VISI



Setiap seorang dari kita dan setiap organisasi mempunyai visi masing-masing. Kadang-kadang seorang mempunyai dua visi dalam hidupnya, satu untuknya dan satu lagi untuk organisasinya. Kadang-kadang lebih kerana menganggotai banyak organisasi. Ada juga yang mempunyai banyak visi untuk dirinya sendiri?

Apa sebenarnya visi?
Kamus Dewan mendifinisikan visi sebagai:

Tanggapan dan pandangan yang jauh dan men¬dalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkem¬bangan masa depan dan sebagainya, wawasan: pemimpin yang mempunyai keperibadian yang utuh serta ~ dalam kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dalam penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; bervisi mempunyai visi: pemimpin negara yang ~ tinggi dan jauh.

Apabila tiap-tiap orang atau organisasi sibuk mengejar visi masing-masing, tanpa disedari mereka sebenarnya sedang menjauhi antara satu sama lain. Kita boleh membandingkan keadaan sekumpulan pelajar yang sedang berbincang dalam kumpulan dengan sekumpulan pemuda yang sedang mengadap notebook masing-masing.

Mengapa? Tidak bolehkan semua manusia dan organisasi mempunyai 1 visi yang boleh dikongsi bersama?, atau sekurang-kurangnya rakyat Malaysia yang percaya kepada tuhan (rukun negara) mempunyai 1 visi yang dikongsi bersama.

Apakah visi tersebut?

Iaitu berasaskan kepercayaan kepada tuhan, ‘setiap tindakan adalah kerana tuhan’. Kemudian, diikuti setiap seorang bebas bertindak mengikut kepercayaan masing-masing. Kemudian dikenalpasti ciri-ciri umum dan khusus bagi agama masing-masing. Apa-apa persamaan seperti kerjasama, tekun, jujur dan lain-lain dijadikan sebagai alat-alat untuk merealisasikan visi yang sama.

Begitu juga dengan organisasi, mempunyai visi yang sama iaitu Setiap Tindakan Adalah Kerana Tuhan. Kemudian, bagi merealisasikan visi bersama tersebut, terpulanglah kepada fungsi masing-masing bagi menetapkan misi dan objektif.

Hmmm…

Pandangan tuan juga dihargai, inilah pula pandanganku, hidup dan mati kerana Allah s.w.t.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *