• Cara Hidup

    BUKAN YUDAS MENGGANTIKAN NABI ISA

    Salam hormar, Saya dapati terjemahan al-quran 4:157 ada berbagai ragam. Saya petik salah satunya iaitu; dan perkataan mereka sesungguhnya kami telah membunuh al masih isa putra masyam rasul allah dan tidak mereka membunuhnya dan tidak mereka menyalibnya akan tetapi diserupakan bagi mereka dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih padanya benar-benar dalam keragu-raguan daripadanya apa bagi mereka dengannya dari pengetahuan kecuali mengikut persangkaan dan tidak mereka membunuhnya yakin. Setelah merujuk kepada terjemahan yang lain juga, didapati beberapa perkara yang tidak dibincangkan oleh kita, iaitu; Siapa yang berkata “kami membunuh al masih isa putra maryam rasul allah”, adakah ucapan ini berdasarkan ucapan orang-orang pada masa nabi isa hidup atau diucapkan oleh orang-orang yang…

  • Cara Hidup

    TUHANKU PERKENANKAN PERMOHONAN ORANG YANG BERDOA

    Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka: sesungguhnya Aku sentiasa hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Al-Baqarah 2:186 Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

  • Cara Hidup

    FAHAM KE TIDAK

    Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri. Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu, dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata: “Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir”. Lihatlah bagaimana…

  • Cara Hidup

    PERNIAGAAN YANG BOLEH MENYELAMATKAN KAMU DARI AZAB SEKSA

    Wahai orang–orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya).…

  • Cara Hidup

    PENYEBARAN AGAMA KRISTIEN DI ROM

    Lebih kurang tiga abad setelah kematian Kaisar Augustus (meninggal pada tahun 14 Masehi), Rom yang berbentuk kekaisaran telah berkembang dengan pesatnya. Dengan wilayah yang luas dan kekuatan tentera yang tak dapat dikalahkan, kekaisaran Romawi menjadi kekaisaran terbesar di dunia yang telah dikenal ketika itu, masa yang biasa disebut Pax Romana, di mana pun terwujud. Konstantin yang agung, atau dikenal juga dengan sebutan Konstantin I Pada saat inilah, agama Kristen mulai tumbuh dan berkembang di Roma. Tidak seperti agama-agama sebelumnya, yang diwariskan dari generasi ke generasi sebagai ciri-ciri budaya suatu bangsa, agama Kristen secara aktif mempertobatkan mereka yang belum percaya. Agama Kristen bermula dari Timur Tengah dan menyebar hingga ke Yunani dan Mesir. Para…

  • Cara Hidup

    SIAPAKAH DUA GOLONGAN YANG TIDUR 300 TAHUN ITU

    Salam hormat, Sebelum AMBO bicarakan siapakah dua golongan yang tidur sehingga 300 tahun, ambo ingin menyatakan bilakah mereka tidur. Adakah SEBELUM kehadiran nabi Isa atau SELEPAS. Nampaknya, kita boleh bersetuju bahawa mereka bangkit selepas zaman nabi Isa. Ambo membahagikan tahun kebangkitan mereka kepada dua iaitu antara tahun ke-30 hingga 330 tahun dan tahun 300 ke atas sebelum kelahiran nabi Muhamad. Apa yang berlaku antara tahun 30 hingga 330? Dari bukti sejarah, penyebaran agama selain agama anutan rom yang menyembah 3 dewa iaitu bapa, ibu dan anak termasuk ajaran yang disampaikan oleh nabi Isa tidaklah memberangsangkan. Bukan rom sahaja yang tidak bersetuju dengan ajaran lain, agama yahudi juga tidak menerima agama lain. Ketika…

  • Cara Hidup

    PERSAMAAN KERIS DAN TEMBOK ZULKARNAIN

    Keris ialah campuran perlbagai besi yang dipanaskan bersama-sama, dibentuk kemudian dicelup ke dalam air atau minyak hitam. Keris berbeza dengan pedang atau pisau. Jika diperhatikan mengikut susunan, pembuatan pedang atau baju besi telah dikaitkan dengan nabi Daud. Kemudian teknologi besi telah berkembang sehinggalah Zulkarnain memperkenalkan kaedah mencampurkan besi-besi yang panas tetapi tidak cair ke dalam minyak hitam. Campuran besi ke dalam minyak hitam didapati akan menyebabkan besi itu menjadi lebih keras. Ini yang terjadi kepada keris. Adakah pembuatan kesis ada kaitan dengan Zulkarnain dan pembuatan pedang ada kaitan dengan nabi Daud.  Jika Zulkarnain mendapat pengetahuan mengenai besi, boleh jadi Zulkarnain datang kemudian selepas nabi Daud bukan zaman sebelum nabi Daud.…