan tentera boleh dikaitkan dengan orang yang paling mulia dan perkataan jihad. Pada zaman nabi muhamad menjadi ketua negara, orang-orang yang berjihad telah dianggap askar atau tentera yang disanjung tinggi. Perjuangan mereka direstui tuhan dan matinya direkodkan sebagai mati yang paling mulia. Hari ini tugas yang paling mulia telah diberi kepada sesiapa sahaja termasuk kepada orang yang paling kejam pun boleh menyertainya. Tentera bukannya pembuli, jauh sekali kepada kawannya sendiri, musuh pun tidak dihinanya. Kerana seorang tentera yang sepatutnya ialah terdiri dari orang-orang muda yang paling baik budi pekertinya dan berjasa kepada negaranya dan agamanya. Adakah pengambilan pembuli-pembuli menjadi tentera menjadi tanda bahawa negara ini tidak diperintah oleh orang yang…

  • Cara Hidup

    NEGARAKU DIPERINTAH ORANG PALING JAHAT

    Tak dapat dibayangkan bagaimanakah keadaan kita ketika itu jika dilahirkan dan membesar sebagai bani israel ketika pemerintahan raja pada zaman nabi musa. Bayangkan raja, menteri, orang kaya dan orang-orang kuat pemerintah semuanya tundut dan taat kepada raja yang paling jahat di dunia. Dan kita hidup sebagai hamba yang wajib patuh kepada semua rancangan mereka. Angkatan tentera yang menjaga negara pula terdiri dari pembuli-pembuli yang sentiasa dilindungi pemerintah. Seolah-olah mereka sengaja dilatih begitu supaya menjadi kuda tunggangan pemerintah bukan sahaja pertahankan negara tetapi raja agar boleh buat apa sahaja kerana orang telah takut kepada kuasanya. Seluruh kekayaan telah menjadi hak miliknya yang boleh diberi kepada sesiapa sahaja dan semua orang diperah…

  • blog juga
    Cara Hidup

    DIANTARA SYURGA DAN NERAKA ADA TEMBOK

    Bukankah kita telah digambarkan bahawa pada hari akhirat nanti setiap orang hendaklah melintasi titian panjang lagi halus melintasi neraka menuju syurga.  Ketika itu ada yang terjatuh, ada yang masuk syurga dengan susah payah dan ada yang senang masuk syurga. Kenapa kisah-kisah tersebut bercanggah dengan apa yang dijelaskan di dalam quran. Perhatikan dengan hati dan akal yang sihat bagaimana tuhan menjelaskan hal ini. Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok “Al-A’raaf “(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A’raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): “Salaamun Alaikum”…

  • Cara Hidup

    AHLI NERAKA TIDAK MENITI JALAN KE SYURGA

    Adakah benar selepas menerima kitab amalan masing-masing, semua orang mesti lalui titian ke syurga yang diletak melintasi neraka.  Mari perhatikan ayat-ayat ini untuk melihat sendiri apa yang terjadi. Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah – “Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka KE JALAN YANG MEMBAWA KE NERAKA. “Dan hentikanlah mereka, kerana sesungguhnya mereka akan disoal, “Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan?” As-Saaffaat 37:22-25   Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

  • blog juga
    Cara Hidup

    ADAKAH AHLI NERAKA MESTI MELINTASI TITIAN

    Setelah menerima kitab amalan masing-masing, dan ahli neraka menerima kitab dari belakang, tiada apa-apa jalan untuk mereka lalui selain jalan ke neraka. Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam. Maryam 19:18       Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

  • blog juga
    Cara Hidup

    ADAKAH AHLI SYURGA TERPAKSA MELINTASI TITIAN DI PADANG MASYHAR

    Saya percaya di akhirat sudah tiada lagi titian untuk ke syurga kerana titian itu sedang kita lalui sekarang. Perhatikankan bagaimana keadaan orang yang layak masuk syurga setelah menerima kitab amalan masing-masing. Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!” Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, – Di dalam Syurga yang tinggi. Al-Haaqqah 69:19-22     Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say…

