• Cara Hidup

    RUMAH SUCI INI

    Tempat suci yang dicemari oleh tangan hitam yang ingin dilihat suci. Jika tempat suci itu ialah rumah di mana orang kotor boleh disucikan, itu adalah layak untuk mereka. Jika tempat suci itu ialah rumah di mana hanya orang-orang yang terpilih sahaja boleh mendudukinya, apa telah terjadi sehingga ia boleh diceroboh oleh kekotoran. Adakah rumah suci itu sebuah penjara tempat mengasuh anak-anak kotor untuk disucikan? Atau ia adalah institusi suci yang layak diduduki oleh anak-anak suci yang terpilih kerana potensi-potensi yang boleh dikembangkan sehingga penjadi pendakwah yang berguna. Saya percaya bahawa tempat tu ialah rumah suci yang hanya layak diduduki oleh mereka yang suci. Lalu mengapa kesucian institusi ini dicemari oleh…

  • Cara Hidup

    KITA TELAH MENGGUNAKAN KUASA

    Tuhan telah beri kita kuasa, kita telah menggunakan kuasa untuk memilih wakil rakyat (wakil kita) samada ke Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negara. Lihatlah siapa yang kita pilih. Mampukah mereka menasihati raja-raja. Atau mereka sebagai pengampu-pengampu yang selesa bernaung di bawah raja yang lemah dan tersembunyi seribu isu supaya mudah diugut. Adakah wakil-wakil rakyat jelata yang kita pilih ialah sebenarnya wakil-wakil kita ke dewan-dewan di bawah naungan raja-raja untuk menjalankan tugas-tugasnya mentadbir dan menjaga Negara dan rakyat ke suatu destinasi yang kita ingin atau kita telah memilih tuan yang akan menjadikan kita hamba-hamba sebagaimana pernah terjadi suatu ketika dahulu. Jika dahulu, raja memilih siapa wakil-wakil raja untuk menjadi mata dan…

  • Cara Hidup

    SAYANG TUHAN ATAU SAYANG ALLAH

    Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Maaidah 5:73) Apakah kelakuan kita hari ini tidak mempengaruhi pegangan anak-cucu kita esok? Apa yang terjadi apabila anak-anak yang kurang diberi pendidikan, mereka akan percaya bahawa tuhan dan Allah ialah dua yang berlainan. Apa yang mungkin terjadi kepada anak-anak yang sukakan tolak-ansur apabila mereka memahami bahawa tuhan orang Islam ialah Allah, tuhan orang kristien ialah Yesus dan tuhan orang hindu…

  • Cara Hidup

    PEMIMPIN KAUM MUSLIMIN

    Dalam sejarah kaum muslimin sehingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah. Mereka (para khalifah) terdiri daripada 5 orang khalifah dari khulafaur raasyidin, 14 khalifah dari dinasti Umayyah, 18 khalifah dari dinasti ‘Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Dari sini pusat pemerintahan dipindahkan ke kairo, yang dilanjutkan oleh 18 orang khalifah. Setelah itu khalifah berpindah kepada Bani Utsman. Dari Bani ini terdapat 30 orang khalifah. Umat masih mengetahui nama-nama para khulafaur rasyidin dibandingkan dengan yang lain. Walaupun mereka juga tidak lupa dengan Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-’Aziz, Harun al-rasyid, Sultan ‘Abdul Majid, serta khalifah-khalifah…

  • Cara Hidup

    BERKATA DIAM

    Saya pernah juga bertanyakan mengapa orang mengatakan lebih baik diam sedangkan diri yang berkata juga berkata-kata.   Atau ada yang mengatakan diam ialah emas, dan berkata ialah perak, tetapi memilih perak dengan mengatakannya. Samada difahami atau disalah ertikan, kita tidak mampu menyebabkan orang faham, kita hanya berusaha supaya orang boleh faham apa yang kita tuturkan. Jalan yang saya pilih ialah sebagaimana tuhan kata iaitu apabila berkata-kata, ucapkan perkataan yang lebih baik. Semoga ucapan itu berguna kepada sesiapa yang ingin dan juga boleh mengikat tali silaturahim. Jika kita memilih diam, bagaimana kita melatih diri untuk mengucapkan perkataan yang lebih baik, adakah ia terjadi seperti magik, tiba-tiba kita jadi orang yang petah.…

  • Cara Hidup

    Dosa Yang Disangka Syurga

    Siapa yang tahu apa yang dirancang oleh Mat Jenin. adakah nenek itu penyebar berita buruk ? ini hanyalah khayalan orang yang perlekehkan orang lain. Padahal, jika benar-benar wujud Mat Jenin yang mempunyai minda usahawan dan pengetahuan ekonomi yang baik, boleh jadi telah berjaya mencapai matamatnya. Boleh jadi sengaja diceritakan dari sudut yang lain supaya orang yang dengar khabar mengenai dia, salah sangka dan tidak menjadikan dia contoh tauladan yang baik, sebaliknya mencemuh. Kisah begini masih terjadi zaman ini, apabila lahir seorang usahawan, terdengarlah berita-berita yang menceritakan keburukan menyebabkan orang tidak ingin jadikan contoh tauladan. Ini menyedarkan kita bahawa benar-benar wujud dua jenis orang jahat yang bersembunyi iaitu yang menyampaikan berita palsu…

  • Cara Hidup

    Rahsia Yang Semua Orang Tak Tahu

    Awak tahu ke? Ketika saya berkunjung ke kedai buku di Kuching, terpandang sebuah buku yang bertajuk “JANGAN BACA BUKU INI”. Saya berkata dalam hati, bodoh apa penulis buku ini, peliknya orang yang sanggup beli dan baca. Rupa-rupanya inilah cara menarik orang beli dan baca atau sekurang-kurangnya beli dan simpan.  Kerana yang lebih penting ialah laris, tak baca pun tak apa.  Tetapi hati ini ingin membacanya! Nampaknya, inilah satu-satunya buku yang menyebabkan saya tetarik untuk membacanya tetapi kerana ego, saya tidak beli.  Banyak lagi buku-buku lain yang saya belum baca. Tetapi apa yang ditulis tadi bukan ada kaitan dengan tajuk tulisan ini.  Tak ada apa yang boleh dinyatakan mengenai tajuk itu,…

  • Cara Hidup

    BLOG JUGA BERMULA DI SINI

    Pengertian dari blog adalah kependekan dari Weblog, istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulanDesember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok website pribadi yang selalu diupdate secara kontinue dan berisi link-link ke website lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komentar-komentar mereka sendiri. Blog kemudian berkembang mencari bentuk sesuai dengan kemauan para pembuatnya atau para Blogger. Blog yang pada mulanya merupakan ”catatan perjalanan” seseorang di internet, yaitu link ke website yang dikunjungi dan dianggap menarik, kemudian menjadi jauh lebih menarik daripada sebuah daftar link. Hal ini disebabkan karena para Blogger biasanya juga tidak lupa menyematkan komentar-komentar mereka, pendapat-pendapat pribadi dan dijadikan media diskusi , pertemanan…