  • Cara Hidup

    CERITA TITIAN SIRAT BERCANGGAH DENGAN QURAN

    Salam hormat. Saya bukan termasuk orang yang tidak percaya bahawa manusia mesti melalui titian sirat. Malah saya menyakini kita sedang melaluinya. Apa yang saya sampaikan ini ialah mengenai percanggahan kisah-kisah yang digambaran oleh manusia mengenai titian sirat itu. Perhatikan sendiri dengan hati dan akal yang sihat di dalam quran, tuan akan dapati banyak kisah-kisah yang disampaikan tidak tepat seperti apa yang dinyatakan di dalam quran. Apabila ada masa yang sesuai, dengan izin tuhan, saya akan kemukakan seberapa banyak percanggahan itu. Kepada tuhan saya berserah.   Link Berkaitan : Titian Siratulmustaqim Di Akhirat wajib baca!! Pengetian dan Gambaran Jembatan Sirotol Mustaqim Sirat al-Mustaqim: Titian menuju Syurga Kronologi Dari Kiamat Hingga ke…

  • Cara Hidup

    KITA SEDANG BERJALAN DI ATAS BENANG HALUS

    Kita bukan pemuja syaitan bersama-sama tuhan. Bukan juga seperti yang disebut dan dinamakan orang dari qadariah atau jabariah. Kita hanya ingin patuh kepada tuhan. Adakah kita perlu meninggalkan orang dan api kerana ingin menjadi orang patuh kepada tuhan. Akal manusia tidak dapat menerima orang yang berkata saya ingin berada di dalam cahaya kemudian dia memadamkan api.  Begitu juga akal sihat tidak dapat menerima orang yang berkata saya ingin selamat kemudian dia meninggalkan orang lain pergi bersendirian ke dalam hutan tanpa sebarang bekalan. Nampaknya untuk tempuhi perjalan ini dengan selamat, kita memerlukan cahaya dan orang yang saling ingat-mengingati. Walaupun dia sudah tiada, tetapi nasihat dan bekal yang diberinya masih berguna hingga…

  • blog juga
    Cara Hidup

    ADAKAH KITA BAWA API KERANA CAHAYA ATAU SIMBOL

    Ingatkan perjalanan Musa dan keluarganya ketika gelap dia melihat api. Dia pergi mendapatkan api kerana harapkan ada cahaya dalam perjalannya nanti. Adakah perjalan ini sama seperti perjalanan orang yang berjalan membawa api kerana simbol turun-temurun yang dianggap tidak salah. Benar, ketika di dalam kegelapan, kita memerlukan api untuk beri cahaya supaya perjalan ini menjadi betul.  Dengan cahaya itu, kita dapat pilih mana jalan yang lurus menuju tempat perjumpan besar untuk hadir dengan selamat dan supaya tidak keluar dari landasan yang akibatkan terjatuh ke dalam api. Lidah kita membaca dengan lancarnya ayat-ayat yang diberikan tetapi dalam masa yang sama kita melakukan apa yang diperintahkan orang lain yang kita tidak tahu adakah…

  • Cara Hidup

    TANPA DISEDARI INI DIPERLIHAT MEMUJA API

    Kita mengaku tidak dalam kalangan pemuja api, qadariah atau jabariah. Siapakah mereka ini. Lihatlah, perjalanan ini seperti berdiri di atas sehelai rambut yang dibelah tujuh. Kita ingin tempuhi perjalan ini dengan benar, dalam masa sama kita tidak melihat jalan yang sedang dilalui. Perjalan kita menuju perhimpunan besar sedang berlaku. Adakah kita termasuk dalam yang terselamat atau menyangka selamat. Saya tidak ingin peduli jika anda ingin menjadi orang jahat kerana kesan kejahatan itu pasti akan menimpa anda sendiri. Bagaimana dengan orang yang inginkan kebaikan tetapi sesat jalan lalu menempuhi jalan hidup ini  seolah-olah orang benar tetapi menuju neraka. Saya lihat banyak gambaran pemuja-pemuja api tanpa mereka menyedari mereka diperlihatkan begitu. Dan…

  • Cara Hidup

    ADAKAH KITA YAKIN KEPADA DIRI SENDIRI ATAU TIDAK

    Jika anda tidak yakin kepada diri sendiri, adakah kerana keyakinan itu tidak pernah ada atau kerana yakin kepada yang lain. Seolah-olah apa yang terjadi ialah samada yakin kepada diri sendiri, tidak ada keyakinan atau yakin kepada yang lain. Jika yakin kepada yang lain, kepada siapa diyakini, adakah kepada orang atau kepada siapa? Benarkah keyakinan tidak pernah ada, atau sebenarnya keyakinan telah diletakkan samada kepada orang tertentu atau tidak berani hendak letak keyakinan kepada sesiapa pun. Adakah sama meletakkan keyakinan kepada diri sendiri dengan meletak keyakinan kepada tuhan. Bagi yang tidak percaya tuhan ada, mereka telah meletakkan keyakinan kepada diri sendiri. Bagaimana pula kepada orang yang percaya tuhan ada, adakah mereka…

  • Cara Hidup

    KISAH ORANG TAK PERCAYA BERI MAKAN ORANG PUASA

    Apabila lihat orang tidak islam beri makan dan minum kepada orang islam, saya teringat kisah orang-orang arab yang beri makan dan minum kepada orang haji sebelum islam. Izinkan saya kongsi teks tersebut. Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:15) Sabarlah orang beriman dengan berita ini. Saya rasa perkataan ini dituju kepada orang yang beri makan tetapi tidak percaya ajaran nabi muhamad. Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan, padahal belum lagi terbukti kepada Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat, selain daripada Allah…

  • Cara Hidup

    ORANG YANG MENGUTAMAKAN KESESATAN DARI HIDAYAH PETUNJUK

    Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, LALU MEREKA MENGUTAMAKAN KESESATAN DARI HIDAYAH PETUNJUK, mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan. Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa. Fussilat Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

  • Cara Hidup

    MARI BELI TIKET UNTUK ROMBONGAN KE SANA

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk…

  • Cara Hidup

    SIAPA YANG LAYAK MEMBERI SYAFAAT

    Patutkah mereka mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi SYAFAAT? Bertanyalah: “Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak pula mengerti?” Katakanlah: “SYAFAAT ITU SEMUANYA HAK KEPUNYAAN ALLAH; Dia lah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya.” Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.  Az-Zumar 39:45 Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,…

  • Cara Hidup

    BAGAIMANAKAH PERUMPAMAAN SUATU KEMATIAN

    Boleh jadi kita mempunyai anggapan yang berbeza atau serupa bagaimana memahami suatu kematian. Jika apa yang akan disampaikan ini didapati tidak serupa dengan apa yang tuan telah sedia maklum selama ini, kami tiada masalah untuk menerima teguran tuan. Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya). Az-Zumar 39:42 Sesungguhnya Kami telah menurunkan…

  • Cara Hidup

    INILAH DUA SITUASI MENGHADAPI KEMATIAN

    Kita sudah biasa mendengar banyak kisah-kisah bagaimana seorang manusia ketika menghadapi kematian dan ketika di barzah. Pandangan yang akan disampaikan ini ialah bagaimana saat kematian atau sakratul-maut sebelum dibangkitkan hidup semula. Perhatikan persamaan dan perbezaan yang akan disampaikan ini dengan kisah-kisah yang telah banyak kita dengar. Tuan boleh hendak percaya atau tidak percaya dengan apa yang akan disampaikan. Jika tuan dapati ada sesuatu yang ingin diperbetulkan, silalah kemukakan. Berikut adalah dua sempadan bagaimana manusia menghadapi kematian. Sempadan pertama ialah bagaimana orang yang berdosa menghadapi kematian dan sempadan kedua ialah bagaimana orang yang mulia menghadapi mati. SEMPADAN PERTAMA Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap…